Wednesday, November 17, 2010
17 Nov 2008
Title :- Me…. So sad
Sedih gila aku rasa... org gila pun tak akan rasa sedih macam aku...
Ari Sabtu tu waktu nak gi kerja, kucing2 aku buang tebiat ok! Yak Yak merata tempat... yang bestnya sekor2 macam dengki tau... tak yak yak kat pasir tapi tepi pasir meaning kat lantai la... mak aku dah bising, bersih najis si dia ni, sekor lagi buat businees betul2 depan mata mak aku... macam dengkikan? Mak dengan anak2... tah apa kenatah... dah la semua Yak Yak cair... mungkin sakit perut kot...
Aku naik bengang, pastu cakap "Buang la semua ni!!!! menyusahkan betul!" Aku terus gi kerja...
Masih dlm marah... aku call mak aku, bising dia tak habis lagi dok kata penat and sakit kaki... aku terus sms Pidah yang kebetulan ada kat umah aku sabtu tu...
"Buang semua kucing sebelum aku balik!" Riaknya aku cakap... tengah sakit hatikan...
"Ye! Baik! Memang!" Pida reply alah2 version Doremon cakap la...
One hour macam tu dpt sms dr Didi...
"Along Kucing semua dah buang..." Aku terima sms tu terus menangis! OMG apa yang aku dah buat?
Aku call mak aku, mak aku kata tak tahu buang kat mana... semua dia serahkan kat Shaiful... buang la mana pun... tetiba hati aku sayup sangat... kejamnya aku! Kalau aku tak kuarkan arahan tu, mungkin dia tak berani nak buang... and i cried macam nak mak ilang anak ok!
Pujuk ati... kesian mak aku,kan... nak bersihkan najis diorg macam tak ada kerja lain... pastu nak kena tengok satu2 tempat... padahal dah train diorg baik punyeeee.... dah besar macam dengki jekan?
Aku nangis kat opis, aku nangis kat umah... yo akakkan cengeng! Bukan macho macam korg gambarkan... tetiba terpikir asallah aku ni emosi sangat... diorg hanyalah binatang... nama pun binatang, kalau bijak gune akal, jadilah manusia, kan?!
Balik umah aku macam berkabung sunyi. Didi mogok, ayah tetiba jadi emosi... (well we know he also tak agree buang kucing2 tu, cume ego jelahkan lepas geram kat aku, ibu dengan didi). Aku dah bengkak mata. Bila diorg tanya cakap tak sihat... wei... sampai badan aku panas ok demam... OMG! Nak nangis lagi...
My mom pulak dok letak semua barang kucing kat luar... alah tahu dia tak sanggup nak tengok...
Malam lak masing2 dok cerita padal how much we miss Pumba, Zazu, Kouvo.... Qiara the mother kita dah menyampah... sbb dia la ajar anak dia Yak Yak merata... some more bunting lagi! Bad mother! Cerita2 masing2 nangis... tragik tul family aku ni kan? wakakak... but ini lah keluarga kami... tetiba baru teringat kucing tu rezeki... Alhamdulilla susah macam mana pun, sesak macam mana pun kami, ada je rezeki yang dtg... mungkin sbb itu jugak satu zakatkan, tolong jaga diorg....
And that nite! We decided to stay umah Pidah sbb semua dah rindu kucing2 tu...
Miss them!
NOTA KEPALA :- Sori tak ada gambar... emosi tergangggu... tengok gambar diorg pun dah sedih macam apa je... sob...sob...sob
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-
Tuesday, November 16, 2010
Parah
Esok raya... tapi aku kat opis ok. Hehehe... apakah???
Banyak sangat MC....cukup2 la. Kesian kat bos tu. Rindu nak panggil akukan? Selalu terpikir pasal mak kat umah masak sengsorang. Tapi Ijat dah bercuti, plus ada sedara baru kat umah so aku tak bimbang sangat. Elehhhh selama ni pun bukan membantu pun. Menyemak dapur mak je. Hahahah... poyos akukan?
Ok... badan masih lemah. Actually bukan lemah apa.Lemah sbb datang bulan ni je. Sedih la. Kedatangan bulan penuh kali ni macam lebih menyakitkan. Sampai demam2... malam tak leh nak tido. Aizzz.... payah tau. Ekceli bulan ni delay 6 hari peyed... ku sangka mengandung tapi buat test negetive. Hampa? Erm sendiri pk la... aku dah malas nak recall.
Than aku try few traditional medicine. Nak kecut rahim ada, nak bagi tenaga ada, nak banyakkan telor ada, semua aku try. End up??? Period cycle lari... lari je tak pa. Sakitnya meninggalkan kesan ooooo. Sian abang Jamani korang. Mengadap akak... emosi tak tentu. Nak marah je. Sakit jangan cakap. Ubat synflex dah tak jalan rasanya. Masuk hari ke dua, period stop. Macam nak gila rasa. Sakit sengugut tak ilang lagi, dia stop plak...
Mengadu kat ibu, hambik bebelan sebakul. Kata aku gatal. Gatal menda. Kita ikhtiar.... kan kan kan. Tapi sendiri makan diri. Period delay. Than sakit teruk. So perintah ibunda, dia suruh aku stop all the medicine. Mungkin badan aku tak cukup kuat nak tampung ubat2 tu... dengan erti kata lain manja. Ini tak leh itu tak leh. Jamu, dan akar2 kayukan panas. So mungkin sbb tu jugak la asik jatuh sakit. Kesannya bukan itu aje ok... aku rasa reseptor aku pun problem.
Nafsu makan mmg tak leh nak cakap la... nak makan itu ini, bila dah mengadap putus selera.
Deria bau aku pun jadi sesuatu... bau minyak wangi tu aku bau sampai aku rasa macam nak muntah sbb busuk sangat.
Mabuk...dan nak tido sahaja...
Ha! hebat tak?? Seyes aku tak main2, dah ghupa org mengandung dahkan? But im not. Emosi jangan la cakap. Nak marah, nak menangis. Semua ada... Gila takkan menopos lakkan? Aku baru je 30 wokeh...
Aku gi jugak klinik to check kenapa period aku delay sbb aku tak pernah delay mmg tepat 28 days. Doktor cakap sbb faktor hormon dan umur. Terdiam seketika. Mungkin nak sedapkan ati aku? may be....
But apa yang aku lalui menjadi pengajaran buat aku... cukuplah... mmg aku nak sangat anak but i guess i need to stop la sbb aku tak nak memudaratkan diri. Rasanya baik aku ikut nasihat doktor lagi elok kot. Ikut proper medication. Mungkin aku mmg tak sesuai nak try benda traditional ni. Tak sanggup aku mengadap sakit je. Mcm nak mati je rasa ok.
Kalau korang baca status FB and twitter, korang mesti tertanya kenapa. Nak buat kerja mmg tak leh. Buat2 kerja la dengan mengerjakan FB dan twitter. Rasanya aku tawakal je la lepas ni. Mungkin masa belum ada lagi so redha.
Hadiah tuk ibunda
LAyannnn dah itu je ceritanya...tapi kali ni nak cerita pasal mak si Aisyah lak...
Dapat hadiah??? KAmi tak nampak pun masuk pertandingan apa-apa?

JAngan ko lihat Che Ta nan ado mata... ambik ko tempat pertama... apa dalamnya???

Seyes aku tak tahu apa ke bendanya ni... tapi jangan tak tahu .... mahal oooo harge hadiah ni...

Dont play play ok!

Aisyah's School day - Part II
Kelakor je aku rasa. Dia masuk 4 acara sukan. Dan pemenang tempat pertama, ke dua dan ke tiga akan dapat pingat. Yang bestnya pingat yang di dapat bukan main besor lagi...

Nur Aisyah Farhana... vangga omaknya menghantar dia naik pentas. Dah tu tak mo turun... kih kih kih


Guru besar yang confuse. Beso kan guru besornya... larikssss...

Aisyah tak berganjak pun dari tempat dia... mau hadiah... hahahah...

Aisyah's School Day - part One
Patutnya dia dengan family dia je... tapi di sebabkan aktiviti sekolah dia yang agak busan... mak apak dia telah menghantar SMS pada kami tuk mai join diorg... hahah lagi best!
Maka aku dengan sakitnya... tak menyodarkan diri telah pergi terjah... Mr Ana yang temankan anak2 dia mandi. Che ta dok sorang2 tanpa teman... hahah biras2 datang bukan temankan dia tapi mengejoinkan diri mandi manda sekali... lalalala... sungguh tak maluS kan?
Tapi dah itu permintaan en suami... tak baik kalau tak ikut kan?
Gambar kami tengah mandi tak dapat nak tunjukkan... hahahah tak la seksi tapi siapa la yang simpati ambik gambo... kena buli dengan suami dan adik ipo... hahah sia Ijat akan ku ingat sampai bebila kes tarik kaki kat slide... hahahah.... habis ayu ku...

Dah la mai tengahari... perut lapar. Nak tak nak belila makanan kat sana... perh mahal dan tak sedap. Tapi pilihan apa yang kami ada? Belasah!

Nasib baik satu kemah ni semua mmg diorg khaskan tuk family budak2...time tu plak hujan. So agak selamat la... kalau nak bandingkan dengan org biasa. Hahah kami terdiri ahli luar biasa.

Aliya yang keletihan...dari pagi mandi, so sendiri surender. Tapi mak cik2 yang baru datang tak dapat nak menahan perasaan melihat air... maka kami tinggalkan Aliya dengan omaknya... hahah jahatkan?

Qayyum pun kami seret datng ok... sangat baik kamu Qayyum... sonyap je... macm bagi restu plak.

Time kami mai, nama Che ta di sebut tuk pertandingan apa tah.... hahah sorak tak hengat...

Che ta naik pentas tuk daftar nama.

Oh silap bagi alasan demam tak leh nak join... hahaha... lawak ok... tapi mmg pun dia tak sihat that day. Org tak sihat AJK naik hangin plak... hahaha...

Ni 3 beradik ni mmg tak leh nak pisahkan? Mmg hilang dulu... dah penat mandi bertiga baru la laki ai cari ai... jom mandi sesama yang... apakah? Hahah mana leh tolak... doseeeee.... muahah statment gedik!

Pertandingan tuk ibu bapa....

Hero pojaan hambo...
16 Nov 2009
Title :-Tuhan sesungguhnya ujian mu menguatkan imanku
Ingat tak buku yang abak dengan mak bagi sblm mereka berangkat ke Mekah? Aku rasa ada khimahnya abak dengan mak bagi buku tu pada anak-anak...
Sejujurnya aku mmg tak kuat dengan dugaan ini... bayangkan... anak... semua org nakkan anak... aku di kira beruntung sbb Allah memberikan rezeki yang awal buat ku... tapi Dia hanya meminjamkan anak tu sementara sahaja... mmg dah tertulis segalanya bagi setiap manusia kejadian ajal dan maut...
Dalam aku rasa sedih tu, aku cube la menyibukkan diri dengan membaca, surfing benda2 yang boleh melupakan aku pada kesedihan aku ni... berat uolz nak terima... yang ada anak tu tahu la apa aku rasa... aku terbaca Akhlak - sifat Mahmudah dan Mazmunah seorg islam. Buat aku terpikir dan mula menerima... aku harus menerima ujian ini dengan redha.
Rupanya di sini, ramai lagi yang bernasib malang dari aku...
Ramai yang bersimpati dengan aku... terutama nurse2 di sini... dan yang bagus bila mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri...mcm semalam ada nurse ni... dia tanya aku pasal anak, than dia cakap dia juga pernah alami keguguran anak ke dua... waktu dia cerita tu, aku masih rasa kisah dia tak sehebat ku... dia masih ada anak dan dia tak perlu menjalani apa yang aku jalani... sbb kandungan hanya berusia 3 bulan.
Tapi hari ni... akak nurse ni... dugaan dia jauh hebat dari aku...2 kali anak meninggal dalam perut... kandungan mencecah 6 bulan je, Allah menjemput anaknya... 3 kali keguguran... dan sampai sekarang dia tak punyai anak, dan berakhir ambil anak angkat... aku terdiam... 2 kali anak meninggal, dia masih lagi tersenyum dan yang paling hebat bila sepanjang dia kerja sebagai nurse, dia di tempatkan di wad bersalin... aku yang baru kehilangan yang pertama, aku dah tak leh nak dengar suara bayi, tengok org mengadung... mcmmana perasaan dia yang berhadapan hampir setiap hari???
Lagi hebatkan?
Akak tu pujuk aku jugak.... terima qada dan ketentuan Allah... ada sebb dia tarik anak kita... dan kita (kes aku) adalah golongan yang baik sbb di uji dan anak2 ini yang akan menarik kita ke syurga (insya Allah)...Ku usap perut ku... Insya Allah... janji dengan ibu Aryssa akan tunggu ibu dan abak di sana sayang...
Cume aku risau je sekarang, 6.30 pagi tu ubat dah masuk... sampai sekarang tak ada contraction... Zamani lak risau... takkan nak kebumikan anak memalam lakkan? Ya Allah permudahkan segalanya buat ku... permudahkan la jasad si kecil ini tuk keluar dari tubuhku...
Aku nak tengok dia... aku nak kucup dia... aku perlu kuatkan semangat sbb dia anak ku... nurse tadi cerita ari kamis tu ada cina mengandung 7 bulan... tak mahu tengok anak dia, tak mau bawak balik pun jasad anak dia... bila pihak hospital kata kena bawak balik, dia menurut, dlm hati aku, mungkinkah dia buang anak dia tu?
Masya Allah... tu la beza kita yang beragama... iman membezakan kita dengan mereka yang tidak percaya akan kehidupan dan kelahiran...kalau aku tak di duga sebegini, aku dan suami akan jadi semakin lalai...sesungguhnya ujian Mu ya Allah menguatkan iman ku....

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
Monday, November 15, 2010
Aliya budak perempuan la....
Kalau saya buat make over... confirm i look better dari kak long yang semua org puji...
Rambut kak long saya cantik.... of coz la... sayakan baru 2 tahun... kang umur saya dah 2 tahun lebih lebih jangan terkejut saya lagi anggun dari kak long saya...
Bibir kak long macam angelina Jolie... Bibir saya nipis tapi sabar la... kang di kembang la...
Chewah mak long buat spekulasi dialong Aliya...
Minah ni nampak je kecik... macam boy. Tapi naluri perempuan tu ada. I dont remember ini bila. Tapi seingat aku Zamani bawak dia balik Klang sekejap. Time aku tengah kemas. Dia request nak lipstik la... bedak. So umah aku mmg ada make up yang tak pakai khas tuk anak2 buah...hahahah... dah tentu Aisyah and Aliya the only niece yang aden adokan...
Rayyan and Bunny
Kalau dah nama mak tukan, mara macammana pun sayangkan anak. Mana nak dpt barney kul 3-4 pagikan? Kalau tak berkerja ok lah... ni berkerja. So alternatifnya belikan DVD...
Ingatkan boleh mainkan kalau time lewat malam... sekali budak bijak ni mmg minta ulang tayang.
Time ni kitaorg balik balik putrajaya... balik masuk umah je dah request nak tengok barney.

Sampai pandai pasang sendiri ok! Rayyan is just one pluss... Next Feb is goin to two. Tapi dah pandai bukak DVD.... gue tak tipu tapi terkujat jugak la...semua butang DVD tu dia tekan...

Ready to watch!

its barney time!

Ini la Rayyan... fanatik barney... "I love you... you love I..." Versi sendiri.

BAk kata Fidah, kalau dia dah mengadap benda ni, yang lain maap la.... sila tunggu turn...dah habis dia minta ulang lagi ok...layan la Rayyan... tapi kete, loyeee(lori) dengan bas maintain kat sebelah dia kan kan kan?
Lihat la aksi saya...
Sajer ku lekat kat muke dia... alamak! dia syok!
Aliya buat dekkkk je... suke lak dia org tepek2 benda ni kat muke dia.
Sibuk memilih butiran2 kecik tuk di tepek ke muke...
Tok mama comei tak muke Liya?
Yer... mak long aksen baik...padahal dia yang setat dulu. Tapi naik syok bila mak su layan. Hahaha...
Ok mak su kata jangan senyum...kang biji2 ni jatuh... hehehe...Maintain muke ketat!
15 Nov 2008 and 15 Nov 2009
Title :- Perbezaan kucing jantan dan lelaki
Ok email ni aku dapat dari this gurl....
Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!! ! dont take seriously...Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai
- Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
- Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
- Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yangbertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
- Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadiseperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
- Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kitalepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
- Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
- Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
- Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
- Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
- Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
- Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu takikut perangai kucing la)
** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...
Aku baca article ni aku terigat anak teruna aku si SIMBA tu... mmg ciri kucing aku la... muahahah.... pasangan korg macammana? Macam kucing aku tak? Larikssssss
The Half Blood Princess- In your Hands, my life begins and ends-

Esok, aku akan di induce... tetiba je aku rasa tak sedap hati... tetiba sahaja aku rasa takut... esok aku mungkin keseorgangan... biasalah hospital kerajaan, tak pasti sama ada membenarkan suami tuk masuk atau tak... tapi selalunya tak... dan aku tak tahu bagaimana aku nak harungi seorg diri...
Zamani tak putus beri kucupan semangat... tawakal la sayang semoga semua berjalan dengan sempurna...
Sekali lagi... Allah menentukan segalaNya... Dia yang mengkehendaki... aku tak pernah rasa takut begini... tubuhku sejuk, jiwa ku tak tenang dari tadi. Aku mula rasa sakit macam nak peyed... korang tahukan kalau aku nak peyed dulu, mmg sakit sangat2... walupun sakitnya masih tak teruk, tapi aku dah mula tak selesa... pinggang, perut ku bisa sangat...
Air mata dah tak mampu nak mengalir... ku gengam tangan Zamani... perasaan menjadi lebih tidak tenteram.... maka aku terus ambil wuduk, solat hajat dan taubat...
Ya Allah... ampunkan dosaku... Ya Allah, permudahkanlah segalanya buat ku... berikan aku kekuatan, berikan aku semangat supaya aku boleh harungi semua ini...
Aku bukan la pandai sangat dalam bab solat ni... maksud aku secara detail... aku buat sekadar yang aku tahu... Tapi sesungguhnya aku harap sangat doaku Allah terima...
Pada semua... aku mohon maaf... sekiranya aku ada salah dan silap terkasar bahasa...
Pada ibu dan ayah....
Along minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... dari along lahir sampai la sekarang, kasih sayang ayah dan ibu takkan along lupakan... halalkan segala makan minum dan pakai...
Pada adik2...
Maafkan akak kalau ada salah silap... maaf sekiranya aku bukan kakak yang terbaik buat kalian...To Rafidah expecially... you been such wonderful sister... terima kasih di atas kegembiraan, dan kesedihan... tak terbalas jasa mu sampai bila-bila... i love you and you will be in my heart... dan to didi... jadilah anak yang baik...
Pada mak dan abak
Maaf kalau cida bukan menantu yang baik... terima kasih mak dengan abak banyak memberi tunjuk ajar pada cida dan tak pernah mak dan abak membezakan kasih anak dan menantu... mak dan abak telah menunjukkan erti kasih yang sebenar... cida sayang mak dan abak
Pada In law and future in law
Kak long sayang korang... you all the best... maaf kalau sepanjang akak masuk dlm family, ada salah dan silap... thanks to che ta, anyah, fifi, hasra, awie and ijat... korang dah banyak membantu along dan kak long...
To my Niece and nephew
Rayyan, Aisyah,Aliya, Amira, Amirin, Naufal and Nazmi... mak long will always love you all... u all always in my heart...
To All cozen and relative
Terlalu banyak nama yang nak ku sebut... tapi aku bersyukur kalian sangat2 mengambil berat tentang ku... terima kasih banyak2... tak terbalas jasa kalian terhadap ku... doa dan sokongan kalian hanya mampu di balas oleh Allah.
and to my beloved husband...
I love you...ampun dan maaf sepanjang kita bersama... terima kasih di atas kasih sayang B selama ini... kasih sayang B tak mungkin ayang bandingkan dengan sesiapa pun... Terima kasih sbb B sanggup susah senang dengan ayang... sebagai manusia kita hanya merancang dan tuhan menentukan segalanya... ayang tak pernah rasa menyesal memilih B sebagai suami... B seorg suami dan ayah yang sangat penyayang, sangat mengambil berat, walaupun kita hanya memegang title bakal ayah dan ibu, but sepanjang pregnancy without fail you show ur love and care and you know what the best for me... no one will ever take ur place... you complete me sayang...
Mungkin korang kata aku mengarut... terpulang... i just save my last word to those ppl i love... in case apa-apa jadi pada ku,kan?? Setelah apa yang terjadi, aku jadi semakin takut... apa lagi ini merupakan pengalaman pertama aku... aku tak tahu mcm mana rasanya... apa pun tolong doakan tuk ku ya...
Sekali lagi sekiranya aku menyakiti kalian sama ada secara langsung atau tidak langsung, aku harap sangat korg dpt maafkan... take semua... doakan semoga esok semua berjalan dengan lancar... aminnnn
Aku dah masuk ward kat Putrajaya... so sekarang berada kat ward 2A... katil??? memula kat katil 24... pastu Pidah minta aku di pindahkan ke ward sorang... sbb aku tak leh nak dengar suara baby menangis... melihat wanita2 mengandung... bukan aku cemburu atau sakit hati, tapi tah... sedih... anak tak ada, perut yang selalu ku bayangkan besar pun nan ado dah sekarang... pilu je tengok sebenarnya...
So Pidah adik yang prihatin... dia minta aku di pindahkan... sbb suami atau sesiapa pun tak di benarkan menemani... so alasan nurse kat situ takut suami org lain pun dok teman... Pidah bagi tahu that i need support dan teman sbb losing a baby is not eazy... tengok baby org sekeliling, suara2 bayi... ooo aku boleh giler uolz... Time aku masuk tu pun, Zamani dok peluk aku... sentuh pipi aku sampai aku tertido. Aku tahu dia pun sedar aku mudah mengalir air mata bila dengar dan lihat semua tu... sampai aku suruh dia tutup tirai... habis suara baby semua??? tutup telinga plak ka?
Masuk2 ward jerk kena pakai uniform... sangat besar... time tu aku ketawa... Zamani pun gelak sama... lawak tul... macam badut pun ada... than sempat la aku tertido sbb time melawat jam 4 petang sampai kul 8 malam... time kul 4 tu family member masuk... Alhamdulilla sedikit terhibur... Zamani bawak lapy tuk aku... sbb kalau bosan2 boleh la on line kan... macam sekarang...
Kul 4 minum petang... berbual dengan ibu, Pidah, Che ta, Hasra, Ijat sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan yang aku lalui...
Dalam kul 5.30 aku di pindahkan ke ward 28... Doktor dtg bagi tahu ubat akan di masukkan awal pagi esok kul 6.30 pagi... sob sob... uh tak tahu apa aku rasa... sedih... tu je ungkapan yang aku boleh katakan... tapi aku tak sanggup nak siksa jasad Aryssa yang lama dlm rahim ni... biar la kami sempurnakan jasadnya...
Kul 6 Zamani balik umah ibu ambik barang2... than kul 7 Zamani lak minta diri tuk balik Shah Alam tuk uruskan pengkebumian Aryssa nanti... tak tahu la... aku harap tak ada lah masalah komplikasi atau masalah waktu nak keluarkan jasad Aryssa nanti. Harap esok semuanya boleh berakhir.
Now aku sorang kat sini... busan... nasib baik ada TV yo... heheheh... kul 7 tadi diorg hantar nasik tuk dinner... oklah cume tah tekak aku tak sedap sangat... so yang habiskan ibu... heheheh... tak pa la... berbaloi jugak... kalau idok??? baziq gitu je...
Dinner
Sakit la perut dan pinggang... :(
Takut je rasa...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-




















