Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, May 24, 2015

Crop and minimize...

Anak bapak ni...

Kadang2 aku tak leh terima asal anak2 aku ni mmg ikut muke bapak je. Dr amani sampai la ke ammar...

Uols tak baik tau tak jaga perasaan ai... sob sob..

Tp dah mmg kenyataankan??

It like y crop muke zamani and minimize so muke ammar...

Ha ha ha...

Setuju kamu?

Love cida

Wednesday, May 20, 2015

Early Education Programme

Salam

**MOdE; PanIc!

Two more weeks dah Jun. Bila June sesi pendaftaran pre school dah bermula. And aku panic! Tak tahu nak letak amani kat mana. And because amani 'special' sikit lagi la ibu dia kena rajin buat research.

Korang jangan salah faham, aku tahu ramai yang buat muke when i told them amani have behaviour issue. Macam aku ni mendoakan anak pulak. She smart, really! bukan nak puji anak sendiri tapi aku tak tahu mana dia belajar semua ni. Special gift from Allah yang kita risau2 tu ada jugak keistimewaan dia. Otak dia macam span. Span yang sangat luar biasa. Sama ada dia menghafal or dia ingat. Aku try jugak turn and twist soalan, nampak dia faham. Alhamdulilla usaha kami tak sia2. And syukur jugak bila aku terima pendapat org lain dan bole ubah amani to be anak yang normal macam budak biasa.

At first aku nak masukkan amani kat sekolah biasa. Yang dekat rumah, yang senang la kalau atuk tak leh ambik pun mak su bole jalan kaki ambik amani dr sekolah. Than terpikir jugak letak kat sebelah opis ni, ada sekolah, ambik sampai petang, balik sama dengan aku. Tapi terpikir jugak, kalau aku balik lambat? sian kena seret amani sama balik lambat, terjebak. Aku sendiri sampai umah dah nak pengsan. Anak kemana aku ke mana, kalau aku bawak amani?

But i realise semua yang di atas sesuai kalau amani 'tak ada masalah'. Bila dia penat dia mengamuk. Dia takkan bagitahu kau .

'Ibu kakak dah penat, kakak tak nak sekolah sbb letih'

Lambat buat susu pun tak kena mengena nangis!

So having short discussion dengan few mummies kat GBOB pasal hantar anak ke sekolah. Baru aku tahu, kena cari sekolah yang sesuai tuk amani, bukan kesenangan kita. Kalau dia tak suke pun tak bole jugak, end up akan tambah kebencian cikgu2. Dan Semua org advice supaya terangkan kat cik gu perangai amani supaya teacher pun tak terkejut, ini budak ke apa? Hihihi

So as mak yang baru nak hantar anak ke sekolah, aku perlukan guideline macammana. Tanya mak ayah aku, diaorg cakap aku mengada sbb nak pilih tadika macam nak pilih Uni tuk anak. Masuk je mana2 janji belajar. Walaupun aku dah cakap amani special sikit. Nanti dia tak suke sekolah macamamana? Tak payah sekolah dan tunggu org meminang ke?

Sosial network is the best. Letak je masalah, kawan2 sedia memberi pandangan pada saya yang serba kekurangan. My concern is amani tak faham cakap melayu, bukan belagak yer, we all kat umah semua cakap melayu, tambah cakap utara lagi, tapi tak tahu, amani membesar macam kat rumah cakap bahasa inggeris. Dia suke tengok kartun2 yang unsur education ni. Jangan marah anak yer kalau tengok kartun, itu adalah pembelajaran yang paling senang aku rasa. Asal la mak aku tak bg aku tengok kartun banyak2?  Memula amani tak tahu cakap sbb kita bagi dia tengok Orgy , Tammy, kartun2 yang tak ada suara. Tapi action. Bila anak gelak sakan, mak pak bangga tepuk tangan dia tahu dan faham maksud tersirat kartun tu.

Faham apa? Faham bahasa isyarat? So banyakkan tengok kartun yang unsur education ni. Like amani, dia ada one favourite things kalau dia minat. Kalau shape tu, dia akan focus kepada semua shape. Dulu ikan, semua jenis ikan mmg dia suke sampai mainan dia 70% semua ikan. Pening kepala. Than she interested pada color, semua color dia sebut, sampai dia pernah tanya aku what is indgo color. Mak senyum sambil google cepat2. Hahahah.

Now shape. Kalau family Octagon, Hexagon, Pentagon dan gon gon dia suke. Sampai ibu and abak pun tak tahu shape apa dia sebut. Hehehe

Itu yang aku panggil dia 'special'. Tapi ko tak leh paksa dia. Paksa dia tulis kalau dia tak nak menulis. Dia akan mengamuk or buat benda yang ada depan mata dia tak wujud. So bole ke cikgu kat  sekolah nak hadap dia je?

 


Advice from a friend yang bukak taska kat rembau nun..... amat membantu. So at least aku dah ada track yang betul. Teringat ada org cerita kes budak kena lempang kat nursery just because budak tu berak. Dengar cerita tu rasa diri kena lempang. Kita ni mak, macammana buas anak kita, kita bole sabar. Tapi org luar tetap org luar. Kalau dia sakit ati mmg tak pikir. Kadang2 ibu amani nangis kat umah bila nenek sometime hilang kawalan marah dengan amani tau. Tak pukul tu, marah je, mak dia sentap.

Cam no?

My friend bagi advice dari dasar pengajar. Dan syukur ada kawan amani kat GBOB mak dia sentiasa bertukar idea pasal parenting ni. Aku ni masalah sikit. Cepat panik. Sbb tu aku kena plan awal2. Nak dekat2 ni payah. Zamani tak membantu... dia ok je. Dia tahu anak dia kena pukul dengan cik gu, dia belasah cik gu tu balik. To him, amani akan ikut flow kat sekolah. Dont worry to much. Mungkin dia tak worry sbb bini dia dah ambik semua element. Hihihihi









Ok kalau ada parents yang tak perasan lagi, sistem pendidikan kita dah sangat maju. Mmg jarang la kita jumpa budak masuk darjah satu yang tak kenal huruf. Paling tak ABC dah kenal. Macam amani, number up to 20 je dia kenal. And dia dah boleh mengira backward 20...19... 18.... (thanks to trafic light yang ada number kiraan tu yer)

Value of number pun dia dah ok. Sama jugak tak la banyak kalau value i guess up to 10 ok kot.  So macam kawan aku ni, dia dah set apa dia nak anak dia buat. Means dah set  by age of 5 anak dia dah boleh membaca.  So aku plak? Bagi aku aku nak amani focus on skill development dia. Menulis, pegang barang, warna, arts. Tengok pendapat dia, ada betulnya. Kenapa aku nak masukkan sekolah yang kita boleh buat kat rumah dengan anak?  Tapi masalah aku plak aku tak tahu nak handle anak ni. Sampai sekarang aku masih tak berjaya nak ajar amani tuk pegang pencel dengan betul. Sbb apa? Baru start dia cakap sakit la, tak nak, end up bengang dan nangis yang berlarutan.

So aku plan tuk hantar amani ke sekolah yang base on Montessori and by age 6 get prepare academy dia so bila masuk darjah satu oklah dia dah ready dengan persekitaran pembelajaran kat sekolah. Dan kalau aku masukkan amani sekolah yang jenis academy awal ni, aku takut dia tak bole nak follow. Homework yang melambak. Tengok abang Rayyan pun tahu.

Tapi like i said, ko kena pastikan anak ko bole. Macam kawan aku ni, dia sendiri rasa sekolah yang jenis intergrasi ni sesuai dengan amani, sbb amani jenis yang tak bole buat benda lama sangat. Dia hanya boleh duduk diam 5 minit sahaja, lepas tu dia bosan. So jenis intergrasi ni dengarnya diaorg banyak buat aktiviti dalam dan luar kelas. So how about diorg punya silibus? Bacaan kiraan? And penggunaan bahasa pun penting sbb kita duduk Malaysia. A friend of my teruja dengan amani yang berbahasa english. Dia nak hantar anak dia sekolah yang mana boleh kuasa dlam bahasa Ingeris. Dia even tak kisah kalau anak dia tak reti cakap melayu.

Pulok!

Kalau dok oversea aku rasa tak jadi masalah. Tapi dia akan jadi masalah kalau belajar sekolah kebangsaan. Kalau ko redha rasa masukkan terus  anak ko kat International School. But not amani. Ini akan jadi isu jugak kalau dia tak tahu berbahasa melayu. Aku bagi jugak amani tengok upin ipin. Kartun melayu pun banyak jugak sekarang. Kat umah pun aku minta nenek atuk cakap je bahasa melayu. Tak yah ikutkan sangat. Aku sendiri cakap dua bahasa, sbb nak bagi dia faham. Macam

'Do you want to eat? Kakak nak makan?'

'Kakak go sleep! Kakak masuk tido'

Secara tak langsung dia faham, insya Allah. Allah memang sayangkan aku. Anak ni syurgakan. Bukan sbb aku terlalu ikutkan sangat dan pikir mengarut. Even semua yang tengok amani, diorg cakap dia ok... Duduk la satu umah. Dengan org yang dia dah biasa pun macam tu, kalau duduk dengan org sekeliling?

Ermmmmm mungkin sblm puasa ni aku akan ambik cuti dan pergi tanya kat sekolah2. But first kena dptkan list2 sekolah. Kadang2 sekolah yang tak popular pun bagus. Lagi kurang murid dalam kelas, cikgu lebih mudah focus.

Heheh akak nak dekat dengan umah supaya senang. My parents and my in law pun tinggal satu kawasan. Kalau apa2 kat amani, diorg bole terjah tengok... uhuhuh. Sbb me and zamani kerja boleh tahan jauh.

Ok til then

XoXo



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 Zam bercerita lagi

Sunday, May 17, 2015

Gbob mother's day celebration

minggu ni mmg best! Teacher anne wat suprise tuk mummy2 kat gbob...

Siap dapat hadiah lagi tau, touching sangat. Tq teacher anne 😆

Ok walaupun sambutan hari ibu, mummy mummy kat gbob nak menyambut hari guru sebenarnya. Amani beli flower and hadiah sebagai tanda ingatan kat teacher anne yg banyak membantu amani menjadi anak yg beza sama seperti anak2 lain. Yer la aku kena ingat teacher anne akan jadi teacher pertama amani. Sama jugak dengan ammar insya Allah.

GBOB is the best la!

Happy mother's day and happy teacher day.

Amani cakap 'it teachers birthday'

Saturday, May 16, 2015

Selamat Pengantin baru Puan Yani....

Opis mate yang telah naik taraf title cik to puan...

Alhamdulilla budak ni mmg suke berahsia. Satu opis tak tau dia nak kawin. Tup tup dapat kad kawin semua terkujat...

Well akak je tahu. Berani simpan rahsia? I tak approve cuti.

Amboi jauh betul kampung dia. Ku tinggal anak dan somi kat umah. Ikut budak2 opis. Jimat minyak and toll opis sponsor. Boss sayang kami... wink wink...

Akak doakan yani dan man bahagia dan kekal sampai je Jannah. Cepat2 dpt anak. Pengsan dia baru nikah semalam aku dah pikir kalau dia cuti meternity. Mampuih chek! Hihihi tah apa2 je kan....

Monday, May 11, 2015

Semalam yang indah

Tak sangka aku rasa sambutan anniversary semalam adalah yang terindah... our first anniversary mmg most romentik. Setiap bulan anniversary abang zamani akan bagi sekuntum bunga... masuk bln ke dua dua kuntum and up to 12 month... ai pernah dapat 12 kuntum bunga. Di sebabkan dpt bunga banyak malam tu maka aku tido dengan bunga terus tak dpt lagi. Hahahah

Ok joke... no joke pasal bunga. Than tahun ke dua sampai last year erm yg pasti kitaorg sambut dinner kat restaurant yg lebih mahal sikit. Kah kah kah omputeh sangat... but this year kemalasan. But alhamdulillah masing2 tak lupa should be ok. Maknanya ada lagi sayang. Uhuhuhu

Selalu aku yg poyo nak dinner nak itu ini. But now kemalasan. Anak2 plak jenis melekat. Nak dinner ada jugak menangis sbb anak2. Oiii diorg sangat lasak. Sblm air tumpah, makanan tumpah. Baju anak2 kotor makanan tak makan main je lebih maka better kita lupakan niat murni.

Lepas kelas gbob amani, ingat nak makan kedai biasa je. Tp amani request nak makan mcdonal. Dan kebetulan ada card tuk reedeem air  kat mcd maka kita ke mdc yg ada mc cafe. Tujuan utama nak jugak kek tuk anniversary. Hahaha

So buget. Air f.o.c beli cake lave RM 7.90 termasuk gst.

On the way balik, zamani ajak tengok wayang. Tp bg anak2 tido. Wahhh peluang. Tell uols eh. Kami pose tengok wayang 4 tahun da. Since ada amani mmg tak jejak wayang da. Tp before that we all kaki wayang. Dr sblm kawin sampai kawin tp blm ada anak. Mmg wayang spot kami. So ada anak, mmg x pernah jejak. Sbb nak dapat amani bukan senangkan. Anugerah yg kami tunggu lama. So maka tinggalkan semua hiburan berdua semata2 amani.  Plus kitaorg mmg da set mind anak2 nenek jaga bila kita kerja. So agak kejam nak tinggalka  anak2 sbb nak berhibur.

So yesterday bila amani tutup mata terus zazzz kuar tanpa toleh belakang. Nenek dan mak cu kasi chan extra jaga budak2 sbb semalam anniversary kitaorg. Hahaha...

Bila dpt kuar tu alamak!!! Macam haven gitu! Tp 2 jam dlm wayang masing2 tengok phone. Takut sangat bebudak buat perangai sbb diorg bukan tak tahu. Lagi amani. Baju sekolah masih pakai ibu abak tak ada.

We all tengok movie the advangers. 4 tahun tak g tengok wayang harga wayang tuk seat biasa rm 17?? Gila kentang. Dulu RM 10 je. Suke ambik couple seat yg RM 18 kalau tak silap dulu. Ni couple seat full. Dpt single pun single la. Nak menyotong balik umah. Hahaha...

Keluar tanpa anak2 macam sesuatu. Dah biasa kalau keluar rumay pastikan barang anak2 di bawak keluar. Tu pun dok sport check apa eh tak bawak?

Typical mummykan? Nak bergembira tapi tak nak tinggalkan anak. Kesian anak2 sbb hari2 kena tingal. Semalam weolls sampai umah sian tengok. Masing2 tahu kena tinggal. Terus melekap. Amani dok ikut je sampai jadi jaga kat toilet.

So korg tahu kenapa kitaorg jarang dating berduakan??



Perjalananan 6 tahun kami


Ku abadikan di sini...

Delay sbb syok buat nak publish tak boleh. Geram betul! Tak suprise langsung!

Tapi tak kisah la. Janji ado. Ku abadikan perjalanan kami sepanjang 6 tahun bersama. Susah senang bersama. Derita sakit bersama. (Gila tak leh bla ayat akukan!)

Atau erti kata lain laaa

Selagi rajin. Kot lama2 boson. 10 May sama macam ari biasa. Tak di kenang sangat oleh kami. So Buat la video tuk tatapan sendiri. Hihihihi






Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, May 10, 2015

2190 Hari @ 2.30 PM


Salam....


Cepat sungguh masa berlalu. Akhirnya dah 2190 hari bersama. Poyo sangat la. A.K.A ini anniversary yang ke 6



Time ni.....kan....

Di mataku di hatiku, di jiwaku hanya ada kamu
Matamu senyummu, buatku jadi tak tentu
Hidungmu bibirmu bergetar seluruh tubuhku
Gayamu caramu buat tak lena tidurku
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahah (panjang sikit... dangdut terus keluarkan...) Di kau segalanya.

Amboi amboi amboi... ko tengok tenungan abang sado saya tu... kecairan tak? Awwww tak leh tido malam. Tahun 2008 dalam misi mencari cinta aku dan abang Zamani. Aku siap dah cakap kalau umur 28 tak kawin, ambik anak angkat je la. Tak kose nak mencari cinta. Lelaki yang ado macam tak gune jekan. Bercinta bertahun2, habis duit, tenaga, air mata, kesusahan dan kesengsaraan, last2 tak ada apa2.

Sebut kawin macam apa je.

So misi kami adalah sama. Nak kawin. We all hanya kenal 2 minggu, aku terus cakap aku malas nak kenal dia lama2. Meet my parents kita kawin. And dia yang sangat gentleman terus cakap 'OK'. Woit kenal 2 minggu je cakap ok? yang aku bercinta 6 to 7 years pun muke kelat kelat. Betul ke mamat ni?

But bila sampai seru kita, mmg semua tu smooth je. All the way. Imagine aku tak ada simpanan pun to get ready nak kawin. Tunang nikah semua pakai duit bonus. Bonus tk la banyak mana, tapi masa tu tepat dan mmg tak banyak ragam la.

Mungkin itu kelebihan yang aku dapat la. Nak kawin dengan org yang betul ni everything Allah aturkan dengan indah. Bole kira sekali je kitaorg gaduh. Sekali je ok. And gaduh kitaorg pun bukan nak pening2 kepala. Tapi seram gak sbb dua2 senyap macam tak jadi nak tunang je? (that time la)

Kita mula dengan chat secara serious one month,

Jumpa after one month

Decide tunang 2 weeks

Suppose tempoh tunang tu 6 bulan

End up dah tertulis aku jadi isteri dia 3 month...

Heppp jangan pikir bukan2 asal 6 bulan terus 3 bulan. Masalah keluarga, sbb ibu and ayah nak pinda putrajaya so aku di beri pilihan dok putrajaya ulang alik kerja port klang that time/ duduk hartasmas ulang alik port klang. Untuk biarkan aku dok umah klang sengsorang mmg tak sbb kami gedik nak jumpa tiap hari. 6 bulan silap2 jadi buah mulut org je. So agak terharu bila Zamani setuju tuk cepatkan tarikh nikah padahal semua dah booking on 1st of july. Kui kui dah pilih our nikah date that time 30 june 2009.

Ekceli akak yang gedik. Nangis je kerja sbb tak nak duduk jauh2 ni. Nak dating pun payah. wakakak... klang shah alamkan dekat. Kalau pindah jauh.

Semua di permudahkan. Kita merancang, kalau dah tertulis kita kawin pada sekian sekian mmg itu yang akan jadi

2 minggu tuk siapkan semua document tuk majlis nikah.

10 May 2009 at 2.30 pm (tok kadi datang lambat...sigh.... rombongan lelaki awal la pulak 1.45 dah dtg.) saya menjadi isterinya.



Perfect  sangat


first time bertudung. Ikut plan tak nak pun pakai tudungkan. Sbb aku bukan bertudung. Tapi setelah pikir balik, nak bertudung. Gelabah mak andam aku nak cari tudung yang sama dengan baju. Kain tu kain hantaran time nikah.

Mak cik happy masih muat pakai baju ni sampai anak 2 ok...

Now jadi pameran dalam almari je. Sob sob



I bukan fotogenik. Time ni malu2 nak posing. Cheh padahal kalau kuar dating lentok sana sini. Heheh ni dah sah somi kaku berdiri tegak.

Majlis yang sangat sempoi. Tak sampai seratus org pun. Yer ke tak sampai. Erm rasanya rombongan pengantin lelaki ramai jugak. Sbb majlis Zamani di nantikan oleh family dia, sama juga dengan majlis aku. hihih kami berdua adalah anak sulung yang umur kelanjutan tak kawin2. Hihihihi...

Tapi oklah kawin gak...

Saya 28 Tahun

Zamani 32 Tahun

Not bad kan?


apa pun sayang...

Terima kasih kerana menerima segala kekurangan saya.

Terima kasih menjadi bapa pada Zulaikha dan Yusuf  (Aryssa, Amani dan Ammar)

Terima kasih menjadi teman suka dan duka

Terima kasih menjadi nakhoda yang sentiasa utamakan anak kapalnya.

Terima kasih kerana menyayangi dan mencinta saya.

Terima kasih di atas kesabaran melayani saya

Terima kasih di atas bertahan dengan kerenah saya.

Semoga aku di beri kesempatan menulis setiap 10 May tentang perjalanan kami. Semoga aku tak pernah bosan atas jalan yang kami sama2 lalui. Insya Allah...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

6 tahun sudah


Bismillah.....

Selamat ulangtahun yang ke 6......


Di saat dia menerima akad nikah itu

'dia telah menerima dan bersetuju mengambil alih tanggungjawab dari ibu bapaku. Dia bersetuju memikul dan bertanggungjawab  di atas dosa yang telah aku lakukan. Dari solatku, dari auratku, dari kata-kataku, dan dari perbuatanku. Dia telah berjanji untuk melindungiku sepanjang aku bergelar isterinya.  Melindungi dari aku di sakiti, dan melindungi aku dari menyakiti, sekiranya dia gagal, dia seorg yang fasik, dayus dan rela di masukkan ke dalam neraka dan menerima hukuman Allah di atas perbuatanku' 

Sungguh besar penerimaan akad itu :)

Its our anniversary...

Ya Allah

Limpahkan aku kesabaran untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakan aku kekuatan mu untuk aku perbetulkan

Saya sayang kamu Ana Norzamani :)

Sayang sayang lebih dari sayang Amani Iman pada kamu (hahahahahahaha tak boleh bla nak gaduh dengan anak sendiri)

Hihihi


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 CidaZam bercerita lagi

Saturday, May 9, 2015

Young Living EO

Salam...

Zamani : u beli minyak apa tu?

Me : minyak senyoyong... nak tenyeh anak dara dengan si bujang tu....agar diorg dengar cakap i.

Zamani : banyak la you....

Hihihi... lately amani punya old behavior dtg balik. Dia bukan marah tapi memberontak lebih2. Expecially nak bangun tido. Aku rasa semua bdk macam tukan? Tp tell you ni jenis mengamuk yg ko rasa nak makan dia.

Mencederakan diri. Tah balik balik perangai dia tu. Meronta2 jangan cakap la. Macam batu giling pun ado.

So aku try Eo ni. First beli RC. Ingat tak time ammar masuk sepital. Rc tu serasi dengan amani and ammar. Dr batuk terus lega tido lena bebudak ni. Syukur jugak sejak kuar dr hosp letak je RC terus ok pernafasan bebudak ni. Fungsi mcm vick. Tp tak lekit or berminyak. Resap kat kulit. Aku sendiri pakai tido lena...

Ni peace and calm. Budak tengah mengamuk bagi dia cool sikit. Tak cube lagi tapi advice by teacher watie. Macam amani ada masalah behavior patut ada set minyak yg kena sapu for 14 days. Tp 14 hari ni ko kena dilute without fail. Masalah di situ adalah amani yg pantang org pegang badan dia apa lagi nak urut. Minyak eo ni tak la berminyak tp bau dia kot payah si amani ni nak tahan. Sapu vick pun mengelupur. Ni ada few minyak ko kena sapu mmg tak la kan. Tp testi mak2 yg gune ni ternyata anak diorg behave. Satu lagi masalah aku takut aku lupa. Hahah balik kalau susukan ammar aku kemana anak ke mana. Fail satu hari jahanam usaha.

Tp itu bukan satu alasan. Ko nak anak elok dan buat terbaik tuk anakkan?

Ok kita try PNC dulu... tengok macammana. Kalau berkesan at least aku tak mengadap amani meronta hanya nak susu aku rasa ia berkesan.

Ammar pun bole tahan mak mengamuk. Try kat dia sekejap and oklah dia bole duduk dengan abak dia. If not?? Abak pun tak nak.

But my objective pada si amani. Doakan yer mummy2 semua

Friday, May 8, 2015

Happy Birthday to Bonda Hajah Norhayati

Salam....

Its 8 May 2015. Its my MIL's birthday.

Happy Birthday Mak.

Kami doakan semoga mak panjang umur dan di murahkan rezeki selalu. Semoga mak dia berikan kesihatan yang baik selalu.

Ya Allah...

Sihatkan ibu kami, tenangkanlah hatinya sebagaimana dia menenangkan hati kami ketika kami dalam kegelisahan, dalam kegelapan dan dalam kesusahan. Permudahkan segala urusannya. Terimalah ibadahnya. Kurangkan dan buangkan segala kesengsaraan yang di tanggung selama ni.

Amin




Terima kasih mak di atas segalanya....

Love

Xoxo


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails