Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, October 14, 2014

Autisme

Salam....


Dari google ini yang aku jumpa. Penerangan yang senang mengenai Autisme.

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.

Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

#Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.

Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. (Amani Iman mmg susah di pegang/di sentuh kalau dengan org yang tidak di kenali. Even dengan nenek, atuk dan mak cik2 dia pun dia payah nak serasi kalau aku dah Zamani ada. Pada mulanya aku rasa ianya normal. Tapi kalau ajak dia main pun dia tak suke berkawan dengan kanak2 sebaya dengannya. Dia suke menyendiri. Dia tak suke org sentuh barang dia, tapi dia tak melawan. Paling tak mengadu dengan aku je)

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.


Contohnya kalau ditanya :

‘Annie sudah makan?’.
Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :


‘Annie nak makan?’.
Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.


(Yes... she like burung kakak tua, ulangi setiap patah perkataan sesiapa pun. Tapi ada kalanya dia bole bercakap tapi tidak lebih dari 3 patah perkataan. Dia akan ulang apa juga yang aku cakap pada dia mau pun org sekelilingi dia)

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak. 


(Yang ini sangat ketara!)

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.


(Amani bole melompat selama sejam ok... dan dia juga boleh berlari dalam jarak yang sama berulang ulang ulang kali)
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.


Sebenarnya ramai yang menegur, tapi aku menafikan. Amani seorg yang normal. Cume pertuturan dia sahaja yang lambat. Tapi she already 3 years but dia gagal tuk bercakap macam budak2 lain. Tak apa Amani, take your time. Walaupun Amani lambat cakap tapi its impress me bila dia bole kenal abjad (A to Z) dan (1 to 10) and now dia mengupgrade diri sendiri tuk kenal (11 to 20). Pada awalnya aku ingat dia menghafal tapi sebenarnya dia mengenali huruf di usia 2 tahun setengah.

Setiap kali dia di puji, dia akan kepak2 mcm ayam. And i just get to know that is the sign of Autisme.

Bila dia jadi macam tu, dia tunjukkan gerakkan yang kita tak faham...

'Tell me mommy, tell me what should i do next / tell me mommy i want more'

Ahhh nak nangis! Bila dapat tahu, baru sedar yah! Amani sering kepak/flip tangan dia bila dia gembira. Dia jugak bole melompat tanpa kira penat. Aku yang penat tengok dia melompat2. Asalnya dia akan berlari berulang kali di ruang tamu, than dia bertukar melompat.

Pening kepala bila memikirkan. Aku kesiankan perkembangan dia. Macammana dia bila dia masuk sekolah. Penerimaan kawan2. Even sekarang dia dah mula faham bila aku marah, bila aku tak suke apa dia buat yang boleh mendatangkan kemarahan pada aku. Cume aku kesian dia tak tahu nak cakap. Selalu aku tanya

'Amani kenapa?'

'Amani nak apa?'

Sama ada dia menangis atau di senyum atau dia akan senyap. Itu yang buat aku sangat sangat risau. Kadang2 kawan sebaya dia cube main dengan dia, dia elakkan diri. Bila dia nak main dengan budak yang seusia dia, mesti aku dengar soalan

'Awak tak tahu cakap eh amani' You can see she straight away walk away from that kids. Sedih tak? Selalu notis benda tu. Ke kebetulan dan aku yang terlebih sensitip?

Kadang2 dia akan ulang balik setiap perkataan kita. Macam yang tulis kat atas tu la. Bila dia cube cakap mmg susah nak faham. Bukan susah, tapi mmg kita tak faham apa dia nak cakap. Dan itu kadang2 buat aku selalu naik hangin dengan dia, di awalnya aku rasa dia sengaja cakap macam tu, tapi bila berkawan dia cube cerita sorg pun tak faham. End up Amani Iman akan main sorg2.

Awalnya sbb aku rasa dia mmg di bentuk dr perut macam tu. Sbb akukan selalu takut, selalu risau, selalu tak confident. Even time kitaorg buat detail scan pun doktor nampak Amani adalah neves baby. Dont ask me how doktor tau. Tapi aku tak ambik penting benda2 tu.

Tahlah... aku bukan raih simpati kat org. Sbb mungkin jugak ini perasaan aku sahaja. Selalu aku rasa ia adalah normal. Cume amani lambat. Macam aku cakap aku bole bangga dia kenal huruf! Boleh urut dada. Perkembangan otak dia adalah normal. Bila dia lebih gemar mencipta mainan sendiri aku rasa dia creative but nampaknya ia sebenarnya dlm dunia khayalan. Which is tak normal.

Aku cume risaukan dia. Sampai bila agaknya? Aku nak sangat dengar dia berbual. Minta dan luahkan apa dia rasa macam bebudak lain.

Bila sakit dia kan sebut sakit...

Bila sedih dia sebut sakit.... pointed at heart. Hihihi... sakit hati?? Agaknyakan.

Bila gatal dia sebut sakit.

Bila dia di buli dia langsung tak tunjuk siapa buat dia ke apa, dia hanya peluk dan nangis. No sound ok. Itu lebih menyakitkan hati seorg ibu. Macam aku lak meronta

'Tell ibu amani! what wrong?? Let me help you. Ibu tak bole tolong amani kalau amani tak bagitahu'

Ibu mmg sangat sensitip. Sememangnya aku sensitip, tapi rasa terlebih sensitip bila aku masuk hospital terpisah dengan amani for few days, i know time tu dia rindu aku tapi dia tak tahu nak luahkan. So since situ aku mula rasa apa dia rasa. Tak nak dia kecil ati, tak nak dia terasa asing.

Ermmm... lets Allah decide what the best for us. Insya Allah semoga semua di permudahkan.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, October 8, 2014

Hari Amani Iman di AnW


Hola.

Sblm cerita berkulat baik aku ceritakan di sini kesah sambutan besday Amani Iman...

Sambutan on 28 Sept. Mak pengantin memilih hari bahagia di buat di PJ Drive In, Anw. Setelah di kaji beberapa tempat. Anyway kalau buget Anw adalah pakej paling murah. But nanti ku ceritakan. Cume sekarang nak kongsi cerita hari bahagia anakda.


Gaya terkini anak dara. Oh anak cepat sangat la kamu membesar. Aku selalu cakap kat Zamani pasal gambar Amani ni. Bayangkan anak dah remaja gitu. Cakap kat adik aku, dia komen lagi buat hati gunda gulana.

' Ha gaya tak macam nak sambut kat Anw ni. Cara ni 20 tahun akan datang dia tak nak pun mak pak dia sambut. Sambut dengan kawan2 la. Dari gaya Amani macam nak sambut besday kat Pavillion'

Ok Amani Iman. Read this. Kalau betul la statement mak cik ko di atas, mau sambut sendiri, sendiri cari duit yer. Nak ibu abak sponser kalau kitaorg nak sambut besday ko kat Mcdonal pun ko kena terima. Ha ha ha. Ibu dah taman azam nak belajar masak. Tutup mata takat tetamu 50 org ibu leh handle. Kah kah kah. 

Parti setat kul 3 petang sampai la ke 4.30 ptg.

Tetamu ramai jugak yang hadir. Unexpected pun ada. Alhamdulilla. Bole la beramah mesra.


Baju ni siap dalam masa 3 hari. Hihi. nak tema pocoyo sangat. Sian perekanya, migrain memikirkan. Adoi la, sian plak bila dia cerita. Tak yah la pocoyo sangat. Agak2 la aku nak pakai baju mescot tukan.

Tak banyak yang aku buat sbb semua atas Anw... (harapannnnn) eh ada 'harapan'kan? nanti akak story la. Tapi now nak share saat yang indah seberapa yang bole. Bersyukur sbb kali ni dapat berjumpa kawan2 lama. Tak sangka semua datang. Happy iuols. Di sebabkan besday i pun sept, rasa tumpang majlis anak. Kawan omak lagi meriah.

Kawan GBOB amani pun datang. Seronok si Amani iman. So next year target kawan2 Amani sbb dia dah ada kawan. Heheh Besday Ammar Yusuf je la ye kawan ibu and abak bole menyelit yer.


The food.


Drink 

Abaikan tarikh pada gambar. Sbb setting camera tak berapa nak canggih gitu. 



Goodies 

Ni nak habaq mai. Goodies kek (pastik yang ada mineral water) che buat sendiri. Rasa taubat plak rasanya. Dari pagi ke malam uols akak buat. Org lain buat kek dua tiga jam, akak buat berjam jam sampai siap ada org resque ko! Dugaan. Tapi puas hati. Buat sendiri bersama keringat jatuh. 

Mulai tahun depan kita order sudah. Penat betul tau!Tapi hati sejuk bila somi puji. Amani pun puji. Uuuu sedapnya. Tapi dia bukan makan pun. Haha kelako.






Erm....... my guest


Full house!




Aliya! Sedap tak kek mak long buat? hihihi. Nasib baik ai beli accessory party. Laku la jugak bebudak pakai.


Jemah cerita dengan mak mak kat GBOB


Ammar dengan mak long and pak long dia.


My school mate 1997. Yang cucuk pipi bukan yer. Happy betul bila semua berkump macam ni. Dan best anak2 la berkump. Kata mak mak semua kawan, now bawak anak2 tuk join yer.

Around 4 pm macam tu acara mula! Yer lambat gila. Sepatutnya jam 3.00 pm tu. Game mula dengan kehadiran yang semua org tunggu. Mascot Anw


Sayangnya anak dara ai takut nampak bear ni. Kah kah kah sangat tak sesuai ko nak!


Dengan abak yang hansem. Maka nampak bear tu dia melekat dengan Zamani tak nak turun. Abak pakai baju Supermankan. Harus la jadi hero anak dara.


Kek Amani Iman pada usia 3 tahun. Sedap. Tapi tak dpt rasa. macam pisang goreng panas.


Nak potong kek. Sesi nanyi lagu happy besday


Yang ni sangat lawak. Sbb??? Amani ingat dia tetamu agaknya. Bila semua sebut 'happy birthday to amani iman...' reaksi dia terus macam tu. Tetiba malu malu kucing plak. Terus tak nak buat apa2, melekat dengan abak dia. Macam kena meminang plak.  


Sbb dia tak nak tiup lilin, mak dia yang tiup lilin. Kita sebaya. Hahaha. angka belakang '3' tak yah tunjuk kat org ok. Ammar maintain cute and macho. Bagus anak ibu.



Tak tahu apa yang kami perhatikan. Hahaha....


 Time ni amani tak perasan. Ada hadiah tuk besday gurl. Si beruang tu yang bagi. So alihkan perhatian dia agar dia tak terkujat. uhuhuh


Abang beruang siap melutut bagi hadiah. Menjerit si Amani ko tahuuuuuuu. 

Than terus acara game. Tiga acara. Musical chair, dance with bear and acara tiup belon kasi pecah!


Musical chair. Eh Bff  GBOB amani iman... Mikail


Acara menari dengan bear. Mikail jugak. Sporting la mikail. Auntie like you la darling! Amani? Tu tengah teruja dengan class mate dia yang pakai unipom sekolah. hahah. Dok tunjuk kat aku 'Good morning'

Good morning tu lagu sekolah dia. Hahaha. May be u can see budak yang pakai baju hijau and oren. Terkejut Iqmal, Amani rindu dengan sekolah dia. 



 Nasib baik mak amani tak turun. Mau lari semua. hahahah



Acara tiup belon sampai meletup. 


Nampaknya budak2 tak main, wakil bapak. Tak tahu siapa menang eh? 






 Dan yang paling tak duga, kawan2 zaman blogging pun datang. Yani dari dia belum ada anak kot sama dengan aku. Kitaorg tengok je anak org hahah. Menumpang kasih. Masing2 dengan somi. Now dah dua anak dia, Alhamdulillah.

Sama juga dengan Mimy vogue ni. Dulu aku jumpa zaman dia belum kawin pun ok. Mmg hansem la anak dia. Selalu tengok instagram je, bila nampak alahai, so hansem tau.

Tq korang sbb sudi datang. Maaf la banyak sangat kekurangan majlis amani iman ni.



 Puteri ni tak leh panas sikit, mula naik hangin. Baju pun dia tak selesa sbb aku tak pernah pakaikan dia baju panjang2 ni, payah dia nak mengankang. Ha ha ha. Tak senonoh bunyi dia. Tu yang minta abak dukung sbb asik tersungkur.

Dia tetap main sendiri. itu la anak aku. Alahai ikut perangai abak betul.




Ku sudahi dengan gambar kami anak beranak... loteh cerita panjang2. Lepas majlis pengantin pompuan ilang. Rupanya abak tukar baju. Hahaha... sungguh tak best abak mu Amani Iman. Bagilah anak tu jadi frozen sekejap walaupun ko sebenarnya pocoyo amani iman.

Heheh....

LOvE Hug Hug... Kiss Kiss...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, October 1, 2014

Goal N Gincu


Hai...

Biar gambar berbicara ye....











Keterujaan anak buat kau pergi tempat tu banyak kali pun tak pa. Penat/letih/ rungutan sbb nan ado duit nak bawak anak gi jalan pun hilang. Qualiti masa je yang penting. while me???


Anak bujang tak photogedik. So mengamuk! Cium berlalu2 nak bulat!

Ok tajul gol and gincu for puteri pucuk kelompang aku je yer. Apa kejadahnya tuk anak bujangkan? 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, September 29, 2014

Aquatic Shah Alam

Hola.

Hujung minggu tah bila, kami bawak anak2 pergi mandi. Ajak anak buah zamani yang kebetulan bercuti umah MIL. Umah dah ada pool pun dia ok je nak pergi. Boring kat umah petang2, bawak la diorg. At least amani ada geng nak mandi.

Minah tu kaki air. Suke betul nampak air. Kebetulan kami dtang pukul 430. Tengok2 tutup. Amani tak keruan tengok pool. Melalak satu hal. Siap banting diri. Asik minta kena marah je tau si Amani Iman ni. Kalau tak buat perangai.

Aku tak kose  nak bising. Mak ngah fidah plak keluar jugak on the day so kalau ada bole lepak and mandi rumah dia. So tanya kaunter, rupanya tutup. Kul 630 to 8 malam. Ajak minum. Amani masih lagi meradang nak mandi.



Me and kak long aisyah. Dia kalau dengan amani iman dah macam adik beradik. So ai feeling dengan anak syurga ai Aryssa. Kalau dia ada mesti dia manja dengan ibu. Ker dia kroni abak jugak? Even my mom pun cakap benda yang sama. Aisyah dengan Amani dah sama dah. Kalau cakap kakak dengan adik pun percaya.

Melayan ke dua2nya. Pening mak. Cepat la bukak! macam2 soalan bebudak ni. Termasuk amani yang tak tahu cakap but jelas kelihatan dia tak sabar nak mandi jugak.



We are spain. Mak dia je tak ada jesy. Tapi gigih nak sama dengan anak dan somi. So janji tema sama merah kuning. Org pikir selangor pun ok la. Nanti i pinjam anak punya alphabet letak kat baju.

Amani kan seeing her smile, betapa aku rasa dia dah besar. Sekejap je. Aku tak sabar nak tunggu dia cakap dengan aku. Berbual as in berbualkan?



Ini gambaran our family IF anak syurga saya ada di  ketika ini bersama kami. Well amani hanya 3 tahun. kalau kakak dia ada mesti lagi tinggi dari dia sbb she gonna be 5 years.



But this is us...me, Amani Iman Zulaikha, Muhammad Ammar Yusuf dan Zamani.....

Kul 630 naik. Mak ko! panjang line beratur beli tiket. Tiket murah aje, dewasa RM 3 dan kanak2 RM 2 je. Bawah 3 tahun FOC! Hahaha penjimatan berganda!

Malas nak gi wet world bagai. RM 15 masuk pun jangan cakap ko nak dok dr pagi ke petangkan? 2 hour ok la tu.

Amani siap ugit nak lepas pintu masuk. Sedangkan bapak dia masih lagi tak sampai kaunter pembayaran ketika masuk. Punya ko tak sabar!

 
As usual. Ammar ketiduran. Bila kenyang tido. Selesa sangat pakai carrier ni. Rasa macam mak kangaroo. Ammar dah mula menyelesakkan diri dalam tu. Good job nak! Sumpah aku lebih selesa pakai ni dr stroller. Cume sekarang ni berat ammar dah semangat. And aku syak! sbb cser kot, tah la. Org kata carrier mahal tak sakit pinggang, but kadang2 lenguh jugak

Ammar peneman ibu la ye.



Tak mandi tapi muke nak jugak masuk dalam gambar. Ahak! ramai org u see.... 


Zamani little gurl. Manja lebih dengan abak dia. Suara dia je lebih.

Kalau balik kerja tegur aku sebagai satu syarat je. Tapi dengan abak dia, bukan main panjat memanjat ok. Sangat la tak sesuai. Ahak.

Anak abak.

Ok semua. ketemu lagi di lain entry. Sekarang rajin updatekan??/

Suke!

XoXo

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails