Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, July 15, 2013

Grand Lexis here i come...

Salam muhibah, salam satu Malaya!


Sambungan percutian kat PD.... Kita check in ke Grand Lexis pulak... mcm org kampung masuk bandar. Akhirnya!!!! baru rasa bau bandar sikit.

Dekat dengan tempat makan.

Bilik ada Wifi.

Menyesal sungguhkan... tapi mahal nak mampus! We all buat booking tu malam esoknya sbb masing2 cuti sampai hari isnin. Harga??? Ok kalau ko walkin mmg mahal nak mamps... harga satu malam, ko bole joli katak. Tambah sikit je, gi la dapatkan Tab ke Ipad, atau phone...

Online agak murah. Since check in ari ahad so rate hari biasa... Garden View Pool harge tu tengok pun nak berak cair... RM 654 kot... yeahhhh... kata kongsi tak ada hal la... sehari je pun.

Dapat kunci jadi sakai jap... wahhh adakah ini syurga... hahah tetiba ko nak bandingkan pulak. So??? Masuk2 masing2 ambik gambar. Yang bukan blogger pun ambik gambar nak tepek FB...kita apa lagi? Meh aku tunjuk apa ada dalam ni yer

Mula la berangan nak rumah yang sederhana, ada pool... wah syurganya dinda rasakan... bangun pagi, lambat pergi kerja terjun jekan... Amani iman kolam luar pun teruja... dalam rumah, apa tah lagi. Sedia nak terjun je minah tu.

The Pool....
Tak dalam 4 kaki je... tapi kalau anak jatuh dalam tu (Nauzubillah) bole lemas jugak tau. Aku dok jaga je si Amani... bukan boleh percaya minah tu. Pantang lepa... kalau air tu mmg minat dia. Kalau korang nak tahu, kat umah pun we all elakkan tadahan air. Takut uols... dia ni kalau buat kerja senyap2.


Tuan blog minta diri nak berangan. Rumah sendiri tah bilakan? Inspirasi diri... hahaha


Katil king size... di sebabkan my mak cik kira bawak 2 family, we decided la nak ambik extra bed. Kalau ko tanya aku, tido tepi pool pun ok... hehehe...



Bilik air... yang best belakang cermin tu bukak je kawasan pool tu... aku siap cakap, dah mandi, sila ikut tingkap...kang habis basah semua... ho ho ho... muat ke pun nak masukkan?


Bilik air tuk bilas... tandas asing... tak kose nak snap gambar mangkuk tandas. Sama je tak ada beza pun...

Mini bar.


Pelbagai jenis minuman teh... sila la minum sampai muntah. Air tin dalam ais box bukan main mahal setin... padahal air teh bunga je pun... RM 5! Apa gila... RM 5 tuk org kaya apa ada hal...bayar hotel beribu2 satu malam apa la sangat RM 5 tu...

Oh tidak dengan akak... kalau aku kaya pun aku tak minum air yang harga tak masuk akal ni... NEBER!


Ni milik mak si Adam dan Akil... buat benda ni je berejam2 kat teluk kemang tu... sampai rasa nak pengsan kepanasan yang melampau kat PD





 Ko tengok amani yang tenang... nampak je tenang... dia punya suke... sampai sorg2 escort dia. Jangan main dng budak ni,kalau dia nak terjun dia terjun je.

 

 Budak2 mmg tak sabar. Aqil ada sikit takut... Adam macam amani iman jugak... dah turun tak nak naik... aku rasa nak benamkan je ko dalam air. Tido, makan semua dalam tu. Tapi siapa tak sayang anak. Ni pun cukup risau. 3 hari tu asik berendam je dalam kolam


Dah masuk air, senyap la... suke bukan main... Zamani time ni dah tak larat sangat. Kerja dia baring je... so kata private poolkan... akak turun padang la... temankan anak mandi. Sbb amani tak nak org lain pun pegang dia...

Kata divakan? **Mata ke atas**


 

 Amani pelampung ni dia tak suke... kerja dia, nak keluarkan diri dia dari situ. Mungkin sbb kaki je kot kena air. Tu yang tak syok.

Tell you Amani Iman suke sangat air... dia tengok bapak dia menyelam... dia tengok Adam menyelam, tetiba aku tengah dok berbual, dia masuk muke dia dalam air. Dia relex aku yang terjerit2... paranoid terus ingat anak lemas... apa dah... lagi dia buat...

Zamani biasalah life saver. Dia pujuk aku tuk bagi amani main air cara dia. Nak tengelam ke apa ke, biarkan. So amani iman belajar. Kalau dia tak suke, dia sendiri akan stop.

Ok... kita ikut...

Bila Zamani cakap 'Yang cube selamkan dia...' What!????

Tak nak la... mmg bangkang... but laki ku suruh jugak. Habis anak dia dah tertuduk2 cubaan selamkan diri dalam air...

Ok... kita try...

Suke ko!!!



Sesi menyelamkan anak...  

 

 Keluar dari air pun muke ada senyum... lepas tu minta banyak kali nak buat aksi selam... oh anak!

 

 Terus je abang Zamani suggest aku pergi kelas renang. Sbb anak diakan takut org???!

Lepas je mandi, bukan main lapar sorg2... hahah lawak sungguh.... aku terus order pizza. Ha! kata dah duduk tengah pekankan, action la ko order Pizza... kalau kat hulu Best Western tu? Melalak la kalau ko lupa beli barang... ahak!

Open table... si amani pun makan sama... laparkan... paling lama berendam dalam air. Naik je nangis... susu sampai 3 botol!






Anak aku yang sopan.... diam je kalau tengok video... kalau besar esok, jadi macam ni bila mengadap buku yer...



Ok keadaan bilik using Panorama Mode... ini la keseluruhan bilik... boleh muat 2 family je... sbb tu ingat nak ambik extra bed! Tapi tak ada... habis takkan nak tido berhempit2 atas katilkan...
 
Ok nak cerita sikit... si Zamani tak mandi kolam ni sbb petang tu sbb dia tak sihat. Kira flat le... so lepas bini dia bagi makan ubat. Abang sayang saya ni, dia mandi sendiri malam2. Nasib baik Adam dah tido. Adam tertido pun penat nangis, mama dengan papa buat dek je dia nak mandi lagi sbb tak puas. Sekali abang Zamani mandi... anak dia  ingat abak nak mandi dengan dia. Tapi mak dia tak bagi. Gila apa malam dah... 


Zamani mandi sajer nak sakitkan ati anak... siap pakai pelampung miki Amani Iman.


Tengok betapa terujanya si Amani Iman... minta bapak dia ambik dia.

Memula, Amani Iman diri kat tepi je...



Minta abak bawak dia masuk kolam sekali... hahahah mmg lawak tau... si amani ni mmg pelakon yang bagus sangat.

Ekceli salah aku jugak la... sbb aku bz dengan camera nak rakam aksi Zamani dalam kolam... hahah aksi la sangat. Yerlah dengan gelagat si amani iman sekali.  So si amani ni sbb takut mak dia, memula dia kat tepi pintu, than makin ke depan... last dia duduk sambil kaki main air. Tarik dia, dia tolak kita... fine... zamani cakap dia tengokkan amani sama.

Amani sibuk nak pelampung miki dia tu. So dia kais pelampung tu guna kaki dia. Bila pelampung tu dah kat kaki dia,  We all tak terpikirlah apa-apa... si Zamani pun leka main dengan anak dia...sambil pegang pelampung tu. Tetiba!!!!

Amani iman TERJUN!!!!! terjun betul2 dalam pelampung tu...

Aku dengan Zamani menjerit... Amani iman galak besar... berjaya terjun dalam kolam. Berderaunya darah... bayangkan kalau kami tak ada kat situ and time tu Zamani tak ada sekeliling amani. Mean berenang jauh dari Amani IMan. Macammana???? Nasib baik tak tercampak phone aku... kalau tercampak... padan muke la...

Pak cik mak cik, mak aku semua keluar sbb kitaorg jerit... Amani dah selamat basah dah... angkat dia, dia melalak macam apa je... Yerla penatkan pikir nak masuk dalam air tu. Habis kena keluar pulak... Malas nak dengar dia bising, bukak pampers.

Mandi la kejap...





Oh anak... bikin jantung mak ko berhenti! Esh.... Zamani pun pucat muke... hahah terdiam ko. Cakap bini tak nak dengar.Tahu malam dah, dia mandi. Dia suruh tutup pintu dengan langsir. Mana si Amani Iman nak... dah nampak bapak dia mandi, nak tutup2... idoklahkan...

Terus je ajak Zamani balik malam tu jugak... hahah seriau... kang memalam dia bukak pintu, how??? Tapi pintu kat situ ada selak tinggi. So kemungkinan budak nak bukak tak la kecuali ko lalai tak tutup pintu.

So kita decide balik malam tu. Since tak ada katil extra... nak tido lantai pun tak ada bantal extra ke apa... pandai strategi Grand lexis kan... Tapi tak pa, next time kita bole pergi... insya Allah... mmg dah book la ambik hotel ni... ko nak ambik satu villa lagi tak pa la... balik klang tido sudah!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, July 14, 2013

Aku dan kari

Salam

Tajuk karangan saya adalah aku dan kari. Kalau korg nak tahu laki aku lahir Penang. So dah semesti makanan kesukaan dia kari. While me anak jadi melaka dah murtad melaka sbb zamani x suke asam pedas. Habis masak siapa makan?? Mmg jarang la aku masak asam pedas.

Kari family aku biasa je la. Kitaorg mmg suke kuah cair2 ni. Tapi macam sentap bila masak laki makan ciput je. Tapi makan umah mak dia jilat jari dan pinggan. Ook pinggan tu melampau lakan? Hehehr

Bercinta nak masak kari.

Pernah la berguru dengab mak mertua. I even tengok cara dia masak. Tapi tah la... mungkin betul kot ckp mil aku... keiklasan masak. Hua hua hua. Wa iklas la ni masak nak kasi suami sayang... hehe

Ekceli zamani ok. Dia tak banyak bunyik. Dia tak pernah pun bandingkan kari mak dia or aku. Aku masak dia makan je. Tp kita dah tentu nak merampas kedudukan tukan... hahaha ok mungkin sbb tu kari aku tak jadi. Kari mak mmg sedap.

Teringat dulu first time masak kari. Dah la aku lepas kawin baru belajar masak. Mak aku kat putrajaya. Dia bg resepi. Time tu baru sebulan kot kawin. Kisah yg aku ingat la sampai bebila.

Tak tahu kari ka apa. Hahah. Pelik rasanya. Bukan rasa je. Sampai rupa pun scray. Apa yg kurang. Buat video call kat mak aku. Dia pun pelik tahu tahu nak sugguest apa nak tambah. Kebetulan kakak sepupu aku juara masak ni, dia pun garu kepala. Yer la ko nak buget apa pun video call. Rasa pun tak dpt rasa. Than abang zamani balik aku siap nangis. Bole tengok muke nak jaga ati bini... hahaha...

Sambil dia cedok kuah kari telor time tu. Dia konon nak pujuk...

'Eh yang ok la ni... telor you rebus ni...kita bole makan dengan kicap' wakakak sumpah time tu aku nangis. Dia peluk aku. (Baru kawinkan....) now ingat balik... bodonya. Dia ambik nasi, dengab telur rebus dah tu tuang kicap.

But itu tak mematahkan semangat aku. Alhamdulillah aku dah bole masak sup. Yang I dok follow sama stail dengan mak. Alhamdulilla jugak aku dah tahu masak kueh tiaw goreng. Even not same but abang zamani makan banyak gak la. Aku suke dia makan. Cume kari!!!!!!! Eshhhh aku penah masak pajeri nenas. Ok pulak. Sama je sbb pakai serbuk kari.

Erm tak pa la. Take time. Janji jangan mengalah. Masak tuk suami. Sekurang2nya aku cube, yer dak. Dr duduk makan je at least aku tau la macam manakan nak masak. Cume may be teknik tu salah. Ermmm.

Cinta punya hal... tak pa...slow slow... kan?  Kari yg aku masak tuk ifftar ari ni... cair! Cair ! Stress!

Amani imam

Salam...

Dulu aku selalu pelik, kalau mak mak ni cerita anak diorg obses nak ben 10 la, princess la, winny the pooh or any cartoon character.  Budak tu bkn tahu apa and mak mak ni sebenarnya over...

Yer itu yg sy fikirkan... knp nak ikut selesa anak. Sometime bebudak ni mengadakan? Aku sendiri pernah tgk anak sepupu aku menangis2 nak pakai baju ben 10 pagi raya. Tak nak pakai baju melayu.

Erm... bila kita dok pikir kita bagus. ALLAH selalu bagi cash. Ha anak ko obses mickey mouse. Any mickey mouse product dia mmg suke. Pening kepala. And amani ko tahu je la. Kalau dia tak suke tp ko belikan jugak, mmg sia2 je la.

Semalam jalan2 dia nampak kasut mickey. Sudahnya beli... tak kose aku nak beli tuk suke2. Ko pakai pagi raya nanti. Heheh

Abak geleng kepala. Dia kata berat la apa. Ada anak ko kisah?

Amani amani....

Saturday, July 13, 2013

Balqiss

Hello ppl...

Aku ada janjikan nak post Keek dari Balqiss time dia datang Klang dulu? Alaaa time jerebu ari tu... jerebu or jelebu? mana satu eh?

Ok... sekarang kerja opis dah settle... sekarang aku sangat la free. Syabas bete... malas nak buat kerja. Kata bulan puasa... nak blog pun semua bahan bersepah, ada kat Ipad, ada kat Iphone... wahhh bunyi macam org kaya.... jangan ler ingat mini Ipad, atau Iphone 5... salah tu...

Just wanna share...

She just 4 years old... tapi aku tak tahu kenapa dia bijak. Mak dia sepisis akak jugak. Jenis tak mesra alam. Kalau kecik2 ko kawan aku, aku kawan ko... org lain masuk campur sure tak best. Hope Amani Iman boleh jadi macam ni... aku risau diakan tak bercakap2 lagi. Cakap bahasa korea aku rasa. Anyong Anyong...

Sajer nak share video BAlqiss.... baya Rayyan ni... Bijak melampau2. Yer la anak kita tak macam nikan... tentu terpegun sikit tengok anak org macam ni.




Kagum sangat dia boleh cakap bahasa Arab. Ni kira bahasa arab. Akukan sekolah biasa2 je... dia ckp ni terkejut sikit. I know arabic tapi apa dia? nanyi ka? apa ke? Zamani cakap Balqiss lagi smart dari aku??? hahah mmg la... smart kidkan... mak dia rajin melayan... aku layan gaduh je dengan anak. hahaha




Time ni amat terkejut sbb dia tahu ke apa tu belacan? Heheh... terkejut aku dia cakap org buat roti dengan sambal belacan... kedai mana tu?

Anyway kan mak dia cerita, dia tak nak Balqiss cakap english je. Kalau kita kat sini, anak cakap english bukan main bangga. Walaupun anak ko cakap 'shoeees' Kan?

Sbb kat Singapore, english tu ko tak ajar anak ko pun, anak ko akan pandai english.So ko kena beri penekanan dalam  bahasa melayu. So that bebudak ni tahu jugak la bahasa melayukan? si Zaheedah cerita Balqiss berbual dengan Maid dia,...

Balqiss :- Kenapa Bibik cakap melayu?
Maid :- Yer la Bibikkan melayu, cakap la melayu
Balqiss :- But Balqiss English. That why i speak English.

Mak dia dengar terus jerit...

'Nur Insyira Balqiss... cakap apa?'

Gelabah punya pasal (mak dia garang... macam aku jugak la...)

Balqiss ;- Tak la... Balqiss India Bibik... org India pun ada india muslim tau....

Hahah muke mcm anak jepun... anak cina... mengaku anak india muslim... sangat lawak bila mak dia cerita. Itu la beza mak2 ni... setiap mak nak anak tu berjaya. Macammana? semua ada cara masing2. Kalau Amani Iman pro cakap english, pro cakap arab? Tiap2 ari la aku tepek kat Fb agaknya... semua org meluat dan rasa aku je ada anak... hahaha...

Tapi my sister cukup marah kalau anak dia start cakap english or arab...

' Balqiss dont show off... mak long tak heran....' Ahhhh mak dia ober tau.



Jun 22, 2013 | nanyian balqiss by cidazam_7890 on Keek.com

Menyanyi... kau mampu? hehehe



Jun 23, 2013 | balqiss yg bijak by cidazam_7890 on Keek.com

And video yang dia nak balik... aaaa... 2 hari je cukup terhibur. Si amani iman makin menjauhkan diri. Apa je.... budak tu nak kena bagi adik cepat. Ahak!!! Boleh ko kuar statement macam tu... agaknya dia ada adik makin jauh la dia dengan mak dia eh?

Hopefully not lakan.....

Kalau Aryssa ada...macam mana lakan????

**Miss my little angel** Al-fatihah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Kekasih gelap ku

Assalamualaikum semua

Erm akukan  selalu terpikir nak pulang buah keras kat dia... selalu sangat sbb ati ni kalau dok pikir, aku rasa aku mmg tak bole terima segala cacian dan hinaan dia dulu.

Tp aku sedar. Sejak aku kenal dia dulu, he help me alot. So sedikit sebanyak make me feel cool. Org kata kalau terhutang budi ni akan bawa ke mati.

Semalam aku dpt sms dr dia.Dia jemput aku dtg majlis buka puasa mcm selalu diorg buat untuk staff. Tersenyum dpt msg dia. Even zamani pun agak terkejut jugak la. Tapi takkan nak pergi sendirikan. Ai dgn abang zamani kan mcm belankas. Wahhh gitu. Tp kami sekeluarga di jemput. Zamani mcm biasa suruh aku buat keputusan. Nasib baik dia tak suruh aku buat istikarah. Hehehe.

Aku bgtahu mak aku. Dia pun suruh aku pergi. Tak baik sbb banyak sangat jasa dia pada aku dan keluarga.

Dan kini aku tak bole nak menyembunyikan hakikat yang sememangnya baik. Ermmm

'Kekasih' gelap saya... hahahah

Friday, July 12, 2013

PD Part 2

Salam...

Org semua cerita pasal puasa, buka, sahur, terawih...

Akak cerita PD tu tak habis lagi... mcmmana? Ada ke nak baca? Kih kih kih... Biar pi la... aku nak cerita jugak. Wah kalau ko cerita pergi Disney ka, Bali ka, USS ka syok la jugak... PD je?

Hello PD punkan, Amani Iman excited tau. Excited keluar dari tempat biasa yang dia pergi. Syok dan fun bila anak tu mulut tak henti kagum dengan tempat2 yang org cakap biasa ni. Ter wahhhh wahhhhh sepanjang jalan...

Apa tuh! Soalan dia

Uhhhh tikkkkkk....

Ajak makan pun tak banyak bunyi... nasi ayam tepi jalan pun wahhh shedap! Jadi tentu hati kita sukekan. Bila dia tengok air laut tu macam lain dari air kolam. Sbb ada ombak, dia macam takut nak ke tepi pantai. Kalau kolam tenang jekan. Ni berombak, asal dia dekat, dia takut air tu macam menghempas. Terkedik2 dia lari. Dan terkedek2 jugak la mak dia mengejar.

Aku dok pikir apa nama tempat ni? Hahah erm kalau tak menjahanamkan harta benda awam ni tak bole agaknya bebudak ni yer? Lepas check out Best Western kita check in kat Grand Lexis. Tapi singgah kat teluk kemang. Nak beli cenderati sikit. My auntie dengan my unclela kan... aku kalau bawak barang PD balik, mau semua senyum cakap poyo... hahah macam gi mana je, nak belanja sakan.

Kitaorg lunch kat sini. Aku sejak Amani Iman dah pandai makan ni, menu aku order tak ada yang lain nasi ayam je la... sob sob sedihkan. Ate anak ko makan tu je. Nak ambik sambal ke apa mmg tak la. Budak kepala angin ni kalau kita order satu tuk dia, haram dia nak jamah. Tapi kalau kita tak order dia punya, bukan main selera makan... so ko pun tak sampai hatikan?

Tapi mak tak kurus jugak... i dont get it! hahaha


Kan aku dah cakap... besi tu pun dia tak pernah tengok... dah tu sini angin kuat... tapi bahang pun boleh tahan jugak... macam ko kipas dengan api ko tahu... tapi anak ai feeling model lari2 dengan baju yang seksi.

Tak banyak sangat gambar yang aku ambik. Tu pun diorg singgah beli gelang tangan custom made. Tu yang berasap tunggu. Segala mode camera aku try... nak beli apa? u tell me! Amani iman mainan tak sangat. Dia suke anak patung bear, tapi dah banyak sangat bear. Apa barang beli bear kat PD ni? Nak buat Parodi Bercinta seminggu? hehehe. Beli barang lain kerja dia asik mengetuk je. Sakit hati. Barang tak bawak balik umah lagi dah jahanam sebaik sahaja duit ko hulur kat penjual. Pls amani iman, ibu kerja nak dapat gaji sebulan, ko beli barang tak sampai 5 minit jahanam!

Tengah jalan2 ni, nampak kereta kuda. So diorg nak naik. Sepuluh henget satu round. Malas der nak naik. Kang anak aku nak turun. Lagi pun tak muat dan kesian kat anak kude tu nak bawak ko keliling jalan tu

 Yer anak kuda... bukan mak bapaknya... hahaha... nampak dalam gambar besarkan?

 

Heheh mak aku pun naik... da tu sakit kaki... tahu kaki tak kuat. Naik mmg la senang, turun kalau tak ada bangku ke apa mmg tak la...kesannya seminggu lepas balik PD menahan sakit.


Budak ni dari jauh macam berani... sampai je dekat takut... eheheh aku pun takut. Gigi kuda tu dah la penuh. Bayangkan kude senyum... hahaha


Sesi shopping... aku jadi tak kose dengan suami yang tak sihat time tu dengan anak yang super lasak. Laki ai biasalah, kalau sakit angin marah ni melampau sikit. Kesian jugak aku tengok anak aku yang asik sentap dengan abak dia. Dengan aku tak nak pulak. Yerlah abak baikkkkkkk malas nak jalan dukung. Mak dia tak kasi muke... jalann!

Mak dia tak larat bapak dia tak oper pun nak dukung? **pitam**


Alhamdulilla la so far amani iman ni jenis faham bahasa. Dia tak belajar lagi kot. Dia ada perangai abak dia sikit... (aku rasa dah banyak perangai abak dia, yang dia kutip punkan?). Kalau dia tak berkenan barang tu, ko akan tengok pembelian yang sia2 je la... tapi kalau dia nak, dia akan guling, melalak sekuat ati. Bila beli ok la... main la jugak... tenang la hati mak dia kejap walaupun dia main  benda tu tuk sehari je.

Adam dan Akil time ni, nampak lori semua nak beli. Segala jenis lori.... aku imagine amani iman buat macam ni. Harus la aku ajak abang Zamani balik on the spot. Sbb kang aku tak dapat beli barang.


Dia dah pandai pilih barang yang dia nak. Macam kat PD ni, banyak barang yang dia bole beli. Dia nak pelampung Mickey ni. Merintih sampai kesian aku tengok. Bukan tak nak beli, tapi mengarut. Kalau nak bantal ke apa oklahkan.

Pelampung, ko nak buat apa? Gantung kat dinding rumah?dan aku bebel kat dia bukan dia faham pun. Bapak dia tak kose belikan dia. Padahal zamani bising time nak gerak gi PD banyak sangat pelampung aku bawak. Dah tu balik??? macam ko shopping  pelampung tu je.

Pembelian yang berbaloi sbb sampai sekarang dah dua minggu, dia main pelampung ni... hahaha... dia buat sofa pulak time tengok TV. Bolee?

Ikut la nak.... sbb tu aku cakap dia macam bapak dia. Ko belikan Zamani benda dia tak suke. Boleh tengok muke tak iklas dia pakai. Wakakaka... nak jaga hati bini je punya pasal. Anak pun sama la... aku rimas, si amani kalung pelampung tu kat umah. Hahah mak cu dia cakap bagus la, selamat sikit jatuh ke apa ada pelindung. What ever la... sampai kepala aku ko kalung kan sekali... u think funny yer Amani Iman. Ko dengan abak buat aku bahan gurauan???

Sambung cerita....

Lama sangat nak tunggu diorg beli gelang yang custom made tu... kita bagi amani naik kereta control.



Poyo and action terlebih naik kereta spot. Ni pun satu hal jugak... dia nak kereta tu padahal ada budak dah cop kereta tu. Dia halau budak tu. Nasib baik mak bapak budak tu baik. Pujuk anak dia naik kereta lain. Tapi budak tu pun macam amani jugak kot, nak try satu2 kereta. Pening mak dia nak bayar, pening jugak yang tukang jaga tu nak decide. Ko pilih kereta macam nak beli pulak... hahah tengok anak aku

Apa dia nampak, dia berkenan, dia main duduk je. Hahaha... budak tu belum naik tapi baru feeling2 pegang pintu kereta (tak ada pintu pun terus naik). Terus je panggil abak dia... uhhh ganster ko eh.... **geram... mak dah posan berkali kali dah nak oiii**





 Kejap je i tell u... nasib baik la org tu charge RM 5 tuk 10 minit... more than that aku rasa mau dia dah baring kat dalam tukan??



 Ok jom kita check in Grand Laxis.... jom jom....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Vaksin untuk anak2

Salam dan Selamat Pagi...

Yer saya terpacak di opis jam 815 pagi... dan saya juga org terakhir balik walaupun opis tutup tepat 430 petang... bosan...

Tapi tak mengapa... dah datang pagikan... aku baca blog Dr Halina. Pada sesiapa tak tahu siapa itu Dr Halina, erkkkk sila google dan view gambar... cerita pasal Vaksin. Erm org lain cerita pasal puasa semua, aku nak cerita pasal vaksin. Penulisan kawan seorg pakar kanak2. Kita share sini so ibu2 yang paranoid, ibu2 yang tak percaya akan kebaikan vaksin, ibu2 yang was was dengan kandungan vaksin.

Penulisan yang bagus... kita kongsi yer. Sbb aku tak ada kerja!!! kita translate... oh bukan aku yang buat. Encik google yang buat. Heehe... Ye la bila puasa je otak lembs sikitkan... bahasa melayu nak absorb pun payah, apa lagi english. Maklum la...akak dah 33 tahun tinggalkan Amarika! Wahhh gitu...

Tapi aku rasa artikel ni sangat penting...




Dear BarelySupermommy readers,
Kepada pembaca BarelySupermommy,


      I reckon that some of you may have your own stand on this matter- vaccination. While some of you may disagree, I believe majority of us still believe in vaccination as an effective preventive measure to combat certain infectious diseases. However, the last few months or so, someone may have spoken to you or you may have read on Facebook - that vaccination is not what it seemed. That it is not safe , causes autism, not 'halal' and that vaccines are only for profits. You googled. There were many articles on the pros but there were quite a lot on the cons as well. You read the disadvantages of vaccination and then everything seem to weigh on you. You cant help it but started to wonder if they were all true.

Saya rasa sebahagian dari anda mungkin mempunyai pendirian anda sendiri mengenai perkara ini perkara-vaksin. Walaupun sebahagian daripada anda mungkin tidak bersetuju, saya percaya majoriti daripada kita masih percaya vaksin sebagai langkah pencegahan yang berkesan untuk memerangi penyakit berjangkit tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa bulan lalu, seseorang mungkin telah bercakap dengan anda atau anda mungkin telah membaca di Facebook - suntikan yang tidak apa ia kelihatan. Bahawa ia tidak selamat, menyebabkan autisme, tidak 'halal' dan vaksin adalah hanya untuk keuntungan. Anda googled. Terdapat banyak artikel mengenai kebaikan tetapi terdapat agak banyak pada keburukan juga. Anda membaca kelemahan suntikan dan kemudian segala-galanya seolah-olah beban pada anda. Ia membantu tetapi mula tertanya-tanya jika mereka semua benar.


      I believe that most misconceptions and controversies regarding vaccination stems from the fact that people underestimate the disease and overestimate the side effects. While I agree that Adverse Event Following Immunization (AEFI) do sometimes occur , most are mild (e.g fever and soreness) and disappears rather quickly. I am sure most mothers out there would agree, having had your children vaccinated before. On the contrary, I believe not many of you have seen the diseases at their worst. Measles, for example, may be fever and red spots to most but are you aware that it can spread to the brain and cause death? Pertussis, may begin with the usual fever and cough but as it progress to the second stage of the disease, babies may have prolonged cough, turn blue and stop breathing. Polio was almost eradicated but sadly, on the rise in certain third world countries where the vaccination rate is low. Meningitis, or inflammation of the brain lining caused by Haemophilus Influenza may render a child debilitated and even cause death. Whether you like it or not , the truth is vaccination has tremendously reduce the burden of infectious diseases and has prevented deaths in millions of children all around the world.

 Saya percaya bahawa kebanyakan salah faham dan kontroversi mengenai vaksin berpunca daripada hakikat bahawa orang-orang memandang rendah penyakit dan harga yg terlalu tinggi dan kesan sampingan. Walaupun saya bersetuju bahawa Acara buruk Mengikuti imunisasi (AEFI) yang kadang-kadang berlaku, yang paling ringan (contohnya demam dan kesakitan) dan hilang dengan cepat. Saya pasti kebanyakan ibu-ibu di luar sana akan bersetuju, setelah mempunyai anak-anak anda vaksin sebelum ini. Sebaliknya, saya percaya tidak ramai daripada anda telah melihat penyakit-penyakit yang paling teruk . Measles, sebagai contoh, mungkin demam dan bintik merah bagi kebanyakan tetapi adakah anda sedar bahawa ia boleh merebak ke otak dan menyebabkan kematian? Pertusis, mungkin bermula dengan demam dan batuk biasa tetapi kerana ia maju ke peringkat kedua penyakit ini, bayi mungkin mempunyai batuk yang berpanjangan, bertukar menjadi biru dan berhenti bernafas. Polio telah hampir dihapuskan tetapi malangnya, semakin meningkat dalam beberapa negara-negara dunia ketiga di mana kadar suntikan adalah rendah. Meningitis, atau keradangan lapisan otak yang disebabkan oleh Haemophilus Influenza boleh menyebabkan kanak-kanak lemah dan juga menyebabkan kematian. Sama ada anda suka atau tidak, hakikatnya ialah vaksin telah ketara mengurangkan beban penyakit berjangkit dan telah menghalang kematian dalam berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia


      Let's discuss a little bit about the history of vaccines and how it works before discussing the issues because I feel that we would be able to appreciate what we have today if we knew how it all began. Have you ever heard of smallpox? Some of you may have not heard of it because the disease is no longer around. But do you know that the deadly disease was one of the most devastating diseases in the history of mankind and has in fact killed more than 500 millions people for many centuries? 500 millions! But thanks to Edward Jenner, whose work contributed to the development of vaccines, smallpox was eradicated and we don't have to live to see our loves one dying from the disease.

Mari kita bincangkan sedikit tentang sejarah vaksin dan bagaimana ia berfungsi sebelum membincangkan isu-isu kerana saya merasakan bahawa kita akan dapat menghargai apa yang kita ada hari ini jika kita tahu bagaimana ia semua bermula. Pernahkah anda mendengar tentang cacar? Sebahagian daripada anda mungkin tidak pernah mendengar ia kerana penyakit itu tidak ada lagi. Tetapi adakah anda tahu bahawa penyakit berbahaya adalah salah satu penyakit yang paling dahsyat dalam sejarah manusia dan sebenarnya telah membunuh lebih daripada 500 juta orang selama berabad-abad banyak? 500 juta! Tetapi terima kasih kepada Edward Jenner, yang bekerja menyumbang kepada pembangunan vaksin, cacar telah dihapuskan dan kita tidak perlu hidup untuk melihat kita suka satu mati akibat penyakit ini.
 
 How does vaccines work? Simply put, imagine a child who develops chicken pox for example, they will rarely contract the disease again . Why? Because the immune system has memory, so that the next time the child is exposed to the virus, the body remembers and destroys the virus even before it causes sickness. And vaccines works the same way, only artificially. Vaccines contains weakened or killed form of the germs, when introduced into the body triggers an immune response without causing the disease. So that the next time the children are exposed to the virus or bacteria, their antibodies would be able to recognize it and combats it.

Bagaimana vaksin berfungsi? Secara ringkas, bayangkan kanak-kanak yang membangunkan cacar air sebagai contoh, mereka akan jarang dijangkiti penyakit lagi. Mengapa? Kerana sistem imun mempunyai memori, supaya masa depan kanak-kanak yang terdedah kepada virus, badan akan mengenal virus dan memusnahkan virus sebelum ia menyebabkan penyakit. Dan vaksin berfungsi dengan cara yang sama, hanya buatan. Vaksin mengandungi bentuk lemah atau dibunuh daripada kuman, apabila diperkenalkan ke dalam badan mencetuskan tindak balas imun tanpa menyebabkan penyakit ini. Jadi jika di masa depan anak-anak terdedah kepada virus atau bakteria, antibodi mereka akan dapat mengenal pasti dan menghapuskan virus tersebut.

 I remember 3 years ago, a child was admitted to the ward for lung infection. Upon asking the immunisation history, we found out that the child was not vaccinated. In fact, none of his siblings were. I started to counsel the parents but I was quickly dismissed. They felt strongly against vaccination and did not want to discuss any further. Kata mereka ' anak anak yang lain semua okay je, tak pernah sakit pun walaupun tak divaksin'. I wanted to tell them about 'herd immunity' but then dropped the idea.


 Saya masih ingat 3 tahun yang lalu, kanak-kanak dimasukkan ke wad untuk jangkitan paru-paru. Setelah memeriksa sejarah imunisasi, kami mendapati bahawa kanak-kanak itu tidak vaksin. Malah, tidak seorang pun daripada adik-beradik beliau mengambil sebarang vaksin. Saya mula memberi nasihat kepada ibu bapa kanak2 itu tetapi mereka menolak. Mereka menolak pemahaman terhadap vaksin dan tidak mahu untuk membincangkan apa-apa lagi. Kata mereka 'anak anak yang lain semua okay je, tak pernah sakit pun walaupun tak pernah divaksin' Saya mahu memberitahu mereka tentang 'imuniti' tetapi saya biarkan sahaja.

      What is 'herd immunity'? In other words, it's called 'community' immunity. It occurs when majority of the population is vaccinated, and the immunity that is achieved by the community would be able to protect those who could not be vaccinated (due to medical reason , HIV, immunosuppresed children). I think that this has not been sufficiently emphasized- that when you get your child vaccinated , you not only protect your child from the infectious diseases but also other kids who are unfortunate enough to have low immunity to be vaccinated. I cant emphasize enough that you are doing a good deed if you get your child vaccinated. But when the rate of vaccination falls, the herd immunity is lost, and I guess you can figure out what comes next.

Apakah 'imuniti'? Dalam erti kata lain, ia dipanggil 'masyarakat' imuniti. Ia berlaku apabila majoriti penduduk adalah vaksin, dan imuniti yang dicapai oleh masyarakat akan dapat melindungi orang-orang yang tidak boleh disuntik (kerana sebab perubatan, HIV, kanak-kanak immunosuppresed). Saya berfikir bahawa ini mempunyai tidak cukup menekankan-bahawa apabila anda mendapatkan anak anda disuntik, anda bukan sahaja melindungi anak anda daripada penyakit-penyakit berjangkit tetapi juga membantu kanak-kanak lain yang cukup malang yang mempunyai imuniti rendah untuk vaksin. Saya tidak boleh menekankan cukup bahawa anda sedang melakukan perbuatan yang baik jika anda mendapat anak anda vaksin. Tetapi apabila kadar suntikan jatuh, imuniti kumpulan itu hilang, dan saya rasa anda pasti boleh mengetahui apa yang akan berlaku kemudian

      Having understood the basics, let's move on to one of the most common misconception about vaccination, in particularly with the MMR vaccines. Does it cause autism? The answer is no, it does not. The scare started in 1998, when a medical journal, The Lancet published a study by Mr. Andrew Wakefield, MD (previously hold the title Dr) that stated that the combined MMR vaccine was linked to autism. However, not long after that, The Lancet itself withdrew the article and Wakefield lost his medical licence. Investigations proved that Wakefield's research was fraud, unfounded and biased and that there were conflict of interest. His article has led to a drop in vaccination in UK and since then, many studies were done to look into whether there were any association between the MMR and autism, but none were found. Despite that, it's sad to know that even after 2 decades, some people still believe that it does. Sigh...

Setelah memahami asas-asas, mari kita beralih kepada salah satu daripada salah faham yang biasa mengenai vaksinasi, dalam terutamanya dengan vaksin MMR. Adakah ia menyebabkan gangguan khas? Jawapannya ialah tidak, ia tidak. Ia bermula pada tahun 1998, apabila sebuah jurnal perubatan, The Lancet menerbitkan satu kajian oleh Encik Andrew Wakefield, MD (sebelum ini memegang gelaran Dr) yang menyatakan bahawa vaksin MMR gabungan dikaitkan dengan gangguan khas. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, The Lancet itu sendiri menarik balik artikel dan Wakefield kehilangan lesen perubatannya. Siasatan membuktikan bahawa kajian Wakefield adalah penipuan, tidak berasas dan berat sebelah dan bahawa terdapat percanggahan kepentingan. Artikel beliau telah membawa kepada penurunan dalam suntikan di UK dan sejak itu, banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat mana-mana persatuan antara MMR dan autisme, tetapi tidak ditemui. Walaupun begitu, ia adalah menyedihkan untuk mengetahui bahawa walaupun selepas 2 dekad, sesetengah orang masih percaya bahawa ia. Sigh ...

The other concern is regarding the use of Thiomersal in the vaccines. Thiomersal is a mercury-based preservative that helps prevent bacterial growth in vaccines and helps maintain the effectiveness of the vaccines. Thiomersal contains ethylmercury, which basically means that it is eliminated from the body quickly and does not reach toxic level in the blood, unlike methymercury. The level of Thiomersal in the vaccines are so small , even fish contains more of it I believe. The amount of Thiomersal in the vaccine have not been shown to cause harm or health risk.

Kebimbangan lain mengenai penggunaan thiomersal dalam vaksin. Thiomersal adalah pengawet merkuri berasaskan yang membantu menghalang pertumbuhan bakteria dalam vaksin dan membantu mengekalkan keberkesanan vaksin. Mengandungi thiomersal ethylmercury, yang pada asasnya bermakna ia dihapuskan dari badan dengan cepat dan tidak mencapai tahap toksik dalam darah, tidak seperti methymercury. Tahap thiomersal dalam vaksin adalah sangat kecil, walaupun ikan mengandungi lebih daripada itu saya percaya. Jumlah thiomersal dalam vaksin belum terbukti menyebabkan bahaya atau risiko kesihatan.
       
Vaccines are not 'halal'? Hmmm... I must say that it is unfair to say that those who decided to vaccinate their children do not care of halal and haram. The Malaysian Immunization Programme is decreed permissible by JAKIM. In fact, our prominent Islamic Scholar , Sheikh Yusuf Al-Qaradawi stated that the lawfulness of vaccination in Islamic perspective is as clear as sunlight. It is the duty of every Muslim to ward off harm as much as possible, and while we all believe in natural ways to boost immunity e.g breastfeeding , taking honey ( not for those less than 1 year), Habatussauda', olive oil, that does not mean that we Muslims should deny ourselves of modern medicine that has stood the test of time. I have always believe in complementary medicine.

Vaksin tidak 'halal'? Hmmm ... Saya mesti mengatakan bahawa ia adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa orang-orang yang membuat keputusan untuk vaksin anak-anak mereka tidak peduli halal dan haram. Program Imunisasi Malaysia menetapkan dibenarkan oleh JAKIM. Malah, kami Direktori terkemuka Islam, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa kesahihan suntikan dalam perspektif Islam adalah seperti yang jelas seperti cahaya matahari. Ia adalah kewajipan setiap Muslim untuk menghindari kemudaratan sebanyak mungkin, dan ketika kita semua percaya dengan cara yang semulajadi untuk meningkatkan imuniti contohnya penyusuan, mengambil madu (bukan untuk mereka yang kurang daripada 1 tahun), Habatussauda ', minyak zaitun, yang tidak tidak bermakna bahawa kita umat Islam seharusnya menafikan diri daripada perubatan moden yang telah berdiri ujian masa. Saya sentiasa percaya dalam perubatan pelengkap.

      I am not sure if I have covered all of your concerns but I hope this helps. You may or may not be convinced and that's okay , as I believe conviction needs to come from one self. If you are doubtful, read further from reliable source, discuss with people who really knows and perform Istikharah. If you strongly object vaccination, my only request is that you do not pose your views on others. I am writing this merely for those who has concern and doubts, yet has not dismissed vaccination.

 Saya tidak pasti jika saya telah meliputi semua kebimbangan anda tetapi saya berharap ini dapat membantu. Anda mungkin yakin atau mungkin tidak yakin dan itu tidak mengapa, kerana saya percaya segala bermuladari diri sendiri. Jika anda ragu-ragu, membaca lagi dari sumber yang boleh dipercayai, berbincang dengan orang-orang yang benar-benar tahu dan melaksanakan meruntuhkannya. Jika anda kuat membantah suntikan, permintaan sahaja saya adalah bahawa anda tidak menimbulkan pandangan anda kepada orang lain. Saya menulis surat ini semata-mata untuk orang-orang yang mempunyai kebimbangan dan keraguan, namun tidak menolak vaksinasi.

 I strongly feel that we need to have these issues tackled at national level and it is the responsibility of the Ministry of Health to allay parental concerns regarding vaccination. The community needs to be educated and myths and misconceptions regarding vaccination should not be allowed to spread, or we would to have to suffer the consequences in the future.

Saya amat merasakan bahawa kita perlu mempunyai isu-isu ini ditangani di peringkat kebangsaan dan ia adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai vaksin. Masyarakat perlu dididik dan mitos-mitos dan salah faham mengenai vaksinasi tidak harus dibenarkan untuk menyebarkan, atau kita akan terpaksa menanggung akibatnya di masa depan.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, July 11, 2013

Perancangan bandar?


Salam....

Second Ramadhan... macam mana puasa semalam? Aku? first day puasa dah kantoi. Bila dah kantoi mmg bed rest je la. Dah agak dah kawan tu datang minggu ni. Reminder pun dah bunyi lagi 2 hari, tapi awal pulak semalam.

Ok nak cerita pasal ni sebenarnya... semua org dah mula tanya second baby. Abang Zamani yang cool pun sometime share story kat aku dia ni tanya, dia tu tanya... Aik bukan kuasa dia tangan anda? Hahaha... cerita kat aku bukan apa, may be aku boleh cakap kot bila masa yang sesuai... uhuhu...

Dulu time baru2 dapat amani iman, semua org suruh aku jaga2... macam stress jugak. Sbb apa kuasa yang kita ada kalau kita mengandung. Well bertepuk sebelah tangan takkan bunyi. Kalau aku dok jaga, 'pembekal' tak kisah, than apa aku nak  buat? Since amani dah besar ni, soalan ke dua tu mmg selalu sangat dengar. Mak aku pun hint2 tanya, kesian Amani tak ada kawan. Aduiyai... kita kesiankan dia yang menjaga. So bagi Amani iman besar sikit la.

Sekarang org kata anak dara kami tu dah besar. Ermmm

Insya Allah la kawan2... doakan terbaik untuk saya. Rasanya dah bole. Luka kat perut ni harap2 dah la sembuh. Itu yang aku dok jaga. Tapi kalau sakit jugak nak buat macammanakan?

Bila tengok baby, teringin jugak. Tapi slow slow la...

Spekulasi menular di FB saya... hahah... ko jangan ingat org mengandung je ada ragam. Org yang datang bulan pun ada ragam. Abang Zamani pun dah pandai gurau kasar sekarang ni... hahaha

Me :- Teringin la nak makan bla bla bla
Zamani :- Ha teringin... ada apa-apa ke?

Eh eh.. i ni mother two doter yer... dua kali mengandung yang mengidam lebih tu kamu... bukan saya... heheheh....

Kadang2 dia cakap...

Zamani ;- Eh kalau dpt letak nama anak AHMAD pun ok jugakkan?
Me :- Tak nak la... nak letak AMAR... dekat dengan Amani
Zamani :- Eh dulu kata kalau anak lelaki ai yang pilih?
Me :- Yer ker? Alaaa minat la nama Amar
Zamani :- You ni semua nama lebih kurang je... Dulu Amani, ni Amar. Lepas tu mesti org bole agak nama yang seterusnya. Aman... tak ada kemajuan langsung...esok tinggal huruf 'A' je...

Cheh dulu time Amani pun hang kata sama... buang 'Z' dah tu siapa yang pilih nama Amani tu? Padahal time tu kitaorg mmg kutuk2 nama Amani tu... hahaha...sbb tu anak ku mudah sentap

Now org buat spekulasi aku mengandung... ok dulu i terasa la, tapi sekarang, i would like to sayyyyy 'Tolong doakan yer'

Semalam dengar lagu Sumayyah dari kumpulan Hijjaz. Dalam tengah bz buat salary ni aku boleh bayangkan ketabahan di sebalik nama Sumayyah... oh terus jatuh cinta. Berulang kali aku dengar lagu tu. Poyo! dulu time Aryssa, gila dengar lagu si Mawi tu... hahaha... time tu mmg ada 'isi' la... time amani iman, di sebabkan me suke and nak sama nama Zulaikha tu tuk both anak, daku suke pulak slot 'Indahnya Iman' kat Astro Oasis. So tak pedulik la, anak lelaki ke perempuan ke nak letak Iman jugak. Supaya dia menjadi anak yang soleha/soleh serta SABAR... hahah ok semua tahu kot tahap kesabaran si Amani Iman... semua nak cepat... uhhh... tapi aku percaya kalau kita panggil dia dengan nama penuh, Insya Allah keperibadian tu akan terbentuk mengikut pembesaran dia.

Org lain nak panggil Amani ke, Aman ke, Ani ke, Man ke, Zue ke, Ika ke, biarlah... tapi untuk me and Zamani, we all panggil nama Amani Iman. Ikut hati nak panggil penuh tapi panjang sangat... hahaha... padan muke! Tapi since we all panggil Amani Iman dengan nama penuh dia, all the family member pun panggil nama dia penuh. Tak ada lagi aku dengar org panggil dia Ani... oh ada!

Umar Qayyum... hahaha

Aliya dengan Rayyan tak habis panggil Amani Iman as Amani Irfan... ok fine!

Ni sumayyah.. Zamani tak 'like' status tu... hahaha tak berkenan la tu... sbb ada ustaz cakap keseuaian nama anak pun kena ambik dari nama mak dan ayah jugak. So Wallahualam la... dan di saat ni akak nak bagitahu korang yang akak suke nama Sumayyah di saat akak tengah mengandungkan LEMAK ye... hahaha...

Syukur jugak ada suami yang faham ni. Takut je bila ada among member cerita suami diorg ada yang tak faham. Even bini baru lepas pantang pun ikut selera sendiri je. Most of my friend agak terkejut sbb aku relex, tak kecoh nak tanya itu ini.  My friend ada yang di antara mereka bz nak pilih pil perancang la, nak cari alat pencegah kehamilan la... so aku terkejut jugak dengan diorg... hahaha... asal macam tu sekali??? Bila aku suggest diorg bincang la dengan suami, diorg buat muke. Oh ok... tak semua sama.

Sbb tu bila aku cakap aku mengandung... abang zamani terkejut...


Hahaha... dalam keadaan sakit semalam pun, nak gelak bila tengok dia reply ni...

Cerita org dah kawin... yang masib belumkawin baca je yer...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan ya Ramadhan

Salam semua...

Esok 1 ramadhan... dah mulanya puasa. Semoga tahun ni segala urusan di permudahkan. Tahun ni tahun ke 4 me and zamani berpuasa sama. Last year middle of ramadhan abang zamani masuk hosp sbb operation tumor dia tukan. So sedikit sebanyak teringat la betapa kalutnya last year. Macam pelarian aku kat hosp serdang tu.

Harap2 tahun ni segalanya di permudahkan.

Malam ni sahur masak apa yer semua? Esok pasti bermula cerita menu berbuka dan bersahur. I like... ramai di antara blogger yg memilih tuk memasak dari nak beli kat Bazarkan. Teruskan usaha. Insya Allah semoga niat kita di izinka  Allah.

I balik pukul 430 bulan puasa ni. Ababg zamani pulak ramadhan ni balik pukul 5. Bulan puasa lagi la bz. Banyak closingkan sbb cuti raya paling tak seminggu. Sama je dengan kerja aku...

Oklah. Aku nak.ambik kesempatan untuk mengucapkan salam ramadhan buat semua. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga ibadah kita di berkati di bulan yang mulia ini. Semoga pintu rezeki di perluaskan, semoga segala urusan di permudahkan.

Erm mata dah mula mengantuk... pagi ni nak bersahur. Jangan lupa baca niat yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails