Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 29, 2015

Memori Hari raya

Pose baru hari ke 12 tapi aci tak nak cerita pasal raya?

Tetibakan aku teringat Arwah Atuk dan arwah nenek Melaka aku. Arwah atuk tak silap meninggal tahun 1995. Since atuk meninggal semua berubah. *Nak nagis*

Rutin hari raya pastinya, tiga or empat hari sebelum raya, arwah atuk akan ambik kami dr klang tuk balik kampung. Perjalanan ke Melaka that time 5 jam. Ikut jalan lama. Bila sekolah cuti je, mesti atuk ambik. Ayah normally akan balik lewat sikit. Malam raya selalunya sbb dia kerja.

Meriah time tu. Arwah nenek mmg rajin masak. Raya time tu mmg meriah. Rumah pasang pelita. Lepas berbuke semua berebut nak pasang pelita. Kawasan rumah nenek besar. Time tu umah kampungkan, so pokok2 pun kitaorg pasang pelita bawah dia. Pokok2 manga yang besar2 tu la port bebudak lelaki cozen2 aku main mercun. Habis buah2... creatip habis la cucuk bunga api kat daun2 pokok tu... hehehe

Dua tiga hari lagi nak raya, nenek akan ayam ketupat. Buat sarung ketupat siap2. Ketupat selatan lagi susah dari ketupat utara. Senang ketupat palas pun ko tak gheti buat. Apa lagi ketupat anyam ni?!

Arwah nenek selalu cakap, org perempuan tak tahu nak anyam ketupat ni rugi... esok laki cari lain. Lor gitu sekali? Gigih belajar pusing2 sampai terbelit2 tangan jadinya. Kitaorg suke duduk mengadap nenek anyam ketupat. Selalu dia buat rangka kitaorg gedik ketat2kan.

Arwah atuk pulak suke sangat la buat dodol sendiri. Lelaki akan buat dodol. Merasa jugak la tengok cara buat dodol. Awal2 bukan main semangat. Bila dodol likat semua lari. Hihihi. Arwah atuk tak banyak cakap. Dia buat sorg2 sbb kitaorg kecik, dah likat dodol tu tak gerak sudip tu.

Sehari raya, masing2 ada tugas. Selalunya aku dan adik2 akan tukar langsir rumah dan juga sarung kusyen. Punya la lambat nak buat. hahaha sekarang dah besar senang je tukar sarung tu. Mungkin time tu kitaorg kecik. Siap 2 orang duduk bengkok atas kusyen nak tarik keluar sarung lama. Nak masukkan pun satu masalah. Rumah arwah banyak sangat sofa. Kat beranda atas, beranda bawah, kat hall TV. Pengsan der nak tukar. Kalau salah pasang lagi la rasa nak koyak je sarung kusyen tu. Hihihi...

 Dulu pengumuman raya berdasarkan anak bulan. So tunggu depan TV pengistiharaan raya. Compare Singapore dulu dari dulu ikut kalender. So aku ingat lagi beza raya kat Singapore dulu dan Malaysia selalu beza sehari. Bila dengar pengumuman raya, semua pakat tak tido masak rendang, time tu la rebus ketupat. Mmg malam raya tak tido satu rumah. Sbb selagi tak dengar pengumuman raya ko tak leh buat apa2. Itu yang meriah. Kecoh satu rumah. Selalu pagi raya aku jadi zombie. Tak cukup tido.

Ikut arwah atuk dan nenek gerak jumpa sedara2. Siapa la keluar jalan beraya, aku mmg ikut. Sbb nak collect duit raya. Suke sangat lumba duit raya siapa paling banyak. Sbb tu aku tak faham zaman sekarang rupanya mak pak kumpulkan semua duit raya and bahagi dengan anak2 sama rata. What??? Ko duduk umah je aku penat jalan gi umah org, bahagi sama rata? Apakah?

Hihihi.... Tp bila ada anak, mmg rasa simpati pada anak yang dpt duit sikit. Last year Ammar dapat lebih sbb diakan org baru. Hihihi sian kat kakak amani. Tapi aku kerjakan, gigih tambahkan duit sendiri nak kasi sama banyak. Itu la yang mak aku buat. Kalau malam raya tu, siap kira duit raya. Kalau adik aku banyak dari aku, aku akan nangis minta mak aku tambahkan. Kalau adik aku kurang aku jugak nangis minta mak aku JANGAN tambah apa2. Wakakaka....

Indah memori tu.... dan aku betul2 rindu saat tu.

Rindu raya kat kampung halaman. Rindu riuh beraya di kampung halaman. Tak ada la nak terima berita kemalangan yang dasyat2 time tu. Main meriam buluh tak la sampai ilang nyawa tangan bagai. Tp meriam buluh pun yang main semua pak cik2 yang dan berumur. Mungkin ada pengalaman la nak main meriam bagai.

Rindu nak salam arwah atuk dan nenek...

Yang paling aku rindu, ketupat dia. Pagi2 dia akan hidangkan ketupat, siap potong. Rendang daging. Tak henti menjamah ketupat dua tiga hari. Tak makan nasi sbb pilihan ketupat tu.


Zamani cakap ketupat anyam ni tak ada tarikan sangat sbb ko bole makan nasi impit. Sama je. Malas nak argue. Bau daun tu bang! 28 tahun kot mencekik benda tu pagi raya. Bunyi geseran pisau potong ketupat tu, nostalgia tu... hahahah bole terima pakai tak alasan tu?


Sambal udang... ahhhhh tu la cara org melaka. Rendang pun pedas sampai confirm la raya pertama sampai raya ke dua ko cari tandas. Hahaha

Weols dah kebiasaan pagi raya kalau terover makan rendang and ketupat, mmg singgah toilet umah org sama. Tinggal jejak. Kih kih kih

Since arwah atuk meninggal kegembiraan tu kurang sikit. Nenek still buat ketupat macam biasa. Cume mungkin aku tak betul2 menikmatinya sehingga dia tiada. Sejak dia sakit kunjugan kami biasa sahaja. Tahun ni dia dah tak ada. Kalau tahun2 sblm ni, kami hanya ziarah kubur atuk. Tapi kali ni kami ziarah kubur nenek pulak.

Yang masih ada kampung tu best la... sian plak kenang nasib amani dan ammar. Kampung semua sejengkal je, pasang lagu raya pun tak habis lagi dah sampai umah atuk and nenek. Hihihihi....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, June 28, 2015

Small celebration for my little man

Salam...

Since birthday ammar yusuf jatuh bulan pose, maka tak ada la sambutan besar2an. Insya Allah kalau ada rezeki raya sok kita sambut. Macam tak adil plak besday kakak bersungguh2 ibu buat. Apa beza Ammar and Amanikan? Dua2 sama sakit beranak so tak ada bezanya. Walaupun ammar tak tahu sangat la apa tu besday. Sok dia tanya awat kakak ada sambut dia punya tak ada gambar pun... mau jawab apa?

Salahkan diri sendiri sbb manjakan anak2. Hihihi anak sendiri. Biaq pi la kan?

Paksa zamani makan luar jumaat tu. Jumaat biasa zamani super bz. Aku nak jugak sambut on 26 june! Tak pedulik. Overkan mak ammar. Harus la kan... sampai umah siapkan anak tunggu zamani balik sambut kat luar. Janji ado kek.

Than on next day sambut dengan tok mama plak... sambil berbuke dengan sepupu2 amani and ammar. Sambutan umah nenek and atuk? Erm nanti kita plan besday ammar lepas raya. Insya Allah kalau ibu larat. Sbb umah nenek and atuk tak ada org. Bln pose atuk lebih kat masjid and surau. Nenek plak lepas solat terawih tido terus. Penat sangat so tak nak ganggu masa rehat nenek.

Si ammar kelihatan agak blur tp dia suke cream kek. Cream ye bukan kek... haiz... dia ingar cat ke apa? Tak pa biar dia pk cat jangan dia pk cream muke. Terpanjat mak nak...

Ok gambar tuk tatapan aku di blog ni...

Happy birthday little man

Friday, June 26, 2015

Ammar Yusuf Turn One!


Syukur Allamdulillah....


Gambar yang menjadi tatapan semangat ibu di saat kau masih di dalam rahim ibu.

Selamat Hari Jadi Muhammad Ammar Yusuf.

Hari ni genap la kamu setahun. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman ini.

Dear Ammar....

Ibu dan abak doakan semoga Ammar sentiasa di berikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah dan sentiasa di murahkan rezeki dan panjang umur. Ibu dan abak juga harap Ammar akan menjadi anak yang soleh, buat kami dan sentiasa membimbing kami ke arah ke baikkan kelak, insya Allah. 

Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, ibu berharap Ammar membesar dengan penuh kasih sayang dan harap menjadi harapan dan juga tulang belakang buat kita sekeluarga. Hihi besar sangat ke harapan ibu pada Ammar yang baru berusia setahun ni? Insya Allah.... kita doa yang baik yer...





Pemilihan nama mu adalah sebab terpikat dengan kisah 'Ahmad Ammar Azam' anak muda yang mati shahid di negara arab. Waktu cerita tu tersebar meluas ketika kamu berusia 12 minggu. Terus je request kat abak nak letak nama Ammar. Abak ko biasalah poyo lebih macam dengar tak dengar. 12 minggu tu masih belum jelas kelihatan jantina. So sbb tu dia tak kisah sangat.

Tapi i dont really care sbb bg ibu apa pun ibu nak akhir nama anak lelaki ibu dengan nama "Yusuf"

Abak menentang. Nama tak glamer kan? Ibu ada alasan sendiri sbb pertama anak perempuan ibu dah pun ibu letak nama Zulaikha di belakang. Dan sejarah islam pun ada mengatakan Zulaikha seorg perempuan yang sangat cantik dan Yusuf pula lelaki yang paling kacak.

Ibu sangat percaya pemilihan nama sedikit sebanyak membawak perwatakan seseorg. Dalam zaman yang moden ni ada lagi ke org letak nama Yusuf? Yusuf nama yang indah. Bukan sahaja kacak tapi ahlak Nabi Yusuf juga patut di contohi.

Di awal usia kandungan Ammar, sangat sangat teruk bagi ibu. Tapi pengalaman mengandungkan Kak Aryssa mengajar ibu supaya tidak merungut. Terima segalanya supaya anak sihat. Dan pengalaman sickness ni bukan la selamanya. Ibu kuatkan semangat. Muntah jangan cakap la. Baring je memanjang sampai kesian kat Kakak Amani ketika itu. Abak la yang main peranan. Bila kandungan membesar, lain pulak dugaan. Ammar sungguh lasak. Mungkin lelakikan, lain macam. Sampai kadang2 tak ada ribut ke apa ibu nangis. Sbb tak tahan awak lasak sangat. Hehehe

Abak selalu tetipu ingat awak nak keluar dah... ibu nangis bersungguh2 tahan sakit. Ibu rasa kamu bukan gerak2 manja tapi macam ko berpusing kanan kiri, atas bawah nak...... senak sesak napas  ibu ok

Tapi ammar anak yang tak banyak ragam. Cume buas dan banyak benda yang ammar nak advanture sendiri. Naik tangga la, keluar dari walker, cubaan keluar mengesot ke luar dari rumah. Tak bole lepa sekejap ada je ammar nak buat.

Dan hari ni, insya Allah kita keluar sambut besday ammar ye... ammar makan kek sudah! Hihihihi

Oh ibu buat video ini tuk tatapan dan kenangan tuk ammar. Kalau abak tuju lagu Terukir di bintang... ibu bagi counting star tuk back ground video ammar yer nak....





Happy birthday hero... Ibu love you so much!Muah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 24, 2015

Salam Ramadhan


Dah hari yang ke 7 kita pose. Aku baru la nak buat entry bagai. Blog org lain siap bagai menu berbuka, akak ni madang tak larat je. Apa pun tah leh!

Last year Ramadhan akak dalam pantang. Dah setahun dah anak bujang tu. So persiapan raya tahun lepas mmg tak ada. Last2 minit dan shopping kat umah je. Online shopping gamatnya. Baju somi dan anak2 semua zamani yang beli last minit nak raya. Sehari sblm raya dia keluar dengan amani membeli belah. Kuih2 pun aku order. Order tak leh makan. Tengok je. Heheheh...

Tahun ni tak la pantang. Tapi keadaannya sama je. Dah msuk 7 hari pose tapi tak ada istimewa. Anak2 belum start posekan so masih relex. Duduk dengan mak so serahkan segala pada mak aku. Masak apa. Nak hidang apa. Kalau teringin beli kat bazar.

Hujung minggu (walaupun baru seminggu puasa) Amani still ada kelas. Now aku ambik kelas tambahan tuk amani hari sabtu. So this week start. Kelas sejam dua tapi penat aku macam dr pagi ke petang. Tahun ni raya mana pun tak tahu. Hebat tak??? Ko mampu??? Tak ada merengek dengan suami, you kena raya belah ai or zamani pun tak paksa you kena raya belah ai. Mana dia ada situ la akak dan anak2 ada. Mak ayah aku balik Singapore. Sian last yearkan diorg raya sini jaga akak dalam pantang. Hahahah... tak sampai hati nak halang. Nenek and atuk masih ada lagi kat sana. So ibu terlalu rindu nenek atuk.  It just me. Passport Ammar tak buat. Passport we all pun dah mati rasanya.

Nak balik utara belah en somi pun Becinta nak hadap Jem. Dengan anak2 yang super duper lasak. Takat Myv dengan Wira akak tu, mau terbalik bebudak tu buat. Gi bandar pun cobaan masuk bawah seat kereta. Duduk kat baby chair pun macam nak terbalik baby chair tu. Nak jalan jauh2... erm ku pikir sebentar. Rasanya aku rela bawak kereta dari nak jaga anak2. Hahahaha.... But tak ada halangan juga kalau dah suami cakap nak balik kampung dia. Kita balas balik tahun lepas semua tak ke mana2 gara2 aku dalam pantang. So tahun ni pilih la bang.

Bercuti pun ok. Hahahahah mmg kena tumbuk! org raya2 ziarah sanak saudara kau bercuti apa hal?

Tak tahu la. Mungkin jugak tempat kerja dah jauh. So balik kerja aku rasa letih macam berjalan kaki dari opis. Tak ada la semangat nak masak ke apa. Kesian jugak Zamani kadang2 tak kena selera dia. Ciput je makan. Tapi akak butakan mata sbb malas. Wakakakaka.....

Ada 23 hari lagi nak habis posekan... so insya Allah, datang la mood rajin... sian anak2. Somi panling paling kesian. Hehehe



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 17, 2015

My Tahajjud Cinta


Aku tak tahu nak tulis tajuk apa...

Tapi pagi ni tetiba hati rasa sayu... ingatan tetiba pada Arwah Aryssa... Ya Allah lama sudah aku tak ziarah pusara dia, lama sudah aku tak bacakan yassin setiap malam khamis untuk dia... jauh sungguh aku meninggalkan dia. Tapi pagi ni air mata berjurai laju...tanpa sebab. Hati sakit sama sakit bila kami terpisah dulu.

Sama....

Hati sakit sedih pedih sama di saat itu... apa kenangan yang aku ada bersamanya?

Hanya airmata, sakit, dan pedih. Bukan menolak ketentuan mau pun tak redha. Aku bukannya wali, aku manusia yang di pilih untuk di uji. Walaupun ujian Allah ini bukan la berat seperti yang di tanggung oleh org lain, tapi cukup terkesan walaupun 6 tahun sudah berlalu. Mungkin apa yang aku rasa naluri ibu....

Ya hanya pada Allah tempat aku melepaskan rindu.


Al - fatihah....


Kau datang ketika duka ,dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut, lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali yang suci dari hina dan benci


Terlalu lama aku mencuba terlalu banyak
cinta yang ku damba tiada yang sempurna
hanyalah fana...

Tuhan, ampuni hamba-Mu


Ku rebah di dada malam, memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia, dakapku dengan selimut syurga


Ya Tuhanku hanya padamu tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu dalam tahajjud cinta bersujud



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, June 9, 2015

Suratan atau kebetulan



Hati tenang la...

Allah ada untuk kita minta dan berlindung....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails