Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, August 15, 2010

Ulang tahun Perkahwinan Mereka....

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat Mak dan Abak...


Pasangan paling bahagia...

Pasangan yang aku rasa saling memahami...

Abak, bagi ku abak seorg suami dan ayah yang sangat prihatin, bertanggungjawab dan sentiasa membetulkan kesalahan anak2 walaupun anak2 dah beso panjang... abak tetap tegur kalau anak-anak melakukan kesalahan...

Bagi abak, tiada istilah menantu dalam keluarga ini...hanya anak...

Seorg suami yang amat romantik... tidak segan menunjukkan kasih sayang pada mak depan anak, menantu dan cucu... di mana ada mak, di situ juga ada abak...

Aku rasa abak juga sangat memahami... melukai mak bererti melukai dirinya juga...

Dan abak seorg yang updated... hehehe... sebagai pemimpin rasanya bagi aku abak cukup sempurna...

Sifat mak sentiasa membuat aku kagum... aku sentiasa bercita2 tuk memiliki sifat mak yang pentingkan keluarga dari kerjaya... Suami dan anak2 sentiasa menjadi keutamaan pada mak... itu pekara yang jelas aku lihat sepanjang aku masuk ke dalam keluarga ini...

Mak menjaga kebajikan anak-anak dan suami dengan baik...Zamani selalu memuji sifat mak yang pandai menjaga kebajikan mereka adik beradik...dan aku tak nafikan semua kata suami ku sbb mak memang yang ibu yang terbaik...

Selain ibu... aku kagum dengan sifat mak yang sentiasa adil... sayangkan anak2... bersikap tegas terhadap anak2... mak suke menolong org tanpa memikirkan dirinya sendiri... yang paling best

Mak pandai masak... :p

Dia sanggup mempelajari sesuatu masakan walaupun dia tak suke makanan tu, yang pasti anak dan suami suke...

Mak creative... mencipta masakan yang sesuai dengan selera anak2... tahu je la... tak semua anak sama... ada tak suke makan ikan... ada tak suke makan sayur... ada yang tak makan buah... so mak akan pastikan masakkan dia berkhasiat... create la cara macammana pun supaya anak2 makan...

Bukan pujian untuk mengampu mereka... tapi aku cukup kagum dengan kasih sayang abak dan mak... bertuahnya aku menjadi sebahagian keluarga ini... cume ada ketika mungkin sikap ku sebagai menantu membuat mereka terasa dan berkecil hati... namun mereka tetap memberikan senyuman... mereka sambut kesalahan itu dengan kasih sayang... bukan aku sahaja yang merasainya... (i bet Che Ta and Cik Yayang feel the same way... rite gurl???)

Mak dan abak... cida bukan menantu yang baik... tapi cube menjadi yang terbaik... sekiranya ada salah dan silap... sekiranya ada yang kurang, cida sanggup berubah untuk menjadi yang terbaik... buat semua... mak, abak, adik2 dan yang paling utama buat Zamani...

Terlalu banyak pertolongan yang mak dan abak berikan selama ni... mmg tak terbalas segalanya... Selamat Ulang tahun Perkahwinan buat Hj Anwar dan Hjh Norhayati.... Semoga kebahagian ini kekal buat selamanya...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Happy Anniversary from me and Zamani....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails