Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, September 25, 2014

Her birthday wish

Hola!

Lawatan ke Aquaria on 13 Sept.

Amani tak tahu apa2 pun. Tapi bagi seorg mak, kita cube bahagiakan si anak. Amanikan pencinta ikan.Anak org lain kump patung, robat, kereta, or paling koman kumpul bear. Tapi anak dara Zamani dan Cida ni ada minat lain dari yang lain iaitu ikan.

Obses!

So cara nak gembirakan dia dengan bawak dia ke tempat banyak ikan. So hari tersebut kami hadiri majlis kawin kawan sekolah aku kat dewansebaguna Politeknik Shah Alam. Nanti akak cerita pasal tu ye. So lepas tu terus ke Aquaria. Aku beli ticket online sebenarnya. Heheh semua di hujung jari. Rupanya tak la crowded sangat. Konon nak main tipu, amanikan baru nak usia tiga tahun. Sebenarnya budak bawah tiga tahun adalah percuma. Ha ha ha....

Nak percume je kan? Niat la konon nak cakap amani 2 tahun lebih blm tiga tahun. Kata bawa ke aquaria as gift birthday. Dah tentu2 la dia 3 tahun dah. Masuk tunjuk bukti pembelian. Dan tanya, sorg kanak-kanak. Dia tanya berapa umur amani. Aku cakap 2 tahun lebih nak masuk 3 tahun. Org kat kaunter tu cakap tinggi amani iman dah consider kena bayar. TAPI kalau nak free tunjuk Mykid. Gila ke apa? Dah tentu kantoi. Haha dan dan cakap tak bawak. Ikut mana pun kena jugak bayo.

Birthday gift la sangat.



On the way to Aquaria. Mak dan anak cubaan bergaya. Like mother like doter la kan....


Dah besar dah anak 'prem' ibu. Yang dulu keluar 35 weeks. Kepala sebesar tapak tangan ibu je. Now dah besar dah. Esok tahu2 berjalan dengan anak dara sendiri. Awwww sayang kakak Amani Iman.



Muke curious sblm nak masuk. Kat pintu masuk pun dah terjerit2 nampak fish. Tiket tak beli dia dah berlari tunggu kat pintu masuk.

Tapi aku puji la service aquaria. Sangat bagus. Tip top. Mana2 ada pekerja yang bantu. Kalau ko bawak stroller, dia akan tunjuk lift. Siap tekankan lift, bila turun/naik siap ada menyambut tunjuk ke pangkal jalan. So ko tak la terpinga2 nak kemana. Direction semua tak perlu. Dan mesra semua. Layan Amani Iman dengan baik. So anak aku rasa happy...

Banyak gambar tp post yang mana perlu la. Semua kat FB.


 Ko tengok keterujaan anak aku. Tempat tu 'berpagar'. Dia siap masuk and berdiri depan tu. And shout 'fish...fish'

Macam dia sorg je tahu apa itu fish. Ha ha ha



We all biarkan dia nak buat apa. Nak tengok berapa lama. Jangan dia masuk terjun nak duduk dengan fish sudah la ye.



Amani tanya aku.

'Banyaknya fish. Bole makan?'

Besar macam tu dia yang makan kita nak. Tetiba mak amani teringat or bayangkan turnal tu pecah. wah! sangat la seram. A.K.A kak sepinut (if she still read my blog) bole ambik idea saya ni, no charge. Wahhh kelas idea ko nak buat filem melayu yang advanture.

Ok tah apa-apa... tak relevent.



Yang abang Zamani korang tengok ialah ikan pirana. Aku pun tak pernah tengok. Ikan pirana ni tak banyak gerak. Macam ikan tak bernyawa. Senyap je. Tapi bila pikirkan dia makan org kecut perut. Si amani lagi tepuk2 gelas tu. Alamak nak oiiii.... ikan tu garang.

Sekali lagi aku paranoid! Biasalah cidakan.



Melayan... dia siap celup tangan suruh ikan makan. Makan apa? Makan tangan kamu yang comel2 tu?


Me and my baby. 


Cik Ammar Yusuf relex tak ada perasaan. Entah nampak tah tidak. Yang dia tahu 'bunyi' bila abak dia hentikan stroller. Kakak nak tengok ikan, adik boring. Kalau dia pandai cakap, im sure dia akan tanya

'Kak! awak tak ada benda lain ke nak minat?





Amani tak tentu arah nampak balang aqurium yang ini... tahu sebab apa? Ini la pelakon finding nemo. She soooooo excited!!!! terjerit2 macam nak minta otogerap. Dengan ikan biru yang ada masalah short memory tu. Adoiiiii tahan gelak je semua org.


I know she so excited. Gembira la dapat buat dia happy on her 3rd birthday kali ni. Cepat sungguh masa berlalu. Esok si Ammar punya turn pulak yer. 




Jelly fish yang berkaler2. Amani selalu nanyi 'Jelly bean jumping jeh jeh jeh' 

Bila aku cakap 'Amani this is jelly fish'

Dengan slumber.

'Jelly fish jumping, jeh jeh jeh... jeh is the sound of 'J'...'

Cantikkan jelly fish tu?? tengok video amani jumpa nemo.... pelakon utama dalam finding nemo



















Ko happy tak tengok anak ko happy? Of coz la kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 CidaZam bercerita lagi

Sunday, September 21, 2014

Birthday amani iman

Hola!

Lepas besday aku haruslah besday anak dara Ai yg gonjeng tu... Cepat je dah 3 tahun . Makin banyak perangai. Kadang2 rasa nak lempang pun ada...banyak sangat perangai sampai tak terlarat nak layan... Hahah

Tp dialah pengubat kegusaran kami... Kalau kat opis tu stress, stress lagi balik umah. Hahah itu la hakikatnya.





Amani iman dr lahir sampai la skrg....

Since omaknya dapat hadiah ovenkan... Benda pertama nak buat ialah kek tuk anak. Akukan mak yang bercita2 tinggi. Impian wanita yg berkerjaya yang dahulu bercita2 nak jadi surirumah. Kalau besday anak ke somi konon nak buat semua dengan air tangan sendiri. Buat masa ni kalau nak masak2 sikit bole la. Kuantiti tuk 10 org makan tu bole la... Tp nanti kita up up sikit. Mana tahu anak kawan tak yah order katering... Hahah tu melampau... Lalalala...

Google resepi kek bagai... Mcm susah je nak buat??? Semangat sudah hilang... Baca resepi nak buat pun mcm payah. Ada beat sederhana la... Laju laaa... Nak minyak sayur la... Akak confuse. Minyak sayur tu apa la plak? Gua salute ar siapa yang buat kek ni... Bukan senang seperti satu, dua, tiga eh.





Percaya tak, kek ni aku masak 2 jam lamanya... Hahah pasal apa? Salah setting bakar kek. Lepas 45 minit tengah2 cair... Sudah. Ai ada group watsapp... Tanya otai2 yg masak kek tutup mata ni, diorg cakap tambah masa... Tambah setengah jam lagi... Tak berjaya jugak... Sudah... Kiri kanan je masak. Tengah2 cair... Rupanya aku letak kek di dasar... Patut letak kat tengah2 dan adjust api atas and bawah... Tambah masa lagi... Setengah jam lagi...






Tumpang glamor sat gune papan secret recipe... Tongeng2 je cantik je jatuh... Vangga akak...



Coklat plak pakai coklat bar... Kawan aku suruh cair dalam bekas yang keliling air panas. Hasilnya coklat tu cantik la bila letak atas kek. Heheh cantik ke? Pedulik la... Masa mula masak kul 9 malam... Kul 11 malam pun x sudah lagi.

Sapu coklat atas kek... Sangat berhati2 takut coklat meleleh.




Bab deco tangan ni tak la seni... Walaupun nak tabur je... Kang kejap lagi satu bahagian bertompok plak. Jadi abang zamani contribute tabur bulan dan bintang atas kek. Hehehe



Yes... Amanikan suke moon and star... Hopefully she love the cake... Penat tau bonda buat nakkkkk....


Tadaaaaa.... Bila tengok je aku rasa sangat banga... Kek ni aku buat ke? Dah jadi ni tak ada la nak kecoh beli kek. Kui kui kui




Kek siap tepat pukul 12 malam... Amani pun tak tido. Memula ingat nak sambut next day. Dah alang2 kul 12 siap... Potong kek je la...










Amani nampak2 je, dia cakap chantinya kek.... Siap puji sedap walaupun tak makan lagi... Dia dah start ambik bulan and bintang tu masuk mulut... Celet coklat cair masuk mulut. Dah puji sedap... Mak kembang kempis idung ok...



Pukul 12 tepat dia happy semua nanyi lagu happy birthday! Bukan main suke dia. Dah pandai. Umur 3 tahun dah tahu apa itu besday. Tahun2 lepas heran pun tak. Mak je lebih2.





Happy birthday amani iman.... Sayang abak je?abak ko tabur bulan bintang je tau.

Tak laaa... Dia sayang aku jugak. Tp aku malas nak pakai tudung... Orat terbukak... Itu x penting. Janji anak suke dan hargai penat aku...

Ok anak2 dan somi... Terima hakikat... Besday kek korg sampai bila2 mcm gini... Uhuhu....

Nanti ada masa aku cerita sambutan or hadiah from me to amani eh....

-Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 19, 2014

7 Sept.....

Assalamualaikum....

Ermmmm.......

First word to type! Gila la lama tak menulis di sini... alahai.... tak tahu kenapa. Makin teknologi canggih lagi malas pulak rasanya...

Apa dah jadi dengan kehidupan kau cida??? Tiap hari nak berkongsi cerita tapi masa tak ada. Macam aku cakap kalau kat umah mmg tak la nak update. Kakak amani kedekut tahi idung masin. Ipad dia jangan ko pegang!

Siankan cerita Ammar Yusuf belum lagi masuk blog ibu.... **geleng kepala frust**

Layout blog pun kena tukar la... sian gambar anak teruna nan ado pun. Kang sentap... (wah confident blog bertahan sampai depa besaq noooo)

Ok tak yah la cerita panjang sangat. Semua entry aku rasa aku terang benda yang sama. Ni bulan sembilan... bulan keramat... bulan rahmat mega! kui kui kui... bila september je jadi gila... happy bermacam2... bukan semacam je yer.

Tahun ni special sikit sbb sambut berempat... ekceli berlima... ok akak tak pregnant lagi... Aryssa tetap di sana... dan aku sentiasa bayangkan kami sentiasa berlima (Lap hingus pakai lengan baju)

Dah tua2 ni sambutan tu dah macam tak penting... Amani iman siap nanyikan lagi happy birthday tuk aku, tapi tukar bukan 'happy birthday to ibu' tpi dia dengan muke slumber 'happy birthday to you, amani'

ha ha ha... gelak terharu... bole la amani....

My sister Fidah nak belanja... siap balik klang semata2 nak sambut besday kakak dia, tapi kul 12 malam handpone aku senyap je... tak ada org wish pun! Sebenarnya aku kisah

So org nak belanja... so i pilih kenny rogers je. Lunch bersama keluarga. Ayah tak ada sbb ada majlis kat surau, adik bongsu? Dia tak ada, dating... kurang ajar besday kakak tak berapa nak penting. Besday ko aku bawak semua jalan, biar ko sorg2.... hahah kijam!



Its me on my 34 besday.... kasi chan la mak cik posing sorg... tua ke? tak kan?




Dengan boiperen den... Incik Muhammad Ammar Yusuf... besday mak saya tapi saya yang dapat cium banyak dari org.


With anak dara ai.... so sweet amani iman sekarang...kalau mak nak berselfie dia pun gagah buat muke comel


Ni dia... ingat tak ada kek... posing dengan mufin je. Buat muke kesian... tapi telah di suprisekan ada kek rupanya... iols terharu uols


My 34th birthday cake... 


Bersama wanita yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan aku sampai begini besar. Sepatutnya meraikan dia sbb melahirkan, kan? Muke kami samakan? Yup saya anak mak... anak yang paling mak sayang... hahaha....


ouh! jeleng2 cik abang sbb apa? hehehe.... with my beloved roommate... tahun ni dinner2 tak ada la... payah bebudak ni. Ganggu org lain nak bercinta... heheh ganggu mak pak sama tau... abak ko tu banyak nak bermadah, bila anak main jangut dia lemah layan anak. :P


Checha mengantukan tempat mak su dah dah dia.... 


Raeesah yang suke baby... kalau nampak ammar mmg dia yang cop nak duduk seblah Ammar, yang best tak sedar diri nak suruh Ammar duduk atas peha dia. Heheh mak long tengok Ammar sama besar dengan kamu je checha!


Rayyan... dah besarkan??? Always be my boy... kawan dengan Ammar yer... Haruslah mak ko belanja mak long sepangang idup... if not nama Ammar, Rayyan... uhuhuhu.... berkenan nama Rayyan tuk anak sendiri. Tapi ada org pun sibuk nak jugak.... 


I likoe this pic... Che cha bosan mak gila bergambar... hheheh


My small family... Ammar sedang lena di ulit mimpi.Cukup marah dia! Besday ibu la Ammar.

Ingat kesudahannya hanya la makan besday. Tapi adik ku offer nak hadiah apa. Setiap tahun dia bagi aku handbeg. Macam2 jenis. Tapi kali ni belanja pun dah cukup baik. Tapi sbb dia pernah nampak akak dia meraih simpati dengan somi asik nak beli oven tak beli2... maka dia make offer nak belikan oven tuk aku....

Wahhhhh

Gembiranya....

Dengan syarat.... jangan esok2 kain baju dalam oven. Heheh tak pakai2....akak teruja... terus cakap dengan abang zamani....

'simpan duit...simpan'


Yang mana kakak yang mana adik? hehehe... hei yang Ergo Carrier pun adik ai beli... touching tau... banyak sunggu dia habis duit tuk kakak dan anak2 kakaknyakan...

open for adik angkat.... hahahah.... 

Murah rezeki mu... aku tak la kaya. Kais pagi makan pagi... Tapi katanya dia hadiahkan oven ni bukan suke2, ada sbb. Maka sblm balik klang dia order menu... cis... nan ado alasan untuk katakan tidak!


Beli yang sedang2 saja... nak beli besa buat apa... lepas ni mmg rajin la membako... hihihi... selalu nak masak je terbantut bila tang tengok resepi suruh panaskan oven...

sadiskan... sekrang tidak lagi.... wah macam iklan gitukan....tq adik ku... atas semuanya. Tak terbalas... *nangis*

Tahun depan raya, ai buat kuih raya la... dengan rumah dia ai buat... ada resepi apa2 tag2 la... 

Ni nak belajar buat cookies... amani iman dan abaknya suke... 

Suke sangat *tangan kat bahu*


Me and my birthday gift... tq....

Tq Hubby for your time... satu hari dia layan anak2 sbb tak mahu anak2 kacau mak dia... hihihi... hatiku di jaga baik... panggil pun senyum dan jawab yer sayang........

Hei its enuff for me... sanggup tak ambik hadiah every year kalau dia buat mcm tu sepanjang September...wakakak....  *kepala ilang*

Buat ibu terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan...menyayanyi along sampai dah beranak pinak. You are my best friend and true friend... kongsi segala bersama... susah bersama...nangis bersama....

Adik ku Pidah... kau segalanya... terima kasih la atas semua.... tak terbalas segala jasa...setakat kederat kakak mu dapat berikan...

touching plak...

Alhamdulillah.... semoga org2 yang aku sayang di murahkan rezeki dan di lindungi selalu

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, August 22, 2014

Riang Ria Raya @ GBOB

Salam....

Lama betul tak update blog... ke laut la nampaknya. Ni pun update 'assistant' tak bertauliah kat sebelah...

Saje nak kongsikan cerita ni dalam belog... walaupun amani hanya playschool tapi aku tetap banga. Bila org tanya apa plan on sunday, dengan bangganya aku cakap

'Amani sekolah' hahah

Sekolah apa yang bukak hari ahad? heheh janji namanya sekolah... sekolah main-main.... tapi memang Amanimn suke bebenor. Oh cerita pasal sekolah ni, aku rasa ramai yang berminat. Ramai jugak yang banyak tanya dengan aku sekolah ni macammana... its not nursery. Harap guru beso #gbob  bukak la nursery.... akak confirm hanto anak kat situ.... uhuhu... tapi biasa akak faham, yuran agak mahal... secara jujurnya kalau tanya psal yuran amani iman, mmg akak tak mampu... tapi pikirkan perubahan anak tu, berhabis pun tak pa. Amani pun seem enjoy each every class... RM 50 setiap kelas. Bukan sehari tapi satu setengah jam.

Ok i tak promote.... hahah... nak cerita last week teacher anne hantar watsapps...bagi tahu minggu tu special sikit. Buat potluck and tema kelas minggu tu 'Riang Ria Raya'

Student/anak2 kena pakai baju raya... termasuk mak pak sekali.... wah itu best...

We all siap ada group whatsapp  mummy2 kat GBOB.... tp sayangnya tak kenal nama masing2.. yang aku kenal nama anak2... hihihi....


Mmg syok ada group... semua mak macam tak tahu nak bawak apa...buat potluck je punkan? macam anak nak kawin. Kih kih kih. Aku bawak makan yang tak ada kena mengena dengan raya... Nugget dan drumet... ko mampu??? hahah.... mommies2 bg aku yang senang... baru lepas pantang katanya... uhuhu....

Tapi alasan Mummy Amani biasalah, kita kena ingatkan tekak anak2 di Gbob... uhuhu...


Anak aku si Amani Iman jadi kak nam sikit. Baju ala2 saloma gitu... kerja bapak dia. Bershopping raya dengan anak dara during mak dia tengah berpantang. Bole tahan jugak pilihan dady Amani....

Tema kitaorg org tahun ni warna purple.

Gigih nak beraya walaupun dlam pantangkan... lepas2 pantang bergaya sakan ko!

Masuk2 kelas, teruja dengan set yang di buat. Mmg amani pun jakun... ahaha... mana dia pernah tengok ketupat.  Dia minat buluh lemang... siap buat imiginasi teropong...

Ko ado?

Yang pakai tudung Qaseh, Arissah, Haziq... dan anak aku kenalkan???





Amani pelik sbb tak pakai baju uniform... aku pun plik sbb parents pun pakai baju kurung. Termasuk adik2 yang meneman pun paka baju raya... grannnnn gitu you....

I malas nak ambik gambo... ambik video... lagu wajib good morning semua yang pakai baju kurung bersungguh la menari... saksikan!








Semangat anak2 menari walaupun berbaju kurung dan erbaju melayu... segak2 bebudak ni... opcos mak pak segam malu2 nak menari... hahah


Sesi salam waktu lagu good morning... amani suke salam salam... hahah sejak dari tu, asal salam org cakap selamat hari raya ok!


Amani bersalaman dengan Iqmal... Mikail tak dapat datang. Kalau tak sure lagi best sbb budak tu  'BFF' Amani iman....budak tu cukup tak boleh dengar amani iman menjerit2... hahah. Agaknya sepanjang minggu dok tunggu kelas, tahu2 suara Amani terover dr suara teacher Anne...

Aktiviti pun berlainan sikit... banyak suprise dan daya tahan mental dan fizikal. Amani that week sangat hyper... ponat mak encik kejar tau... game 'tanya ibu' (suke suki aku bagi nama) paling la fail... teacher panggil anak2 ni tuk dpatkan barang dr mummy masing2... so anak2 akan bagi tahuibu apa yang teacher nak, ibu kena la bagi... aku tanya amani, apa teacher minta??

'Tak ada apa-apa' Dengan muke tak bersalah... pastu lompat macam katak.... cis ko!pinjam anak org... dengar anak2 lain minta jam la, lipstik la, coin la... aku cai, harapkan amani? dia dengan dunia dia... tapi tak la frust, sbb end of game she won!!!

Cari botol susu.... hahah anak org lain tak minum pakai botol susu... amani je minum... harus la bagi dia suruh bagi teacher. Tapi guess what?? dia minum susu depan teacher! hahah tak senonoh kau nak!


Musical chair pun jahanam!!! Hahah amani tak nak main... penatlah mak dia tolak kasi duduk.... dia bangun nak lari je kerjanya... adoiii bukan boleh kurus je... kaki mak ko pun cepat tercabut kang! Cabaran plak pakai jubah/bau kurung mak2 ni... kalau seluar gua pakai kaki cop kusi tuk anak...  **gelak syaitonnnn**

Since ibu amani menyertai kelas, banyak gambar tak ada... abang zamani yang selalu jadi camera man sejak ada ammar dia males... camera phone dia penuh gambar ammar sepanjang kelas... ala tak rock la daddy amani and ammar ni!

Lepas kelas tak makan. Kaau makan nak sesi gambar susah. Conduct kelas je dah separuh nyawa... so ambik gambar antara teacher and student. Tell you bukan aku je... mak pak lain pun payah nak suruh anak duduk. Amani boleh stay 2 min je, lepas tu bontot dia panas, nak bangun, nak lari, nak lompat, nak main.


Budak sebelah teacher anne tu, Iqmal... tangan dia letak situ tak gerak... hahah sangat macho la awak Iqmal!


Anak2 yang banyak ragamnya... adoi la... trjerit2 mak bapak nak anak bergambar... yang cat walk depan tak bersalah pun ada... 

hihihi.... 

Lepas sesi bergambar, sesi bagi duit raya plak... syok... budak bertama beratur anak aku... **dasar mak mata duitan**


Dalam otak amani tu ada je la... mata dia menilau ada je dia nak main... itu la anak Zamani... hahaha....

Lepas dapat duit raya, pnyampaian hadiah plak... Amani dapatlah hadiah tuk game yang 'tanya ibu' tu.... hasil minum pakai botol susu... dapatlah hadiah.... yang best tengah bangga tetiba teacher panggil nama amani iman sekali lagi untuk 'si cilik raya'

Baju kak nam tujuh ni menang????



Harus la menang...labuci sana sini tu.... hahah reben beso belakang baju pun tak menahan... wahhh bangga bapak amani...

Diakan yang cari dan pilihkan baju.... amani ambik hadiah blur2...

dengan ibu dan abak blur.... hahahah..... sayang sekali tak dapat nak ambik gambo anak naik atas pentas... **veranggan**

Ok gambar ibu bapa dan anak2 menutup blog ringkas... banyak gambar tapi payahaku nak update si amani 80 kali minta main video yang aku nak upload ni...

SETERESSS gue....



Weeeeeeee.....

Mana Ammar Yusuf??? Hahah ku bedung kasi baring kat sofa... kijam mak pak tinggalkan anak sebegitu rupa yer???





Musical chair.... amani terkeluar awal....





Ini la budak... jenuh mak pak panggil nama suruh duduk... teacher Anne pun pening... kih kih kih... panggil yang ini, yang tu wat perangai... panggil yg ni, itu plak buat perangai... ambik video lagi best! sendiri saksikan sore2 mak pak..... heheh

Ok! itu sahaja report ringkas....

Gambar makanan semua tak ambik...erm...kalut punya hal...


Sori kalau spell banyak salah... adohhh wa update belog anak wa kat kaki... agrhhhhh


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails