Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, July 14, 2011

:(

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bukak my Fb tadi... wah wah... my niece bukan main semangat nak tengok herry potter sampaikan sanggup pakai duit sendiri nak pergi ni. Knowing her mother mmg takkan bagilahkan?

Ok tak sabar nak pergi

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok tempat duduk aku tuk malam esok... best tak? Hubby mmg best. Sbb dia tahu bini dia suke nak jadi sotong...wakakak so i need seat yang couple sbb nak berkuasa di sini.

Apa ingat dah kawin tak leh polok2 ke?

Ingat time berchinta je ke? ha! ha! ha!

Anak buah aku cakap cerita dia best giler. Budak ni semua cerita wayang dia kata best. Tak tahu cerita apa yang dia kata tak best. Tapi kalau ikut jalan cerita mmg best gila2. Peminat harry potter macam aku (chewah claim sendiri nih) mmg tahu mcmmana ending. Tapi selalukan imiginasi je. Sekarang diorg buat movie harus la tengok. Cume 'kesedapan' atau 'kepuasan' tu tak la sama macam ko baca buku sbb detail.

Normal la... macam Nora Elena...mana sama buku dengan ceritakan? Ada org kata Nora Elena mati eh dalam novel?? ermmm director buat la. Mau mogok suri2 rumah ni kang... termasuk aku sentap sama. Tah aku tak tahu tak baca pun buku tu. Tengok komen kat FB semua la. Salah im sorry!

Bila Harry potter dah habis, rasa macam nak collect DVD from part one sampai habis. Sama jugak dengan buku. Tapi buku dia tebal wow! Sakit tangan nak baca. Buku akan di pikirkan balik. Nak beli ke idok. See how la...

Hint hint ni! Birthday ai bulan sembilan ni...uhuk!

Oh cakap pasal Birthday... kita celah sikit la yer iklan tak berbayo.

Me :- Yeahhh tahun ni 7 sept lepas raya...

Zamani :- So???

Sentap akak tau! Dua tahun kawin, jatuh bulan pose tau. Sadis. so nak sambut pun time buke pose pastu semua mcm nak rush gi terawih semua. Abang Zamani pun dua tahun ni apa je dia nak buatkan? kan? kan?

Me :- Eh my birthday la...

Zamani :- Lepas raya dah pokai... kasi bebudak semua duit raya. Belanja raya semua.

Me :- Alasannnn! Tak pedulik! nantikan you buatlah party suprise tuk i. You order la kek, than katering sama. Pastu buat2 suprise tuk i yang... i bagi idea ni

Hahah sian gila kot! Birthday gurl bagi idea kat org! kah kah kah...

Zamani tengok kalender.

Zamani :- Jatuh ari rabu...kerja kerja... mana sempat

Me :- Alaaa you ambik cuti... tak pun u make sure la that daykan you balik awal. Sept bukan start kerja kul 5 pagi sampai kul 2 ke? Sempat b! Pastu you buat banner la... i ada contact buat baner.. nak?? Pastu i balik kerja you buat2 la terperanjatkan ai b...

Zamani :- Hahah tak yah tak yah... time tu banyak benda kita kena pikirkan dah. Dah tua tak yah sambut2. Kita sambut lain je

Ohhhh sungguh terluka dengar statement itu...

Che che wah... ok ni bualan kosong, gurau senda suami isteri. Sok kata aku ober lak minta laki aku itu ini. Kalau sekarang nak berkira mmg silap la...kalau aku nak berkira dari awal lagi ok kami kawin ai dah suruh dia sambut birthday kat 5 setar otel. Bukankah time pose dulu banyak offer2 buffet ni semua??? kui kui kui

But i know... yang wajib dia bagi B.u.N.g.A ha ha ha... ko ada???

Itu je yang agaknya bersarang kat kepala abang Zamani ni... dia tak gheti nak bagi aku apa-apa. Kali ni bagi bunga selit duit sekali tau yaang.

Veranggan lagi

Semalam bual dengan Zamani...

"Kalau kita dapat anak perempuan, i macam suke la nama Amani. Senang...panggil bapak dengan anak sama jerk... Amani , Zamani." Ooo makcik purple A.K.A bonda Amani, ampun ehhhh

Zamani buat muke...

"Iyo la... Amani binti Ana NorZamani...mana bapak mana anak pun tak tahu..." aku gelak syaitonnn

"Kalau nak glamer kita letak je Geo Amani... tak pun Amani Exchange je...kan yang?"

Bulats mata aku... erm ada je nak jawab... cium laju2 nak???

Veranggan je la yer... mana tahu jadi kenyataan.

Surat tuk suami

Dear Incik Suami...

Ku tulis warkah di blog ini sebab daku rasa sungguh bersalah dengan mu. Keputusan semalam buat aku terdiam seketika. Walaupun kamu tak izinkan ku pergi tapi aku rela dan benarkan kamu pergi dengan sesiapa sahaja yang menjadi pilihan mu...

Tapi!

Kamu tetap dengan pendirian mu... tiada yang penting bagimu hanya aku... sob sob.

Ini impian kamu.

Ini yang menjadi angan2mu.

Demi aku kamu batalkan rancangan kamu dan daku rasa serba salah. Sedih dengar pengakuan mu semalam. Bagimu tiada yang lebih penting. Tersentuh bila kamu kata

'Tak pa... bebila pun kita boleh pergi nanti. Yang penting you.'

Kita rasa nak polok je tapi awak tengah bawak kereta...ahahahha... kita peluk awak time tido je la yer.

Sebak kita tengok semalam kamu hulurkan 'impian' awak kat org tu... mesti kamu frust. Susah nak tengok diorg ni datang. Ermmm kita serba salah. Serba salah sangat2... tapi kamu masih lagi nak kita happy. Tak nak kita serba salah dengan belikan kita tiket 'Harry Potter' tayangan kul 11 malam, padahal sabtu kamu kerja pagi.

Adoi Encik suami. Kamu terlalu manjakan saya....

Tersenyum bila saya baca tweet incik Ben kawan kamu pagi tadi kat saya

'Pengorbanan seorg suami... you have yourself a great man'

Mana mungin saya dapat lelaki seperti kamu. Yang sangat memahami. Saya sayang kamu. Tak pa eh hujung minggu ni kita together2 gi jalan2... sekarangkan Mega Sale... kita tengok apa yang patut... kih kih kih.

Apa pun kami untung sbb adanya kamu. Sayang kamu selalu.

P/s: tetiba sound surat ni dah macam InaAcik lak... ni la gara2 layan surat roommate dia la ni... kih kih kih

Wednesday, July 13, 2011

Pujukan yang sweet

Ok korang pun tahukan. Aku ni cepat naik hangin. Siapa ada kat sekeliling aku pun kalau aku tengah mud tak baik semua akan kena.

Ekceli aku ok je. Mungkin muke aku kot, bengis. Tak reti nak sengeh2, nak berlakon2. So today mud aku hagak terganggu sikit. So after get some space sikit baru la otak tu running.

Ni plak incik suami.

Kalau aku marah, berderet panjang lebar sms aku lepas geram, dia pun dah masak. Malas nak layan. Bagi cool than reply my sms...and today dia telah memadamkan apa kemarahan aku.

"Ayang... malam Jumaat ni Harry Potter jom!"

Aaaaa akak mana leh dengar Harry Potter... tak mo la jawab

"Tengok la dulu" Kang tak dapat tengok. Akak yang meraung.Sendiri sentap!

"OK... jom" Kena jawab macam gitu ye anak2.

Terus je pikiran kat Harry Potter yang last siri ni. Mesti best. Walaupun dah tahu kesudahan dia macammana. Tapi nak jugak! Nak jugak tahu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dari episod pertama mmg semua tahu Harry Potter ada ramai yang sayang yang boleh jaga dia dr kuasa jahat tukan? But kali ni mmg dia lawan sendiri dengan Voldemort. Mmg bila baca buku dia pun macam hati tu panas gila... and yang best korang akan tahu siapa Snape... yezza... berasap gak aku baca til aku tahu kenapa Snape bertindak macam tu...

Ohhhh cerita penuh tanda tanya. Alaaa memula mmg la korang cakap Harry potter buku bebudak. You will see nanti. Ha! jangan ada perangai lak nak bawak anak2 kecik ni... nak bawak tunggu seminggu dua nanti...

Sabtu lak??? Liverpool vs Malaysia... eshhh moga2 boleh la tengok. Dengan kondisi aku ni risau jugak. Insya Allah. Zamani dah surender nak jual tiket kami tu. Tapi sian la. Aku suruh dia pergi dengan org lain dia tak nak plak. So demi suami. Insya Allah, semoga Allah permudahkan semuanya.

Ahad??? Aku nak serang org! hahahah mau ikut??? Che che wah... macam larat. Pestime tengok bola ni. Mau ahad ni aku tergolek atas katil all day kan?

BILA SESUATU UJIAN ITU DI BERI PADA KITA, MAKA ALLAH INGIN TUNJUKKAN YANG KITA TELAH JAUH DARINYA. KEMBALI LA MEMINTA PADA NYA. HANYA ALLAH TEMPAT KITA MENGADU... DIA MAHA MENDENGAR.


Astafirullah...

Banyak sangat masalah dalam otak ni. Lepas satu2... entry yang lepas tu anggap je la lepas geram. Baru nak senyum ada je yang menghalang. Insya Allah aku tahu dan yakin Allah itu ada. Hanya Allah.

Bengang!

Aku tak faham kenapa kita kena bagi peluang ke dua, ke tiga, ke empat, ke lima, ke sepuluh sekali pun kalau org tu dah nyata2 tak nak berubah!!!

Fed up!

Mmg hati selalu kata gi jahanam! nak terlingkup ke apa aku tak nak pedulik... tapi still sakit hati bila itu terjadi.

Tolong la bukak mata!

Tolong la jadi batu sikit!

Kalau dia ada depan mata aku, mmg penampar je aku bagi tak banyak cerita. Ermmm dah mula naik darah.

Tetiba sesak napas... GTG!

Ku tunggu masa nak ludah budak ni je. Tak kisah la siapa pun aku marah. Mmg aku tengah marah! Keadaaan memaksa aku sabar sbb ADA YANG LEBIH PENTING DARI SEGALANYA!

Wait till the rite time... Cida akan berkuasa, when aku in charge tak sorang pun boleh persoalankan KENAPA! tooooo much!!!betul betul melampau!

Lari la...

Tukar la nombor...

Pindah la umah...

Sembunyi la belakang org yang backing kau...

Bila tiba masanya... kau akan tahu aku siapa!

Tuesday, July 12, 2011

Saya ada dua beg

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ku dahului dengan gambar beg ini. Aku dah pakai beg ni setahun lebih. Kira nak dua tahun la. Aku suke beg ni sbb senang. Banyak benda boleh msk dan kalau beg berat pun dua2 bahu je sakit.

Beg ni aku bawak pergi kerja.

Beg ni aku bawak gi jalan2

Beg ni aku bawak gi dating dengan somi.

Beg ni aku jugak aku bawak gi majlis kawin...

Sempoi tak??? Baju kurung pastu pakai beg ni. Punya la malas nak tukar beg. Bukan tak ada. Beg hantaran kawin tu langsung tak pakai sbb sayang...wakakaka... akakkan ganas?

Beg ni abang Zamani belikan lepas pantang dulu. Kira nak pujuk bini la. Kononnya... yer la boleh la terubat 5%. Dan aku sayang sangat beg ni. Tapi sejak akhir2 ni dia dah minta ampun daaaa...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah semua benda ko letak dalam ni,kan? Ekcelikan asal usul beg ni (chewah) aku beli sbb abang Zamani korang baru start kerja kat Damansara. Time tu kenderaaan tak ada. Satu je kereta. So konon berkorban la nak naik bas. Tu yang beli beg macam ni sbb nak elakkan ragut. Uhuhu....

Beg ni dah minta ampun 2 bulan lepas. Tapi buat tak nampak je. Kata banyak benda yang nak di utamakan? Sambil2 tu survey la beg yang mana berkenan. Tapi tah... kalau nak beli semua tak berkenan. Cube tak nak beli banyak dan melambak je.

Tapi tak usulkan pada Yang di pertua. Sbb??? Aku tahu dia mesti bz suruh aku beli beg. So diamkan dulu.

Than datang la bulan 6 banyak ler sales. Wahhhh rambang mata plak. Bila tengok2. Ada org offer. But diam dulu. Nak beli pakai duit sendiri ni berkira. Muaahahah...

Kalau dulu boleh la aku consider aku ikut brand jugak. Tah lepas kawin rasanya banyak benda yang aku nak buat kot. Handbeg paling mahal aku beli pun beg hantaran kawin je la. Itu pun ambik yang discount ok. Tah sbb aku tahu aku ganas kot. Beg suke campak sana sini. So paling paling tak pun aku suke pakai Carlo Rino. Itu pun sbb nak dpat point. Kang birthday dapat la voucher RM 10-RM 30. Wakaka...

Tak pun Sembonia. Bonia tak mampu la... 70% pun tiga ratus bagai. Tak nak la. Laki ai bukan koperat punkan? (Ayat org tak mampu beli)

Aku try jugak beli beg2 yang org kata cetak rompak ni. Pernah jugak la beli beg Coach yang berharga RM 120... wakakak aku pakai tak sampai 2 bulan kot, tali putus. Coach yang ori tu pakai tali kapal kot yang murah pakai tali rafia je ku rasa. Bengang la. Banyak beg yang tak ada jenama yang aku boleh belikan dengan harga tu. I mean ko beli beg jenama VINCI atau Padini pun dah kira ok. Kan kan kan? Mmg frust. Teruk kena bebel dengan abang Zamani korang.

Jadi! pada ahad lepas akak telah jatuh cinta dengan beg di Voir. Kat Seed pun ada jugak. Tapi kecik. Akakkan stail doremon! Banyak barang nak angkut. Pastu air muke ni kalau nak barang mmg jelas di kesan org incik suami. So aku cakap la. Aku nak beli handbeg. Sbb dah putus dah beg tu. Dia cakap ok. Tanya harga. aku cakap murah je RM 119 jer... 50% je discount so RM 50++. So ahad tu gi la beli

Last stok!!! Mmg rezeki aku. Maka dapat la acik merasa beg baru yang murah!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaa....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Beg ni pun aku rasa tak tahan mana pun sbb kulit dia. Tunggu la 3-4 bulan kang. Terkopek2 kulitnya. Tapi tak pa... murah! hahahah... boleh tukar lagi. Susutnilai by the time pun dah tak laku.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Me apa yang abang Zamani beli, aku sayang nak tukar. Dont know why. Halo dia offer beli BoniA... tapi!!! tak pa la sayang... we need cash in hand banyak lagi dari nak beli beli beg yang sangkut kat bahu ni je. Tak yah tak yah

Tapikan....

Mud abang zamani baik lak ari tu. Dia plak berkenan satu beg lagi. Akak jatuh cinta dengan yang pertama. Alaamak! Yang nak kuar duit tu berkenan ni plak. Tapi not bad sebenarnya.

Alasan Zamani, sesuai la casual. Yer la kalau attend majlis mcm tak sesuai. Alaaaa sejak bila kira sesuai ke tak??? sblm ni belasah beg yang atas tu?? hehehe. Aku pun terdiam. Tapi ikut cakap suami. Tak pa la. Ambik yang jeans ni je la.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Berapa kerap sangat gi umah org kawin, kenduri semua ni kan? Sekali tu... dia cakap.

"Eh kenapa letak yang tu? Ambik la sekali..."

Ku nampak bintang dan bentuk ati di keliling Zamani... betul ke ni?

"Mahal la... ambik satu je."

"Its 50% yang... dua pun harga satu." Oooooo tawaran yang hebat.

Akak dah sengeh2 kambing dah ni. Sales gurl tu dah kuar dua2 beg...

"Alo akak... abang sudah offer beli dua"

"Esh... tak pa la b! Satu cukup"

Zamani siap tayang beg yang dia suke tu depan mata aku...

"NAnti boleh tukar2..."

Senyum malu lagi... ambik jelahkan???

"Betul ke?"

"Yer... ambik la dua sekali. Baru je RM 120kan?" Cina tu angguk.

Terus gedik! Ok la...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni pun boleh tahan besar jugak. Nice!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Segala benda boleh masuk ok!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dua- dua dari Voir JERKKKKK.

Syukur... dapat jugak beg. Tak la terpikir2 nak beli beg apa lepas ni. Thanks incik suami... your the best! Senyum simpoollll aku ari tukan.

drama kucing

Ibu dan ayah aku suke buat drama kucing tau.

Ibu ada 2 ekor kucing. Pumba dan Kiko. Kiko mati last two week kena langgar depan umah. Adoi drama la pulak. Balik kerja ari tu tengok ibu mud ilang. Tak macam selalu. Apahal?? Tak la tanya apa-apa. Mungkin mud dia tak baik. Tapi air mata bergenang. Sudah! Apa kes?

Ayah kuar bilik cakap kiko mati sudah.

Yang lawak mak aku siap kafankan Kiko tau. Dah jadi pesta sbb bibik sebelah pun cari tanah nak tanam Kiko. Yang seronok anak jiran aku siap peluk mak aku nangis sama.

"Sabar la cik Tipah, Nanakan ada." Aku mmg bantai gelak dengar cerita mak aku. Dia pun tergelak tersedar cerita dia cerita yang kelakor.

Tapi kehilangan Kiko tak rasa bebenor sbb Pumba (mak kiko) ada anak 3 ekor. Last month baru lahir. Ermmm bertambah la kucing kat umah tu. Di sbbkan umah akak tengah buat Reno, maka barang bersepah membuatkan si Pumba ni suke la nak sorok2 anak dia.

Mak aku dah jadi bidan dah. Hahah nasib dia tak sediakan bengkung semuakan? kalau tak harus! Ok lah at least dia ada la kawan. Ok drama kucing tak setat lagi. Ibu dengan ayah aku mmg suke kucing. So umah aku tu jadi 'restorant' buat kucing2 yang liar. Tah siapa-siapa punya. Kira siapa pun datang, bapak aku mesti tuang biskut kucing depan umah tu. Mabuk aku! bau kucing tapi sabar... so umah siap harus la ko kucing2. Aku kasi sekolah makan pakai sudu.

So ada satu kucing parsi tua. Tah aku tak rasa ada org bela sbb buruk je tengok. Dengan muke kemek dia. Dan sekor lagi kucing Jantan warna kelabu. So ayah la bagi nama. Since yang parsi tu macam 'bagus' kalau dia datang kucing jantan yang warna kelabu tu takut. Padahal aku rasa kucing kelabu tu lagi besar dan mude kot.


Ayah bagi nama kucing puteh tu "Tuan Syed" Hahah matik aku kena tembak dengan org yang keturunan Syed ni... maap yer... sbb cara dia jalan semua kucing nak takut. Sampai ada yang terkincit2 kalau nampak dia. Tapi dia tak la kacau kucing2 ni. Kucing2 ni yang seram dengan dia. Yang kucing Jantan kelabu ni ayah panggil dia "Mamat" belasah laaaaa

Tapi sbb muke kucing parsi tu kemek, ayah terus panggil dia Tuan Syed Kemek. Hahaha...

So bila si Pumba bunting, kitaorg ingat anak si Mamat. Tapi silap laaaa... Mamat menantu si Pumba. Wakakak sbb dia dok cium bontot si Kiko je. Tapi sejak Kiko mati, Mamat diam je menerung nasib tanpa kekasih. So si Pumba bunting anak siapa???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Confirm!!! anak "Tuan Syed Kemek"

Sbb bulu dia macam kembang. Hahah kami gelak. Jangan memain... ni keturunan syed semua ni. So since ada dua jantan, satu betina. Aku telah memberi nama Upin, Ipin dan Kak Rose!

Upin ekor dia panjang. Since Upin ada toncetkan? So panggil la dia upin

Ipin nan ado ekor. Pendek je ekor dia.

Yang kak rose sbb dia perempuan. Esh tengok aku pun sama je... betina!

Walaweh!

Ibu cakap kena panggil "Syed Upin" , "Syed Ipin", dan "Sharifah Kak Rose" ke?

Aku terus jawab....

Tak yah... mak dia org biasa je... heheheh... terus gelak. Gila kena tembak main2 nama keturunan org... ampunnn ye. Ibu saya ni lurus sikit orgnya. Ambik port benda yang gurauan tu betul2.

Ayah plak cakap, wahhh Upin dan Ipin ni waris kuat Tuan Syed , sebijik bapak dia ni.

Spot kucing2 ni kat situ la. Nampak tingkap tu? Buat si Mamat geram je. Mak dia plak tetiba gelabah ayam. Padahal dalam umah je kot. Dia punya panic si Mamat diri depan cermin tu mcm nak cederakan anak2 dia. Si kak rose tu ok je... yang upin dan ipin tu... tak sedar kecik. Jalan pun tak kuat lagi, terkangkang2. Masih tatih2 nak lawan kawe tu. Di baham ko baru tahu.

Tp tu la. Comei. Umah aku bising tiap2 hari. Cik tipah dok bual dengan kucing2 tu. Ibu cakap kang umah dah siap, kat belakang tu nak buat kandang kucing. What evil la ibu. Nak buang pun macam sedih. Tak pa la biasa kucing2 ni kitaorg bagi makan kecik2 je, dah besar mmg bebaskan diorg kat luar.

Itu je kot... heheh

Monday, July 11, 2011

Gagal menahan sedih

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Fidah sent me MMS.

Little Tayen 'drama minggu ini'

Menangis nak beli kereta tuk kali yang ke berapa aku pun tak tahu. Mmg Rayyan wajib beli kereta mainan satu hari. Yang seringgit pun tak pa. Yang kecik cononet pun tak pa. As long benda tu kereta.

Bila dapat gambar ni aku rasa sedih plak. Korang pernah tak terpikir wajah2 mereka ni yang kena dera. OMG! everytime aku tengok muke budak menangis, aku terpikir kalau yang kena dera, tak kesian ke diorg binatang2 ni pukul budak2 ni?

Sob sob... akukan suke sangat pikir bukan2, jauh2. No la just terpikir je. Tak sampai ati nak tengok muke budak2 ni nangis.

But like Zamani cakap.

We as parents kena tegas. Haaaa macammana aku nak tegas kalau bab macam ni aku gagal. Ni boleh create the other 'anak ku sazali' ni. Actually aku tak sampai hati to say 'No' kalau diorg nak apa-apa terutama BAB MAKAN. Mainan aku bole keraskan ati lagi la. Tapi bab makanan, alahai! Walaupun mcm setengah org cakap ala diorg main2 je. Bukan nak makan betul pun. Tapi to me bagi la dia rasa at least tak kempunan. Dia nak terus makan ke main ke lain cerita.

I dont know. Im not a mother yet. But hati kecik ni selalu tertanya. Macammana la bebudak ni sakit kena pukul. Kita yang terlanggar barang or org tepuk kita kuat sikit je dah sakit. Yang tendang terajang, sepak semua??? Apa la daya budak sekecik diorg ni.

Mmg aku akui, Rayyan mmg manja. Itu nak mak ayah dia la nak didik anak dia macammana. To me kalau org kompelin cara ni salah betul, itu terletak pada bahu mak ayah sendiri. Sok budak tu susahkan pun susahkan mak ayah sendiri. Kalau mak ayah tu nak susahkan kita, yang patut di tembak mak bapak tu lakan? Sbb ibu bapa akan mencorakkan anak2 tu. Kita tak boleh nak samakan parent ni jaga anak , parents ni jaga anak. Tak semua sama. Tak semua mak bapak pun dari back ground yang sama.

So bila teguran itu ini, aku lebih suke ambik contoh. Yang baik ikut. Yang tak baik jangan ikut. Senang je. Macammana pun diorg nak didik anak diorg, itu terpulang pada mereka. Tepuk dada tanya selera. Esok budak naik tocang pun tak leh la kita nak salahkan sesiapa. Bukan salah penjaga, bukan salah atuk nenek yang jaga, bukan salah kawan2 atau mak cik-mak cik juga. Yang penting bz macammana pun mak ayah tu, diorg KENA ada masa tuk pantau anak2. Ini pendapat aku la... sabtu ahad tu kena bawak anak2 jalan2.

And abang Zamani berpendapat, yang best hujung minggu bawak anak2 beriadah, gi air terjun, mandi laut, them park mana2, dan yang best bawak gi umah nenek, atuk atau jumpa mak cik pak cik yang lain supaya ikatan tu kuat. Anak2 boleh kenal siapa sepupu2 mereka. Mak cik pak cik mereka, atuk nenek mereka. Compare nak bawak anak gi shopping setiap kali hujung minggu maka jawapannya akan jadi seperti berikut!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ala abang Zamani bukan apa... diakan particular sikit pasal expenses ni. Bini berbelanja ok lagi sbb bini berkerja. Sok duit habis pandai la coverkan? Kalau anak ni? Dah tentu duit diakan? Hahah tu yang kuar statement tu.

Tapi mcm aku cakap la. Org belum ada anak ni, cakapnya hanya omong kosong. Ber'kalau - kalau' je.

Kalau ada anak nak buat ini

Kalau ada anak nak buat itu

Kalau ada anak jangan harap anak aku boleh buat gini

Kalau ada anak jangan harap anak aku boleh buat gitu

Cakap je... sbb tu kalau org ni cakap KALAU aku malas nak layan. Sbb benda belum jadi. U never know what kind of parents that you will be. Dan aku banyak tengok contoh2 ni. Yang dulu tegas nak mati, semut lalu pun tunduk2. Tapi dapat anak, anak dia boleh tunjal2 kepala dia. ada plak yang very soft. Yang aku rasa sok dapat anak mmg kena main je dengan anak end up cara dia paling kesan didik anak. So tak yah la berkalau. Sbb semua ni ujian. Manusia mampu merancang.

Macam perkahwinan jugak. Mungkin ko buget ko boleh jadi super housewife walaupun berkerja. Tak nak laki and anak makan luar, tak nak bagi laki anak makan masakan maid. Aku yakin semua perempuan yang bergelar isteri kalau bole TAK NAK abaikan rumahtangga mereka. Kalau la perkataan 'kalau' tu semudah di sebut, aku rasa aman kot dunia ni. Tak ada org yang ada masalah kot.

anyway ini hanya pendapat aku je. Ko nak didik anak cara macammana pun, terpulang. Ni apa yang aku rasa la. Dari semalam dok tatap muke sedih rayyan tu. But behind the story mmg la tak patut bagi muke. Hehehe...sehari RM 8 habis beli kereta mainan. Sebulan pun tokeh balak pun papa,kan?

Tak pa Tayen eh... sok mainan Tayen boleh simpan tuk anak mak long plak. Hahah mana tahu... kan kan kan?

Friday, July 8, 2011

Sweet tak chayang saya?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


This is us... haha macam tak tahu kan? Suami saya yang sweet ni. Muke mmg garang. Bak kata kawan adik2 saya. "Abang ipo ko polis yer?"

Tang mana garangnya tak la ku tahu. Tapi dia tak pernah la nak buat muke garang. Hahah tipu sbb nak ambik ati je. Cube la sekali uji kesabaran dan kemarahan dia... akak lari dulu. Tapi konon la berani kerana benar buat2 tak takut. Tiap kali dia marah, hati saya kecut... hahah

Anyway kalau puji2 suami sendiri lebih2 ada org tak suke lakkan? macam laki dia je yang baik buat itu ini. Yer la, takkan akak nak cerita kebaikan suami org lain kat sini plak? Haizzzz... bagi aku apa yang Zamani buat tuk aku semua cute2. Walaupun suami org lain lagi hebat belaka. Beli umah, kereta, payung emas tuk bini2 diorg. Tapi aku tak kisah. Zamani belikan aku gegula holicks pun aku dah rasa dia romentik. Bukan harta menjadi nilai tapi ingatan. Ada org2 lain yang bersusah2 dengan kau?

Gambar ni dia buat waktu saya tengah stress... sejuk je tengokkan? Yer la... tapi malam tadi saya tak ada mud. Tido saya tak cukup saya bertukar menjadi ijau. Hehehe. Tapi pagi ni baru teringat terus request dia sent tru email tuk saya kongsi kat blog saya nih!

Ekceli saya bukan la jenis isteri yang suke meminta2. Mmg dari dulu mak ayah saya ajar nak apa pun berdikari dan usaha sendiri. Kalau Zamani bagi, selalunya BONUS tuk saya. Walaupun duit dia, dia selalu parking kat bank saya, tapi atas amanah tak plak saya nak gune sewenang2nya sbb saya pun sendiri kerja. Kalau teringin sangat baru la bersuara. Tapi mmg jarang la. Tanya la Zamani sendiri... ada ke? Selalu saya suke kacau dia je bagi dia stress. Kat Fb, kat twitter mmg saya suke minta minta. Tapi bukan niat nak pun. Bila dia tanya saya selalu cakap simpan jeee la tak perlu kot.

Asal skema ayat aku ni??? Saya2... geli la!

Tah sepanjang 3 tahun aku kenal Zamani aku mmg tak pernah nak minta dia apa-apa. Kecuali anak... wakakak... itu wajiblahkan? takkan nak usaha sendiri... hahah mcm mana lak tu?? tang tu je bab duit, yer aku hanya monitor. Tapi tanpa restu atau keizinan dia, aku tak berani nak gune. Melainkan duit aku. Ha tu tak pa. Tapi kalau sentuh duit dia, semua aku akan tanya. Walaupun bayar bill2 semua atas bahu dia, at least dia tahu mana gi duit2 dia. idok la bini dia joli sakan,kan?

Oklah itu sajer... apa pun suamiku... di kau mmg sweet. Tak ada yang sweet dari mu...

Ok... balik upah gula2 holik lagi eh macam semalam... hahahah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails