Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, February 20, 2014

Motor Skill

Salam...

Ipad tak ada payah jugak! Payah la tuk mak malas macam aku yang nak entertain anakkan.Tak pa la... biar anak aku membesar sebagai budak!

Amani dah berjaya di programkan... cer ko main ipad or other gajet, dia tengok biasa je... tak la teruja nak gaduh dengan anak org... Alhamdulillah... tapi dia mmg tak pandai rebut barang org pun, itu yang satu tak di ajar tapi mungkin ikut mak ayah dia... hahahah... gila kena ludah dengan org.

Tapi betul aku tak suke nak kongsi barang dengan org. Adik2 aku sila kongsi, kak long punya tak leh kongsi... ahak! abak?? i dont know. Amani so far 4 week tak ada gajet dia ok... tak la mengamuk2. Even aku pernah bagi dia tengok phone dia ok je, kalau aku ckp 'Ok dah yer... kita simpan' dia pun jalan angkat kaki org main2... tak mengamuk...

Dia dah mula selongkar barang mainan dia... mmg sekarang dah heran mainan dalam kotak kalau tersimpan. Mmg dia sorgkan? so mangsa mak pak, tok nek la... penat wei... mak aku tak leh nak buat kerja sbb dia suruh ko main sama2 dengan dia...

Even kita balik kerja, bagi salam je dah tunjuk mainan set play doh... menyesal lak kenalkan mainan tu... hahaha... tapi macam aku cakap, mengajar kita as parents ni jugak... penat2 balik kerja pun kena main... aku kira selamat lagi... selalu kena bapak dia. Bapak dia suke tunjuk skill buat ikan la apa... ha sila layan!

Than ada yang suggest me beli drawing blok, kertas majung or yang sewaktu dengannya tuk amani iman. Kata org skill tu mengajar budak beranikan diri... ko tengok pelukis, luahkan dr lukisan je... sejauh mana kebenaran tu aku tak tahu. Tapi cube je la... aku agak lemah nak bagi amani conteng bukan apa. Takut dia terbiasa conteng kat tempat yang tak sepatutnya! dinding, lantai...

Bijak tak bijak tak? Aku ingat dia ok pandai kawal diri dr menconteng dinding... rupanya!!! dia cenderung conteng lantai... nenek plak kober tutup dengan karpet la, tikar, kerusi... panas mata berapi2 bila ternampak. Tanya2 tengok anak sendiri buat lukisan...

Teacher Anne bagi galakan tuk melukis. Aku bagitahu dia masalah aku... aku takut amani start conteng dindidng semua... rupanya ada teknik... Teacher Anne bagitahu bebudak ni kita kena mention to them... and give rules and regulation...

' Mummy bagi kamu conteng, tapi this area only... kalau tak! kena hukum!' Mesti firm katanya! Hahah... firm tak ada masalah tapi anak aku tu dengar tak dengar je la...  so aku start dengan buku dan pensel...

'Amani kena tulis dalam ni je... tak boleh conteng lantai, dinding...kalau ibu nampak... awak padam sampai bole!' 

Chewah warning... so bila dia conteng tu, dia tak kasi aku tengok... hahah... oklah dalam buku je dia conteng... than tanda2 kat kaki pun ada... syok pulak dia conteng diri dia... so bila mandi aku tunjuk kat dia... 'eeee apa ni?? eeee tak leh hilang plak... macammana ni'  mak gila siko anak...menjerit2 histeria budak tu... hahah. Kalau aku nampak dia conteng dinding, nasib baik dinding umah mak aku bole padam... aku ambik kain suruh dia lap. Ha! padan muke... kena sental kuat sikit. Melalak2 kena paksa dengan mak dia... atuk kalau nampak

' Alaaa tak pa... kang boleh cat...bla bla bla' Pantang betulkan dengar

So sabtu lepas, decide belikan drawing blok...kaler ada set budak opis beli tuk amani time besday dia... set karion, pensel kaler, pen... so nampak kaler paint for finger harus la ambik... TAPI.... tanya kedai tu dulu, ini kaler leh hilang tak? susah ka senang ka? cuci pakai apa...air biasa ke air luar biasa,hahah... dah cina tu cakap senang, apa lagi beli




Tengok cara dia pegang pensel... hehehe... tak pa la nak yer pelan2... mak ko bukan nak suruh ko jadi doktor terus.



Kemalasan mula... hahah 



Bulat tu mak dia buat... nak tengok cara dia pegang pencel...teacher anne pesan buat bentuk2 bagi minda anak2 ni ikut dan cam jenis dan bentuk.


Than bagi dia main paint tu... mak!!! jenis yang lap2 baju... tak leh jadi terus bukakkan baju... dah la buat atas karpet. So mmg terjerit2... surh dia main atas kertas. Nasib baik paint tu jenis yang cepat kering after 2-3 cop...kalau tak masak la...

Bukak baju terus!


Tangan tu tangan aku lakan... terpaksa... nak anak main, mak kena la main sama... memula dia agak geli bila kita cat tangan dia, lama2 dia ok dah... syabas bete!


Tell u Amani mmg having fun... 


Badan mmg tak leh di selamatkan...


amani teruja dengak cop kaki dia... 


Siap cakap 'Kakiii kuuuuu' 

Hahah yea la kaki kau nak! excited tak hengat!


KAler tangan kasi penuh!


And cop!


Tapi latihan ni betul la buat budak more berani... logik macammana tak tahu... may be di bole conteng dengan confident? hahaha....tp korang try...jangan halang diorg nak conteng apa... of cos la dr paper pindah ke dinding buat tak tahu katuk kepala mak. Jangan salahkan anak... dan puji setiap apa yang dia lukis. Amani suke tunjuk abak dia... mak dia dia tak pernah tunjuk... tunjuk abak sometime abak bz tengok TV, so aku akan bulatkan mata! Puji!!! Senyum2 kambing anak dara aku.


MUke bangga dia lebih kurang macam ni...ahak! 


Memula buat line... cer ko puji pandainya anak ibu... 


Dan dan terus jadi macam ni... hahah...pandai kan???

Mesti amani pelik... hidup dia penuh dengan arahan dr mak dia 'NO' / 'DONT' / 'Hepppp' / 'CAN NOT'
Teacher Anne suruh aku buang ayat2 tu dan guna word 'STOP'

Only STOP. So far tuk amani mmg berkesan... tapi stop tu ko kena gune dengan penuh garang dan firm... jari di depan muke dia, dan mata kita kena besar... hahah mata mak amani mmg dah cukup besar! Bayangkan kalau sengaja besarkan...tak takut anak tu???



Than biasakan dia dengan benda2 yang pelbagai sentuh rasa... bagi dia koyakkan kertas, or apa2... kertas eh? mak dia tak berani nak encourage...kang habis buku semua dia koyak... syok lak activiti tu. Since dia sibuk main daun, aku suruh dia koyakkan sekecik2nya... aktiviti ni buat anak korang focus... makin susah makin dia akan cube focus... 


Alhamdulillah anak aku macam anak org lain... menyesal gak... hahah lalu kat department store dia dah pandai pilih mainan... and of coz dia obses dengan play doh plak...time ni buat muke kesian nak beli... bapak dia bayar punkan...

Boleh ku rumuskan amani dah pandai... dah pandai pilih apa dia nak... apa dia tak nak... kita cakap pun dia dah dengar. Contoh cakap, ini tak elokla amani, cer ambik yang ni...

Macam ni aku bagi dia yang paling kecik dan murah... hahaha... bila abak dia tunjuk dia, 'Ni banyak sikit kaler, Amani ' dia ambik and terus gedik nak!


Bab play doh, Zamani mmg creative... snagat2... ko mampu buat ikan nemo dr playdoh? hahah... tak ada tekap2 eh... ni buat sendiri... mau anak dia tak teruja. Bukan otak anak berkembang, dengan otak2 bapak dia berkembang sama...

Pak teh pun turut terjebak! hahaha


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Farewell

Salam Jumaat Uols...

Hari ni nak cerita pasal another cerita basi... hehehe... tak la...saya cube speedkan cerita2 blog ni... ho ho ho...

Ni nak cerita pasal colleague berhenti dua minggu lepas. Dia bukan la dr company aku, but salah satu company milik boss... uhuu cerita macam banyak company kan? Org dah undang kita pergi la... jangan tolak rezeki... heheh




Dah habis baru la nak ambik gambar bagai... kami di jamu KFC dan dominos... oklah tu kira jumaat tu lunch di bayar... tak payah bayar pun...




Wanie yang kerja 5 tahun dengan boss... berhenti sbb jadi surirumah... i jeles uuuuuu! bila la ai nak jadi suri rumah main kejar2 dengan anak dan somi... ahak... kejar suami bunyi macam tak sesuai gitukan?




Ceria je last day... awwwww....




Ni bos2 company dia... Kak Zaza and Kak Zura... chewah bos ko panggil Kakak je... 


Candit



Kawan opis yang lain... ekceli ada few lagi, yang lelaki semua tak ada kerja luar. So yang femfuan2 jerk... bebudak lelaki kan bz menjaga perkerja2 asing ni, kang buat pasal payah... masa tu tak menentu...kami simpan je, habis kerja diorg kena report kat office time tu makan ler yer...




Hadiah dari kawan... tapi aku tak masuk share... heheh sbb tak tahu pun dia nak berhenti, tahu2 jemput makan bagi tahu minggu tu minggu last dia...

Anyway best of luck!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, February 19, 2014

GBoB 3rd week

Selamat pagi....

Cerita minggu ke tiga sekolah anak dara ai... tell you that morning sangat la ceria!



Tengok macam ni punya senyum ingat mood ok lakan???

Nehieeeeeee!!!! masuk2 kelas masam... tak nak lepaskan tangan aku. Siap baring kat peha aku... dah tu merengek. Teacher ajak main dulu sblm kelas start pun tak nak.... mula la malas macam ni. Minggu ke tiga pun ko tak ok lagi! apa masalah budak ni.

Time ni mmg ras frust. Yerla kita bayar nak dia independent. Mak pak lain pun bayar nak anak mereka belajar, tapi suara amani lagi kuat dr cik gu! how?? makin menjadi2 plak rasa... hentak2 kepala bagai...

Dia nampak Zamani terus lagi mengada! ekceli that week dia baru baik demam. Tak fully baik sbb demam berulang. Mungkin jugak sbb tu dia tak ada mood. Bila tengok abak dia, dia jadi mengada. Zamani membantu sbb tengok aku dah betul2 naik muke kaler ijau... serba salah sampai skrg ni sbb aku cubit amani! which benda yang aku set dalam otak tuk tak mencubit anak! Tapi kalau korang kat tempat aku tentu je stress. Nak pukul kang dia makin mengada satu hal... segan dengan org... sorry sangat nak ye... ibu ilang sabar hari tu... cubit kat lengan dia. Nasib baik tak berbekas...

Bila Zamani take over plak lain jadinya... asik nak berpeluk plak! nak minta abak dukung balik!


Abak join the art class... minggu tu ada 2 bapak join the class sbb mommies urus adik... depa ok je. Amani je! aduhhh... ko boleh tengok muke abang Zamani time tu... but i trust him can handle Amani.



Mmg amani mengamuk this time... Nampak bapak dia paksa dia tampal dan dia meronta2...



Aku kalau boleh nak Zamani try this class as well... bukan aku je kena ubah. Dia pun kena belajar jugak. Tapi kat umah pun dia banyak main2 dengan amani compare aku. Cume laki aku ni tamper macam pak man teme'. Kalau tak ada org aku rasa masak jugak amani  tu...

Biar dia tahu amani tu macam mana... macam dia... hahahah **gelak syaitonnnn**



Paling last! Ermmm... payah tak payah ko nak handle mak cik tu... last kelas pun buat perangai... tak nak join! nak balik jugak....


Dia nak peluk jugak bapak dia... tak tahu la apa masalah diakan....



Pujuk??? tak jalan....


Nampak happy? sesaat je... hahahah lepas tu lari balik peluk abak! anak abak... kan kan kan! suke bangga kan! hahaha... aku tahu laki aku benar2 stress... sama strees dengan aku jugak









Third week is the worst week la! for amani dan mak dia sekali. Aku mmg marah sangat sampai sambung kat rumah. Even kat rumah dia buat perangai sampai kena marah teruk dengan abak. Ibu dah malas nak layan sampai tak nak cakap dengan dia. Hati tersentuh bila dia tahu mak dia marah, she try to apology, tarik tangan aku, baring atas tangan aku... aku buat hati kering je... 

Tapi mak ni sampai mana pun boleh marah dengan anak? Anyway i know she still young to understandkan? Sepanjang hari tu aku rasa macam susah ati...komen2 kat FB pulak banyak yang suruh aku jangan paksa amani...

How not to paksa?? My concern is want her to be independent... bukan la nak suruh dia jadi perfect tapi at least by age dia, dia dah faham. Sok kalau dia ada adik takkan time tu baru nak start? How she will feel nanti? 

Tp aku terpk dan tanya diri sendiri, aku masuk kelas ni tuk siapa. Apa objective aku? Aku pun nak berubah jugak... to understand dia. Sbb akukan garang dengan anak sendiri... so kenapa aku nak tengok perubahan dia sedangakn perubahan diri sendiri tak ada. Betul tak? Macammana?

Tp kejadian yang tak di jangka jadi malam tu....

Suspennnn jekan?

Hari tu teacher anne ajar class pasal emotion scared / takut... so malam tu nak turun, aku tanya dia, teacher anne ajar scared macammana?

Dia tutup mata dengan tangan.... sama yang teacher Anne ajar... ha! geram tak geram... dia dengar dalam kelas, dia tahu apa cik gu ajar dalam kelas tapi ko nangis! kenapa... bila tanya dia senyum senyum...

Dalam kereta pulak, on the way nak pergi minum. Dia main dalam kereta... nampak stiker/tag nama dia melekat kat kerusi... pagi tadi lepas kelas, mengamuk tak puas ati punya pasal dia koyakkan tag nama dia. Tetiba dia tunjuk aku nama tu... dan lekat kat baju dia...

Ermmm so aku tanya ' Apa tu? Nama amani ke?' 

Dia angguk... senyum... angkat tangan macam nama dia di panggil... so aku dapat tangkap dia cube lakonkan balik apa dia buat kat sekolah...

'Oh teacher panggil nama amani ke?'

Dia terus jwab 'Checer (teacher)'

Wahhhh.... 

'Siapa tampal nama tu kat chest amani?'

'Checer!' Sambil tampal kat baju dia... sepanjang dalamkereta la dia sebut checer... 




Mengamuk punya pasal nama ai dah jadi AMA! Hahaha tak nak cabut. Mamak kedai pun senyum tengok nama dia kat baju... 

Terus kena sekolah dengan zamani, yah i put high expectation on amani iman... dia boleh buat. Ko jangan paksa dia. dia akan learn dengan cara dia... apa yang kita perlu buat is to guide. Itu la yang laki aku dok ulang... heheh... next class insya Allah akan ku terai...

My BFF ada nasihatkan aku, jangan paksa dia, cer try 'tarik tali' dengan dia next class. May be dtg awal and tengok enviroment sblm kelas start. Bagi dia biasakan... bila kelas start y dont aku start dulu, bila dia tengok semua belajar dia sure nak dduduk belajar...

Banyak tips dan nasihat aku terima... thanks you all!

Next class! Nanti kita cerita! tengok video....bapak amani hilang sabar... ahahha










Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Adyra turn 2

Salam....

Febuari ni boleh buat aku pokai... haahahah.... berderet2 betul yang sambut besday! Rasa bila besday org je aku nak buat2 tak ingat.... tapi mana mungkin!

Besday org2 penting... Mak, Ayah, Atuk, Adik Ipo, Rayyan, Pak cik Sedara (Pakcu)... tambah pulak dengan Adyra! alamak!!! tepuk dahi....

Ni beli satu hadiah, kongsi ramai2... hahaha... ok... 7 Feb... Adyra Farhana sambut besday yang kedua.... wahhh sekejapkan? Did i pernah mention adyra garang? hahah yer amani iman takut dengan dia. Anak dara ai tu badan je besar. Dia hanya bole action dengan Umar Qayyum je... dengan Adyra kau jangan main2... heheh...

That day aku kerja dengan Zamani. Rupanya semua tunggu ke tibaan mak long dengan pak long ghupanya! aisemen!



Org kata adik beradik ni kena rapat... membawa sepakat... kalau besday sesiapa pun depa happy nak berdiri depan kek... Selalu Adyra ketinggalan... dia kan kecik. Kalau ingat dukung la, kalau tak sian dia jengket2... Anak ai, ermmm heran tak, takut iya! hahaha



Macam terharu jap sbb semua ambik gambar dia... Artis baru namanya ni... pandai ko! tanya la dia,

Besday siapa ni??

ADIK!!!!! siap tunjuk diri dia... pandaiiiii....



Saat yang di tunggu oleh Adyra... bukan dia je... kakak abang dia pun sama nak tumpang blow candle.... heheh


Jamuan kecik je... tok mama buat mee udang, goreng nuget dan ayam ala2 kentaki... wahhh dan buah limau semperna raya cina!

2012 Aydra lahir tahun baru cina...



Dyra anak manja... anak bongsu... heheh bongsu ke??? Mummy dengan Abak tak nak kasi dia adik? wahhhhh ko boleh tengok makin kurus mak dia...


Adyra dengan kak ngah... heheh dah macam crop and minimize muke si Aliya dah...



Abang Umar is the only boy dalam family... tu nampak otomen dia? Heheh tanya dia siapa punya besday pandai jawab birthday Dyra, tapi kenapa ambik otomen kek dyra, dia jawab

'Umar punya... Dyra kasi pinjam..' Ok gasak la umar


Mentang2 besday tiga pinggan terus depan mata... heheh jeng jeng jeng.... kakak dengan abang nak makan benda lain... hahah...


Pandai makan sendiri....

 Mmg jarang cerita pasal anak2 buah sekarang ni... tapi tak pa kita abadi dalam blog bila ada perayaan2 besday macam ni...

Mak long dengan pak long ada masalah nak belikan hadiah tuk Adyra... sbb kita tak pernah nampak dia suke main apa... hahah pak long cakap dyra mana main! mainan dia mak dia la... hahah kuang ajo pak long. Habis amani tu? teddy bear dia abak la??? Sungguh tak sesuai...

So who's next??? 
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, February 18, 2014

Bantuan di perlukan...

Salam...

Its my mom birthday today... Happy birthday mom... i love you so much... terima kasih kerana melahir dan membesarkan anakda selama 33 tahun ini.... sob sob

Tapi tajuk bukan la ku minta bantuan tuk mak aku atau family aku...korg doakan semoga mak aku di beri kesihatan yer... tapi entry ni untuk anak istimewa yang menarik perhatian aku sejak semalam di post di FB... terus terang hati tak kuat nak tengok mahu pun baca... maka aku biarkan saja entry tu... tapi makin ramai yang forward di wall...

Mungkin cara itu Allah nak kita bantu si kecil ini... terus je hati jadi sebak... apa lagi nama hampir serupa dengan Amani... tak tergambar rasanya sakit yang di tanggung. Perasaan mak dan ayah yang di duga dengan ujian yang berat...


Assalamualaikum...
Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... 

Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang bengkak. dan mengikut ayah Amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection.

dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga amani dan ibu amani, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar. saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI.

Untuk sumbangan, bank in ke akaun
CIMB: 7050332235
AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (013-9637401)

Minta sahabat2 panjangkan #donationforamani dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih



------- ------ ------

Aku tak tahu... hati ni terlalu sebak lepas2 membaca kisah adik Amani ni... menganggu emosi dan berdoa minta Allah melindungi anak2 ku... jauhkan mereka dari kesakitan. Aku pasti ibu bapa Amani jugak berdoa agar kesakitan itu tak seperti yang di lihat dengan mata kasar kita... terlalu kecil badan si kecil ini menangung derita sakit... kita sama2 la doakan...

Lagu ini menyentuh hati dan naluri ku... mengalir air mata. Lagu yang mengambarkan harapan si ibu buat anaknya... 




Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



MARI KITA SAMA2 RINGANKAN BEBAN MEREKA SEKELUARGA... DOA ANDA CUKUP BUAT SI KECIK INI... INSYA ALLAH...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails