Hye... mcm mana shopping ku ari Jumaat tu??? Oh entry ni panjang eh... so sediakan bantal... aku malas nak update banyak2 entry... banyak kojo den
Ok not bad... ramai gila org...mcm semut api... sbb apa semut api?? sbb org2 ni dok tolak2 macam nak rak, plus siku bagai! Nasib baik ku kenang ko pun macam aku, cari barang tuk raya.If not aku jadi gajah terus pijak korang wokeh!
Seawal pagi aku dengan Ijat dah bangun siap... bukan apa, akak terlebih xcited naik komeuter... hahah gila jakun akukan?sbb the last aku naik komuter pun 6-7 years ago... gila kentang lamakan? and aku naik pun sbb aku temankan org... kali ni ku di temani oleh adik2 ku... hoyehhhh... bagus korang tak durhaka! lalalalala
Tapi kalau janji dengan cik yayang kul 9:30 pagi ko kena get ready la... minah tu mmg awal... sblm dia kata aku janji melayu maka siap dengan pantas... bila aku siap, si Ijat pun terpaksalah siap awal jugak... wakaka...
Siapa anta gi komuter? Siapa hantar??? umah MIL dengan stesen komuter dokat ajo... jalan kaki sudahhh...
Me and Hasra yang menunggu keretapi.... chut chut!! lama wei... ramai wei... diorg ni cuti2 tak mo ka duduk umah??? ni kitaorg kuar awal ni... seawal 9:30 pagi... takkan niat korang sama dengan akak kot???
Akak mmg minah yang sihat... berpeloh ko jalan kaki dr umah MIl ke komuter... ketiak je gue tak leh nak tunjuk.wakaka lencun aku rasa. Tak sampai KL lagi ni.
Posing dulu.... sementara tunggu komuter. Eh kami adalah bloger tegar. So jangan cakap kami sakai. Lepas kami ambik gambar ada group perempuan ni pun ambik gambar jugak. Lebih teruk posing. Wakaka
Sila tahu wahai pembaca ku yang berada di Singapore, Canada, and Australia... hahah bukan buget fofular... ni semua sepupu aku yang dok bz nak tahu perkembangan kami di sini. Tu yang saje bagi lagu raya kat belog. Bagi depa terasa... kang aku post gambar makanan tuk korang eh? Opsss itu tuk yang di Canada dengan Aussi tu... Singapore tak la. Mampus kena fire. Ampunnn
Kat Malaysia, ada coach wanita. Maknanya kalau kamu keseorangan atau semua perempuan, bole masuk coach ni. Keselamatan di utamakan. So cik yayang posing sat naaaa...
Penuh ok. Nasib baik ada tempat duduk tuk AKU... hahah adik2 sila hormat yer. Kak long ni dah kesemputan. Mmg membakar lemak la semalam. Kena aircon sedap nak tertelap rasa mata ni.
Sila diri yer...lepas KL Central, budak sebelah aku bla... so kami berkungsi tempat duduk... belasahhhh sekejap je pun 2 station ke bank negara.
Ok tak ku tanpa cermin mata? hahah si Aisyah kata mak long tak lawa la tak pakai cermin mata. Oh budak tu mmg perasan je. Zamani belikan aku jam pun dia perasan tanya, kenapa mak long pakai jam? selalu tak pakai pun? Bule?
Sila tahu mereka ni kuar dari komuter yang sama dengan kami dan menuju ke Sogo... ha! Confirm la kena redah lautan org.
Belum shopping dah pening ok. adakah naik komuter pilihan bijak? Sbbnya??
Cik yayang confident kalau gi awal dapat parking... seeee... betapa jamnya KL??? org Selangor mmg suke menyemakkan KL... termasuk aku... ehehe
Tengah jalan my beloved mother call ar... sian Ibu.. she miss me alot sbb dok janji nak datang sana tak datang pun... every day call... sian ibu saya... if not kalau belum kawin dulu mmg dia yang temankan aku shopping... ok emo sat!!
Kul 11 pagi kami sampai kat tempat berhantu ni...
Gedik jap sebelum lintas jalan.
Mmg ramai sangat orang... nak muntah aku rasa. Kat bawah tu mmg tak leh nak jalan langsung. Semua mengila oooo...
Last2 surender...ambik la korang... geram sungguh! Tersiku, terpijak semua lengkap la. Tak kose aku nak berebut dengan org2...tapi mmg gila murah la uolz...
Niat nak gi Sogo nak beli few thing... baju Zamani (ada few baju kaler baju dia tak ada, agak susah nak sedondonkan dengan baju2 aku yang kaler maler tu), butang baju melayu, kasut aku,tudung raya.
Camera woman kita ari tu... dalam ramai org pun sempat lagi gedik bergambar. Nasib baik tak kena halau sbb ganggu orgkan?
Cik yayang berangan sekejap dengan beg2 ini...
Us! che ta pantang...next year terjah sini sama2 wokeh?
Kat sogo dapat baju Zamani sahaja... tention aku nak cari kaler Unggu dan Hijau... sbb ku tahu laki aku cerewet bab baju ni... nak slim fit la, tak nak besar, tak mo tecik. Cume kalau dia pilih baju dia ku tak berkenan sbb biasalah lelaki warna malap2... terang pun baju merah... bosan aku. So aku yang pilih warna! Unggu dan Hijau. Tak adanya warna bangla ke apa. Aku pun tak nak suami ku ghupo itu... tapi biasalah bukan fav kaler dia, buat bodo plus banyak lak komplainkan! Terus akak tersentap! mulut kata suke raut wajah mmg tak nak sebenarnya... tak pa la tak nak pakai sedekah je kat org yang nak! Uhhh teremo lak...dulu time bercinta ku bagi hadiah baju pink pun malu2 pun pakai... sekarang emmmmm lelaki... tapi tak pa duit dia pun... kalau duit aku harus la ku bertukar jadi ijau
Sori cik yayang sbb lama sangat temankan kak long cari baju. Ijat lak cari baju2 dia. Tak sanggup nak tunggu kak long. Last2 cik yayang lak yang beli baju tuk tunang tercinta. Yang aku lak tak faham fasioh baju sekarang semua belang-belang ka? Yang berkenan semua habis ok.
Than tetiba ada 80% discount tuk baju jenama Velentino Creations. Ku tengok yang new arrival pun RM 200 +++ gila tak? Mmg berebut la... suami punya pasalkan? Ok aku tak iklas, tapi nak tulis jugak SUAMI PUNYA PASALKAN... ku redah jugak... kot la baju tu cantik2... ambik 10 pasang bawak kuar dari tempat tu... saiz "S" dia bapak besar macam "L". Dah penat mencelah, semput bagai. Kena siku lagi, terus tak jadi ambik. Menyesal ke? Tak pa la kita torai je,kot ada yang bekenan ambik, kalau tak ermmm letak balik
Mcm beli ikan kat paso...
Teruskan pencarian lagi... sakit jiwa sbb warna unggu yang ada pun terlalu lite... tak sesuai. Ku suke tengok En Suami pakai baju gelap... And aku berkenan sunggu baju T-shirt ni...20% je pun. Eh motip ke sogo nak beli barang murahkan? Tapi tak chantik di mata ku... tengok2 Saiz nan ado. Mak tention! Tak puas hati. Sales gurl tu pun bosan dengan aku.
Aku dah datang jauh, meredah org bagai... terus ku cakap kat sales gurl tu, aku nak baju yang patung tu pakai. Tak kisahlah dia tengah layan 100 org pun aku tunggu. Gila tak? heheh...
Cepat la ko merambus dari sini. Hahah aku rasa itu yang sales gurl tu cakap sbb rasanya mau 8 kali ku ulang alik cari baju tu. Satu lagi kaler Ijau. I guess its sweet kaler, tapi Zamani cakap tak chantik! Tak pa. Tak chantik kita simpan, once opis you buat tema kaler satu opis kena pakai baju ijau... gi beli sendiri...hahah poyo aku merajuk eh. Ala ku tahu suami ku, suke tak suke dia pakai punya. Selalu nak buat aku tersentap.
Barang kami dah dapat. Kasut sendiri belum beli lagi...kita tunggu ikhsan sesiapa yang sudi nak beli. Ha ha ha statment yang begitu sadis!
Hasil borongan kami tuk suami dan tunang...barang sendiri tak beli. Pompuankan? belum kawin gigih la beli tuk diri sendiri. Than dah tunang beli tuk tunang plak. Kawin semuanya pun tuk suami. Ada anak lagi la. Semua tuk anak.
Terus ke masjid india. Bukan tuk solat tapi tuk shopping barang kami lak. Tudung plak. Gambo nan ado. Tak kose jalan tengah panas nak posing bagai. Butang baju melayu laki aku pun tak beli. Tak chantik aku rasa. See mata perempuan mmg teruk sikit. Kata nak suami nampak hansem pagi rayakan? Butang baju yang peranan kecik pun kita ambik kira ok.
Tepat pukul 3 dapat train balik. Sungguh penat. Harap hasil shopping ku berbaloi... tapi ermmm tak pa. Nanti kita shopping lagi yer gurl! love yah!