Monday, August 22, 2011
Terlaksana juga
Semalam tetiba je dia bersuara...
Zamani :- Ayang, i dah bersihkan kubur anak tau...
Me mcm terkejutlakan? Dia dengan aku kan ke mana pun sama. Buat apa pun semua kongsi. Tak tahu plak dia pergi.
Aku :- Bila?
Zamani :- 2 week ago kot. Yang I buke umah mak sengsorang tu? Singgah jap. I dah beli dah batu kecik2 letak kat kubur Aryssa
Allllaaaaa... miss that place gila2... lagi2 bulan puasa nikan? Last bulan puasa, aku ingat lagi aku pergi sana every week. But this ramadhan?? Tak pa... janji ingatan kami suami isteri tak lupa pada dia. Tanggungjawab kamikan?
Mula la teringat kes2 buang bayi ni. Kesian bebudak tukan? Mana kubur mereka? Di bunuh kejam. Tiada talkin di bacakan, tidak di mandikan, tidak di kafankan, tapi di buang macam buang sampah je. Siapa yang buat? Ibu bapa bayi itu sendiri. Sekurang2nya Aryssa kami sempurnakan sebagai hamba Allah yang lain. Allah berikan dia pada kami, kami uruskan permata berharga itu dengan baik. Bukan nak kata kami ni baik sangat. Aku rasa ibu bapa lain pun kalau di tempat aku akan buat benda yang sama rite?
Dan sebagai ibu, kalau boleh aku nak pilih batu tuk di letak kat pusara bidadari kecik tu. Tapi sama je kan? Kali ni abak dia uruskan. Alhamdulilla. If anything happen to me pun, aku percaya Zamani akan menjalankan kewajipan dia sebagai ayah dengan baik.
Erm mungkin ini adalah permulaan memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu. Anak tetap anak. Sama ada dia ada ke tak ada, darah yang mengalir tetap darah kami. Doa kami sentiasa mengiringi dia di sana...Insya Allah.
Batu kecik tu satu pack RM 25, tapi Zamani cakap tuk budak2, diorg charge RM 10 je. Zamani suruh org2 yang kat kubur tu uruskan. Alhamdulilla... terlaksana jugak hasrat.
Mak ayah org lain bz beli baju2 raya tuk anakkan? aku harap amalan ni akan di teruskan, walaupun aryssa ada 10 org adik... waahhhhhh... pengsan ko cida nak 10. Rezekikan? Kalau Allah nak bagi?
Friday, August 19, 2011
Humayraa lagi
Cium anak dapat pahala
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Persediaan raya tahun ni
Aku?? tah... persediaan raya tu mcm tak ada. Sbb umah baru siap. Patutnya lagi ler semangat nak raya, yer dak? Tapi tak la... umah masih lagi bersepah2. Mungkin esok panggil org lagi tuk bersihkan tuk final. Kabinet dah pasang, makin berpintu makin menjadi mak aku sumbat barang. Kalau masuk setiap bilik aku jadi mabuk dengan plastik2 barang2.
So kena buat something la. Makin besar umah, makin banyak barang plak.
Me semakin tak larat. Tu yang sanggup upah org. Sejam RM 10. Oklah tapi dia kerja mmg cepat gila ko!Kecik je badan. Tapi tah... mmg laju la. Dulu nak kemas tu panggil dia, aku upah dia RM 100 tuk 10 jam. Start kerja dr kul 9 sampai kul 7 malam. Settle umah ko! Siap sempat basuh ais box.
So kuih2 semua tak beli. Hahah nak order baru sedar ni dah minggu ke tiga puasa. Sob sob. Melaka pun kami tak balik. Ate umah macammana?
RAya tahun ni mmg tak ke mana. Abang Zamani kena kerja tahun ni. Dia yang volunteer. Sbb lepas raya insya Allah dengan izin Allah kami laki bni cuti panjang. Yahoooo... so tu yang masing2 mengalah dengan tempat kerja masing2. Tak pa kerja...
Bagi ku raya kat mana2 pun sama. Janji dengan suami. Zamani concern sikit seram nak tinggalkan bini dia kat umah. Suke nak post2 aku tau. Dia cakap lepas balik kerja dia akan terus je ke destinasi. Tak nak la! Tak syok. Ala tinggal umah bukan melalak nangis hentak kepala kat dinding punkan? Paling tak aku tido kat umah.
Next week gaji... baru la cari kuih raya kat mana-mana. Last year beli kat Subang Prade. Sedap kuih2nya... So beli la few jeniskan? Jadilah....
Baju raya pun tak ada. Memula kami macam malas la nak beli. Pakai je yang ada. Mana leh?? Aku boleh la. Lagi pun nan ado saiz. Zamani kena kerja pagi raya. So macam tak elok plak. Apa kata kawan2 dia plak. Tak happy nak sambut raya. Kan sunat berbaju baru? Ok minggu depan cari la mana2 kedai. At least beli baju melayu pun jadi la.
Banyak nak pakai duit sebenarnya. Beli benda yang LEBIH PENTING. So raya tahun ni macam so so je la. Yang penting bagi aku tahun ni aku dapat beraya dengan suami. Tak jauh dengan dia. Ibu ayah pun duduk Klang je tahun ni... pertama kali dalam sejarah hidup mak ayah aku kot! Tahun ni raya Selangor. Hahah duit habis buat umah so sembunyi!
Pang!!! sukati aku je. Diorg nak rasa raya umah baru. Tak ada org yang datang. Itu sudah pasti sbb kami tak ada sedara kat selangor ni. Ada tu ada la. Tapi diorg pun ada kampungkan? So pastinya tahun ni tengok Tv je la.
My family in law pun balik kampung may be raya ke dua atau ke tiga. So first raya bole la lepak umah MIL. Mungkin petang or malam raya pertama my parents balik Melaka jugak kot. Mungkin je la. As for me, ku ikut je Zamani. Dia nak raya umah family dia, ku ikut. Nak balik melaka pun ku ikut. Tak nak presure dia. Im ok. With my condition rite now mana2 pun boleh janji dengan dia.
Aku kesian tengok dia nak pikir pasal raya ni. Takut aku serba salah bagai. Dah banyak kali jugak aku cakap i dont mind. Tak raya mana2 pun tak ada. You nak duduk umah tido pun tak pa. Sbb aku bukan jenis isteri yang nak paksa suami kena raya sini sana. Cume sentap kalau tak dapat duit raya je. Hahahah
Tema tahun ni apa ye? Nak jugak la beli baju raya. Jubah ke apa. Abang Zamani reserve merah tahun depan, so merah tak leh ambik tahun ni...
Hijau nak b???
Sure Mama liya suke!!! Antik mak long dengan pak long.
Oh duit raya... agihan kena pecah ni. Anak buah makin ramai. Tu tak pikir pun lagi. Rayyan raya perak. So boring. Aisyah, Aliya dan Qayyum pun raya kedah tahun ni. Yang ada hanya Humayraa je la... hahaha yang tak ada tak leh collect duit raya ye... lepas raya baru collect. Tapi ada term and condition. Hanya valid beberapa hari... hahaha
Ok aku kebosanan sebenarnya... bye!
Thursday, August 18, 2011
Tiada alasan untuk tidak solat
Salah kiblat pun tak pa...
Tak pakai telkung pun tak pa...
Beralasankan kulit buku pun tak pa...
Janji solatkan?
Selagi boleh Aliya cube muatkan dirinya supaya masuk dalam saf solat tu...hahahah
Dengar2 dia cakap "ALLAHUAKBAR!"
Kalau aku tengok pun sejuk ati... apa tah lagi kalau mak abak dia. Sejuk perut si ibu mengandung tengok anak yang di kandung tahu dan kenali apa itu solat. Kenapa kita solat all that. Kan?
Tak perlu la nak tunggu dia masuk sekolah. Bagi aku pendidikan awal ni bermula dari rumah. Kalau mak apak tak solat, macammana nak didik anak menjadi seorg muslimah/muslim yer dak?
Bebudak ni suke perhatikan apa jua mak ayah diaorg buat. So secara automatik diorg belajar secara tak langsung WALAUPUN mereka tak tahu macammana nak solat, bagi je sejadah tahu ler nak buat apa. Takkan nak buat alasan kaki plak? Silap2 alas kaki jadi sejadah.
Itu minda kanak2 sekarang. Org kata makin advance!
Ok Aliya mmg layak jadi MAMA LIA... ahahahah... ( sibuk dia panggil diri dia MAMA... )
Nur Humairah 'Adlina Bt Ana Nur'Afifi
Aryssa Dania Zulaikha Bt Ana NorZamani. Panjang? Panjang tak? Heheh tak pa ada makna semua tu. Bukan nak letak suka2kan? Salahkan bapak sbb nama diorg yang panjang2... wakakaka... bertambah la panjang nama si anak.
Ok tarikh 13 Aug 2011 tambahlah ahli keluarga Hj Anwar. Jeng jeng jeng... my biras yang bersalin, aku yang kecut perut. Aku plak yang countdown. Mmg Humairah over cooked dalam mummy tummy. Itu yang pipi naik sampai menutup hidung... heheh... geram... rasa nak cubit2 je. Nanti mak long org pertama geget eh???
On the way to office sabtu lepas, Zamani sms bagitahu my biras selamat melahirkan bayi perempuan. Aku lak nak nangis... tah perasaan tu tetiba ada. Rasa nak ambik EL je... hahaha... tetiba jekan? Alasan sebenarnya tak mo gi kerja... lalalala...
So kul 3 macam tu gerak ke sungai buluh. Cari Hosp Sungai Buluh dan hati berdebar2. Hopefully baby ok. Bila nampak baby... alaaaa luruh hati mak long...comeinya...
Pak long mak long nak jugak!!! sob sob...
Tadaaaaa..... geram tak? Sleeping beauty. Org tegur dia bukak mata sikit2 je. Yang penting Humairah sihat, dan sempurna. 'Terlebih masak' pun tak pa la... geram pipi dia tukan?
Ni hari yang ke -4... still sleeping. Bagusnya. Ibu dia kejut2 pun dia tak larat nak buke mata. Penat sungguhkan?
Wednesday, August 17, 2011
Tuesday, August 16, 2011
makin menjadi-jadi
Ari ni appointment kat HPJ. Ayah tak dpt hantar sbb dia nak g KL ada urusan. Incik rusli sgt concern dr dulukan? Dalam byk2 anak, yg payah dia nak lepaskan aku je. Adik2 aku jenis ati kering. So dia tak bimbang. Aku dia kata lembek! Cheh! Ini kak long der! Bikin malu je TAN??? Apa nak buat dady's gurl. Always be,kan? So bersyukur juga hubby yg perihatin. Nak drive sdri ke HPJ tapi zamani menentang keras. Blm kawin kena kawal dgn ayah dan kawin suami plak... Tak baik ingar. Hal2 mcm ni biaq diorg pk mcm ner ye. Akak dah suggest tak mo dgr pk. Janji appoiment tu kena gak gi...
Panjangnya cerita??? Ok time nak ambik ubat.
Farmasi : Puan ni ubat 'cair' darah. Puan pernah makan?
Me : aah pernah.
Farmasi : potong suku yer. Ambik tiap hari sampai doktor saran berhenti.
Abang zamani kalau bab g doktor, ambik ubat, dia suke celah sama. Bagus jugak. Kang kat umag dia take over jadi doktor plak.
Lepas semua selesai...
Zamani : ubat apa tu yang? Tu asprinkan? Ubat CEKIK DARAH?
Aku gelak kat situ juga. Makin menjadi sound trouble laki aku.
Zamani : gelak plak! Ubat cekik darah tu apa?
Me : B! Ubat cair darah... Ubat cekik darah i tak perlu sbb u ada... Dah cukup buat i cekik darah... Wakakak
zamani : gelakkan suami ko eh?! Balik makan ubat cekik darah ko tu. Haha tu i blur jap tu. Tengok mcm ubat asprin tp tukar lak fungsi.
Adoi aku gelak sepanjang jalan. Tapi muke abg zamani korg muke slumber je. Apa pun itu la suami saya....
Monday, August 15, 2011
Ramadan Buffet
Hagak meriah jugak la. Budak2 baru ni semua nampak lembut, sopan je dalam opis. Dah jumpa macam ni, masya Allah... sorang2 buat lawak, bual pun tak formal termasuk bos aku. Wah wah my bos siap boleh gurau2 ok dengan kitaorg. Yang operation side pun bole tahan jugak menyampuk. Nice la... great dinner. Boleh buat lagi.
Satu kepala RM 80... food ok tapi geramnya diorg tak top up makan yang dah habis. Bengang betul! Boleh je nak ajak abang Zamani feeling2 makan sini. Tapi dia tu kan tengah berdiet... ha! sok raya korang leh tengok abang Zamani pakai kebaya... wakaka
PITAM!!!
Boleh la nampak dagu runcing dia tuh... tetiba akak jeles tau dia kurus. Korang tengok gambar baru akak ni jangan pengsan plak... mengambil 3 hari tuk berpijak di bumi nyata yang aku sihat membesar bagaikan juara!
Kitaorg sampai awal. Sementara nak tunggu azan semua beratur ambik makanan. Oklah tak panas ati sbb diorg semua tak macam org lain. Bagi kita muslim ambik makanan. And plus diorg ambikkan tuk kita sama... sweetkan bebudak opis saya?
I memalu nak jadi bloger tegar...hahah tetiba! So sipi-sipi
Ke akak je veteran ni???
Ok the new babies NLSB sangat2 sporting dengan nak ambik gambar... sampai setengah jam tu ambik gambar je... layannkan je!
Sibuk nak bergambar dengan akak garang kat opis nikan? Yer pengsan semua dengan kenaikan ku yang mendadak...wakakak tapi ada aku kisah??
Korang leh tengok la betapa meriah or kecohnya bebudak ni. Gelak2 sakan. Akak yang tua pun perasan la mude... diorg 10 years younger than me la! Of coz la tak leh nak masukkan? Tak sedar diri namanya. Hahaha
Another gambar kandit. Hahah benci aku yang bulat tu kan???
Saturday, August 13, 2011
Aku di dera....
Tangan aku jadi sakit dan bengkak. Gara2 abang budus yang tah bertauliah atau tak aku pun tak tahu.Kesan dari cucukan itu, tangan kiri dan kanan jadi lebam... dan tempat yang ambik darah tu jadi birat... OMG so scary tau!
Lebam hijau tu aku tak kisah sangat la... walaupun sakit. Tetiba jadi unggu. Zoommmmm sikit tengok tangan aku ni
Ko doktor tapi tak ada otak???
Tak pa la... aku sorg check up kat sepital kerajaan cukup la yer. Sok ada anak, tak pa la berhabis duit, janji anak aku tak jadi mangsa kelalaian pihak yang tak bertanggungjawab.Walaupun aku akui pemeriksaan kerajaan ni terperinci sikit. Sbb dia pantau semua, tapi tah... tang tu je la aku tabik spring...
Dan satu aku tengok, kalau kat kerajaan ni, aku lebig prefer nurse handle dr doktor... mcm sengal je... betul! bukan nak kutuk. Ko tahu macam main doktor2 time kecik2 dulu. Tanya alar kadar je. Mungkin before that nurse dah periksa ke apa. Mcm aku check wall fibroid kat rahim akukan? Nurse yang gelabah check sana sini, tekan sana sini. Siap bagi refer kat doktor. Than jumpa doktor??? Pegang kita pun idok. Just said ohhhh tak bahaya...
Nak tunggu bahaya kot baru gelabah??? Bukan nak kondem tapi betul. Apa pun nasib baik tangan ku beransur pulih... kalau aku tuntut RM 500k boleh dak?? hahahah veranggan!!!












