Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Saturday, May 16, 2015

Selamat Pengantin baru Puan Yani....

Opis mate yang telah naik taraf title cik to puan...

Alhamdulilla budak ni mmg suke berahsia. Satu opis tak tau dia nak kawin. Tup tup dapat kad kawin semua terkujat...

Well akak je tahu. Berani simpan rahsia? I tak approve cuti.

Amboi jauh betul kampung dia. Ku tinggal anak dan somi kat umah. Ikut budak2 opis. Jimat minyak and toll opis sponsor. Boss sayang kami... wink wink...

Akak doakan yani dan man bahagia dan kekal sampai je Jannah. Cepat2 dpt anak. Pengsan dia baru nikah semalam aku dah pikir kalau dia cuti meternity. Mampuih chek! Hihihi tah apa2 je kan....

Saturday, February 7, 2015

Bila masuk dapur

Almost 6 years kawin...

This is the first time en somi membantu di dapur... walaupun goreng ayam sajok. Tp bagi aku  sweet...

Ke malas ko nak jaga anak? Haha ammar yusuf tercengang tengok abak pegang sudip.

En somi ai ni sgt memilih kalau makan. Kalai goreng ayam nak yg garing2... kadang2 stress plak aku sbb rasa nak rentung dah.

Kali ni hang buat sat tengok...

Saturday, September 27, 2014

Selamat Pengantin Baru


Buat sahabat saya Hartini Ariffin dan pasangan, rasanya tak terlewat ku ucapkan Selamat pengantin baru. Walaupun dan 2 minggu lebih usia perkahwinan korang.

Maaflah lambat sampai. Duduk ulu pun macam duduk tengah bandar KL. Punya jem. Dr umah kul 1 sampai shah alam 3 petang. Berasap!

Nasib baik anak2 behave. Itu pun abak diorg dah berbakol2 menyumpah. Tapi sempat sampai sblm majlis habis. Nampaknya tak sempat nak tengok Tini bersanding. Cume paksa pengantin bergambar.


Ai selesa pakai carrier. Amani iman tetiba tak takut terus ambik alih tempat pengantin. Apakah?? Tu abang adam duduk bawah hujung ko posing atas pelamin.

Anak omak!


 Sbb gambar tak banyak, maka ambik dan upload gambar yang sama.

ha ha ha.


Dua org perempuan gedik. Kalau aku ada lagi meriah. Bergedik gedik sama. Kawan sekolah dulu. Indahnya korang berselfie.


Kesian. Di suruh pengantin lelaki yang ambik. Muke tak nampak. Jahanam empunya camera sengaja mensabotaj pengantin.

*gelak simpati*

Kena saman org yang punya camera ni.


Yer gambar korang paling indah TANPA AKU!


Ayat seteres!

Adios amigos....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Saturday, May 10, 2014

Tahun ke 5

Salam...

Hari ni ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5.... sekejap je dah 5 tahunkan... macam2 dugaan yang Allah turunkan buat kami... Alhamdulilla kasih sayang ini tetap utuh... Syukur...

Walaupun macam2 dugaan yang di uji, kami mampu mengharunginya bersama... biar pun sakit, biar pun pedih, Alhamdulillah semua dapat di atasi dengan akal dan rasa kasih sayang... Tipu la kalau kata tak pernah gaduh... tipu jugak kalau aku cakap dia suami yang sempurna... sama seperti dia, aku juga tak sempurna tapi Alhamdulillah dia masih bersabar dan terus menyayangi aku... good job abak! hahah

Org kata tempoh perkahwinan yang bawah 5 tahun ni dugaanya amat berat... tak di nafikan...


Ucapan suami di FB... janji ingatan tu ada... print screen and abadikan di blog... hahah... terharu bila terima ucapan yang memuji daku sebagai isteri dan ibu pada anak2 dia... hahah... tetiba je kaukan???!!!

Tak pernah rasa diri ini sebagai isteri yang sempurna buat dia...

Tak pernah rasa diri ini baik buatnya

Tak pernah rasa diri ini boleh membahagiakan dia...

Macam org lain or may be aku je kot... aku sering membebel bila ada je yang tak kena... aku sering nak marah kalau apa dia buat tak kena dengan apa yang aku suke... aku sering nak merajuk bila aku terasa hati dengan dia...

Tapi itulah jodohkan... Allah temukan kau dengan pasangan yang bole menerima kau seadanya...

Biarpun dia tak pernah mewahkan aku dengan harta benda, tapi aku tahu dia mewahkan aku dengan kasih sayang... dahulukan aku dalam apa jua situasi... berada di hadapan ku sentiasa bila aku memerlukan perlindungan.

He is our hero!

Hero kami dan jugak anak2... apa lagi yang aku maukan? Harta bole dia cari tapi kasih sayang payah di cari... semoga aku sedar diri... hahaha...

I love you Ana NorZamani... always...

Happy 5th Anniversary...




Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, April 8, 2014

His 38th Birthday

I missed  his 38th Birthday...

I wanted to be the first person to wish him... hug and kiss him. Ku tahu dia tak mengharapkan apa2 kecuali ingatan memadai, tapi aku terlepas semuanya...

I should dedicate this video on his special day... i missed out again...

I should write some entry, short entry on his special day... but again i missed it...

Sambutan hari jadi yang terburuk yang mungkin dia takkan lupa sampai bila2... ia juga melangar prinsip aku juga... apa la ertinya sambutan hari jadi tanpa kek... tanpa ucapan... tanpa ingatan...

I wish i could turn back time... rewind back the time... rancang sebaik mungkin... seperti tahun2 sblmnya... mungkin kali ini  yang lebih hebat... tapi tak...

Sekurang2nya aku masak... tapi aku tak buat...

Setidak2nya sambut di luar bersama...itu pun aku gagal juga... apa dia rasa yer? Mesti sedih...

:( really sad... how could i missed everything? Aku sedar aku bukan la yang terbaik buatnya... sbb aku tak mencuba pun...




To My dearest, beloved man Zamani....

Instead of wishing you Happy birthday, i apologize for not being there on your special day... tak ada kata lain selain maaf... walau apa pun, saya nak awak tahu yang saya dan anak2 sentiasa doakan semoga awak di panjangkan umur dan di murahkan rezeki selalu... Terima kasih sbb menjadi yang terbaik buat diri saya dan anak2... we are nothing without you... you will always be our hero... you will always be our Imam... you will always be our leader. Always....

Saya tak mampu berdiri dengan anak2 tanpa awak... you have with us all this while...to  protect us, love us without complaining.

Deep inside me, saya bersyukur menjadi isteri kamu. Tak sekali pun kamu herdik saya, tak sekali pun kamu meninggikan suara, tak sekali pun kamu mengasari saya, tak sekali pun kamu menjatuhkan maruah saya sebagai isteri, walaupun banyak kekurangan yang ada pada saya. You always find your own way to help us to make sure saya dan anak2 hidup dengan selesa... walaupun saya tak nafikan ada kala ternampak akan kekurangan tapi manusia mana pun yang sempurna...

Tak ada apa yang saya harapkan... semoga awak terus menyayangi saya dan anak2...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Selamatkan perjalan suamiku pergi dan pulangnya....
Dekatkan rezeki yang suami ku cari untuk kami sekeluarga...
Kuatkanlah Kasih sayang suamiku hanya padaku sorg...
Bantulah suami ku ketika aku tak mampu membantunya...
Elakkan suamiku daripada menginginkan apa yang Kau tegah...
Cenderungkan hatinya kepada apa yang Kau perintah...

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini pilihanMu di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk bersamanya.

Sekiranya suamiku ini suami yang memimpin tanganku di titianMu,
Kurniakan aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.

Sekiranya suamiku adalah bidadara untukku di JannahMu,
limpahkan aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suamiku ini adalah terbaik untukku di duniaMu,
Perliharalah tingkah lakuku serta kata2ku dari menyakitinya.

Sekiranya suamiku ini jodoh yang di rahmati olehMu,
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
kau hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhiratMu.

Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu.
 
Ya Allah, kuatkanlah hati dan semangatku.
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikan aku isteri yang di senangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri soleha.

Aku hanya ingin menjadi isteri yang di rahmati
Isteri yang di kasihi
Isteri yang di senangi suamiku
Isteri yang di hati suamiku,

Rahmatilah hubungan ini,
Rahmatilah kasih sayang dan cinta kami
Rahmatilah suami ku kerana dia segalanya buat kami

Amin


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, January 27, 2014

Eizad Anwar N Farrah Hamdan Wedding

Salam...

Org dah kawin nak sebulan... cerita baru nak kongsi... ahak! Maaf la yer... ni pun terpandang gambar dlam simpanan... nak buat apa?? kalau tak kongsi kat sini kan?

Akhirnya, one of my cozen jejak kaki masuk club... tinggal sorg je lagi... tak pa... biar lambat asalkan selamat yer dik...uuhuhu... pekak kan telinga as long aset sudah ada... lelaki kawin lambat apa ada hal, kan?

Wedding ni mcm wedding aku... hahah nak jugak credit... sama tu maksudnya lelaki dan perempuan join majlis... tak yah susah2... pening kepala semula... buat satu majlis udah! Tak yah nak berhari2 or berminggu2 nak pikir majlis belah sana sini,kan?

Masing2 ada pendapat yer... kalau org2 tu, ikut mana pun depa suke nak buat majlis sendiri... apa kongsi2! ingat tak ada duit??? bangsat sangat ko nak berkongsi bagai?

Dan ada jugak pendapat satukan... senang, jimat masa... cume payah dua family... agak susah nak bezakan mana family pengantin perempuan, mana family pengantin lelaki... aku dah melaluinya, tapi bagi aku pekakkan telinga... majlis kita ikut la mana nak ikut... kalau ikut aku, lagi la tak nak buat majlis... hahah... nikah tu buat makan2 je... tapi mak aku tak setuju, katanya janda pun kawin grand... apa lagi anak dara. So ikutkan... aku malas sbb akukan kedekut! hahaha

Bila eh wedding dia? aku lupa... tapi kat FRIM kepong... wedding ala2 english... kelasss ko! pengapit ambik mat salleh melengkapi prop... hahah (gurau je)



Besar betul Villa yang dia sewa... mmg senang tapi parking payah... family member je parking kereta kat atas, lain kat bawah... umah ni atas bukit... perh nak menapak mmg idok la... atas kelentong abang jaga parking kat bawah tu kami dapat naik.. hahah



Umah/Villa yang di sewa... tengah2 panas ni macam nak pitam ai... lagi la panas terik... sesuai la kalau garden wedding tukan...




Candy Booth yang best! candy mmg pelik2.... tapi abang zamani kalah budak ambik candy melambak2 tuk anak and anak buah dia... asik2 muke dia je



Rayyan pun jadi rajin nak ambik...


The lauk pauk... opss apa gambar lalat tu? hahaha... banyak gila pilihan makanan... dan katering pun masak kat sini... kawasan besar... puas ati la...nampak katering masak makanan yang segar.... katering mana, ai tak tahu plak...


Meja makan beradap!


Amani suka sangat gigit wayer2... dawai2... yang dia pegang tu sejenis candy... aku dok pk apa la semua org gigit2 kayu/wayer ni??? rupanya sejenis candy... masam... emmm mmg fav puteri kecik ni la... hantu masam2 bagi kat dia...


Budak banyak akal... ermmm bapak dia bukan tukar warna hijau... tak tahu warna apa dah... hahaha


Cupcake yang ada kat candy booth... oklah tak manis...


Pasangan cik gu Sarawak... hehehe... amboi baru 6 bulan kawin (that time) dah tembam... penangan org bahagia... saya faham... hahahah mmg tak tahan gelak sbb dia pun membesar bagai juara... dapat bini pandai masak ambik la!!!!


Walaupun english wedding, tepung tawar tu wajib... acara melayu kitakan? or adab melayu kita... pengapit internationl rasanya... sorang mat salleh sorg chinese kot... 


Pelamin yang superb!


Lepas majlis tepung tawar... majlis potng kek dan makan beradap... jalan karpet merah ni macam tak lawa je live... tapi dalam gambar nampak hidup plak... heheh... amani siap kutip batu2 tu... adoi anak siapa la!


PenRantinnn!


Tak aci kawin pakai kot... pakai la pakaian melayu... bole gelak2kan... ahahaha


Semoga kekal selamanya yer... tahniah!


Majlis makan beradap... bunga2 kat meja tu, amani iman dah selamat cabut tau... adoi la anak! 

Ok cerita pasal pengantin dah habis... now gedik gambar...layan eh


Buang masa! maka kami ambik gambar bersama... nak tunjuk sama tembam! hahahah...





 


MY FAMILIA...  now ai kena senyum sikit2... kalau banyak nampak pipi macam tersumbat pau!mencik!

 Di sudahi dengan picture with hot mama!!!!

To Eizad and wife... selamat pengantin baru... semoga kekal sampai ke jannah... cepat2 timbang cahaya mata... leh lwan berapa ramai... hehehe...

Sekian... tugas selesai... hahahaha... next cerita pls

 Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, November 8, 2013

Aku Ada....

November.....

Kamu datang lagi.... aku mula la nak touching2....

November, bila kau datang, usia perkenalan aku dan en somi dah melangkah 'tua' setahun.... begitu juga permergian puteri sulung kami meningkat setahun... kau istimewa...

Tetiba je teringat saat perkenalan... masing2 nak luahkan rasa chinta tu melalui lagu... ate tak romentik nak buat ayat sendiri. So apa je lagu yang lirik menikam jantung, mula la tuju lagu... hahaha... salah satu yang tak mungkin lupa lagu Once Aku ada...

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu 
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu





Sekarang dengar pun tersenyum2... walaupun lagu ni kalau dengar sekarang tak ada maknanya pun... uhuhu... but aku bersyukur Zamani yang aku kenal dulu dan sekarang adalah org yang sama... romantik tetap ada walaupun perhatian tu ada sikit lari... heheh

Terima kasih tak terhingga sebab menjadi seorg suami yang memahami... sama ada dia malas nak gaduh dengan aku so ikut je apa aku suke, aku pasti dia menghormati my feeling and hargai hati kecil isteri... ahak! Zamani suami yang balance... Syukur dia tak mudah terikut2 dengan perangai org ke apa... kalau dia tak suke, dia diam... so ko sendiri kena pandai figure kenapa dia jadi gitu. Tapi kalau dia suke, dia sokong kau habis2...

Yang buruk??? tipu la kalau aku cakap tak ada. Tapi kita patut menerima kekurangan pasangan kita... itu je... walaupun aku rasa nak cekik2 diri sendiri bila marah...

Mungkin juga sebelum kami berjumpa, kami dah berjumpa dan cube hidup dengan pasangan lain... so sbb itu jugak kami rasa ini yang terbaik... so tak baik pun kena terima juga...

NAK JUGAK!!!

NAK JUGAK!!!

WALAU TAK BESH!!! HAHAHA



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, October 29, 2013

kenduri kawin

Salam...

Sabtu lepas, kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan budak opis aku... Dia org rawang tapi kawin dengan org klang. So we all decided to attend majlis kat Klang. Dokat dengan rumah.

Apa ke heinya bahasa aku sangat skema??? Hahaha... Nak ke Rawang perhhh jauhnya... Tahu je la abang Zamani... Ikut mood dia. Nak kata TAK pada bininya mmg taklah... Bila ikut tak suke pendam dalam hati... Hahaha... Takut bini ke sayang bini? Or tak sanggup tengok muncung bini yang sedepa nanti? Hahaha

Korang tahukan aku kerja hari sabtu alternate. So kebetulan tak kerja last saturday... Budak2 opis plak yang kerja terus dr opis. Tapi mmg sajer pergi pukul 1. Bukan apa... Senang la ada kawan. Taklah kebosanan... Budak2 opis aku semua sporting... Tak la buat haluan masing2. Kalau kata nak gi, gi sesama...

Yang kawin ni opis mate kami... shakirool...

Sejak amani iman lasak ni, kerja paparazi kurang... Payah... Ko sanggup ambik gambar? Sedangkan anak ko tak bole duduk diam... Abang zamani yang dulu kerja sukarelawan telah letak jawatan. Kerja sepenuh masa kejar anak... Perh stamina amani iman mmg susah nak di duga... Ikut genetik mak dia, mak diakan lembab macam siput... Tapi ini budak... Ayo tak reti penat.

So ikhsan dari budak opis...sila watsapp gambar2....




Time sampai je, mmg time bersanding. Bagus.... Simple je diorg ni...


Tengah masuk dewan pun bole berbual2... Kau mampu?? Hahaha....sempoi tul si shak ni...


Ni je yang aku mampu snap dr phone aku... Lepas tu mengejar si amani iman yang buas buat dewan tu, dewan lumba lari...


Clear pic... Terbaek....



Bila ada geng lagi seronok... Laluan pengantin, jadi track lumba lari antara amani iman dengan si Akiera (anak opis mate)


Anak siapa la.... Dah besar sok jadi olaraga yer amani iman...


Tak boleh duduk diam... Lagi ada kawan, lagi panjang langkah. Time ni Zamani mmg take over tengok dia...


Yang tak tahan depa minat pokok hiasan tepi tu....


Hahah siap mendongak cari apa agaknya,kan? Hahaha

Tak banyak nak ambik gambar... Ada anak mmg susah sikit nak menjalankan tugas sebagai blogger. Tapi tak apa... Amani tak menyusahkan punnnnnn....



Gambar budak2 opis...



Aku suke gambar shakirool kat frame tu... Hahah menarikkan? Bila ambik gambar mcm ni macam ambik gambar dengan'orang'. Pengantinkan selalu bz... Heheh.


Girlssssss...... Me? Hahah balik sudah... Anak dah tak tentu arah nak berlari...



Anak ku Amani Iman.....



Budak yang sibuk nak tahu apa dalam kotak berkat kenduri kawin....


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails