Wednesday, October 12, 2011
Dear BFF
Dia selalu ada buat aku. Dia juga tempat aku mengadu. Sihat ka dia? Bagaimana dgn keadaan dia? Dia selalu berkongsi cerita tentang masalah dia. Dan aku tak tahu masalah itu masih berlarutan atau tak?
Mungkinkah dia kecil hati dan terasa hati dgn ku? Hanya dia tahu kenapa aku ckp mcm ni. Aku tak salahkan dia sbb kalau aku di tempat dia aku jua akan terasa ati. Bukan la terasa hati melampai. But aku pernah di situasi dia.
Mesti korang tak faham tapi aku tahu dia baca entry ni.
Sorry my dear friend. Kalau aku 'menguris' perasaan kau. Byk benda yg aku nak cerita pada kau tp aku takut it make thing worst.
Tiap hari aku baca entry kau, and I know u been bz with ur new project. Tp aku harap kau tak jauh hati dgn aku. Aku sentiasa doa semoga kau terus bahagia walaupun dengan 'cara' lain. Kau byk tolong aku, tahu kepayahan yg aku lalui.
And I really miss u dear friend. Again sekiranya kau terasa ati, sedih atau apa sahaja. Aku minta maaf.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
The real Amani Iman
Nak buat Pasport dia
Nak Cari baju tuk Aqiqah dia
Nak bukak buku saving account dia! SSPN dengan buku simpanan NURI bank rakyat ( yang sebenarnya abak dia yang xcited, katanya kalau bukak saving NURI bank rakyat banyak aktiviti tuk budak2... boleh la dia bawak anak dara dia join sama...iyo la... rasanya Amani Iman join lagi dua tahun la abak oiiiii! belasah anak diakan? kot bank rakyat kasi bapak join contest onbehalf anak, ok jugak la kan??? hahah)
Nak betulkan WKD aku... kan aku nak kerja... perhhh setahun ko tak pegang kereta. BAnyak rosak. Road tax dengan lisen aku pun mati sudah. Wakakak semua nak kena idupkan dan yang best nak make up WKD lawa2 tuk bawak Amani Iman ke sana sini... hahah encik suami! saya boleh drive!!! bawak anak dara awak... ngeh ngeh ngeh
Tapi aku bukan nak cerita pasal ni. Ada yang aku perhatikan pasal Amani Iman ni. Dia suke sangat main tangan dia. (semua baby suke main tangan,, tapi maksud aku amani iman mmg kalau lepas bedung tangan dia macam dia tak leh nak kawal, semua dia gapai) Mmg kalau lepas bedung tu mmg tangan tak leh diam. Sampai la sekarang ni.Kaki jangan cakap dok nak menendang je. Tapi dalam perut mmg dia macam tu. Kalau bahagian perut ni senak je. Sometime nangis kat Zamani cakap baby tendang tulang rusuk aku. Sakit oooo... Than aku perhatikan gambar yang aku ambik kat UMRA time dia kena tahan sbb kuning tu. Macam pernah ku lihat aksi tu, tapi kat mana? Dalam mimpi? Mustahilla kan?
Tetiba teringat 3D yang aku buat kat UMRA. Mmg susah nak capture muke dia. Sampai doktor tunggu dia turunkan tangan sbb nak tengok muke dia. Nak check la mata dia, idung dia, mulut dia sempurna atau takkan? Akak nebes tau!
Tuesday, October 11, 2011
Kes tak sabar
Ekceli petang tu aku suruh Zamani bagi Amani Iman ambik angin DEPAN PINTU PAGAR jerk... tapi tah macammana dia kata nak try bawak Amani Iman keliling taman... time tu kul 4 petang.Aku pun ok la... siankan anak sebenarnya....
Alaaaaa budak tu tak ada benda pun. Tak merungut pun duduk umah... wakaka mak dia je yang simpati kat anak lobeh-lobeh dan ober ober
Orang kata safety tu pentingkan?
Mata anak pun tak bukak lagi. Berangan la ko bawak budak ni jenjalan. Dush dush
Amani Iman lak kecik... tapi stroller ni muat2 dia boleh masuk. Si bapak haruslah utamakan keselamatankan?
Monday, October 10, 2011
Terima kasih semua
My first thanks to Husband! Encik suami! Encik Zamani... kerana bagi aku hadiah hari jadi yang tak ternilai... Sept ni dan sept akan datang akan menjadi sejarah yang tak mungkin aku akan lupakan... 7 sept tak sambut tak mengapa... nanti kita sambut hari jjadi sesama yer Iman.
Kalau selama ni suami bz bagi hadiah kat bini sbb melahirkan anak... apa salahnya ucapkan terima kasih kat suami kan? anyway anak tu darah siapa jugakkan?
Than 10 Sept... aku rasa gara2 hadiah birthday gift ni la aku bersalin awal... dammit you Dr jay... dia bagi hadiah hari jadi ni... lain macam je??? cum hadiah baby. Tu yang Amani Iman nak collect hadiah dia kot? Takut ibu rembat yer nak?
![]() |
Dr Mak Ngah Pidah and Pak Ngah kent |
![]() |
Dr Mak Ngah Azita dengan Pak ngah Azizi. |
![]() |
Baju dari Tok mama.... Tok mama banyak belikan Amani baju sbb diakan comei... baju besar2. Tapi ada baju yang ibu Amani lupa nak snap gambar! |
![]() |
Gelang kaki dari Nek Cu and Tok Cu. |
![]() |
Baju dari Nek Ngah |
![]() |
Stroller dari mak ngah dan pak ngah kent |
![]() |
Hadiah dr opis Zamani... |
![]() |
Gift dari mak su Ijat! Hoyehhhh abak dia terlebih happy! Tak sabo nak pakai anak dara dia yang halus tu rompers ni. Got two one from mak ngah pidah jugak... |
Terima kasih sekali lagi... hanya Allah dapat balas jasa2 kalian. Terima kasih jugak doa kalian ye.
Sunday, October 9, 2011
Cakap utara
Zamani tak setuju. Bengang jugak. Habis family aku?? Kami org melaka, ckp pun tak la pure sangat berlagu mcm org melaka. Mind aku ni dah pikir anak sekolah. Susah diorg nak belajar bahasa org selangor ni semua.
Gila kentang pk sampai ke situ. Zamani bg hujah dia pun org utara tapi dia tak ada masalah nak ckp dgn mcm biasa kat sini. Ada je jawapan dia!!!! -+@:(3';"-_))'+_
LAHHHH NIHHHH!!!! Sudah terlebih. Laki aku tak perasan. Tp aku perasan jugak la. Kata tak mau kan? Bila Amani Iman nangis, si ibu bertanya....
AWAT Amani? PASAI APA Amani nangis?
Amani minum AYAQ sikit eh?
HANG ni PASAI APA nangis ni?
Amani ni DOK pakai baju je nak KERIAU (haha tak sure spelling ni betul tak)
Amani ni BEBAI betul la!
Nahhhh mak ober tetiba ckp utara ni pasai apa??? Hahaha.
Ku redha la dengan kenyataan incik somi, sok dia besar dia tau la nak belajaq ckp bahasa melayu selangor. Pasai apa nak risau sangat? Aisyah relex je ckp Kay EL kalau balik kedah. Heheh.
Nampak gaya aku pun terjebak baul utara sejak kawin ni. Org melaka panggil aku murtad melaka. Ada aku kisah? Hahah. Jadi org melaka hanya tertulis kat dlm IC je la noooo.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, October 8, 2011
Terima kasih Mak Ngah
Korang sakit mata tak? Susah dak nak baca ke apa??
Cerita dah basi... sebulan yang lepas. Adik aku yang baik hati ni, telah belikan aku hadiah tuk hari jadi. Walaupun aku dah kata tak payah sbb banyak sangat dia beli tuk aku. I mean bila nak bersalin ni, dia yang banyak beli baju2 tuk amani. So jadi segan plak. Hehehe banyak la ko punya segannn.
Kan lepas 5 hari birthday aku, aku tak sangka si budak Amani Iman ni nak kuar plak. Maka keadaan jadi kelam kabut. Fidah bagi beg ni kat mak aku, sampai mak aku lupa nak bagi kat aku. After seminggu bersalin, baru la ibu bagi aku. Itu pun lepas mak aku nampak muke adik aku. Hahah lawak.
Org pantang muke buruk. Dia dengan besar hati nak tolong posing tuk tatak dia. Dia belikan aku beg handbeg RENOMA! My fav brand. Kata adik ipo aku...
"Renoma bukan brand seluaq dalam ka???" Sentap! hahaha
Tah aku lebih suke RENOMA.... mungkin "R" represent nama aku kot? bluek!
![]() | ||||||
Dia mmg suke kalau jadi model. Jeng jeng jeng... Best yang super beg. 3 In 1! Bak kata abang Zamani korang, save buget dia nak beli handbeg banyak2 tuk bini dia... cis!!! |
![]() |
Original saiz beg macam ni... besar! boleh letak barang2 amani dalam ni... hahah tak sesuai ko! Handbeg letak botol susu anak, bib anak, pampers anak... |
![]() |
Ia boleh jadi beg macam ni.... |
![]() | ||||||||||
Dan juga bentuk ni.... |
Ok itu untuk aku... untuk Amani Iman pun ada jugak.... sangat sweet la ko angah!!! i love you till i die...hahaha! Save duit mak bapak Amani Iman gini. Stroller dah ada org bagi. Kaler merah lagi... tocheeee...teruja mak bapak Amani Iman. Kami pun tak terpikir nak beli stroller semahal gini tuk Amani Iman. (Keji ok mak bapak Amani).
Yerlah dia bukan tahu apakan... masuk terus tolak je.
![]() | |
Stroller Esprit |
![]() | ||||
Terima kasih mak ngah.... Jasa mu kami kenang... i lap you la sis!!! terbaek dari ladang ko ni! ahahaha |
Friday, October 7, 2011
Menyampah
Ok emo. Gara2 terjebak tengok cerita korea. Best gila citer 'war of roses' hahah betul ke tajuk citer tu? Baru tengok dua ari. Haha menjangkit dgn cik gu yati and mak su ijat ler ni.
Aikan kalau citer curang2 ni emo terlebih2. Tensi bayangkan kalau kena diri sendiri. Hahah. Abang jamani hang jangan bercita2 nak pasang satu lagi. Hua hua hua. Meroyan akak ko tengok cerita tu ok! Best gila... Tak sabar nak tgk malam ni sbb aku tengok td time nak habis. Demit!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 5, 2011
Hasil tangan siapa
Mmg terkejut sbb dia dok snap gambar weekend tu. Wahhh kalah pak teh dengan mak su ni. Aqeqah amani iman mak long hire aisyah je la yer.... Che ta! I dapat harga discount ke FOC?? Hahah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, October 4, 2011
Anak ku iman
Aku ingat dia mimpi. Sbb tak mungkin aku tak sedar dia 'hint' kat aku nak susu. Angkat bg dia susu. Susah plak dia nak isap kali ni. Tolak2.
Pujuk2 dia, dia tido letak atas katil nangis lagi. Apa sal ni? So that day jadi mcm ni, mak kata lekapkan perut dia dgn perut kita. Buat la... Dia tido jugak. Lepas tu nangis bila letak. Sudah! Dekat sejam aku buat dia lena, letak bangun balik.
Yang sadis bila kejutkan zamani. Aku tak patut kejut dia sbb dia kerja pagi. Kot la anak dia nak tido kalau bapak dia yg tidokan. End up sama. Org mengantuk ilang sabar. Dia mara amani iman ( tak la marah org gila) budak tu lagi la melawan. Something wrong somewhere. Aku nak kejutkan mak tp its not bad sbb aku rasa amani iman nak tido peluk, so buat apa yg mak ajar dulu. If bad than tak ada cara kejutkan mak.
Aku tepuk amani iman, banyak dia minum tp tak sedawa. Tepuk sampai dia lena. Hagaknya ternsentap dia bukak mata terus sedawa besar! Gelak aku tengok muke dia. Agaknya dia pun terkejut badan kecik sedawa mcm bapak dia daaaa. Seyes. She look at me. Idung kembang kuncup tu maknya berak la tu. Meneran! Sekali bunyi kentut besar sama mcm org besar. And of coz dengan taik sekali la tu kalau aksi idung kembang2. Dan2 tutup mata lena. Lega kot?!
Nak tukar pampers pun azab. Time tu dia bangun bila baju dia aku bukak. Pampers plak tak ada. Nasib baik ada stok kat bawah! Bengong tak check tau!!! Dah dia jaga macammana aku nak turun, mau satu umah bangun! Sumbat dia susu. Imagin buat susu ai dukung amani iman tau. Mmg hati2 tuang air panas!! Ushhh.
Than zamani bangun, nasib baik dia bole ambik pampers and layan anak dia. Aku??? Syahdu nangis sama dengan amani iman. Bg aku bukan la aku menyesal atau mara dia. Bila dia nangis aku marah2 dia tanya kenapa semua aku rasa menyesal. Itu tugas aku tuk cari kenapa dia sakit dan bukan tugas dia tuk beritahu.
Lepas tu dia lena. Sejam kot. Nangis mintak susu lagi kul 6. By the time mak masuk bilik terus ambik dia. And me tak leh tido, terus kemas2 baju dengan barang2 amani turun bawah.
Apa pun kita kena belajar. Bukan kita sombong tapi sampai bila kita nak bergantung pada orgkan. Minta tunjuk ajar, lepas tu buat, gagal br minta tolong.
Tak tahu ni konsep aku. Aku nak tahu semua pasal amani iman. Susah ooo mengandung, sakit oooo beranak. Apa pun jgn lepas tanggungjawab. Ini peringatan diri sendiri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, October 1, 2011
Kisah Oktober plak bermula...
Bila baca blog org, seronok je. Tapi pengalaman mengajar aku supaya tidak terlalu bergembira. Sentiasa beringat. Tak semua suke cerita kita. Dan pengalaman jugak buat aku sedar. Hati ini sebak bila baca org ni mengandung, org tu bersalin. Bukan la sakit hati tp sedih la. Mula la meratapi dan mula la menyalahkan diri sendiri. Akhirnya sendiri tention.
Sebenarnya aku sedih. Dalam family Zamani, tahun 2010 ada tiga org yang kawin. Adik Zamani, than dua org sepupu Zamani. Dan di awal tahun 2011 pulak aku dapat berita semua tu mengandung.Tapi Allah tu mmg nak mendugakan? Mmg pasrah la sbb by the time aku dah set kan kat otak ni tuk tidak terkejar tuk mendapatkan anak. Buat aku sendiri stress je kan? Kalau dah tentukan aku dengan Zamani je, apa nak buatkan? Mmg tipu la kalau tak terasa hati. Tak sedih. Tapi aku dah give up. Luahkan pada suami pun dah macam buget apa dia nak jawab.
Tah...
Aku bukan nak Zamani pujuk aku ke apa. Ada sesetengah pihak pulak cop aku tak leh nak terima ketentuan Illahi. Ini adalah pekara2 yang selalu aku dengar dari mulut org... bagi mereka aku tak dapat menerima ketentuan dan ujjian Tuhan. Kalau aku tak terima, aku rasa aku dah gila kot. Tah di situ baru aku sedar, dan di kurniakan teman yang senasib dengan ku... dengan dia aku luahkan segalanya. Betul la kata org. Yang faham kita adalah mereka yang senasib dengan kita.
Sentiasa melihat mereka yang menerima dugaan hebat dari kita. Bila pikir itu akan mengisapi diri. Macam aku sendiri org bertanya 'Turn awak bila pulak?' hanya hati yang menjawab. "Saya sedang menanti giliran saya tuk menjadi seorg ibu". Tapi bila tahu ketiga2 mereka yang kawin akhir tahun lepas mengandung, aku mmg banyak termenung. Otak mula setkan jawapan tuk soalan hati. Mula la plan dengan Zamani nak ke sana sini. Just me and Zamani.
Tapi Allah tidak kejam. Maka dia berikan jugak rezeki yang kami minta. Jangan cakap aku tenang sepanjang aku mengandung. Bila tak mengandung aku minta. Bila Allah dah bagi perasaan risau, takut menghantui aku setiap malam. Sepanjang kandungan aku sentiasa risau. Doktor suruh aku banyak tenang, sbb aku tak boleh stress sangat apa lagi di awal kandungan. Mood aku mmg teruk. Org kata aku mengandung anak lelaki... sbb start mengandung sickness yang sangat teruk compre mengandungkan aryssa. Cuti jangan cakap la. Sekali MC doktor mmg bagi cuti 3-4 hari macam tu.
Aku buat pemeriksaan 3 tempat. Hospital Putrajaya, Klinik kesihatan (KK) dan klinik swasta. Tak pa biar banyak tempat asalkan kandungan aku selamat. Minggu ke 7 kandungan aku dah kena ambik asprin. Asprin dah jadi kawan aku, satu hari pun aku tak boleh nak miss ubat tu. Since punca kandungan aku meninggal dulu sbb darah terlalu pekat dan tak sampai ke baby buat aku nekad! macammana pun aku takkan miss tuk ambik asprin.
Zamani pulak mmg tak nak aku stress. Apa jua yang buat aku stress dia akan cube pujuk. Bila tido dia akan belai pujuk aku dengan apa jua masalah yang aku hadapi. Biasalah fobia tak habis. Dok pikir bukan2... macammana kalau sama dengan kandungan dulu, this and that. and di situlah peranan Zamani. Bole tengok kesabaran dia pujuk dan sentiasa berada di sisi aku.
Tapikannn awal kehamilan tu aku mmg tak boleh nak tengok muke dia... hangin satu badan. Sentap jangan cakap la. Eshhh benci la! sampai kalau boleh tak mo bertentang mata dengan dia. Hahah tu yang Amani Iman fotostat muke dia habis. Tapi tak lama la... dalam 4 bulan dah ok dah.
Aku mengandung Amani Iman aku jadi sangat garang... hua hua hua. Aku benci lelaki. Bukan laki sendiri, semua la! pelik tak?? kalau nak deal dengan lelaki kat opis boleh tengok tocang aku naik. Sampai budak opis kata aku salah makan ubat sbb nak marah2 je... hahahah.
Tu pun buat aku stress jugak. Oh sewaktu kandungan 7 minggu start makan asprin, mmg menguji la... ada satu malam tu tengah syok tido, tetiba underware basah lencun... aku panic... apa ni??? sampai mengalir ke kaki semua... time tu pukul 2 pagi. Bila tengok air tapi kekuningan sikit. Aku confuse darah ke apa? Mmg pasrah. Apa lagi yang aku bole pikir? Mungkin ini bukan rezeki ku. Bayangkan pukul 2 pagi. Aku tak berani nak kejutkan sesiapa. Zamani pun aku kejut dia tak bangun. Aku menangis sendiri sampai pukul 4 pagi, which jam bunyik tuk Zamani gi kerja.
Cerita dengan dia apa yang jadi. Kami laki bini terduduk diam... aku dah tak larat nak nangis dah. Zamani pun sama, usap2 kepala aku tunggu pagi tuk klinik.
Aku pergi klinik dengan hati yang sangat sedih. Baru je nak happy ini yang jadi. Jumpa doktor aku check doktor kata itu keputihan. Sbb aku makan asprin dia mencairkan keputihan. BIla scan baby ok... alhamdulilla...Syukur sangat.
Than bila second trimester pun banyak benda yang berlaku. Sebulan lebih aku deman, batuk. Tuhan je tahu. Sampaikan aku kurang air dalam badan. Padan aku rasa macam nak pitam. Yer la dah tak sihatkan? aku makan apa pun kuar balik. Air minum pun kuar balik. So doktor suruh aku minum 100 plus tuk tenaga. Tapi buang gas tu.
Dah baik deman, aku detect semput pulak... aduhhh sampai kena ambik pump. Semua tu buat aku jadi risau dan takut.
Darah aku kurang, than kandungan aku besar dari jangka pembesaran baby. Aku terpaksa ke 3 tempat setiap minggu tuk pemeriksaan. Dalam minggu ke 27 macam tu, doktor sahkan baby aku songsang. Kepala atas, kaki bawah memijak fibroid aku. Tali pusat plak di bahagian kaki dia. How you feel kalau doktor cakap macam tu?? Tak ko risau?
Aku bg tahu klinik kerajaan, diaorg kata selagi tak minggu 28 tak payah risau. Baby masih boleh pusing. Aku selalu berbual dengan baby supaya dia tak pijak fibroid aku dan turun la ke bawah. Lepas minggu ke 28 sangat mengejutkan bila kedudukan dia di bawah... syukur Alhamdulillah. Mmg ajaib sangat apa yang berlaku. Tapi aku plak di sahkan ada kencing manis! Shit... tiap minggu kena ulang alik KK dan hospital putrajaya tuk check kawalan gula.
Tak pa la... tuk anak mmg ini yang aku harus tempuh. Bila baby kuar nanti harap semua ok. Dan sepanjang tempoh kehamilan dari awal sampai akhir, aku dengan Zamani selalu derma atas nama anak2... Aryssa dan Amani. Apa yang kami buat atas nama anak2 kami. Tiap solat Jumaat aku selalu bgtahu zamani tuk derma atas nama anak2. Minta kedua2 anak kami di lindungi, baik di sana mau pun di sini. Aku bukan nak riak, tapi mungkin Allah gerakkan hati kami. Kami tak pernah bersedekah sblm ini. BIarlah segalanya tuk anak.
Aku jugak mendisplinkan diri... dulu mengandung Aryssa aku hanya baca surah lukman, yusoff dan mariam. Tuk apa? Kali ni aku baca tiga surah tu lepas solat subuh. Bangun awal sikit lepas solat mmg baca 3 surah tu berganti2. Surah yusoff panjang jadi mmg tak dan nak habiskan satu hari. Yang surah Mariam dan Lukman mmg habis setiap kali baca. Dan waktu solat aku baca sikit-sikit. Konon nak aim khatam sepanjang kandungan sbb di awal kehamilan ada kawan tegur supaya aku khatam tempoh hamilan 9 bulan. Katanya anak akan jadi baik, tak meragam, anak jadi taat. So tak salah kita cube benda yang baik.
Cume aku ada gak skip baca. Sometime penat, tak larat balik kerja terus tertido. Kalau ada masa terluang aku baca Al-quran sikit2. Tapi tak dan khatam pun sbb amani iman kuar cepat plak. Heheh. Insya Allah akan sambung habiskan bila habis nifas nanti. Nama pun dah niatkan. Apa pun kena jugak habiskan. Insya Allah.
Apa pun aku hanya nak coretkan di sini. Bila dah mengandung bukanlah senang buat ku, ada jugak ujian yang Allah turunkan. Air mata ni selalu mengalir, memanjat doa pada Allah beri anakku kesempatan hidup di dunia. Berikan senyuman buat aku dan suami. Sehinggakan aku nekad tuk buang atau korban segalanya asalkan anak dalam kandungan ku sihat dan sempurna. Means dr segi mental pun aku harus sedia. Baby nangis malam, berjaga malam, kalau ada anak kuar malam pun kena kurangkan, semua tu aku dah set dalam otak, insya Allah selagi boleh aku akan elakkan. Aku juga nekad kali ni, apa pun biar aku yang jaga. Takkan aku ketuk bilik mak ayah aku bagi anak kat diorg sbb aku nak tido. Mengantuk macammana pun aku nekad aku sendiri bangun uruskan anak aku sendiri.
And Alhamdulilla sepanjang 21 hari ni, mmg aku jaga Amani Iman sendiri. Pagi tu ramailah tolong, tapi malam mmg aku dan Amani Iman je. Bila dia nangis, aku selalu bisik kat telinga dia, 'abak tido.... dia nak kerja Amani... nangis sikit2 je yer... ibukan ada...'
Dia ok je... janji abak ada sebelah dia alrite. Bukan la aku nak tunjuk aku baik. Aku lebih bertanggungjawab. Aku tahu mungkin ada pembaca yang meluat... haizzz org baru dapat anak mmg ler gitukan? Insya Allah, dia yang kami nanti, takkan jadi beban buat aku dan Zamani... even aku nekad jugak lepas pantang, kalau aku kerja sblm gi kerja nak bagi ibu jaga atau mak mertua aku jaga, aku KALAU BOLEH nak serahkan anak aku dengan bersih. Siapkan dia dulu baru serahkan pada mak aku... insya Allah. Even aku bagi tahu zamani, since dia balik kerja awal pukul 2 atay 3 petang, balik ambik jaga anak dalam bilik. Take responsible tu so we enjoy perkembangan anak2. Ini aku ambik dari bini bos aku... bini bossss ok!!!! she got maid tapi sebelum gi kerja dia pastikan anak dia bersih sblm bagi mak dia jaga. Selalu aku dengar cerita dia pasal anak dia. Anak dia mmg bersih. Sedap je nak pegang cium tau. Sama jugak dengan bos aku, balik kerja malam dia pastikan masa terluang tuk anak dia. And aku rasa cara tu elokkan? Yang baik kita ikut yang tak baik tak yah la ikutkan?
Apa pun ni perancangan je. Belum start kerja kita tak tahu. So far amani iman gud gurl, kalau lepas pantang ibu nak gi kerja buat hal kita tak tahukan. Tapi kalau kita tak set rancangan tu, sampai bila kita nak bergantung kat org?
Sekali lagi aku minta maaf, kalau coretan ni ada buat org yang meluat. Sekadar berkongsi di sini. Kalau ada tips jaga anak dengan baik, bole la korang drop komen kat sini.
Aku sudahi gambar pregnancy aku time pesraya...
