Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, October 5, 2010

Vanakammmm...

Open house ku bermula kul 2 petang... tapi apun hagak panjang entry ni. Sbb malas nak buat part 1,2 ,3 bagai...

Erm 1.50 petang bebudak blogger sudah sampai... wakakak gila tepat la korang. Ku ingat janji melayu sampai kul 2-3 petang... mengelabah bila laki ku kata bebudak blog dah sampai. Akak time tu gi beli air mineral. punya lupa air mineral nak buat air tak ada.

Yerlah duduk berdua, takkan aku nak beli cerek besar plak. Berlarilah ke kedai. Dengan tak pakai tudung. Bagus sangat la bini siapakah ini... habis semua dah nampak rambut aku yang macam org gila...wakakak... bukan kira aurat yer?

Sori kwan2... yang tak dtg tu rugi la korang... semua puji katering mana aku ambik. Cheh! nampak sangat org pun tak yakin aku masak. Ha ha ha...kejikan? Eh promotion...my MIL mmg buat katering tuk jamuan2 makan dan dia ambik tempahan kuih2 traditional. Kalau korang berminat erk leh anto msg kat FB... mmg sedap. Bukan aku puji sajer. Tapi mmg semua tetamu dok tanya katering mana ambik. Jawapannya.... katering cik gu yati!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini la menu.... hahah nampak tak? Yang tudung biru tu over... berkali2 tambah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gadis berbaju unggu pun sporting tau... gadis ka??? hahah harus kena belasah dengan soami dengan dua org anaknya... yer mak kepada 2 org anak. Siap ko! aku tutup promotion tuk Za...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Chewahhh tuan tanah bz meng- top up makanan...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok ini antara menu yang sempat ambik gambo. Credit to ijat dan awie yang menulung kak long ambik gambo2 ni

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nasi Bukhari... sedap sangat2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sambal ayam yang sangat mabeles sampai berasap telinga ko! Aku tak bohong. Sayangnya blog ini nan ado komen box... ayam pun besar2 potongan dia. Mmg tak rugi nak ambik dengan My MIL... kalau you all ambik, mmg mcm mana korang dapat makan tu, besar tu jugak la korang akan dapat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok ni Jelatah ( kata org kedah), rojak timun (Org Singapore kata, kot la mak aku dok cakap rojak rojak), arca timun (org melaka kata). Itu la apa nak panggil pung yer.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kek coklat yang hebat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Puding kek yang sedap nak mampus! gila aku puji mak mertua aku sbb nak dapat award menantu yang pandai ampu... hangguk korang... bukan aku je cakap tapi semua org yang rasa confirm nak lagi. Pak cik aku siap suruh tapau tuk anak dia. Nasik + ayam + Puding. Aku puding2 ni mmg kurang. Tak suke. Sbb tu aku minta kek coklat sbb fav aku. Tapi bila aku dengar semua puji sedap2... aku try mmg sedap.

Ada menu Bihun @ macaroni @Soto sup. Tak ambik gambo. Kuah kacang dan dalca.

Ini plak makanan tambahan. Pilihan laki aku

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

jagung bakar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hot dog...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tetamu yang datang... semua majoriti purple kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Teratak ai kecik... tunggu i kaya berjuta2... i beli bunglow! hahahah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Share few gambar tetamu yang datang. My sis dari melaka... dan shah alam... hahaha. Yang Shah alam tu tak mai tanpa alasan yang munasaba boleh gantung lesen kak ipar dan adik ipar selama sebulan. Tersentap dengan abang dia sekali

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pak ngah dan mak ngah dari melaka

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini owner Kedai Pnut cupcake. Wakakak... merangkumi pemilik Sepinut... wakakak... suami kak pnut la... sudi datang jauh2 ni... kak pnut dok dalam plak. Haisemen... juru gambar rimas duk dalam. suke je tengokkan anak laki baik/rapat dengan babah... yang perempuan tu kepit dengan mak je... suke saya tengok...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kawan2 opis Zamani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aliya kalau jumpa boiperen dia... mmg tak lekang la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Budak yang enjoy food during my open house. Semua dah nak balik aku tengok dia ambik makanan lagi... cakap sedap sangat sampai org rasa nak habiskan semua mak long!

Nak makan dakam kereta , yang di ambik bukan kek ke apa. Bihun sup. Dah satu kerja semua tunggu dia makan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Di saat semua tetamu nak balik. Serentak pulak semua bergerak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sempat sakat si Rayyan... dah tak nak mak long da... kepit dengan mak su... tak habis2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

nenek feeling2 nak cucu pompuan eh??? hahaha


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Blogger friend... ada yang tak dpt datang. All purple. Macam berjanji plak. Mimy i love ur baju... chantik!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mcm zaman dolu2 plak... plak tu yang buat real tikarnya yer? Sori ku tak minat la kapet2 ni. I,kan jenis rajin nak mati... uhuhuhu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bebudak stay kat bilik mak long... mana la bebudak tu dpt Saidina aku tu? Caption Ijat Nazmi tak bagi Aisyah dengan Aliya main. Tetiba ko jadi kid bully Ami??? Biasalah bila adik beradik boys, bila gaul dengan perempuan ada rasa sikit sesuatu.. but Ami dengar cakap. I hd no problem communicate with him.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Selesai sudah... uhhh sangat penat aku menaip... sori kalau entry ni buat korang nak muntah hijau membacanya. Saya pun sudah mengantuk... nak tido.

Di sebalik tabir open house

Cerita pasal open house.

Ini open house aku. First time buat open house sendiri. Dulu menumpang mak je. Sbb aku bukan ramai sangat kawan. Open house ni sebenarnya tuk jemput kawan2 opis Zamani dan jugak kawan2 blogger...kasi diorg terjah datang klang plak... kui kui kui...org kata pecah kaca pecah gelas, ku da datang umah mu sila la balas... wakaka ada ka???

Ku agak nebes jugak. Takut kurang itu ini. Nak masak, tapi tak pandai. Takat mulut dua org ok la. Banyak2 ni payah sikit. Than atas bantuan my MIL, alhamdulilla berjalan dengan lancar. Masya Allah! Banyak sangat menu yang MIL tokok tambah. Naik segan aku rasa. Memula kabor kat mak, buat nasi tomato/ nasi daging je. Last minit mak kata buat nasi Bukhari. Perh jadi ala2 arab plak. Lauk ayam sambal dan dalca. Stop!

Pastu dua tiga ari pas tu, bincang mak cakap kita buat sup. Makan la macaroni dengan bihun. Khas tu bebudak. Ok Stop!

Than malam sabtu tu, laki aku mengada nak nasik impit! Kata tak ada makna kalau open house raya nan ado nasi impit. Siap cakap, kalau mak tak buat, u buat la... nak makan dengan apa plak? Boleh la aku rebus. Habis makan dengan apa? Cecah susu tin ka???

So aku call mak. Mak macam tahu je permintaan anak dia. Mengadas tau Zamani ni! Pang sat agi baru tahu. Mak cakap nak buat kuah kacang dengan soto... senyum lebar anak omak A.K.A suami aku tu.

Aku jadi tak sedap. Banyak menu. Mak lak buat sengsorang. Kebetulan lak mak ada order tuk jamuan pegawai bank kat shah Alam malam aku buat open house tu... perh. Ijat sakit lak. So konon nak ler membantu... sampai umah mata terbeliak mak tengah buat pencuci mulut... Tanya mak tuk apa,kata tuk open house aku... dan kek coklat. Terbeliak mata aku. Banyaknya!!!!

Last minit lagi Zamani dengan Fifie nak jagung bakar lak. Buat la hang.

Konon sangat nak tolong Mak. Kedatangan aku bukan mencepatkan. Melambatkan. Wakakak... terkial2 aku potong sayur, kupas kentang. Punya la laju. Than mak cakap nak masak awal pagi. Iyo iyo je set alarm bagai. Terbabas ok... sampai kul 7 mak ketuk pintu bilik suruh jaga ayam goreng sbb nak beli sarapan.

See dalam sibuk2 tu mak siap cari sarapan. Menantu??? Membuta! Very the cilakos... malu tau!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ayam yang perlu di goreng tuk majlis open house nanti.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Goreng ayam pun lambat. hahah takut terperincik. Jangan jadi pompuan kalau gitu. Uhuhu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hasil gorengan aku...lalalal bangga ooo goreng ayam. Wakaka... bole la feeling2 i masak walaupun hanya goreng ayam.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan aku di temani oleh Labu... anak Ijat. Muah muah muah. tetiba pagi2 ajak aku main. Siap kejar dan geget kaki aku time nak jalan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lauk2 dah ready. Pantas sungguh mak mertua saya masak. Bila nak jaddi macam ni?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak ada siapa yang tolong. Kami tolong tengok ajerk... Hehehe... tak sesuai ko.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok additional dalam pakej. Untuk anak menantu ok. Aku tak terpikir pasal kuih raya umah aku. Ate kami berdua je. Siapa nak mai raya umah kami pun. So export apa yang ada dari umah mil. Ha ha ha... pecah lubang aku kan? Semua dok puji beli mana. I tak beli, i import dari umah mak mertua. Dush dush! Alah kasi la chan.

Kat umah plak yang jadi org kuat, suami saya dengan adiknya Fifie. Susun2 meja kusi dan makanan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Last minit... dah hidang makanan semua baru nak beli plastik alas meja... tu jadi mcm tu,tuh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Org yang bertanggungjawab membakar jagung dan hotdog... bak kata aishah... sedappp hot dog pak cik buat... uhuk! Ok ok... boleh buat masuk tender. Full story will update nanti ok.

Sharing yok!

Ok menarik perhatian ku tentang adab... terbaca di salah satu blog yang aku ikuti... may be kita boleh share kat sini.

Korang jangan ingat aku dok perli siapa2 ke apa. Peringatan tuk diri aku jugak. Sbb kadang2 kita tak sedar apa kita buat tu salah. Org tak suke... bla bla bla... akhirnya ko cakap lak org tu salah, padahal diri sendiri tak betul lagi mau salahkan org plakkan?

Terjadi pada diri sendiri jugak. Sometime terasa layanan 'dingin' tapi kita tak pandai nak tangkap kenapa. Ini salah satu contoh je ye. Selalu ada perasaan rendah diri. Terima pendapat org. Kalau org tu tak nak cakap, masam muke sebenarnya dia juga menjaga adap. Ko nak ke dengar perlian dan hinaan kasar org tu pasal ko? Tak nak kan?

So blog ni penulis dia bukanlah mude belia macam aku... chewah aku mude ke? Dah pengalaman. suke jugak baca blog dia tentang nasihat. Pasal umah, pasal anak2 dia. Akukan bz bodi hal org...lalalala.... tak pa yang baik kita kongsi sama

Kalau korang tak percaya cakap aku, jenguk entry beliau di sini. Kang kata aku sajer cari pasal perli org tu org ni...

*****
Emm...aunty blog walking dan aunty perasan ramai yang buat 'open house' untuk raya. Memang bagus, Alhamdulillah....jamu tamu makan dengan ikhlas untuk sambut HRaya yang mulia bersama2 saudara mara dan sahabat handai.

Alih2.... ada banyak rungutan tentang perangaiyg bermacam2 ragam dari tetamu yang datang.
Okaylah, aunty nak ngomong2 tentang tajukdi atas :: Adab:: dari mengalaman yang
aunty lalui...Adab terbahagi kepada dua perkara melalui percakapan atau perlakuan.Kalau dua2 nih tak ada dlm diri sesaorang atau salah satu tertinggal dlm diri sesaorang emm....jadi lah mereka saorang yang ::Biadap::

Kalau dua2 nih ada dlm dirimaka tinggilah budi perkerti nya Adab datang dari keluarga itu sendiri...Ibu yg banyak masa dengan anak2 mereka seharusnya mengajar anak2 mereka dari kecil.Orang2 yang merungut mengatakan so and so tuh tak ada adab

Percayalah, so and so tuh tak tahu yang dia tuh biadap. Kita kena berani dan ikhlas utk memberitahu tentang kebiadapan nya itu. Terpulangkan kalau dia boleh terima atau tidak.

Jom kita huraikan, adab dari perlakuan Emm..contoh jika kita pergi ke rumah sesaorang
berdiri depan gate, memberi salam hingga lah tuan rumah tuh keluar, atau kadang2 bibik nya
yang membuka gate, mereka akan menjawab salam dan menjemput kita masuk.Jangan sesekali masuk tanpa izin tuan rumah. Tak kiralah kita dah biasa atau sedara sendiri. Duduklah di ruang tamu, jgn sesekali merayap2 ke dinning tablelah, buka saji, ratah2 makanan dalam saji, kedapur lah bukak periuk, bukak fridge {habis la sepupu2 aku boikot umah aku dengan mak aku lepas ni...wakakak dengan aku2 sekali mak cik pak cik aku reject aku}

Jika tuan rumah menjamu makan,makanlah dengan tertib, jangan berlaku gelojohjangan sesekali, complain,

I tak makan ikanlah,
I tak makan ayam lah
I tak suka masin lah
I tak makan santan lah
bagai2 complain tapi melantak juga dan nasi mintak tambah juga..Perut dah kenyang, nak baring2 pulakkan, emm...sofa lah jadi sasaran..sambil baring tengok TV sampai terlelap
apa nih!??? dah terlupa rumah orang ker??

Jangan lama2 kat rumah orang paling lama 1 1/2 jam saja dah tuh apa lagi balik lah.. tuan rumah pun nak rehat juga yakni family privacy.Dah tuh, comparing rumah orang nih dengan rumah orang tuh..subject untuk merendahkan tuan rumah Ohhhhh! perkara2 kat atas tuh memang kes biadap {Terasa ada kalanya malas nak balik umah sendiri... heheh malas balik??? ada je?? biadap sungguh ko cida}

Anak2 kecil seharus nya di jaga kelakuan nya bila di rumah orang.Melentur biarlah dari rebung, bila dah jadi buluh payah lah..dah terlambat..tuh yang jadi kes macam kat atas tuh..

contoh :Kalau di rumah orang.Jangan biarkan anak2 sentuh perhiasan juga anak2 jgn berlari2 dan memanjat2 .Jangan biarkan anak2 makan dan minum sendiri, suaplah anak2 supaya tak kotor dan bersepah,Seharusnya ibu dan ayahnya kene 'alert' akan kelakuan anak2 mereka di rumah orang Cara mengajar anak adalah bukan pukul anak.Yang betul adalah bagi anak tuh faham what are the do's and dont's. Kalau perlu dipukul..gunakan gulungan surat khabar
atau majallah dan pukul lah lantai kuat2.Reaksi nya mesti lah takut bila terdengar bunyi yang kuat. Kalau ada anak yang terlebih berani yakni tak takut berani retaliate.. pukullah punggung nya, tapi jangan lupa memberitahu apa kesalahan nya.

Anak2 aunty masa merangkak lagi dah communicatethe do's and dont's. Memang kanak2 ingin tahu segala benda, nak pegang segala benda, nak gigit segala benda..nak makan segala benda
So....Gunakan mata yang terbeliak,suara yang agak kuat,gunakan bahasa isharat tangan dan jari
No....No...No... { Ni lak kes Rayyan, sekarang dia lak kata gitu kat mak apak dia... hahah}

Kalau dia merangkak jugak kearah barang tuh.So tepuk lah lantai..sure baby tuh takut..Anak aunty paham dan pada umur setahun dia dah boleh kata No..No..No..bila anak orang lain yang nakal datang rumah aunty

Dah tuh biarkan anak2 conteng2 dinding

Ohhhh! pantang Tok Nenek .Make yr children understand pencil, pen, crayons and chalks is to be used on paper not walls,Tuh, yang terdapat sekarang...contengan di lif2lah, di bus stop lah, di public toilet and etc..tangan yang gatal dari kecil tak di perbetulkan


Ada yea, bukan tak de, ibu2 yang buat2 tak tahu akan kenakalan anak2 mereka especially berkunjung rumah orang. Ashyik leka berborak jer, ashyik tengok TV anak di biarkan bebas tak berjaga Hishhh...


Tapi pergaulan juga boleh jadi penyebab Biadap.Jadi hati2lah dengan siapa dia berkawan
kalau boleh..mengenalilah background kawan dia.Selalulah berinteraksi dengan anak2 dari kecil hinggalah remaja.Jangan di biarkan dia pandai menjawab dan biadap. Latih anak supaya menjadi penyayang, mahu menolong (ringan tangan),sharing (jgn kedekut, selfish) kebersihan diri & sekeliling

InshaAllah....
*****
Ha! ada yang terasa??? wakakak aku mmg terasa jugak la. Some time closed friend punya umah aku buat umah aku sendiri. Sama jugak umah sepupu2 ni... nasib baik tak naik penyapu. Habis dah kata jangan memalu buat umah sendiri...wakaka kepala hanguk ko! Harus ko kena masuk sekolah peradaban dunia.
Peingatan jugak buat diri sendiri. Kot esok lusa ada anak. Susah nak dpt anak, sekali dapat apa anak nak turutkan. Bahaya juga. Ada tuan umah yang tak kisah tak pa. Some tuan rumah mmg tak leh. Macam aku terus terang aku cakap im ok with kids yang mai umah. Korang nak berserakkan pun pun tak pa. Sampai pernah mention kat Zamani kot ada umah sendiri, kena cat umah dengan cat kalis conteng2 ni. Time tu mak long tersenyum riang kalau budak2 conteng dinding umah mak long sbb i can do magic... seee what u wrote is missing...mesti bebudak tention. Wakaka.
Oklah itu info sekadar kongsi... Dah tak tahu nak nolis apa... layan je la...

Monday, October 4, 2010

Sama plak!

Sabtu malam tu kami sekeluarga kuar makan. Gi kedai mamak je...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nasi Kandar... org utara kalau tak pekena nasi kandar mmg tak sah. Laki aku siap cerita sejarah dia time kat Penang dulu... mmg inilah kedai yang dia mengadap tiap2 ari (means kedai nasi kandar kat Penang).

Memula abak yang ambik dulu... than terdetik dalam hati, laki aku confirm makan jugak. Ermmm bukan laki aku je... Awie and Fifi pun sama juga.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni mmg menu laki aku... kalau makan nasi kandar, mmg lauk daging kicap, telur rebus and bendi rebus. Felikss... ini aku pun leh sedia kat umah. Heheh bule ke? telur rebus and bendi tu konpommm bule... daging masak kicap tu... lain oooo. Teringat nasi Royal kat Alor star last yer pergi... mengalir laju ayaq hidung akak ko! pedas! sedap! itam! lekat! Hahahah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ha... dua org dah pakat sama.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Menu si Fifi pun sama jugak...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Abak and awie pun sama jugak... hahah... bak kata awie..."Kata anak abak..."

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ha! siap peace lagikan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ijat jo bukan anak aboh... anak omak sbb dia sorg order Pasembor... Heheheh than aku dengan mak order kueh tiaw... kata menantu mak kan? Hahah harus aku kena bunuh dengan Che ta.

Cubaan 1,2,3

Budak2 sekarangkan... mmg cekap betul . Sok anak aku macammana agaknya. Pandai2 cakap je terus jadi blogger macam omaknya. Ha!!! harus abang Zamani ko berhati2 anak dan emak berblogging. Rasanya tak puasati mau canang satu malaya... uhuk! Tapi tak pa, kalau abak baik pun kitaorg canang satu Malaya,kan?

Agak terkejut dengan aksi anak dara Che ta seorg ni...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Erk motip gambar???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok gagal lagi...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hampir berjaya...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok... berjaya...

Aku dok pikir apa la budak ni snap2... pastu dia nak naik hangin... rupanya dia try jadi mak su ijat...wakakak larikssss.... sbb mak su ijat je boleh buat gitu. Aku 10 kali buat muke tak somel mana pun macam beruang lapar je... haha keji hina diri sendiri.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak puas hati walaupun berjaya...' Muke aisyah tak chantik pun....' hahah lawak sungguh. Eh korang tahu apa maksud aku? Si Aisyah cube ambik gambar sendiri. Tanpa bantuan org. Nasib ko tak ada Facebook aisyah oiii kalau idok... habis la... cepat abak dengan mak hang dapat menantu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Haaa baru comei...

Aisyah :- Mak long cube buat muke buruk...

Aku jadi pelik... muke buruk? Macammana?

Aisyah :- Alaaa buat la muke buruk cepat...

Tak leh la Aisyah... mak long semula jadi chantik! hahahah lariksssss...dia suruh aku buat muke buruk. Macamaman lak tu? Tak yah buat buruk. Muke mak long sememangnya tak semegah mana pun. Boring punya pasal dia buat sendiri.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Buruk tak? Ini pun dia tak puas... action yang dia nak buat adalah this action!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gayak monster... hahaha mmg lawak sangat2. Bersungguh menjiwai watak.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tengok rambut mak long...apa sudah jadi... siap letak tasbih kat ponney tail mak long. Konon gaya princess... hahah princess mana pakai macam ni Syah oiiii...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mak long yang telah di make overkan oleh Aisyah... pandai je.

Dan dan je laki aku sakat si Aisyah

Zamani :- EEee buruknya...

Aisyah :- Chantik la... mak long suke kan mak long?

Zamani :- Tak... mak long tu sajer je...

Terus merajuk!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak dapat menerima hakikat hasil tangan di hina oleh pak long.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nak pujuk budak ni makan masa... suke sangat menyakat. Kadang2 bingit telinga dengar suara budak2 nangis. Jadi kesian sbb bukan pak long yang kena marah, siap yang berani marah laki aku tu,kan? Yang kena marah harus la si Aisyah. Tu yang panjang rajukkannya...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aisyah Aisyah... makin hari semakin panjang akal...

Kebahagian Dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Lagu best... now i know kenapa Aliya dengan Aisyah kalau dengar lagu ni diorg duduk kelas VIP...wakakak tetiba je aku...

Sunday, October 3, 2010

open house 3 oct

uhhh... Sangat penat ari ni... Tapi Alhamdulilla semua berjalan dgn baik. Semua cukup... Siap bagi org tapau bawak balik... Yang beshhh fida sanggup patah balik ambik lauk2 yang tertinggal sbb dia cakap rugi oooo tak tapau. Yup semua org puji menu my mil... Ku tumpang vangga jerk. Tak pa mak! Next year cida cube nak dpt pujian yang sama... Heheh tapi kena berguru la... Sepatutnya house closing at 9... Tapi ramai tak dpt dtg sbb memenuhi jemputan open house yang lain. Tetamu terakhir ku sampai kul 8 malam. Lepas tu berjuang bersihkan umah... Malas nak tangguh2 sbb kemalasan saya kalau nak dtg mmg teruk umah ni. Nasib ibu tolong sikit2. Bungkus makanan bg jiran2. Dah jemput diorg ni tak dtg... Tah apa sal tah... Diorg tak rapat dgn aku... Geng2 ibu jugak... Muah muah muah. So sekarang tengah coolkan badan sblm nak mandi, solat and zazzzz.... Tak tahan mata acik nak oiii... Ok la enry karang la aku buat. Kalau larat... Kalau tak terpaksa ar delay... So pada
siapa yang dtg, time kasih ye...

Open house

Update tru email je ni... Mata mengantuk. Isyak tak wat lagi... Dok layan fb. Twitter and blog from fon... Esok my open house. Jeng jeng jeng... Of coz bukan aku yang masak... Hahaha... Janji dengan en suami this year i will cook jamu ur friend during ari raya. Bila tiba masa gue tak confident minta tolong MIL masakkan... Next year la sayang eh... Promise tak sudah. Excited sbb first time jadi house host. Selalu menumpang ibu dgn ayah je. Kali ni sendiri anjurkan tuk kawan2. Hope semua ok dan berjalan dgn lancar. Ok la nak tido dah.... Insya allah nak tolong MIL masak...mil kata nak masak kul 6 pagi....glubbb jangan tak bangun sudah. Harus ko.... Dah la minta tolong mak mertua. Skrg nak kul 1 pagi... Ada 5 jam lagi nak bangun... My mil mmg cekap. Tadi pun tgk dia masak satu jenis lauk take 20 minit jer... Potong bahan2 pun terkial2... Masak hagaknya ambik masa 3 ari 3 malam rasanya. so kengkawan... Sudi2 ler mai umah je. Banyak juadah... Ku tengok mil
makin tambah menu makanan... Segan rasanya. So mai ye.... Jangan segan2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails