Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 17, 2013

Hari Bapa

Assalamualaikum...

Semalam hari bapa... aku tak wish pun ayah aku... sbb dia tak ada FB dan kalau ko wish pun dia tak ambik port.

Anyway tak ada la sambut sangat. Tapi semalam meriahnya wish fathers day... and looking at AmaniIman, aku yakin dia mesti nak wish abak dia more dari dia nak wish omak diakan? #sentapatimak

Tapi nak marah abendanya...dah itu bapak dia...kang baik dengan org lain cammana??? siapa nak jawab? Maka semalam kami anak beranak pun bole tahan bangun lambat. Aku bangun kul 11, bila bangun tu, terpk nak buat apa yer? Sekali mak cik kecik ni bangun... terus aku siap dan bawak dia turun mandi dan siap.

Anak abak ni manjakan? mulut dia!!! Abak abak! Sbb dia nampak abak dia kat katil tido! Tu yang dia tak tentu arah dan tak percaya mak dia nak bawak dia berjalan tanpa abak. So lepas siap, masuk dalam kereta, duduk kat car seat belakang. She so behave tau... dia dengan akukan dia seram sikit. Hahah dengan abak dia je dia mengada. Nak kedepan nak ke belakang. Dengan aku satu bunyi ke, harus la kenakan. So dia hanya tanya abak, sekali je. Aku cakap kita nak beli barang tuk abak. Dia senyap... bagus... senang kerja mak ko.

Anak Abak... macam akan pergi jauh je dari abak sampai mencium tag kerja abak! ko ikut abak ko gi mana2 ada ko cium gamba ibu nak????
 Ok gambar di atas gambar lama.Ingat tak last year aku ke Empire hanya berdua dengan dia? Heheh still have this dalam phone

Tapi pakai harness la... mencabar sbb dia dah pandai minta barang. So benda yang dia suke je dia ambik ambik. Aku lagi nak cepat, bole dia baring tengah jalan sbb nakkan belon! haiz. Tak ada apa pun menarik fathers ni... balik2 mug mug mug... dah beli kang, aku jugak yang pakai. So ke Famos Amos la kita beli cookies. Zamani suke cookies Famos Amos tu...

Aku suruh amani iman pilih. Ingat bagi coklat je la... tapi budak gedik ni ambik yang ada bear. Aku letak balik dia melalak... eshhhh pelik la ko ni. Hahah maknya pun, tadi suruh anak pilih. Than marah pulak yer... kah kah kah... gasak ko la.

pilihan amani tuk abak.


 Anak aku ni mmg minah bear. Dia suke bear tu kot.... nasib baik bear2 besar kedai tu letak atas. Letak bawah??? gaduh la korang anak beranak kat situ... kih kih kih

Key chin bear ni bole la abak sankut kunci kereta macam pak teh awie... ada beran abak??? ha ha ha!


From me... with love...

Mak dia pun tak nak kalah... hahaha... sibuk nak bagi hadiah tuk abak... motip???

He been nice man into our life... Me, and the girls. I still cant forget his tear when Aryssa is taken away from us. He being with me all the time. Every minute. Dan aku tahu dia lebih 'sakit' compare me sbb dia yang memeluk dan mencium Aryssa... melepaskan 'dia' di tempat yang sepatutnya....sob sob...


Amani Iman Zulaikha.... i know she love her father and grateful to have a father yang sentiasa memerhatikan dan berkorban apa sahaja tuk dia. Yah macam bapak org lain tak buat eh?? maksud aku, Zamani bole bangun buat susu amani, sebelum tido, tukar lampin amani, mandikan amani, kerja2 yang mak mak buat ni. Siapkan amani, penuhi kehendak si kecik tu. So she more close to her father compare mak dia. ho ho...

Bila jauh... ubatnya video call - gambar hiasan -


 Suke gambar ni... abaikan rambut amani yang tak terurus tu... puas dah sikat, macam tu jugak jadinya... redha dah pasra la amani iman. Sok dah besar kita gi saloon sama2 ok... kita buat rebonding sama2... Pandai pulak bila aku cakap bagi kat abak, lembut je bagi abak, tapi tangan tak lepas. Hahaha bear tu saya punya abak!!!! bagi tak iklas namanya. Jeng jeng jeng....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, June 16, 2013

Amani Iman

Salam

Sejak dah makin besar ni, dia mmg panjang akal... ada je dia buat tuk buat aku senyum kat opis ni. Makin rindu... selalu call rumah tuk tahu dia macammana...

Sekarang di suke sangat menyanyi... kadang2 tak tahu lagu apa pun. Kadang2 nak tido, aku suke suruh dia nanyikan untuk aku. Dia nanyi... tetiba kang

'ten ten ten...' apa tu? ben10 ke? ten ten bak ke... hahah sukati kau nak ibu tekakan?

Jap lagi! tonasi tak ada... tetiba 'Twidle Twidle TA'

Dei tanggachi lagu apa tu??? Tengok gaya dengan tangan kelip kat atas, twinkle twinkle la tu...sometime layu YUNA Terukir di bintang... Oh Tuhan... dalam dia tak tahu cakap terus nak nanyi... tak la lagu tu dia nanyi bulat2... dia siap emmm emmm je la kalau dengar lagu tu.

Ekceli lagu tu Zamani buat video gambar Amani. Org teruja ada anakkan memula2 tu... rajin la buat. I guess korang pun pernah tengok kot... so bila Amani dah pandai tengok TV, Cartoon, kita bagi dia tengok video yang abak dedicate kat dia. Tersengeh2... sampai sekarang kalau dengar lagu tu dia ter emmm emmm ikut rentak lagu tu...

Seyes aku rindu amani iman each time kalau ada kat opis ni...

Pandai berlakon... Ya Allah... kadang2 buat aku tergelak. Mmg terhibur kalau balik kerja...penat pun hilang. And i like bila nak tido. Mmg abak bawak dia naik, letak atas katil. Tutup lampu and just me and her. Dia tak pandai cakap tapi dia faham apa ko cakap.

Amani noti tak? Dia geleng kepala dia....

Amani makan apa ari ni? tunjuk botol susu dia kadang2... kadang2 dia geleng kepala... kadang2 tunjuk tangan  tanda tak ada...

Amani sayang abak ke ibu? dia jawab abak! tu confirm!

Amani sayang ibu ke abak? dia jawab abak lagi... mak dia pasrah...

Dido Dido... dia lelap mata malas nak layan aku... kadang2 bila aku merajuk, dia panjat badan aku, tarik tangan aku, hala ke belakang dia suruh aku garu dia sampai dia tido... sukati ko je nak... mak ko yang bengis ni pun ikut je... janji ko tido...

Bestkan rasa tu... sbb aku selalu rasa dia rapat dengan Zamani... sekarang dah pandai mengadu... mencik! malam semalam... aku tengah update status kat FB pasal dia la... tetiba dia yang tengah mamai tido, bangun. Lampu dah tutup agaknya cahaya phone ganggu dia... aku lari2kan phone dari dia...

Tetiba dia naik angin. 'Abakkkkkkkkkkkkkk' Panggil few time...

Aik macam pernah nampak gaya tu... hahaha... aku bengang kalau dia kacau aku gune iphone atau ipad, aku akan panggil Zamani

'Abak! bagi phone you jap. I baru nak surf internet'

Kang dah pandai cakap dia mesti suruh abak bagi pinjam phone abak... jangan la nakkkk, suruh abak belikan ibu yang baru... wakakaka... adoi la anak... 

Makan pun lawak. Payah nak makan. Tetiba aku cakap Bismilla.... terus bukak mulut makan... hahah pelik tetiba soleha anak ibu, Alhamdulillah... dah setiap kali suap kenala sebut Bismillakan... nampak pelik kat mak dia la... org lain tak tahu... pencinta sup, spegeti macam kak long Aisyah. Ohhh sangat suke sup.... belum makan

Uh Sedapnya.... ha tu ayat yang clear. Tak ada DAP DAP dah... cume dia kalau makan suap, kena dia yang datang kat ko. Bukan ko kejar dia. Tapi nak tunggu dia datang tu mau la 10-20 minit. Kadang2 sup pun kering. Mee jangan cakap la... layan video ni. Mee nenek dah letak cili. Nangis2 nak... ambik la... risau gak kalau sakit perut. Tapi bagi mee je, kuah tak bagi... suke sangat... mama abang yayan jangan jeles ye...

Ok nak balik dah... layak keek amani makan mee sup eh






Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Saturday, June 15, 2013

Suntikan Pneumococcal

Hye... Assalamualaikum kengkawan....

Syukur... rasa lega bila Amani Iman dah dapat suntikan Pneumococcal. Ahad lepas pagi2 lagi aku dah bangun. Buat sarapan sementara Raja dan Puteri kecik sedang beradu.

Pagi tu buat kuehtiaw goreng je untuk Zamani dan family. Tuk amani iman goreng sosej dan jugak kentang. Amani minah kentang!!!! punya banyak dia makan. Sebenarnya sekarang ni dah jarang sangat masak... jarang jugak buat kerja rumah. Sejak kerja Shah Alam, padahal co-pilot je, tapi badan letih. Uh kerja kat tempat baru cabarannya satu je, otak keep generate figure, tarikh dan selesaikan masalah. So lepas 530 tu mmg penat sangat. So nak masak mmg tak ada masa. Asik beli... sumpah kembang tekak tapi apa pilihan yang ada.

Mak aku nak masak tapi sampai dia malas nak masak sbb anak menantu dan cucu tak nak makan. So selalu je membazir. So pagi tu aku tahu, kalau pergi awal pagi, balik mesti kelaparan. Jadi lepas buat sarapan, masak tuk tengahari sekali. At least balik je terus makan.

Sarapan kami pagi Ahad.
 Malas gila nak mesin cili... hahah beli yang segera. Minta halal la... memula mmg tak tahu nak gune yang segera ni, sbb masamkan? Si bodo ni lak kalau masak, cili dah masam pi bubuh lagi air asam... ha! sendiri pikir jadi apa yer. Masak  kuehtiaw goreng mmg aku letak cuke. Ni resepi MIL la... dia letak tatak letak la... kata ikut resepikan?

Kalau dah letak asam, tak yah la letak asam... letak la air... choiiiii! 4 tahun kawin baru dapat equation tu???

Yer saya bukan master chef kengkawan. Cik gu tak ajar. So selalu gigih rendam cili kering and bland... samdol!

Sambal Tumis Udang
Udang kat Tesco murah... sekilo RM 19... baru plak tu! ambik je la... nampak segar la... compare the nite before aku nak beli ya Ampunnnnn macam udang hancur dan berbau... walaupun aku tak tahu nak pilih barang basah, tak la sebodo tu nak ambikkan?  Jadi bila kebetulan ada, terus je beli. Teringin nak makan sambal tumis udang.

Sup untuk Amani iman


Ingat nak goreng sayur tapi kesian pulak dengan anak saya yang tak makan apa-apa tu... kicap mmg dia tak suke... nak suppppppppp je.... apa jenis sup pun tak pa. Yang dia suke makaroni sup. Macam abak dia jugak...

Eh tajuk suntikan Pneumococal... hahah selalu pencong tajukkan aku. Ok aku syukur la bila dah dapat buat suntikan ni. Mana taknya mak yang suke pikir bukan2 macam aku ni mmg tak tenang nak tido. Lepas masak terus je ke UMRA sbb kat situ je murah. Hahaha jahatkan aku. Of coz aku pergi Pead bukan doktor biasa.

Doktor bagi amani iman vaksin PCV13, kalau ko google vasin ni mmg sesuai tuk kanak2 yang berumur 5 tahun ke bawah. Doktor adalah tanya mana aku tahu pasal penyakit ni, aku cakap suggested by friend. Doktor tu tanya lagi siapa yang jaga amani, aku cakap mak bapak aku, dia senyum...

'Kalau duduk rumah, tak pa... tak ambik pun tak pa puan, yang takut kalau duduk nursery je.' Eh eh doktor ni...  anak aku bukan duduk rumah 24 hours. Tak baca risalah ke? Tuk budak yang antibodi sangat lemah pun di sarankan tuk ambik... senang pulak dia cakap tak yah ambik?

So dia terangkan. Bagi baby yang usia 6 bulan ke bawah. 4 dose di perlukan. Means 4 kali injection. Kalau budak dah 6 bulan ke atas, maknaya kena ambik 3 dose. Dan amani sebab dah tua! Baby tua tu, kena ambik 2 dose. So dose ke dua kena ambik dua bulan lepas dose pertama iaitu Ogos nanti.

Senang ati! Sbb aku dengan Zamani plan nak gi bercuti kat PD gedik ikut mak cik dan pak cik aku bercuti kat PD 28 ni... so sbb cuti ni aku dok risau. Yerlah nak gi mandikan... cuaca sekarang pun panas!!!! bila terik panas, budak senang dapat penyakit. Tak pa biar kita pikir yang buruk dulu. Jangan suke2 last2 macam2 timbul masalah. So tu nanti la... kalau cuaca elok, mengizinkan boleh la lepaskan anak mandi... kalau tak, kita duduk dalam bilik otel je... ho ho ho. Lagi pun Amani tak penah pun bawak bercuti. Abak dia cakap kalau anak dah jalan nak bawak sana sini, anak dah jalan senyapppp je...

Omak dia jugak kena buat plan semua. haiz....

Than raya nak balik utara... kita org tua ok la... budak2? Dia penat pun kita tak tahu. Syok la bawak kendong anak, dia sakit ke apa. Bukan la minta tapi buat tindakkan pencegahan awal. Kalau dah kena mmg tak bole buat apa la,kan. Tapi sekurang2nya kita tak la sesal kalau apa jadi. Macam aku, aku tahu amani iman macammana. Tahap kesihatan dia macam mak dia jugak. Cepat letih, cepat la sakit. Hahah manjakan?

Erm... bila dah inject tu betul2 lega... ok layan keek amani la... aku tak ambik gambar pun. Korang tahu je la, amani kalau jumpa doktor dah macam kena pukul. Meraung kuat2. Doktor pegang pun tak. Tapi dia memula nak jumpa doktor bukan main happy jalan sana sini. Dah nama kena panggil, terus je buat drama! Samapi nak dengar penerangan doktor pun payah.





Berjalan sana sini, sampai minta org sebelah tu biskut... adoi anak siapa ni? abak dia bole biarkan. Tarik ler tangan anak tu. Biasa sampai tua esok kecek barang org.




Bukan main lagi baca magazine... aku takut dia koyakkan majalah tu. Tapi so far amani tak tahu nak koyakkan buku. Terkoyak sbb selak kuat tu adalah. Tapi tu pun dia takut lepas tu... hahah mak diakan garang.... uhuhu....

Oh korang nak tahu harge tak?

Injection RM 180 dan consultation RM 35 so terbang RM 215 hari tu... tapi tak pa, anak punya pasal. Niat ati nak beli handbeg bulan ni cancel!!!!! ho ho... pakai beg plastik je la... beg gak kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, June 14, 2013

Pink Pad

Salam

Pink pad apps! Erm ada ke readers lelaki kat sini? Kalau ada pun just take this as ilmiah yer. Aku tak ada masalah dengan datang bulan. Mmg period cycle aku 28 hari. Tepat! tak pernah lewat. Eh lewat pun sehari dua je. Awal pun sehari dua juga. So kalau lewat 4 hari ke atas means saya mengandung... wakakak tetiba kau!

Saya mmg tak percaya ubat untuk merancang keluarga. Tak ambik pun badan dah bulat. Kalau ambik??? So perancangan keluarga yang aku buat adalah sdn bhd. Tak leh nak percayakan abang zamani jugak. Hahaha... kena ingat punca kita mengandung lelaki. Ho ho...

So bila membaca pun, banyak tertulis, elakkan time subur.

Bila tu???? Gigih ko nak tengok kelender. Gigih nak tanda bagaikan. Gigih ko nak ingatkan laki kau... Still aku rasa bodo sikit part ni. Bila waktu subur yang perlu di elakkan (bagi perancangan keluarga) dan bila waktu subur untuk 'kebaikan' bagi yang maukan anak.

So aku dah gune application ni sejak beli Ipad. So kira dah 8-9 bulan jugak la aku gune. Bagi yang ada masalah period pun boleh download application ni. So korg bole monitor. Sbb aku tahu ada yang bermasalah nak kira period korang. Sbb ada yang datang sebulan dua kali. Kalau ikut pengiraan mmg its normal. As long kalau 28-32 hari DARI TARIKH FIRST PERIOD. Selalu org kira dari tarikh dah bersih. macammana nak kira dari tarikh dah bersih? Punyalah aku dah expert benda ni, sampai ada sedara, kawan minta aku kira... hahah korg ingat aku ahli nujum eh...

Ok next peyed ko sekian hari bulan...

Oh lewat berapa hari? Mengandung kot... gi check...

Sekarang ni smart phone dah majoriti pakaikan? Dload je. Takkan aku nak buat aku punyakan...kantoi... so aku google je... 



Bila korang add application ni, korang akan nampak kat profile. Nak letak gambar, letak la... so akan tulis estimate next period. Ini system yang estimate. Korg kena isi information la. 28 hari normal. Bagi yang tak tahu letak je 28 hari. Bila period tandakan. Than system akan re-calculating. hahah da macam GPS bunyinya

Ok nampak Flow tu? Dah simbol darah so sendiri faham ye... tick la kata la estimated period tu lagi 4 hari tapi ko datang bulan hari ni, clik la pada FLOW satu titik darah tu makna tak la banyak, mungkin tanda ke apa. Sendiri la tanda yer... havy flow letak yang tiga titik darah...korang jangan pulak kira berapa titik darah korang... harus ko cekik korang kang....

Intimate... ehem2... kalau nak letak la bersama dengan suami. Mood time tu... penting tau benda2 ni... bukan sebagai bahan lawak sbb application ni akan menjaga jugak kesihatan anda. So tulis, mungkin moody ke apa. Aku tak kose... sbb aku sentiasa moody. Hahaha


Nampak tak? 




 Ni yang best! Nampak first havy flow than beransur sikit demi sikit betul tak? Dia letak icon emotion dia lagi. Mean moodylahkan kalau datang bulan. Hari ke 7 dan 8 mean period makin mengering...nampak tak bunga???? Day 10-15 adalah masa tuk persenyawaan. Jeng jeng jeng... this part is important. Yang nak merancang elak la tuk tempoh tu. Bagi yang nakkan anak, ini adalah tempoh kerja keras. Hehehe so lepas 15 kelopak bunga gugur. So tempoh dah tamat... haaa gitu...and system akan estimate second period day yang bertanda kat tarikh 29 dan 30 tu....

Tuk ibu yang mengandung pun bole gune application ni. Mean kalau anda mengandung just clik on 'I'm Pregnant' dan mode akan bertukar pada pengiraan dan tumbesaran baby.

So dont worry. Dari ko nak bukak web, register bagai. Semua di hujung jari. Para suami pun bole monitor sama. Pastikan tarikh tu, tarikh datang bulan anda... bukan org lain yer... harus kerat 15!



Ada remainder sama... boleh tengok. Kalau mengandung, system akan ingatkan bila nak makan ubat, minum susu... buat senaman. Elok la... tapi tuk mode mengandung eden tak torai lagi. Mungkin mommies di luar nun bole try.

Ini bukan jual application ke apa. Sharing sama. Mana tahu membantu. At least kita tak la stress... eh bila period aku ni... eh aku mengandung ke... eh eh eh tu tak la... kira tengok benda ni confident la sikit kita nak buat keputusan dan buat andaian....

Ok tu je nak kongsi...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 12, 2013

Setahun Sembilan Bulan

Assalamualaikum...

Hari ni dah boleh bernafas sikit sbb dah habis peek peak hours. Cume tinggal nak transfer duit gaji kat pekerja2 sajok...

Hari ni 12 June... Amani Iman Zulaikha berusia Setahun Sembilan bulan. Syukur YA Allah... Anak yang sentiasa membuat aku dan Zamani tersenyum, ketawa dan selalu rindu. Manja sangat2 dengan abak... she is daddy's gurl... and if kakak masih ada, tentu saja mak dia sentap sbb anak dara sibuk dengan abak.

Buah hati semua org... Alhamdulilla... kesayangan atuk dan nenek... mana taknya diorg yang jagakan... dah tu cucu yang dua lagi jauh nunnnn.... tapi sesekali balik, atuk tak menang tangan nak layan semua cucu. hahaha terus gi masjid awal.

Nenek kalau cucu berdua ni bersatu, mmg nenek kena buli cukup2... kalau nenek lain lama dah kena kejar dengan penyapu... tapi nenek tipah sangat manjakan diorg. Sampai aku rasa naik lemak pulak bebudak ni... tapi itu la yang mereka sayang...

Bila tengok gambar2 amani time baby dulu... alaaaa rindunya nak ada anak lagi... and jalan penuh liku dan dugaan demi dugaan nak lalui... tuk menjalaninya sekali lagi terasa amat sukar. Tapi aku percaya kalau dah tertulis 'rezeki' kita, Allah pasti memudahkan segala urusan, walaupun kita rasa benda tu sangat berat untuk kita lalui...

Betul tak?

Supplement kena ambik

Makan kena jaga

Emosi kena kawal

Suami kena banyak bagi semangat... ahak... kang akak sentap hasil anak muke sebijk/fotostat dia... takkan nak benci diri sendiri kan?

Anyway... layan keek ni... i think she cute... my doter sangat cutekan? hahaha....tak pa puji anak sendiri... kih kih kih

See how she called her abak... so nice and polite jekan?





Compare ibu... sebenarnya amani iman belum pandai cakap. Mungkin sbb dia sorang. Nenek banyak gak cakap, tapi dia jenis yang malas nak lepak dengan nenek... hahaha... dia more close dengan atuk. Ayah saya berat mulut, dia masih tahap 'mengagah' amani iman yang nak masuk dua tahun ok... di mata ayah saya amani ni dua bulan agaknya... dia masih lagi dukung amani cara yang mengadap ke hadapan tu... pastu bawak jalan2... letih oooo amani dah 11.9kg ayah...




Dah tu kalau mulut dah tersumbat gigi jongang tu... macammana nak cakap cepat. Tapi tak pa la... tak yah stress sangat sbb lambat laun dia akan bercakap jugak... sbb mak aku pun cakap aku pun lambat cakap... mungkin sbb tak ada org nak bercakap. Tapi dah start bercakap penat nak melayan... esh macam bohong je mak aku tu... hahaha... akak banyak cakap?

So far walaupun aku tak faham apa amani iman cakap aku layankan je... lantok la... tapi dia faham... kalau tak sampai apa yang dia nak sampaikan, mmg mengamuk mak cik kecik tu... kui kui...

Hei dia dah pandai bukak youtube... tinggal tak pandai nak menaip je... dah bukak youtube, dia akan suruh org taip...

Boi - boboboi
Key - Mickey


Tapi senang bagi dia kalau dia gune Samsung bapak dia... tapi kalau iphone agak payah. 80 kali dia suruh aku taip... dah tu tak reti sabar pulak tu... internet line selalunya lambat... belum sempat nak load dia dah minta tukar...

Okalh... ku akhiri dengan gambar dia yang aku jumpa kat FB


Lawak sangat tengok pic ni... hahahah



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, June 10, 2013

Majlis pertunangan Ezart and Farah Hamdan

Salam...

1 june tu, sepupu saya tunang... Kira rombongan meminang dan tunang terus. Ingatkan yang pergi 3 kereta sahaja... Sekali 9 daaaa... Hahah meriahlah. Memula mcm malas nak pergi. Tapi sbb cik tipah nak pergi, so kita pergilah. Rumah perampuan dekat Rawang, so nak pergi berkumpul kat RNR sungai buloh...

Kami antara org yang pertama sampai sbb sepupu lain dari melaka.



Gedik bergambar... Sementara menunggu yang lain sampai. Amani iman got her father's eyeskan? Hua hua ramai cakap dia dah muke aku... So amani jangan nak mengada!


We all dah sampai kat kawasan rumah . Ekceli majlis pukul 230 ptg tapi 230 kami berhenti solat kat masjid berdekatan kawasan rumah.



Kalau kawin aku rasa lagi la ramai...



Pasangan pengantin baru... Ho ho... Hari kejadian, diorg bru balik hanimoon dari singapore. Tido 4 jam je terus pagi2 gerak dari melaka.



Ini bakal pengantin bulan 12 nanti... Majlis pertunangan dia. Nama dia EZat. Sampai jugak jodoh yer... Tak pa lelaki makin lama, makin naik market value... Tak nampak dia nebes ke apa. Orgnya mmg suke buat lawak tau.



Nikah je laaaaa...dah lengkap dah nikan? Hehehe....



Rombongan kami...


Hantaran barang tunang.



Family belah perempuan... Bapak perempuan yang warna hijau... Mudekan? Mak dia pun mude. Upacara pertunangan ni macam best. Sbb dua2 belah pihak bergurau senda...



Sebelum perbincangan bermula, pihak lelaki nak tengok bakal menantu mereka. Alasan takut salah org... Hahah bole? Pihak lelaki pun tak nak kalah. Hahah nak tengok jugak bakal menantu... Ezat di panggil masuk...



Chewah masuk dengan muke senyum...



Jun 1, 2013 | Sewaktu majlis pertunangan. Perbincangan yg memerlukan bakal tunang masuk tuk tengok muke;) by cidazam_7890 on Keek.com




Sesi menyarung cincin...



Jun 1, 2013 | Majlis sarung cincin by cidazam_7890 on Keek.com



Ai like this part... Tetiba teringat majlis tunang ai dulu2... Hohoho.

Eh aku lupa pulak nak cakap nama tunang si ezart ni. Farah, welcome Farah to the club... Eh belum... Tapi ini permulaan...

Lepas menyarung cincin, diorg kena duduk beradap. Kena basuh... Hahaha...



Time ni mmg lawak.... Si ezat yang nampak je pendiam ni boleh tahan jugak lawak. Dia nak salam Farah... Hahah mengejutkan semua org... Nasib baik Farah tak menyambut... Hahaha...

Layan keek lagi...



Jun 1, 2013 | Sesi kena basuh. Hahaha. by cidazam_7890 on Keek.com




Lepas tu, farah bersalaman dengan semua family ezart. Selesai...legakan?


Muke org puas ati... Hahah sabar tak lama... 6 bulan je lagi...than lepas majlis apa lagi, jamuan makan la... Ini yang di tunggu2... Yum yum yum..



The food... Haruslah makan lepas abang zamani makan, amani iman sewaktu majlis berlangsung pun dia yang macam host. Jalan sana sini. Jerit, menangis.... Semua dia la...


Bahagian pencuci mulut... Macam2 kek, roti, puff, pulut, kuih...

Ok gambar dah habis... So habis la cerita yer...hahaha...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Rawang

Sunday, June 9, 2013

Tudung trend terkini

Salam....

Sekarang aku dah mengila tudung2 online ni. Bertambah pulak website2 ni pembelian bole beli terus melalui kad debit, laju je la buat paymentkan...bahaya betul. Tiap kali beli mesti transaction approved. Hahahah alasankan? Mak aku bising tudung ko dah banyak! Bla bla bla... Haruslah sbb dia yang basuh gosok tudung aku. Kalau bertambah koleksi tudung makna tambah lagi la kerja dia. Heheh. Tah la sejak kerja Shah Alam ni, semangat nak bergaya. Terasa bertambah keyakinan diri tu ada. Walaupunnnnnn saya idok la cantik manakan?

Kalau aku mengadung mesti org kata anak aku perempuan kan? Hahaha...

Tapi saya tak bermakeup... Itu malas!

Satu yang saya malas, bila ada baju, kaler tudung tak ada. Aku nikan tak berapa nak kurus, so apa pun itam je. Nak nampak muke tu tirus. Hahaha tak ada maknanya. So bila tengok model Al humaira pakai tudung shawl half moon tetiba nak rasa gorges macam diorg... Mmg tak pun la kan? Tapi pedulik apa saya! Terus clik clik clik buat payment....



Tak mahal pun.... Kan?



Bila dapat confirmation transaction ni, muka la gigit jarikan. Hahah fedulik la. Sedapkan hati. Sekurang-kurangnyakan beli tudung bole pakai lama. Kalau beli baju sendiri stress kalau tak muat, sekurang2nya ko gemuk pun, kepala ko tak membesarkan? Hahaha logik tak alasan ku? Kalau beli yang sarung pun ko bole perasa ko membesar sbb ketat bahagian pipi. Ada je dulu pakau tudung sarung siap berbrooch bagai, tetiba tak perlu brooch. Apakah ertinya itu????

Best part bila penghantaran less than 3 days.



Tadaaaaa.....nak buat lagu mana, kalau laki ai tu kita ajak ke kota damansara nunnnn dia jadi hijau. Mendengar bebelan dia je dah buat tatak patah hati.

Kali ni gue rembat kaler ijau dan kelabu.




Warna kelabu dah sama dengan sofa...


Ok gedik sikit...menjadi fav tudung lepas tukan... Hahaha....

Ok satu lagi tudung on line yang saya suke Sugerscraf. Ni beras saya tag kat FB... Terus je tak bole duduk dengan tenang di opis. Macam org tak boleh kuar window shopping. Dalam opis pun boleh la cuci mata... Maka terorder ok! TER menunjukkan tidak sengaja. Tapi yang aku suke, kita bole ambik kat kedai diorg kat sek 7. Sek 7 tak la jauh mana. Bula dah buat pembayaran, cakap dengan. Abang zamani nak ambik tudung.... Dah bayar dah pun, hahaha.... Ai malas kan laki ai serba salah nak kuar duit... Keh keh keh



Gila jap masuk area tu! Gila tau! Nasib baik laki dan anak ada... Kalau tak aku masuk satu2 kedai tudung... Haven la! Bawah kedai kat Fareedah. Idok la akak masuk. Tapi hujung kedai tu Radiusite. Argggg tabahkan hati wahai cida... Ho ho


Sekali! Abang zamani follow belakang... Ingat tunggu dalam kereta je... Hahaha... Tu la nawaitu sblm abik dah salah. Cakap kat dia nak ambik je. Sekali tu tak leh tahan diri nak meronda satu kedai tengok koleksi tudung situ...



Che ta telah mengtag saya tudung terbaru ni... Haruslah try... Hahaha. Bila sarung terasa tak cun... Hahaha salahkan tudung fulak. So nasib tak cun, maka saya tak beli...try je dah puasati.


Laki duduk jaga anak kat luar... Mak try tudung... Hahaha mud zamani baik.... Bila aku keluar dr bilik tu, dia tanya kenapa tak beli... Hoi... Jangan....



Saya telah menyambar dua shawl.


Satu RM 39 dan satu RM 49



Esok terus gedik nak pakai tudung barukan... Ini yang RM 49. Kain dia stretchable. Agak payah nak pakai sebenarnya... Tapi saya cuke coraknya.



Dan yang ni RM 39... Ooo sangat susah nak pakai tudung ni, sbb material dia menegang dan licin... Saya pakai inner Al humaira yang silang tu. Tudung ni tak sesuai la nak gune kalau ko nak cepat. Boleh jadi ijau kau kat situ... Tapi saya suke jugak corak dia yang best... Heheh

Ok itu je nak cerita... Masih mencari lagi kedai online hijab yang cantik2... Tag la saya di fb lagi yer... Haha


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, June 7, 2013

Pnemococcal



Salam...

Nak berkongsi pasal penyakit ni pulak. Back 3 week ago, aku pergi kenduri rumah atuk sedara aku, so duduk berbual dengan sepupu ayah tapi nak panggil mak cik pun rasa serba salah sbb dia baru je usia 24-25 macam tu. Dia pun panggil aku kakak. Hahah keluarga 69... abaikan la ye.

Kebetulan anak dia deman. Dua anak dia demam. Tapi si abang boleh lagi bermain2 dengan budak sebaya dia. Si amani yang sombong tu pun kebetulan baru je baik demam. Kami duduk bercerita...

Akmal (nama sepupu ayah) cakap dia risau sbb anak dia dah seminggu demam. Terutama malam. Bila dengar aku pun risau la. Datang pulak mak sedara Akmal duduk... dia cerita pengalaman cucu dia meninggal 2-3 tahun lepas. Terus kepala aku macam jem! Cucu dia hanya demam biasa sahaja. Mana tahu pagi dia nak meninggal tu, dia cakap dengan nenek dia, dia sakit kepala dan nak makan bubur. Tak sempat nak makan bubur dia jatuh pengsan, bawak ke hospital, dia di sahkan meninggal.

Penyakit zaman sekarangkan?

Tapi cucu dia meninggal bukan la sbb Pnemococcal ni... satu pulak kalau bawak anak pergi berkelah kat air terjun atau hutan, sila tahu ada sejenis serangga yang mengigit dan ia mengambil masa 3 bulan tuk menghapuskan sistem daya tahan budak. Scary tak? Serangga jenis apa tak tahu la... WaAllahualam.... ini yang di tanya pada ahli family la. So hati2 la kalau bawak anak berkelah. Aku pun risau.

Than penyakit ni... apa pulakkan? Seminggu i study... hahah tetiba insap. Padahal Dr Chong, klinik yang amani selalu pergi pun ada mention. Cume bila dia cakap harge tu aku terus anggap ia tak penting.

Pneumococcus bermula dengan menakluki saluran pernafasan atas dan boleh merebak secara setempat, menakluki saluran darah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Dalam kes yang tidak dirawat atau kegagalan rawatan, virus ini boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, kelewatan pertuturan, palsi serebrum, kerencatan mental dan kadangkala menyebabkan kematian.

Aku baru je nak pergi cucuk amani...tak terlewat sbb dia masih perlu buat dua suntikkan. Cegah sebelum terlambatkan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails