Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label lession. Show all posts
Showing posts with label lession. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

Sayangkan anak.... Kita taliban taliban kan....

Salam....

Aku rasa susah hati dengan behaviour amani. Since uols pun tahu she got issue on her behaviour. As mak dan aku rasa mak2 yang lain pun will try same thing. Belajar, bertanya, cari seberapa maklumat yang penting.

Amani's pead pernah cakap dengan aku bdk macam amani ni, ada cara tuk kita tegur cara dia. Perangai dia expecially kalau mengamuk pastinya tak ada org yang akan faham. Yes org akan tengok geram, akan terus berkata weols tak tahu or may be manja kan anak. Aku dalam dilema, sbb dia dah ada masalah takut bertambah masalah bila dia jadi pendendam. Sbb amani bukan seorg budak yg express her feeling like others kids. When she not happy the best terapi dia buat is crying... Crying yg annoying ok!and sometime dia cube mencederakan diri dia...

Zamani can stand a bit la... Amani hentak or banting diri dia, Zamani still can still ask her to do the same action again. Wow as mom aku tak bole. Sbb mungkin zamani tak rasa 'sakit' bersalin or mengandung.... Hihihi...

Ke aku yg ada behaviour issue?

Makin amani membesar makin risau... Baya dia dah lancar bercakap. Dia still masih lagi blm selancar budak seusia dia. Now we practic she need to speak! No more tunjuk2 tarik2 geleng2... Bole plak dia cakap. Tapi masalah aku sekarang adalah! Aku sorg je yg cube ubah amani.

Nenek and atuk of coz lepas tahu amani ada issue behaviour they become lagi kesiankan amani. So perisai amani atuk and nenek. When come to abak, apa dia nak dia dapat... Fine! may b zamani kena be flexy sikit sbb aku bit tegas dengan dia. Sbb nak marah pun zamani has his own reason walaupun aku tak setuju. Macam korg tahu gajet masalah amani, when amani dengan abak, she free to play gajet. Siap bole share gajet bapak dia kalau ipad tak ada bateri. Kalau shopping ke jalan2 ke zamani mesti bagi amani phone dia... Sampai berkecaila phone abak dia. Hahaha.

Bila aku tegur, adalah point yang betul. Where bila amani tak ada benda yang menganggu atau menarik perhatian dia, dia become tak menentu. Contoh dia tak leh duduk diam. Dalam kereta dia akan ke depan ke belakang! Kalau kat shopping, kita kena ikut kepala dia. Nak gi mana, ikut tak pa... Masalah dia berlari, terlompat2, nangis... Yang best dia bole baring kat tengah jalan. Hei amani umur 4 year this year tapi badan dia dah budak 7 tahun ok.... Berat 25 kg... Ko mampu nak angkat dia. Kalau ko dokong dia meronta. Try angkat kat budak 7 tahun tengok. Tak ko tumbang sama sekali.

Alasan ke ni? Aku sendiri tak mampu nak kawal dia. Than harap zamani dia pun tak larat so bg jugak....

So having group watsapp gbob! Wahhh gbob lagi naik ni.....

Luahan rasa kat pengasas gbob and teacher watie adalah seorg yg boleh berkongsi tips... Ramai cakap budak yg ada isu behaviour like amani terus ok di tangan teacher garang. Hahaha... Pernah kurung budak dlm bilik air... Ku wonder macammana peradaan mak budak tu. Tp! Kita kena cekal. The first day amani masuk gbob, teacher anne hanya bawak masuk bilik belakang dan suruh aku sorok. Amani tutup mata. Cheh budak tu panjang akal! Time tu aku rasa sedih. Tapi kena kuat sbb anak tu nak pertolongan. So since situ adalah cara2 tuk handle masalah si amani ni.

Kurung anak eh...

Erm better than rotan anakkan?

So semalam sedabut pk pasal anak... Ammar pun dah macam amani. Dia masih lagi meniarap. Nak menganjak tak nak. Duduk pun tumbang2... Stimulation tak ada. Paranoid mother ke? I guess no... Sama la nangis angkat dukung. Tanya nak apa tunjuk... So? Ko rasa? Dia akan jadi macam kakak dia? Of coz... Tunjuk ajar ku sifukan? Kakak nangis baru dia dapat barang, so? Semua dalam umah ni ada kuasa bole baca pikiran akukan? Semalam balik kerja amani tido. Main dengan ammar bila dia bangun, aku cakap ' hai kakak' penerimaan dia? Macam aku ni org asing yg tegur dia. Pujuk2 tak jalan. Gune kaedah pengiraan....

'Ibu kira sampai 10... U better stop.... Kalau tak????'

Ayat aku selalu terhenti di situ... Kalau tak apa? Aku sendiri tak leh nak decide. Wo amani dah immune kot... Out loud la tangisan dia. 20 minit kot!!!

' ibu cakap stop!' Time tu dah start tarik dia... Aku bole tengok dia takut sbb dia makin meronta. Macam aku cakap la meronta amani budak 7 tahun... Dah rasa macam gaduh dengan bapak dia ni. Hahah...perumpamaan kalau zamani tolak aku, sama kuat dengan amani tendang aku... Maka aku nak cakap aku wanita yang lemah. Haha tak ada tali pinggang hitam. Macam teacher anne buat, amani tutup mata dia... Tak nak tengok muke aku....

Tetiba terpandang bilik bawah tu.... Tempat terbaik nak sumbat dia.

' U stop or ibu kurung amani dalam bilik' mungkin dia tak faham bahasa melayukan. Hihihi....makin kuat. Nenek masuk campur. Suke tau general ni masuk campur. Keep cakap ' nanti dia muntah nanti dia muntah'

Dengar nenek cakap muntah, dia try nak muntah. Batuk kuat2. So???? Dia faham maknanyakan? Betul tak? Nenek dr jadi general jadi pengarah director plakkan?

That it! Makin banyak mak aku punya andaian, amani batuk , semput, muntah jap lagi atuk plak sambung, pengsan.... Taliban!!!! Allahuakbar! Berat ok anak aku. Ai dah la tak sihat semalam!!!

Masuk bilik, tutup lampu, tutup pintu.... Nak tengok apa jadi.

Crying... Yelling.... Of coz.... Air mata aku nak jatuh, macho mana leh. Nenek peluk ammar, ammar senyum pun idok. Rasa macam dia jadi cctv record. Tak kelip mata. I just wish zamani tak sampai umah, if not akak lari naik atas, sbb jap lagi akak plak kena kurung. But sta out la ppl. Aku cube betulkan kesilapan yang salah!

'Along dah la... Sabarlah... Bla bla bla....' Nenek jadi ustazah plak.... Nenek macam2 bole jadi ni...

Amani panggil nenek... Ibu dah lupus di ingatan dia....lagi nenek cairkan....

' i said stop amani.... Keep crying my pleasure, u stay inside bit longer...' Terus slow... Masih nagis....

' stop!'

' ibu......sorry...' Dengar dia ckp sorry.... Mau ko tak cair... Eh ni bilik magik ke aper.... Tesak2.... Bukak pintu, macam hindustan plak.... Dia baring takup muke, teresak, tp tangisan hilang.

Peluk dia dan let her cool... Macam menarikkan.... Maknanya teknik ni berjaya!

'Sorry ibu....' Mencebek... Hahah dia rasa sesuatu bila mengalah kot dengan mak dia.

'Ok ibu pun sorry... Tp kenapa nak nangis?why you not happy? Why cry? Amani nak apa? Kena cakap la.... Kalau nangis ibu tak faham and nak msuk bilik gelap baru nak tahu ke?'

Dengar Bilik gelap terus nangis.... Hahaha....

Susah la... Sbb aku kerja. Masa yg ada pun sehari dengan anak2 its about 4 hour. Paling lama. Sama ada anak2 tido lambat atau aku tido awal. Wakakak....so tuk amani 4 hours tu kan masa tuk aku dengar celoteh dia.... Sabtu and ahad masa dengan diaorg. Banyak sangat nak spend masa.

I only got 10 month to go..... Before dia masuk sekolah next year!

So ppl sayangkan anak taliban talibankan....

Parents kena jadi PAKAR PEKAK

Sekian bebelan saya..... Anak teruna dah senyum baru bangun tido....

Xoxo

Cida

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 20, 2014

Motor Skill

Salam...

Ipad tak ada payah jugak! Payah la tuk mak malas macam aku yang nak entertain anakkan.Tak pa la... biar anak aku membesar sebagai budak!

Amani dah berjaya di programkan... cer ko main ipad or other gajet, dia tengok biasa je... tak la teruja nak gaduh dengan anak org... Alhamdulillah... tapi dia mmg tak pandai rebut barang org pun, itu yang satu tak di ajar tapi mungkin ikut mak ayah dia... hahahah... gila kena ludah dengan org.

Tapi betul aku tak suke nak kongsi barang dengan org. Adik2 aku sila kongsi, kak long punya tak leh kongsi... ahak! abak?? i dont know. Amani so far 4 week tak ada gajet dia ok... tak la mengamuk2. Even aku pernah bagi dia tengok phone dia ok je, kalau aku ckp 'Ok dah yer... kita simpan' dia pun jalan angkat kaki org main2... tak mengamuk...

Dia dah mula selongkar barang mainan dia... mmg sekarang dah heran mainan dalam kotak kalau tersimpan. Mmg dia sorgkan? so mangsa mak pak, tok nek la... penat wei... mak aku tak leh nak buat kerja sbb dia suruh ko main sama2 dengan dia...

Even kita balik kerja, bagi salam je dah tunjuk mainan set play doh... menyesal lak kenalkan mainan tu... hahaha... tapi macam aku cakap, mengajar kita as parents ni jugak... penat2 balik kerja pun kena main... aku kira selamat lagi... selalu kena bapak dia. Bapak dia suke tunjuk skill buat ikan la apa... ha sila layan!

Than ada yang suggest me beli drawing blok, kertas majung or yang sewaktu dengannya tuk amani iman. Kata org skill tu mengajar budak beranikan diri... ko tengok pelukis, luahkan dr lukisan je... sejauh mana kebenaran tu aku tak tahu. Tapi cube je la... aku agak lemah nak bagi amani conteng bukan apa. Takut dia terbiasa conteng kat tempat yang tak sepatutnya! dinding, lantai...

Bijak tak bijak tak? Aku ingat dia ok pandai kawal diri dr menconteng dinding... rupanya!!! dia cenderung conteng lantai... nenek plak kober tutup dengan karpet la, tikar, kerusi... panas mata berapi2 bila ternampak. Tanya2 tengok anak sendiri buat lukisan...

Teacher Anne bagi galakan tuk melukis. Aku bagitahu dia masalah aku... aku takut amani start conteng dindidng semua... rupanya ada teknik... Teacher Anne bagitahu bebudak ni kita kena mention to them... and give rules and regulation...

' Mummy bagi kamu conteng, tapi this area only... kalau tak! kena hukum!' Mesti firm katanya! Hahah... firm tak ada masalah tapi anak aku tu dengar tak dengar je la...  so aku start dengan buku dan pensel...

'Amani kena tulis dalam ni je... tak boleh conteng lantai, dinding...kalau ibu nampak... awak padam sampai bole!' 

Chewah warning... so bila dia conteng tu, dia tak kasi aku tengok... hahah... oklah dalam buku je dia conteng... than tanda2 kat kaki pun ada... syok pulak dia conteng diri dia... so bila mandi aku tunjuk kat dia... 'eeee apa ni?? eeee tak leh hilang plak... macammana ni'  mak gila siko anak...menjerit2 histeria budak tu... hahah. Kalau aku nampak dia conteng dinding, nasib baik dinding umah mak aku bole padam... aku ambik kain suruh dia lap. Ha! padan muke... kena sental kuat sikit. Melalak2 kena paksa dengan mak dia... atuk kalau nampak

' Alaaa tak pa... kang boleh cat...bla bla bla' Pantang betulkan dengar

So sabtu lepas, decide belikan drawing blok...kaler ada set budak opis beli tuk amani time besday dia... set karion, pensel kaler, pen... so nampak kaler paint for finger harus la ambik... TAPI.... tanya kedai tu dulu, ini kaler leh hilang tak? susah ka senang ka? cuci pakai apa...air biasa ke air luar biasa,hahah... dah cina tu cakap senang, apa lagi beli




Tengok cara dia pegang pensel... hehehe... tak pa la nak yer pelan2... mak ko bukan nak suruh ko jadi doktor terus.



Kemalasan mula... hahah 



Bulat tu mak dia buat... nak tengok cara dia pegang pencel...teacher anne pesan buat bentuk2 bagi minda anak2 ni ikut dan cam jenis dan bentuk.


Than bagi dia main paint tu... mak!!! jenis yang lap2 baju... tak leh jadi terus bukakkan baju... dah la buat atas karpet. So mmg terjerit2... surh dia main atas kertas. Nasib baik paint tu jenis yang cepat kering after 2-3 cop...kalau tak masak la...

Bukak baju terus!


Tangan tu tangan aku lakan... terpaksa... nak anak main, mak kena la main sama... memula dia agak geli bila kita cat tangan dia, lama2 dia ok dah... syabas bete!


Tell u Amani mmg having fun... 


Badan mmg tak leh di selamatkan...


amani teruja dengak cop kaki dia... 


Siap cakap 'Kakiii kuuuuu' 

Hahah yea la kaki kau nak! excited tak hengat!


KAler tangan kasi penuh!


And cop!


Tapi latihan ni betul la buat budak more berani... logik macammana tak tahu... may be di bole conteng dengan confident? hahaha....tp korang try...jangan halang diorg nak conteng apa... of cos la dr paper pindah ke dinding buat tak tahu katuk kepala mak. Jangan salahkan anak... dan puji setiap apa yang dia lukis. Amani suke tunjuk abak dia... mak dia dia tak pernah tunjuk... tunjuk abak sometime abak bz tengok TV, so aku akan bulatkan mata! Puji!!! Senyum2 kambing anak dara aku.


MUke bangga dia lebih kurang macam ni...ahak! 


Memula buat line... cer ko puji pandainya anak ibu... 


Dan dan terus jadi macam ni... hahah...pandai kan???

Mesti amani pelik... hidup dia penuh dengan arahan dr mak dia 'NO' / 'DONT' / 'Hepppp' / 'CAN NOT'
Teacher Anne suruh aku buang ayat2 tu dan guna word 'STOP'

Only STOP. So far tuk amani mmg berkesan... tapi stop tu ko kena gune dengan penuh garang dan firm... jari di depan muke dia, dan mata kita kena besar... hahah mata mak amani mmg dah cukup besar! Bayangkan kalau sengaja besarkan...tak takut anak tu???



Than biasakan dia dengan benda2 yang pelbagai sentuh rasa... bagi dia koyakkan kertas, or apa2... kertas eh? mak dia tak berani nak encourage...kang habis buku semua dia koyak... syok lak activiti tu. Since dia sibuk main daun, aku suruh dia koyakkan sekecik2nya... aktiviti ni buat anak korang focus... makin susah makin dia akan cube focus... 


Alhamdulillah anak aku macam anak org lain... menyesal gak... hahah lalu kat department store dia dah pandai pilih mainan... and of coz dia obses dengan play doh plak...time ni buat muke kesian nak beli... bapak dia bayar punkan...

Boleh ku rumuskan amani dah pandai... dah pandai pilih apa dia nak... apa dia tak nak... kita cakap pun dia dah dengar. Contoh cakap, ini tak elokla amani, cer ambik yang ni...

Macam ni aku bagi dia yang paling kecik dan murah... hahaha... bila abak dia tunjuk dia, 'Ni banyak sikit kaler, Amani ' dia ambik and terus gedik nak!


Bab play doh, Zamani mmg creative... snagat2... ko mampu buat ikan nemo dr playdoh? hahah... tak ada tekap2 eh... ni buat sendiri... mau anak dia tak teruja. Bukan otak anak berkembang, dengan otak2 bapak dia berkembang sama...

Pak teh pun turut terjebak! hahaha


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, February 19, 2014

GBoB 3rd week

Selamat pagi....

Cerita minggu ke tiga sekolah anak dara ai... tell you that morning sangat la ceria!



Tengok macam ni punya senyum ingat mood ok lakan???

Nehieeeeeee!!!! masuk2 kelas masam... tak nak lepaskan tangan aku. Siap baring kat peha aku... dah tu merengek. Teacher ajak main dulu sblm kelas start pun tak nak.... mula la malas macam ni. Minggu ke tiga pun ko tak ok lagi! apa masalah budak ni.

Time ni mmg ras frust. Yerla kita bayar nak dia independent. Mak pak lain pun bayar nak anak mereka belajar, tapi suara amani lagi kuat dr cik gu! how?? makin menjadi2 plak rasa... hentak2 kepala bagai...

Dia nampak Zamani terus lagi mengada! ekceli that week dia baru baik demam. Tak fully baik sbb demam berulang. Mungkin jugak sbb tu dia tak ada mood. Bila tengok abak dia, dia jadi mengada. Zamani membantu sbb tengok aku dah betul2 naik muke kaler ijau... serba salah sampai skrg ni sbb aku cubit amani! which benda yang aku set dalam otak tuk tak mencubit anak! Tapi kalau korang kat tempat aku tentu je stress. Nak pukul kang dia makin mengada satu hal... segan dengan org... sorry sangat nak ye... ibu ilang sabar hari tu... cubit kat lengan dia. Nasib baik tak berbekas...

Bila Zamani take over plak lain jadinya... asik nak berpeluk plak! nak minta abak dukung balik!


Abak join the art class... minggu tu ada 2 bapak join the class sbb mommies urus adik... depa ok je. Amani je! aduhhh... ko boleh tengok muke abang Zamani time tu... but i trust him can handle Amani.



Mmg amani mengamuk this time... Nampak bapak dia paksa dia tampal dan dia meronta2...



Aku kalau boleh nak Zamani try this class as well... bukan aku je kena ubah. Dia pun kena belajar jugak. Tapi kat umah pun dia banyak main2 dengan amani compare aku. Cume laki aku ni tamper macam pak man teme'. Kalau tak ada org aku rasa masak jugak amani  tu...

Biar dia tahu amani tu macam mana... macam dia... hahahah **gelak syaitonnnn**



Paling last! Ermmm... payah tak payah ko nak handle mak cik tu... last kelas pun buat perangai... tak nak join! nak balik jugak....


Dia nak peluk jugak bapak dia... tak tahu la apa masalah diakan....



Pujuk??? tak jalan....


Nampak happy? sesaat je... hahahah lepas tu lari balik peluk abak! anak abak... kan kan kan! suke bangga kan! hahaha... aku tahu laki aku benar2 stress... sama strees dengan aku jugak









Third week is the worst week la! for amani dan mak dia sekali. Aku mmg marah sangat sampai sambung kat rumah. Even kat rumah dia buat perangai sampai kena marah teruk dengan abak. Ibu dah malas nak layan sampai tak nak cakap dengan dia. Hati tersentuh bila dia tahu mak dia marah, she try to apology, tarik tangan aku, baring atas tangan aku... aku buat hati kering je... 

Tapi mak ni sampai mana pun boleh marah dengan anak? Anyway i know she still young to understandkan? Sepanjang hari tu aku rasa macam susah ati...komen2 kat FB pulak banyak yang suruh aku jangan paksa amani...

How not to paksa?? My concern is want her to be independent... bukan la nak suruh dia jadi perfect tapi at least by age dia, dia dah faham. Sok kalau dia ada adik takkan time tu baru nak start? How she will feel nanti? 

Tp aku terpk dan tanya diri sendiri, aku masuk kelas ni tuk siapa. Apa objective aku? Aku pun nak berubah jugak... to understand dia. Sbb akukan garang dengan anak sendiri... so kenapa aku nak tengok perubahan dia sedangakn perubahan diri sendiri tak ada. Betul tak? Macammana?

Tp kejadian yang tak di jangka jadi malam tu....

Suspennnn jekan?

Hari tu teacher anne ajar class pasal emotion scared / takut... so malam tu nak turun, aku tanya dia, teacher anne ajar scared macammana?

Dia tutup mata dengan tangan.... sama yang teacher Anne ajar... ha! geram tak geram... dia dengar dalam kelas, dia tahu apa cik gu ajar dalam kelas tapi ko nangis! kenapa... bila tanya dia senyum senyum...

Dalam kereta pulak, on the way nak pergi minum. Dia main dalam kereta... nampak stiker/tag nama dia melekat kat kerusi... pagi tadi lepas kelas, mengamuk tak puas ati punya pasal dia koyakkan tag nama dia. Tetiba dia tunjuk aku nama tu... dan lekat kat baju dia...

Ermmm so aku tanya ' Apa tu? Nama amani ke?' 

Dia angguk... senyum... angkat tangan macam nama dia di panggil... so aku dapat tangkap dia cube lakonkan balik apa dia buat kat sekolah...

'Oh teacher panggil nama amani ke?'

Dia terus jwab 'Checer (teacher)'

Wahhhh.... 

'Siapa tampal nama tu kat chest amani?'

'Checer!' Sambil tampal kat baju dia... sepanjang dalamkereta la dia sebut checer... 




Mengamuk punya pasal nama ai dah jadi AMA! Hahaha tak nak cabut. Mamak kedai pun senyum tengok nama dia kat baju... 

Terus kena sekolah dengan zamani, yah i put high expectation on amani iman... dia boleh buat. Ko jangan paksa dia. dia akan learn dengan cara dia... apa yang kita perlu buat is to guide. Itu la yang laki aku dok ulang... heheh... next class insya Allah akan ku terai...

My BFF ada nasihatkan aku, jangan paksa dia, cer try 'tarik tali' dengan dia next class. May be dtg awal and tengok enviroment sblm kelas start. Bagi dia biasakan... bila kelas start y dont aku start dulu, bila dia tengok semua belajar dia sure nak dduduk belajar...

Banyak tips dan nasihat aku terima... thanks you all!

Next class! Nanti kita cerita! tengok video....bapak amani hilang sabar... ahahha










Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, February 14, 2014

Sayang anak tangan2 kan...


Hai uols

Pernah tak aku cerita abang Zamani korang marah puteri pucuk kelompang dia?? Dia pun tak pernah marah, sbb dia tu takut anak dara dia tak sayang dia...kalau amani iman, perh sayang bukan main. Aku je la mulut tak leh diam... Zamani relek je. Amani pun kalau abak dia beliakkan mata dia dah seram dahhh... mak dia yang macam machine gun, heran pun dak...

Anak abak sangat la yer???

Insident few week bila dia bertindak tendang ibu... dan datang angin dia, nak duduk atas perut ibu dia... agaknay dia tak puas ati perut mak dia yang super buncitkan... nak tolong kasi kurus... tolak berkali2 mengamuk2 nak jugak attact peruk mak diakan... aku lari bangun pun dia tak puas ati nak memanjat... tah asal tah... mengadu kat abak, abak relex

'Amaniiii jangan!'

Buat dek...gelak2 teruskan serangan... yang aku pun melayan...hahah kata nak main2 dengan anakkan?? mak pun gedik mengadu

'Abak tengok anak you!!!' wah keluarga yang bahagia... hahaha...


Erm bila abak naik hantu! ini yang jadi... hua hua hua...





ai pun ambik kesempatan.... erm mmg dia diam je kena marah...kesian, kesian la jugak... diakan anak mas abak dia...



sampai tertido2 menerima hukuman... tengok muke abang Zamani dia tahan gelak... sian dengan anak dara dia... nenek terus lari kat dapur... panas punggung tengok cucu kena marah... siap kena interview bertalu2 dengan nenek kat dapur... habis melampaukan? nenek salahkan ibu sbb melayan... eh nak aku panjat pokok ke?? dah elok la aku tak pukulkan... sajer tunjuk garang... ahak!

Sesekali kena jugak ajar anak... kan? Amani ni keras ati sikit... u can see dia tak nangis tunjuk dia hebat kat mata mak pak dia... ada jugak sampai kita seret/tarik dia tuk buat something kalau dia tak nak dia tak gerak. Bila kita tarik or paksa dia buat plak timbul rasa kesian sangat2... time tu dia akan nangis dan aku pun nangis sama... hahaha...tapi mmg aku warning Zamani...

Yer warning! ikut mana pun, jangan sentuh anak2... mean jangan di pukul anak2 aku... biar la aku yang pukul sbb aku ni mak... takkan aku pukul benci dengan anak... ko boleh marah tapi jangan naik tangan SEHINGGA aku rasa benda tu patut di pukul... takkan ko ajar anak ko minum, air tumpah ko nak jerit pukul bagaikan... maksud aku kita ada cara nak pukul anakkan? so ikut la saraan ajaran islam... aku pun takut amani terlampau manja, sometime dia kena dia ajar... tapi tah la yer... aku takut Zamani tak dapat control tamper dia...so bila nampak zamani lain sikit, aku jerit lebih... tp sebolehnya aku tak nak la amani nampak mak dia protect dia sangat2...lepas tu perang watapp dengan laki... ahak!


you should not do this do that...

Eh ai tak leh you bole...

Yer la ko je la pandai jaga anak...

Bla bla bla... sepanjang yang bole... hehehe...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, February 13, 2014

Something to share

Salam

Something to share... maklumlah sejak dua menjak nak berubah ni (kih kih kih)

May be ada yang ada mengalami masalah macam aku??? takut je anak tu tak berkembang dengan normalkan?

First aku kena stop mind set macam tu... not all kids development are same... anak adik aku semua cepat... so i keep compare Rayyan and Raeesah dengan Amani Iman... Raeesah dah pandai sebut nenek... haha amani panggil nenek dia IBU! suruh sebut nenek, tah dia tak nak ke atau dia mmg tak tahu sebut... selalu je kena marah dengan fidah...

Do not compare la long!!!! hahah padan muke kan...



Aku suke nak cerita panjang2 kan? hahahaha... kata nak share jerk.... apa pun Amani! ibu sayang kamu...

Aku patut jadi Zamani la... dia tu level confident kat amani mmg sangat2 tinggi... Zamani trust her so much...aku je paranoid... ahak...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Wednesday, February 12, 2014

Bila latihan bermula...

Salam...

wah! tak sangat, ada jugak reader yang komen pasal perubahan amani... thank you so much sbb to me ia lagi memberi semangat... bukan mudah tau... sbb ko dah 'set' pemikiran anak ko 2 tahun than tetiba ubah... lagi la amani dia tak pandai cakap, so kita tak tahu apa yang dia rasa... asik kena marah je... Knowing diri sendiri dan suami, kami tergolong dalam keras kepala, so jangan komen lebih kalau anak sebenarnya mengikut perangai kami sebenarnya...

Aku dah register amani kat GBOB... sbb aku tengok ada progress... Alhamdulilla... bukan sahaja mengajar amani iman tapi mengajar aku sama... mengajar aku to be better mom yang memahami anak sendiri. Banyak kekurangan... tapi Insya Allah... kalau niat kita mmg nak terbaik tuk anak, insya Allah segalanya akan di permudahkan.

Apa yang aku bole katakan, Amani mmg tak suke paksa masuk kelas, tapi dia ni mmg ikut bapak dia habis. Nasib baik laaaa... ikut aku mmg erkkk elok jugak, bukan tak elok (hahahah) tapi ikut bapak dia aku tak perlu risau. Dia mmg tak suke di paksa TAPI dia cepat belajar... itu yang aku bole cakap. Like someone told me, dia buat dengan cara dia, cara yang dia suke dan cara yang dia selesa... kat kelas mmg kerja dia menangis je la... tapi kat rumah dia buat apa yang di ajar... bangga tak bangga la???

Nanti aku cerita apa yang dia buat eh...

Tapi aku tak boleh nak harapkan kelas on sunday tu je buat amani berubah. Aku kena buat jugak kat rumah. Now aku boleh rasa aku rapat dengan Amani... sangat rapat... like friend gitu... kalau dulu ko risau dia attached dengan bapak dia, now dia more close to me... sometime dia tak bole bla dengan mak dia, baru dia cari abak dia... dia dan abak tak leh di pisahkan... no matter what, 5 sec masa tuk abak kena ada... ha dia jenis gitu...



This is amani...hahaha... yang korang selalu nampak... apa bezanya? Tak ada beza? Ini hari pertama aku tinggalkan ipad dan aku simpan phone... kesian dia. Tak tahu nak buat apa. Last2 duduk termenung. So bila kita nak didik dia, kita kena mula dengan kita... tell you akak mati kutu... segala2nya mati... tahan diri...hahah update stattus fb pun dalam beg... kena jugak tengok kan phone tu... pantang gegar or bunyi notification mesti nak jenguk... apa dia??? sampai phone meja sebelah bunyi, i yang kalut capai beg sekodeng phone...

Apa lagi Amani iman... so dia hanya tengok meja2 sebelah...

Macam enteri lepas, aku cerita aku malas... anak nangis bagi ipad... anak meragam hulur ipad... now aku paksa dia beli mainan... tapi amani...biasalah tak ada minat perhatian dia. Aku dan zamani bawak gi toys department... dan tanya...

Pilih amani nak apa???

Anak korang??? mesti lari pilih... anak aku pilih bola! yang harga 3 RM 10.00... dan dia bukan nak main tendang/ baling... dia suke pegang... kalah terapi nenek yang tangan kebas2... yup amani suke pegang benda bulat macam bola ke, asalkan BULAT! jadi mak dengan bapak dia ler yang memilih... mak bapak pilih mainan tuk anak...

So kita ambik play doh...

Kalau korg nak tahu aku elegik pada tanah liat... bukan apa...elegik tak suke sbb melekat warna, than busuk!!! wekk nak muntah... macam ada satu bau! i dont like... kalau tengah makan jangan ko hulur benda tu depan mata... oh god! Tapi tuk kebaikan anak... you want to change her, but ko macam gitu... so mcammana? tell me! Aku juga elegik dengan doll... mengadakan si Cida ni... aku bole muntah tengok doll yang menyerupai manusia ni... tak tahu la... may be the smell... asik2 smell je kan... bau apa??? korg try la bau... rambut barbie ke apa. Ada satu bau yang tah tak selesa... pelikkan??? amani takut jugak sebenarnya... dalam kelas that day ada aktiviti tidokan baby... mengigil aku! hahah aku dengan amani takut... tapi tabahkan ati... tak pandang pun muke doll... aku paksa dia pegang... kih kih kih... korg bole kata aku mengada2... but ia telah di confirmkan oleh mak dan adik aku... they know me,kan. Bukan dah besar takut wokeh. Dari kecik... even mak aku pernah cakap cik gu panggil mak aku sbb aku pernah muntah hanya sbb cik gu paksa aku uli tanah liat kat sekolah...dan tambahan statement adik aku?? 'KO lupa ke cik gu kata ko tak normal doh' Selenge!

Nak cerita apa??? ko suke2 muntah kat sekolah? Tah kejadian darjah satu dan tadika... ai tak hengat sangat... hahah... sama gak dengan doll... dulu aku ingat aku ada banyak koleksi barbie... tah macammana aku jadi benci sbb terasa barbie tu busuk... hahah...

So Amani jadi aku? Aku tak ajar... its genetik???

I need to do something... before amani turn to be like me :(

So playdoh... dia lebih suke alat potong and shape play doh... bagi pegang play doh aksi dia??? dia nangis! geli... lembek2... mak dia cekalkan hati! nak wekkkkk tapi tahan... demu mu!!! felik sungguhkan aku? tak yah felik sangat... hahah

Than second day dia hulur kotak playdoh... dia plak tengok kita main... ehhh mak ko geli! ni latihan tuk mak ke tuk ko nak??



Tengok cara dia pegang... hujung jarikan? 


Since dia kan obses dengan benda bulat... tu la jadinya... dia pegang jeeee.... tak berani nak penyek ke apa... dia pegang mcm dia pegang bola... even aku lenyek2 dia nangis... sbb dia geli... hahaha...



Pegang di hujung jari je


Bapak dia lagi kejam... lelakikan? ko ajak main, mmg main pun tah apa2... sbb amani pengeli sangat, Zamani lekatkan playdoh kat kaki anak dia...amani punya geli nak pegang!!! menjerit2,. Nangis histeria!


Dia minta sorang2 tolong bukak playdoh tu... sian tak? Namun nak pegang mmg tak la... minta tolong atuk, minta tolong nenek... ibu... semua buat keras ati... bukan apa, kena ajar dia... dia siap gesel kaki dia kat lantai, nak bukak benda tu... kalau terbukak je, Zamani akan buat balik... until she give up and used her own HAND ! Sorak macam org gila mak pak dia... once dia gune tangan dia... ho ho ho... 



lama2 dia suke plak main play doh ni... tapi melemahkan mak pak dia... balik kerja kena main play doh dengan anak... dia suke star... so semuanya dia suruh buat star... anak omak obses star plak. Now gi shopping, nampak set playdoh macam tahu... terus ambik... mahal ko!!! rasakan!

Than aku ajar dia makan sendiri... gunekan tangan... sebutir2 dia ambik masuk mulut dia... hirup sup paling best... siankan bila bagi sudu, for first time habis tumpah2...

Rupa anak bila makan sendiri... tapi ko kena tabahkan diri... hahah nenek relex je... mak amani yang terbeliak2 mata... sampai ke kerusi penuh... layankan je....



Habis semangkuk sup yang dia hirup... tell you selera dia mmg lain dr hari lain... atau time ko suap... mungkin dia pun seronok atau dia mmg nak kotorkan diri dia... hahaha



Terbaekkan?


Latih pakai sudu... hahah kali ni nak cerita mak amani pandai sikit... nasi yang tak berkuah aku control dr tumpah... dia ambik pakai sudu sampai terkuar2 nasi dr pinggan, mak dia mengadap tolak balik nasi kat pinggan... syok bukan main... sekarang amani nak makan sendiri... tak nak dah aku suap... jadi masalah kat umah org la. dia ingat rumah sendiri... tapi umah org mmg idok la... ingkar! tak yah makan... sambung kat umah. Kekejaman tetap ada... bagi aku nak anak belajar pun biar bertempat... umah org kot... bibir mulut manis, hati menyumpah siapa tahu? idok la aku nak org panggil anak aku buas macam tak reti ajar la apa kan... 


Practice make perfecto! 


Mengajar pegang cawan jugak... agak susah sbb dia sendiri takut..kang mamak tu ambik dia sebagai ganti kalau cawan tu pecah... hahah selalu zikir kat telinga dia... kalau minum air kosong apa la sangat nak kotor comotkan, kalau cawan plastik tak salah ajar dia... bukan main syok lagi bila dia buat sendiri uols.... rasa diri dah besar!



Anak gembira! ibu bahagia... hahaha...

Dan satu lagi aku dedahkan dengan pasir... benda yang aku elegik gak... gasak la... perkembangan anak tu pentingkan... nak pergi pantai, bukan main malas lagi... tapi seeloknya pantai pasir lebih bersih... ko nak tanam diri pun tak pa... kalau pasir taman ni, alamak... mula nak pk tahi anjing la, kucing, ludah org la apa la... segalanya!

Tapi cekalkan hati... bagi anak belajar... lepaskan amani memula dia tak gerak... takut dengan keadaan sekeliling... after we said its ok amani, ibu and abak dok sini, anything you come to us ok? Terus dia pergi main 80 kali check it out mak pak dia... kot nak buang dia ke apa kan... yang paling tak bole bla, dia main bawah slide dan main pasir... itu objective aku pun. Tapi dia takut punya pasal... dia sembunyi nak main pasir... 

Kecik2 pun dah takut... Zamani tenangkan aku...

'Relex...let her enjoy' ok... fine! boleh nampak gak dia mengendap2...kot mak dia nampak harus dia kena balik... 


Ini keadaan dia kalau aku suruh dia main kat tempat ramai org... memula aku rasa banga senang nak jaga ank sorg. Tengok anak org lain berlari sana sini susah nak jaga, anak aku senang jaga, dia attached to kita, so tak yah nak tercari2... tapi perkembangan dia??? kita pk tak? Amani jadi takut org... amani jadi seorg yang tak ada confident.  And time mengandungkan dia lagi, sifat takut dalam diri aku dah mengajar dia dari dalam kandungan lagi... apa jadi pada Aryssa, i become paranoid. Takut... tak confident... so its effect sbb doktor pernah cakap dia ni nervous baby... haa... teror tak terror la doktor tu. Bila amani dah lahir yah... aku patut buang perasaan tu, tapi aku lagi menambahkan sampaikan now dia tak ada confident. Org dtg rumah pun dia takut...lari, nangis, berkepit gayut kat kaki mak pak dia...

How than?

Normal??



Time ni dia tengah main... adik ipar aku datang... terus peluk dia... dia menjerit, meronta sampai adik ipar aku cakap

'Amani! mak su laaaa' Dia tak kenal mak su pakai tudung... selalu gi umah tok, mak su tak pakai tudung. Hahaha... sama gak pak teh, pak teh pakai sepek itam je mula la gelabah, macam nih siapa ni??? pelik anak akukan? bila dengar suara mak su kembali tenang...pak teh kena bukak spek baru la kenal... haiyooo



Tengok lakonan amani iman... kan aku cakap, mak dia gurau pun dia ingat serius... Tadi aku mentionkan dia main pasir kat bawah slide??? tetiba depan aku jadi geli... not geli... takut mak dia marah kotttt... ambik kayu main konon... bila aku buang kayu tu, aku cakap...

'Pegang pasir tu' Dia pandang penuh pelik...apa muslihat mak aku ni??? So aku pun pegang pasir dengan hati yang tak berapa nak rela... hahaha...



Dia pun mula pegang... gengam...


Look ibu!!! ibu tak marah???


Siap smell the sand... hahaha... syukur la mak aku dah berubah... ha ha ha


Terus lupa diri... dia belajar... luar taman ni jalan tar... dia try nak pegang tanah tar tu...kot macam pasir bole pegang... tengok keras, dia lari ke pasir... tengok anak india tu? siap bayang luluh badan agaknya...pengsan... but normal la tukan??? mmg balik ko kena rendam nak!!! harus!!! 


Post by CidaZam Zulaikha.


Than kat play school jugak ajar macamamana anak2 tu  dalam keadaan bising, bagaimana nak suruh anak ko diam! ni yang aktiviti bakai baby alive tu... yang aku pun mengigil nak pegang...amani apa lagi... tu tak la nak beli semata nak practice anak... Amani dah pandai dodoikan anak/adik... hahaha.... bila cakap tidokan ekey! Cepat dia pangku Mickey and tepuk... hahah cutekan?

Cume! acik ni kedekut... aku perasaan bila aku cakap susukan mickey amani, dia tarik dan bawak lari botol susu dia... ermmm jangan cari pasal. Sok ada adik cam ner? Kedekut eh... puas suruh tak nak... siap aku buat2 Mickey nangis sedih lapor. Dia buat dek... dia bagi cawan... ahahaha... poyo ko anak beranak cida!



Tp bila time dia baring2... tetiba dia tepuk mickey... siap suruh nenek diam! hahaha... we know she learn something...dalam ko nangis2 dalam kelas... 

Yang best!!!


Ok Mickey! you can have my drink! Hua hua hua... gelabah mak ko ambik gambar bangga!!! bila tanya anak ai pemalu...

Me :- Eh share dengan Mickey susu??

Amani :- No!!! 

Sumbat botol dalam mulut dan baring... hahaha... 




Life without Ipad... how boring it can be, kan?  Hua hua... sopan anak aku tengok tv kan?? jeng jeng jeng

EH aku suke korang bagi idea2... may be korg bole drop komen cara macammana lagikan bole ajar Amani ni... 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails