Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, August 6, 2015

Anak aku dah ke sekolah

Amani start sekolah.

Gelabah ko senah tak menyabor masukkan anak sekolah. Agak terlambat bagi aku la nak masukkan amani sekolah. Sbb mind aku selalu pikir dia masih 3 tahun. Padahal tahun ni dia 4 tahun. Tapi lambat lambat pun tak la terlalu lambat tuk mula.

Zamani macam serabut tengok bini tak dan nak hantar anak sekolah. Hahahah biarkan! Banyak faktor yang aku kena pikir... kalau dulu aku ada buat entrykan pasal early education program

Aku ada listkan apa yang kena buat tuk cari sekolah yang sesuai. Dan pendapat2 mak mak dan teacher-teacher pasal benda ni. Since amani ada behaviour issue, dia kena masuk sekolah yang special. Cume nak dapatkan sekolah yang istimewa tu kat klang tak ada. Tapi Alhamdulilla lepas dia join play terapi nampak sangat progress dia. Kalau tengok umur amani blm lagi 4 tahun. Fizikal dia yang tinggi yang macam budak 5/6 tahun buat nampak progress dia agak lambat. Expecially on speech.

Korang percaya tak dia sangat becok dan murai sebenarnya. Dia seorg yang suke tanya dan suke ulang ayat berulang ulang ulang kali. Tapi when come jumpa org luar dia jadi senyap. Totally different sampai org tanya dia tak tahu cakap eh.

Reason aku masukkan dia sekolah awal bukan la nak terus jadikan dia budak yang pandai. Tapi i think she need to develop skill berkawan dia. Biasakan diri dengan org. Memula sblm pose tu mungkin agak ok la nak start. Tapi ni dah nak dekat suku tahun akhirkan. So teacher pun cakap dia takkan paksa Amani. Kalau dia tak nak baca, tak nak menulis, diorg tak akan paksa sangat. Tapiselalunya bebudak ni kalau tengok kawan buat dia akan buat sama.

Pagi ni mencabar bila kejutkan dia bangun. Mengamuk2 sampai hilang sabar. Dia nangis2 yang ammar plak excited nak mandi pagi-pagi. Siapa yang nak gi sekolah ni? Walaupun ini hanya pendaftaran tapi aku sebenarnya nak dia tengok keadaan sekolah dia. Tak la isnin nanti terkejutkan. Asal ibu dengan abak hantar aku sini.

Semalam berbual dengan dia

'Ibu hantar amani school'

'Which school?'

'New school with new friend. But no Teacher Anne'

Muke dah lain... terus

'Tak nak!' when amani cakap tak nak, u kena tahu handle dia. Kena cakap dengan dia. Berulang ulang kali. And her type dia akan cume keluarkan diri dari situasi tu. Kira dia tak nak pun tahu apa akan berlaku next. Sbb tu bila tak ready dia akan menangis. Nangis sejam dua pun tak ada hal!

Dari semalam aku pujuk ikut ibu pagi ni... pagi ni dia macam biasa nangis nak mandi. Lepas mandi ok lak tak sabar nak gi school. Mungkin dia ingat kelas kat GBOB



During registration. Aku cerita sikit masalah amani yang ada behaviour issue. Sambil sambil tu aku biarkan dia tengok keadaan tempat tu so isnin nanti tak la dia rasa lain. Amani ni kalau tempat baru selalu dia akan buat perangai. Tapi kalau dah dua atau tiga kali dia ok. Sbb tu aku paksa dia ikut aku. Padahal lepas tu nak terus gi kerja. Kalau dia nampak mesti nangis sbb kena tinggal.



Dok berkepit dengan aku tak habis. Sambil tengok keadaan sekeliling.

Kenapa aku pilih tadika ini untuk amani.

1) Its full kindy. Tak ada kelas petang ke apa. Sbb bagi aku la... bagi aku. Nursery yang ada transit ni payah jugak. Sbb kalau tadika kecik ni, guru tak banyak. So aku rasa aku sangsi bab perhatian dalam pembelajaran, Sbb kalau full education ni mmg cik gu mengajar je dr nak tengok and perhatikan budak kuar masuk balik and nak pergi sekolah.

Correct me if im wrong pasal tu. Sbb yg aku nampak day care and kindy or nursery ni macam serabut sikit tempat dia. So aku tak dapat bayangkan mana budak belajar, mana diorg nak monitor budak2 transit, mana diorg nak tengok budak bawah 2 tahun ni. So kalau kita pilih benda tu, aku rasa ko kena pilih tempat yang betul betul strong tentang jumlah pendidik. Yang mengajar dan yang mengasuh. Tak leh satu dan ko buat semua.

2) Aku mmg nak cari islamic kindy for Amani. Aku dah survey few tempat. Tapi aku tak rasa its suit Amani. Sbb bab uniform. Kang kena buang sekolah sbb dia mmg tak boleh apa-apa kat kepala dia. Mksud aku benda tertutup. Pakai tudung adalah sangat sensitip bagi Amani.

So ko nak biarkan anak ko? Itu kan wajib. Yer aku tahu anak aku. Nak masukkan tudung tu dia dah macam lemas. Mungkin dia ingat org nak tekup muke dia ke apa aku tak tahu. Dia boleh jadi agressive dengan benda yang dia tak mahu. So belum masanya lagi. So sampai bila nak biarkan? Sampai dia sendiri ok. Sbb keadaan yang macam tu akan menyusahkan semua org. Silap2 cik gu benci. Tak pasal2 amani kena pelempang , aku masuk front page sbb cekik cik gu sbb pukul anak aku. Takkan aku nak susahkan mak akukan nak bergusti dengan cucu sbb tudung je.

Yes nampak macam reason aku ni bodo sangat. Tapi ko pun akan jadi bodo kalau ko dapat anak perangai yang macam ni. Ko give up.

Kindy ni provide kelas agama. So bagi aku cukup untuk asas. U dont expect anak ko tahfizkan? Kat Gbob pun ada ajar, doa, huruf2 kenali Allah...so untuk age macam amani, cukup! Tak perlu we expect more.

3) Im looking school yang mix with other races. So she can learn to mix around. Percaya tak kalau aku cakap amani fobia kalau berhadapan dengan org bangsa cina or india. Everytime we go klinik pead dia mmg cina. Jumpa selalu ni tapi dia punya takut macam nampak apa. Sama gak gi minum kedai mamak, dia akan menherit kalau org tu tegur dia. So mix with other races so that she can learn to respect bangsa lain.

4) English basis. Bukan nak berlagak nak anak bagus sangat. Tapi amani mmg tak tahu bahasa melayu. Dari dia tercengang tak tahu apa-apa dan terasing aku rasa ini adalah terbaik buat amani. Even tadi teacher ada mention kelas dia ada dua. Satu kelas yang mengajar bahasa melayu dan satu english. Tapi kelas english semua cina and india. Majority. Sorg je melayu dan nama budak tu pun amani. Tapi aku request subject bahasa melayu jugak tuk amani. Mungkin ada extra class juga la kot.






Sekolah start 8.15am to 12.15pm

Teacher tu tanya kalau amani berminat nak masuk concert. Hahaha masuk kelas pun belum. I dont know. She love singing. Hahah mana tahukan... hujung tahun concert sekolah tapi teacher cakap diorg di latih since june lagi. Ehem ehem jangan di duga anak dara ai tu...

Silap2 buat persembahan solo. Bangga ibu nak!

No objection from me. If she interested and nak. Go on.... Time ni nak tahu interest dia apa kan?






Baju sekolah terus dapat hari ni.... mak dia teruja bukan anaknya! Hahah amani malu nak sarung depan senior. Masa bebudak tu aku dah ambik. Sbb tu la diorg duduk sesaja. Elok je duduk sementara teacher attend auntie.





Ni kelas budak 6 tahun. 

My target until hujung tahun ni, amani boleh bergaul dengan org. That is the first target. Tahu baca, menulis ke apa we let her learn slowly sbb baru 4 tahun kan? Kalau 5 tahun she can start balik. By age of 6 ke boleh focus on academic school macam q-dees and smart reader. Tapi kalau amani ok boleh baca semua tak pa la continue je sekolah ni until 6 years. Sbb ada target. Macam rayyan smart reader, umur 6 tahun baca paper ko!

Ha tak yah susah. Masukkan anak ko terus university kalau dia boleh baca paper. Heheh tu harapan mengunung. Aku sendiri pemalas ubi, aku sendiri tak baca surat khabar english. Heheh mana tahu kan. Bole la anak aku masuk list menteri. Hahahah bijak sikit dr apa yang ado.

Harapan!

Ok wish amani luck yer... mak dia yang excited. Hua hua hua

Akhirnya anak aku dah sekolah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, August 3, 2015

Ammar 1st Birthday Party and Open House For Aidilfitri 2015


Salam....

Kisah birthday party ammar dan open house raya tahun ni. Tema ialah Spiderman. Kalau bab tema birthday anak ni, bukan la idea aku. Mostly abak yang pilih. Percaya tak? Nampak aku yang overkan? Aku over buat je. Org bagi idea kalau aku rasa senang nak buat maka buat la. Bukan payah pun kan? Sekarang google je. Pakai PC copy paste. Kalau nak upah org makan RM 300 to RM 400 tau. Sayang duitkan. Yang ni ambik masa ko je la. Rajin tak rajin. And anak-anak pulak macam-macam perangai. Diorg pun suke. Suke kacau. Since amani dia dah terdedah dengan kelas art GBOB so bab gam gam ni bagi kat dia. So its become aktiviti anak beranak.

Tapi dia gam satu je lebihnya banyak nak jahanamkan. Hihihi

Aku rasa puas hati dapat buat besday anak-anak walaupun diorg ni bukan tahu sangat. Manjakan sangatkan sok asik minta je. Dulu aku kecik-kecik i always dream to have birthday party. Tapi sbb ibu tak kerja ayah je mencari malas la. So bila ada anak, seronok meraikan dengan budak2 sebaya diorg. Walaupun diorg tak ada kawan lagi. Anak2 kawan mak pun jadi la!



Ni spiderman garang... gigih la kitaorg edit gambar. Just for fun. Ammar pun pandai bila tunjuk gambar ni dia tersenyum senyum dan cakap 'Mar mar' (Dia panggil diri dia mar mar...)

Asalnya mmg malas nak buat... cukup la potong kek. Tapi tah la aku tak boleh. Time amani bersungguh2 buatkan? 3 tahun macam2 kitaorg buat. Takkan ammar tak buat. Mula la rasa berat sebelah. Anak dua tiga kerat je. Kuar dari perut/rahim yang sama. Kalau tak pernah buat tuk kakak tak pa la. Nampak sok gambar, dia tanya kita kenapa? Nak jawab apa kan? Nak ulang masa dah tentu tak boleh. So buat je la. Selagi tak membazir. Asal buat besday si amani pun sbb all this year sejak adanya Rayyan, aku dah buat tuk dia. Tolong Fidah. So anak sendiri tak bole buat? Anak org bersungguh-sungguh buat kan....




Back drop yang abang zamani buat. Last minit. Bini dia nak perfect! Hahah perfect ke? Bukan la. Dinding tu kosong sangat. Macam tak best. Sajer je goggle pic dan minta dia buat. Sbb Zamani ni creative gak. Cume bakat terpendam. Macam aku, aku tak creative. Tapi suke benda-benda macam ni. Nak suruh deko pakai lukisan ke apa mmg tak. Takat potong-potong gambar lekat tu bole la.


Ruangan kek


Bahagian Snak/ makanan ringan tuk bebudak. Tak seberapa tapi oklahkan?


Ruangan potong kek


Kek besday... ok tu gambar ammar. Bukan gambar anak mat salleh tapi anak Mat Zamani. Hahaha... Bole plak ada org tanya ini gambar ammar ke? 


Ini bahagian goodies bebudak. Self service. Sbb tak ada org yang nak bagi bagi satu-satu. Tapi telah di sabotaj anak sendiri dan cozen2. Bukak semata nak coklat. Acamak! Kakak Amani ni.

Kali ni decide buat macam ni. Senang. Leceh dlm plastik. Bekas mak pak leh gune. Letak syiling. Letak Brooch semuakan? Pandai tak kak ton?



Ni plak party accessory... pun letak je. Siapa nak ambik main, silakan tuk ambil sendiri :)


Menu hari tu, nasi ayam, mee/bihun/kuahteaw sup... nasi impit, rendang, kuah kacang, roti jala, roti puding dan pulut kuning

Aku masak rendang, mee sup, pulut kuning dan nasi impit. Nasi ayam aku tempah kat org sbb tak pandai nak buget nasi. Kang org makan bubur tak pun beras. Hahaha.

Aku minat plak. Alhamdulilla dapat la jamu 50 - 60 orangkan. Terima kasih pada MIL. Dia banyak bagi tunjuk ajar. Segan la kawan masak bukan la pro. Tp rasa buat sendiri lagi puas ati dari upah org. Cume penat la. Tapi tak pa akan cube sampai berjaya. Aku bercita-cita bila anak tu minta, mak boleh sediakan walaupun dengan pejam mata je. Hahaha. Tapi slow slow la kan?

Tengok bebudak bertambah-tambah mee sup tu, bangga. Hahahah Risau je tak lakukan.



 Dengan bakal menantu. aHahahaha... Anak BBF ai ni baya amani. Segan kalau nampak amani. Suke sangat dengan pulut kuning aku buat. Bangga la. Aku tanya sedap ke adam, dia cakap Sedap sangat!!!

Sedap sangat! Hahaha....

Budak tak tipu nakkkkk!



Yang ni org kuat jugak. terima kasih anak buah sayang kerana banyak membantu...

Yang lain mak dia yang over bergambar dengan kawan2 mak dia. Tah besday anak ke mak ni? Hahaha.... Terima kasih yang sudi datang. Walaupun hujan lebat dan org cakap nak masuk bandar kelang jam sangat. Semua org buat open house rasanya... Apa pun terima kasih



Bersama kawan opis lama






From us
 Thank you yang sudi hadir....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, July 31, 2015

Mý raya

Salam...

Raya this time agak hambar. Kita tak g mana2. Petang raya org bertungkus lumus di dapur aku baring2 dengan anak2.

Zamani last minit cari baju nak matching dengan kami. Sampai sudah tak jumpa. Hati sejuk dia bawak balik baju melayu jenama aaron aziz. Hahaha. Tahun depan kena tempah awal2. Kalau tak kalut macam ni.

Tetiba tak leh jadi. Aku nak makan rendang ayam and nasi impit. So pergi lari ke tesco beli barang. Bole la. Walaupun mak ayah balik raya still aku tak la terasa. Buat la rendang dan nasi impit.
Raya kami beraya dengan family in law. Tak ada la sedara mara yg dtg cume adik ipo bawak calon kenal2. Hahaha.

Raya ke dua abang zamani ajak balik melaka. Tahun ni pertama kali raya tanpa nenek. Mmg rindu. Time arwah ada tak plak kita hargai saat tu. Tp seminggu nak raya aku asik teringatkan arwah nenek. Rindu ketupat rendang dia. Walaupun dia dah lama sakit tp aku masih rasa dan rindu airtangan dia masak rendang kuah kacang dan sambal udang.

Nenek tak ada menunpang rasa dan kasih rumah mak ngah. Mk ngah dan family masih lagi buat ketupat dan rendang. Mmg dapat bayangkan petang raya tu dia sibuk merebus ketupat dan masak rendang.

Terlepas jugak la rindu dengan sepupu2 yg rapat. Yabg membesar sama. Kali ni lain bila masing2 ada isteri. Well semua lelaki sepupu aku. Sepupu perempuan jauh bebenor jarak umur so tak berapa rapat.

Macam lupa laki dan anak. Hahaha duduk sembang macam kedai kopi. Nasib baik zamani jenis faham. Dia dok layan anak2. Bini sembang tah berapa kali tambah ketupat dan rendang. Hahaha
Beraya di rumah baru sepupu aku. Org baru beli rumah sesuai la dtg beraya.

Tahun ni emerald green...


Erm layan gambar. Again ku update pakai phone je. Hehehe


Ketupat tak tahu anyam... kita makan la nasi impit. Zamani tak beraa gemar. Dia suke ketupat palas. Dia cakap nasi impit or ketupat daun ni macam nasi biasa. Ala dinda tak katam la kanda. Tapi dinda janji eh belajor. Sok tak la kanda rasa sunyi org lain raya makan ketupat daun palas, kanda makan nasi je. Keh keh keh. Mana tahu ada rezeki nak merantau negara org, tak la rindu sangat buat order on line bagai (veranggan)


Rendang ayam saya


With Husband


With my anak dara... yang kat tangan tu bukan la handbeg raya... bakul mainan je



Anak bujang yang berbaju melayu macam mualaf dah ibu tengok.


Our family pic on raya


Bersama mak dan bapa mertua... anak2 ni tak gheti nak pandang camera. Si amani buat perangai lak nak posing dengan bola. Motip?



 Dengan sepupu yang rapat...





 Suke gambar ni... ni bukan ammar... ammar second cozen. Budak ni jumpa sekali time aqiqah dia. Mak long cida nampak mude bertahun2 lakkan? So tepek kat blog. Hahahah perasan



Rumah cozen. Seharian mencekik ketupat. Last2 dtg umah order Pizza. Hehehe



Thursday, July 30, 2015

Sambutan hari raya kat sekolah anak @GBOB

Salam...

Cerita raya tunda lagi. Tp nak update sambutan hari raya kat sekolah amani. Kali ni adalah tahun ke dua. First year tu pun dah rasa hebat so looking forward on this year punya sambutan. Bukan aku je la. Mak mak kat gbob pun teruja.

So macam dah tahu konsep pot luck. Tahun lepas mommies kat gbob bg i peluang goreng nuget je sbb lepas pantang. Tahun ni dah set nak buat kuah kacang and nasi impit. Gigih tanya mak mertua cara2 nak buat.

Bila sambutan raya ni, anak2 dan mak bapak kena pakai baju raya la. Bukan main vogue ko. Tudung bukan main instant lilit2. Hahaha. Thorbaek!

Cerita ringkas la yer sbb update gune phone nu. So gambar at the end of entry. Mcm tak biasa. Huhuhu

Aktiviti macam biasa cume bila pakai baju raya mood anak2 ke laut. Tp amani dapat tempat ke empat dalam pertandingan 'mengait' hahaha.... bayangkan anyam ketupat. Alaaaa nak asah moto skill. Teacher bg plate yg berlubang dan kena masukkan tali dalam lubang2 tu. 20 lubang yg pertama di isi dalam masa terpantas menang. Mcm tak ada harapan sbb amani giveup. Dia mana leh. Dah la tangan mak kena duduk belakang. Tp ai tak kisah. Minah ni kena ajar dia buat baru gerak. So tak sangka dpt no 4!

Aku dapat hadiah dlm race between parents. Berkumpulan.....heheheh walaupun tolong sikit2 janji menang. Hahah. Ala ko lukis aku teka. Win lose or draw eh?? Esok goggle game tv 1980's tu rasanya... hahaj salah maaf eh. Tu dlm otak aku. Lupa nama game.

Than family aki dpt hadiah family sporting. Itu paling lawak. Sporting tang mana? Zamani malu kuda... amani dtg mood ke laut tah apa2 dia buat. Jangan la ko pakss. Dengan aku terjerit2. Anak payah nak dengar arahan. Hahaha...

Lepas tu kebetulan juga kami menyambut besday dua org pelajar. Dalili dengan Azeem. So mmg makan beso la kami that day. Hihihi.

Dr pukul 1030 pagi sampai la 4 ptg aku kat sana. Seronok. Anak2 pun tak meragam tp confirm masuk kete diorg bantai tido.

Ok layan gambar....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails