Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, August 27, 2012

Kenduri kawin

Ni kali ke berapa eh bawak amani iman ke kenduri kawin??

Kawan zamani kawin. Dah la kami lewat sbb majlis start 830 mlm. Pastu sesat plak tu. Sampai je tengah makan.

Mencabar sbb amani iman not more baby. Lasak dia hanya Tuhan je tahu. Tapi I don't mind at all. Its normal la kot budakkan? Sesekali marah gak dia. Walaupun aku tak sampai ati nak mara. Bila salah kita kena tegur apa dia buat tu salah.

Tp budak ni jalan pun blm. Tapi dah berlagak mcm dia besar. X nak duduk. Nak berjalan. Bole? Jalan plak tu tak gheti lagi. Still mcm puppet (tuk ke eja?) Hahah salah makna sori naaaa... Korg tahukan patung yng ikat tali kat tangan? Mcm tu la amani iman dia syok nak jalan mcm tu.

Sesekali tu malu gak la bila pitching dua2 tinggi org tengok. Than teringat balik time x ada anakkan? Kita dok komplain cara org jaga didik anak. Skrg dah kena... Ha! Baru ada akal! Kan?

Mmg agak payah la nak bawak amani iman jalan2 malam. Maksud aku dia mmg suke jalan. In fact kalau kat umah dia ajak keluar kul 8 malam. Dah puas jalan balik tido. And waktu tido dia malam dlm pukul 10 ke atas.

Bila lebih 10 malam and dia rasa tido dia tak selesa, jawabnya mengadaplah baran mak cik sorg ni ya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 24, 2012

Dugaan bulan puasa 2


Cerita i tak habis lagi uols....
Hari jumaat tu, Zamani berlangsung operation TANPA aku.... Tuhan je tahu macammana la aku rasa... walaupun doktor cakap risiko kematian tak ada, tapi aku terkilan la... tapi salah aku la jugakkan? Siapa suruh sibuk nak ke opis?

Tapi kalau opis tu ada share aku, aku tak la kisah sangat. Comp aku ni kecik je. So increment dan bonus mmg performance terus dari bos. Bukan nak bodek la... tapi dah mmg kena jalankan tugas. Tak sedap lakan? Siapa yang tak nak duduk kat sisi suami dan anak?

Lama jugak operation tu... almost 5 hours.... nurse panggl aku ke bilih bedah sbbb diorg nak pindahkan Zamani kat unit rawatan rapi. Macam ICU la... time tu Zamani baru sedar... dan aku rasa bius pun dah habis. Dia jerit jugak la sakit... sayu hati. Maaf la kanda, dinda hati tak kuat. Ngeri tengok kesan luka dan darah. Than sakit tu!!!! aku boleh rasa oooo...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Time masuk unit rawatan rapi. Mmg banyak giler la wayer2 semua... mak guard plak macam harammmm.... ingat aku suke2 ke nak masuk? Ingat aku nak ajak laki aku main-main? Borak2? Bodoh! Doktor dengan nurse kat hosp Serdang ni mmg baik gila! Tengah periksa Zamani pun relex je nampak aku... siap explain itu ini...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bius Zamani pakai Epidural... dua balang tiub. Tapi tak kesan. So siapa yang bersalin pakai Epidural tahu la kan macammana ubat tu berkesan? Ni Zamani pakai dua tiub tak ada kesan apa-apa. so doktor memula kurangkan dose tapi in evening doktor tarik sbb takut bagi kesan LAIN plak...

Time tu mmg aku yang sedih. My hubby very the manja! merengek... hahaha... nak gelak pun ada... i told you! memula tu dia bukan main suruh aku balik.. tengok Amani Iman... ni dalam bilik ni aku tak boleh nak jaga, kena duduk kat bilik family. Family org lain tak panggil, aku kena panggil. Gelabah jugak bila guard panggil

"Family Ana Norzamani?" Akak terpanjat tau... ingat apa benda lakan?

"Ayang.... I sakit..." alo alo alo... tell me how la i'm going home?  Sama gak time my cozen ajak buke puasa kat luar... dia izinkan... than whatsapp

"Ayang buke apa dengan jay? Enjoy your iftar ye..." Sweet... and i know Zamani kalau sakit he such a baby... tapi kalau silap... sila tahan telinga la... asik nak marah jeee....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini la kawan2 saya... peneman saya time temankan Zamani kat ICU. Bilik keluarga. Yer saya sorg je yang mude. Mak cik2 sini semua baik. Semua tunggu dan temankan suami masing2. Diorg pun terkejut bila aku bagi tahu suami saya yang sakit. Kalau dengar cerita mak cik2 ni sedih sangat Uols. Biasalah dah berumurkan? So banyak faktor yang kena ambik kira. Semua kes jantung. Yang sedih mak cik baju biru. Ya Allah... mak cik ni senyum je... tapi dia yang paling di Uji... suami dia masuk sepital sblm puasa lagi. 2 minggu di bedah tak sedarkan diri. Dan nak di bedah lagi.Anak2 dia semua org KL, mmg tiap malam berbuke kat hospital. Dah jadi rumah dah hospital tu. Dalam dia cerita dia nangis, tapi tetap tersenyum.

Mak cik yang baju hijau tu, suami dia ok je tapi nak pulih tu lambat sikit. Lama kat ICU sbb suami dia tak nak gerak. So bila tak bergerak dia lambat la nak baikkan? Mak cik ni tiap hari la nasihatkan suami dia. Suami dia buat bypass. 3 salur jantung tersumbat.

Yang mak cik baju coklat tu lagi la... dalam masa 3 minggu, suami dia di bedah 3 kali... adoiii la... mmg kesian tengok dia... bila aku tido dia bangun gi surau... even lepas sahur dia akan ke surau lagi. Solat tahjud, hajat kot than terus solat subuh. Siapa tak risaukan?

Dan aku tak tahu sama ada mak cik2 ni dah balik ke belum... sbb time tu, diorg cakap mungkin lepas raya pun ada.





Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku dah jadi pelarian dah korang tahu... 1001 benda yang aku pikul tau! Tido dah tak menentu. Sampai phone kena bar sbb dok internet je... ahahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Zamani extra handbeg raya... heheh. Benda ni di tebuk kat pinggang dia. Doktor cakap nak bagi air keluar dari paru2 dia. Seram!!!! mmg ko boleh tengok darah ketul2... nak muntah mak cik.

Apa pun he recovering dah. Syukur. Lambat sbb dia tak nak makan pati ikan haruan semua ni. mengada! sanggup telan ubat dan tahan sakit. Tapi balik singapore ari tu, my nenek bagi dia sapu minyak gamat nampaknya pulih la.

Apa pun entry ni dah habis! adios!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Selamat hari raya

Salam aidilfitri 2012...

Bukan main eh suami x sihat beraya kau kat Singapore. Erm tak yah la nak citer. Mmg berperang dgn suami pasal nak balik. As u all tau,dia operation a week bbefore raya. Hei masih lagi tak sihat. Berperang bkn sbb aku yg nak balik. No no no...

Buat apa pun dah lepas. Zamani is zamani. Kepala dia ada batu besar jugak duduk.

First time raya negeri org. Haha aku pun pestime sbb selama ni pagi raya br masuk singapore. Tok nek pak cik mok cik happy kau! First time jugak diorg jumpa amani iman.

And amani iman being baby monkey bergayut kat mak dia. Perhh azab! Peringatan tuk diri sendiri, dah ada anak, baju kurung kain koten sudah. Mmg tak bole melaram la. Sia2 baju upah RM 320 tukan! Amani rapat dgn aku. Knowing amani plak kan nak melekat dgn abak dia. Dia tau abak sakit. So payah dgn baju lace ni. Sangkut sana sini. Habis rosak ler baju. Kasut tumit mmg ko ucap selamat tinggal la. Pakai kasut baru bole plak jenis tali belakang. Walaupun pilihan getah senang tarik. Tapi aku org last masuk umah sbb nak bukak kasut. Azab!!!

Baju batu2... Tailor dah buat cun da. Baju aku dgn amani kain yg sama. Mmg bj amani x ada batu2 ni. Tang baju aku??? Sedap dia kopek! Siap test ni belian tulen ke palsu (gigit masuk mulut) and time tu ko dah kena perhatikan perilaku anak ko. Kang ada plak tercekikkan?

Anyway its fun la... Amani iman dapat byk collection. Agak janggal bila org bg mak dia duit raya. Hahah terasa ahkak yg punya! Siap memula tolak koooo

'Eh tuk anak yer' hahah lupa plak beta. Tunjuk baik. Tu yg lupa nak belikan anak beg buat koleksi duit. Akhirnya baju melayu abak jadi mangsa. Penuh poket tapi ehem ehem awak pemegang amanah je yer.

Amani iman lebih cenderung pada sampul raya jer. Yang x menahan tu bila org bagi duit, sambil hulur tangan nak dukung. Dia campak balik sampul raya kat org tu. 'Sori awak tak bole nak rasuah saya dgn bg duit ok!' Gitu la. Terbongkok2 abak menahan sakit terpaksa kutip sampul2 anak dara dia yg sombong. Ibu dia kalau kutip ada dua beranak tertongeng. Akhirnya abak bising kat telinga anak. Hahah lawak pun ada. Apa la budak 11 bln ni tau. Yer dak???

Tp mmg sgt mencabar raya ni. Sbb zamani sakit kot. Lucky la jugak nenek ada stok ubat gamat asli. Dua botol percume. Malam nak tido sapu kat luka. Nampak la sihat. Raya ke tiga mmg duduk rumah after dua hari jalan raya tak hengat. Nak ikut p shopping tp pikir 20 kali. Last2 anak aku buat kelas naik basikal pak ci kembar dia. Heheh. Zamani??? Panas punggung. Asik turun naik duduk bawah blok. Nasib la... Aku tak tahan tgk muke dia tahan sakit. Hangin satu badan. Ada gak ku curah minyak gamat tu satu badan. Kih kih kih.

Panjangkan citer aku???

Tp raya di negara org mmg lain la. X sama dgn malaysia. Yang tak best aku x dgr takbir raya pung!!!! Pestime!!! Hanya dengar kat tb! Tak syokk!!!

Bunyi mercun pun tak ada. Masjid pun tak penuh mcm kat malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 23, 2012

Z.Amani...

Time puasa ari tu... Conversation between me and nenek. Zamanikan tak bole pose sbb dia kena makan ubat. So sampai singapore ari tu around 3 mcm tu.

Nenek :- Amani dah makan?

Me :- dah dlm perjalanan tadi kitaorg beli nuget

Nenek :- nuget je? Pergi la makan. Sian dia sakit. Along ni. Pergi pergi, ada lauk rendang. Nasi ada, ketupat ada, lemang ada, suruh dia makan. Tak yah segan2

Aku blur... Nak bg amani makan rendang? Ketupat? Confuse.

Me :- nek... Erk amani ke zamani ni??

Nenek :- laki kau ler

Me ; zamani??? Lor tadi tanya amani.

Nenek :- ha! Letak nama anak dengan bapak sama. Susah aku nak ingat!

Heheh free je kena mara. Aik aku salah sebut ke nenek ni? Heheh
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 17, 2012

Maaf saya baru belajar!

Bila balik kerja... aku selalu teringat seseorg kat opis ni... very hard working guy. Dan kalau tengok result dia, dia mmg pelajar cermelang....all straight "A" sepanjang semester. Akak pun tak mcam tu ok!!! Tapi bila result cemerlang dah tentu sepanjang idup dia, dia mmg habis mentelaah buku.... Mmg tak pernah buat kerja2 opis ni. Yang kita ni dah la bz super duper. Bila tang dia buat muke blur tak faham mula la risau. Ada jugak la dia buat benda yang tah apa-apa.... So every day my job is to monitor, mengajar mcm guru.

Mmg aku tak ada skill menjadi cikgu... aku ni jenis cakap laju... tak leh salahkan dia sbb dia mmg tak tahu apa-apakan? So aku harap dengan sekali arahan dia tahu apa yang aku nak... sekali turn to be mmg aku akan gelak lepas balik umah pikir balik...

First day kerja... aku suruh dia hantar SOA kat customer by post. So aku just bagi dia semua SOA yang aku dah print. Normally aku bagi receptionist je buat, tapi time tu receptionist pun berhenti kerja, so dia buat la. Anyway dia tak ada pengalaman kerja. Nak ajar time tu, mmg aku bz... Sangat suprise ok! Dia cakap how to sent by normal post? So aku ingat dia tak jumpa envelop semua... so aku tunjukkan dia... than dia tengok aku balik...

"Can you teach me how to write?" Aku blur... ha tulis apa yang ko tak tahukan?knowing me dah mula naik hangin... ko tipu cert ko ke apa?

"Just write...this the address..."

"Like this?"

Pitam akak!!! ko bayang satu sampul surat...dia tulis bahagian kanan. Sebab aku terkejut... aku jerit!

"Ehhhh bukan la! u tak pernah hantar surat ke?"

"Tak penah... can u teach me?" So kena buat satu sample. Than seterusnya dia buat. Urut dada kejap

Than cerita ke dua.....

"Pls sent to our branch... gune citylink" Ok tak boleh salahkan dia sbb kalau post yang general tu pun dia tak tahu apa lagi Citylink... ada gak dia ingat Citylink tu "sambungan bandar"

Yang aku plak lupa kejadian kelmarin terus bagi arahan,

"Surat ni masuk envelop than sent to our penang office.Gune Citylink sbb this is urgent document. Ambik consignment note ada kat tempat letak envelop tu "

Dia pun cakap ok.... 10 minit dia ketuk pintu aku

"Shida.... how to call citylink?"

"Get the number from Nor"

"Ok... so if the citylink ppl come, than i just give them like this?" Sambil tunjukkan document kat tangan dia yang tak masuk sampul pun. aku mula risau... eh dia ni faham tak? Rasa aku dah suruh masuk sampul.

"U tak pernah buat eh?" Dia geleng kepala dia... aku time tu bz... so interkom budak yang nama NOR tu... minta dia ajar....

Than 10 minit tu aku dengar NOR menjerit kuat nama budak tu... lepas tu dengan derai tawa budak office depan... aku tak kisah la...kerja aku banyak kot.Than during lunch budak nor ni masuk bilik aku...

"Akak tahu, org ajar dia tulis consignment note tu, org cakap la...you nak hantar penangkan? so you tulis la penang address.... akak tahu dia bukan tulis alamat tapi dia tulis besar PENANG ADDRESS.... org terus jerit... kan consignment note tu kena bayar kakak... mati kalau Mr Andy tahu..." Aku pun jadi gelak...

"habis ko buat apa?"

"Org cakap la... kena tulis alamat... kak shida ada bagi alamat office penang tak? dia jawab ada... org ajar dia."

Tp dia mmg fast learner... tu sekali je la dia buat silap sbb tak tahu apa-apakan?Cume dia sedikit lurus...

Baru2 ni pun sama gak... me and my friend la... puasakan aku balik 430 petang. So masih kat office pukul 5 ptg. Kawan aku masuk bilik aku... dari jauh aku nampak muke minah ni aku dah tunjuk tanda tangan aku tak ada... tapi dia masuk jugak... than budak ni pun masuk sama sbb dia nak tanya aku something la kot...

"Eh account dept dah tutup... now pukul 5 already...."

"Apa i kesah... selagi you ada dalam ini opis... you masih kerja... tak mau kerja sila balik....eh! (sambil tengok budak tu) tak dengar ar you punya kakak cakap department dia sudah tutup..." Korang tahu budak tu terus cakap....

"Sorry shida... saya tak tahu... sorry yer..." terus bukak pintu... we all sama2 jerit... eh ko ni! tak tahu ke apa itu senda gurau?

Than satu lagi insiden bila org yang sama masuk bilik aku... this guy pun ada... lepas tu kawan aku ni dia kartun sikit semua benda dia nak cepat... budak tu dah masuk bilik aku tapi dia potong que

"Nanti nanti... sekejap aje... need to talk to you!" Kawan aku ni celah dia la...

"Esh you ni may! Ambik nombor..." Sajer je la gurau... sbb kalau ramai sangat nak urgent aku selalu suruh ambik nombor ikut turn.

"Yah la... beratur2..." Si May ni tunjuk action suruh the guy beratur belakang dia... and guess what... dia beratur ok! hahaha... adoi la hai...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, August 15, 2012

Dugaan Puasa

Kita buat kronologi la eh... ewah!

Dugaan tahun ni Zamani kena operate tulang rusuknya untuk buang ketumbuhan di tulang rusuknya. Ia bermula bila Zamani start kerja baru. Medical report dia menunjukkan yang dia sebenarnya 'unfit' to work. Ini gara2 dia pernah xcident tahun 1998 which that time akak ko baru je habis sekolah menengah. Wakakak...

Than dia kena buat follow up check up. Tetiba doktor decide dia masuk ward dan operation.

Aku lagi la terkejut sbb CT SCAN dia menunjukkan itu bukan sel cancer dan tetiba kena bedah. Eh bahaya sangat ke?  Mcm mimpi. Aku kat opis mmg tak bole nak kerja dengan tenang. Nothing tuk di risaukan. Benda tu tak sepatutnya ada kat situ. Itu penerangan Zamani. Aku ni lemau sikit bab2 gini.

So rabu on 1st aug kami ke Serdang tuk admit.

Zamani yang nampak tenang dr aku. Aku ni sikit2 la nak nangis... sikit2 la nak sedih... apa jer. Rabu dia masuk, khamis doktor buat pemeriksaan darah semua, than yang mendebarkan bila diorg bagi 'taklimat' nak bedah ni. Kesan pembedahan semua, apa procedure yang kena jalan semua. Than tandatangan. Gigil dengan harapan semoga pembedahan ni berjaya. Walaupun tiada risiko kematian sbb its a minor operation. Cume kesanya bila banyak darah keluar dan jankitan pada luka sahaja. Sbb tu lepas operation akan di letak kat unit khas tuk memantauan yang lebih terperinci.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

This is the first day. Ward ni semua kronic. Jantung dan paru2. Kalau ko tengok semua warga mas duduk sini... heheh abang Zamani je yang mude belia. Tu yang nurse panggil dia pak cik. Bila berbual2 dengan diorg ni, aku rasa lebih risau sbb diorg duduk kat sepital tu lebih lama dari yang aku jangka... ada yang cecah sebulan yang paling cepat pun 2 minggu. Sudah! beraya la kami anak beranak kat sepital ni kang.

Tapi seyes aku tak kisah raya kat mana pun. Zamani dah mula risau sbb procedure diorg ni lambat. Tak pasal2 mmg lepas raya la... I just tell him that im not going anyway without him. Kalau dah mmg kena raya sepital, apa nak buat? Raya je la. Mana ada dia, situ la ada aku dan Amani Iman. Dah macam ni raya pun tak pikir lagi.

Zamani dok pikir sbb ini first raya Amani Iman. We waited for so longkan. Plan punya plan dulu time tak ada anak. So apa yang boleh aku cakap Tuhan menentukan semua tu. Kita rancang la seindah mana pun.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Muke org tak pose. Dia still puasa this time. Dah ambik darah satu botol tu. Aku dah rasa mmg batal. Tapi Zamani kan sekolah agama! cit! dia kata tak pa bole pose... aku pun diam la. Siap dengan gigih aku cancel makan dr pihak sepital ok! Sekali MIL aku cakap tak bole kena buke. Order balik kat misi... hahaha... mmg aku nak kena lempang laju2 dengan Misi tu... muah hahahah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Knowing Zamani, mana la dia boleh duduk diam. Dia tak makan pun makan sepital sbb dia kata tak sedap. Ahhh demand laki aku tu. So akak tebalkan muke turun ke cafe belikan makanan. Memula tu segan tapi apa ada kisah. Aku puasa pa... perlu ke org2 tu tahu aku beli tuk siapakan? Ramai lagi misi-misi beli makanan kat cafe tapau... hahaha nak kata tuk buke lambat lagi kot?? Kih kih kih...takkan misi baik beli tuk org sakit kot? kan kan kan? Lepas lama2 kat sepital gua relex dah... siap order air bawak naik atas.

Memula tu aku tak terpikir nak temankan abang Zamani. Sbb Amani mmg tak biasa dengan ibu kalau tido malam. Tapi lepas ni kena ajar so dia biasa kot ada emergency case macam nikan?  Zamani pun suruh aku balik. Tapi tah la... kesiankan anak, kasihkan suami. Dia tu mulut je kata balik, hati nak aku stay. Faham sangat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

So dapatkan pass menunggu... gila belagak aku dengan pass ni. Tell you guard kat sepital Serdang macam haram! Kawalan macam nak masuk penjara je... erkkkk ada ke org nak masuk penjara sesuke?

Nurse dan doktor baik2. Tapi guard???Patut dapat bonus guard2 ni...

Balik pada cerita...cozen akukan doktor kat Serdang. So dia bawak perkhabaran yang tak best. Kira info org dalam la... mungkin tak dapat buat operation ari jumaat macam di rancangkan sbb ada dua kes emergency. So slot Zamani tu mungkin diorg nak gune atau diorg nak extend kan sbb kes tu major operation. Sudah! tak sedap nak dengar... weekend and public holiday tak ada operation yer... hahah kang mud2 doktor ke laut nak bedah org sbb masa cuti gune tuk berkerja...hahah teori aku je ni.

Tapi doktor tak kata apa-apa pun, cume info 'org dalam je' yang tengok jadual bedah kat situ.

So malam tu berbuke di ward. Solat pun di ward... sempat la gak buat terawih. Heheheh.... Tapi laki aku biasalah...panas punggung... nak keluar je. So petang khamis tu nurse dah bagi dia ubat tuk bersihkan usus. Mandi pakai ubat pembasmi kuman...

Tapi dia tetap tak leh duduk diam nak sneak out dr hospital. Malam pertama dia berjaya bila aku solat dia ambik pas semua keluar berjalan2 cari angin... aku yang geram. Hari kedua dia nak buat macam tu aku sound dia...

"Mesti ada reason diorg suruh u mandi ubat basmi kuman tukan? Than what the point? You keluar balik than badan berkuman? Cube dengar cakap bole?"

Senyap! Still merayu2 dengan aku nak keluar. Tapi macammana? Minta idea...Zamani ni kalau kata dia, kata dia je nak dengar. Makan hati sometime. Aku yang keras ati ni pun kadang2 malas nak layan. Buat gaduh je.Dia buat lawak.... ambik tudung aku. Nak pujuk me actually....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"I keluar macam ni guard perasan tak yang?" Hahahah me pun terus tak jadi nak merajuk.... adoi laa!

Yer bersuke2 kami dalam tu... hahah katil kiri kanan semua lepas operation tak kuar lagi menahan sakit. Kami laki bini memekak... maklumlah org tu belum lagi operatekan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pandangan ward dr tempat tido saya... hahah tengok ni macam dah tido bawah katil pun adakan? 5 hari tido atas lantai... sob sob... dah rupa org pelarian pun ada.

Jumaat kami dia kejutkan pukul 6 pagi... bulats mata! Zamani kena mandi anti basmi kuman, dan di bagi baju tuk operation. Operation di jadualkan pukul 3 ptg... tapi bangun 6 pagi ko!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tido semula.... jam 8 doktor Fahmi datang... cakap operation postpone! Ari selasa sbb monday public holiday... lor! aku takkan nak cuti lelamakan? So minta izin suami nak pergi kerja. Kang Selasa depan la cuti.

Well its look like aku ni pentingkan kerja dari suami sendiri. Nampak bit kejam. Tapi aku kerja bukan tuk diri sendiri. Aku bukan sangat nak kejar kerjaya tapi itu sumber pendapatan aku. Walaupun tak banyak but itu la jugak membantukan? Zaman sekarang semua berduit... Walaupun aku berat hati nak tinggalkan Zamani. But aku kena ingat tanggungjawab aku yang satu lagi...

So aku pergi kerja. Sam[ai je opis Zamani cakap dia kena bedah... YA Allah!!! hanya dia je yang tahu. Marah geramnya aku dengan diri sendiri. and pihak hospital. Walaupun operation tak besar tapi, tapi still la! I should listen to my gerak hati tau! Sepanjang jalan ke opis rasa berat hati sebenarnya. Tapi tu la!

Balik semula ke opis dalam pukul 1.... rupanya operation major tu dapat siap within time frame. Tapikan... oeparation punya jadual pukul 3 petang, tapi pukul 1.30 petang dah masuk... korg bedah org ke ayam ni? Nurse bagi barang2 Zamani yang dia tinggal kat kaunter. OMG.... sedih time tu tau... Than ada amoi ni tegur aku...

"Ur husband ar??? " Aku angguk... bila dia tunjuk katil kosong.

"He lucky la! saya patutnya masuk ooooo... sepatutnya saya punya jadual pukul 130 petang... tadi doktor cakap tak jadi sbb jadual sudah penuh. Saya pun makan lor... ur husband tido. Dia belum makan apa-apa so dia ganti saya wor...."

Oh gitu ceritanya... sbb zamani punya timekan pukul 3 petang? Mungkin kalau cina tu tak makan dia mmg dulu. So dia postpone ke ari Rabu... ush....

Lucky tak lucky la... sbb tu aku tak dapat jumpa dia.

ok sambung entry lain la... aku yang tulis pun nak muntah cerita panjang2...ok time to work!

PS:- MUD RAYA BAI!



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, August 13, 2012

Happy Birthday Humayraa....

Dear Cozen....

Wishing you Happy 1st Birthday!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Hari ni Besday awak ke? Semalam Ibu kita cakap kita punya besday gak... tapi 11 bulan jerk... but today is your big day? One year already???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Jap... let me think! Apa wish yang kita nak wish kat awak yer Humayraa....

Free Image Hosting at www.ImageShack.usAwak nak apa semperna hari jadi awak ni? Macammana dengan sambutan besday awak hari ni. Memandangkan raya in coner, i guess postpone besday awak so kita pun boleh tumpang makan kek awak... apa kata awak? hehehe


Ermmm tah la Amani Iman... As birthday gurl, awak kena la suprisekan saya... heheheh

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Two gurls yang different sebulan sahaja.... hari ni birthday Nur' Humayraa Adlina bt Ana Nur'Afifi.... Sekejap je dah berusia 365 hari... walaupun usia yang mude tak tahu apa-apa... but i guess penuh makna buat ibu dan abaknya... special gift from Allah. Dah pandai berjalan dah... esok dah pandai cakap lagi tak menang tangan nak melayan

Buat Humayraa....

Ucapan mak long and pak long semoga Humayraa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleha yang akan berjasa buat ibu dan abak Humayraa di kemudian hari... Peluk cium dari mak long dan pak long... bila Humayraa nak balik sini? Nanti kita boleh sambut sama2 ok...

Take care sweet heart... be gud!

Love Amani Iman, Mak long and Pak long



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, August 6, 2012

Jejak kasih

Korg tahukan amaniiman dgn zamani sangat2 rapat? Dia mcm faham jekan. Masuk ward zamani tido tutup muke separuh. Tp dgr suara dia senyum2 jenis tak sabar nak minta dukung.

Aku plak sedih tgk aksi dua beranak ni. Lama jugak dia tido. X sampai hati nak kejutkan amani iman. Bila dia jerit2 aku ckp, 'jom balik' dia ketap bibir dia tanda senyap. Tp 10 saat je la.


Baik plak tolong picit kaki abak. Abak plak tunjuk keajaipan. Td manja dgn ibu kata itu ini sakit. Gerak senak bagai. Sekali tido mengereng dgn anak? Aku adalah takut terkena luka. But alhamdulillah she being nice to her father and dgn ibu dia? She still cari gaduh.

Anyway won't be long. Esok abak discharge from hospital sayang ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 5, 2012

rindu suami rindu anak

Assalamualaikum....

uiiii kejapnya dah 15 ramadhankan? dalam aku sibuk menjaga Zamani kat sepital tahu2 je dah pun 15 hari puasa.

Now aku kat rumah adik sepupu aku yang doktor kat serdang tu. Dia dok ajak pi rumah dia, tapi tak pergi dan hanya kesempatan pergi pun sekarang ni... ehem ehem.... laki ai tu manja. Mulut suruh balik tapi he need me. Vangga sekejap.

Zamani dah selamat menjalani pembedahan rusuk kanan dia. Syukur sangat. Kalau kat Fb tu korang tengok aku uodate ckp pembedahan tu postpone ari selasa depankan? Jadi aku pun dengan berat hati pergi kerja. Pagi sewal pukul 6 tu zamani dah kena kejut dengan nurse, operation ari jumaat tu sepatutnya pukul 3 petang. Tapi kami laki bini dah kena bangun pukul 6 pagi ok!

Pukul 8 lebih macam tu doktor cakap cancel. Postpone ari selasa. Aku pun pk macam takkan nak cuti panjangkan? melampau la... so aku decide to go work.

Sampai opis dalam pukul 10 pagi. Hati tak sedap, call Zamani dia cakap dia tengah tido. Before aku gi opis tu, aku belikan dia nasi lemak. So tanya la dia dah makan ke belum. Dia jawab belum. Nurse cakap may be buat operation ari ini (jumaat tu jugak)

Pulak!!!! Hati tak tenang. Tapi Abg Zamani cakap mmg slot dia petang macam pukul 3 atau 4. So contiinue buat kerja. Sekali pukul 1 ptg dia call cakap nak masuk bilik bedah... gila la ko!!! aku mula naik hangin. Bukan hangin dengan dia tp pihak hospital! walau its minor operation but still la kan? mesti ko ada kat laki kau. So bawak kereta selaju bole. Dengan harapan... "wahai kereta bertukar la ko menjadi ferrari"

Hari pertama mmg teruk, menjerit2... kalah budak kecik.Aku pun sedih tengok dia. Sakitlakan? Tak bole nak tengok kedaan dia yang lemah tu. Doktor suruh bagi dia air. Tapi knowing baby tua kalau sakit, kalah AmaniIman. Ku tahan telinga ar.

Second day jadi teruk sbb doktor dah stop Epidural. Ha dah macam org bersalin. Zamani suke keraskan badan dia. So doktor pun marah sbb kalau dia keraskan badan dia, maka sakit la... normal la semua kat situ di bedah. Tapi dia yang lebih manja. Aku plak ngeri tengok. Wayer bukan main sana sini. Dah tu bekas darah semua Alamak!!!! very the sengsara ok... Aku nasihkan dia lembutkan badan... kena tengking

"Ingat tak sakit ke???Nak nafas semua sakit!" Ok tatak diam la...kang kena lagi. Nak kata apakan? Helo saya pun operate kat perut. Lagi susah nak gerak kalau pikir. Tapi according to my cozen "dia potong tulang kak, lain dengan bersalin... sbb dia nafas buat masa sekarang mmg sakit. Kalau diorg kata epidural tak jalan, imagine la mcmmana sakit dia."

Insap sekejap.... sian laki ai! Betul la... gune epidural bg bersalin, dua hari ko dah berjalan ratakan? Dia mengerang sakit sampai doktor stop epidural sbb lebih dose pun tak elok.

Bising sangat nurse jap dia kasi tido... hahaha...

Third day dia dah bole makan... tapi doktor suruh start dengan makan makanan lembut. Knowing zamani dia mmg tak makan bubur nasi. Lagi makan hospital lagi la jangan harap nak makan. Dia kata tak nak! means dia tak nak. Puas pujuk. So again my cozen bro cakap belikan zamani mushroom sup ke apa. Makan dengan roti at least. MMg nak makan mmg tak bole sbb rusuk dia buangkan?

So belikan mushroom sup dan wipe potato semalam... habis dia makan... Syukur sangat.

Sepupu aku ajak aku tido umah dia. Since dia tak kerja. Tapi pukul 6 Zamani call aku... guess what... terpanjat akak! dia nak gi toilet... nak gosok gigi semua... hoyeiiii... secepat kilat papah dia ke toilet. Gosok gigi, lap badan dia... siapkan milo dan makan roti... dia bersuara rindukan amani iman. Minta ibu bawak amani iman ari ni umah jay sbb nak buat video call... gasak la... kalau dia naik ward, dia nak minta tolong sepupu aku bawak naik ward. 5 hari tak jumpa anak...

Dan dia cakap...

Nak macaroni sup! Selera tengah adakan? Terus call my cozen pagi2... nak pinjam dapur... hahah amani iman pun on the way ke umah busu din... heheh bole la suap dia sekali. Buget sedap je lakan? tak pa... janji hati aku gembira...

ok nak beli barang masak...





Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Friday, August 3, 2012

Zamani update

Zamani masih di dewan bedah. Menyesal sbb aku tinggalkan dia hari ni. Bila pagi tadi nurse suruh bangun bersiap mandi dan tukar baju bedah tetiba doktor ckp postpone ari selasa sbb isnin cuti umum. Pulakkk... Dr duduk baik aku kerja. So tak la membazir cutikan?

Tahu2 abang zamani ckp dia kena bedah. Slot kosong ada. Patutnya ada cina tu yg kena bedah tp lepas doktor inform cancel operation dia terus makan. Jadi slot tu dpt kat zamani.

Dah sampai opis hati jadi x sedap. Rupanya dia nak d bedah.

Now aku tgh menunggu. Oh sangat letih dan mengantuk. Tp hati x tenteram. Hope semua berjalan dgn lancar.

Miss you hubby... Really miss you...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Uh!

Me tak kuat mana pun. Ko tau la tatak ni hati lemau sikit. First time aku tahu pasal zamani msk sepital ni darah aku yg gemuruh lebih2.

Semalam ok lagi. But today worst! Dia relex tp aku yg gerun semacam. Not semacam... Tp bermacam2 huaaaa...

Permudahkan segalanya Ya Allah. Mcmmana dia nak hadapi kalau aku sendiri lemaukan? Doktor pun kata operation ni bukan major, so risiko kematian mmg tak ada. Just imagine eh sblm doktor brief kitaorg, ada couple ni. Husb dia sakit jantung. Doktor tu dgn slumber cakap ada risiko kematian dalam berapa peratus. Adoiii la mcmmana diorg hadap?

While me? Itu pun doktor ckp risiko infection and bleeding yg teruk. Itu pun lepas my cozen bro tenangkan insya Allah x ada apa yg parah, sekejap je la rasa tenang. Sob sob...

Lepas operation ni I guess mmg ada perubahan dengan zamani. Tahap kesihatan dia x akan sama dgn normal ppl yg sihat. So dia baik jaga kesihatan dia. Pemakanan yg sihat. Stop merokok.

Dia siap buat lawak dgn aku....

'I ingat time kita kenal dulu, youkan ada ckp u suke lelaki yg smoke? Nampak real guykan?' Aahhh time cinta bang! Semua aku nampak indah. Even aku dah jadi annoying plak bila bau rokok menusuk hidung. Tak pun hang belakon je la pegang rokok tu. Wahahah.

Ok x funny pun.

Aku takut, aku risau... Aku nak peluk dia tp aku sedar di sini dia yang sakit. Hehe bukan aku. So don't emo lebih2. Nak feeling lelebih pun aku x berannn sbb aku takut bukan dia x kuat tp aku.

So far abg zamani ok jer. Dia nak cepat2 sbb nak semua end cepat. While me? Don't know...

Doa la ye semua berjalan dgn baik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 2, 2012

Zamani masuk ward

Yup... Dugaan bulan puasa bila en somi masuk wad. First aku dpt tahu pun ari selasa. And I was like blur.

Eh... Bahaya sgt ke sampai kena bedah? Since mmg we all know yg tulang rusuk dia punya bentuk ada lari sikit. Tp tak tahu itu tumor. Scary tak? Apa tah lagi doktor nak buang sbb benda tu x sepatutnya di situ. Walaupun ketumbuhan tu bukan sel cancer tp diorg takut lama2 ketumbuhan tu jadi sel cancer. So bila jadi sel cancer da tentu susah.

Explanation doktor pun buat aku gerun sudah. Doktor bukan nak buang tumor tu, tp sebahagian tulang rusuk yg ke empat tu semua. Alasannya mcm aku kata la. Takut merebak menjadi sel cancer.

That bad :(

Tp syukurla kami tahu awal. Itu pun tempat kerja zamani keep chasing him on medical report. Kalau x haram tak tahu sbb dia mmg tak rasa sakit, mau pun menunjukkan simtom2. Tp menurut kata doktor benda ni jadi mungkin sbb dia pernah xcident moto dulu. Back 1998. Ha aku baru habis spm. So trauma apa tah doktor ckp semalam. Acik lupa sudah. Anyway term doktor ni payah.

'Trauma apa tah tu' bole menyebabkan cancer tulang tp selalunya pada tulang2 besar mcm peha,lengan. Tulang2 kecik ni jarang berlaku tapi tak bermakna selamat atau takkan berlaku.

So semalam agak terlari2 sbb hosp serdang je ada pakar pasal tulang ni. So yg lawaknya aku ingat aku org paling jauh la yg dtg serdang. Sekali satu ward ni majority org pahang. Hambikkkk. Diaorg bila aku ckp org klang, padan la tercengang. Mana tu? Even yg paling dekat dgn kami pun, nenek ni. Dia ckp dia dr seremban.

Ermm apa2 je la. Janji zamani sihat. Risau jugakkan. Dah la bulan puasa. Bukan la mengeluh nak jaga. Tp takut menyusahkan org lain. Amani buat masa ni ibu and mak mertua aku jaga skrg ni. Budak tu malam x pernah tido dgn nenek lagi. So takut nenek pun terkejut malam2 cucu nangis.

Oklah... Korg doakan semoga semua berjalan dgn lancar ye.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails