Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, July 5, 2013

Farewell Party

Salam...

Last week... rasanya on 27 June kot... ada lunch bersama dengan opis mate. Sebenarnya buat farewell party untuk dua staff yang berhenti. Sebenarnyakan, aku selesa tau kerja kat sini. Sangat selesa. Walaupun hubungan tu tak  la mesra. Sbb aku sendiri bukan jenis yang mesra dengan org.

Time ni gigih jugak snap gambar... harus la,kan... kenangan ni... 25 haribulan lepas genap 3 bulan aku kerja kat sini... syukur. Aku tak rasa tertekan sangat. Mungkin tempat baru kot... belum lagi. Tapi tanya staff lama kat sini pun diaorg cakap main reason diorg bertahan pun sbb bos tak  banyak sangat masuk campur.

Kitaorg makan kat restaurant cina kat Shah Alam. Apa tah mana kedai tu... sebelah Tesco Extra Shah Alam. 

Bos saya yang baju hijau tu...
 Sampai je boss aku dah ada... tunggu semua staff datang. En Sham managing director. Sorg lagi boss aku cina. Dia uruskan business dia sendiri. Kira diorg ni partner la... aku report bawah bos cina.


Yang ini pulak sebahagian budak opis... Nepali... jangan kau tak tahu, yang baju kotak2 tu memula aku masuk, aku mati2 ingat dia melayu... pelik kenapa nama dia OMKA.... rupanya org nepal. Kira Nepal educated tau... dia under account department. Buat kerja mmg pantas. Bagi aku dia macam komputer la... ko tanya je dia nama2 pekerja, laju je dia tahu. Tak payah nak bukak2 komputer atau buku nota. Pekerja asing kat company aku bukan 100/200 org yer... more than that. So ko pikir la mamat ni boleh ingat semua... heheh ke semua tu sedara mara dia? Information semua di hujung jari dia.


Yang tak pakai tudung tu Najwa, dia yang berhenti kerja. Nice girl. Peramah jugak... org langkawi katanya. Dia dapat kerja dengan kerajaan. So better offer. 

Kak Ainal (tudung merah) and (linda)
Tebalkan muke suruh diorg posing. Hahaha.... Kak Ainal atau kitaorg panggil dia Kak N, kira admin manager. Menguruskan semua la. So apa2 mmg refer kat dia.

Yani (tudung pink), Noli, Erina dan Emi
Yang ni pun teammate jugak. Semua org jauh2... kagum aku...macam tertanya kenapa korang tak nak kerja yang dekat dengan home town. Rupanya opis menyediakan penghinapan. Bagusnya...nak sewa bos bole??? Uhuk! Erina pun resign. Diorg mmg sporting tau. Mmg la bukan nak puji. Kalau di bandingkan dengan opis lama aku, ko boleh tengok diorg ni saling membantu. Kalau cuti ke apa, cepat je masing2 tahu apa nak buat. Kalau opis lama?? hahah terutama aku...  nak cuti pun talak senang tau!!!

Ni namanya kacang... hahaha
 Tak ada kerjakan??? Gambar kacang pun bole ambik. Apa je... kata blogger tegarkan???


Kami yang menunggu makanan yang tak kunjung tiba... hehehe ni gambar candid. Tak tahu nak buat apakan. Aku masih tak rapat sangat dengan diorg. Lunch pun ini la kali pertama join. Mungkin aku sendiri pemalu. Tak berani nak join2... so kat opis ni lunch ke apa semua sendiri. Nak join diorg bual pun tak pandai lagi... yer saya mmg bergini. Kalau di biarkan 10 tahun, macam tu la perangai saya 10 tahun tu...ahak! buget hot ka???


Lagi gambar candid... korang layan je la yer... nama pun tak ada kawan... wakaka... dalam belek phone, snap... bagus perangai. Kena dapat award ni... lalalalalala



Kualitu tak baik bukan sbb S4...dan ini bukan mode s4 pun... ini adalah sbb linda pun nak ambik gambar.


 Aku tak tahu apa benda ni... nak makan dengan nasi pun macam sesuatu, makan macam tu pun tak la sedap mana. Tapi rasanya isi ketam kot


Ini dia! Ikan 3 rasa... 

 Lunch kami hari tu... gigi ikan tinggal dua batang... hahaha


Masing2 sedap menjamu selera, tapi akak tetap nak jadi paparazikan... hahaha.... teruk betul perangai. Well saya memerlukan sumber maklumat untuk belok saya yang tak seberapa ni...



 Aku tak tahu nak bagi apa... mulut pun berat nak tanya, kot diorg ada beli apa2 yang bole aku share. So beli sendiri. Benda ni aku beli sblm diorg bagitahu nak buat farewell party. Yerlah tak ada benda pun aku nak  bagi. Harga sama memula nak belikan sama. Tapi sbb aku cakap Najwa org Langkawi, cuti pun bawak balik coklat, so aku assume dia pun muak kot dengan coklat. So aku belikan dia kukis.

Erina berhenti dulu, baru si Najwa. Akukan bijak beli sama. Dah tu terpikir. Tak lemau ke simpan lama2... kang bagi org, org ingat barang reject. So bagi je terus. Anyway 28 hari bulan last day tuk Najwa. Aku 28 pergi makan anginkan? So bagi la awal... tak pasal jugak kang AmaniZamani makan pulak... dah akak bagi tin kosong plak nanti.

Ok... nak lunch la... si gemuk nak gemukkan badan... tak pa next weekkan puasa... hehehe


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, July 4, 2013

Cita-cita besar

Sibuk mencari rumah sekarang ni... niat di hati nak beli la asset tuk masa hadapan. Tengok kawan2 ada rumah sendiri, seronok. Tapi tu la... mencari rumah yang dekat dengan mak ayah aku... see anak manja... ahak! senang sikit nak jenguk diorg. Sebenarnya ayah aku tak kasi aku pindah. Beli rumah pun dia tak bagi. Sbb dia nak aku duduk dengan dia. Tak susah sbb adik2 aku tak ramai. Dua2 tak duduk situ pun. Kalau duduk pun si Didi je la.

Tapi kita tetap nak ada umah sendiri kan... sesekali nak ada privasi. Nak ajak kengkawan ke, sedara mara dtg rumah. Walaupun mak ayah aku tak kisah. Bawak la pun...

Mak aku ok, ayah aku je. Than bila sebut je, dia ungkit duit habis sbb dah besarkan rumah. Kalau dia tahu aku tak nak duduk, better dia simpan duit dia dari buat rumah. Payah kalau ada org tua ni nak jaga ati. Dia pun dah rapat sangat dengan Amani iman. Sangat2... cucu kesyangan... nangis pun tak bole. Kalau nak bagi ubat dia pulak doktor cakap amani tak teruk sangat... sian kalau dia tak nak makan ubat... jangan paksa...

Acoooo ayah.... pelik dengan dia sejak dah tua ni.

Amani kena gigit nyamuk pun call aku kat opis... motip? Gigit nyamuk teruk compare makan ubat, i guess.

Meh layan angan2 aku... aku nak beli rumah yang dekat dengan parents aku. Sbb aku tahu diorg tak ada nak harapkan sesiapa kecuali me and Zamani. Aku ingat nak beli umah yang sederhana, tak perlu la semi D, banglow bagai. Sbb family tak ramai. Tapi buget yang aku mampu apartment je la... rumah teres melampau lampau pulak harga. Nak santai dengan suami dan anak2 hujung minggu. Waktu kerja (Mon - Sat) still nak duduk dengan mak... wakakak bole??? Sbb me and Zamani bukan kaki shopping pun. So cari apartment yang ada swimming pool pun gerek gakkan?

Sbb kalau ada rumah sendiri, ko nak tido macammana, nak lipat baju ke, nak letak baju kat sofa ke, tak jadi hal. Paling tak ko gaduh masam muke laki bini. Macam sekarang, mak aku tak la harap aku kemas umah. Sbb mmg dia tak yakin pun anak2 buat kerja. So baju semua mmg dia yang uruskan sbb tak mematuhi standard dia katanya... so kerja aku kat umah masak. Tapi tu la... kerja dah jauh ni payah la...

Than nak marahkan anak pun senang. Sekarang, aku jegil mata je, cepat benor atuk enterprem... oh amani dah pandai bodek atuk... kena marah  je, tangan tak angkat lagi, dia punya cebek... mai aiiii macam dah kena dah. Aku rasa kalau dia nangis dah confirm aku laki bini kena halau dengan bapak aku... ayah dah siap bagitahu, amani kalau sekolah, dia boleh pergi anta dan ambik... kih kih kih... so peluang tu kena grab! sbb lebih selamat... so kena la cari umah yang dekat2 dengan dia supaya dia leh ambik anak aku nanti... haisemen, time aku kecik2 bole kira berapa kali ayah datang sekolah ambik aku kat sekolah. Dia tak kisah pun pasal aku dan adik2... sbb dia serahkan semua pada mak aku je. Dia tahu kalau nak duit dia bagi. Dia tak pernah la pukul kami adik beradik kalau fail subject ke apa, sbb dia tak pukul la, lagi stress ko tahu... sedih je bila tengok muke dia yang frust tu. Sbb tu me and Fidah kalau boleh dapat markah tinggi we all cepat2 bagi dia... sbb dia akan fotostat keputusan anak2 dan simpan... sweetkan...

MIKA MIURA... mmg tak ar... hahahah

masih lagi mencari rumah yang sesuai... KWSP macam dah memadai kot... tapi simpan lebih sikit dulu. Baru syok nak kuarkan. Doa lah... aku target to get my own house by 2015 paling paling tidak! sama ada rumah baru atau umah second hand. Janji ada rumah...

Veranggan....

Oklah nak sambung kerja... insya Allah kalau di izinkan Allah... dapat la... #teduhanrumah

wakakakaka


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, July 1, 2013

Percutian pendek

Salam...

Percutian pendek kami... Sangat memgecewakan. Tak tahu la malang tau bila booking tempat yang indah kabar dari rupa. And of coz yang pergi adalah org luar Malaysia... A bit frust la,kan...

Since me dan my untie and uncle ada anak yang suke berenang, we decide untuk cari yang ada pool. Memula nak pergi Gambang, tapi last minute. Macam jauh je. So kita pilih PD saja.


Ambik halfday hari jumaat. Hari jumaat tu je dah kelam kabut. Aku dengar dr kawan aku Tiara Beach Resort best... Siap google semua. Mmg tempat nampak best. So book for 2 room apartment. Dah confirm semua... Aku siap call to double confirm. Time nak pergi mana nak uruskan anak, nak kemas barang to make sure barang semua ada, my untie call, cakap hotel nak Boucher yang kita booking dengan agent... Boucher apa? Cari balik dalam email, mmg tak da. Takkan aku tak perasankan. Tiap hari baca email.

Call agent, diorg cakap diorg dah hantar. So aku suruh diaorg hantar balik. Sbb pihak hotel tak kasi check in.

Dah tu, bila dah forward everything, my auntie call... Cakap there is no room... Satu bilik with 3 bed, one queen dan 2 single. Lagi aku mengelabah... Biar benar... Aku suruh diorg check ni semua salah! Tp bila aku tgk email dr agent, tetiba single junior family suite. Damn! Aang zamani dah mula bising... #sentapatimak.

Abang zamani tak sihat... Mula la dengan baran dia. Sbb tak nak spoil mood sesiapa, akak redha dan senyap je la...



Abang zamani tak nak layan...kitaorg masuk exit lukut... Omg jauh sangat nak ke Best Western Prima Hotel... Jalan punya jauh tak nampak2... Sampai lalu kawasan hutan... Akak siap pakaigoogle map. Eh mana ni?

Sampai tempat tu, abang zamani dah tak larat... Bengang la tu kot... Kiri kanan hutan je. Tapi syukur dapat jugak...




Sementara check in sbb nak kan parking dalam hotel...


Keluar lobi... 2 malam kat sini sangat bosan. Satu, jauh dr pekan PD. kedua, tak ada internet. Ada internet tapi line slow gila. Aku tertipu dengan informasi hotel yg konon ada wifi... Mmg la ada, tapi dua hari mmg tak leh nak buat apa pun. Pakai line maxis pun tak bole... Gila hulu!

Tu yang dua malam fb senyap sunyi tanpa berikan. Sampai adik aku call tanya we all ok ke tak... Chet!



Mencari internet/wifi. Stress betul. Nak pergi keluar pekan pun macam bercinta sbb jauh nak mati.and Pd hari jumaat tu takbanyak kedai bukak. Nak pergi Atm pun jenuh nak cari...


Kesian anak ai yang perak...mmg minat phone tu...


Aktiviti kami malam tu adalah duduk di bilik... Aku mcm ingat kalau depan pantai bole la jalan2 tepi pantai... Nan adonya... Esok sarapan kat luar... Cari kedai melayu pun payah.last makan kedai mamak. Dah tu terus jalan2 kat telok kemang. Dalam tu baru ada gerai makan melayu tau.



Perempuan yang tak habis dengan mickey mouse. Pantang nampak mickey tau. Melalak2 nak... Padahal nak pi Pd dah mmg beli. Dalam kete punya penuh pelampung je.


Sanggup kalung kat leher ok...anak siapa la... Puas hati dapat pelampung mickey mouse. Ni abak yang beli. Kalau ibu nan ado la...petang tu terus mandi kolam... So tak ada ambik gambar sangat. Malas nak jaga anak, nak ambik gambar. Kang phone ke mana, ko kemana. Suke gila si amani. Baby pool tak nak yer... Nak pool yang besar. Sbb baby pool paras air sampai buku lali omak dan apaknya...

Lemas mandi, keluar makan, cari kedai ikan bakar yang tak bakar ikan... Motip ko bukak kedai? Hahaha...



Sudah kelaparan, makan je apa yang ada... Semua dah keletihan lepas berenangkan.


Agak murah la... 8 org makan semua harge RM 132 sahaja..... Balik je terus membuta, ate dah tak leh nak buat aktiviti apa pun. Shopping mall jauh sekali lakan? Esok pagi2 amani kalung pelampung mickey kat abak punya leher... Hahah sian nak mandi kolam lagi... So kali ni abak layan, ibu ambik gambar...



Dia tak suke pelampung ni sbb dia nak berenang macam org besar...


See dia kat tengah kolam... Kolam ni tak la dalam. Air paras dada je... Tapi dalam tuk budak umur dialahkan.







Ok until here... Nanti sambung... Lepas bagi dia mandi than we all bersiap tuk check out pulak...

- Posted using BlogPress from my iPad

S4 drama shoot

Ha bukan buat drama. Gilo apa nak drama bagai. Try mode shoot drsma s4. Bukan senang... kena kuat n tabah. Wakakak... kena byk bersabar. Gila tul! Sakit jiwa. Ada je tak kena.
Tpkan bila berjaya rasa sgt puas hati. Susah nak suruh kakak amani iman posing. Merata2 dia lari. Tp this time, kawan tu teruja ulang alik jln atas batu. 80 kali suruh amani  ulang alik atas batu tu. Dan bila dpt hasio, terus bangga

Thursday, June 27, 2013

Tajuk :: lu pikir la sendiri::

Kadang payah nak faham lelaki ni. Ke kita yang tak faham diorg. Now saya di tesco menunggu en suami. Omg! Nak pengsan pun ada tau. Mmg aku tengah peak hour skrg tp kawasan opis akak ni tah macamamana nak ckp eh. Guard bawah bangunan ni macam tak betul. Sumpah scary. Sengeh buget hansem satu hal la... suke nak rapat2. Since tak ada dgr budak opis merunggut pasal guard ni, so lets assume akak yg paranoid yer.

I hate when abang zamani bz. Dia kalau bz aku rasa he dont care la pasal bini dia. Gi la ko bawak diri. (Aku rasa mcm tu la). Hantar sms balik lambat. Pastu ko pk la sendiri lambat tu berapa lama.

Bila call nada suara tinggi. Macam ko tak faham bahasa aku ni kerja. Payah la. Tunggu kedai mamak bawah opis, sampai tuan kedai tutup kedai. Bila kita nak call dia inform mula la dia binggitkan.

Dah biasa sangat....

Tp kalau dia dah habis kerja dia. Baru la nak inform baru kuar opis. This and that. By the time ko habis kerja akak dah sentap bang!

Now feeling bodo dah. Nasib baik ada phone yang bateri dah 20 percent mintak di charge.

Asal la belakang opis tesco. Buat la shopping mall best sikit. Yang bengang tesco ni. Line phone pun elek.

Damn! Kanda sila tahu perasaan dinda. Sob sob

Bual sepupu sepapat/sepapan

Salam readers...

Siapa cakap kalau time kenduri je kita boleh berkumpul? Kat Fb pun bole... semalam tertido kejap kat hall, lepas naik bilik, check phone. Ada msg dr cozen aku...

'Nak tahu berita terkini tak?' Berdebar.... wahhh sudah mengandung kah? kira balik bole jadi jugak... hahah tetiba...

'Apa dia?' terus mata segarkan...

'Dak adik dapat balik Semenanjung... kerajaan nak hantar 1500 guru baru kat Sarawak, so guru yang berkhimat 5 tahun dapat balik kalau mohon...'

Wahhhhh itu sudah baikkan? But i know deep inside dia pasti frust... tak pa la... ini rezeki dak Rizal tuk  balik Melaka. Sementara Hery, mungkin ada khimah sbb wife dia pun kat Sarawak. Kalau kau tanya aku, ada sbb semua ni jadi. Sbb kalau dia pun balik semenanjung, kesian pulak bini dia yang di Sarawak. Tak ada beza sbb walaupun sama negari tapi daerah jauh jugak. But still la... kalau ada apa-apa pun tak la pening nak naik flight bagai. Lambat sangat bot tu ko renang je sepanjang sungai Sarawak.

Jadi isu... bergurau senda la kami di FB
.
Chat 1
Chat 2
Chat 3


Bukan nak tunjuk apa di bualkan, tapi nak tunjuk ramai yang menyampuk... hahah terus conversation jadi fun. Macam aku cakap la... kami ni kalau jumpa dah boleh open table. Nasib baiklah macam Zamani, dengan suami Fidah pun bole jugak masuk nak bergurau senda. Sbb macam Rizal, Reza, Ridzuan, diorg dah macam adik aku sbb sejak arwah ayah diorg meninggal (adik ayah aku) terus je kami rapat. Apa pun occasion keluarga diorg kami akan penuhi. Kami rapat bukan lepas ayah dia meninggal. Before that pun. Dah macam adik sendiri. Arwah pak cik pun sayangkan aku dan adik2 aku... we like family. Sedih bila cerita pasal arwah, rindu sangat. Kalau dulu, arwah pak cik akan datang bersama2 anak dan isteri kalau tahu kami balik kampung. Beli barang, bawak kami jalan2. Diorg 3R we all pun 3R...tapi diorg 3 A sebenarnya sbb nama diorg Ahmad. So we likely mcm brothers and sisters.

Hery's family pun rapat dengan we all... aku tak ada kakak, abang, adik lelaki. Tak ada malu2... kongsi cerita sesama... its fun. Yang best secret keeper! Hahaha... kalau bocor rahsia, tahu la aku siapa... kannn gitu...

Bila diorg dah berkumpul kat semenanjung, rasa senang hati sikit. Bagitahu mak aku pun, dia siap happy. Dah mcam anak dia yang balikkan...

Apa pun... aku doakan terbaik tuk adik2 aku... 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us






CidaZam bercerita lagi



Tuesday, June 25, 2013

Kunjungan Org Singapore

Hola...

Jumaat lepas... *bangga cerita tak la basi lagi*

Kes jerubu teruk kat Singapore... my auntie kakak sedara telah melarikan dirinya dan anak ke Malaysia. Menyesal tak ikut encik suami yang ke USA untuk conference. Sana 'jerebu' gak tapi sejuk. Kui kui kui...  So dia ni mmg dari dulu terkenal keras kepala... elok la, nenek aku cakap aku dengan dia mmg bole duduk satu rumah. Teguh rumah tu tak runtuh. Compare me and her dia ni lagi la kalau itam kata dia, tak leh nak tukar dah. Akak cida kalau kata itam, hati goyah. Kah kah kah.

Pagi Jumaat tu terus sms aku cakap nak dtg... wahhh kau.... aku ok je since tak ada plan pun. Rumah sentiasa terbukak tuk semua. Tapi macam Kap Lam jugak la... kejap nak dtg, kejap dia kata laki dia tak bagi. Opcoz la... dengan anak dua org nak dtg sini. Aku pun seram. Kot jadi apa-apa?

Than dia sent gambar tiket confirmation. Zamani ok je nak jemput kat KL nun... tapi dalam bas dia cakap tak payah sbb laki dia bookingkan hotel depan berjaya time sqr. Esok je jumpa. So no rushing. Dia bawak maid dia sama. Oklah kalau ada maid. Aku dok pikir macammana dia nak bawak anak dua org dtg.

Sabtu tu bangun pagi... dia sms nak stay tinggal kat KL... apa gila! Aku cakap aku akan dtg ambik dia. Tapi pagi tu pergi pasar tani beli barang. Ahak... aku masak nasi ayam buat kali ke dua.... sila la percaya!!!dia pun tak percaya. Siap cakap tak nak makan takut pengsan. Pengsan tu tak la... paling tak ko ulang alik je toilet...lalalalala.


Nasi ayam
Meh aku komen sendiri nasi ayam aku ni...

Nasi out... presentation lagi la... hahha... Aku tak letak garam dalam nasi... so tawar la... yer la anak aku kan pelik sikit... dia ikut mud, at least bagi nasi je terasa la...

Masak je dah pukul 12. Dia check out. And yes kalau dia nak jalan2 pun takkan dia nak bawak anak diakan?? So dia call cakap naik teksi. Alamak!!! aku rasa sangat bersalah. Sbb dia call tu tengah goreng ayam. Amani tak bangun, Zamani pun tak bangun. So dia ambik cab dr Berjaya to Klang... aku malas nak bagi instruction, suruh berhenti depan HTR je... ambik kat situ.

Alhamdulilla... sampai... ngam ngam time lunch. Dia cakap dia dah makan. Tak yah la tunjuk sangat ko takut nak makan kak oiii... hahaha... tak pa Amani iman tambah 2 kali. Tak tahu la lapar ke apa anak aku tu...



Nama anak Zy... Nur Insyirah Balqiss bt Mohd Azron Bin Yahya Binti Zaheedah... ha! panjang nama ko kan? ok... anak dia sangat keletah. Dia baru je 4 tahun... tapi mmg beza dengan mak dia. Muke je sama dengan mak dia time kecik2 dulu. Personality Balqiss is more soft.

Soft hearted somemore...

'Nenek, bole Balqiss tolong?' Ibu aku cakap

'Tak ada Balqiss... ' Guess what! She cried... wakakaka... apa kena ni? Mak aku mengelabah gila... pujuk dia. At last suruh dia suap adik dia makan je... hehehe....

Mak dia dulu, suap aku pun malas ya Rabbi... hahaha... kalau tak, Muhammad Najib (our cozen) tak la solat pakai telkung... wakakak... memori yang tak leh lupa ok...

Let me story sikit la supaya korang tak tercengang. Me, Zy dengan sorg lagi cozen lelaki. Mmg rapat, sbb 3 of us nenek singapore aku jaga. Well me tak la... sbb duduk Malaysia. So bila balik Singapore selalu main dengan diorg... yang best bila angah (kakak Zy) nampak ada budak perempuan solat dengan Zy... so dia tanya nenek aku, mak aku balik singapore dah ke? Sbb si Shida ada... nenek aku pun pelik..rupanya si Zy dah pakai kan Najib telkung... LoL... yang Najib pun macam tak reti nak menolak... ahahah....

Second Generation
Eeee me and Zaheedah macam ni la kecik2... hahah tinggal Najib junior je tak ada...  Amani sangat tak mesra. Mencik! nak gaduh je dengan anak org... Dah la kedekutkan...

Tengok keek amani iman yang kedekut... kejar Abid main barang dia....




Sanggup merangkak! Payah nak ambik gambar diorg sebagai kenangan. Balqiss mmg senang nak ambik gambar. Haze kat Klang pun boleh tahan. So kita ke Jusco je... Amani iman time nak keluar tu, dia tido pulak. So kami2 je la... Zamani jaga anak kat umah.

Ekceli Zy nak tunai janji yang 10 tahun lepas. Nak belanja Ais cream... sudahnya, ais cream murah...kah kah kah....so ketuk lebih sikit....

Bukan paw ni je... banyak!!!! sampai tak termakan!


Me and Zaheedah mencik selalu dia je nampak mude! Oh why!


Bz mengorder... anak lena baikkk je... sian Adib... mengantuk sangat.
Balqiss sangat behave tau... aku imagine la si Rayyan... kalau Rayyan dengan Amani mau la aku pitam di situ... Balqiss jenis yang tak noti... Tapi dia sangat comel


Zamani cakap aku dengan Zaheedah mmg lebih kurang je...kalau dengan anak bukan main garang... haruslah...habis tu ko tak pikir ko macam si Azron suami Zaheedah...anak nak apa semua ok ok ok... bini nak apa je, tak berani nak cakap tak OK.... hahaha... sayang bini...sayang bini...

Ibu cakap Adib muke Azron habis... adil la, Balqiss muke mak,kan? Pipi dak adib ni, lempang laju2 mau?!!!! Suke...

Adip dengan Amani beza 6 month. Tapi anak aku suke monitor si Adib ni... sbb Adib main dengan Zamani je. Hahah the only guy/man dalam rumah. Tak heran wanita2 yang cantik dalam rumah...



















Let me perasan sikit yer.... mmg dah kawin tak sesuai nak posing macam ni... wakakaka. Tapi Balqiss took this pic... mak teruja bijaknya ko ambik tanpa gegar... background yang sangat cantik... ke camera mak long yang mmg superb Balqiss??


Kui kui kui....


Muntah la kawan2... kasi akak berangan hot sikit.... lalalalala....

Bukan main posing laki kat umah jaga anak yer... ekceli rasa jangal bila tak bawak diorg. Tapi sesekali kan... bukan gi mana. Kita org gi sini semara2 nak cari face mask... hahah bole???

Mmg cepat sangat face mask habis. Frust member datang dari jauh semata nak  beli face mask... 








Cheeky Balqiss




Me and Balqiss... sayang Amani Iman tak adakan... buat macam tu sebijik durian muke mak ko la!!! geram... aku takkan nak jelir lidah macam tu... cute sangat kang payah *Mata ke atas*

Abang Zamani buat wall paper plak nanti...

jeng jeng jeng....

Untuk tatapan adik saya yang berada di mana2... jangan jeles!!!




Ibu saya... yang menemani selah tahu zamani kena jaga anak...
Gigih cik tipah jalan kat Jusco nun.... sakit kaki... tapi slow2 la... kita bukan nak shopping sangat. Just cari topeng jer. Lepas makan terus kami balik... beli susu anak pun kat speed mart je...mahal der kat Jusco... gila apa beza RM 5-6.... hahah berkira bukan main ko!

Zaheedah dan Adib...

Us.... taken by Tri...

Heheh balqiss ambik better than bibik la tatak.... tengok Balqiss tu... esh rindu sangat dengan dia sekarang.... Amani cepat la cakap macam kak Qiss!!! Abak dah jatuh ati dah dengan kelembutan kak Qiss... seblm diorg datang, si Zamani ada mention suke sangat tengok Balqiss yang sangat comei. Tanya soalan2 maut kat mak dia...aku ada keek banyak video dia...nanti aku kongsi kat sini...

Sila tahu dia baru je berusia 4 tahun!!! Impress dan sangat teruja... ok lets share one of Keek video here yer... nanti kita share lagi.





Mak long tak sekolah agama... sekolah kebangsaan pun tak ada cakap arab la Balqiss... hehehe...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails