Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, April 29, 2010

Panas betul hati!

Cukup cukup cukup cukup pantaaaannnngggg bila org tengking kita... apa tah lagi kalau kita tak buat salah kat dia... kau ada masalah dalam atau otak sekali pun tak boleh nak jawab baik2 ke? Perlu ke tinggi suara kau yang tak sedap tu!???? Damnnn menyirap betul darah pagi2 ni... sori la... tapi aku mmg tak leh dengar suara org tinggi ni... kalau aku kurang ajar, yes aku faham la ko nak marah...

Ko nak pikir mud ko je pagi2 eh? aku tanya baik2 maka jawab baik2... lain la aku tanya ko macam haramkan? Ko nak marah ke nak maki ke ku faham la jugak... cukup baik aku tanya dengan sopan...

Hang silap hari la... aku mmg tak ada mud pagi ni... selalu ko tinggi suara aku boleh senyum je... but this time... aku mmg tak tahan da... ko buat aku mcm org bodo je tadikan? menjerit macam aku ni adik2 ko...macam ko bagi aku makan? best tak aku tengking ko balik tadi apa ko rasa? malu tak? seronok tak?

Baran baran aku, tersentap2 aku pun i never never nak tinggi suara... kecuali dengan en suami... bluekkk tu pun tinggi suara pun memberontak... idoklah aku jerit macam tarzan...ushhh berdesing telinga acik ni bila dengar suara mu yang GARING tu... bernanah... oh kali ini no more senyum2... hambik... kalau berani nak minta tolong aku jap lagi, datang dengan muke berseri yah... kalau ko nak minta tolong aku dengan muke ketat ko... jangan harap nak tolong... give your magic word first baru ku tolong....

Kalau aku nak minta tolong dia??? Ha ha ha...tunggu isnin... sebb esok aku cuti!!!! bagi cool diri dulu... anyway bukan aku suke nak tengking dia.. dia yang tengking aku... kalau adik aku dah lama kena tampo... hahaha tak percaya? tanya tuk puan Rafidah... dengan Didi... berani tak naik suara dengan aku atau ibu... bukan nak belagak ke apa... aku tak kata aku baik... at least aku kalau tak suke atau tak setuju, marah aku suke diamkan diri... so kalau aku diam org tanya, mmg org tu cari nahas... time tu barulah aku tinggi suara... ahak!

Don sakit

Ari ahad ibu call aku minta kebenaran tuk bawak balik Don ke Putrajaya... so me and Zamani tak kisah..hujung minggu lepas tido umah MIL, ibu dengan ayah aku balik Klang, so bila diorg nak balik Putrajaya diorg kesian nak tinggalkan Ah don sengsorang kat umah....tapi ari isnin pagi tu ibu call bagi tahu don tak sihat... tak seaktive selalu nak kejar2... tangan dia sakit...baring je... so aku ingat dia penat sbb ahad tu dia berlari2....

Tanda2 kucing kalau deman...

Hidung dia kering... plusss ada selaput mata... than ibu cakap don tak makan...

Pagi selasa tu ibu call... dia kata don makin teruk... tak makan dari semalam... tido plus nak bangun tak leh... ibu terus bagi tahu aku dia nak bawak Don gi Vet... tapi kat Putrajaya tak ada Vet... gigih call ayah lepas kerja mintak hantar gi klang tepat Vet yang biasa kami pergi...

Balik umah je don terlentang... siannnnn.... tak aktive gila2 kejar.

Ni gambar dia waktu sihat....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yangbelakang tu adalah dua2 kaki Don yer... bukan ekor...dia suke baring panjangkan kaki belakang.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Terkangkang tido... tak malu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mcm2 posing tido... habis cute lakan?

Tapi bila dia sakit sian dia... dia tak leh nak banyak sangat gerak... Demam panas rupanya dia... panas mencapai 45... boleh jadi sawan kalau bawak lambat ke klinik... doktor bagi dua suntikan. Tuk kurangkan panas badan dan matikan virus. Tangan Don mungkin terseliuh sbb tu dia tak leh nak gerak...mengensot je...

Dan aksi tidonya????

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Org sakit tangan la mummy.... terpaksa baring cam gini.... tangan dia yang bengkok tu yang sakit... sian Ah don...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

3 hari lagi doktor cakap kena inject tuk tangan dia bengkak... sbb kena cek satu2... tak leh serentak, takut tangan dia tu patah. kalau dia boleh gerak mean tak ada apa-apa lah... tapi still kena ambik suntikan tuk kurangkan bengkak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas sejam, baru la dia mula nak makan...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Alhamdlilla... cepat sembuh yer ah donnnn.....

Statement En Osli :- Tah2 Don sakit pasal dia gigit adik... badan si Didi banyak asid... racun banyak....

Wakakak akak gelak guling2... hinaan betul statement en rosli itu pada anak bongsu dia...

Wednesday, April 28, 2010

Comei

Aku rasa en suami semakin comei...


Suke sangat gambar ni... heheheh...

Ok jangan muntah... bawak bertendang yang geli and meluat....

Family PIc

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar bersama keluarga mertua dan sedara belah mak....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar tanpa en suami....

Kami bergambar atas permintaan adik bongso MIL, Cik Ida.... ni baru kali pertama aku berjumpa dengan dia... nice and very friendly... mmg tak kering gusi berbual dengan dia... dr mula sampai akhir gelak... bila kami nak balik cik ida mita ambik gambar ramai2...

Susah nak bergambar ramai2... dah dapat haruslah dia tepek sebagai kenangan terindah... heheheh

Anak-anak che ta

Dalam camera pak long pulak gambar2 ni... ok mak long pun entry agak kekurangan kebelakangan ni... last two week kot... che Aisyah bz dengan kasut baru... tak tahu la kenapa dia minat sangat kasut ni... rasa tok mama dah pernah beli tuk dia... tapi dia nak jugak... suke dengar bunyik 'keletak keletuk' dia tu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pandai posing... suke dapat kasut yang di ingini...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sampai ati mak long tak belikan aliya....

Sian dia senyap2 pinjam kasut kak long. Kakak long dia kalau nampak mmg mengamuk tahap triple H... kena smack down!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gaya pemilik salon rambut.... nampak bergaya tak? Modelnya pasti la aku...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang Che Aliya pulak berminat menjadi cleaner kat kedai kak longnya... ahak!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Elok letak meja ni kat ujung...
Align Center
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

I dont need any help! Muncung bila org menganggu urusan kerja dia...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pastu sapu kedai kak long bersih-bersih... bersungguh2 dia menyapukan... kat umah tolong mummy tak?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok Aliya dah habis wat kerja...

Hoyehhhh mak long nan ado penutup cerita... lalalalalala

Tuesday, April 27, 2010

Biarkan mereka...

Aku terbaca satu blog... sekarang ni aku suke sangat baca blog supermom dan letter to mariam... kalau tak sempat kat office, aku akan pastikan baca dia rumah... i dont know why... ku rasa mereka sangat sedih akan kehilangan sesuatu yang berharga dalam diri mereka... dan cara tuk mengurangkan tekanan atau kesedihan itu, maka mereka menulis...

Dan aku tahu ini cara yang paling elok... kita dalam dunia kita... tak ada siapa yang faham walaupun org kata org faham apa yang kita rasa... itu yang aku pegang di saat aku start kenali dunia blog... bila marah ku tulis macam2 kat sini... bila suka pun sama dan kadang2 aku tak sedar rupanya ada yang terasa dan kecik ati... never notice that.

Entry supermon kali ni lain pulak... ada pulak reader yang tak tahu la nak kategorikan mcammana... tak suke ke atau niat nak menegur... may be nak tegur la kot... mengunakan bahasa yang salah. Grammer yang tak betul... aku terpikir, dia tak ada pun kaitkan cerita org lain... dia tak kutuk pun org lain, ceritanya hanya dia dan arwah anak dia... kenapa semua ini perlu di pertikaikan?

Tetiba teringat kes kat blog lama... tu akui salah aku... sedap mulut jekan? tak pa jugak... tapi ni aku tak nampak apa pun salah dlm setiap entry supermom... ku tahu dia mahu luahkan segala kerinduan dia pada anaknya... that all... rupanya ada yang memerhati tatabahasa bagai... ermmm tak mo cakap banyak la... cume aku nak terangkan di sini... ini blog peribadi... actually tak ada niat pun nak bercerita... kalau suke baca teruslah baca, kalau rasa di sebabkan blog2 ni kemahiran pengunaan bahasa tu makin berkurang, maka carilah sumber bacaan yang lain. Surat kabar, majalah... ni kira oklah ni boleh faham... try masuk blog yang penulisnya bawah 25 tahun... mau terkebil2...

Yang dah tukar ejaan Yunk

Tau dah tukar ejaan Taw

Apa lagi... tu je la aku ingat.... pada mereka yang rasa sakit hati membaca blog individu tu... tak payah la baca... actually aku bukan nak promote ke apa... but peningatan pada pembaca yang tak minat nak membaca blog ni... tak perlulah baca... kalau menyakitkan ati carilah blog yang boleh menyenangkan ati dan perasaan tu... tak perlulah nak bergaduh nak tunjuk kita betul org tu salah... org tu nak tulis dia bahagia ke, apa ke... biaq pi la... Tuhan tu adil...

Aku dah belajar dari kesilapan aku sendiri... aku tahu aku selalu bertindak mengikut hati dan bukan otak... akibatnya? diri sendiri yang sakit... so fikir la ok... sbb tak kena pada kita... letakkan diri kita pada situasi tu... pada org tu...

aku bukan cakap aku baik ke apa...entry ni pun tak ku tuju pada sesiapa... sbb aku tahu yang dtg kat blog aku pun tak semua suke... mungkin blog aku pun akan menjadi badan ketawa sbb tatabahasa or cerita tak masuk akal, tak logic atau org akan cop blog aku poyo...macam dia sorg je bahagia, bla bla bla... hentikan la... anda tak perlu sukakan saya. Anda tak perlu sukakan cerita2 saya...

Kadang2 suami saya pun komen jugak kat umah... ayat you tunggang langgang... eh cerita you tu tak elok la, kalau dia ni baca dia tu baca... apa diorg cakap...

Semua tu di control...jangan risau sbb suami saya bukan la baik sangat... dulu time bercinta je dok iya setuju dengan apa saya tulis... la ni? ermmm kadang2 rasa nak resign menulis sbb apa jua yang tulis semuanya salah...last2 ku pikiir balik... mungkin apa yang aku tulis salah dan tak semua boleh terima... ermmm mcm suami dia tu hebat sangat... malaikat nak control??? dia tak tahu suami dia tu bla bla bla...

Ini bukan pujian ok... aku tak suke kalau dia kritik apa yang aku tulis... tapi apa pun sorg perlu tegurkan? Yang paling dekat dengan kita siapa? buruk2 menyampah pun aku pada dia, aku kena la terima... takkan nak di cop isteri derkaha plak? Dah la perangai buruk... benda2 gini pun takkan nak tunjuk pandai? Last2 siapa jugak yang rugi?

Saya sayangkan rumahtangga saya...

Saya suke menulis...

Tapi kalau menulis tu boleh meruntuhkan rumahtangga yang saya bina??? rasanya... erkkkk tak sanggup la... may be saya akan terus menulis, tapi dlm microsoft word... sendiri tulis sendiri baca... hehehehe

Aku tak percaya!! Cintaaaaa (wakaka)

Tak ada makna ku tak percaya cinta... tu gimik je...

Ok semalam ku balik di kejutkan oleh en suami kat belakang pintu.... alah bukan kejutan hadiah ke apa... dia sergah aku time masuk umah... nasib baik aku tak mati... kus semangat!

Duduk2 berbual bual sambil gurau senda... Zamani tanya pasal booking hotel semua... so cerita2... aku terdiam kejap...

"Eshhhh macam tak percaya je..."

"Tak percaya apa?"

"KIta da kawin nak setahun... means dah dekat setahun kita stay umah ni sama2..."

Laki ku tersenyum ...

"Hang bosan dak idup dengan aku??? Menyampah ke?" Tetiba cari pasalkan... soalan cepu cemas

"Apa you ni???" Terus je dia cubit pipi akak lembut...

Eshhhh tak percaya masa berlalu dengan pantas...

Semalam waktu makan malam... abang Jamani bersuara

"Anniversarry part one ni you plan la ye.... buat apa nak buat... part 2 i plan... ok??"

Ku blur... ada plak part 1 and 2...

"Tak faham la..."

"Yer la this is part one.. 10 may... part 2 is 1st aug... tu i plan..."

Ha???? 2 kali anniversary??? ini yang akak suke ni... yahoooo!!!!

Dah nak setahun rupanya ku berkongsi segalanya dengan lelaki ini... sesungguhnya aku adalah jenis org yang tak suke berkongsi barang... tempat tido... bilik... apa sekali pun... aku mmg kedekut... aku tak biasa tido berteman... tak lena kalau ada org di sebelah... lagi la kalau org tu berdengkur, sbb aku mudah terjaga... tapi lepas kawin, tak ada abang Jamani ku jadi rindu... ku tercari2... yang tak best tido ku tak lena bila dia nan ado di sebelah...kalau dulu ku terjaga bila bunyi bising... dengkuran yang kuat buat ku berjaga sepanjang malam.... tapi lepas kawin tak ada bunyi dengkuran abang Jamani tu la, aku mudah terjaga... pelik bukan?

Percaya tak??? hebatkan cinta??? ia boleh merubah segalanya...

Cepat la Khamis.... nak melawat kampung koboi kat A famosa.... uhuhuhu....

Monday, April 26, 2010

Tukar plan holiday

All day call hotels nak buat reservation on 30 Apr... biasa lah pengarah urusan telah bagi arahan...

  • make sure tempat yang nak pergi tu sekali jalan ke arah melaka... so pilihan genting, PD, atau johor?? boring sbb nanti 1st may si fida dah ajak lepak a famosa... nak bawak dak Rayyan jalan2 tengok safari malam tu nanti...
  • Make sure hotel yang 3 bintang ke atas.. otel lama tak mo... cheh!

Buat resevation sendiri tak mokan? Bini jugak la buat...tak buat tak yah gi holiday... gediks akak nak gi jugak... last bercuti berdua bila??? last year la lepas nikah 11 may itu pun honeymoon kat PD... dekat pun dekat... lagipun org seponser...

Reservation Genting resort on 30 apr ---- Fully book mdm

Reservation Seri Malaysia Hotel genting on 30 Apr -----------fully book mdm

Reservation theme park genting on 30 Apr ---------------------------------fully book mdm

Yang ada???

Awana itu pun yang suite... wahhh boleh ke abang Jamani??? Cost??? RM 350 pernite...

Aku mcm RM 350 pernite??? Than pa? tido je? ekekek bole ke lepak dlm bilik je? Sayang oooo gi genting tak kuar baik tak payah... duduk umah je 30 apr tukan??? So report to pengarah urusan, dia kata...

I already told you 3 week lepas i ambik cuti 30 Apr... ur responsible la to booked hotelkan? Salah siapa lambat2kan? bla bl bla at last sebut??? Lets go PD la...

akak pun call la satu2 hotel...

FULLY BOOKEd! Weiiii semua nak bercuti??? Apa satu Malaysia cuti ka? Adalah kosong tapi appartment... akak berdua je... duk umah besau2 apa ke hei???Gigih google tempat.. melaka???

Woiii bosan ar... melaka je... satu hal jugak... kang nenek ku kecik ati plak... Zamani pun tak berani nak gi melaka sbb tak mo isu pergaduhan kecik ati berlaku nanti... nanti nama dia buruk... wakakak... poyossss

Than last2... aku try call A famosa resort... bla bla bla...

RM 188 pernite... include bfast.... king bed... just me and husband... wahhhh... esok2 check out check in kat bunglow A famosa...wakakak...kerja gilakan?

Me :- Ok dah booked hotel

Zamani :- Kat mana?

Me :- A famosa hotel...

Zamani :- Ha?? habis tu check out than check in villa plak???

Gelak! laki aku tu suke sangat gelakkan?? Dia tak mo booked ke apa... aku tahu 30 Apr ni dia tak buat aku hapy... awas kamu!buat la apa pun, tarian singa ka... tarian naga ka... ulek mayang ka... yang aku tahu 30 apr aku nak rehat!!!! sila urut badan dan kaki ku yang tegang dek stress... nak gi holiday pun stress...

Frust! sbb still tak dapat nak jalan jauh2... masing2 cuti nan ado... memula ingat nak gi perhentian... nasib tak booked flight!

Than nak gi Langkawi... sama jugak...

Pangor yang dekat pun tak dapat gi...

ikut hati nak gamble je macam che ta dengan suami dia... tapi satu je... pasal aku dengan Zamani ni... erkkkk cuti yang tetiba tak plan ni aku susah sikit sbb???

  • Abang Jamani depand on me... packing, booking, planning... dia ulur duit je... masalah2 dia tak nak tahu... bagi dia ada masalah, tak yah pergi... kita ni plak dok pikir la... i dont know why la isteri ada perasaan ni? ke aku jer??? kita akan pikir banyak benda...macam hotel contoh, dia bagi range mcm cuti ni RM 250 pernite... to me that tooooo expensive... cari jugak buget otel yang bawah RM 200... lebih bole paw! hahahah...last2 sendiri pening kepala.

  • Dia relex... aku yang pening kepala... baju apa nak bawak... seluar apa nak bawak... pastikan semua ada tak tertinggal, seluar kecik beso... berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muke... mmg la kalau barang2 tu tertinggal singgah mana2 beli... tapi tah... tak syok... kena plak cari mana2... erm abang Jamani nampak je dia ok tak kisah... cube dia minta akak... body spray B ayang bawak tak? Ku jawab tak... mulut kata ok... muke muram... kang mula la cakap tak selesa la apa... akak tak leh dengar rungutan2 ni...

  • Than aku kalau nak gi tido mana2... adoi barang2 yang aku HARUS bawa
  1. pencuci muke...
  2. minyak wangi
  3. ubat ketiak! Cintai la bahasa kita

Nan ado benda berikut akak mmgggggg boleh tak ada mud sampai habis cuti! and pencuci muke aku bukan jenis boleh dpt kat kedai.. ha tu satu payah tu... ada 6 botol kena pakai tiap hari... satu hal nak pacing semua adakan?

Ermmm entah la... maybe Abang Jamani akak manjakan dia sangat kot... kadang2 tengok cute... kadang2 time aku rasa penat aku rasa nak tarik je telinga dia... kalau mud aku rajin aku susun everything for him... so tak jumpa barang dia buat muke habis comel dia...

Ayang ayang mana b punya charger??? bawak tak?

Baju B yang kaler hijau mude (hahah contoh) bawak tak?

Pencuci muke B ayang bawak tak?

aku pastikan semua bawak... dia hanya pastikan dia bawak aku... hahahah... ok... tak ada mud nak kerja... bila la Khamis yer kawan2??

Bengang

Pagi ni bengang sikit sbb isninkan??? kena gi kerja... bosan...

Than semalam plan dengan abang Jamani... 30 Apr ni nak cuti sesama and we all plan nak stay one nite kat Genting...uhuhu... memula nak ambik 3 hari 2 malam... but Fidah agak join dia 1 may kat A famosa resort... so terpaksa menundakan 3 hari 2 malam tu... sehari je... sabtu kena gi melaka... kami tak tolak percutian org nak seponser ni...datang bawak badan jer...lagi satu main-main kat Genting 3 hari 2 malam pun bosan jugak yer dak???

Actually nak gi bercuti on 10 may... maklumlah ulang tahun perkahwinan yang pertama... since 7 May onward time akak bendera merah... payah nak gi jenjalan bila bendera merah ni... dah la sakit2kan? uhhhh tak syok... so kita awalkan percutian kita yer kawan2...

Semua tu plan semalam je... so hari ni macam terpikir sempat ke kalau nak booking bagai otelnya... dan tetiba sedang aku beratur menunggu dua biji kereta depan aku nak belok ke kanan, tetiba aku nampak sebuah kereta wira (dari side mirror kiri) macam nak himpit aku... sempat lagi aku tutup mata... mmg rapat la...

gedegang!!!! Dia langar side mirro aku... aku dah bengang... tapi alhamdulilla tak langar body... cume side mirror aku macam ke belakang sikit... boleh adjust kot...

Tapi mamat ni aku tengok dia berhenti... aku pun bagi signal berhenti... betulkan side mirror aku... oklah tak patah... tak pecah... kalau tak! harus ko... mud akak dah la tak ada ni...

Dia :- Eshhhh moto tadi la... saya nak elak takut kena dia!

Tetiba...kan... aku tak kuar kereta...takut...cakap dlm kereta je

Aku :- Tak pa la... tak ada apa pun kot...

Confident je aku... betul ke ok? tetiba tak sedap ati... since handbeg kat seat sebelah aku tarik ke seat aku... dah la bukak cerminkan... kang sempat dia capai beg aku plak... than aku kuar... tengok tak ada apa pun kena...

Dia :- Moto bangang tu la... bawak macam apa... nak elak dia...adoiiii...

Aku :- Tak pa... tak ada apa-apa pun...

Dalam ati aku menyirap jugak... ko dah tahu ada moto, jalan tu kecik kenapa la nak menyempit?!!! Bas lalu sebelah aku muat2 je... nak juga jalan beriringan dengan moto tukan?!!! Stupid....

muke mamat tu macam bengang...

Dia :- Tapi side mirror saya la... bengkok!

Eh ada aku kisah??? habis nak aku bayar ke? aku jengguk jugak kat kereta dia...

Aku :- Alah side mirror tertutup je bang... bukak je balik... tak ada apa tu...

Dia :- Eh kereta wira lain... adoiiii

Mengeluh lagi... aku dah hilang sabar dah... apa masalah ko ni!

Aku :- kereta saya ni pun wira bang... abang betulkan je tolak balik ok la tu...

Mengeluh lagi... aku terus masuk kereta malas nak layan... ko yang salah... nak mengeluh lebih2 kenapa?!!!!

Without say sorri!!! dok salahkan moto... dia dah tentu jalan situ... takkan nak stop plak! ko tak leh nak bagi laluan kat dia???? WTF la ko!

Sunday, April 25, 2010

Selamat Melangkah ke alam 30....Neenaaa

Sticky Note For today....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Happy birthday to my Special blogger friend... NEENA ANWAR ZAIN... wekkkk...heheh en teman naik pangkat... kih kih kih...

Sori ku tak dapat nak menghadirkan diri pada majlis teh tarik mu... bz sikit... but ku tak lupa birthday mu... always remember kawe ku yang happy go lucky ni...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

  • Semoga panjang umur dah murah rezeki selalu hendaknya...
  • Semoga cun selalu....
  • Semoga berbahagia selalu bersama en teman...
  • Semoga Ceria selalu

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Heheh walaupun ni Birthday En teman... tak pa la ye neena eh...

Actually gambar di atas, bagi aku sendiri ada sentimen value...chewah! ku cilok sbb gambar ini la yang menarik perhatian ku nak ikuti blog dia time dia bercuti kat cameron kot, last year... ku rasa dia pompuan chantikkkkk sangat and friendship dia dengan Deqna membuatkan aku tertarik nak kenal dia dengan lebih dokat lagi... plus dia dengan hubby dia caring giloz... aku suke baca cerita pasangan2 caring ni... hehehe...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar pertama kami... time bertemu dulu... sila abaikan muke ku yang tak ada seri langsung...

So neena... selamat memasuki 30an... KO DAH 30 Beb!!!!!!!!! hehehe aku belum lagi... long way to go... gelak syaitoooonnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails