
Monday, March 14, 2011
Sengkuang Calit!

Aisyah and Aliya
Sedetik lebih

Sunday, March 13, 2011
up date
Aku bukan seorg ibu, tp aku yakin pengorbanan seorg ibu mengatasi segalanya.
Tadi petang aku melawat sedara belah mak mertua aku di HKL. Unit kanak2. Bila melihat budak yg bernama haikal, dia spt kanak2 lain. Ceria tanpa dia sedar dia mengidap penyakit yang kronik. Compare haikal dan budak2 lain di unit kanser tu, haikal sorg yg kelihatan sihat. Yang lain? Aku jadi sedih bila lihat mereka. Wajah ibu yg menemani lebih suram dari mereka yang menderia. Tabahnya ati ibu2 ini dan betapa cekalnya anak2 ini. kedengan ada pula yang membaca yassin, dan ati aku betul terharu. Tiada tangisan atau tersekat suara ibu yg membaca surah itu buat si anak, sungguh mereka tenang menghadapinya.
Saat ini aku tersentap. Sedangkan aku yang tak ada kena mengena dgn mereka, aku sendiri tak dpt menahan kesedihan. Kita selalu bayangkan anak2 ini akan membaca yassin buat kita satu hari nanti, tapi mereka tidak meminta. Malah aku yakin setiap ibu sentiasa berdoa agak anak mereka sihat dan sempurna seperti kanak2 lain.
Begitu juga dgn aku. Aku sentiasa memohon pada Allah... Berikan aku kekuatan di setiap ujiannya. Aku sentiasa di selebungi rasa bersalah kerana tidak dpt memberikan perlindungan yang terbaik buat anak ku. Sentiasa gusar memikirkan sistem badan yang bermasalah yang bole membahayakan pada sebuah nyawa. ye Allah menentukan segalanya. Tiada siapa yang boleh mengubah kecuali kita beriktiar dan terus berdoa.
Terima kasih atas ingatan seseorg tentang dia... Terasa ada betulnya pemergian dia punca dariku. Kalau masa boleh berputar, kalau pilihan di beri, kamu ingat aku suka2 izinkan dia pergi? Lately aku risau akan kesihatanku. Lately juga aku cepat penat, bila cepat penat cepat la terasa. Emosi mula mengawal diri. Tapi ni tak ada kena mengena dengan entry di atas... Ke laut suda aku ni... Ha3.
Tuk adik haikal... Aku tahu aku tak setabah ibunya. Kalau aku di tempatnya tentu aku sendiri buntu. Apa la yang anak dia tahu tentang erti kesakitan. Tambahan pula tuk sembuhkan penyakit si abang, doktor nak air sum sum dari si adik... Si adik yg berusia 13 bulan. Kalau korg? Sanggup ke nak tengok? Yang abang dah tentu sakit, yg adik menjadi korban. Aku pun tak tahu kenapa sum sum ibu dan ayah tak boleh di ambil.
Hanya Allah yang mengetahui... Dan hanya pada Allah tempat kita mengadu. semoga haikal cepat sembuh....
Wednesday, March 9, 2011
Serba salah
Happy Bithday

Apa pun, kak long dengan along wish you all the best and hope your dream and wish come true. Kalau dia ada kat Shah Alam ari ni, dah tentu mak order kek dari Anyah and Che ta... hahah... jangan tak tahu, laki bini tu diam2 simpan bakat buat kek oooo. Tu nanti aku cerita la yer. Buat masa ni kemalasan melanda diri. Can not help la....
Saturday, March 5, 2011
Kemalasan mengupdate
Friday, March 4, 2011
Happy Birthday Dear Aisyah
Sangat istemewa walaupun bukan dari darah daging aku. Tapi jujur aku sayang sangat dengan Aisyah...


Budak yang sangat keletah....

Budak yang sangat petah...

Budak yang sangat bergaya....

Budak yang panjang akalnya.... Thats Aisyah.

Memula dia agak malu. Kata tok mama, dia suke tengok benda yang cantik, org yang cantik. Opsss tetiba terperasan... hahaha. Ye la cara dia tengok tu dia suke tenung. So takut la dia tengok aku sesuatu... mau kena rejectkan. Ahak!
Umur dia baru 3 tahun time tu. Cakap mmg tak pelat langsung. Mmg boleh faham apa dia cakap.

Time ni panggil auntie lagi. Ekceli dia panggil aku kakak tau. Kah kah kah tapi zamani time tu dengki tahap melampau suruh aisyah panggil auntie, yer la nak panggil mak long rakus plakkan? Pestime jumpa family dah nak pakai title mak long. Kui kui kui. Dah nak balik baru la si Aisyah beramah mesra dengan aku...
Aku tak tahu, tapi aku suke budak perempuan. Lelaki bole la tapi nak cari gaduh je. Kui kui kui macam Rayyan. Sampai sudah tak suke mak long. Bagi aku kalau perempuan ni best sikitkan. So since aku kenal aisyah aku banyak beli barang tuk dia. Apa yang aku berkenan aku beli, aku bagi dia. Yer la nan ado anak. Anak buah banyak lelaki. Dulu si Mira aku berhabis la jugak. Tapi dah besar ni je kurang.



Monday, February 28, 2011
14 Feb 2011




Sunday, February 27, 2011
Ibu Birthday




