Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, March 12, 2014

MH370...

Nak masuk hari ke 5 baru la nak update...


Aku turut simpati dengan kehilangan MH370 ni sabtu lalu. Memula aku ingat ini hanya rumous. Tetiba nampak adik aku update status so i tot macam delay kot... relex la kan... siap sempat gurau dengan adik kat FB, mungkin pilot sesat sebab jerebu tebal sangat... ada la tu...

Yer la mana pernah kes2 berat macam ni kan? Tengok ramai yang gurau2 kat twitter and FB so aku rasa apa nak kecoh sangat... lagi pun ada yang tulis dah mendarat kat China tapi lapangan terbang lain la apa... so tak ambik point sangat...

Siap gaduh dengan member... emosi... dia marah aku, yang aku plak sebenar nak tenangkan Fidah sbb she goin to HK end of May ni... walaupun hati ni dah rasa tak sedapkan... what if kalau dalam kapal terbang tu one of your family members? Gila ko! Meroyan! silap2 berenang kat laut cina selatan nun.... walau pun ai tak tahu berenang...

Ok semua tengah bersedih...

Semuanya tengah risau... mana perginya MH 370... sampai tak boleh tido. Teringat mereka yang tak bersalah dalam kapal terbang tu... cina ka mat salleh ka melayu ka... darah yang mengalir tetap sama... maka aku nak kongsikan sajak/puisi terindah dari seorg kenalan...

Bukan Khairul seperti yang di dakwa oleh hot fm! akak jadi naik hantu bila semangat nak dengar puisi tu tahu2 nama Khairul! wahhh senang nya hidup ko copy paste. Tak pikir ke hasil kerja org? Siap sent private message kat hotfm... tak puas wat wall pun i bubuh...

Stop la! hak cipta org kot... penat org pikir org lain dapat credit... so this is the puisi... nangis kali pertama baca...and this is ORIGINAL!!!


MH370...

Kapten Zaharie 
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik 
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat

tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetap mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia






Original version yah!

Credit kak! And to kak pnut, i will support you! Nak daftar as Pnut Rangers bole? hahah... sian kakak ku sakit di sepital... take care ok kak... my pray is always with you...

Rajin makan ubat...jangan jadi kita... hahaha


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Monday, March 10, 2014

Amani Iman's Class 5th week @ Genius Baby On Board

Salam!!!!

Aku mak yang sangat poyo! sila maafkan saya kerana kepoyoan saya yer... i love to update on my doter progress. Rasa macam satu kejayaan... tak la sesusah mana. Yes ko kena korbankan masa. Tak guna hantar anak ke sekolah tapi kat umah tak buat apa-apa... nakkan hasil org kata kena korban.

Dah banyak kali aku mentionkan pasal ni? korg bosan tak? heheh... anak2 semua lain. Aku buat mcm ni sbb aku rasa kekurangan dalam mendidik amani. Aku anak sulung, walaupun ada adik tapi beza ok... adik2 aku takut dengan aku, apa pun diorg report under mak pak akukan? Bukan aku pun. Macam Amani, aku suke sbb kami semakin rapat... kalau sayang ibu, dah leh nampak dah, tak banyak  percent dengan abak je... kalau dulu nampak sayang ibu 30% abak 50% now, can said sayang abak 55% and ibu 50%... hoyeahhh....

Untuk minggu ke 5 ni, aku masih risau tentang penerimaan Amani Iman dengan sekolah. Macammana la kan? Bila tunjuk baju sekolah dia jadi excited...



Nenek pun excited... dah tambah tugas nenek menjaga dobi baju kami sekeluarga... aku dengan Zamani kalau ko tanya baju kerja ada, kitaorg jawab ada je... sbb mak aku mmg sediakan baju tuk pakai seminggu kerja... so dia lebih arif nak tahu ada ke tak ada... hahah kejam tak aku dengan suami?? Tahu2 kalau dia lupa dia tanya kitaorg

'Baju kerja korang adakan?' 

Ni nenek excited amani sekolah... cucu sekolah sejam hari Ahad... bila cakap amani dah dapat uniform dia punya gelabah. Ari tu dapat je uniform, aku simpan, so malam ahad tu baru la keluar. Bising nenek amani, nak basuh dulu, nak gosok... adehhh... nenek macam tu... cucu plak macam ni...



Nangis2 nak pegang baju tu... dah tu gambar tu dia cakap Raeesah... hahah asal baby je Raeesah... kalau budak lelaki UMAR... hahah... sian anak aku... dia set mind dia, Raeesah tu gelaran bagi baby2 seluruh dunia. Dan budak lelaki UMAR...


Gasak memalam nak pakai baju sekolah... 

So sekarang hujung minggu selalu tido lambat... sekarang tak lagi... anak dah sekolah. Amani kalau tak cukup tido dia moody. Tak nak ganggu mode dia ke sekolah. Tengok banyak benda ko kena korban... hahaha. Sampai cerekarama pun aku tak tengok. 10 t0 1030 dia kena tido. Paling lewat 11 malam...



Pagi ahad bangun tak sabar nak siap nampak baju sekolah... Amani ni ko tak leh predict... yah you cant!!! sekarang tunjuk mood yang elok, sampai sana, dia boleh bertukar... apa ni? kokan sama zodiac dengan ibu. Virgo orgnya santun... tapi ko punya perangai macam mak ngah ko... perangai tak leh nak predict. Kalau baik, baik sangat, kalau datang mood bengang macam apa je...

That week class start kul 10 pagi... lagi la kak chik ni kena tido awal

Sampai sekolah Zamani hantar sampai tangga... dia tak leh nak masuk kelas sbb anak dia kalau nampak dia mula buat perangai... naik2 je dia duduk dengan tertibnya... hahaha... Nampak2 kawan, terus tak tentu arah... yang best!!! She start salam semua mommies kat situ! Suruh salam uncle2 dia takut, nangis! mengada...uncle teacher (suami teacher Anne) sampai sekarang dia tak salam... bikin malu la ko nak!

Gambar di awal kelas tak banyak yang aku ambik... video wajib! heheh



Amani duduk dengan akur. Tak yah tarik2 dan tak yah nak wrestling dengan dia kali ni... relex dia pilih tempat duduk...



Class start ni muke belagak anak dara ai... eh... ko dah berani? elok je tahu nak duduk mana. Suruh diam dia tenung kita tajam... suspen jugak... dia ni biar betul...



One week tak ada kelas. Aku lupa, one class skip sbb Teacher Anne tak ada. So class cancel. Itu yang buat aku risau sbb week 4 class dia dah ok ok kan? Takut dia jadi balik takut...

Rata2 budak2 mmg buat perangai that day... sama je dengan amani... sesekali dia bunyi jugak. Tapi kalau selalu bunyi sbb mak dia paksa, kali ni, dia bunyi sbb mak dia halang apa dia nak buat... pening sekejap




Camera phone tak ada antishake...hahaha... minah ni kan lahir tahun arnab... so melompat je la kerja dia... kali ni , aku tak temankan dia pergi depan. Bila nama kena panggil dia dah berlari... syukur... bila balik kat pangkuan mak terlompat2...

Gasak la... janji ko enjoy



Bila lagu good morning je dia pun goyang inul! hahah sangat terkejut... enjoy the song so well... siapa la yang ajo ko menari2 ni nak?? tengok tak budak kecik tu, nama dia Mikail... first week amani join dia siap marah amani, agaknya bising2 balik la! ganggu... kali ni bising jugak, terjerit2... ya Ampun...

Than time art class... amani minat art class aku rasa. Atau dia tak sabar nak duduk kat meja tu...

That week kita belajar pasal touch/sentuhan. So activiti tekap syiling and kaler...



Ok still nampak tak biasa... penat latih kat umah. Ko tahu je la dia pegang pensil or pen hujung pen. Macammana ko pegang 'S' Pen (siapa pakai NOTE samsung tahu la kan). Itu dia belajar dr bapak dia... now dia bole pegang pensil cume teknik salah sikit ar.


 Pandai2 la amani... ibu bagi kamu conteng2... sbb ibu nak ambik gambar. hahah... Sian kat Zamani, dia nak tengok pogress amani. Tapi dia dalam pantang. hahaha... sbb anak dia pantang tengok dia. Kah kah kah... so record la apa yang patut tuk bagi dia tengok. Seronok perkembangan anak ni. Dan aku nak dia tahu! Susah jaga anak... hahah ingat senang ke??? 

Aku nak dia ambik cuti kalau amani masuk sekolah. hari sukan amani, hari report kad,  hari kantin amani... bukan amani je, semua anak2 dia la... biar dia tahu sikit... well kita berdua di besarkan dengan bapak yang sibuk. So semua mak je... now aku paksa dia... tak ada tak! hahah kejam sikit.

Yer la amani bukan anak patung. Apa pun dia nak ibu abak dia ada... kan kan kan?


Budak2 during art class....ini pun latihan tuk aku... bila kat sini rasanya mak banyak buat dr anak... anak ni kat umah sampai ke dinding2 nak conteng. Kat sekolah dia main 5 minit dah penat... mcm amani iman.... kejap je dah tu 'Dah ibu, dah'


Buruk??? to me its beautiful... 

Semua hasil kerja Amani aku simpan. She suppose main2. Tapi mak dia sayang sangat. Macam beli harga juta! Sayang bukan main... dia cabut aku ambik gam tampal balik (tuk hasil art yang lepas). Nanti aku cerita eh... 

Lepas kelas, dia bebas. Aku biarkan dia main sementara nak tunggu Zamani datang jemput.






Mommies2 semua duduk sementara nak tunggu turn jumpa Teacher Anne... macam amani sejak week 4 mcm tak berkesempatan nak duduk berbual dengan Teacher Anne. Cume berbual kat watsapp. Aku rasa sangat happy dengan progress amani


Kalau dulu dia tak berani, kali ni dia jadi ketua darjah... hahah kasar betul main dengan kawan2... 


Kalau dulu dia suke main sendiri, tapi now dah pandai bawak diri... that my gurl! sayang kamu nak!


My Amani Iman Zulaikha!

enjoy the video.... abaikan suara mak yang menghalang... hahahah








Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, March 5, 2014

Wordless Wednesday



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Jakel Jakel... mari2....

Haloha!

Mana nak mula??? Ok... kawan sekolah ku dia sekarang seorg tailor... so lately we all ada group chat dengan kawan sorg lagi... diorg nak buat business. So gune kepakaran, sorg bole menjahit sorg pulak mmg nak berkecimpung dalam perniagaan. Mcm aku, aku ni kira mcm penguna la... eheheh... idea penguna perlu bagi memantapkan.. nak join business2 ni mmg tak minat. Sbb aku tahu aku ni kang bukan jual tapi pakai lebih... hahaha

Aku bagi idea kat Yan, why not you buat shawl... senang pun senang (org cakap) cume pandai pilih kain dan kaler. Dia pulak tak ramai permintaan buat shawl. Tapi dia dah buat tudung yang awning dan layer2 tu... mcm aku plak, lebih selesa buat shawl


Maap la muke tak semegah. Tapi ni adalah tudung yang aku order dari Yan... harge RM 35 tuk 2 layer. Agak senang kalau nak panjang ke pendek... rekues je...

Akukan selalu beli... dah tu cerewet jugak la... buat masa ni yang kena dengan selera aku Al humaira je... tudung dia mmg tak leh lawan. Sangat sesuai dengan aku. Lilit pun tak sakit hati. Sbb ada kain payahkan. Kain2 Al humaira mmg terletak je... senang nak di bentuk. Simple pun designnya... cume yang modern2 tu payah lakan? So aku suruh Yan buat kan... tengok contoh member dah teruja... aahaha... sbb aku ada jugak kawan2 yang tudung cantik2... bila tanya semua cakap dekat jakel ada kain2 khas buat tudung.

So aku pun ajak Yan pergi survey. Mana tahukan... bole la dia buat niaga. Aku ni bukan la tahu jenis kain. So ke Jakel la kami...

Memula Yan ajak aku, sbb dia kata dia ada kenal member yang nak dia jadi tukang jahit tuk jual product. Sbb this gurl dia ada product sendiri. Cume dia nak mencube fashion, baju dan tudung plak... so kiranya dia tengah cari supplier... aku suggest kat Yan, kalau nak berniaga, dia tak payah susah2 cari customer. Target those penjual2 online... senang. Risiko nak rugi tu amat la jauh... sbb ko tak yah keluar modal. Kain apa semua biarkan diorg cari. Kira upah tempah je.

Chewah pandai tak ai??? mana tahu satu hari nanti boleh jadi Al Azean plak... hahah.

Since dia nak jumpa BAKAL customer dia... aku nak cari material shawl, kita heret bawak Roziah plak... hahah... minah ni mmg pandai marketing... marketing online tip top... upload2 lebih hebat dari aku... kih kih kih. Dia ni berkerja part time di balik tabir Azean Resources... hahaha...lariksss... tolong kawan2...



Kami on the way to Jakel Shah Alam. Sempat bergambar sama


Amani iman without abak dia... abak dia punya la risau aku bawak anak keluar... Aku pun tak ada confident nak bawak amani, ko tahu la dia takut org semua... sekali tu naik kereta Yan, dia hulur tangan... syukur la... nampak dia dah berani dengan org. So dia lebih excited di bandingkan mak dia yang jumpa kawan2... ha ha ha...

Since non of us tahu Jakel ada jual kain tuk tudung, we ouls tercari2 la kain... aku dah tentu2 tak tahu jenis kain... yang aku nampak tudung yang dah siap. Ni besar2... macammana nak buat tudung... hahah



Esh macammana nak bikin shawl ni? Besar..... dengar Yan dan Roziah berbual dengan promoter... tah bidang 60 la bidang 40 la.. bidang 60 boleh dapat 3 shawl la apa la... wa tak faham term or terma tailor... yang aku sibuk kira berapa harga nak buat shawl... tengok macam murah...



Macam ni... RM 14.60 semeter... otak aku ni dah pikir dan gambarkan semeter tu dah siap2 potong tinggal nak pakai... terkedu jap... besarnya org tu potong, dan Yan beli plak bermeter2... hahah confuse tatak kat situ... so bila dengar penerangan Yan, ok faham... janji aku nak exclusive kaler... tak nak aku pakai, dia ni pakai... hahaha gila tamak akukan???



Sangat berkenan dengan warna ni... ok ikutkan yer...konon nak beli tempah je... bila tengok org tu potong, terus macam, eh asal besar sangat??? Kena gelak kaw kaw jap... so Yan cakap beli product akhir... awal2 ni dok diam2 tak yah sibuk... sbb tu la Kemahiran hidup aku jahanam. Tang jahit buat muke kesian kat mak aku suruh dia jahitkan...hahah



Warna2 yang menjadi pilihan...perh sangat juling tengok kaler2 ni








Nak giltter pun boleh... hahaha... tapi Jakel mahal la...diorg marah aku sbb cakap murah... lor aku dengar org lain yang cakap...mana nak tahu... kih kih kih



Mahal2 pun...NAH!!! hasil belian... 4 tingkat naik turun cari kain yang sesuai... aku pun terjebak sekali tengah survey tudung, than tetiba ada kain jual murah... semeter RM 10.90

Pegang2 kain, tetiba dia bagi RM 8.00 semeter... mcm murah tapi nak buat apa eh?




Yang sangkut2 tu semua jenis kain boleh buat tudung...kalau pengemar syria bole la... aku pun terpikir nak beli kain jenis tu untuk buat tudung segera... hahah... yang ada awning... tapi tu la... kena beli banyak la... gila per nak beli sikit2...

Yang berkumpul tu kain yang aku maksudkan... sesuai buat skrit panjang... jenis kain tu...kain yang strech. Tanya yan... kalau buat jubah tuk budak panas tak?

Yan cakap tak... elok, kain ni akan terletak. Kalau nak buat Jubah pun sesuai... katanya... maka ku rembat 2... hahah tuk anak dara ai



Lama nak buat jubah macam anak kakak angkat aku, kak Sepinat... baju2 Anak dia buat aku tertarik nak buat. Senang dan seuai tuk bawak majlis or jalan2... kalau korg nak tahu aku suke pakaikan amani gaun. Gaun dia mmg banyak... kalau seluar pun i prefer dia pakai legging... hahaha.. skrit...

Ok aurat... tapi time ni pun nak bagi dia puas pakai. Zamani dah nampak dah kalau dia rasa anak seksi dia dah try highlite kat omak dia... ala budak... musim panas2 ni aku kesian betul kat amani. Sila la faham keadaan AMANI yang rambut awan nano... hoiii musim panas, peluh effect pada rambut ok... ahak!

BIar la org nak cakap apa pun... kan...



Antara baju yang aku hantar kat YAN... heheh... yang best! service tu beb... tak dapat kat org lain. Biar pun korang cakap tailor korang murah. Tapi tailor korang sayang korang tak?? wakaka... dengan aku je dia buat eh...yang lain jangan lak mengedik minta... hahah... as penasihat, aku lempang korang kang!

Kalau cakap ada baju nak buat... cepat je sampai... heheh... ukur kat umah. Ko baring pun dia boleh ukur... hahah.. pantang kalau cakap nak oter baju, cepat je di sampai... lalalalala... tu sbb aku cakap dia sayang aku. And sbb relation kawan tu aku tak kisah sangat. Macam raya aku tempah baju kat dia... malam raya nak balik kampung baru dia hantar baju... tak ada hal... kalau ko nak awal, dia bole hantar awal jugak. Cume aku kawan dia yang paling baik... hahaha...

Bab payment pulak, sbb kawan jugak leh hutang2... hahah tapi knowing myself aku tak suke la nak berhutang... seyes beb... dia berniagakan...kalau 10 kawan buat macam tu, habis dia buat kerja secara sukerela kah?


Time hantar baju... siap delivery Cheese Cracker with Oats ko.... nama tak boleh bla... hahaha... tepi jalan jugak makan. Sbb bawak masuk sure berebut, bg beta makan dulu yer...

Semalam plak dia dah berjaya siapkan shawl yang kita beli kat Jakel... ha macam apa je kan baru upload dah minta2... hahaha... aku pun sama je.




Kaler yang soft ni payah nak ambik gambar....sbb nampak la warnanya puteh or tak berwarna...hahaha... tapi hasil tudung yang ku pilih...


Tadaaa.... amani tengok mak dia buang tebiat ambik gambo sendiri

'ibuuuu... aner?'

'Tak gi mana-mana... cantik tak ibu?' Hahah dia tak faham tudung pun kan? lalalal

'Antikkkkkkk' 

Yer... maka maknya tak salah pilih kaler... bole pakai tanpa inner. Anak tudung pun dah buat shawl terletak...




Semalam penghantaran tudung dengan ayam masak merah yang da lama aku mengidam... hahaha... sedap!

Ok mesti korang cakap mahalkan? Sbb kalau kat luar pun boleh dapat belas... kalau ko tanya aku, material mmg bukan cikai la... kualiti kain pun mahal... pakai pun terletak. Macam setengah licin la apa la,kan... jarang la panaslah.... tapi sbb kain ni aku yang pilih... heheh... yang penting murah sikit dari Al humaira. Anyway Al humaira tetap la nom satu beb... tu tak leh di sangkal...tp bocor beb kalau nak beli al humaira, satu bole la... beli lebih dr 2 helai, maka 2 minggu aku kena diet...hahah...bila macam ni, ko bole beli bukan satu,macam2 kaler... kan? RM 100 tuk 4 or 5 kaler dah cukup baguskan?

Yeahhh....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi


















Tuesday, February 25, 2014

Baby Febuari


Salam...





Happy birthday yang ke lima buat anak buah saya Muhammad Rayyan Khenhaizi... pejam celik pejam celik dah masuk 5 tahun dah si bujang ni... satu2nya cucu lelaki en Rusli...bukan main sayang si Rayyan ni. Sbb semua claim dia muke atuk Rusli... hahaha... tuyang bonus tu. Apa je semua boleh!

Rasa macam baru je tengok kelahiran Rayyan... semalam dah sambut besday yang ke 5.

Since adik aku suke melahirkan anak2 dekat2... so dia sambut besday anak2 dia sekali... Raeesah bulan 1 Rayyan bulan 2... beza sebulan. Tapi nak jimat kos gabungkan... hahaha so on16 Feb iaitu on date laki dia punya besday dia sambut besday anak2 dia kat Kenny Rogers, Subang.

Tema???

Monster University... si checah pun bukan main pandai dan suke monster yang mata satu tu...



 Yeah...1st year celebration for Raeesah dan advance 5th birthday tuk Rayyan...

Banner adalah hasil karya pak long Zamani... bukan main! Dia kalau design2 bukan main lagi... bagi kat dia.
Gambar yang sweetkan? Itu la dua beradik ni...




Goodies tag pun hasil kerja Pak long Zamani. Tugas mak long bagi gambar dan cari background. Handphone mak long tak canggih! nak edit2 ni susah....


Goodies for the party.... sama mcm amani je... heheh. Dari company yang sama....aku nak buat kan tapi adik aku sanggup bayar lebih kat org... ahak!


Meja setup... aku datang lambat sikit sbb anak sekolahkan... hahahah... memula nak kuar cepat tapi kan aku cerita amani had really fun kat sekolag, so macam kesian nak balik awal time anak tengah ok! So kul 12 baru gerak ke subang. Sampai dalam 12 lebih, tetamu dah sampai tapi tak start lagi...so sempat la nak saksikan party start potong kek.


Princess yang sangat mengantuk.... dia ni kan baik sangat! Macam mak dia sebijik, kalau mengantuk mana2 pun bole tido... haiyo... ni pun mata macam tak rela nak bukak je... nak tunggu majlis potong kek lambat bebenor!


Ketiduran!


The cake!


Rayyan yang happy dah teruja... ada badut, ramai org, banyak hadiah... Raeesah ko tengok, angkat kat stroller je... dia ok dah, tak hek tak hok... anak aku yang tak sambut pun meragam kalah raeesah. Ada je tak kena, sbb penat. Nak ajak balik.


Tu dia!


Nampakkan muke excited Rayyan?


Checha pun enjoy siap tepuk tangan...


Badut yang sangat multipurpose, dia MC, dia la ustaz yang baca doa, dia yang aturkan jenis game, dia jugak DJ... hahaha... dia juga yang buat belon tuk bebudak... ko mampu??? berbaloi2.


Nenek tak ketinggalan nak jugak!!!! Dapat belon 







Layan gambar la yer... susah nak cerita... janji update... hahaha... gambar last ni aku nak tunjuk yang Rayyan tengah dating berdua, sekali mak budak perempuan tu masuk... hahaha... Rayyan merajuk tah pasal apa. Terus bawak diri sorang kat meja tu, dah tu cozen dia (belah papa Rayyan) datang duduk. Macam Gf pujuk BF... tapi bila mak ada dalam gambar macam mengadap mak mertua... hahaha


Nenek collect belon, cucu petik pokok kat Kenny Rogers... elok la tu, siapa yang excited agaknya? 


Tangan nenek penuh dengan belon... lawak tul.... mak aku ambik belon2 yang ada kat kenny rogers...katanya ni semua duit!!!! hahaha... 

Than semalamkan besday Rayyankan? so mak dia nak sambut la kat sekolah dia dan nursery... jadi pertolongan mak long amat dia perlukan...

Yelah sbb mak long sayang korang lebih mak long tolong la...



For 70 org.... sekolah 30 org dan Nursery 40 org... 


Sekolah nak tema ben10... yang nursery checha punya... so baby minney and mickey. Checha lagi over dr abang sbb banyak kawan... glub...



Fidah beli kek hantar kat Nursery, kat sekolah, hanya goodies. Mak long tak leh la... sian plak bebudak. So ambik tempahan kek moist choc dari BFF time sekolah. Azean... siap dengan sudu... bagus! bertindak ikut keperluan persekitaran... aku pikir gak macamanan bebudak ni nak makan kek. Mmg kena saman dak Fidah dengan kawan2 sekolah Rayyan sbb kotorkan uniform. Dah ada ni oklah...




Ok boleh order lagi...kang Amani iman punya besday bole la order... tapi nak bagi siapa? hahaha anak ko sekolah pun play school dia 7 or 8 org je... ahak!besday bapak amani pun bole...




Hasilnya! puasati kalau buat tuk anak2 ni... sbb tu la anak buah aku sayang lebih... hahaha... harus la sayang! mak long geget pipi sorang2 nanti!


SEKIAN!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails