Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, April 11, 2011

One day with Rayyan

Last two week. Dengan muke penuh simpati. Minta kebenaran Pidah tuk pinjam Rayyan hanya sehari... tak bawak tido just nak jaga untuk satu hari sahaja. Memula mmg payah, tapi bila janji akan ambik and anta Rayyan dia terus agree. So pencarian umah baby sitter Rayyan di PJ di jalankan. Mabuk mak long cari umah baby sitter Rayyan. Tapi semangat kami laki bini nak jaga budak kecik tu terus memaksa kami cari walaupun susah. Bila Rayyan nampak aku dengan Zamani happy bukan main terus nak ikut balik. Senang kerja. Mcm2 dia tanya. Mana kung kung, mana da da... mana nenek.

Mencabar jugak jaga budak lasak ni.

Tp ini menguji tahap daya kekuatan dan kesabaran Zamani. Senang atau bole tak jadi ayah. Ha ha ha Kalau nak tahu Rayyan mmg suke Pak long. Semua kalau bole pak long buat. Pantang pak long tak ada depan mata... Mmg dia gelisah. Tak senang pak long nak isap rokok pun ok! Datang je, dia main2 dengan nenek dengan atuk dia, than dia kata lapar. Zamani plak lepas hantar je dia terus beli nasi ayam sbb Rayyan mmg suke makan nasik ayam. So Pidah kata, bagi dia makan. Than dia akan mengantuk dan tido. Ok noted. Bg makan, nak makan sendiri. Hasilnya??

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Makan dengan mak long, pak long, nenek dengan kung kung jadinya macam ni! Kami malas nak suap dia. Hahahah. Tak la dia pun tengok masing2 makan sendiri so nak makan sendiri. Sambil berbual cakap jerman kami gelak2 je la.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Kalau dah makan ghupo itu, maka kena la mandi. Lengas aku tengok badan penuh nasik. Nak mandi tapi nak PAK LONG Mandikan. Bole? Ha ambik la tugasan itu sambil di perhatikan mak long. Bole ke laki hambo mandikan budak kecik? Mandikan bini pun fail! hahahah opsss...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Mmg Rayyan bebas kat sini. Suke main air.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Fav kalau nampak jamban harus nak celup. Sesuatu.... menjerit aku dengan Zamani bila zamani kuar nak ambik sabun tengok dia tengah main air dalam jamban... OMG!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Zamani rela dalam terpaksa... hahahah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Siap jerit 'Along ujan ujan' Belasah...


Lepas mandi aku ingat tugas aku la siapkan dia. Tapi tak nak...


"Eeeeauuuu Ayong Yayan Buat..." (Biar along rayyan buat)


Hahah nak gelak rasa

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sila buat pak long. Si kecik ni tak nak mak long dia sentuh langsung. Yayan nak along buat, yayan nak along buat. Ulang la banyak kali

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku rasa pestime dia pakaikan lampin budak. Tak tahu mana depan mana belakang. Yayan yang ajar. Bule? Hahah mak long pun 2 kali 5 je. Kalau la gini... senang hati akak ko kalau ada anak esok. Boleh la en suami menulungkan kan kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bedak sebotol aku rasa di tuang kat dada Rayyan... belasah!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pakai kan rayyan baju

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Layan si Rayyan melukis tah apa-apa. ManS talk la konon. Bisik2, gelak2. Tah apa-apa jekan? Mak long jeles!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas mandi, bagi susu terus tido. Rayyan tido, satu umah tido ko! Lama jugak la. Kul 5 bangun si kecik ni nak tukar baju sbb minum tumpah basah tukar baju. Lepas tu terus senda gurau dengan Zamani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bini dia tersentuh melihat sifat kebapaan tu terlebih. Hahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Seronok je guraukan? Pak long tak buat gitu pun kat mak long??? Pitam!!!! hahaha...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

I like this pic... Thank you pak long jaga Yayan.... sweetkan?

Saturday, April 9, 2011

Miss My Secret Chamber blog

I miss my old blog....

Blog yang menceritakan tentang aku. Hanya diri ku. Suka duka... pahit manis yang tercatat di sana. Semua yang ku coret adalah aku sebenarnya.

Yang aku anggap diriku

Yang aku coret keperibadianku

Yang ku tulis segala luahan hati ku

Yang ku pendam sebuah emosi

Itu la aku. Itulah dunia ku. Yang ku habis masa bila terluang. In not saying ShidaZam's blog is not pure. Its still me. Same writer, with the same finger and heart writing. Sama ke? Ermmm i dont know. Bila ku compare my two blog terasa dua penulis yang berbeza.

Mungkin aku boleh ratekan blog ni as 'matang' may be? Blog yang mencoretkan dunia baru ku. Siapa aku. Siapa keluarga ku. Blog yang ku anggap kematangan dari segi pemikiran dan emosi. Tapi objective tetap satu... aku mahu mencoretkan segala kenangan di sini. Kenangan peribadi ku. Sama ada, isinya menarik perhatian atau tidak. Yang pasti aku sentiasa berwaspada agar tiada yang terguris bila membaca corak penulisan ku kali ini.

I dont know. Weak la bila nak menulis sekarang ni. I dont know why. Keinginan sentiasa ada. Dorongan sentiasa ku terima. Tapi di mana kekuatan ku yang dulu, aku sendiri tidak tahu.

Ke zamani kena beli desktop and create one room tuk aku mencipta ilham? Hahahah... banyak la ekau cida yer... Ok aku akan kembali tegar... tapi bila??? idok la saya tahu. Bagi saya masa yer...

Layan cik kak kita ni

Semalam sambutan bitrthday kat umah MIL... anak beranak je. 30% yang dtg sakit, so Aisyah dengan Aliya berserta mak long baru nak baik demam. So moody bebudak tu masih di tahap tak ada mood. Tapi lepas sesi potong kek semua, selesai makan aisyah tanya mak long

Aisyah:- Mak long birthday siapa ni?

Me:- Aisyah tak nampak ke siapa yang potong kek tadi?

Aisyah :- Tak...aisyah duduk bawah dengan mummy tadi. Pastu wan, abak semua diri situ tak nampak siapa potong kek.

Me:- Cube teka?

Ermmmm dia lari ke arah kek and patah balik arah aku

Aisyah:- Tak tahu la. Tapi kenapa ada huruf '5' dengan '3'?

Me :- Hahah tuanya... 35 la...

Aisyah :- Ha siapa yang 3 dengan 5 tu?

Me :- Pak long....

Aisyah :- 3 dengan 5 tu apa?

Me :- Bukan 3 dengan 5... 35

Aisyah :- Yelah apa tu?

Me :- Umur pak long

Aisyah :- Usshhhh banyaknya nombor...

Hahahah mmg pun Aisyah oiiii hang ingat pak long hang berapa?

Me :- Ye la pak long 35. Aisyah ingat pak long berapa tahun?

Aisyah :- Aisyah ingat pak long 30 tahun.

Gelak... amboi... tak hengat ko bagi pak long ko diskaun umur sampai 5 tahun?

Me :- 30 tahun tu umur mak long la...

Aisyah :- Wahhh kenapa tak pasang lilin??

Me tergangga...

Me:- Banyak tu syah nak pasang lilin...mau satu kek tu pun tak muat sayang oiiii....

Hahaha... lariksss mencik laki ku dengar statement tukan? Bak kata Rita rudaini... umur hanya pada angka tidak pada wajah... uhuhuhu...pak longkan remaja purba? hehehe...

Friday, April 8, 2011

Sambutan Birthday encik Zamani

Banyak cerita tertangguh sebenarnya... tapi kita skip ke bitrhday encik Zamani yer. Korang pun tahu lately kesihatan ku tak berapa nak mengizinkan. Kira dekat 3 bulan jugak la aku melepek. Tapi Alhamdulilla tak la teruk sangat. Cume badan nikan manja, tak tahan sakit. Nampak je ganaz!

Tapi gi kerja macam biasa. Awal bulan 3 hari tu dah pikir nak buat apa tuk birthday Zamani. Dan mcm dah tahu tahu je kan tak leh nak sambut together2. Hari rabu tu pagi2 aku di serang selsema! Arggg hangin, batuk semua cukup ok. Mmg nasib baik la plan dah buatkan? So kita cerita one by one ye.

Pasal hadiah.

Zamanikan suke sangat John Cena. Aku lak suka Randy Ortan... awww yang tak tahu sila google. Asik bola je bosan juga. Rasa org macam dapat tahukan apa aku nak bagi? So ingat buat lain dari yang lain. Mmg susah nak dapt barang WWE ok. Malaysia mmg elek!!!! Puas ku google, puas ku cari tapi tak jumpa. So aku minta tolong pak cu and mak cu tolong carikan kot2 ada kedai yang jual barang2 WWE ni. Tapi pak cu cakap mostly jual pun barang cetak rompak ni, so quality tak bagus. Oklah... google kat FB ada. So jual kat Singapore jugak. So minta tolong pak cu arrange. By seeing picture only ok!

Pening kepala si Kamarudin. Kejap2 nak ini, kejap nak itu. Tapi my uncle sabar melayan. Dia jadi org tengah. Masalahnya aku ni pandai sendiri, belikan Zamani T-hirst kaler oren lak... rupanya this year kaler T-shirt john Cena is Purple! Ha dah order diam je la... kan? Lagi pun i prefer oren kaler. Hahah harus la dia pakai fav kaler aku sbb aku yang nak tengok. Wink wink....

So after payment buat semua. Masa penghantaran 10 hari. Pengsan! Yang bincang dengan pak cu pasal kaler la, pasal saiz baju la semua dah ambik masa 3-4 hari kot. So baju tu tahu tak dapat bila? Jumaat lepas. Ha nasib baik la sempat. Kalau idok??? Pening aku dok sms pak cu macammana ni barang tak dapat. Habis suprise aku. Dan hargenya???hhahah buleh la tahang! Aku takut quality baju tu tak ok je. Bayar mahal2 baik aku belikan dia baju SUPERMAN kan? hahah muat ke? Kah kah kah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


So ni la baju dengan cap... hope hubby like it! Uhuk risau ok! Zamani kan memilih. Ini tak sesuai tak nak pakai. Duit akak dah habis banyak ni... hahah ungkit!



Pasal Kek

Frust frust frust! Bukan dari kak pnut. Aku pun malas ler nak kacau kak pnut. Last year sampai migrain kak pnut melayan aku. Kali ni kawan blogger aku Anna dan Khairul suggest. Yang penting ada delivery. Itu je pun yang penting. So aku ni kan gelabah ayam. Aku rasa yang sesuai layan aku kak pnut je la. Punya la panic. Sbb aku lebih2... hahah yang buatnya relex je. Sampai aku book 6 april tu by pay deposit. Tawakal je. Harap semua jalan dengan baik.

So aku paksa Miza (org yang ku tempah kek) hantor kek sblm kul 4 kat opis Zamani. Gelabah akak, ko tahu. Sian laki aku dah la tak ada sambutan kek. Aku tak leh la... kalau birthday mesti ada kek! Kalau tak ada kek tak birthday namanya. So ini la keknya....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Simplekan? Tak pa... zamani kata rasa kek sedap setanding dengan kak Pnut. Yang penting keknya tak la manis **wink wink kat kak pnut....** Eveyone know kak pnut mmg menitik beratkan kek dia mmg tak manis. Baik cream maupun kek tu.


Hadiah Sampingan A.K.A Hadiah penyelamat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku sent kat opis Zamani sbb dlm2 banyak hadiah aku confident hadiah ni je busuk2 pun akan dapat. Sbb payment on line. Mean aku boleh jadi hulk kalau tak hantar hadiah ni. Mmg dari pagi aku call company ni remain diorg hantar sblm kul 4. Adalah 4 kali call siap maki2. Dah la aku tak ada suarakan? Hadiah ni aku mmg get ready sbb tak yakin.Kalau hadiah T-shirt dan cap tu tak sampai pada tarikh kejadian.

Kek pun aku takut kalau Miza tak dapat nak deliver on time. Aku tak sampai hati nak bising2. KAlau yang ni mmg aku sanggup memekak siang malam. Tapi benda ni yang last sampai kat Zamani, on the way dia nak balik, receptionist tahan bagi dia. Hampagaskan??? Tapi tak pa segalanya jalan dengan lancar.

Ingat nak dinner together2 dengan Zamani. Kot makan candle lite dinner ke malam tu. Tapi aku flat. Kul 4 aku call ayah ambik aku kerja. Tido sampai terjaga2 sbb hidung ku blok. Batuk tak lepas. Terus je gi klinik malam tu jugak. Sian Zamani call tanya aku kat mana aku kata aku gi Klinik kat shah alam. So dia yang baru nak masuk bandar klang, patah balik temankan bini dia.

Uhhhh aku rasa lega la semua selesai walaupun ada benda yang aku rasa tak puas hati. Next year aku ambik cuti uruskan sendiri la... hahaha kantoi bagitahu plan next year plak. Tapi mmg malam tu aku totally out. Ya Allah sian laki akukan? Malam birthday mengadap bini yang terbongkang tido sbb makan ubat selsema dan batuk. Tahu2 semua dia update kat FB saying he really happy yesterday. Cume im not there. Tapi tak pa la janji dia tak la rasa kesunyian dan sedih birthday dia tak ada yang menyambut. Apa beza adanya aku atau takkan?

Malam birthday dia tu aku sajer je tak nak ingatkan dia apa-apa. Sekali mak aku lak buat suprise. Call wish dia kul 12 malam than suruh collect hadiah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

T- shirt polo dari ibu dengan ayah tuk Zamani.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Muke happy dapat baju baru....

Akak sentap! hahahah tak la... happy la. At least ada gak dia nak senyum malam birthday diakan? Sbb aku tak ada beli kek nak makan sama2. Uhuhuu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa pun im happy if he happy. Tak ada benda yang lebih mengembirakan dari melihat org yang aku sayang gembira. See walaupun gambar dia atas aku tengah tido, dia posing sakan dengan hadiah harijadinya. Im sorry baby but hope you happy! Aku bukan nak bodek sesiapa, nak org pandang aku isteri yang sweet ke, apa ke. Just to make my man happy on his day! Itu je. Dia happykan? Dua hari senyum tak henti kira kejayaan besar bagi aku... ahak! Sok kalau aku mati dia ingat jugak apa aku buat tuk dia, idok gitu? Heheh mengarut aku ni. Apa pun korang layan je la ye....

Happy bithday honey! I love you always and forever!

p/S :- Entry ni aku main taip je... tak baca lik... kalau ayat pelik2 korang buat2 faham je la ye...acik dalam mode tak kose nak cek!

Wednesday, April 6, 2011

To Man That I Love mOsT

STICKY NOTE FOR TODAY



34 Years ago...
(Ana NorZamani setahun)


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tuk Ana NorZamani Anwar.... Selamat Hari Jadi Sayang.

Sejak aku kenal Zamani, mcm2 panggilan manja yang aku panggil kecuali "ABANG" ahak! Dia sendiri gelak guling2 bila dengar aku panggil dia abangkan? Boleh je kalau nak? Ehem ehem... ok that base on request.

Jadi lepas kawin panggilan "Bee" mungkin tuk hubby... but to me he is my baby... wahhhh ( nangis ko baca. layan je kata wish birthday)

So my dear Baby...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Happy bithday to you Sayang... tak ada hadiah istimewa yang dapat ku berikan hanya kasih dan sayang. Terima kasih di atas segalanya. Kasih sayang mu yang tak terhingga buat ku. You are such wonderful husband who always care and loving person. Insya Allah kalau di beri keizinan Allah, ku tahu kamu akan menjadi ayah yang penyayang dan pemimpin yang baik buat keluarga kita, Insya Allah dengan izinNya.

Have nice day today. Enjoy your day with ur friend sbb dua2 tak cuti. Ahak! Akak nak cuti tapi sayangnya lately dah banyak sangat MC and Emergency leave. So since abang Jamani pun tak ambik cuti. Maka sambutan balik kerja la kot.

Alamak! sadis sbb ku tak dapat nak buat plan special buat suami ku hari ni. Macam birthday dia yang lepas. Sob sob... sadis tapi aku harap dia faham. Kan kan kan??? Hadiah kang request la apa-apa... kang ku beli la. Kang beli sendiri tak suke payah jugak. Wahhhh ko tengok ini yang jadi bila dah dua tahun kawin. Sok masuk 6 tahun hagaknya entry pun daku lupa.

Semoga suami ku di murahkan rezeki selalu. Menjadi suami dan ayah yang baik. Semoga di panjangkan usia dan sentiasa la nampak abang remaja yer. Uhuk! Dan tuk mak dan abak tidak terkecuali. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan, mendidik dia menjadi Zamani insan yang teristimewa buat cida...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Semoga ikatan kita kekal selamanya. Semoga kasih sayang kita terjalin teguh sampai bebila...

Happy Anniversary sayang!!! wakakak salah wish... opssss... salah la mak long!!!!


Happy-Birthday-Comments

Dear Suamiku Zamani....

Monday, April 4, 2011

Jangan buat macam tu

Semalam Zamani and me layan cerita Kayangan... Tengok tak cerita tu? Aku hanya layan cerita FAzura belakon. I like Fazura... sbb dia cantik. So jalan cerita macam haram pun aku tak kisah. So biasalah kami laki bini kritik hebat. Satu babak (wahhh ayat zaman batu) di mana Fazura duduk kat opis kerja lebih masa. Pekerja lain dah balik. So Fazura offer nak belanja bos dia makan. But kebetulan fon bunyi.... GF bos dia call. So dialog antara bos dngan GF dia mcm ni

Gurlfriend :- You kat mana?

Bos :- I kat opis la sayang...

Gurlfried :- Sorang je ke?

Bos :- Dengan Maisara (Fazura)

Of coz la GF dia mengamuk tul? Time dia kata dengan Maisara aku dengan Zamani tepuk dahi...

Bodo la asal gi cakap....

Lor dah tahu gurlfriend macam tu lagi mau cakap dengan minah nikan...

Bla bla bla.. aku dengan Zamani mengomel...pastu ayat Zamani

Zamani :- Tu la jujur sangat lelaki ni... cakap la dia sengsorang kat opis. Kan tak pasal2 gurlpren dia dah kacau...

Aku ;- Tu la cakap la dia sorg kan...

Tetibakan Allah mcm gerakkan ati aku... cube ko kat tempat Gurlpren dia laki ko tipu... wahhh tetiba sentap

Aku :- Eh! ni cerita ni je tau... kau jangan nak tipu aku mcm ni...

Tetiba akak emokan??? oh no no no... can not give any green light... hijau tua ka muda ka... never!!! Zamani gelak

Zamani :- Alamak! macam tahu plak... kantoi!

Gelak2... amboi suke ko! aku dari sakit kepala terus duduk

Aku :- B jangannnnnn...haaaaa.... jangan buat pasal...

Zamani :- Hahah tak la... kot u tanya i, i tak cakap dengan perempuan, i cakap la i dengan ben ke, dengan JJ ke, dengan Ryan ke...

Bulats mata aku....Ha! sokong2 jugak...korang nak sokong laki korang buat gitu... terus dalam ati tertanya balik...apa hero dlm cerita tu buat benda yang betul ke salah??? korang rasa??? letakkan diri korang dalam tu. Sbb aku tak suke watak gurlpren dia dalam tu. Gedik macam ulat bulu ok! Hahah pastu emosi tetiba kan??? hahah layannnnn

Bila musibah menimpa

Kadang2 aku marah aku benci Zamani bila aku ada masalah dengan dia. Biasa asam garam rumahtangga. Aku akan benci, aku akan menyampah. Kalau tiket gi London tu RM 1.20 mmg aku dah bla gi sana... chewah ni kalau marah la...

Bila kehidupan sebagai suami isteri ni payah sikit kalau gaduh. Bukan macam bercinta. Sbb akan ada bias. Bila kita cerita pada kawan rapat kita, pasti dia menangkan kita. Betul? Lagi mengapi2kan. Sama jugak kalau kita mengadu pada keluarga kita. Pasti keluarga kita akan sidekan kita, dia akan di pandang serong dan timbul lak profile yang tak baik kat dahi suami kita esok. Kalau kita mengadu kat keluarga mertua, kalau mertua yang baik oklah tapi ada setengah mertua tak terima dan akan menunding jari balik kepada kita.

Kalau aku baru2 kawin mmg cepat melenting dan asik nak tinggalkan umah je. Wakakak...larik umah mak ayah kat Putrajaya, sampai sana kena halau kalau tak ada suami. Aaaacam no tu? Harapan nak suami ni pujuk cari la. Tapi Zamani kalau marah motto dia "Aku sayang kau selalu telah bertukar pada gi mammmm sama ko..." Nak cari? Tak yah kot. Macammana ko tahu kuar macam tu la ko tahu balik. Ahak! terus lepas insiden itu akak tak berani dah nak kuar umah. Mogok dalam umah ajo.

Dah tu tido bilik asing2 plak... ahak! buruk la perangai ekau berdua laki bini. Kami gaduh tak pakai suara. Kami pakai SMS... wakakak... cara mengontrol marah... bertalu2 sms kalau gaduh tu. Sbb mmg two way communication mmg memburukkan keadaaan. Kalau sms ni senang sikit. Rasa malas nak layan off handfon.

Pastu dengar lak nasihat biras ku... tak elok isteri meninggalkan bilik tido tanpa kebenaran suami. Apa ni semua dosa dosa... apa suami buat tak dosa ke? Mula la episod tido bawah lantai. Kah kah kah...lawak tak? Punya la ko tak sanggup nak dosa dengan suami tukan?

Itulah rumahtangga. Tapi bila baik, itu adalah saat yang paling indah. Menyesal tak sudah asal aku ego sangat sampai tahap mcm tu sekali. Syokkan? Abang Zamani kalau cool dia terus bertukar menjadi sorg yang romantik. I like!

TAPIKAN.... whan its happen to my friend. Ada yang mengadu suami dia macam ni macam tu. Aku rasa insap. Alhamdulilla selagi boleh aku akan tenangkan kawan ku supaya banyak bersabar sbb bila marah mmg kita takkan puasati dengan pasangan kita. Hello ni bukan boipren gurlfreind ko nak suruh kawan ko bercerai beraikan? Time aku nasihatkan kawan tu, aku lupa aku jugak pernah ada di dalam keadaan mereka. Mmg la kecik ati semua ada. Tapi bila kita pikir pergorbaaan mereka yang lebih banyak dr apa yang kita lalui, sejukkan hati tu dengan memaafkan. Dan kita perlu mula mengukur kelemahan kita. Di mana kelemahan kita sebenarnya. Biarpun pada cerita itu nampak pasangan kita yang salah.

Tah... aku ni menasihatkan org mmg xpert tapi kena batang idung sendiri, aku gelabah jugak. Bukan sikit banyak. Mula la pasang lagu sedih2. Poyo nak matikan... bila keadaan reda, no more sms. Tempat aku luahkan rasa sedih kat FB la... wakakak my husband is good sekodeng in his wife profile... kah kah kah. Akak mmg poyo tulis kasi dia faham sikit isi hati ni. Korang nak kata apa katalah sbb i know my husband will respond. Kalau dia marah dia akan tulis begini menerusi sms

"Kasi la satu dunia tahu kita gaduh" Wakakaka... contoh!!! Itu tanda tak baik tu. Maknanya perang dingin sepoi bahasa berlangsung 3 hari lagi. Gigit bantal la ekau kalau itu berlaku.

So tiap kali nak tulis tu ku make sure dia dengan aku je faham... kui kui kui... pecah dah lubang eh?

Asal aku tulis entry ni? Tah... to me kawan ada macam2 kawan. Yang baik, yang buruk. Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa menasihati yang baik2 tentang hubungan itu. Kalau dah hubungan tu keroh jangan di tambah lagi. Biasalah kalau gaduh2 ni masing2 nak menang. Tak perlulah kita nak jadi penasihat mengajar yang bukan2. Cukup sekadar mengigatkan kebaikan yang pernah si suami buat. Tak adil kalau kita panjangkan cerita. Kan?

So yang kawin tu pikir banyak2 kali... hahahah tetiba.... penutup nan ado...kering udah ideo aku.. bye!

Kalau zamani baca ni tentu dia gelak sbb aku bukan macam tu, aku adalah wanita yang suke bermain dengan emosi. Kalau nak besarkan cerita mmg bagi kat aku. Bole buat telenovella 180 episod. Nak buat come back telenovella pun bole. Muke ni kalau ungkit mengungkit mmg juara.

Friday, April 1, 2011

Tak baik cakap BOBO

Satu malam...(chewah suspen bunyiknya) kami one family kuar makan. I mean my in law family. Kami suke makan secara jemaah ni. Heheh lebih seronok. Aisyah dengan Aliya macam biasa nak naik kereta sport pak long yang ala ala Ferari Malaya tukan... sedang berbual suami isteri tetiba ada moto masuk simpang

Zamani :- Eshhh bodo tul motor ni! Nasib baik tak langar

Tetiba aisyah menyampuk

Aisyah :- Pak long... mana leh cakap bodo... Allah marah la.

Zamani terkedu jap. Aku pun sama. Hahah kantoi kena sound tepek

Zamani :- Mana ada cakap Bodoh. Aisyah salah dengar tu

Aisyah ;- Ya... aisyah dengar tadi

Zamani :- Pak long cakap BoBo la

Ko belasah je suami ku!

Aisyah :- Bobo pun tak leh sebut la. Nanti Allah marah... nanti pak long masuk PENJARA!

Aisyah nak cakap Neraka... tang dia kata penjara tu Zamani gelak tak hengat. Aliya yang tak tahu apa-apa pun gelakkan kakak dia. Nasib baik ustazah Aisyah tak sentap malam tu

Zamani :- Kalau cakap bodo masuk penjara, tak ada org dalam dunia ni shah oiiii

Aku :- Masuk neraka aisyah. Penjara tu polis je boleh masukkan.

Aisyah :- Ha! neraka. Kalau pak long cakap bodo nanti masuk nerakakan mak long? Kena bakar kulit dengan tangan

Zamani :- Hahah... yer ke? Tapi tak ada apa pun tangan pak long

Aisyah mcm blur... cis laki aku ni. See macammana budak nak takut kalau gitu. Penat ustazah kat sekolah terangkan.

Aisyah :- Nanti laa... bukan sekarang. Bila masuk neraka la...


Heheh lawak... harap Aisyah jadi anak yang baik yer... dengar cakap abak dengan mummy. Jadi anak yang soleha. Sentiasa ingat dan takut Allah...

Tidak takut ka?

Semalam berbual dengan Zamani... bual kosong pasal didikan anak2 zaman sekarang. Tengok budak2 sekarang ni sangat jahil. Langsung tak rasa takut pada Allah. Jauh sekali kalau dengan mak bapak.

Kalau di kawal terlalu ketat menjadi masalah. Kalau longgar lagi la pijak kepala. Dont know what in kids mind now days. Aku pun pernah jugak remaja. Pernah jugak jiwa bergelora nak tahu semua benda. But Alhamdulilla im the on right track. Liar aku dulu pun aku still takut Tuhan, still takut nak kecikkan ati ayah dan ibu. Kalau nak compare the way ayah layan aku dulu lagi teruk dari sekarang. Mcm org asing. I can say that. Sampai aku tak rasa itu ayah aku sbb dia tak pernah tunjukkan kasih sayang dia pada aku.

Dia tak ada on report card day

Dia sering bagi alasan on my sport day

Dia sering buat tak tahu kalau aku ada masalah sekolah. Subject and everything

Sampai rasa jeles. Kenapa bapak kawan2 aku dapat layanan yang best dengan ayah diorg. Ayah tak pernah sekali cium aku. Peluk jauh sekali. Tapi aku tak pernah pun benci dia bila dah besar. Aku tak pernah rasa nak tinggalkan dia sendiri walaupun terdetik esok kalau aku senang, lantak la dengan ayah.

Bila aku dapat result yang buruk. Hanya Allah je tahu betapa takutnya aku nak tunjuk report book tu. Belum dapat 'D' pun. Baru je 'C' dah nangis2 macam dah habis nyawa kau. Tapi ayah tak pernah pun pukul. But i can see la muke frust dia bila tengok result aku.

Tapi budak2 sekarang.... alamakkkkk.... aku rasa sekolah agama dah wajib jugakkan tuk ambik? I mean most parents sekarang hantar anak sekolah kebangsaan pagi, petang sekolah agama. Kalau sekolah petang, sekolah agama pagi. Tapi tak faham kenapa mereka masih tak tahu soal agama.

Im luck to have grandparents yang garang nak mati dulu... subuh je dah kena libas dengan sejadah. Zuhur je dah kena jerit, Asar je dah kena seret, Magrib je dah kena paksa jemaah. Ku akui didikan agama aku tak la hebat mana. Dah tu kena ikut nenek aku gi kelas agama... mak!! bosan ko! Jangan marah ZY... ( hahah kelas mak dia daaaaaa)

Aku benci kalau cuti sekolah. Mmg fun balik kampung. Tapi kena paksa masuk kelas mengaji la. Kelas agama la. Tak cukup tu, kat umah atuk ko tak solat siap.

Dulu aku kalerkan rambut. Sampai atuk ambik gunting nak gunting rambut yang aku hitelight tu. Menangis2 aku ok. Aku tindik lebih dari 3... hambik org tua tu main tarik je kat telinga. Bukak atau jangan masuk umah tu. Gila tak? Sekarang diorg dah tua. Tak larat nak bisng2. Tapi seeing my cozen, aku cume cakap! Ur lucky now... not like us those day. Tapi we are lucky to be what we are right now. Sumpah aku risau cara didikan anak aku sok.

I dont want she/he hates us. Zamani dah cakap kot ada rezeki tuk dapat anak esok jangan spoil anak dengan wang ringgit. Jangan spoil anak dengan percaya kata2 mereka. Jangan spoil anak bila ada org tegur, kita nak sentap atau marah. Selagi budak tu tak cederala.

Aku pulak risau Zamani kalau jadi ayah, dia akan jadi garang. Nampak je laki aku mcm tu... bagi dia marah tengok. Ahak! seram jugak. Org kata nama pun lelaki, sekali letak tangan boleh membahayakan jugak. Aku takut dia lepas tangan dalam soal menjaga anak. Sbb???? i know dia cepat bosan bila mengadap budak... ahak! Tapi tak tahu eh itu anak org. Anak sendiri mana tahu boleh berubah.

Sok kalau ada anak, i want him involve everything.

Medical check up anak he must be there.

Birthday anak... if posibble kalau dia boleh suggest and give idea nak buat party ke apa ke. BUAT KEK ke... wink wink kat che ta sekeluarga. Yang penting involve so that anak tu tak la terasa asing dengan bapak sendiri... like mak dia yang kecik ati dengan kung kung...uhuk!

Shopping! I want him to get involve also. Bukan duduk one koner layan PSP...

Budak masuk sekolah, i want him to be there! Buat pendaftaran sama2 dengan aku. Not just ask and give money and aku buat sendiri...

Ajar anak solat... mengaji... bukan takat main game je. Kalau boleh biar la basic tu dari umah walaupun sekolah mmg dah ajar semua tu. Tapi lebih afdal kalau bermula dari umahkan?

Sport day

Report card day

Any day! I want Zamani to be there.... sbb aku tahu anak tu macamaman sayang ayah pun dia tetap akan ingat si ibu. Tapi kalau anak yang jauh dengan ayah ni payah sikit sbb aku takut kesannya satu hari nanti. Tah la... angan2 je semua ni... org kata zaman sekarang ni laki bini bina kerja. So apa pun sama2 la jaga kalau nak anak tu jadi org. Zaman dah berubah. Pengaruh luar makin hebat sekarang.

Wallahualam...

Thursday, March 31, 2011

Pernah tak korang cuci sendiri?

Ha ni nak marah...pagi tadi ikut ibu pergi cek pap-smear kat klinik kesihatan kat sini. So dah alang2 meneman, aku buat la ujian sama. Ujian nak tengok kepekatan darah aku. So boleh buat walaupun aku buat kat Putrajayakan? Dah ambik ujian darah diorg suruh aku gi kencing sbb nak tengok urin.

Oklah tanya mana makmal. Dia tunjuk situ sana. Aku ikut je la. Than ada la tulis MAKMAL. Aku rasa mmg diorg ni berat mulut la. Ikut hati aku nak aku sumbat air kencing aku tu dalam mulut diorg. Ha! AstafiruAllah... tak baik ko cida.

This indian lady... mmg kena dengan aku. Jangan ingat ko pegawai makmal ko cukup bagus. Di sini aku nak nyatakan.

FIRST :- Aku pestime kat situ

SECOND :- Tak ada arahan atau nota nak aku baca!

So ko macam org utan masuk bandar. Eh aku bukan la org utan... wakakak kaber kaber sebelum ada org kata aku org utan. Tercari2 la nak buat apa. I ask this indian lady. Nice and polite

Aku :- Letak sini ke?

Tak jawab apa, angguk... than dia cakap

RUDE LADY :- Ambik bekas gi kencing. Toilet belakang.

Ha! arahan dia macam tu. So ko rasa macammana? Aku terpinga2. Bekas kencing??? Dah ko tak tahukan. Aku nampak la botol2 banyak tapi kalau aku ambik benda salah tak ke haru? So aku blur lagi. Dia tinggikan suara dia sikit... tak banyak la... tapi cukup buat aku tahu dia naik hangin.

RUDE LADY :- Sana tu. Ambik bekas tu, toilet kat belakang.

Belakang mana? Belakang ko ke? Nak je aku cakap mcm tukan? Tapi oklah aku ada otak. Mungkin maksud dia toilet kat bangunan belakang. So aku pergi. Terserempak dengan seorg perempuan mengandung yang pegang sama bekas dengan aku. Aku tak nampak toilet so i ask her. Boleh tahan jugak la sombongnya.

Aku :- Sori yer, kat mana toilet?

Pregnant lady :- Terus je kat belakang.

Oklah ku faham la dia mengandung. Moody may be. Aku tak kisah, sbb aku yang tanya dia pun dia bukan kerja situ punkan?

So dah selesai semua aku gi balik kat perempuan tu. Ha! ni menaip pun aku terasa bahang yang aku masih marah lagi.

Macam mana-mana klinik pun akan letak bekas. Betul? Dia bukak apa tah masuk dalam air kencing tu terus buang. Tak pulak aku tengok dia tulis apa-apa kat buku rekod ke apa. So it like kau membazirkan air kencing aku... wakakak... idok la,macam apa motip ko ambik ujian air kencing tu? Dia bukan buang air kencing aku, dia buang benda yang dia dah test tu ler. Pastu aku konon nak duduk la. Dia cakap dengan nada yang tinggi gila macam aku adik2 kaukan

RUDE LADY :- Heiiiii buang air kencing ni dan cuci bekas tu letak tepi tu. FIRST TIME DATANG KE???

WTF! Wahhh lebih... Aku berdiri pandang dia dengan penuh geram. Eh mmg siap nak gaduh la.

Me :- YES! THIS IS MY FIRST TIME!

Tengok muke aku yang menyinga ni kot. Baru dia macam terkedu sikit.

RUDE LADY :-Oh... basuh bekas ni, letak sana balik ye.

3 saat aku tengok dia sampai dia buat kerja dia balik. Aku ambik bekas tu buang dan cuci... sblm keluar sempat la aku cakap

"Kurang ajar!" Nasib baik aku boleh pikir lagi. Kalau mak aku ada time tu mmg dah aku sajer cakap kuat2... teringat pensyarah aku kat uni dulu cerita. Kalau kita gi sepital atau klinik kerajaan ni, ko kena buat macam ko bagus sikit. Cakap omputeh terus. Hahah confirm diorg hormat. But its true. Mcm lecture aku cerita bini dia nak bersalin. Diorg buat bodo je. Tapi lecture aku ni terus buat mcm garang. Dia mmg kureng cakap omputeh, bukan tak tahu tapi dia kata dia cakap omputeh buruk rasanya bunyinya. So bila pegawai perubatan tu tanya je dia jawab "YES" "NO" "OF CAUSE" "ALRITE" hahaha... oh tapi buat kat nurse je yer... doktor ko jangan la velagak nak cakap omputeh. Hahah silap besar. Ini mentality la. Tapi betul aku practikkan benda ni. Sbb ada nurse yang kerek ni kan kita kena lawan mcm tu tau. Baru reti nak cakap bebaik

Eh siapa yang nurse tu minta maaf ye... tapi kalau anda di tempat saya. Itu juga anda akan rasa. Bukan la minta layan macam raja. Aku pun tahu, aku gi ni pun FREE. So ko nak xpect apa punkan? Layanan first klas? Tapi adalah hormat. Kita bukan budak2.

Sambung cerita. Masuk balik jumpa nurse kat dalam. Sbb diorg nak tengok keputusan lab. Mmg aku membebel kat mak aku la...

"Tak ada rasa hormat... bla bla bla bla..." Hahah sajer cakap kuat2 sbb nurse kat kaunter depan tu pun tadi mmg kerek dengan aku. Soalan aku kat dia senang je. Bukan soalan la, aku cume bagi kenyataan lisan. kah kah kah. Sbb dia nak ambik darah tukan. Dia ada cakap nak test kencing. So aku pelik la. Sbb baru buat kat Putrajaya ari tu kan? So i tot same procedure. Dia jawab apa tau

"Berapa kali pun awak datang, kena jugak ambik. Awak ambik kat putrajaya ke, awak ambik kat shah alam ke, kena jugak ambik" Apa masalah ko perempuan? So that time aku rasa aku salah la kot. Dah kena dengan indian lady tu mmg naik la darah aku. Siap aku cakap kat ibu

"Rasa2 tak nak kerja, rasa2 kerja ni stress. Jangan buat. Suruh je org lain buat. Apa masalah pun? Buat org macam bebudak, Rayyan tu kau marah pun dia tahu balas la... Ko Pa Ko?"

Ibu gelak...dah tu ibu pun mengadu one nurse ni being rude to her. Lagi la aku naik hanginkan?!

Terus sepekong dengan mak sendiri

"Which one???" Hahahah bias betul la....

Ibu :- Ala along ni... cube control marah tu...tak baik.

Terus istifar... betul jugak. Nasib baik mak aku adakan? Panas punggung aku kat situ. Nak kata aku gi lewat idok jugak. Bukak je klinik tu, aku dengan ibu je yang ada pun. So apa masalah diorg?

Tah la... kongsi je. Mana tahu kot ada pegawai perubatan yang baca boleh la faham apa yang kami rasa. Kami tahu its free. Org macam aku tak mampu nak gi Ampang Putri, Pantai semua. Tapi hagak2 la, jangan la buat yang datang tu mcm pengemis. Seyes kalau aku nampak org tua yang kena mcm aku, aku sanggup lawan. Biar pun aku terpaksa jumpa menteri kesihatan... hahah sampai ke situ sekalikan?

Mcm Zamani cakap...

"Apa yang ayang harapkan? Treatment first kelas when its free?"

Yah doesnt mean you have right to serve ppl like that. Diorg pun makan gaji jugak and barang kat sepital tu pun bukan diorg yang derma tuk masyarakat. Betul? The doktor yang ada qualification tinggi melangit boleh sabar, boleh layan pesakit baik. Kenapa you cant? Than dont be in this field than. Your not helping people. Mcm kita oklah faham. Those yang betul2 tak mampu? Ko layan macam tu... perh sedih siot.

Oklah bukan la nak kutuk atau hina. Tapi sakit hati. Apa pun...

Istifar... heheh aku mmg banyak istifar tadi tahan marah... alhamdulilla... cool la jugak marah tu bila ayahku BEKAS PEGAWAI KERAJAAN buat lawak bila anak dia mengadu this and that. Hahah dia lak terasakan? Muah muah muah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails