Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Bual sepupu sepapat/sepapan

Salam readers...

Siapa cakap kalau time kenduri je kita boleh berkumpul? Kat Fb pun bole... semalam tertido kejap kat hall, lepas naik bilik, check phone. Ada msg dr cozen aku...

'Nak tahu berita terkini tak?' Berdebar.... wahhh sudah mengandung kah? kira balik bole jadi jugak... hahah tetiba...

'Apa dia?' terus mata segarkan...

'Dak adik dapat balik Semenanjung... kerajaan nak hantar 1500 guru baru kat Sarawak, so guru yang berkhimat 5 tahun dapat balik kalau mohon...'

Wahhhhh itu sudah baikkan? But i know deep inside dia pasti frust... tak pa la... ini rezeki dak Rizal tuk  balik Melaka. Sementara Hery, mungkin ada khimah sbb wife dia pun kat Sarawak. Kalau kau tanya aku, ada sbb semua ni jadi. Sbb kalau dia pun balik semenanjung, kesian pulak bini dia yang di Sarawak. Tak ada beza sbb walaupun sama negari tapi daerah jauh jugak. But still la... kalau ada apa-apa pun tak la pening nak naik flight bagai. Lambat sangat bot tu ko renang je sepanjang sungai Sarawak.

Jadi isu... bergurau senda la kami di FB
.
Chat 1
Chat 2
Chat 3


Bukan nak tunjuk apa di bualkan, tapi nak tunjuk ramai yang menyampuk... hahah terus conversation jadi fun. Macam aku cakap la... kami ni kalau jumpa dah boleh open table. Nasib baiklah macam Zamani, dengan suami Fidah pun bole jugak masuk nak bergurau senda. Sbb macam Rizal, Reza, Ridzuan, diorg dah macam adik aku sbb sejak arwah ayah diorg meninggal (adik ayah aku) terus je kami rapat. Apa pun occasion keluarga diorg kami akan penuhi. Kami rapat bukan lepas ayah dia meninggal. Before that pun. Dah macam adik sendiri. Arwah pak cik pun sayangkan aku dan adik2 aku... we like family. Sedih bila cerita pasal arwah, rindu sangat. Kalau dulu, arwah pak cik akan datang bersama2 anak dan isteri kalau tahu kami balik kampung. Beli barang, bawak kami jalan2. Diorg 3R we all pun 3R...tapi diorg 3 A sebenarnya sbb nama diorg Ahmad. So we likely mcm brothers and sisters.

Hery's family pun rapat dengan we all... aku tak ada kakak, abang, adik lelaki. Tak ada malu2... kongsi cerita sesama... its fun. Yang best secret keeper! Hahaha... kalau bocor rahsia, tahu la aku siapa... kannn gitu...

Bila diorg dah berkumpul kat semenanjung, rasa senang hati sikit. Bagitahu mak aku pun, dia siap happy. Dah mcam anak dia yang balikkan...

Apa pun... aku doakan terbaik tuk adik2 aku... 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us






CidaZam bercerita lagi



Friday, October 15, 2010

Thank you Acik Unggu...

Yeszzza berjaya jugak mak cik mendapatkan apa yang di idamkan ati...

Gapo dio? Benda alah yang aku try buat 3 hari tak buleh2... Masuk blog mama amani ni, sekali tengok dia dah buat??? Mana leh jadi! Dengan muke yang tebal, tanya di macammana nak linkkan kat blog.



Masalahnya aku tak dpt link page singgah sebentar dalam FB... binawe betul! Jadi dengan baiknya Puan Eida telah membantu dengan memberi link saya... terus jadi... teruja lebih2...

Tak dapat ku nak membalas kebaikan dia... special entry kira okeh la yer. Bukan aku tak nak ajo korang. Tapi seyes aku buat page tu pun main try and error je. Sekali jadi macam tu. So step kelam kelibut.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

So Eida... thanks yer atas tunjuk ajar anda. Sanggat kagum... hahah mesti dia pun nan ado mud nak kerja ni... copat je dia membalas msg aku... i love you la amani! eh nama anak plak...hehe ok lah kang sebut nama En Shukri lain plak... hahah lariksss ampun.... jangan kata Yus dengan Zamani sekali tampo aku laju2... uhuhuhu. Ok gurau je...

Thanks friend...

Singgah Sebentar now in FB

Wah buget fofular la aku... siap nak buat page bagai kat FB... ngeh ngeh ngeh...

Biasalah mengisi masa lapang... tak ada kerja cari kerja. Ekceli aku buat mcm ni sbb nak senangkan korang jugak... aku faham korang agak susah nak tinggalkan jejak kat blog ni. Aku pun tak tahu siapa yang baca blog aku ni. Dan kalau boleh nak la berkenalan. Org kata biar ramai kawan. Pengalaman blog lama membuatkan aku ada 'serik' sikit nak open komen. So sori pasal benda tu.

Walaupun aku tapis, tapi tetap lepas... biasalah org kalau tak suke kita, diorg akan cube sedaya upaya nak tunjukkan diri tapi menutup identiti sendiri. Dan aku mmg jenis tak leh kena serang macam ni... hati lembut... hakkkk tuiiii lembut. Kang sedih lebih2. Dok teringat berhari2. So nanti jiwa sendiri kacau. Kalau korang rasa aku ni 'over' korang bagi tahu aku tau...jangan serang-serang... tak mo eh.

Macammana nak bagi tahu aku??? ermmmm.... since blog ni one way communication. Maka ku connect blog dengan twitter dan Facebook... dunia semakin maju... wakakak... harusla kita gunekan sebaik mungkin. Thanks to bloger2yang tak kedekut ilmu.

Dah tu semalam tak ada kerja, dok nak buat benda lain tetiba terbuat lak page kat FB... hahaha belasah!




Taip 'Singgah Sebentar' kat search than you will see singgah sebentar kat situ... memula ingat nak buat mcm ni... tapi tak gheti plak... fail memanjang...ada siapa tahu buat sila ajo bole? Blogger2 kan baik2 belaka, suke kongsi ilmu?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Seronok kat blog pun leh tengok status FB. Ingat nak buat macam ni. Dah jadi lain plak... seronok buat page kat FB... mula la terpikir nak linkkan blog dengan page ni.

Lepas tu Zamani balik kerja tanya aku kenapa dia tak leh view gambar2... apa??? chewah panic! May be line opis dia tak elok. Ataupun opis dia dah tak bagi dia view blog aku dah... wakakak... tu yang terpikir tu. Buat so kat FB pun org boleh baca blog aku.

Tak kisah la korang kata aku perasan ke apa... ada tak ada org baca blog ni pun aku tak kisah... *ayat merajuk*...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Semua auto publish... senang, kat profile CidaZam Charlie's Angel korang leh dapat update tru blognet work. Tapi kalau korang nak baca pun, blog network akan connect dengan blogkan?So kalau kat page, korang leh baca kat note. Senang sikit... nak upload pun tak lama.. kan kan kan? Baca je entry.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Gambar semua full... tak yah nak tunggu download ke apa... baca sudah yer anak-anak...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Kat sini korang leh komen terus...tinggalkan jejak anda eh?boleh jadi kawan... aku tak sombong jangan takut... hehehe.

Apa lagi??? Cepat2 clik 'like' kat page aku eh? kalau korang tak layan aku, siapa lagi nak layan aku... lalalala

Saturday, April 17, 2010

Nak masak kecoh sekampung

Adoiii yaiiii rusak macam ni... nak masak macam nak apa je...kecoh sekampung sampai MIL pun turun padang menulung... aseimen buat malu je...Tapi dah mmg sengal ubi tak tahu masakkan? Takkan nak diam je? Laki aku tu makan tak banyak bunyi... tah sedap tah tidak aku pun tak tahu...

Tapi bagus jugak benda ni jadi... macam MIL cakap, at least aku tahu apa yang suami aku suke... tu laaa bangga lagi kenal dengan suami less than one year... ni la jadinya... bila pk balik, aah la... aku tak pernah tahu apa dia suke makan... yang aku tahu apa jua mak masak dia makan... so fav makanan dia ialah his mom's cooking...

Aku ni tiap kali datang umah mak nak je tanya apa rahsia masakkan... tapi tah... aku segan nak tanya...

First :- Aku takut kena gelak dengan adik2 ipo aku...

Second :- Aku takut ada org akan cakap aku ni poyo... tunjuk baik la konon...

Third :- Aku takut menyusahkan MIL... sbbnya... erkkk malu nak cerita... tapi tak pa la cerita je la... ada benda yang aku tak kenal... so aku takut kalau MIL sebut aku terkebil2 tak tahu bahan tu...kih kih kih

Aku nak belajar masak... selain nak berjaya dalam career... aku nak jugak berjaya dalam rumahtangga... chewah mula la nak peeeling peeeling...mungkin sbb aku membesar dengan ibu yang sepenuh masa suriumahtangga... i think apa yang ibu buat tu sweet... dia tak tahu nak masak... but aku suke cara ibu yang rapat dengan kami adik beradik... dan aku nak anak2 aku pun rapat dengan aku nanti, insya Allah...

Dan tuk itu aku kenalah pandai masak... aku tak nak dapat title semua ni... cukup sedar di hargai di mata suami dan anak2... like MIL rite now... aku percaya dia pun tak nak pingat, trofi semua tuk dapat title juara masak ke apa... kepuasan bila anak makan dan suami makan dan kemudian tido kekenyangan macam ular sawa.... hehehe. Cutekan? Bila tengok makanan di masak habis di jamah, than anak suami ada di rumah tak cari makan kat kedai, kita akan jadi puasati, walaupun penat.

Minggu ni Isnin sampai Jumaat gue masak ok... hoyeeee pencapaian yang boleh di banggakan... oleh diri sendiri... ha ha ha... so mcm biasa dalam dilema... nak masak apa balik kerja ni... so ku saja je la letak status kat FB...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Dan dan kawan lama aku cerita pasal sup makaroni... dia housemate aku sewaktu aku belajar kat Melaka dulu... aku dengan dia sewa umah... so tugas dia mmg memasak... aku??? mana reti masak? So satu hari tu try je la... Kami berdua mmg dunggu dulu... hahah bole tak mak dia suruh kami beli sawi, sampai kat tempat beli sayur dua2 pandang antara satu sama lain... "yang mana sawi??" Tebal muke tanya abang yang jual tu... cilako tul... habis kena gelak dua2... siap mak cik yang jual sayur tu sound... apa anak dara tak tahu rupa sayur sawi??? Ha bayangkan macamana bodosnya aku dulu...

Tetiba pulak laki aku menyampukkan... dia pun suke makaroni sup?? Aku tak tahu pun.... malas la nak layan, tak pa la esok2 aku belajar lakan? Sekali tengok kat status FB dia???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dont get confuse dengan nick name kami ye.... gelabah la aku!!! Bila dia dah tulis macam tu, aku tak sampai hati plak... adoiiii sian plak dah terbayang bayang... actually aku nak call my MIL.. kebetulan aku ada meeting plak...tak tentu arah aku!!! Dalam meeting dok sms org tanya resepi bule??Takkan nak sms MIL pulak... very the kurang ajar... dalm meeting dok doa, cepat la masa berlalu... Dah tu yang reply msg macam2 teknik plak yang bagi... sampai bos aku ingat aku ada masalah... hehehe... suami suami! Cekik darah betul...since dia suruh aku tanya Ijat, dengan Ijat2 aku kaco... hantar sms tanya resepi masakan...

Than mak call... aku rasa nak jawab je call mak... ahak! tapi control... lambat pulak meeting puaka ni nak habis...

Lepas meeting habis je.... zazzzzzz akak terus masuk opis call mak...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Status sblm masuk meeting... dengan harapan ada la yang membantu.

Hampa! Banyak pulak yang perli dari bagi resepi... so aku pun apa lagi??? Dah dapat resepi velagak la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ushhhh.... tercabar ni... ahak! Rancak plak kawan aku menyampuk yer... tak pa ko linda... ahak! Actually aku rasa seronok plak memasak... mungkin dah tahu serba sikit kot... kalau tahu banyak, lagi la happy aku rasa... mau abang Jamani jadi gebu... kih kih kih...semangat aku rasa...
Tapi frust sbb tak mencapai piawaian en suami ye...MIL suruh aku campur makaroni tu... tapi aku takut lembik atau kembang pulak... kang laki aku lagi la tak nak makan... sbb dia tak suke benda lembik2 ni... yang aku tahu la... sekali tu dia kata dia prefer makaroni tu campur... aisemen!!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ooooo ok cubaan pertama... now i know abang Jamani better lakan? Aku tak tahu pun dia suke makaroni... rupanya mak kata kalau dia sakit ke demam ke, mak selalu buatkan dia makaroni sup... since dia tak makan bubur nasik... ha!!! aku tak rasa dia suke makaroni sup ke apa sbb dia mmg tak makan benda yang lembik2 macam bubur semua... so tak adalah aku nak masak... lagi pun dia tak suruh pun... kih kih kih sbb dia tahu bini dia tak gheti masak kot... lalalalala.... baik sungguh suami saya tak nak susahkan saya kan kan kan???

Alaaaa belum masuk sepital... kira paling idok pun masakkan tak sedap... kalau ku masak sampai masuk sepital, than aku rasa sila gantung lesen tuk aku masak sbb menyebabkan kecederaan... wakakaka....

Berbual2 dengan en Jamani malam kelmarin...

Aku :- B cube la cakap dengan ayang B nak makan apa... jangan la senyap sbb ayang tak tahu apa B nak makan... bla bla bla... nasib baik mak bagi resepi... bla bla bla... kalau tak bla bla bla bla...

Zamani :- Mana B tahu... kang suruh ayang masak, ayang tak reti, dah susahkan you bla bla bla

Aku:- Kalau u nak i pandai masak u kena la request...

Zamani :- Ok... nanti belajar dengan mak pajeri nenes eh... that my fav...ussss sedappp ooo mak masak...

Glubbbb... mak aiiiii... * kelip kelp mata pandang mak penuh simpati*

Dalam hati...

'Help...'

'Help...'

Nota Kaki Kudis :- MIL ada blog masakan... clik la kat tepi dinding aku... bole sama2 kongsi resepi... try la... bukan nak mengampu ke apa... link tu tuk aku senang ke blog MIL... tapi since dah ada kat situ, kot2 kalau korang terpikir / susah nak masak apa... clik je... Blog MIL tu baru so tak banyak resepi la... but tengok menantu2 semua semangat nak masak... im sure lama2 banyak la resepi nanti... cube la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails