Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 20, 2012

Amani at my office

Hari sabtu normally aku akan bawak amani pergi office. Sbb sabtu pun selalunya tak banyak kerjakan? Bole la kalau dia nak kacau. Anyway senang sikit sbb aku ada bilik sendiri. Bukan bos ok... Aku ni secret keeper. Hahaha A.K.A penjaga dokumen2 penting. Tak ada maknanya manager ke apa. Kih kih kih... Tu yang syok feeling boskan?

Nak gosip? Jommm ke bilik kak shida

Nak sembunyi dari bos? Jommm ke bilik kak shida

Ok... Lari topic.

Budak ni kalau ada org dia malu2 sikit...kalau tak dia jadi mcm ni la.


Buat rumah sendiri. Jalan merata. Padahal belum tahu jalan pun. Meniti sepanjang rak kat situ.


Mmg syok la kalau boleh nak bukak kabinet tukan?


Tengok muke noti.... Cakap pun tak nak dengar. Or may be nampak mak dia sibuk snap gambar anak? Kui kui kui


Dah tu terdiam jap pikir nak buat apa.


Lepas tu sibuk menekan kalkulator. Nasib baik la rosak... Tekan la nak... Esok boleh ganti ibu kat situ... Wakakak


Bebudak opis aku semua suke budak. Suke kacau, amani iman ok je main. Tapi kalau nampak org dia mula la segan buat perangai. Org berbual je dengan aku, dia punya takut macam aku nak bagi dia kat orang... Haiz...


Sila abaikan meja ku yang berselerak tu... Hahaha.. Anak sendiri pun pening kepala tengok. Ekceli aku tengah bz nak mengemas, setengah jalan on friday. Heheh tu jadi mcm tu. Masuk si amani iman lagi la bersepah... Uhuk!

Betul ini bukan alasannnnn


Pengacau utama... Minah ni mmg geram dengan amani iman. Amani pulak takut dengan dia sbb dia ni kasar sikit. Macammana nak meminang amani iman ni cik nor!jangan risau nak, sok kalau anak dia buat hal, mak dia pulak bertindak kejam dengan kau,ibu potong gaji cik nor kasi habis... Hahaha

Setitik ayo mata mu, ibu potong sepuluh henget sebagai ganti... Maka nangis banyak2... Padahal anak nor ni kalau jumpa si amani, anak dia yang nangis lebih, hahah cam ner tu?

Ok sebagai bukti mmg meja ku bersepah sbb nak kemas adalah benar...

Cer lihat

Betulkan? Hahaha... Tak tipukan???

Seyes meja bersih, i yang tak tenteram buat kerja... Hahaha... Semua akauntan gini ke atau aku sorg ajer? Dasarrrrr!

Monday, November 19, 2012

Letter to heaven

Kalau la surat itu bole di utuskan ke syurga....

Tentu sahaja banyak yang aku ingin cerita... 3 tahun dah pun berlalu... Genap 3 tahun hari ini bidadari ku menjadi penghuni syurga... Genap 3 tahun dia meninggalkan kami. Dan 3 tahun jugak la aku merinduinya...

Anak ibu... How shall i wish you today? Happy birthday? Semoga panjang umur dan rezeki? *smile*

No... Every year...bila 19 nov datang... Al- fatihah... Ucapan panjang umur dan murah rezeki hanya terkandung dalam surah Yassin.


Ibu miss you baby...

My little angel...

My love....

Ibu tahu not only me... Abak juga rindukan aryssa... Our pray will be always with you... Ibu tahu kakak pasti gembira di sisiNya. Kerana tiada tempat yang lebih indah dari tempat di mana kamu sekarang...

Ya Allah... Kau kuatkan hati kami...
Kau peliharalah jiwa kami...
Kau tabahkan la hati kami...

Rindu yang terhingga... Anak bagi seorg ibu tu tiada bezanya. Hidup ke atau mati. Aku tahu Allah sayang pada kami sekeluarga. Maka Dia menguji kesakitan bagi menguatkan iman.

Ya Allah Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasihMu
Dalam tahajjud cinta bersujud


Al- fatihah....

Saturday, November 17, 2012

Bila abak tidokan



Kalau dengan aku mmg dia tak reti mengekek macam ni...

Mungkin mak dia tak ada perasaan... jaga anak ni tak penat sangat. Nak melayan kerenah dia yang tah apa-apa tu mencabar! Kata azam baru nak jadi bonda yang penyabarkan? hahaha

Anyway kalau abak tidokan ini la jadinya. Amani iman pun kalau gelak banyak sangat sampai termuntah2... tah apa style la. Ado ko gelak terlebih muntah ke?

Yer tu anak dara saya... dan selalu kalau dah gelak macam nak rak dia muntah siapa nak kena bersihkan??? omaknya jugak... so siapa tak stress???


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, November 15, 2012

Apa di cube buat?

Apa dia cube buat? Cer citer?


Dia panjat sofa bersungguh2... Siap mengamuk2 tapi abang zamani korang layankan je anak dia ni... Rupanya?


Tolong abak korek telinga... Hahaha elok la... Ekau pun tahu tahap pendengaran abak hang cam ner kan?

Tergerak hati

Tadikan nak bagi amani imam minum air. Cawan ni aku dah beli sebulan yang lepas, cume si amani iman tak reti nak minum gunekan cawan. Aku pun tak ingat time memula bagi dia minum aku letak air apa. Ermmm

Than tadi mmg nak bagi dia minum. So ambik cawan ni. Than tetibabtengok ada tanda hitam kat pelekat warna puteh tu. Apa nama benda tu, aku pun tak tahu la. Dia fungsi mcm puting, so air takkan tumpah. Bila sedut je baru air keluar. Macam gitu la... Aku tak tahu pun benda tu bole bukak. Amani pulak tu melalak nak air. Aku kalau boleh tak nak la ajar dia pakai botol susu kecuali minum susu. Macam air2 biasa ni aku nak latih dia pakai cawan je.

Bebalik pada tadi, aku tengok ada benda hitam. So tarik macam bulu... Aik... Pelik... Try bukak penutup puteh tu...

Masya Allah... Kulattttttt!!!

Bayangkan kalau aku main letak air dan bagi amani iman minum.

Aku tak rasa aku bagi amani minum susu ke apa pestime beli dulu. Ke mmg dah ada time aku beli dulu sampai amani tolak tak mau minum? *glub*

Aku tanya ibu kot dia pernah bagi amani minum pakai cawan tapi cuci biasa je tak bukak penutup puteh tu, tapi mak aku cakap tak pernah.

Berderau darah aku... Mmg busuk dan susah nak basuh


Ni lepas cuci. Hati masih berdebar time tu...mula pikir balik, kalau la aku main tuang air je...terus bagi amani minum.


Dekat setengah jam aku sental benda ni. Sampai menutup lubang2 tu...

Susah gak nak jaga cawan macam ni. Nasib baik la aku perasan. Aku tak cerita kat zamani... Hahaha... Cawan murah kan. Aku syak mmg dari beli kot sbb mustahil la berkulat sbb pestime aku bagi amani minum aku letak air puteh. Amani tak nak sedut pun sbb muncung keraskan? Hehe aku ingat lAGi aku try tonggengkan cawan ni. Wahhh lulus sirim ar konon air tak tumpah dengan mudah. Padahal tersumbat der....


Bila dah bersih ok jer minum...


Memula ok je minum. Lama2 dia main2 plak... Habis bAJu. Dah la bagi minum milo. Aku kasi chan sbb mmg nak tukar baju tido lain. Amani kalau belah malam, mmg aku tukarkan baju sebelum dia tido. Dari pukul 5 ptg pakai baju tu bawak tido mmg miang la. Tapi biasa, aku ni cakap je nak bagi dia rasa, mata sakit tengok baju kotor. Hahaha mula la nak marah. Si amani sekarang bijak. Ko marah la... Dia akan Pandang terus nenek dengan atuk. Hahah diaorg penyelamat bumi... Hehehe... Silap! Penyelamat besar amani iman.


Wa kasi close up baju Amani iman...sigh

Try 123

Satu lagi application using ipad... Blogger.com dah update software tuk pengunaan lebih advance...

Sajer nak try... Which one better. Kalau ni ok pakai application ni pun ok sbb terus dari ipad ke blog. Kita pun bole edit entry terus kat sini.

Post pic dulu. Itu yg fenting... Ikut turutan or not?



Wednesday, November 14, 2012

Awal muharam

Sekejap je dah akhir tahun... Sekejap jugak kita masuk ke tahun baru....

Bulan depan plak calender omputeh ( bak kata mak aku). Tapi buat apa nak sambut cara baratkan? Sejujurnya aku mmg tak tahu dan tak ambik peduli pun kalau awal muharam ke apa. Tahu and happy sbb cuti. Bila dah matang ni ( matang ke?) baru la baca dan mendalami sikit... Thanks to all blogger yang sanggup kongsi info. Bila baca tentang kebaikan dan pahala yang di janjikan Allah, terasa ruginya kalau kita abaikan.

Tak tahu pulak ada sunat puasa akhir tahun. Rugi je... Ni pun aku baru tahu... Awat la aku tak dapat info ni semalam. Tak sempat pun nak baca niat.

Doa akhir tahun....





























Doa awal tahun...



Kalau berakhirnya december kita bukan main havoc di klcc bagai... Mesti meriah masjid dan surau malam ni...

Semoga Allah ampunkan dosaku dan suamiku....
Semoga Allah memberi peluang tuk kami membetulkan segala kesilapan dan kesalahan....
semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk buat kami...
Semoga Allah sentiasa membuka pintu rezeki buat kami...

Ya Allah sesungguhnya Kau maha pengampun dan maha mengetahui. Lembutkanlah ati ku, berikan petunjuk pada ku agar aku menjadi isteri dan ibu yang soleha. Padamkan rasa amarahku, padamkan rasa dendamku, padamkan rasa benci ku dan berikan aku hidayah agar aku tidak jauh dari jalanMu.

Azam tahun baru?

Untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun lepas. Opkos bila umur meningkat ni aku rasa kena lebih resional dalam semua keadaan. Aku harap aku boleh jadi 'pembantu' keluarga yang lebih baik dari dulu. Dan aku harap aku boleh jadi insan yang lebih bersyukur.

Kerjaya? Aku akan tetap berkerja. Walaupun tiap tahun niat nak jadi full housewife. Kah kah kah Tahun ni macam kurang sikit bagi tumpuan pada kerja. Tapi insya Allah tahun ni aku akan berkerja dengan tekun demi keluarga. Nak kumpul duit tuk anak2... Tabungan anak2... (Walaupun anak ku sorang). Terpikir jugak nak buat business sampingan. Tuk menambah pendapatan. Jalan tu dah ada, cume tak tahu nak mulakan macammana. Gue marketing fail!!!! Dok kira modal, untung semua, tapi nak jalan tu tak berani lagi. Or may be i need someone do marketing tapi aku keluar modal. Hahah kot? Rasanyalah... Tak yah la korang tunggu. Ini aku plan je. Ada tu ada la yer...

Salam awal muharam buat semua...

Bakal Akauntan?


Budak kecik ni sangat sibuk orgnya. Sama macam mak dia. Hahaha nak jugaaaaa kan?



Kira pakai sempoa...(benarkah ejaannya begitu?)


Untung berapa?

Dua seringgit, satu berapa cik kiah?

Heheh... Dah besar ikut i ibu tau... Aminnnn

Tuesday, November 13, 2012

Puteri2 dr kayangan

Ok aku install application princess dalam ipad aku. Saje je install. Amani iman mmg belum pandai pun nak main. Tapi aikan ada anak buah yang bijak dan cantik. Cume application tuk budak lelaki ni aku kurang sikit. Nak harapkan zamani dia mmg jarang la pegang ipad aku ni.

Jadi every week bubudak ni akak ku beri diorg main ipad dengan application yang aku download tuk mereka.

Expecially princess. Coloring ler, story la... And latest aku install adalah royal ball. Jadinya bole la nK bagi budak2 ni feeling princess sekejap.


Princess snow white... Aisyah mmg suke nak jadi snow white. So bagi dia explore and belajar nak jadi apa. Ikut la... Ini hasilnya, end up snap gambar dan suaikan dengan baju dan aksesori yang di pilih,


Princess aloyahhhh.... Heheh aliya dah... Tak ketinggalan nak try jadi snow white sama. Abaikan budak di belakang tu yer. Dia suke main sendiri.


Aisyah in sleeping beauty dress. Senyum mcm terpaksa je tuan puteri? Ahak!


Ini pilihan aliya. Oh mak long tak tahu baju siapa ni yer?

Dah siap pilih baju, kenalah siap naik kereta kuda. Maka sebelum ke majlis rasmi raja, kena la ambik gambar...


Tuan puteri ni malu2 la....


Tuan puteri ni pulak macam bersantai jer?


Dan tuan puteri ni? Hahaha tuan puteri serabai. Make up la macam mana pun gitu je ka mukenya... Hahaha... Macammana nak kawin anak raja ni?

Birthday aliya farhana

30 oct tukan birthday Aliya farhana, so menjadi tradisi family kami walaupun kecik kita sambut supaya tuan punya birthday gembira. Kali ni kita buat kat rumah my bro in law di Damansara damai. Ari tu aku tak kerja sbb tak sihat, so tunggu zamani balik kerja than kita ke damansara damai.

Jam ooooo. Tention mak! Dan dan sakit kepala tau.


Budak2 Jaman sekarang.... Semua ada tab. Birthday gurl haruslah di layan baik ari tu oleh kak long dia. Amani pun sibuk jugak nak main sama.




Birthday kek tuk cek mek yang menyambut besday yang ke 4 tahun.


Semua dah tak sabar...


Happy birthday sweetheart...


Birthday gurl yang di suap oleh tok.... Tq tok sbb sakit2 pun tok dapat datang sambut birthday Aliya.


Bukan besday gurl/ boy pun nak tumpang manja dengan tok! Sweet...


Birthday gift for bithday gurl from Amani iman, mak long and pak long...


Aksi comel. Mak long suke bila dia happy terima hadiah dari mak long sekeluarga:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails