Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, July 18, 2011

liverpool vs Harimau Malaysia

Siapa tengok???

Sob sob... tak gi pun tau match tu. Last minit abang Zamani cancel sbb risaukan bini dia. Tah apa dia nak risau. Aku volunteer tak pergi and suruh dia gi, dia tak nak. Cakap tak syok... alahai suami saya...

Walaupun aku tahu itu minat dan idaman dia nak jumpa player Liverpool. Nak pergi anfield tah bila la.

Dia tak nak aku berasak2 sama dalam tu. Penuh umat manusia. So tak leh nak argue lagi. U know Zamani la... kalau dia kata itam, itam... you can not go means can not...

Ok bukan tu je. Dia kata by 2013 diorg datang lagi. Next year Europe cup (tak silap) so tak datang, by 2013 datang balik. So hope bole pergi lagi. Insya Allah. Sian suami ku. Nasib baik ari tu, Fida datang satu family. So tengok match la...

Vangga ko! Malaysia goal 3 bijik... time Safee Sali goal buat kali ke dua. Si rayyan tak tengok pun. Bila org jerit goal, dia pun sibuk high-five dengan nenek dia...hahah nenek je rajin nak layan dia... padadal nenek dengan cucu pasal bola tak tahu pun. Org jerit goal gedik dua2 berhigh-five bagai... mak aku biasa la...layan cucu terlebih2.

Tetiba Rayyan bersuara

Rayyan :- Eh ni macam ayen kan?

Sambil tunjuk safee sali... biasalah dapat score goal dengan big team ni! Mmg 7 keturunan si Safee sali cerita kat anak cucu dia, yer dak? Hahah jahat aku. gurau... bangga bangga...

Ekceli si rayyan nak cakap rambut si Safee sali tu mcm dia, rambut terpacak. Hahah tapi budak lesen 'P' baru nak belajar cakapkan? Dia cakap safee sali ni mcam dia... aku gelak la

Me :- Ah! dan dan ni ayen... eee tak malu cakap dia plak... perasan..bla la lu!

Aku kacau dia la... hahah dia tengok aku...tahu jawab apa?

Rayyan :- Alaaaa ayong ni! Bla la lu! Apa pun tak leh???

Me??? bukan sentap... tapi padan muke mak longkan? Semua gelak tertongeng2 bila aku kena sound dengan Rayyan, siap dia buat gaya2 tangan lagi... berani ko kuarkan kata2 itu Rayyan Khenhaizi!!! pang nak??

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Than aku tanya dia lagi

Aku :- Ayen dah besar nak jadi apa?

Ayen :- Jadi orang la...

Eh eh...

Aku :- Mak long ingat nak jadi beruk! hahah...

Ayen :- Eh nape kau!

Eh eh faham lak... wakakak...

Cute la si sinchan kecik tu... nak cubit2 pipi dia! geram!

kindda sweet

Ok... aku tak kenal family ni. Tapi aku nak ceritakan kat korang. Sbb me and Zamani pun tumpang excited dengan family ni.

Jumaat lepas, teringin nak makan kat Secret Resepi. So tengah makan, tetiba tertarik nak tengok family ni. Diorg tiga beranak. Order 3 slice kek. Pastu setiap kek tu ada lilin... aku terus suruh zamani tengok. Bukan kami je tengok tapi semua org dalam kedai tu tengok...sbb diorg sendiri mcm have fun dengan occasion yang diorg anjurkan ni.

Sweetnya family ni!

Diorg sambut Birthday budak tu, atau mak dia. Aku tak tahu tapi nanyi lagu birthday. Diorg buat mcm diorg bertiga je dalam kedai tu. Walaupun ramai org dah tengok2. Tapi boleh nampak the litter gurl happy sangat2. Dia pun tepuk2 tangan dan sesi gambar pun diorg tak malu ok... tak ada la kaber2. Memula mak dia ambik dengan anak... than gambar anak sorg. Tukar plak bapak ambik dengan anak. Last2 panggil org ambik gambar mereka tiga beranak.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar di atas aku ambik lepas diorg dah bergambar. Dah bertiup lilin bagai... So mata aku mmg tak lepas dari pandang mereka bertiga... small family tapi happy. Itu yang semua nak.

So aku bagitahu Zamani. Sweet la family ni.

Zamani pun setuju. To him birthday tak perlu la besar. Sbb budak sekecik tu yang dia tahu sambut birthday ada kek. Dengan siapa di sambut dia tak kisah. Mostly la. Aku suke tengok budak ni. Kalau aku jadi mak dia, aku pun happy la! Dia posing siap cium mak dia. Cium bapak dia. Dan aku rasa umur dia baru 4-5 tahun kot.

Ekceli terpulanglakan... macam aku sendiri. Aku pun nak sambut besar2. Gila apa! Ko beranakkan dia, setahun dah berlalu tentu sahaja la ko nak sambut kegembiraan tu... tahun lepas aku meneran bagai nak rak ok! Tahun lepas perut aku kena kelar... so sukati aku la nak sambut macammana. Kan? As a mother aku pun rasa mcm tu. In fact kalau boleh aku nak sambut kelahiran/kematian Aryssa every Nov. Walaupun aku sedih dua tahun lepas but, aku kena ingat yang aku lepaskan seseorg di syurga dan dia akan bawak kami sekeluarga di sana Insya Allah. Kalau kita lupakan dia di sini, apa reason dia nak ingat kita kat sana nanti. Ok ni apa yang aku rasa ye. Mmg ada org leh lupa dan anggap hidup perlu di teruskan. Tapi tah... kita bukan meratapi, tp mengigati. Dua benda yang beza yer.

Aku sering ingatkan Zamani. Walaupun kita tak jaga. Tapi dia amanah Allah. Walaupun Aryssa sok ada 10 adik! (Chewahhhh abang Zamani sedia je la... wakakk veranggan!) insya Allah aku takkan lupakan hari sejarah tu. Walaupun aku tahu di akhir nanti/satu hari nanti aku akan lupakan dia tapi aku harap aku tak lupa sedekah Al-fatiha dan Yassin je buat dia. Insya Allah aku tak lupa semua tu.

INI LA AKU... SUKE NAK FEELING2 CERITA SEDIHKAN?!!

Balik pada cerita!

And mcm Zamani lak dia berpendapat anak2 ni nak buat birthday parti bila dia usia 4-5 tahun ke atas. Sbb by the time dia lagi hargai benda2 tu. Ingat dan gumbira di hari jadi diorg. Atau korang leh kata yang bapak2 ni simpan buget! Wakaka...

Tapi! sejak tahun lepaskan. Aku suke cara kakak aku menyambut kelahiran anak-anak dia. Ekceli menyedarkan la. Sbb dia menyambut harijadi anak dia kat umah anak2 yatim. Yer la kata dia dari kita bagi makan anak2 kawan2, jiran2 yang kaya2. Kenapa tak kita kongsi dengan mereka yang tak pernah rasa gumbira. And menyedarkan aku. Insya Allah kalau Allah izinkan aku nak buat cara kakak aku tu. Sweet. sbb last year aku hantar mee hun kat umah anak2 yatim yang dia kenalkan. Hati aku sedih. Aku tak malu nangis kat depan anak2 yatim tu. Syadu ok...sebak jugak dada tengok diorg terima bungkusan2 mee hun dan goodies beg yang aku bagi tuk diorg. Biasalah anak2 kecik yang tak ada dosa ni, apa je diaorg tahukan?

Tapi tah... may be ini adalah khimah Allah turunkan ujian buat aku dan suami. Kalau tak lupa diri. Seeing me yang boros mmg best la kalau nak berhabis duit ni. Tapi dari apa yang Kakak aku tu nasihatkan. Ini melatih anak2 supaya sentiasa bersyukur dan melihat ada org yang lagi susah dari mereka. Sbb budak2 sekarang terlalu senang. Kita pun tak ada masakan nak layan dan ajar mereka. Hanya cara ini, bagi mereka bergaul dengan kawan yang lagi susah dari mereka, Insya Allah mengajar budak2 ni kenal erti syukur.

Wallah Hu Alam...

Susah nak jadi mak ayah. Mungkin mengandung, beranak itu senang. Menjaga aku pasti lagi susah. Amanah Allah ni kalau kita bawa salah, kita kena pikul sampai mati. Itu yang pastikan?

Apa pun... sudah ke laut... hahaha... chow!

Friday, July 15, 2011

Bila berjumpa tuan Doktor

Serius... kalau tengok buku appoiment aku dengan doktor aku tak tahu apa yang aku rasa. Mmg aku tak sedap ati.

Sbb terlalu banyak sangat berita yang buruk aku dengar. Sampai satu tahan aku jadi putus asa. Jadi risau. Tetiba effect lak hati dan perasaan ni.

Hati mana yang tak risaukan? Mungkin aku seorg yang negetive. Tapi kalau doktor bagitahu ko kemungkinan2 yang negetive takkan kau nak senyum2 dan cakap

"Baik doktor, saya akan lakukan yang terbaik!"

Ko ingat ni rancangan atau pertandingan. Kuar dari bilik doktor sunggul je muke. But im lucky to have husband yang buat dek je... kadang2 aku rasa dia tak ada perasaan. Tapi bayangkan kalau dia pun frust mcm aku.

Sigh! Tah la... bila ku sunggul mcm tu pun jadi masalah. Sbb bila aku jadi stress mulakan? Sia-sia je ambik asprin tu. So nak tak nak kenalah hiburkan ati sendiri.

Hanya pada Allah aku meminta. Aku tahu Allah maha mendengar. Maha mengetahui. Segala ujian yang di berikan padaKu ada khimah di sebaliknya. Yang aku tak nampak. Tapi dengan izinNya aku akan tahu jua, dengan sabar.

Tiap malam air mata ni selalu mengalir. Terasa susah tuk lalui semua ni. Tapi aku kena la redhakan? And end up aku selalu pujuk ati aku...

Siapa doktor? Dia bukan Tuhan. Minta pada Allah. Sbb keajaiban sentiasa berlaku. Aku dah usaha. Hanya perlu bertawakal dan terus meminta.

Buat kawan2 yang ada masalah sama dengan ku, jangan berhenti berharap.Jangan berhenti berdoa. Sbb Allah menguji kasih kita padanya. Aku bukanlah kata aku baik. Tapi sedikit sebanyak bila kita ingat pada Allah, kita sedar akan ujianNya. kita sentiasa di uji untuk melihat sejauhmana kesabaran kita.

Next appointment weekend minggu depan. Doalah tak ada apa-apa. Tah apa plak berita yang aku terima kali ni. Hope semua akan berjalan dengan baik. Kurang dari dua bulan je lagi.Insya Allah.

Cerita Sumaat

Dapat email dari encik suami...

"Ayang hansem tak?"

Pitam!!!! terus reply

"Aisyah dengan Aliya mesti suke... macam kapten huk jerk..."

Budak berdua tu mmg sibuk suruh buat topi kalau nampak apa-apa paper. Tapi skill dulu time sekolah mmg hebat. Apa panggil? "Origami' eh?

Burung la

Bentuk ati la

Sampan la

Tokang la

Topi la

Semua power... bila bebudak ni suruh buat akak ilang ingatan kejap... hahah sampai si Aliya bebai

"Apa la mak long ni. Tak hahu ke?" Eee sound lak...

Yang si kakak???

"Eshhh sok Aisyah gi sekolah, Syah suruh cik gu la buat. Apa la mak long ni."

Hahah... meh suruh cik gu Aiysah ajor mak long. Gila hebat dia ingatkan? Anyway ari tu yang bantu me and Zamani, ibu...wakakak... gigih belajar nak buat topi,sampan semua. Cik Tipahkan pakar kanak2. heheh sbb tu la bebudak khayal duduk dengan dia. Mmg suke melayan.

Thursday, July 14, 2011

:(

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bukak my Fb tadi... wah wah... my niece bukan main semangat nak tengok herry potter sampaikan sanggup pakai duit sendiri nak pergi ni. Knowing her mother mmg takkan bagilahkan?

Ok tak sabar nak pergi

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok tempat duduk aku tuk malam esok... best tak? Hubby mmg best. Sbb dia tahu bini dia suke nak jadi sotong...wakakak so i need seat yang couple sbb nak berkuasa di sini.

Apa ingat dah kawin tak leh polok2 ke?

Ingat time berchinta je ke? ha! ha! ha!

Anak buah aku cakap cerita dia best giler. Budak ni semua cerita wayang dia kata best. Tak tahu cerita apa yang dia kata tak best. Tapi kalau ikut jalan cerita mmg best gila2. Peminat harry potter macam aku (chewah claim sendiri nih) mmg tahu mcmmana ending. Tapi selalukan imiginasi je. Sekarang diorg buat movie harus la tengok. Cume 'kesedapan' atau 'kepuasan' tu tak la sama macam ko baca buku sbb detail.

Normal la... macam Nora Elena...mana sama buku dengan ceritakan? Ada org kata Nora Elena mati eh dalam novel?? ermmm director buat la. Mau mogok suri2 rumah ni kang... termasuk aku sentap sama. Tah aku tak tahu tak baca pun buku tu. Tengok komen kat FB semua la. Salah im sorry!

Bila Harry potter dah habis, rasa macam nak collect DVD from part one sampai habis. Sama jugak dengan buku. Tapi buku dia tebal wow! Sakit tangan nak baca. Buku akan di pikirkan balik. Nak beli ke idok. See how la...

Hint hint ni! Birthday ai bulan sembilan ni...uhuk!

Oh cakap pasal Birthday... kita celah sikit la yer iklan tak berbayo.

Me :- Yeahhh tahun ni 7 sept lepas raya...

Zamani :- So???

Sentap akak tau! Dua tahun kawin, jatuh bulan pose tau. Sadis. so nak sambut pun time buke pose pastu semua mcm nak rush gi terawih semua. Abang Zamani pun dua tahun ni apa je dia nak buatkan? kan? kan?

Me :- Eh my birthday la...

Zamani :- Lepas raya dah pokai... kasi bebudak semua duit raya. Belanja raya semua.

Me :- Alasannnn! Tak pedulik! nantikan you buatlah party suprise tuk i. You order la kek, than katering sama. Pastu buat2 suprise tuk i yang... i bagi idea ni

Hahah sian gila kot! Birthday gurl bagi idea kat org! kah kah kah...

Zamani tengok kalender.

Zamani :- Jatuh ari rabu...kerja kerja... mana sempat

Me :- Alaaa you ambik cuti... tak pun u make sure la that daykan you balik awal. Sept bukan start kerja kul 5 pagi sampai kul 2 ke? Sempat b! Pastu you buat banner la... i ada contact buat baner.. nak?? Pastu i balik kerja you buat2 la terperanjatkan ai b...

Zamani :- Hahah tak yah tak yah... time tu banyak benda kita kena pikirkan dah. Dah tua tak yah sambut2. Kita sambut lain je

Ohhhh sungguh terluka dengar statement itu...

Che che wah... ok ni bualan kosong, gurau senda suami isteri. Sok kata aku ober lak minta laki aku itu ini. Kalau sekarang nak berkira mmg silap la...kalau aku nak berkira dari awal lagi ok kami kawin ai dah suruh dia sambut birthday kat 5 setar otel. Bukankah time pose dulu banyak offer2 buffet ni semua??? kui kui kui

But i know... yang wajib dia bagi B.u.N.g.A ha ha ha... ko ada???

Itu je yang agaknya bersarang kat kepala abang Zamani ni... dia tak gheti nak bagi aku apa-apa. Kali ni bagi bunga selit duit sekali tau yaang.

Veranggan lagi

Semalam bual dengan Zamani...

"Kalau kita dapat anak perempuan, i macam suke la nama Amani. Senang...panggil bapak dengan anak sama jerk... Amani , Zamani." Ooo makcik purple A.K.A bonda Amani, ampun ehhhh

Zamani buat muke...

"Iyo la... Amani binti Ana NorZamani...mana bapak mana anak pun tak tahu..." aku gelak syaitonnn

"Kalau nak glamer kita letak je Geo Amani... tak pun Amani Exchange je...kan yang?"

Bulats mata aku... erm ada je nak jawab... cium laju2 nak???

Veranggan je la yer... mana tahu jadi kenyataan.

Surat tuk suami

Dear Incik Suami...

Ku tulis warkah di blog ini sebab daku rasa sungguh bersalah dengan mu. Keputusan semalam buat aku terdiam seketika. Walaupun kamu tak izinkan ku pergi tapi aku rela dan benarkan kamu pergi dengan sesiapa sahaja yang menjadi pilihan mu...

Tapi!

Kamu tetap dengan pendirian mu... tiada yang penting bagimu hanya aku... sob sob.

Ini impian kamu.

Ini yang menjadi angan2mu.

Demi aku kamu batalkan rancangan kamu dan daku rasa serba salah. Sedih dengar pengakuan mu semalam. Bagimu tiada yang lebih penting. Tersentuh bila kamu kata

'Tak pa... bebila pun kita boleh pergi nanti. Yang penting you.'

Kita rasa nak polok je tapi awak tengah bawak kereta...ahahahha... kita peluk awak time tido je la yer.

Sebak kita tengok semalam kamu hulurkan 'impian' awak kat org tu... mesti kamu frust. Susah nak tengok diorg ni datang. Ermmm kita serba salah. Serba salah sangat2... tapi kamu masih lagi nak kita happy. Tak nak kita serba salah dengan belikan kita tiket 'Harry Potter' tayangan kul 11 malam, padahal sabtu kamu kerja pagi.

Adoi Encik suami. Kamu terlalu manjakan saya....

Tersenyum bila saya baca tweet incik Ben kawan kamu pagi tadi kat saya

'Pengorbanan seorg suami... you have yourself a great man'

Mana mungin saya dapat lelaki seperti kamu. Yang sangat memahami. Saya sayang kamu. Tak pa eh hujung minggu ni kita together2 gi jalan2... sekarangkan Mega Sale... kita tengok apa yang patut... kih kih kih.

Apa pun kami untung sbb adanya kamu. Sayang kamu selalu.

P/s: tetiba sound surat ni dah macam InaAcik lak... ni la gara2 layan surat roommate dia la ni... kih kih kih

Wednesday, July 13, 2011

Pujukan yang sweet

Ok korang pun tahukan. Aku ni cepat naik hangin. Siapa ada kat sekeliling aku pun kalau aku tengah mud tak baik semua akan kena.

Ekceli aku ok je. Mungkin muke aku kot, bengis. Tak reti nak sengeh2, nak berlakon2. So today mud aku hagak terganggu sikit. So after get some space sikit baru la otak tu running.

Ni plak incik suami.

Kalau aku marah, berderet panjang lebar sms aku lepas geram, dia pun dah masak. Malas nak layan. Bagi cool than reply my sms...and today dia telah memadamkan apa kemarahan aku.

"Ayang... malam Jumaat ni Harry Potter jom!"

Aaaaa akak mana leh dengar Harry Potter... tak mo la jawab

"Tengok la dulu" Kang tak dapat tengok. Akak yang meraung.Sendiri sentap!

"OK... jom" Kena jawab macam gitu ye anak2.

Terus je pikiran kat Harry Potter yang last siri ni. Mesti best. Walaupun dah tahu kesudahan dia macammana. Tapi nak jugak! Nak jugak tahu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dari episod pertama mmg semua tahu Harry Potter ada ramai yang sayang yang boleh jaga dia dr kuasa jahat tukan? But kali ni mmg dia lawan sendiri dengan Voldemort. Mmg bila baca buku dia pun macam hati tu panas gila... and yang best korang akan tahu siapa Snape... yezza... berasap gak aku baca til aku tahu kenapa Snape bertindak macam tu...

Ohhhh cerita penuh tanda tanya. Alaaa memula mmg la korang cakap Harry potter buku bebudak. You will see nanti. Ha! jangan ada perangai lak nak bawak anak2 kecik ni... nak bawak tunggu seminggu dua nanti...

Sabtu lak??? Liverpool vs Malaysia... eshhh moga2 boleh la tengok. Dengan kondisi aku ni risau jugak. Insya Allah. Zamani dah surender nak jual tiket kami tu. Tapi sian la. Aku suruh dia pergi dengan org lain dia tak nak plak. So demi suami. Insya Allah, semoga Allah permudahkan semuanya.

Ahad??? Aku nak serang org! hahahah mau ikut??? Che che wah... macam larat. Pestime tengok bola ni. Mau ahad ni aku tergolek atas katil all day kan?

BILA SESUATU UJIAN ITU DI BERI PADA KITA, MAKA ALLAH INGIN TUNJUKKAN YANG KITA TELAH JAUH DARINYA. KEMBALI LA MEMINTA PADA NYA. HANYA ALLAH TEMPAT KITA MENGADU... DIA MAHA MENDENGAR.


Astafirullah...

Banyak sangat masalah dalam otak ni. Lepas satu2... entry yang lepas tu anggap je la lepas geram. Baru nak senyum ada je yang menghalang. Insya Allah aku tahu dan yakin Allah itu ada. Hanya Allah.

Bengang!

Aku tak faham kenapa kita kena bagi peluang ke dua, ke tiga, ke empat, ke lima, ke sepuluh sekali pun kalau org tu dah nyata2 tak nak berubah!!!

Fed up!

Mmg hati selalu kata gi jahanam! nak terlingkup ke apa aku tak nak pedulik... tapi still sakit hati bila itu terjadi.

Tolong la bukak mata!

Tolong la jadi batu sikit!

Kalau dia ada depan mata aku, mmg penampar je aku bagi tak banyak cerita. Ermmm dah mula naik darah.

Tetiba sesak napas... GTG!

Ku tunggu masa nak ludah budak ni je. Tak kisah la siapa pun aku marah. Mmg aku tengah marah! Keadaaan memaksa aku sabar sbb ADA YANG LEBIH PENTING DARI SEGALANYA!

Wait till the rite time... Cida akan berkuasa, when aku in charge tak sorang pun boleh persoalankan KENAPA! tooooo much!!!betul betul melampau!

Lari la...

Tukar la nombor...

Pindah la umah...

Sembunyi la belakang org yang backing kau...

Bila tiba masanya... kau akan tahu aku siapa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails