Thursday, September 15, 2011
Amani Iman Zulaikha
Korang tahukan macammana aku benar2 maukan cahaya mata? Mcm mana aku stress bila memikirkan soal anak? Mcm mana aku sedih melihat kebagiaan org lain?
Sejak aku di sahkan mengandung, aku tak henti bersyukur. Terus meminta panjangkan dan izinkan janin di dalam rahim ku terus bernafas sihat.
Korang pernah dengar lagu 'iman mutiara'? Lagu tu sangat bermakna bg aku. Lirik dia mmg menangkap setiap kali aku dgr lagu tu. Insaf sangat.
'Iman tak dapat di warisi dari seorg ayah yg bertakwa, ia tak dapat di jual beli, ia tiada di hentian pantai, walauapa pun caranya jua, engkau mendaki gunung yg tinggi, engkau meredah lautan api, namun kau takkan memiliki jika tidak kembali pada Allah'
Bukan mudah tuk aku memiliki 'iman' itu. So aku nekad lelaki atau perempuan aku tetap nak letak nama iman.
Zulaikha sbb 'cantik' so biar la iman itu adalah iman yg cantik. Nama depan aku serah pd zamani. And aku berkeras tuk letak nama iman sbb di awal lagi aku dah mula panggil amani dgn panggilan iman, dan dia respond baikkkk punya!
Amani pulak ketenangan... Semoga amani iman memberi ketenangan pada ibu dgn abak dia. How to handle the lil one dengan penuh kesabaran. Insya Allah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Alhamdulilla
Hati tak tenang. Sbb doktor mmg kata air ketuban aku kurang. So bgtahu zamani. MIL aku plak buat open house. Mmg tak nak susahkan ati dia. Tp bila dia tahu mmg ajak aku dan suami g klinik. Doktor tak berani nak ambik kes so aku di hantar ke hosp putrajaya.
Kat hosp putrajaya mmg tak buget. Cek semua diorg kata ok than bila nak balik, kena tahan. Mmg air ketuban bocor.
Aku tak tahu apa yg diorg nak buat. Monitor je ke atau nak paksa bersalin I don't know.
So malam ahad tu, doktor pakar bgtahu they have to induce since aur ketuban bocor akan ada infection. So aku tak kisah sangat.
Pagi isnin. Tetiba doktor pakar masuk. Cerita plan seterusnya. Sbb dia tak galak buat induce since diorg tak tahu berapa lama baby akan keluar. If more than 12 hour baby akan lemas. Than by the time akan jadi risiko pada mak and baby. Aku mls nak dgr cerita panjang so aku suruh doktor decide what is the best.
Operation is the best way. Kondisi baby lebih terjamin. And risiko pada ibu sbb aku ambik asprin and asprin kena stop at least 10 days. Sementara aku?? Hanya br berhenti 2 days. And risiko hilang darah boleh membahayakan nyawa. Aku kena buat pilihan. Of coz aku sanggup ambik risiko tukan? Bila aku agree doktor hanya senyum.
Suami kena di beritahu and keputusan akan di teruskan after suami agree. Puas aku merayu kat zamani. Let me do the operation.
And aku terus masuk dlm kategori emergency operation. Apa pun tak leh lewat sampai ke malam since baby kritikal. Amani tak gerak pagi tu. After second injection matang paru2. May be she felt guilty kot.
Tp aku pujuk dia. What ever it is aku nak selamatkan dia. And I will strong coz aku nak idup dengan dia and abak dia.
So operation mula jam 3. Separuh sedar. Hati berdebar. Bila kenang mmg nak nangis. Bila dgr suara amani aku jadi tenang. Tak ada la aku rasa nak pitam sedangkan kat dewan bedah tu nampak la doktor semua bertungkus lumus. Darah terlampau banyak. Sedut banyak kali still banyak jugak. Tapi bila dah dgr suara amani aku dah tak takut lagi. Redha dan terus meminta peluang tuk bersama suami dan anak.
Mmg tragis tp ia menguatkan semangat aku. Ini yang aku nak selama ni. And apa pun aku akan tempuh.
Terima kasih ya Allah atas rahmat mu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, September 12, 2011
Koleksi bunga
But apa-apa occasion, Zamani lebih suke bagi bunga. Sbb dari aku kenal dia, dia jenis malas nak pikir panjang2... hahaha... bila dia tanya aku nak apa, aku selalu cakap tak tahu. So apa dia bagi pun ok je.
Di sebabkan dia JARANG bagi bini dia hadiah, jadi apa juga yang dia bagi aku akan simpan. Walaupun bunga tu dah nak jadi debu. Bayangkan bunga yang dia bagi aku pes nak pujuk pun aku simpan lagi ok!

The new flower mengantikan tempat bunga kering yang lama... bunga2 tu ku letak kat bilik belakang.

Ada org suruh buat popuri la... simpan kat album la... tp bila dah buat gitu dah tak nampak dah bentuk. Kan? Mmg berabuk. Sbb debukan. Bukan bunga plastik yang ko boleh kebas-kebas. Satu masa nanti akan buang jugak... tapi kalau tanya bila, mmg tak tahu. Siapa buang, ko bole tengok aku bertukar jadi hijau ok!
:) aku untung dapat suami yang penyayang... yang romentik. Bagi aku dia bagi aku bunga tu, aku terasa amat di hargai... ini bagi aku la! Jangan plak ko bandingkan zamani dengan bf/suami korang. Tak sesuai. Mungkin korg sendiri ada reason kenapa sayang suami korangkan? Macam aku sepanjang kami kawin ni, walaupun ada naik turun angin barat daya, tapi alhamdulilla so far kami tak benci antara satu sama lain. Gaduh mmg gaduh, tapi boleh kira la setahun berapa kali gaduh besar. Yang lain takat tersentap terasa. Bila malam nak tido, every ok... hehehe...
Kejutan ke dua...
Lepas dah feeling dengan hadiah. Abang Zamani ajak gi dinner. Oklah tak nak tanya nak makan mana... i rela bawak je kemana. Kedai mamak pun ok jerk
Than tengok ibu dah siap...ke mana? ibu cakap Zamani ajak makan sama2. Oh ok... so kitaorg gerak dalam pukul 8. Tengok Zamani menghala ke Federal. Nak makan mana plak? Tak tanya lagi. Tetiba kat batu tiga dia belok ke sana. So hati tak sedap. Tanya dia
"Kita nak makan kat mana?"
"Tah...kita cari je la kedai mana2..." Abang zamani korang mmg gitukan???kalau bab makan dia mmg susah nak buat decision...mencik!
"Eh kita dah area shah alam ni, tak nak ajak mak abak dengan lain makan sama ke?"
"Tak yah... diorg dah kuar makan kot..." Diorg dah kuar makan! ko gila ke apa?? terserempak kat mana2 kedai?? Kalau berdua tak pa, ni my parents ada jugakkan. Bukan apa, kalau bole biar dua2 parents adakan. Sama penting bagi aku kedua2nya.
"Nak makan mana ni? Call je la...dah sekali kat sini. " Org tua ni cari pasal nama dia. Tengok dia bagi signal kat KFC shah Alam sec 13 tu eh?
"Takat makan KFC nak makan jauh sini? Naper tak makan kat bukit tinggi je?"
"Ikut je la...tak yah la risau sangat. Diorg tak gi sini punya" Yer la ko! Tak sampai 3 minit kuar kereta, sekali nampak abak dengan budak2 kat luar KFC... hati aku berdebar. Masih BODOH tak dapat tangkap mmg Zamani dah ajak. Ingat Allah tu maha kuasa nak tunjuk kan dah terserempak dengan my family inlaw. Peluh peluh...
Tengok dia relex salam mak abak... aikkk macam dia tahu je. Wakaka ok baru otak jalan bila dia gelak2... cubit pipi aku cakap
"Ayang ni takut sangat... hahah terkena sudah." Cit!!! tak suke tau main2kan hati dan perasaan ku!Tapi seyes malam tu mmg aku happy sangat dapat berkumpul semua org.
Aku memain je dengan Zamani, sblm birthday aku, sajer gurau cakap buat suprise party tuk aku sbb tention dua tahun kami kawin birthday jatuh bulan pose... wakaka ala pose pun sambut jugak, dengan my parents in law. Sbb ibu dengan ayah kat Putrajayakan.

The AngahS and Zamani buat order

My Family in law

Makanan dan minuman... wah terasa kanak2 sambut kat KFC. Tapi maskot tak ada... wakaka macam berani dengan maskot yang besar tu,kan? Silap2 aku lari dulu... dusshhhh terlangar pintu... heheheh


Adik dan abang kesayangan. (Statement Zawawi dan Zamani)

My birthday kek. Nampak tulis apa? Siapa punya idea nieh??? Kantoi umur gue 31 tahun

Ayat mahal ni...OMG!!!! Alaaaa Oh Mak long Gorges sebenarnya... kih kih kih

Kita ambik gambar dulu... kenangan ni!

Sukenya!

Lepas nanyi lagu WAJIB haruslah tiup lilin.... hoyehhhh im 31 years already!

Suke gambar ni... 5-6 tahun lagi sambut birthday keliling anak2 macam ni. Birthday ibu abak pun anak2 excited... Aisyah dengan Aliya yang mmg selalu teruja bila birthday sesiapa pun.

Control.... suapan encik suami. Awwww... sayang kamu!

Dia yang melahirkan saya... mendidik saya sehingga saya menjadi apa yang saya jadi sekarang. Sayang ibu


Dua wanita yang penting dalam hidup saya! Sayang ibu dan mak!

Me and sista in law. Ijat and Che ta... Cik yayang nan ado sbb berpantang di kampung. Next year insya Allah kita boleh lengkapkan satu pic eh
And tak lupa! Tahun ni birthday menjadi lebih lebih bermakna sbb aku terasa di hargai oleh dua adik beradik ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
And mak long sangat sangat happy. Terdengar2 suara kecik diorg menyanyi sama. Cepat je dah besarkan diorg ni. Expecially Aliya. Budak yang tak nak dengan mak long dulu. Kalau mak long sentuh muke tak pernah senyum even lari2 lagik. Now??? Dia dah baik dengan mak long. Apa-apa pun mak long eh...
Sayang semua... tq for the special day yer...
Sunday, September 11, 2011
Tak terpikir secepat ini
Now aku mengandung 35 week 2days. Kira tunggu hari je nak bersalin je tp mmg aku buget next week je. Tapi pagi tadi around kul 5 pagi, time nak gi toilet ada tompokan air. Air yg jernih.
So aku ingat biasa. Bangun pagi je mandi semua, terasa cecair mengalir tp still tak rasa apa. Sampai aku nak periksa urine kat umra, tengok tompokan banyak. Ah sudah!
I don't know. Nebes sbb nak jumpa the lil one. Last two year aku masuk sini dgn rasa sedih hiba, tp this time walaupun cepat dr yg di jangka, aku rasa xcited nak jumpa anak ku. I want to see her.
Abang zamani gelabah sbb nama tak pilih lagi. Haha.. Jantung baby sangat laju. Nanti aku cerita eh.
Now aku rasa sengal kat bahagian perut. Tanda ke? Korg doakan yer.
Anak ibu... Bertahan la. Ibu akan berjuang untuk kamu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, September 9, 2011
Jangan sentuh galaxy tab ayen!!
Dan bila kak mira cube pinjam gajet rayyan ini yang berlaku. Hahah lawak kena smack down. Selagi mira tak nangis selagi itu la dia belasah kak mira!
Or kak miya ni comei sgt kot???
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Nak cerita pasal 7 Sept lah!
Sesungguhnya ai terasa macam artis... wakakak... mmg FB ni berguna la! Semua wish me happy birthdaykan 7 sept tu. Terharu ko! Letih tangan membalas ucapan terima kasih dan doa serta ingatan dari korang. I love you all so much la!
Heheh buget artis ni.
Than nak balik, selalukan Zamani yang nak ambik aku. Kalau dia kata nak ambik, mati2 dia nak ambik. Kali ni aku tanya ambik aku ke tak dia diam...lama tul nak balas msg bini dia. So aku #sentap, anta msg
"Tak pa la, ayang suruh ayah ambik" And guess apa abang jamani korang jawab???
"OK!" Panas ati. Birthday gua ni beb! Dah la pagi 7 sept tu dia masuk kerja pukul 6 pagi, dia bangun lewat. Berapa kali kejut dia bangun dia buat bodo tarik selimut, hanya cakap masuk lambat.
Akak ko ni dah pikir, mesti dia nak buat suprise... tak kerja ni... tapi dia tahu aku kerja apa. Asal dia tak nak kerja. Kul 730 aku nak gi kerja, dia siap jugak nak gi kerja. Maknanya kalau dia masuk lambat kuar lambat la... eh tak ada suprise?? (Nak jugakkan)
Tapi apa la sangat birthday ni... buat tak tahu. Bila dia jawab Ok, akak dah sentap kuasa dua ni. Tapi tak nak rusakkan mudkan... redha je la. Dengan otak kosong balik umah. Abang Zamani ko dah habis duit beli BB 9900 lagi nak lebih2 ka??
Time tu aku tengah bual dengan Fida kat phone... naik atas bilik punya la teruja... tenok apa ada atas katil kami....

Mungkin bagi org biasa ini adalah satu yang biasa... but not me! i think he sweet!

Sebelum balik tu, aku adalah cakap dengan dia nak makan M&M. Tolong belikan. Creatip jugak laki mak ni! i like

Bertambah la koleksi bunga kat umah....

Ya Allah aku rasa nice sangat... cantik bunga ni... **feeling Nora Elena** tetiba!

Simple wish! tak leh simpan. terus masuk mulut ok! hahaha
Nak beli blackberry bold yang biasa tu, sama dah dengan E72 aku tukan. Ni mmg best la...
Bila tengok celcom kuar, Zamani tanya... ayang nak ke??
Terus la jawab nak. Gila ko! tolak tuah namanya... kalau aku kata tak nak, tah siapa dia offer...hahaha... kijam ke aku? Alaaa aku bukan minta banyak kali. Ni tah2... 3 tahun baru tukar. Zamani pun tahu bini dia macammana. Sbb tu la dia tak kisah. Cube kalau tiap2 bula aku list apa aku nak? mau dia buat2 pekak... hehehe
Ok kejutan seterusnya jap lagi la yer... nak bla buat kerja dulu!
Cerita September itu bermula....
So around last year aku mmg down sikit. Tot 2010 bulan 11 tu adalah berita happy tuk aku. Sbb aku berubat tuk dapatkan baby. Lepas doktor suruh aku plan 6 bulan sbb nak kaji betul2 apa punca kematian Aryssa. Biasalah kerajaan, mmg take time.
Tapi aku tak sabar. Perasaan nak dapat anak tu meluap2. So tak payah la dengar cakap doktor tu... hahah langgar pantang. So plan kosong 4 bulan je. Dah 4 bulan tu mmg dah tak jaga2 dah, tak ada planning2. TApi itu la kuasa Allah. Kalau dia mengkehendaki sesuatu, maka ia akan jadi.
Mmg tak ada rezeki. Bila cubaan tu selalu gagal, mula la down dan mula la bertanya apa salah dan silap. Masih tak nak ke doktor. Tanya org ini org tu, mungkin masa tu salah. So mula buat research waktu sesuai tuk plan anak bagai. Dan baru aku tahu..... benda tu buat aku STRESS!
Expcially bila period. Cry like hell... apa ni?? Kenapa macam payah nak mengandung??? Stress aku mmg jenis yang tahap melampau lampau... mmg effect emosi dan perasaan. So mula la minta pendapat org ni pun org tu. Dan aku juga tebalkan muke, cerita dengan MIL masalah ni... jadi risau. So MIL suspect rahim aku di sengkak tinggi oleh mak bidan lepas bersalinkan Aryssa dulu. So dia bawa aku jumpa tukang urut kat Shah Alam.
Yes... mmg tinggi. So urut, kakak urut tu kata urat2 aku dah kembang. Mmg sakit nak matik!!! Bukan rahim aku di sengkak tinggi, tapi mungkin bengkak. Dan denyutan rahim aku mmg tak laju. Means tak sihat. So setiap kali period selepas hari ke 11 , mmg kena berurut. Sbb time tu rahim kita tengah lembut. Kalau lebih 15 hari dah keras dan nak urut sakit plak nanti. Dan satu sbb lagi nak bagi peredaran darah mengalir lancar, sbb akukan sengugut tahap kritikal. So itu antara sbbnya jugak la.
So rawatan tu 3 bulan. Bulan yg akhir mmg mandi rempah tuk kecutkan rahim, selain tu ubat subur kacip fatimah pun aku makan. Tapi mmg siksa uols... ubat tu panas, so batuk kering yang teruk sangat2. Bukan tu aje, kakak tu suruh aku amalkan kunyah biji bunga lawang tiap pagi. At least 3 biji tiap pagi sblm gosok gigi. Sbb khasiatnya menyuburkan rahim.
Rupa biji yang di keluarkan. Tak la teruk sangat rasanya. Boleh la try.
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
Dan kesan dari mandi tu, actually aku ingat berjaya. Sbb period aku delay dalam 6 hari. Aku test negative. Org kata kena tunggu 2 minggukan? Tapi akukan tak sabar? Tak puas ati lagi... pergi doktor.
Doktor scan cakap pintu rahim aku menebal. Which aku tak tahu apa maknanya... Doktor cakap mungkin jadi atau mungkin tak. Aku dah sukelah...Dan aku ingat lagi semua tu jadi bulan 11... wahhh kebetulankan?? Mungkin ini rezeki dari Allah?? Tapi pelik jugak bila doktor cakap jangan mengharap sangat. Kena tunggu few days lagi. Kalau seminggu tak datang boleh buat test. Sbb terlalu awal.
Dan keadaan aku masa tu???
Aku mabuk dan muntah2. Hidung sensitip, tekak pun rasa tak sedap. Tanda2 org mengandung... tapi mengandung ke? Nanti aku cerita lagi eh. Bila??? ermmmm.... by end of September korang tahu la... chewahhh buget nak buat cerita bersiri... hakkkk tuiiiiii!
Biasalah...korang je nak layan emosi aku.
Thursday, September 8, 2011
Big foot!
Nangis!!! Kata abang zamani korg, kalau aku pijak dian comfirm dia koma! Motip nak pijak?? Tapi cube la buat akak cida mara tengok.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Cerita tuk pagi khamis.
Ni baru nak daftar nama. Tak masuk nak jumpa doktor lagi. Ok nak pengsan sekarang...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone










