Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, March 15, 2011

Masih adakah yang boleh pikir macam ni?

Ku cilok dr Ahadiah Akashah blog... korang kenal siapa Ahadiat Akashah? Tak kenal maka tak cinta. Hahah

Orang tak ada idea nak menulis kerjanya copy paste dr blog org je ler... terharu tau... padan muke pun ada. Kalau la darjat wanita sama dengan lelaki... mau ku rasa lelaki semua gigit jari.

Korang baca la. Tak tahu ini adalah satu cerita yang di reka atau mmg jadi padanya. Apapun isi menarik

gembira hati bertalu-talu!

apa taknya, sekian lama aku mintak, penuh alasan aku bagi, akhirnya, borang itu telah pun disainnya....

borang apa? poligami ke?! oh yes, sudah semestinya! aku bebas memilih calon bini yang baru, huhuhu!

'tapi yang, kali ni saya yang pilih sendiri ye, tak nak awak yang pilih, pilihan awak tu merepek, tak senonoh punya pilihan!'

'awak nak pilih yang macam mana?!'

'saya bukan hipokrit, saya mestilah nak pilih yang lawa, kaki panjang, putih...hm... lebih muda pada awak!'

bini aku angguk aje.

aku tau, sedikit sebanyak dia terguris, pasti ada cemburu di dada. namun, aku tak nak berzina, aku tak nak buat maksiat, aku tak nak ada affair and no scandal-scandal! sebab tulah aku tekankan untuk berpoligami. walaupun hakikatnya pahit, tapi halal! kalau aku adil, rumahtangga pasti bahagia! dan, alhamdulillah, bini aku faham. bini aku tak mau aku lakukan zina dan dia pun tau aku sangat sayangkan keluarga aku ini! sebab tulah aku rasa, akhirnya dia sain jugak borang itu yang aku simpan dalam laci yang berkunci.

kadang-kadang aku rasa bersalah, tapi, tuntutan aku sebagai lelaki tak mampu untuk aku tahan! aku tak nak jadi penipu, pengkhianat, jadi jalan terbaik adalah berpoligami secara halal dan direstui bini.


'kalau saya pun, sure saya pilih yang lebih hensem dari awak, yang muda dari awak, yang sasa dari awak!'

aik! lain macam aje! aku tenung muka bini aku malam selepas dia sain borang itu.

'itu dah suratan allah, cuma lelaki aje yang boleh kawin lebih daripada satu! kalau orang pompuan pun boleh, saya pun nak! saya bukan hipokrit! saya pun leleh tengok budak-budak muda, yang nampak sporty, nampak macho... yang pastinya tak ada gout!'

aku telan liur! gout-gout jangan mention ek, ni isu sensitif ni! ni dah lebeh ni!

tak apalah wak, awak carilah yang muda dari saya, yang cun, nanti kalau awak dapat yang kurang dari saya, awak mintak tambah satu lagi, kali ni pilih yang betul-betul cun, yang lawa, yang body meleleh cutting model....'

aku tau bini aku tu jealous dan kecewa, sebab tulah dia cakap macam tu....

'harap-harap nanti bila lepas bini muda awak tu beranak, taklah badan naik mendadak....'

aku telan liur lagi!

'banyak kes, orang pompuan ni masa belum beranak memanglah meleleh, lepas beranak kalu, semua alignment lari... bodykit jugak ada pasang macam kereta sport awak dulu-dulu tu, hah, masa tu, bini yang dulu tinggi lampai, baru nampak lowered!'

'saya faham awak kecewa....'

'eh taklah, saya happy, kalau awak happy saya lagi happy! saya memang nak awak happy!lagipun, kalau awak dah kawin nanti, kuranglah kerja saya bila malam jumaat nanti!'

ain macam aje statement bini aku ni....

'patutnya, allah bagi lelaki pompuan sama-sama hak boleh kawin lebih dari satu, kan best,kan yang?!'

aku tenung muka bini aku. (cun tu)

'saya pun bila awak mintak saya sain borang poligami, saya pun hulur borang untuk awak pulak sain! (senyum) sama-sama kita sain! bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!'

bulu roma aku naik, muka aku kembang! cemburu aku mendadak. bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!

'tapi pun best gak, kan yang, at least kita sama-sama ada experience, boleh kita praktikkan kat pasangan muda kita tu! macam-macam style yang pernah kita buat, kita share dengan diorang! ala, lagipun apa yang nak di-jealous-kan, ia sekadar seks aje! kucing, ayam, lembu, tukar-tukar pasangan selamba aje. tak pulak rasa cemburu, betul tak?!'

aku telan liur! ye ke?!

'saya kalau ada laki muda, kena pasang badan lebihlah, takut nanti, laki lari, dia pun mintak borang poligami macam awak jugak! tiap malam bila turn saya dengan dia... sembur minyak wangi, sapu losen satu badan, saya kenalah pakai gaun nipis warna pink, huh....'

o, masa dengan saya awak pakai t-shirt pangkor aje?'

'aik?! awak jealous ke?'

aku terkedu. terpaku! kantoi....

'apalah awak ni....' ketawa. 'itu pun awak nak jealous! manalah orang pompuan boleh kawin lebih dari satu, saya just imagine aje, alangkah best-nya kalau pompuan pun dapat hak yang sama macam tu!'

'hm, okeylah, saya nak mandi ni....' aku tutup pintu bilik mandi, termenung!

'wak! nanti kalau awak dah ada calon tu, sebelum awak lamar dia, bawaklah jumpa saya dulu, boleh berkenal-kenalan, ye!'

aku diam terpaku!

pintu bilik mandi diketuk perlahan. 'yang! ooo yang... awak okey ke? yuhuu!'

aku tak layan panggilan bini aku itu. namun, aku terpaku, kaku... bukak shower dan biarkan air dingin membasahi kepala.

malam itu, di tengah malam sewaktu bini aku sedang nyenyak tidur, aku tatap wajah dia! belai lembut rambut dia sehingga dia pusingkan kepalanya. aku kucup penuh cinta dahinya. dialah wanita yang telah berkongsi hidup sebelas tahun lamanya, susah-senang dengan aku. ehem, masih cun lagi tu walaupun malam itu dia pakai t-shirt langkawi aje! perlahan-lahan aku bingkas, bukak laci dan borang poligami yang dah bini aku sainkan itu aku koyakkan sehingga halus berkeping-keping.

nasib baik allah hanya benarkan lelaki aje yang berpoligami!

kalau tidak?!

apa nak jadi kat kita yang kaum adam ni, bro....


*****

So amacam??? best tak? kalau masih ada lelaki pk macam tu baguslah. Yang kita takut mereka yang tak penah pk. Yang kita nampak kita bosan dengan pasangan kita. Yang kita tahu kita tak suke nak tengok muke pasangan kita. Tapi kita tak pernah pikir jasa dan pengorbanan sepanjang kita bersama itu la yang buat kita kekal sampai ke hari ni. Tah la... aku tak tahu nak cakap mcm mana... belum kena batang idung. Kalau dah bosan, kalau dah kita tak elok di pandangan mata kita, apa lagi yang kita boleh buat. Mungkin di saat itu kita tak di perlukan lagi, siapa tahukan? Macam yang isteri ahadiat cakap. Dah mmg tertulis wanita tak di benarkan kawin dari satu, nak tak nak terima je. Hahah kalau aku la... tak ada nak sign2 surat poligami, since you nak kawin lagi satu means kita ni dah tak di perlukan lagikan... hambik ko! nyah ko dengan bini mude ko di sana... dah la nak kawin boleh lak nak sakitkan ati bini dengan pujian2 yang menyakitkan ati... uhhhh... akak yang terasa lebih2... hehehe... ok la itu jerk

Something to share here

Cilok dr sis Anyra punya blog... ngeh ngeh ngeh...

First of all darling, tahniah sbb anda bakal menjadi seorg ibu. Take care yer. Enjoy every moment inside you dear. Even bad morning sickness... enjoy!!! Wah pandai2 aku. Tak kena bad morning sickness sampai menepek tepi lubang jamban. Erkkk tak pernah eh? Jangan merungut. Its true.... baca ni.

mommy..
I am only several inches long, but I have all my organs.
when i in ur womb..I love the sound of your voice. Every time I hear it, I wave my arms and legs. The sound of your heart beat is my favorite lullaby.
You know what Mommy, I'm a girl !!
I hope that makes you happy. I always want you to be happy. I don't like it when you cry. You sound so sad. It makes me sad too, and I cry with you even though you can't hear me....

Tetiba aku jadi sedih....terharu actually... yerlah pernah mengandunga anak perempuan so terlebih sedih la....if this she said to me a year ago... this is what i wanna share...


Baby,

When i know i get pregnant there is nothing make me happy. Setiap hari tanpa jemu ibu sentiasa meminta padaNya, semoga anak ibu cepat besar, sihat, sempurna seperti baby lain. I dont care if i sick, asalkan bukan baby di dalam rahim ibu. Bila menyentuh perasaan yang kita kongsi bersama, i know u feel sad mostly sbb im to emotional. Im sorry i could not control my emotion sometime. Ibu lupa anak ibu rasa benda yang sama. Ibu minta maaf sbb tak dapat mendengar tangisan anak ibu di saat anak ibu ingin berkongsi rasa kesedihan itu. Kalau ibu dapat rasakan macam adik rasakan sudah pasti perasaan itu ibu buang jauh. Nothing more important than you sayang. Im sorry if you felt that im not a gud mother. Percayalah kalau doktor kata racun itu adalah penawar bagi mu untuk kamu terus membesar sihat, ibu sanggup minum demi melihat anak ibu membesar.


Insya Allah dengan izinnya pasti kesempatan itu aku rasa jua...

Monday, March 14, 2011

Sengkuang Calit!


Sengkuang Calil guponya nama dia...

Time korang sekolah dulu ada tak benda ni jual kat sekolah. Haven ko!!! Cino kat sekolah aku dulu letak sengkuang ni bersalam ais. So sejuk je. Tiap hari wajib beli. 30 posen kot time tu. Besar potongannya. Tapi rasanya time sekolah aku sos atas tu warna merah.

Baju sekolah compom ada cop benda ada alah ni. Dah nama pun di rendam dalam aiskan. Kena sos tu dengan air batu tu mentis2 ler kena baju. Tapi time tu akak sekolah rendah lagi. Apa ku kesahkan? Tetiba bila tengok org jual2 tepi jalan, terdetik benda ala ni.

Kalau aku gi sekolah lama aku, korang rasa ada tak?

Sekarang sonang, ada jual rupanya. Bole la aku jual plak... wakakak lepas tu aku yang makankan? Dah la hantu sengkuang. Buta2 sengkuang aku boleh habiskan sorang. Apa lagi benda yang aku suke time sekolah?

Aku bukan pemakan sangat. Suke beli benda mengarut2. Pencel la, pemadam la. Duit belanja tu habis ke situ. Bila tak ada duit mengadap adik aku... hahah si Fidah. Hangin je member. Dapat makan sengkuang tu pun jadi la. Kadang2 aku beli roti canai milo. Hahah sedapppp... pandai2 suruh uncle jual roti tu letak milo dalam roti canai. Pastu makan cair2. Ye la bila serbuk milo tu kena panaskan cair, so sedap la makan gitu je menuju ke kelas...

Hahah itu pun buat baju aku kotor. Aku balik sekolah cik tipah belasah. Awak ni perempuan, baju kotor mengalahkan budak jantan. Kata cucu jantan... wakakak... sipi2 kena la ada. Idok begitu?

Dah tu dulukan ada rancangan makanan tuk pelajar yang kurang mampu. Apa ke nama dia? RTM? MRT? TMR? hahah lupa suda... tunggu je budak kelas yang tak dapat. Sbb cik gu akan bagi pada sesiapa yang tak datang. Ngeh ngeh ngeh. Kelas aku ada la 10 org. Banyakkan? Kadang2 tak ada la 10 org datang. Mula mengedeng kat meja cik gu...

"Cik gu bagi la saya. Duit belanja saya dah habis tadi pagi beli buku... " Keji ko!

Cik gu pun tak kose nak melayan. Kadang2 bebudak ni bawak bekal. So akukan baik dengan kawan2... hahah boleh minta. Haisemen... sungguh tak malukan? Makanan sedap2 la. Aku tak mampu nak beli... hahaha. Sekali lagi berlaku keji. Eshhh jangan anak aku esok ikut perangai omaknya, kali buli kat sekolah. Tapi ai kaki buli pun, i tak pernah lari ponteng sekolah yo! Selalu kawan2 aku ajak aku, mesti KANTOI... hahah sbb mulut tak reti diam... Takut wei nak berhadapan dengan Incik Rusli... mau penampar pakai kaki... uhuk... time tu ler... lah ni??? ermmm nanti aku try minta dia beli aku umah sebijik... rasa2 dia cakap tak dia leh sponser down payment umah... wakakak melampau!!!! Ok ni perumpamaan jerk. Kalau betul dia boleh belikan idok la aku penat berkerja in the first place ok!

Ok nak kerja balik. Hari ni mud nak makan elek. Cube jugak makan tak nak perut kosong tapi ku gagal lagi. Mud nan ado...semua aku rasa semua tak sedap. Buah pun tetiba tawar.... bule??? Camno tu??? Dah nasib badan. Malaysia panas sangat. Nak duduk london la... wakak tetiba!

Aisyah and Aliya

Semalam keadaan mak long sangat2 la tak sihat. Mungkin cuaca terlalu panas, dengan badan yang tak sihat kemudian semalam ke KL, Jam dengan Matta Fair, kemudian lari plak jalan jauh nak elak sesak jalan buat aku rasa mabuk tahap kritikal. Tapi sempat jugak menyinggah Giant makan ABC dengan Mcdonal.

Kesannya sampai la ke malam... tido.

Ekceli tak tido. Pejamkan mata sbb bila mata bukak terasa pusing satu bilik. Hagak parah la.

Time magrib terdengar dua suara kecik menuju ke pintu bilik...

Pelahan je pintu tolak...

Aisyah :- Mak long bangun la... lamanya tido?

Suara kecik tu memaksa aku membukak mata. Ermmm gelap bilik. Dari ada pancaran matahari sampai nan ado. Kemudian Aliya panjat kat katil

Aliya :- Mak long, hangun aaaa... dah hagi...

Hahah buat aku tergelak kecik. Dah hagi?? Mungkin dia nak cakap dah malam. Ok bangun sikit. Gigihkan badan tuk duduk melayan kerenah adik beradik ni.

Aisyah :- Aisyah dah mandi dah mak long, rambut Aisyah lambat kering.

Aliya :- Haliya pun dah handi...halong dah handi?

Me :- Mak long tak sihat la sayang. Dah makan dah?

Aisyah :- Dah... makan Nuget mak long beli tadi. Mak long sakit eh?

Me :- Aah mak long sakit

Aisyah :- Tak gi jumpa doktor? Nanti sihat la

Aliya :- Akan hubat... (makan ubat)

Aisyah :- Aah makan ubat, kalau tak nanti pak long dengan tok mama bawak gi sepital macam ari tu...

Korang rasa korang nak gelak tak dengar??

Aliya :- Halong jom hurun...

Tarik tangan aku. Tapi nanti la. Masih tak kuat nak bangun terus. Solat pun idok. So bangun solat. Kemudian bebudak ni naik balik...

Aliya tak nak turun, dia rekues nak tengok video yang aku ambik ari tu. Syok minta ulang tayang berulang kali. Bila dah lega sikit aku ajak dia turun dia tak nak.

Me :- Jom liya turun... wan dengan tok nak gi Tesco. Tinggal liya nanti

Aliya :- Hiyakan la... (Biarkan la)

Pelik budak ni tak mo ikut. selalu pantang sebut Tesco. Dia yang bukak pintu dulu.

Me :- Nak tinggal dengan mak long ka?

Aliya :- Ha la...

Me :- ok jom turun meh. Sian kak long Aisyah kat bawah.

Yang terharu Aliya siap pimpin tangan aku turun tangga. Terhibur sikit dengan budak2 ni. Pandai sungguh ambik ati. Sadis dan pilu oooo time sakit2 ni, anak2 buah baik je cari mak long. Esok Umar Qayyum pun macam kak long dengan kak ngah??

Mak long sayang Aisyah and Aliya...

Sedetik lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Sunday, March 13, 2011

up date

Bukan senang nak jadi ibu... Melahirkan bukan pekara yang susah. Tapi nak membesarkan dan mendidik adalah pekara yang paling mencabar. Dan aku percaya dalam dunia ni tak ada ibu yang sanggup melihat kesakitan dan keperitan yang di lalui oleh si anak. Kalau nyawa boleh di tukar ganti, pasti pilihan itu akan di buat oleh seorg ibu bg memastikan anak yang di kandung, di lahirkan dan di jaga membesar dgn sihat.

Aku bukan seorg ibu, tp aku yakin pengorbanan seorg ibu mengatasi segalanya.

Tadi petang aku melawat sedara belah mak mertua aku di HKL. Unit kanak2. Bila melihat budak yg bernama haikal, dia spt kanak2 lain. Ceria tanpa dia sedar dia mengidap penyakit yang kronik. Compare haikal dan budak2 lain di unit kanser tu, haikal sorg yg kelihatan sihat. Yang lain? Aku jadi sedih bila lihat mereka. Wajah ibu yg menemani lebih suram dari mereka yang menderia. Tabahnya ati ibu2 ini dan betapa cekalnya anak2 ini. kedengan ada pula yang membaca yassin, dan ati aku betul terharu. Tiada tangisan atau tersekat suara ibu yg membaca surah itu buat si anak, sungguh mereka tenang menghadapinya.

Saat ini aku tersentap. Sedangkan aku yang tak ada kena mengena dgn mereka, aku sendiri tak dpt menahan kesedihan. Kita selalu bayangkan anak2 ini akan membaca yassin buat kita satu hari nanti, tapi mereka tidak meminta. Malah aku yakin setiap ibu sentiasa berdoa agak anak mereka sihat dan sempurna seperti kanak2 lain.

Begitu juga dgn aku. Aku sentiasa memohon pada Allah... Berikan aku kekuatan di setiap ujiannya. Aku sentiasa di selebungi rasa bersalah kerana tidak dpt memberikan perlindungan yang terbaik buat anak ku. Sentiasa gusar memikirkan sistem badan yang bermasalah yang bole membahayakan pada sebuah nyawa. ye Allah menentukan segalanya. Tiada siapa yang boleh mengubah kecuali kita beriktiar dan terus berdoa.

Terima kasih atas ingatan seseorg tentang dia... Terasa ada betulnya pemergian dia punca dariku. Kalau masa boleh berputar, kalau pilihan di beri, kamu ingat aku suka2 izinkan dia pergi? Lately aku risau akan kesihatanku. Lately juga aku cepat penat, bila cepat penat cepat la terasa. Emosi mula mengawal diri. Tapi ni tak ada kena mengena dengan entry di atas... Ke laut suda aku ni... Ha3.

Tuk adik haikal... Aku tahu aku tak setabah ibunya. Kalau aku di tempatnya tentu aku sendiri buntu. Apa la yang anak dia tahu tentang erti kesakitan. Tambahan pula tuk sembuhkan penyakit si abang, doktor nak air sum sum dari si adik... Si adik yg berusia 13 bulan. Kalau korg? Sanggup ke nak tengok? Yang abang dah tentu sakit, yg adik menjadi korban. Aku pun tak tahu kenapa sum sum ibu dan ayah tak boleh di ambil.

Hanya Allah yang mengetahui... Dan hanya pada Allah tempat kita mengadu. semoga haikal cepat sembuh....

Wednesday, March 9, 2011

Serba salah

Ekceli nak tulis entry ni lama ari tu tapi tak kesampaian.

Dua tiga minggu lepas aku ada la bengang dengan one of staff company aku ni. Dia tak la teruk sangat. To me mungkin dia hanya menjalankan tugas dia. Which aku rasa ok. Cume cara dia je kasar. (hahah sendiri kasar tak perasan, bila org kasar dengan kita sentap lak eh?)

Bila dia request payment, bila dia request apa pun cara dia agak kasar. Even my manager kat Penang pun gune perkataan "Pls Help Shida..."

Staff yang deal dengan aku pun regarding payment pun akan gunakan perkataan 'Minta tolong Shida'... bukan la aku nak tunjuk aku ni bagus. But kita ni human, kalau ada hormat tu macammana bengang pun sejukla hati kalau nak buat. Tapi this gurl tak tau... kasar yang amat.

Sampai satu hari tu aku mmg gaduh dengan dia. Tru email. Mengigil2 tangan menaip tahan marah. Tercabar bila dia pertikaikan kerja aku???? Hey aku dah kerja sini 5 tahun and i know what im doing. Mula la persoalkan isu jawatan kat situ. Dan aku rasa aku tak pernah kurang ajar hantar email macam tu kat org.

Tapikan... two three day after that my manager call me. Suruh aku tulis termination letter.

Aku terkejut jugak. Alamak! am i to hash? Tak suke la kalau sampai menutup periuk nasik org. Sbb insiden tu aku email my manager supaya dia control this gurl attitude. Terlalu kasar. Dah la akak dalam control menahan stresskan. Jadi tak sedap tau. Takkanla manager aku ni pun tak siasat ke apa? Mmg betul aku komplain tapi takkan dia tak siasat ke apa kan?

Than my manager cakap that not me yang mengadu. Yang dia tak tahan bila customer pun mengadu. Even kawan2 aku kat opis ni pun mengadu kat dia cume aku je tak tahu. Oh ok... takla rasa bersalah tapi aku tetap rasa salah. Sbb tak baik aniaya org. Bukan aku nak tunjuk baik setelah apa yang aku buat. Even aku pun ada hati dan perasaan. Aku pun tegur cara dia berkerja. Bukan cara dia layan aku kasar. Budak ni ada la buat mistake. Bukan satu dua tapi rasa banyak kali. And as person yang monitor aliran wang syarikat, aku rasa aku perlulah bertanggungjawab control. Selama ni aku control sorg, tapi ada assistant yang membantu pun ada kesilapan, pasti aku yang kena jawab. Kan?

Since she gone, i feel pity. Kot la dia curse aku ke apakan?Sungguh tak sedap. Aku selalu ingat tak baik kita menganiaya org. Lagi2 kalau kita tutup periuk nasi org. Walaupun aku minta manager aku bagi dia peluang but keputusan di tangan dia, aku tak tahu nak buat apa.

Harap dia tahu yang ini berlaku atas kesilapan dia. Dan aku harap peluang rezeki dia ada di tempat lain, Insya Allah.

Happy Bithday

Nampak gayanya aku malas nak update tapi time birthday org tak harus kita melupakannya...

To my beloved brother.... Happy Birthday. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki selalu. Tahun dia tak dapat nak sambut sbb dia ada kat Sandakan, Sabah. Mmg terasa kalau awie tak ada kat umah. Sbb dia suke buat lawak yang tah apa-apa... hahaha. Kalau sakat aku tu mmg selalula kan.


Apa pun, kak long dengan along wish you all the best and hope your dream and wish come true. Kalau dia ada kat Shah Alam ari ni, dah tentu mak order kek dari Anyah and Che ta... hahah... jangan tak tahu, laki bini tu diam2 simpan bakat buat kek oooo. Tu nanti aku cerita la yer. Buat masa ni kemalasan melanda diri. Can not help la....

So awie. Enjoy your day ok... erk... kak long TERHENGEN la nak makan nasi minyak... wahhhh gitu! Terbau2 nasi minyak awie la. Ngeh ngeh ngeh... tetibakan??

Ok present you nanyian abang2 mu.... Along, Anyah dengan Fifie... hahahah lariksssss.....


Saturday, March 5, 2011

Kemalasan mengupdate

Ya ampunnnn...

Bertambah2 malas nak meng-update blog. Tak tahu la kenapa. Gambar mmg melambak2 tapi selalunya pending.

Adakah ini bermakna sudah tiba masanya saya bersara dari dunia blog? Iaitu dunia saya?

Encik suami.... hang tulung update blog ni pun ada paedahnya dari mengadap PSP tu. Tention mak cik nak oiiiiiiiii!

Adios...

Friday, March 4, 2011

Happy Birthday Dear Aisyah

Memaksa diri tuk membuat entry untuk insan yang saya sayang...


Sangat istemewa walaupun bukan dari darah daging aku. Tapi jujur aku sayang sangat dengan Aisyah... Heart Shell




Budak yang sangat keletah.... Laughing 1


Budak yang sangat petah... Hi-ya!


Budak yang sangat bergaya.... Wakka Wakka


Budak yang panjang akalnya.... Thats Aisyah.




1st Jan 2009 aku jumpa family Zamani. Aisyah ada sekali. Itu kali pertama aku jumpa dia sedangkan selama ni aku hanya dengar cerita dia dari Zamani. Sila tengok gambar... mak aiii kurusnya aku...ngeh ngeh ngeh.


Memula dia agak malu. Kata tok mama, dia suke tengok benda yang cantik, org yang cantik. Opsss tetiba terperasan... hahaha. Ye la cara dia tengok tu dia suke tenung. So takut la dia tengok aku sesuatu... mau kena rejectkan. Ahak!


Umur dia baru 3 tahun time tu. Cakap mmg tak pelat langsung. Mmg boleh faham apa dia cakap.





Time ni panggil auntie lagi. Ekceli dia panggil aku kakak tau. Kah kah kah tapi zamani time tu dengki tahap melampau suruh aisyah panggil auntie, yer la nak panggil mak long rakus plakkan? Pestime jumpa family dah nak pakai title mak long. Kui kui kui. Dah nak balik baru la si Aisyah beramah mesra dengan aku...


Aku tak tahu, tapi aku suke budak perempuan. Lelaki bole la tapi nak cari gaduh je. Kui kui kui macam Rayyan. Sampai sudah tak suke mak long. Bagi aku kalau perempuan ni best sikitkan. So since aku kenal aisyah aku banyak beli barang tuk dia. Apa yang aku berkenan aku beli, aku bagi dia. Yer la nan ado anak. Anak buah banyak lelaki. Dulu si Mira aku berhabis la jugak. Tapi dah besar ni je kurang.



Gambar ni aku cilok dari blog che ta. Ahak! jahat tak? Nak kenal family zamani kita follow cerita adik iponya. Kui kui kui. Tah macammana kantoi tahu aku pun blogger. Ahak! Pecah lobang. Tiap2 hari dok tengok blog mak dia. Dah la bacakan? Gambar anak habis aku save... glub! Tak mo marah naaa che ta. Bukan apa, Zamani kenal aku pun tru blog je. Dia baca blog aku dari mula sampai ke sudah nak kenal isi hati aku. So mcm tu la jugak aku gune blog che ta. Terutama bila dia cerita banyak pasal my mother in law so buat aku tenang sikit jiwa raga... ahak!

Bukan apa...lagkah berjaga2... kui kui kui Thinking

Eh nak cerita pasal bitrhday Aisyah... today its her 5th Birthday. Aku ni mak sedara je, mak dia tentu la banga tak sangka, anak yang di kandung 9 month dah umur 5 tahun. Dua tahun lagi masuk darjah satu. Tahu baca, tahu menulis... ohhh sori mak long plak yang teruja.

Sekarang pun aku sendiri tak sangka. Dia membesar dengan cepatnya. Semakin hari semakin keletah. Semakin banyak benda yang di buat sedikit sebanyak menghiburkan ati. And bila hujung minggu, dah mula terasa rindu. Now bila jumpa dia aku biarkan dia bercakap.


See dah besarkan? Compare gamba dia yang tadi tu. Pretty gurl.

Mak long ucapkan selamat hari jadi buat Aisyah. Supaya Aisyah menjadi anak yang soleha buat mummy dan abak. Mak long sentiasa doa kesihatan Aisyah, mak long sentiasa doa semoga Aisyah menjadi hamba yang mentaati dan mengikut perintah Allah dan Rasul. Semoga Aisyah jadi kakak yang baik, kakak yang di sayangi adik2, kakak yang di segani dan di hormati.
HAPPY BIRTHDAY NUR AISYAH FARHANA... mak long n pak long sayang aisyah selalu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails