Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, February 25, 2014

Baby Febuari


Salam...





Happy birthday yang ke lima buat anak buah saya Muhammad Rayyan Khenhaizi... pejam celik pejam celik dah masuk 5 tahun dah si bujang ni... satu2nya cucu lelaki en Rusli...bukan main sayang si Rayyan ni. Sbb semua claim dia muke atuk Rusli... hahaha... tuyang bonus tu. Apa je semua boleh!

Rasa macam baru je tengok kelahiran Rayyan... semalam dah sambut besday yang ke 5.

Since adik aku suke melahirkan anak2 dekat2... so dia sambut besday anak2 dia sekali... Raeesah bulan 1 Rayyan bulan 2... beza sebulan. Tapi nak jimat kos gabungkan... hahaha so on16 Feb iaitu on date laki dia punya besday dia sambut besday anak2 dia kat Kenny Rogers, Subang.

Tema???

Monster University... si checah pun bukan main pandai dan suke monster yang mata satu tu...



 Yeah...1st year celebration for Raeesah dan advance 5th birthday tuk Rayyan...

Banner adalah hasil karya pak long Zamani... bukan main! Dia kalau design2 bukan main lagi... bagi kat dia.
Gambar yang sweetkan? Itu la dua beradik ni...




Goodies tag pun hasil kerja Pak long Zamani. Tugas mak long bagi gambar dan cari background. Handphone mak long tak canggih! nak edit2 ni susah....


Goodies for the party.... sama mcm amani je... heheh. Dari company yang sama....aku nak buat kan tapi adik aku sanggup bayar lebih kat org... ahak!


Meja setup... aku datang lambat sikit sbb anak sekolahkan... hahahah... memula nak kuar cepat tapi kan aku cerita amani had really fun kat sekolag, so macam kesian nak balik awal time anak tengah ok! So kul 12 baru gerak ke subang. Sampai dalam 12 lebih, tetamu dah sampai tapi tak start lagi...so sempat la nak saksikan party start potong kek.


Princess yang sangat mengantuk.... dia ni kan baik sangat! Macam mak dia sebijik, kalau mengantuk mana2 pun bole tido... haiyo... ni pun mata macam tak rela nak bukak je... nak tunggu majlis potong kek lambat bebenor!


Ketiduran!


The cake!


Rayyan yang happy dah teruja... ada badut, ramai org, banyak hadiah... Raeesah ko tengok, angkat kat stroller je... dia ok dah, tak hek tak hok... anak aku yang tak sambut pun meragam kalah raeesah. Ada je tak kena, sbb penat. Nak ajak balik.


Tu dia!


Nampakkan muke excited Rayyan?


Checha pun enjoy siap tepuk tangan...


Badut yang sangat multipurpose, dia MC, dia la ustaz yang baca doa, dia yang aturkan jenis game, dia jugak DJ... hahaha... dia juga yang buat belon tuk bebudak... ko mampu??? berbaloi2.


Nenek tak ketinggalan nak jugak!!!! Dapat belon 







Layan gambar la yer... susah nak cerita... janji update... hahaha... gambar last ni aku nak tunjuk yang Rayyan tengah dating berdua, sekali mak budak perempuan tu masuk... hahaha... Rayyan merajuk tah pasal apa. Terus bawak diri sorang kat meja tu, dah tu cozen dia (belah papa Rayyan) datang duduk. Macam Gf pujuk BF... tapi bila mak ada dalam gambar macam mengadap mak mertua... hahaha


Nenek collect belon, cucu petik pokok kat Kenny Rogers... elok la tu, siapa yang excited agaknya? 


Tangan nenek penuh dengan belon... lawak tul.... mak aku ambik belon2 yang ada kat kenny rogers...katanya ni semua duit!!!! hahaha... 

Than semalamkan besday Rayyankan? so mak dia nak sambut la kat sekolah dia dan nursery... jadi pertolongan mak long amat dia perlukan...

Yelah sbb mak long sayang korang lebih mak long tolong la...



For 70 org.... sekolah 30 org dan Nursery 40 org... 


Sekolah nak tema ben10... yang nursery checha punya... so baby minney and mickey. Checha lagi over dr abang sbb banyak kawan... glub...



Fidah beli kek hantar kat Nursery, kat sekolah, hanya goodies. Mak long tak leh la... sian plak bebudak. So ambik tempahan kek moist choc dari BFF time sekolah. Azean... siap dengan sudu... bagus! bertindak ikut keperluan persekitaran... aku pikir gak macamanan bebudak ni nak makan kek. Mmg kena saman dak Fidah dengan kawan2 sekolah Rayyan sbb kotorkan uniform. Dah ada ni oklah...




Ok boleh order lagi...kang Amani iman punya besday bole la order... tapi nak bagi siapa? hahaha anak ko sekolah pun play school dia 7 or 8 org je... ahak!besday bapak amani pun bole...




Hasilnya! puasati kalau buat tuk anak2 ni... sbb tu la anak buah aku sayang lebih... hahaha... harus la sayang! mak long geget pipi sorang2 nanti!


SEKIAN!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, February 21, 2014

4th week

Hallo...

Entry ni hebat sikit... wahhh... after 4 week melatih amani, baru la nampak perubahan diri dia...

Dari budak yang sentiasa takut... dia nampak org macam nampak hantu... tak nak salam dengan org dan tak ada org boleh sentuh dia... jangan kata sentuh! rapat dengan dia pun jangan ko bermimpi...

Sok amani dah besar jadi anak dara, jual mahal sikit nak... ibu tak marah...itu yang patut kamu buat... jangan jadi tak tahu  malu plak ok?? Tapi kritikal tahap tak ada confident... Dan aku beza dengan Zamani dalam mendidik anak... Nampaknya Zamani lagi 'percaya' amani dr mak dia... tak tahu la, sbb mungkin aku dah banyak risau so dia tak yah nak pikir2... tak tahu la kan?

Mmg aku rasa masukkan amani iman ke play school adalah satu tindakkan yang betul. Sbb bukan dia saja, aku juga turut belajar cara nak tekel anak ni... jangan harapkan apa yang di ajar kat Play school 100%. Ko kena pratikkan kat rumah sbb kelas seminggu sekali. Ko hantar tapi ko buat tak tahu je, jangan salahkan sekolah kalau tak berjaya. Pokok pangkal dari hati kita nak ubah diri kita dan anak kita...

Aku tak cakap apa aku buat ni paling bagus. Masing2 kenal anak masing2. Org lain tak ada hak nak cakap atau komen macammana anak kita. Ini kelemahan aku sbb suke sangat bandingkan anak sendiri dengan anak org... Kenapa anak dia bole buat tu, kenapa anak aku tak leh... than bila org cakap kekurangan anak aku, aku rasa down... mentality tu kena ubah...

Bila aku habiskan masa dengan amani, makan dengan dia, main dengan dia, mmg perasaan tu wujud... anak aku bukan la lembab or macam dia ni cakap, macam dia tu cakap... she ok and normal. Aku je tak nampak. Sepatutnya aku yang nampak bukan mereka!

Minggu ke empat sangat2 mengejutkan.

MAlam tu Zamani suruh anak dia masuk tido awal... kul 1130 dah masuk tido...memula nak suruh masuk tido pukul 10 tapi sbb Rayyan ada, dia khayal main. Esoknya aku kejutkan dia pukul 915 pagi sbb kelas pukul 1030.

Tell you, boleh dia nangis... sian plak ingat balik. Aku pukul dia sbb dia tak henti nangis. Ni ada kat sekolah mood sama ni... cakap pun macam tak nak dengar, nak mengamuk... so aku redha je. Aku takkan henti hantar... sbb dah bayar... wakakak... bukan bayaran, tapi kita tengok siapa kalah...aku ke amani... hahah bole? Dalam kereta dia diam... cakap dengan dia pun, mood macam minggu ke 3... mungkin dia tahu nak gi sekolah dan dia tak suke! Dia di paksa!

But aku continue pujuk... harap2 dia dengar. Sampai je dia nampak tangga sekolah dia nangis... tapi tak la nangis teruk. Itu pun sbb abak dia letak kat tangga sekolah terus keluar. Dia sedih... nangis tanpa air mata bunyi je...

Aku pekak kan telinga, naik tangga bergurau senda dengan dia. Padahal malu...malu kat parents yang hantar kat situ... mesti doorg cakap dia ni asik nangis je...

Masuk2 Mikail kawan amani tegur...

'Hye amani!' Anak aku jual mahal... tak nak salam Mikail.

'Salam la... sian Mikail...' Dia salam, merengek... protes!

Than mak Muis kot... hahah aku dah ingat nama kawan2 amani... siapa gi sekolah ni?  So kawan amani Muis masuk dengan mak dia, mak muis tegur amani,

Amani nak start nangis... TAPI dalam tak nak tu salam gak mak Muis...

'Eh dia dah ok dah ni...' Aku senyum...

'Jangan cakap (puji)... dia ni hangin sikit'

Amani terus duduk dengan aku... paut dekat lengan. Sebelum kelas start, bebudak ni main2 kat dalam bilik teacher Anne sbb ada mini playground ... Amani tengok Muis dan Mikail main... tetiba Mikail lari sambil tendang bola besar...

Terkekek2 anak dara aku gelak...

' gi main dengan dia...' Amani geleng kepala... Mikail pun bagus jugak... dia lari2 depan amani...

'Jom la amani...'

'Eh Mikail panggil ajak main, gi la... see amani lari sama dengan diakan? Tapi lagi laju ke?'

Dan dan anak dara aku tarik tangan nak masuk bilik Teacher Anne juga. But i let her go alone... tunjuk diri kat pintu bilik je... and Alhamdulilla dia dah main2 sendiri



Tetap main sorang... tapi dia tak takut sbb mak2 duduk situ dia ok je...kalau tak segan bukan main!


My gurl


Tapi wajib la check it out mak dia... takut aku larikan.

Than kelas start... aku tak paksa dia macam selalu! tapi aku pergi kelas dulu... panggil dia... dia marah tapi aku suruh dia senyap... if dia tak nak join dan nak main, gi la main. By that time teacher Anne dah tutup pintu bilik dia. So no point lakan... so terpaksa dia duduk sama... mencebik...

By that time gak aku dah immune!!! 

Than kelas start...teacher Anne akan lekat tag nama dan panggil sorang... bila nama di panggil, angkat tangan, datang arah teacher dan tunjuk dada... teacher akan tampal nama. Bila nama amani di panggil dia merengek tapi tak nangis... aku tak paksa dia, tapi aku suruh dia bangun, dan sukses! Dalam hati stop la... muke dah tebal 4 minggu ni.

Baca fatiha dan surah... aku angkat tangan doa, amani ikut... wahhh impress!!! 

Than second lagu good morning, aku bangun, dia bangun. Lagu start dia gelek!!! hahaha... Alhamdulilla... and dia participate all class... 

Tapi macam terlebih...hahaha...mmg dia bagi tumpuan kat kelas. Cik gu bercerita dia dengar dan gelak when someting funny... 

Ok mak amani lupa belajar apa lak last week... hahah... apa eh??? oh parti theme... bila teacher panggil sorang2 ambik barang, aku biarkan kawan2 amani ambik... last baru suruh dia ambik... 

'You want? than angkat tangan... teacher tanya, nak kena angkat tangan' Amani angkat tangan... and aku suruh dia bangun ambik, dia terus pergi kat teacher Anne... 

Siap cakap PLSSSSSSS...

Wah one kiss from teacher Anne... happy bukan main anak aku kena puji! Senang hati... suruh pegang tangan dia pegang tangan. Suruh buat bulatan dia buat. Suruh lompat dia lompat... Even teacher Anne pun senang hati dengan perubahan amani, 

Time dengar cerita dia lebih... hahah kawan2 dok depan dia tak nampak dia berdiri terus... haaa ko mampu? Syukur...siap menjawab apa yang teacher ajar... tapi dalam bahasa yang tak faham sbb diakan tak tahu cakap... heheh cakap korea/jerman... tapi layankan aje... teacher pun layan... 

Yes Good Job Amani

Cleaver Amani

Mak2 kat situ pun puji... amani dah ubah banyak... cume dia tak sabar nak buat art kelas. 10 kali ajak aku duduk kat meja art. I told her, i want to join class...

Aku ok... aku yang nak join kelas...hahah dia bengang jugak, tapi duduk balik kat pangku aku. Art kelas pun bagus... aku suke betul amani bagi commitment yang tinggi... Mask tu cik gu dah potong, mata aku potong tapi sebelah tu sempat la pegang tangan amani potong... Demo mmg dia... dia pilih semua... aku letakkan gam kat tangan dia, dia letak kat mask tu, than letak semua deco...

I can tell my doter suke biru la... nangis bapak dia... hahah... 


Kayu pun conteng... bukan main action, diri sambil conteng...  Dah tu dia dah habis rajin nak tolong kawan lain plak... satu hal aku stress di situ... dia dah berani, habis tunjuk skill kat org... tak pa nak ibu suke!


3 kelas aku tunjuk korang, bab ni je dia mesti melalakkan? Minggu pertama Teacher Anne handle sampai nak pengsan cik gu tu... hahah minggu ke dua, menangis histeria... minggu ke tiga bapak dia handle, hilang sabar kawan tu... minggu ke empat, mak amani happy lepaskan dia, dan bole snap gambar and vedio... kan senang amani iman!!! adoii


Happy face!


Tapi bebudak ni jadi pelik... amani asik nangis, tapi hari ni dia over... few boy ada tolak2 dia, marah dia sbb dia je nak main...hahaha... tapi anak aku kental... pandang mak dia, mak dia hanya tunjuk tumb up



Oh amani dah join the class, uniform dah dapat... best... tapi minggu ni tak ada kelas. Next kelas baru rasmi uniform... mesti comel je.



Dia tak heran mak dia... bila lepas main buble, semua di minta duduk macam buat bulatan besar bersama2 mak... Amani tengah2.. bole? sorang... wahhh ko! dia suke plak macam org sorakkan dia... syukur dia dah ada sikit keberanian....



Aku rasa semua mumy happy sbb tak yah dengar anak aku nangis... menjangkit kalau bebudak ni nangis. Sorg nangis, yang dah biasa pun nangis sama... stress cik gu korang!

Bila suruh masuk bawah parachute dia ok je dengar arahan. Kalau tak dengan aku masuk bawah tu sbb nak suruh dia mainkan...kali ni dia je masuk




Sakit ok kena kain tu sbb parents libas2 (is it the right word?) or kibar2... sbb 3 week i've been down tu ok... kena kepala macam kena ketuk... tapi see macammana bebudak2 ni buat? lay down!!! 


Sampai kena smack down... ahahah sentap terus. 


Alhamdulilla...semoga kelas seterusnya dia dah bole masuk... tak ada nangis2 lagi yer Amani iman....


Bebudak behave, boleh ambik gambar ramai2... kalau tak??? mmg idok la...



Goodies bagi yang register.... cantik beg ni... lelaki beg lain but tak sure gambar apa. May be ben10 kot. Dalam beg ni ada voucher harga discount beli barang/buku/mainan dengan GBOB.


Dalam beg goodies GBOB... mak amani yang teruja... hahah... ada voucher parenting seminar... wah sejak jadi mak soleha ni bukan main nak join seminar2 yer... to be better momkan... 

Ok senang ati... heheh kalau tak 4 minggu ni stress pikir...  tengok video yer.... tengok sendiri progress amani








Thanks yang selama ni bagi aku semangat tuk teruskan usaha...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Little boss


Haloo

This is the first time aku bawak amani ke opis... Hari sabtu bole la... ini gara2 dia bangun awal pagi dah tu tak nak bagi mak dia pergi kerja. Since sabtu tak banyak kerja so aku bawak dia ke opis... nasib baik la tak ramai org. Dan nasib baik aku ada bilik sendiri, so tak perlu risau dia akan ganggu org lain.

Dia agak teruja atas meja mak dia macam2 barang... sampai telephone opis bunyi pun dia nak angkat...

Heyo heyo...



Nampak tak cara dia pegang pensel... tu namanya dia pegang S pen note bapak dia... hahah... gasak la ko nak... nampak cop nak cop plak... kat sekolah habis kelas teacher Anne akan cop tangan, kaki dan perut. Nasib baik dia tak cop tangan kaki dia... hahaha... kalau sesat tunjuk address opis ibu je la yer kat badan.



Budak yang lama tak gune ipad, kali ni pakai desktop... dia teruja mak dia control pakai tetikus... bukak kartun je, dia ok punya...



Mickey mouse itu wajib... senyap la jugak... bole la mak dia buat kerja sikit... sabtu mmg aku bz...kalau tak bz ai dah choti kawan2...



Boss kecik punya minum pagi hari tu... nak minum pun tak sempat...


Tengok gambar ni terbayang diri sendiri...kalau stress... org ckp, ini la rupa ai respond... hahaha... malas nak layan...

Ha... ha aku jawab



Boring je dia jenguk kawan aku kat bilik sebelah... hahah kepoh... dengar bebudak opis panggil dia, cepat2 lari masuk peluk aku... takut tak habis... tapi sibuk nak jenguk org



 Boring lagi, jalan tengok tingkap... suke dia tengok jalan. Banyak kereta, lori la bas la... nasib baik opis ibu depan Federal Highway... tak la ko bosan... kalau opis lama ai di tempatkan kat bilik belakang... lagi pun opis lama jauh dr jalan besar. Paling tak ko nampak la burung hinggap kat cermin tingkap bilik... hehehe


Yes Amani... kerja ibu banyak... and ibu kena kerja kuat sbb nak penuhi semua keperluan 'extra' Amani. So be good doter yer... dengar cakap ibu dengan abak tau.



Dah boring, lama sangat jadi mcm ni plak


Amani mmg suke lagu2 rhymes english ni... bole khayal... bila ipad tak ada dia dah tak dengar dah... nanti nak abak dia burn lagu2 kat CD... malam2 bole la mak dia buat activiti dengan anak dia... menari2 sambil nanyi lagu2 ni... dalam bilik... org tak kata apa pun... hehehe



Why so serius ha???


Tak tahu la anak siapa ni??? kaki tu bukan main kalah boss kan??  Dia dah mengantuk dah time ni... tido tak cukupkan... tapi tahan mata sbb nak tengok jugak utube tu...


Puteri pucuk kelompang saya!


Berak semua lengkap... semerbak bau kat opis ni... hayooo nak... abak pun kerja time tu, tapi kerja abak berjalan2 ari sabtu jumpa customer... kang ko boring plak... abak hang jalan da ler cepat, anak terhegeh2 habis kena marah... not good!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita
















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails