Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, March 13, 2011

up date

Bukan senang nak jadi ibu... Melahirkan bukan pekara yang susah. Tapi nak membesarkan dan mendidik adalah pekara yang paling mencabar. Dan aku percaya dalam dunia ni tak ada ibu yang sanggup melihat kesakitan dan keperitan yang di lalui oleh si anak. Kalau nyawa boleh di tukar ganti, pasti pilihan itu akan di buat oleh seorg ibu bg memastikan anak yang di kandung, di lahirkan dan di jaga membesar dgn sihat.

Aku bukan seorg ibu, tp aku yakin pengorbanan seorg ibu mengatasi segalanya.

Tadi petang aku melawat sedara belah mak mertua aku di HKL. Unit kanak2. Bila melihat budak yg bernama haikal, dia spt kanak2 lain. Ceria tanpa dia sedar dia mengidap penyakit yang kronik. Compare haikal dan budak2 lain di unit kanser tu, haikal sorg yg kelihatan sihat. Yang lain? Aku jadi sedih bila lihat mereka. Wajah ibu yg menemani lebih suram dari mereka yang menderia. Tabahnya ati ibu2 ini dan betapa cekalnya anak2 ini. kedengan ada pula yang membaca yassin, dan ati aku betul terharu. Tiada tangisan atau tersekat suara ibu yg membaca surah itu buat si anak, sungguh mereka tenang menghadapinya.

Saat ini aku tersentap. Sedangkan aku yang tak ada kena mengena dgn mereka, aku sendiri tak dpt menahan kesedihan. Kita selalu bayangkan anak2 ini akan membaca yassin buat kita satu hari nanti, tapi mereka tidak meminta. Malah aku yakin setiap ibu sentiasa berdoa agak anak mereka sihat dan sempurna seperti kanak2 lain.

Begitu juga dgn aku. Aku sentiasa memohon pada Allah... Berikan aku kekuatan di setiap ujiannya. Aku sentiasa di selebungi rasa bersalah kerana tidak dpt memberikan perlindungan yang terbaik buat anak ku. Sentiasa gusar memikirkan sistem badan yang bermasalah yang bole membahayakan pada sebuah nyawa. ye Allah menentukan segalanya. Tiada siapa yang boleh mengubah kecuali kita beriktiar dan terus berdoa.

Terima kasih atas ingatan seseorg tentang dia... Terasa ada betulnya pemergian dia punca dariku. Kalau masa boleh berputar, kalau pilihan di beri, kamu ingat aku suka2 izinkan dia pergi? Lately aku risau akan kesihatanku. Lately juga aku cepat penat, bila cepat penat cepat la terasa. Emosi mula mengawal diri. Tapi ni tak ada kena mengena dengan entry di atas... Ke laut suda aku ni... Ha3.

Tuk adik haikal... Aku tahu aku tak setabah ibunya. Kalau aku di tempatnya tentu aku sendiri buntu. Apa la yang anak dia tahu tentang erti kesakitan. Tambahan pula tuk sembuhkan penyakit si abang, doktor nak air sum sum dari si adik... Si adik yg berusia 13 bulan. Kalau korg? Sanggup ke nak tengok? Yang abang dah tentu sakit, yg adik menjadi korban. Aku pun tak tahu kenapa sum sum ibu dan ayah tak boleh di ambil.

Hanya Allah yang mengetahui... Dan hanya pada Allah tempat kita mengadu. semoga haikal cepat sembuh....

Wednesday, March 9, 2011

Serba salah

Ekceli nak tulis entry ni lama ari tu tapi tak kesampaian.

Dua tiga minggu lepas aku ada la bengang dengan one of staff company aku ni. Dia tak la teruk sangat. To me mungkin dia hanya menjalankan tugas dia. Which aku rasa ok. Cume cara dia je kasar. (hahah sendiri kasar tak perasan, bila org kasar dengan kita sentap lak eh?)

Bila dia request payment, bila dia request apa pun cara dia agak kasar. Even my manager kat Penang pun gune perkataan "Pls Help Shida..."

Staff yang deal dengan aku pun regarding payment pun akan gunakan perkataan 'Minta tolong Shida'... bukan la aku nak tunjuk aku ni bagus. But kita ni human, kalau ada hormat tu macammana bengang pun sejukla hati kalau nak buat. Tapi this gurl tak tau... kasar yang amat.

Sampai satu hari tu aku mmg gaduh dengan dia. Tru email. Mengigil2 tangan menaip tahan marah. Tercabar bila dia pertikaikan kerja aku???? Hey aku dah kerja sini 5 tahun and i know what im doing. Mula la persoalkan isu jawatan kat situ. Dan aku rasa aku tak pernah kurang ajar hantar email macam tu kat org.

Tapikan... two three day after that my manager call me. Suruh aku tulis termination letter.

Aku terkejut jugak. Alamak! am i to hash? Tak suke la kalau sampai menutup periuk nasik org. Sbb insiden tu aku email my manager supaya dia control this gurl attitude. Terlalu kasar. Dah la akak dalam control menahan stresskan. Jadi tak sedap tau. Takkanla manager aku ni pun tak siasat ke apa? Mmg betul aku komplain tapi takkan dia tak siasat ke apa kan?

Than my manager cakap that not me yang mengadu. Yang dia tak tahan bila customer pun mengadu. Even kawan2 aku kat opis ni pun mengadu kat dia cume aku je tak tahu. Oh ok... takla rasa bersalah tapi aku tetap rasa salah. Sbb tak baik aniaya org. Bukan aku nak tunjuk baik setelah apa yang aku buat. Even aku pun ada hati dan perasaan. Aku pun tegur cara dia berkerja. Bukan cara dia layan aku kasar. Budak ni ada la buat mistake. Bukan satu dua tapi rasa banyak kali. And as person yang monitor aliran wang syarikat, aku rasa aku perlulah bertanggungjawab control. Selama ni aku control sorg, tapi ada assistant yang membantu pun ada kesilapan, pasti aku yang kena jawab. Kan?

Since she gone, i feel pity. Kot la dia curse aku ke apakan?Sungguh tak sedap. Aku selalu ingat tak baik kita menganiaya org. Lagi2 kalau kita tutup periuk nasi org. Walaupun aku minta manager aku bagi dia peluang but keputusan di tangan dia, aku tak tahu nak buat apa.

Harap dia tahu yang ini berlaku atas kesilapan dia. Dan aku harap peluang rezeki dia ada di tempat lain, Insya Allah.

Happy Bithday

Nampak gayanya aku malas nak update tapi time birthday org tak harus kita melupakannya...

To my beloved brother.... Happy Birthday. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki selalu. Tahun dia tak dapat nak sambut sbb dia ada kat Sandakan, Sabah. Mmg terasa kalau awie tak ada kat umah. Sbb dia suke buat lawak yang tah apa-apa... hahaha. Kalau sakat aku tu mmg selalula kan.


Apa pun, kak long dengan along wish you all the best and hope your dream and wish come true. Kalau dia ada kat Shah Alam ari ni, dah tentu mak order kek dari Anyah and Che ta... hahah... jangan tak tahu, laki bini tu diam2 simpan bakat buat kek oooo. Tu nanti aku cerita la yer. Buat masa ni kemalasan melanda diri. Can not help la....

So awie. Enjoy your day ok... erk... kak long TERHENGEN la nak makan nasi minyak... wahhhh gitu! Terbau2 nasi minyak awie la. Ngeh ngeh ngeh... tetibakan??

Ok present you nanyian abang2 mu.... Along, Anyah dengan Fifie... hahahah lariksssss.....


Saturday, March 5, 2011

Kemalasan mengupdate

Ya ampunnnn...

Bertambah2 malas nak meng-update blog. Tak tahu la kenapa. Gambar mmg melambak2 tapi selalunya pending.

Adakah ini bermakna sudah tiba masanya saya bersara dari dunia blog? Iaitu dunia saya?

Encik suami.... hang tulung update blog ni pun ada paedahnya dari mengadap PSP tu. Tention mak cik nak oiiiiiiiii!

Adios...

Friday, March 4, 2011

Happy Birthday Dear Aisyah

Memaksa diri tuk membuat entry untuk insan yang saya sayang...


Sangat istemewa walaupun bukan dari darah daging aku. Tapi jujur aku sayang sangat dengan Aisyah... Heart Shell




Budak yang sangat keletah.... Laughing 1


Budak yang sangat petah... Hi-ya!


Budak yang sangat bergaya.... Wakka Wakka


Budak yang panjang akalnya.... Thats Aisyah.




1st Jan 2009 aku jumpa family Zamani. Aisyah ada sekali. Itu kali pertama aku jumpa dia sedangkan selama ni aku hanya dengar cerita dia dari Zamani. Sila tengok gambar... mak aiii kurusnya aku...ngeh ngeh ngeh.


Memula dia agak malu. Kata tok mama, dia suke tengok benda yang cantik, org yang cantik. Opsss tetiba terperasan... hahaha. Ye la cara dia tengok tu dia suke tenung. So takut la dia tengok aku sesuatu... mau kena rejectkan. Ahak!


Umur dia baru 3 tahun time tu. Cakap mmg tak pelat langsung. Mmg boleh faham apa dia cakap.





Time ni panggil auntie lagi. Ekceli dia panggil aku kakak tau. Kah kah kah tapi zamani time tu dengki tahap melampau suruh aisyah panggil auntie, yer la nak panggil mak long rakus plakkan? Pestime jumpa family dah nak pakai title mak long. Kui kui kui. Dah nak balik baru la si Aisyah beramah mesra dengan aku...


Aku tak tahu, tapi aku suke budak perempuan. Lelaki bole la tapi nak cari gaduh je. Kui kui kui macam Rayyan. Sampai sudah tak suke mak long. Bagi aku kalau perempuan ni best sikitkan. So since aku kenal aisyah aku banyak beli barang tuk dia. Apa yang aku berkenan aku beli, aku bagi dia. Yer la nan ado anak. Anak buah banyak lelaki. Dulu si Mira aku berhabis la jugak. Tapi dah besar ni je kurang.



Gambar ni aku cilok dari blog che ta. Ahak! jahat tak? Nak kenal family zamani kita follow cerita adik iponya. Kui kui kui. Tah macammana kantoi tahu aku pun blogger. Ahak! Pecah lobang. Tiap2 hari dok tengok blog mak dia. Dah la bacakan? Gambar anak habis aku save... glub! Tak mo marah naaa che ta. Bukan apa, Zamani kenal aku pun tru blog je. Dia baca blog aku dari mula sampai ke sudah nak kenal isi hati aku. So mcm tu la jugak aku gune blog che ta. Terutama bila dia cerita banyak pasal my mother in law so buat aku tenang sikit jiwa raga... ahak!

Bukan apa...lagkah berjaga2... kui kui kui Thinking

Eh nak cerita pasal bitrhday Aisyah... today its her 5th Birthday. Aku ni mak sedara je, mak dia tentu la banga tak sangka, anak yang di kandung 9 month dah umur 5 tahun. Dua tahun lagi masuk darjah satu. Tahu baca, tahu menulis... ohhh sori mak long plak yang teruja.

Sekarang pun aku sendiri tak sangka. Dia membesar dengan cepatnya. Semakin hari semakin keletah. Semakin banyak benda yang di buat sedikit sebanyak menghiburkan ati. And bila hujung minggu, dah mula terasa rindu. Now bila jumpa dia aku biarkan dia bercakap.


See dah besarkan? Compare gamba dia yang tadi tu. Pretty gurl.

Mak long ucapkan selamat hari jadi buat Aisyah. Supaya Aisyah menjadi anak yang soleha buat mummy dan abak. Mak long sentiasa doa kesihatan Aisyah, mak long sentiasa doa semoga Aisyah menjadi hamba yang mentaati dan mengikut perintah Allah dan Rasul. Semoga Aisyah jadi kakak yang baik, kakak yang di sayangi adik2, kakak yang di segani dan di hormati.
HAPPY BIRTHDAY NUR AISYAH FARHANA... mak long n pak long sayang aisyah selalu

Monday, February 28, 2011

14 Feb 2011

Tak sambut.... tak sambut....

Ingat tak time ni aku tak sihat? Selsema?? Than balik kerja aku tengok Zamani sedap tido. Tak pa la. Buat kerja apa yang patut. Lepas solat isya badan tak tahan terus masuk tido.

Sekang ku polok Zamani. Dia tanya aku...

Zamani :- Pukul berapa yang?

Aku :- Kul 10.30

Zamani :- 10.30?? You dah makan

Aku :- Dah... kenapa you nak makan ke?

Maklumlah dr balik kerja sampai kul 10.30 malam... ha! tak serba salah ko??

Zamani :- Ambik baju i kat almari...

Aku pun bangun la. Bukak lampu balik. Nak bukak laci (tempat t-shirt)

Zamani :- Eh kat almari baju yang gantung tu...

Aku pun ikutlah... dalam hati terdetik jugak... apa masalahnya dia letak baju dia dalam almari baju aku ni???sesuatu... tetiba nampak......



Akak pun apa lagi melompat la suke!!! Sweet ku rasa. Zamani dah gelak2 tengok bini dia macam beruk dapat bunga. Hahaha *ok tak yah bayangkan sbb buruk nak mati*

Harus la saya bergumbirakan? Dapat hadiah. So aku tanya dia...

"Hadiah Valentine ka?" Rasa bersalahkan. Hahaha. Tapi dia hanya senyum.

"Special offer..." Hahaha.. ok jawapan yang boleh di terima.

Incik Cida Wan Kembang Semangkuk bersama hadiah2nya. Aku sangat terharu. Before tu aku sajer je hint2 kat Zamani, tak harap pun. Ternyata facebook dan blog adalah penyampai maklumat yang berkesan... hahah tak mo ar tutup Facebook... kahakaha.... *wink wink *


Happy ko!

Thanks hubby... i love you....
*Gayak Sabariah cakap i love you kat Dr Asmadi. Penuh ghairah... hahahah*

Terima kasih sayang... heheh ni yang buat nak sayang lebih lebih lagi ni... kui kui kui.

Semenangnya saya pengemar coklat Ferrero Rocher. Makan sorg oooo. Zamani ambik bau je. Hahah... kedekut nak mati. Simpan dalam almari je ok.

Pink roses tuk kali ini. Cantik saya suke.

Warna pink2 nak ke purple sikit. Susah nak dapatkan? Bagi aku susahla sbb sepanjang Zamani bagi bunga tak ada warna ni lagi. Eh incik suami ingat ok warna2 bunga yang dia bagi kat aku. Aku iyokan aje. Nak check it out balik bunga dah bertukar satu kaler. So idak la ku tahu warna pa... kijam tak???? Itu tak penting, janji aku simpan.Kan kan kan

Bagi ku dan suami, tiap2 hari adalah hari special. Tak yah tunggu valentine. Yang tunggu valentine ni sbb barang2 tuk pasangan kekasih ni selalunya hebat2 belaka. Susah nak dpt. Limited edition selalu. So menjelang valentine time tu la nak beli. Aku??? tak pernah bagi laki aku hadiah... Tapi lepas tu aku bagi hadiah. Kata happy dapat hadiah, kena la balaskan?

Apa dia??

Belanja makan kat kedai mamak... hahahah...

Sunday, February 27, 2011

Ibu Birthday

Tahun ni tak sambut pun. Ibu pun tak ingat. Itu pun dalam keadaan yang tak berapa nak sihat ari tu, aku paksa Zamani cari kek. Hehehe

Ibu mmg tak kisah. Tapi fav dia adalah American Coklat. Jenis kek ni mana2 kedai kek pun ada jual. Mmg coklat dia berat sikit la. So kek lain mmg dia lambat nak kayuh. Tapi kek ni mmg laju. Kui kui kui

So detik kul 12 malam,aku dera ibu. (Kata nak buat suprise)

Kebetulan dia masuk dapur buat air. Sementara nak suruh Zamani pasang lilin, aku pun masuk dapaur berbual dengan dia. Lambat plak laki aku ni tau. Sampai aku secara spontan cakap

"Ibu buatkan Zamani kopi."

Tp ibu tak membantah. Dia pun buat la kopi tuk menantu hantu dia tu... hehehe. Bukan apa, time dia dah sudah buat air dia, dia nak ke hall tengok tv. So aku nak lengahkan masa.

Berbual dengan dia, tepat kul 12, aku tutup lampu dapur... menjeritla dia ingatkan elektrik nan ado. So aku dengan Zamani buat konsert.

Tergelak2 dia tersuprise dengan suprise kami suami isteri... ehehehe.


Small kek from us.

Happy Bithday ibu.

So the next day Fida plak buat suprise. Dengan menghantar coklat kat ibu. Time tu ibu plak dah kuar ambik aku dr kerja. Nasib Zamani ada kat umah. Ibu dok tertanya, barang apa yang Fidah suruh courier service hantar. Fida kata barang dia. Nak bagi ibu suprisekan? Tapi mak aku tertanya2... asal eh angah tak anta barang kat opis dia? Kenapa umah klang??

Hahah aku plak secara spontan terus cakap...

"Eh kan dia nak datang klang esok?"

So ibu tak cakap apa-apa. Hanya angguk setuju la. Mungkin sbb dia nak datang klang so dia hantar barang kat umah klang.

Sampai umah, plan nak terkujatkan ibu tak jadi sbb ada kucing mati depan umah jiran. Mentang2 la ibu dengan ayah suke kucing, kucing mati kena langgar diorg datang umah jumpa kami suruh tanam. Bule tak???

Ibu lak tengok kucing tu bukan kucing yang dia bagi makan, dia tak nangis la... tapi bising kat ayah suruh tanam. Mula la dosa pahala kuar nak suruh ayah tanam. Itu yang aku geram dengan kawasan perumahan aku ni. Padahal kucing tu mati depan umah ko. Bole buat dek je??? Kami ni boleh je buat dekkan? Depan umah ko pun. Tapi sbb perikemanusiaan. Kami buat jugak. Baik tak?? hahaha

Aku dengan didi naik darah... maka tengah2 berbual dengan mak cik sebelah tu, didi hulur je hadiah si Fida. hahaha... terkujat ibu. Sila percaya dia tanam kucing kepit hadiah pida kat ketiak... wkaakaka.. lawak la ibu. Excited punya pasal. Ke nak tunjuk kat mak cik sebelah tu ibu? Ngeh ngeh ngeh

Aksi ulang tayang sekali lagi... hahaha... coklat Ferro gubahan bunga. Special delivery dari Fidah

Muke happy

12 bijik ke semuanya.

Happy birthday ibu... kami sayang ibu. Thanks for everything.........

Friday, February 25, 2011

Goshhhh

Semalam duduk2 tengok tv... bangun je terlihat diri sendiri kat cermin...

BURUKNYA AKU!!!!!

Yer la aku ni tak la cantik mana. Korang bayangkan rasa tak terurus. Malas yang amattttt nak jaga muke. Rambut lagi la... hantu kak limah pun elok tau. Sob sob... laki aku pun.............................. diam je??? Dia gelakkan aku bila aku tercengang depan cermin.

My hair is bad. Tak terurus.... i cant remember when is the last i shampoo my hair (hahah ok tipu, harapan extra money to manjakan diri di saloon)

Muke ku kering. Pemalas ubi nak pakai pelembab.

Bibir kering. Adoii la... sendiri tengok pun tak bernafsu ok. Terkopek sana sini.

Muke aku pucat.

Yang best ikat rambut pakai getah ni je ok!


Jenis malas ubi, main capai je buat ikat rambut. Ekceli aku hagak pantang kalau ikat rambut gune getah ni. sakit oooo kalau tersangkut. Nangis. Tapi sejak dua menjak mendapat titile pemalas ubi, ini pun aku rembat. Tak kecoh suruh Zamani gi kedai beli getah rambut proper. Dasar pemalas....



Kalau pakai getah ni oklah jugakkan kaler ful... hahahah.... sob sob... pagi tadi aku tengok diri aku kat cermin. Adakah ini perubahan yang kekal? Aku tak leh ikutkan sangat malas ubi ni!

Bole ku tanya Zamani, dia tak jawabbbb ok! Dia senyum. Nampak sangat dia perasan tapi sbb nak jaga hati bini tak pa la... tutup mata. Jangan incik abang. Kang awak lari saya gigit jari tau. Sekarang ni tido pun lepas solat tido... tak ada makna nak telek muke bagai. Hahahah sian muke aku. Tapi Alhamdulilla masih belum nampak kehadiran incik jerawat dan sekutunya. Makan tomato pun tak... aisemen....

I need hair cut. Aku mmg tak leh nak rambut panjang. Kalau panjang je tak terurus. Tapi tak nak jugak pendek sangat. Maklum la rambut mcm i ni, pendek sangat kang terkejut plak... hahaha....

Thursday, February 24, 2011

Rayyan Turn to 2

Gigih buat entry during peak hour (salary)! Mmg tak bergaji mak long ok!

Ekceli aku ada buat special video pasal Rayyan for his birthday TA
PI!!! keadaan aku yang tak mengizinkan. Project tergendala. Ampunnnn... Tapi ku paksa dan gagah tuk buat entry tuk budak kecik ini.

Mesti mak dia terharu lebih2... hahaha


Rayyan dah 2 tahun... cepat sangat masa berlalu. Dari kecik sampai sekarang dia buat aku musuh dia. Anak org lain semua suke aku, dia sorang je. Biasa budak demuk tu. Dulu hanya pandangan mata dan jelingan dia sahaja. Sekarang mulut petah nak bercakap.

24 Feb 2009... a boy how lived... Rayyan Khenaizi lahir di hospital pantai bangsar. Berat 3.2 kot kalau tak silap.


Budak yang lahir lepas kami menyambut hari jadi Kung Kung (my dad on 23 Feb). Mesti cucu atuk ni... ayah sayang rayyan sbb dia copy cat muke atuk dia ok. Bangga lakan???


Rayyan Khenaizi. Nama Rayyan omaknya telah curik dari mak long yang inginkan nama Rayyan tuk bakal anak lelakinya nanti. Tapi di rembat oleh si Fidah. Hahaha. Kekal sampai sekarang. Jam 8 malam Rayyan di bawa masuk ke bilik tuk jumpa semua family. And bila panggil nama dia, dia start bukak mata. See tengok gambar... cubaan dia buka mata time ni.


Rayyan seem dont like my voice. Dengar je terus nangis. Ha3... mungkin dia cakap. Oh this is my auntie yang gila dok marah dia dalam perut lagi. Heheh. Time fidah mengandung, aku suke jerit nama dia. Sbb seronok bila aku panggil nama dia dengan kasar, cepat dia tendang mak dia. So bila dia lahir suara ni dia cam habis. Nangis dalam perut tak dengar, nangis sekuat yang bole.

Aku kerap warning Pidah bila time aku nak tunang dulu. Sbb time aku tunang tu fidah dah 8 bulan lebih. So warning rayyan siap2 jangan kuar during my engagement day. Hahah. Budak tu pun menyampah dengar suara aku. But bila dengan Zamani, mmg dia diam. Time ni siap bukak mata tenung Zamani... opss sori hes not you father ok Rayyan.

Rayyan second day....


Muke ganas!


Ciri-ciri fotogedik... mesti nak tengok camera.


Rayyan one week...


Rayyan the giant. Besar gilakan? I like this pic. Tapi tah mana tah copy dia.



Rayyan at my wedding


Rayyan 6 month old.

Rayyan one year!


Rayyan one year 10 month



To Rayyan.... mak long harap Tayen jadi anak yang Soleh. Yang mendengar kata mama, papa, kung kung, nenek dan semua yang tua dari Rayyan. Banyak plak list nak menyebutnya. Semoga Rayyan menjadi hamba Allah yang taat pada perintah dan suruhan Allah dan rasulnya. Rayyan menjadi bintang bagi setiap org, gelak Rayyan, senyum Rayyan, bicara Rayyan membuatkan semua org terhibur. And my dear Rayyan... i love you so much.



Happy Birthday Rayyan...

Sila saksikan video konsert Rayyan Khenaizi tapi maaf suara yang kuat suara Da da (didi) plak... hahah... dia selalu nak tumpang glamor


Wednesday, February 23, 2011

Baik-baik sayang

Aku jadi sensitip dengar lagu ni...

Terasa kalau ada anak, pasti aku dodoi lagu ni tuk anak ku...

Sbb ni la lagu Yayan Tanaji... 'aik aik tayan...' nanti aku upload video dia nyanyi lagu ni. Macam buat konsert plak. Tapi liriknya buat aku sedih... as a mother pasti maukan anak2 baik-baik sahaja. Tak kisah di mana pun. Sama ada anak tu besar ke kecik ke, baby ke ataupun dalam kandungan.

***Veranggan lagi****

Harap semua ini akan menjadi kenyataan.




Tersentuh dengan lirik

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang

Yup every mom wants the best for their child... tak ada yang terkecuali. Dan air mata aku tak gugur2... hahah apa hal??? kata sedih??? acamak! tak feel la macam ni... tak faham aku. Uhuhk! Salahkan Zamani la ni... tetiba hati kering. Eh laki aku bukan senang kuar air mata ka??? hahahah... tetiba...

I miss my mom...

I miss mak jugak...

Both of them banyak berkorban tuk aku saat2 ni... dan aku sangat terharu. Sob sob...

Anyway its my dad burfday... dan my fav uncle birthday. No special entry. Kerja menimbun, sementara nak tunggu chq beta update sikit... ulang kali dengar lagu ni.

Happy birthday ayah and pak cu...semoga panjang umur and murah rezeki selalu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails