Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, November 22, 2012

Full housewife

Minggu cuti deepavali dan awal muharam....


Omak dan bapak oden balik singapore sbb ada kenduri kawin. Jadi diorg bercuti selama seminggu kat sana. So its time tuk jaga amani iman. Aku sememangnya nak ambik cuti sepanjang minggu tu, tapi akukan org kuat kat opis. Kalau aku cuti lelama, bos aku akan merindui aku lebih dari abang zamani korang rindukan akak. So akak counter offer cik tipah to balik awal ari khamis. Jadi tak yah la aku or zamani cuti on fridaykan? Sbb perbelanjaan kat singapore adalah sangat mahal, maka dia pun agree nak balik ari khamis dari hari ahad. hahaha *hasutan menjadi*

Tetiba ari isnin, abang zamani cakap dia EL. Dia kesiankan aku kalau aku cuti dua hari. See dia pun mengalah dengan bos aku. Sbb dia cakap ari isnin kerja aku mesti melambak! Sementara dia pulak ari isnin kerja tak banyak. Relex2 jer... So atas persetujuan dan tanpa paksaan maka akak pun agree la... Mmg isnin bagi seorg penjaga buku kira2 mmg payah la ko nak cutikan. Lagi la cuti deepavali. Macam2 hAl kena settle. Org chase payment aku pun chase payment customer sebelum cuti panjang.

Tapi isnin tu aku masuk lambat. Dalam pukul 11 macam tu. Masak tuk lunch. Haaa yer... Baikkan saya? Risau pulak nak tinggalkan tanpa makanan. Leceh nak bawak anak gi kedai makan bagai. Tak la hebat sangat aku masak. Goreng sayur dan telur je. Wakakak... Janji adokan?

Pagi buat sarapan. Nasi goreng yang aku masak malam sebelum tu banyak. So panaskan maka abang zamani dan amani makan je nasi goreng untuk pagi tu... So tengahari makan sayur dan telur. Sebelum pergi kerja uruskan amani iman. Mandi semua. Oh aku lupa! sbb utama abang zamani ambik cuti sbb bila dengar aku nak bawak amani iman pergi opis abang zamani ambik EL tetiba. Eh tak percaya bini la tu. Dia cakap kang amani kacau aku kat opis. Alooo tak la kot... Pernah je bawak dia gi opis, tengok video ok jer. Anyway tak yah bantah la cakap dia. Dia pun dah ambik EL, kalau aku degil jugak, mau makan kasut dia. Glub!

So hari rabu turn aku pulak jaga amani iman. Oh baru teringat sepanjang bergelar ibu, this is the firsr time ok aku stay berdua dengan amani iman. Yer la kalau tak ada la mak ayah aku, tak pun zamani kan. Ni mmg kami berdua. Jeng jeng jeng. Ekceli bukan mudah la. Malam tu terpikir2. Bole ke berdua dengan dia ni? Rumah berselerak. Baju tak berbasuh, kenalah masak sbb tak ada kereta nak keluar pun nak cari makan. Satu malam duduk termenung. Hahaha jaga anak sendir je punkan? Abang zamani bole. Takkan ko tak bole? Eh jaga anak je ok la. Ni kalau ko nak buat kerja lain how? Lagilah mak aku cakap amani jenis tak nak duduk sorg. Dia nak org mengadap dia je. Very mengada. Tapi mmg betul pun. Minah ni tah ikut siapa. Tak bole kesunyian *renung en zamani tajam*

So bermula la kerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Hahah poyokan?

Zamani request nak bawak bekal pagi tu. Nasib baik roti dengan pnut butter je.senang sikit. Pukul 7 bangun siapkan roti. Benda senang tak bole buat maka sila resign jadi isteri! Hahah. Since amani tak bangun lagi so aku siapkan susu dia. Than abang zamani pergi kerja, konon nak basuh baju semuakan? Harammmm! Join tido. Sudahnya terlajak kul 10 pagi.

Bangun pelan2 tapi amani iman sedar. Budak ni bukan main happy tengok aku tak kerja. Padan muke anak tido ko tak nak mandi. Sudahnya mandi berdua, sbb aku tak confident tinggalkan dia. Itu pun aku terkejut sbb dengar bunyi benda jatuh. Rupanya dia dah memanjat kepala katil nak capai barang.

Lepas mandi, sama2 tengok tv... Sementara dia layan kartun, aku buat susu dan roti bakar. Tapi amani tak makan, mak dia yang makan. Hahaha.

Around 12 bangun basuh baju. Dia pun sibuk. Aku masukkan dia dlm walker. Ha ikut la muntut mak hang. PAkaikan kasut, aku tak tahu macammana kasut asik terbukak. Dia syok pijak air. Bila aku sidai baju dia syok pulak tarik2 baju yang tergantung. Kira heaven la bagi dia main semua tu.

Than sambil basuh aku siang bahan2 tuk masak. Ari tu masak sup daging dan sambal ikan bilis je. Si amani iman punya la sibuk. Dia bukan nak main kat dapur tapi tak kasi aku buat kerja. Sibuk tarik baju aku nak gi hall. Aku bagi sudu ke, cawan ke, dia campak je. Meronta2 nak jugak duduk depan. Bosan la tu...

Sesekali aku terlari tengok mesin basuh. Tak tahan dengan tangisan dia, aku masuk dia dalam buai maka tido la dia kejap. Sementara dia tido, aku pun kemas la hall yang bersepah dengan mainan dia. Sakit kaki terpijak2 mainan dia. Time dia tido sempat la aku kemas dan sambung masak balik.

Dengar bunyi blander je melalak! Tergendala sekejap sesi masakan. Nasib baik masak sup je time tu... So campak2 je la... Layan dia tengok tv. Tapi ini budak, ada PHD tinggi. Tetiba barang mainan dia tak ada kat lantai. Macam clear. Terus sambung aktiviti memunggah.

Dah kemas dah...tak sampai satu saat dia datang keluarkan balik barang2... Dengki betul. Punya lama barang sepah kat lantai sentuh pun tak tau. Bila masuk bakul dia keluarkan balik. Hijau kakak time tu...





Tak cukup dalam bakul. Atas meja pun dia nak selerakkan. Lantak la ko di situ amani iman.













Abak dia pulak mcm tak percaya me jaga anak dara dia. Keep calling me dua jam sekali. Tanya buat apa... Amani buat apa... Yang best siap buat video call la! Hebat tak hebat tahap ketakpercayaan suami saya tu...

Kerja anak dara saya... Bagi main sepit baju sbb dia dok sibuk time aku tengah goreng ikan bilis. Pernhh tak berani aku.aku tolak walker dia, dia datang balik. Bagi sepit baju, nah! Campak terus.

Malas nak bising... Kang jiran cakap aku dera anak. Dah la nangis mcm kena belasah teruk. Last2 rasa melampau dah, bagi tengok vedio kat ipad...











Dah jadi tuan besar... Aku kalau bole tak nak biasakan dia dengan benda2 ni... Sbb obses yang melampau2. Tapi kadang2 terpaksa jugak sbb dengan benda ni dia diam. Kita nak buat kerja rumah. Dia nak kita temankan tengok tv, so macammana? Any good idea? Lagipun ipad ni pUn dia punya jugakkan? Hahah tetiba mak dia jadi tamak pulak nak bolot sengsorang. Nan adil!

Mmg penat la... Jadi suri rumah lagi susah dari ko kerja pejabat. I mean fizikallah... Kalau takat duduk umah jaga anak, and anak ko jenis sopan, aku rasa bahagia kot. Tapi anak yang lasak sila banyakkan istifar. Sampai amani iman kalau aku marah dia angkat tangan doa... Hahaha minta mak dia bersabar.

But everything semua ok... Lepas masak bagi dia makan dulu. Selera sungguh makan sup daging dengan nasi. Bangga betul bila anak makan bila mak masak. Terus ilang penat dan letih tu. Lepas makan, mandikan dia. Than tunggu abak balik kerja pukul 6 ptg.

Suami balik tersenyum lakan,

Anak dah mandi...

Dinner dah siap...

Rumah dah kemas...

Baju dah berbasuh...

Tapi lepas pukul 8 malam bini dah membongkang tido kat hall kepenatan... Hahaha... Seyes gue tabit spring to wanita yang urus rumah sepenuh masa... Penat wei... Or mungkin tak penat la sbb you have plenty time to do house work... I mean tak buat sekarang esok pun boleh buat, aku bole buat hari tu je la... Lepas tu kalau dah start kerja mmg tak ada la masa nak pegang penyapu.

New project

Hye... I did mentionkan nak buat side income? Heheh well aku menolong kawan aku dalam on line business ni. Baju2 dia mmg cantik dan terpanggil tuk buat business. So kalau korang berminat, korang boleh order dengan aku.

Buat masa ni, as permulaan aku hanya upload kat instagram, than facebook serta twitter. Bila ada twitter, so bole tengok kat page Singgah Sebentar... Hahah page tu page perasan sendiri je. Tapi lama2 rasa macam ada plak kegunaan. So korang bole tengok koleksi baju2 tu kat situ jugak... Since ini permulaankan, maka harge tu mmg harge tuan Kedai la yer. So nak discount ke apa kena tunggu jugak promosi tuan kedai. Kalau sambutan mengalakkan than In Sya Allah boleh la buat sendiri berhad.

Sokongan anda amat di hargai.... In Sya Allah esok akan ku upload koleksi baju2... Harga sekali ok... Heheh



Tungguh eh!

Wednesday, November 21, 2012

Ringan tulang

Ekceli aku mmg pantang sikit la kalau nak bagi amani iman main barang2 yang bukan mainan. Kadang2 aku rasa mak aku pun menyampah aku asik marah cucu dia. Tapi aku terangkan kat mak aku sbb aku tak nak dia biasa buat benda2 tu sbb ada benda yang yang boleh mengundang kecerderaan, ada benda yang mengajar dia tuk buat kat rumah org esok kalau kita tak halang. Kalau korg nak tahu dalam rumah ni yang tak sokong aku bapak aku ar... Dia ikut suke dia je nak bagi amani iman main apa pun. Kalau budak tu nangis, dia nak bagi buku, dia bagi. Kalau dia dapat capai cawan ke apa, dia bagi.

Biasalah kalau cucu nenek atuk jaga dia manja lain macam sikit. Padahal time aku dengan fida dulu elok je ibu jaga,kami tak reti nak main2 benda2 yang tak sepatutnya kami main.

Sorry if ada pendapat yang berbeza.

Tapi tak di nafikan amani iman nak belajar benda2 tu. dia macam budak lain jugak.kalau tengok budak tu main lain dari yang lain dia akan ikut je. But sblm dia pegang barang tu, aku dah ambik dulu. Hahaha

Ini bukan barang mainan! Adik tak boleh main!

Bercakap dengan dia hati kena keras, mata kena bulat. No means no

Ekcelikan kalau aku jaga dia, dia mmg tak berani nak buat apa2. Tapi dia jadi mengada kalau ada org bagi muke. Contoh kalau mandikan dia kat singki, penuh macammana pun tray pinggan mangkuk dia tak berani kacau or pegang. Tipu la, dia mmg nak pegang tapi aku akan bagi cawan plastik yang mmg ada kat singki tu khas tuk mandikan dia. Kira dulu jadi gayung dia la. Ari tu zamani nak mandikan dia. Laki aku tu selalu over kalau mandikAn anak still dalam tub baby tu. dia dah besar la, sekali dia tepuk air tu, banjir dapur. So aku cakap takat nak basahkan badan mandi kat singki. Zamani cakap

'Eh kang dia main pinggan semua.'

'Eh tak la, kan i selalu mandikan dia kat singki, ok je.' Zamani try...hua hua mmg dia ambik semua benda yang ada dalam tray tu. kah kah kah. Bg cawan yg aku bg selalu x jalannnn! Tak pa la biar dia takut salah sorang.

Anyway cerita aku ni panjang sangat, well korang jangan la ikut aku sangat. Ini cara aku jaga amani iman. Sbb aku kerja. Bila kerja penat nak kemas rumah. Bila biarkan anak buat sepah rumah ia mengudang sengsara kat diri sendiri sbb diorg ni kalau tahu kemas balik tak pa.

Aku nak cerita amani iman kacau wan dia lipat baju, macam aku cakap la, kat rumah dia tak pulak kacau. Leka tengok tv or main mainan dia. Mungkin jugak sbb mak aku kalau lipat baju or gosok pun bila dia tido or kami ada rumah. Dia tak pernah lipat baju kat hall ke apa. Hahah cik tipah pantang dia ko sentuh baju2 yang dia basuh or gosok. Dulu time amani iman tak ada dia boleh lagi lipat kat hall tengok tv. Now tak ada dah... Semua masuk bilik. Hehehe. So anak aku perak sikit bila tengok wan lipat baju. New thing to learn.

Wan geram dia duduk kacau, melalak je bila di halang, so bagi dia lipat baju dia sendiri...


Kena lipat baju sendiri


Pening kepala nak lipat baju. Hahaha


Pegang je... Dah bosan cabut la selamatkan diri. Hehehe

To me senang je. Aku mungkin harsh on her. Even zamani selalu bising sbb aku suke halang amani dari belajar buat itu ini. Bukan halang! Sbb bagi aku amani akan belajar dari surronding dia. Macam dari nenek, atuk, tok, wan, pak cik2 dia dan mak cik2 dia. Sbb zamani sendiri tak halang dia buat apa dia nak buat. So kalau aku act benda yang sama, than naik minyak la dia. Macam yg ni, dia kacau wan dia lipat baju, aku mmg seram la, gila ke apa biarkan anak kacau sedangkan org dah lipat baju elok2? Tapi wan dia yang bagi dia baju... Ha buat macam wan buat. Ha! Ibu tak kasi aku buat. Tapi aku dapat belajar dr wan... And its boring. Its will be fun to her when dia di benarkan tuk sepahkan lipatan baju tu. kids? Apa yang yang diorg tahu? Main je lakan? Bila suruh buat benda betul mana diorg nak?

Aku cukup sentap bila zamani tegur

'Dia budak2 tak tahu apa2' erm sbb dia tak tahu apa2 kita kena kasi tahu. Kan kan kan...

Tuesday, November 20, 2012

Amani at my office

Hari sabtu normally aku akan bawak amani pergi office. Sbb sabtu pun selalunya tak banyak kerjakan? Bole la kalau dia nak kacau. Anyway senang sikit sbb aku ada bilik sendiri. Bukan bos ok... Aku ni secret keeper. Hahaha A.K.A penjaga dokumen2 penting. Tak ada maknanya manager ke apa. Kih kih kih... Tu yang syok feeling boskan?

Nak gosip? Jommm ke bilik kak shida

Nak sembunyi dari bos? Jommm ke bilik kak shida

Ok... Lari topic.

Budak ni kalau ada org dia malu2 sikit...kalau tak dia jadi mcm ni la.


Buat rumah sendiri. Jalan merata. Padahal belum tahu jalan pun. Meniti sepanjang rak kat situ.


Mmg syok la kalau boleh nak bukak kabinet tukan?


Tengok muke noti.... Cakap pun tak nak dengar. Or may be nampak mak dia sibuk snap gambar anak? Kui kui kui


Dah tu terdiam jap pikir nak buat apa.


Lepas tu sibuk menekan kalkulator. Nasib baik la rosak... Tekan la nak... Esok boleh ganti ibu kat situ... Wakakak


Bebudak opis aku semua suke budak. Suke kacau, amani iman ok je main. Tapi kalau nampak org dia mula la segan buat perangai. Org berbual je dengan aku, dia punya takut macam aku nak bagi dia kat orang... Haiz...


Sila abaikan meja ku yang berselerak tu... Hahaha.. Anak sendiri pun pening kepala tengok. Ekceli aku tengah bz nak mengemas, setengah jalan on friday. Heheh tu jadi mcm tu. Masuk si amani iman lagi la bersepah... Uhuk!

Betul ini bukan alasannnnn


Pengacau utama... Minah ni mmg geram dengan amani iman. Amani pulak takut dengan dia sbb dia ni kasar sikit. Macammana nak meminang amani iman ni cik nor!jangan risau nak, sok kalau anak dia buat hal, mak dia pulak bertindak kejam dengan kau,ibu potong gaji cik nor kasi habis... Hahaha

Setitik ayo mata mu, ibu potong sepuluh henget sebagai ganti... Maka nangis banyak2... Padahal anak nor ni kalau jumpa si amani, anak dia yang nangis lebih, hahah cam ner tu?

Ok sebagai bukti mmg meja ku bersepah sbb nak kemas adalah benar...

Cer lihat

Betulkan? Hahaha... Tak tipukan???

Seyes meja bersih, i yang tak tenteram buat kerja... Hahaha... Semua akauntan gini ke atau aku sorg ajer? Dasarrrrr!

Monday, November 19, 2012

Letter to heaven

Kalau la surat itu bole di utuskan ke syurga....

Tentu sahaja banyak yang aku ingin cerita... 3 tahun dah pun berlalu... Genap 3 tahun hari ini bidadari ku menjadi penghuni syurga... Genap 3 tahun dia meninggalkan kami. Dan 3 tahun jugak la aku merinduinya...

Anak ibu... How shall i wish you today? Happy birthday? Semoga panjang umur dan rezeki? *smile*

No... Every year...bila 19 nov datang... Al- fatihah... Ucapan panjang umur dan murah rezeki hanya terkandung dalam surah Yassin.


Ibu miss you baby...

My little angel...

My love....

Ibu tahu not only me... Abak juga rindukan aryssa... Our pray will be always with you... Ibu tahu kakak pasti gembira di sisiNya. Kerana tiada tempat yang lebih indah dari tempat di mana kamu sekarang...

Ya Allah... Kau kuatkan hati kami...
Kau peliharalah jiwa kami...
Kau tabahkan la hati kami...

Rindu yang terhingga... Anak bagi seorg ibu tu tiada bezanya. Hidup ke atau mati. Aku tahu Allah sayang pada kami sekeluarga. Maka Dia menguji kesakitan bagi menguatkan iman.

Ya Allah Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasihMu
Dalam tahajjud cinta bersujud


Al- fatihah....

Saturday, November 17, 2012

Bila abak tidokan



Kalau dengan aku mmg dia tak reti mengekek macam ni...

Mungkin mak dia tak ada perasaan... jaga anak ni tak penat sangat. Nak melayan kerenah dia yang tah apa-apa tu mencabar! Kata azam baru nak jadi bonda yang penyabarkan? hahaha

Anyway kalau abak tidokan ini la jadinya. Amani iman pun kalau gelak banyak sangat sampai termuntah2... tah apa style la. Ado ko gelak terlebih muntah ke?

Yer tu anak dara saya... dan selalu kalau dah gelak macam nak rak dia muntah siapa nak kena bersihkan??? omaknya jugak... so siapa tak stress???


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, November 15, 2012

Apa di cube buat?

Apa dia cube buat? Cer citer?


Dia panjat sofa bersungguh2... Siap mengamuk2 tapi abang zamani korang layankan je anak dia ni... Rupanya?


Tolong abak korek telinga... Hahaha elok la... Ekau pun tahu tahap pendengaran abak hang cam ner kan?

Tergerak hati

Tadikan nak bagi amani imam minum air. Cawan ni aku dah beli sebulan yang lepas, cume si amani iman tak reti nak minum gunekan cawan. Aku pun tak ingat time memula bagi dia minum aku letak air apa. Ermmm

Than tadi mmg nak bagi dia minum. So ambik cawan ni. Than tetibabtengok ada tanda hitam kat pelekat warna puteh tu. Apa nama benda tu, aku pun tak tahu la. Dia fungsi mcm puting, so air takkan tumpah. Bila sedut je baru air keluar. Macam gitu la... Aku tak tahu pun benda tu bole bukak. Amani pulak tu melalak nak air. Aku kalau boleh tak nak la ajar dia pakai botol susu kecuali minum susu. Macam air2 biasa ni aku nak latih dia pakai cawan je.

Bebalik pada tadi, aku tengok ada benda hitam. So tarik macam bulu... Aik... Pelik... Try bukak penutup puteh tu...

Masya Allah... Kulattttttt!!!

Bayangkan kalau aku main letak air dan bagi amani iman minum.

Aku tak rasa aku bagi amani minum susu ke apa pestime beli dulu. Ke mmg dah ada time aku beli dulu sampai amani tolak tak mau minum? *glub*

Aku tanya ibu kot dia pernah bagi amani minum pakai cawan tapi cuci biasa je tak bukak penutup puteh tu, tapi mak aku cakap tak pernah.

Berderau darah aku... Mmg busuk dan susah nak basuh


Ni lepas cuci. Hati masih berdebar time tu...mula pikir balik, kalau la aku main tuang air je...terus bagi amani minum.


Dekat setengah jam aku sental benda ni. Sampai menutup lubang2 tu...

Susah gak nak jaga cawan macam ni. Nasib baik la aku perasan. Aku tak cerita kat zamani... Hahaha... Cawan murah kan. Aku syak mmg dari beli kot sbb mustahil la berkulat sbb pestime aku bagi amani minum aku letak air puteh. Amani tak nak sedut pun sbb muncung keraskan? Hehe aku ingat lAGi aku try tonggengkan cawan ni. Wahhh lulus sirim ar konon air tak tumpah dengan mudah. Padahal tersumbat der....


Bila dah bersih ok jer minum...


Memula ok je minum. Lama2 dia main2 plak... Habis bAJu. Dah la bagi minum milo. Aku kasi chan sbb mmg nak tukar baju tido lain. Amani kalau belah malam, mmg aku tukarkan baju sebelum dia tido. Dari pukul 5 ptg pakai baju tu bawak tido mmg miang la. Tapi biasa, aku ni cakap je nak bagi dia rasa, mata sakit tengok baju kotor. Hahaha mula la nak marah. Si amani sekarang bijak. Ko marah la... Dia akan Pandang terus nenek dengan atuk. Hahah diaorg penyelamat bumi... Hehehe... Silap! Penyelamat besar amani iman.


Wa kasi close up baju Amani iman...sigh

Try 123

Satu lagi application using ipad... Blogger.com dah update software tuk pengunaan lebih advance...

Sajer nak try... Which one better. Kalau ni ok pakai application ni pun ok sbb terus dari ipad ke blog. Kita pun bole edit entry terus kat sini.

Post pic dulu. Itu yg fenting... Ikut turutan or not?



Wednesday, November 14, 2012

Awal muharam

Sekejap je dah akhir tahun... Sekejap jugak kita masuk ke tahun baru....

Bulan depan plak calender omputeh ( bak kata mak aku). Tapi buat apa nak sambut cara baratkan? Sejujurnya aku mmg tak tahu dan tak ambik peduli pun kalau awal muharam ke apa. Tahu and happy sbb cuti. Bila dah matang ni ( matang ke?) baru la baca dan mendalami sikit... Thanks to all blogger yang sanggup kongsi info. Bila baca tentang kebaikan dan pahala yang di janjikan Allah, terasa ruginya kalau kita abaikan.

Tak tahu pulak ada sunat puasa akhir tahun. Rugi je... Ni pun aku baru tahu... Awat la aku tak dapat info ni semalam. Tak sempat pun nak baca niat.

Doa akhir tahun....





























Doa awal tahun...



Kalau berakhirnya december kita bukan main havoc di klcc bagai... Mesti meriah masjid dan surau malam ni...

Semoga Allah ampunkan dosaku dan suamiku....
Semoga Allah memberi peluang tuk kami membetulkan segala kesilapan dan kesalahan....
semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk buat kami...
Semoga Allah sentiasa membuka pintu rezeki buat kami...

Ya Allah sesungguhnya Kau maha pengampun dan maha mengetahui. Lembutkanlah ati ku, berikan petunjuk pada ku agar aku menjadi isteri dan ibu yang soleha. Padamkan rasa amarahku, padamkan rasa dendamku, padamkan rasa benci ku dan berikan aku hidayah agar aku tidak jauh dari jalanMu.

Azam tahun baru?

Untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun lepas. Opkos bila umur meningkat ni aku rasa kena lebih resional dalam semua keadaan. Aku harap aku boleh jadi 'pembantu' keluarga yang lebih baik dari dulu. Dan aku harap aku boleh jadi insan yang lebih bersyukur.

Kerjaya? Aku akan tetap berkerja. Walaupun tiap tahun niat nak jadi full housewife. Kah kah kah Tahun ni macam kurang sikit bagi tumpuan pada kerja. Tapi insya Allah tahun ni aku akan berkerja dengan tekun demi keluarga. Nak kumpul duit tuk anak2... Tabungan anak2... (Walaupun anak ku sorang). Terpikir jugak nak buat business sampingan. Tuk menambah pendapatan. Jalan tu dah ada, cume tak tahu nak mulakan macammana. Gue marketing fail!!!! Dok kira modal, untung semua, tapi nak jalan tu tak berani lagi. Or may be i need someone do marketing tapi aku keluar modal. Hahah kot? Rasanyalah... Tak yah la korang tunggu. Ini aku plan je. Ada tu ada la yer...

Salam awal muharam buat semua...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails