Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, September 27, 2014

Selamat Pengantin Baru


Buat sahabat saya Hartini Ariffin dan pasangan, rasanya tak terlewat ku ucapkan Selamat pengantin baru. Walaupun dan 2 minggu lebih usia perkahwinan korang.

Maaflah lambat sampai. Duduk ulu pun macam duduk tengah bandar KL. Punya jem. Dr umah kul 1 sampai shah alam 3 petang. Berasap!

Nasib baik anak2 behave. Itu pun abak diorg dah berbakol2 menyumpah. Tapi sempat sampai sblm majlis habis. Nampaknya tak sempat nak tengok Tini bersanding. Cume paksa pengantin bergambar.


Ai selesa pakai carrier. Amani iman tetiba tak takut terus ambik alih tempat pengantin. Apakah?? Tu abang adam duduk bawah hujung ko posing atas pelamin.

Anak omak!


 Sbb gambar tak banyak, maka ambik dan upload gambar yang sama.

ha ha ha.


Dua org perempuan gedik. Kalau aku ada lagi meriah. Bergedik gedik sama. Kawan sekolah dulu. Indahnya korang berselfie.


Kesian. Di suruh pengantin lelaki yang ambik. Muke tak nampak. Jahanam empunya camera sengaja mensabotaj pengantin.

*gelak simpati*

Kena saman org yang punya camera ni.


Yer gambar korang paling indah TANPA AKU!


Ayat seteres!

Adios amigos....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, September 26, 2014

Sahabat


Hola....

Apa sahabat bagi korang?

Kalau korang tanya aku, sahabat aku sorg je. En Somi yang tercinta. Kalau dengan dia je teman bergaduh bagai. Indah! Segala rahsia pun bagi kat dia je. Tapi sejak teknologi bertambah canggih we get back kawan2 yang kita ada dahulu sblm ada somi.

Aku jenis yang mudah percaya kawan. Tapi sekali tersentap, mmg idok la nak kawan. Gitu!

Tapi syukur la. Kawan zaman sekolah tetap keep in touch. Malah terasa duduk sebelah umah. Tengah nak tido pun bole berbual. Tengahmalam tak leh tido pun bole bercerita. Hebatkan? Anak kencing malam pun tak tahu nak marah siapa pun bole kongsi.

Yang best nak masak apa tak tahu pun bole mengadu domba nak masak apa. Cepat betul jawapannya.

Ok make it short. Tak yah nak munga munga ( bak kata my beloved bos!)

Tak tahu bila la. My friend yan A.K.A my fashion designer. Ahak! Ajak lunch together-gather. Dia ambik dia belanja. Awww im so touched. Aku ada masa sejam je. Banyak benda nak gosip. Kepala gila bergambar pun ambik masa jugak. Dua org je bagaikan 10 org. Galak tak ingat org. Aku depan abang zamani bukan main sopan. Bini siapa la tu agaknya


Akukan very the manja. Dulu belum kawin bukan main la berdikari. Dengan kereta akak ajak berteman. Tapi sejak abang zamani korang manjakan bini dia, tetiba aku jadi serba tak tahu. Memula nak lunch kat kedai kawan kitaorg dulu. Tapi dia kat pantai remis. Pekerja dia adalah. Ala pekerja buat apa? Nak jumpa tokeh, boleh dapat discount harga kasih sayang.

Wakaka! Tapi kita decide pergi kedai cili merah. Yan tak tahu kat mana. Aku???

Eh macammana yan tak tahu? Aku yang selalu gi boleh hilang ingatan. Muah ha ha. Gi sana pakai waze. Bole? Merepek tapi itu la aku buat. Belakang opis je pun. 

Sbb tu aku cakap kawan. Dia layan je kawan dia ni yang tak gheti apa2. Yan ni kawan aku yang paling lama. Dia faham sangat la aku macammana. Ni bodiguard mak ni. Dulu aku hanya deal dengan dia bila raya. Ha ha ha tempah baju. Now? Bayang2 aku kadang2 tertinggal kat belakang kete dia. 

Kan mak cik???


Makanan kat cili merah mmg best. Lauk banyak. Tapikan kalau aku tahu dia belanja, aku ambik lauk best2. Takat ni dia cakap kambing pun tak lalu tengok pinggan aku. 

Apakah???! 



Muke terperanjat kena belanja. 

Motip perjumpaan masih belum di ketahui. Dia nak bercerita ke atau aku yang nak bercerita. Tetiba semua isu2 berbangkit terbangkit. Tapi tu yang best. Apa2 pun dia dan aku je. Kutuk kutuk pun rasanya cukuplah kita kita aje. Aku cukup malas kalau menyampai2. Tahu pun buat tak tahu. Tak payah la jadi kiah propa sangat. 

Berbual panjang patut habis lunch 1 petang meleret sampai ke dua petang. Tetiba rasa nak ikut yan balik. Ha ha ha... malas bebenor nak kerja. Ingatkan gaji pekerja asing buat akak gagah balik opis. 


Muke kenyang. Org belanja tak baik kalau kita tak licinkan. Takut org cakap kita tak sudi plak. Kan kan kan. Belanja la lagi. Belanja la.




#Faezayancida bukan main ada hashtag group. Puiiiii gelak guling2. Tapi kali ni yan and cida je la yer. Faeza kawan kitaorg sorg tu tak leh bawak makan. Org pandai makan asik komplain je kerja. Ini kurang, itu lebih. Selalu aku dengan yan sound dia, masak la! payah benor komennya! Kalah chef wan.


 Nak balik punya la panjang beratur nak bayar. Sampai depan casher nampak pulak kek eskerim. Mahal RM 7 sebijik. Kena ada'pencuci mulut'. Nak beli baskin robin idok lakan.

Sbb aku berkenan, kali ni aku belanja. Setelah paw Yan tuk lunch RM 21. **gelak puaka**

Sesekali belanja customer apa la salahnya. Dua kali pun ok. Berkali kali lagi elok. Murah rezeki.



Promote jap. Depan kaunter org geleng gelagak sengal aku. Kalau Zamani tahu, mengaku isteri pun tidak agaknya. Jangan banyak bunyi. Sekarang zaman masuk pacebook. Depan anak dan somi berlagak soleha. Hi hi hi. Oklah sbb sayang, aku belanja. Kurang sikit dari nak baya makan tengahari.

Lariksssss



Pada asalnya, nak beli sama. Coklat nampak indah. Tapi aku ambik mint blueberry. Sbb duit sendiri yang keluar, maka tak sedap. Dia sedap bila duit org lain. *mata juling*


Saya mmg bukan kaki make up. So abaikan muke yang tak berapa nak sudah! Caption tuk gambar ni 'Haiiii duit saya' lalalalala



Minah ni kaki gambar. Org nak makan pun tak senang. Tapi layankan je. Dari aku mula makan sampai habis makan. Gigih dia snap gambo. 

Seronok sebenarnya. Kalau masa kerja bole la ambik masa sekejap keluar. Tapi hujung minggu tak dapat la sbb kawan2 kat umah tu sentiasa mahu perhatian saya. 

Adiossss

XOXO



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 CidaZam bercerita lagi

Thursday, September 25, 2014

Her birthday wish

Hola!

Lawatan ke Aquaria on 13 Sept.

Amani tak tahu apa2 pun. Tapi bagi seorg mak, kita cube bahagiakan si anak. Amanikan pencinta ikan.Anak org lain kump patung, robat, kereta, or paling koman kumpul bear. Tapi anak dara Zamani dan Cida ni ada minat lain dari yang lain iaitu ikan.

Obses!

So cara nak gembirakan dia dengan bawak dia ke tempat banyak ikan. So hari tersebut kami hadiri majlis kawin kawan sekolah aku kat dewansebaguna Politeknik Shah Alam. Nanti akak cerita pasal tu ye. So lepas tu terus ke Aquaria. Aku beli ticket online sebenarnya. Heheh semua di hujung jari. Rupanya tak la crowded sangat. Konon nak main tipu, amanikan baru nak usia tiga tahun. Sebenarnya budak bawah tiga tahun adalah percuma. Ha ha ha....

Nak percume je kan? Niat la konon nak cakap amani 2 tahun lebih blm tiga tahun. Kata bawa ke aquaria as gift birthday. Dah tentu2 la dia 3 tahun dah. Masuk tunjuk bukti pembelian. Dan tanya, sorg kanak-kanak. Dia tanya berapa umur amani. Aku cakap 2 tahun lebih nak masuk 3 tahun. Org kat kaunter tu cakap tinggi amani iman dah consider kena bayar. TAPI kalau nak free tunjuk Mykid. Gila ke apa? Dah tentu kantoi. Haha dan dan cakap tak bawak. Ikut mana pun kena jugak bayo.

Birthday gift la sangat.



On the way to Aquaria. Mak dan anak cubaan bergaya. Like mother like doter la kan....


Dah besar dah anak 'prem' ibu. Yang dulu keluar 35 weeks. Kepala sebesar tapak tangan ibu je. Now dah besar dah. Esok tahu2 berjalan dengan anak dara sendiri. Awwww sayang kakak Amani Iman.



Muke curious sblm nak masuk. Kat pintu masuk pun dah terjerit2 nampak fish. Tiket tak beli dia dah berlari tunggu kat pintu masuk.

Tapi aku puji la service aquaria. Sangat bagus. Tip top. Mana2 ada pekerja yang bantu. Kalau ko bawak stroller, dia akan tunjuk lift. Siap tekankan lift, bila turun/naik siap ada menyambut tunjuk ke pangkal jalan. So ko tak la terpinga2 nak kemana. Direction semua tak perlu. Dan mesra semua. Layan Amani Iman dengan baik. So anak aku rasa happy...

Banyak gambar tp post yang mana perlu la. Semua kat FB.


 Ko tengok keterujaan anak aku. Tempat tu 'berpagar'. Dia siap masuk and berdiri depan tu. And shout 'fish...fish'

Macam dia sorg je tahu apa itu fish. Ha ha ha



We all biarkan dia nak buat apa. Nak tengok berapa lama. Jangan dia masuk terjun nak duduk dengan fish sudah la ye.



Amani tanya aku.

'Banyaknya fish. Bole makan?'

Besar macam tu dia yang makan kita nak. Tetiba mak amani teringat or bayangkan turnal tu pecah. wah! sangat la seram. A.K.A kak sepinut (if she still read my blog) bole ambik idea saya ni, no charge. Wahhh kelas idea ko nak buat filem melayu yang advanture.

Ok tah apa-apa... tak relevent.



Yang abang Zamani korang tengok ialah ikan pirana. Aku pun tak pernah tengok. Ikan pirana ni tak banyak gerak. Macam ikan tak bernyawa. Senyap je. Tapi bila pikirkan dia makan org kecut perut. Si amani lagi tepuk2 gelas tu. Alamak nak oiiii.... ikan tu garang.

Sekali lagi aku paranoid! Biasalah cidakan.



Melayan... dia siap celup tangan suruh ikan makan. Makan apa? Makan tangan kamu yang comel2 tu?


Me and my baby. 


Cik Ammar Yusuf relex tak ada perasaan. Entah nampak tah tidak. Yang dia tahu 'bunyi' bila abak dia hentikan stroller. Kakak nak tengok ikan, adik boring. Kalau dia pandai cakap, im sure dia akan tanya

'Kak! awak tak ada benda lain ke nak minat?





Amani tak tentu arah nampak balang aqurium yang ini... tahu sebab apa? Ini la pelakon finding nemo. She soooooo excited!!!! terjerit2 macam nak minta otogerap. Dengan ikan biru yang ada masalah short memory tu. Adoiiiii tahan gelak je semua org.


I know she so excited. Gembira la dapat buat dia happy on her 3rd birthday kali ni. Cepat sungguh masa berlalu. Esok si Ammar punya turn pulak yer. 




Jelly fish yang berkaler2. Amani selalu nanyi 'Jelly bean jumping jeh jeh jeh' 

Bila aku cakap 'Amani this is jelly fish'

Dengan slumber.

'Jelly fish jumping, jeh jeh jeh... jeh is the sound of 'J'...'

Cantikkan jelly fish tu?? tengok video amani jumpa nemo.... pelakon utama dalam finding nemo



















Ko happy tak tengok anak ko happy? Of coz la kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 CidaZam bercerita lagi

Sunday, September 21, 2014

Birthday amani iman

Hola!

Lepas besday aku haruslah besday anak dara Ai yg gonjeng tu... Cepat je dah 3 tahun . Makin banyak perangai. Kadang2 rasa nak lempang pun ada...banyak sangat perangai sampai tak terlarat nak layan... Hahah

Tp dialah pengubat kegusaran kami... Kalau kat opis tu stress, stress lagi balik umah. Hahah itu la hakikatnya.





Amani iman dr lahir sampai la skrg....

Since omaknya dapat hadiah ovenkan... Benda pertama nak buat ialah kek tuk anak. Akukan mak yang bercita2 tinggi. Impian wanita yg berkerjaya yang dahulu bercita2 nak jadi surirumah. Kalau besday anak ke somi konon nak buat semua dengan air tangan sendiri. Buat masa ni kalau nak masak2 sikit bole la. Kuantiti tuk 10 org makan tu bole la... Tp nanti kita up up sikit. Mana tahu anak kawan tak yah order katering... Hahah tu melampau... Lalalala...

Google resepi kek bagai... Mcm susah je nak buat??? Semangat sudah hilang... Baca resepi nak buat pun mcm payah. Ada beat sederhana la... Laju laaa... Nak minyak sayur la... Akak confuse. Minyak sayur tu apa la plak? Gua salute ar siapa yang buat kek ni... Bukan senang seperti satu, dua, tiga eh.





Percaya tak, kek ni aku masak 2 jam lamanya... Hahah pasal apa? Salah setting bakar kek. Lepas 45 minit tengah2 cair... Sudah. Ai ada group watsapp... Tanya otai2 yg masak kek tutup mata ni, diorg cakap tambah masa... Tambah setengah jam lagi... Tak berjaya jugak... Sudah... Kiri kanan je masak. Tengah2 cair... Rupanya aku letak kek di dasar... Patut letak kat tengah2 dan adjust api atas and bawah... Tambah masa lagi... Setengah jam lagi...






Tumpang glamor sat gune papan secret recipe... Tongeng2 je cantik je jatuh... Vangga akak...



Coklat plak pakai coklat bar... Kawan aku suruh cair dalam bekas yang keliling air panas. Hasilnya coklat tu cantik la bila letak atas kek. Heheh cantik ke? Pedulik la... Masa mula masak kul 9 malam... Kul 11 malam pun x sudah lagi.

Sapu coklat atas kek... Sangat berhati2 takut coklat meleleh.




Bab deco tangan ni tak la seni... Walaupun nak tabur je... Kang kejap lagi satu bahagian bertompok plak. Jadi abang zamani contribute tabur bulan dan bintang atas kek. Hehehe



Yes... Amanikan suke moon and star... Hopefully she love the cake... Penat tau bonda buat nakkkkk....


Tadaaaaa.... Bila tengok je aku rasa sangat banga... Kek ni aku buat ke? Dah jadi ni tak ada la nak kecoh beli kek. Kui kui kui




Kek siap tepat pukul 12 malam... Amani pun tak tido. Memula ingat nak sambut next day. Dah alang2 kul 12 siap... Potong kek je la...










Amani nampak2 je, dia cakap chantinya kek.... Siap puji sedap walaupun tak makan lagi... Dia dah start ambik bulan and bintang tu masuk mulut... Celet coklat cair masuk mulut. Dah puji sedap... Mak kembang kempis idung ok...



Pukul 12 tepat dia happy semua nanyi lagu happy birthday! Bukan main suke dia. Dah pandai. Umur 3 tahun dah tahu apa itu besday. Tahun2 lepas heran pun tak. Mak je lebih2.





Happy birthday amani iman.... Sayang abak je?abak ko tabur bulan bintang je tau.

Tak laaa... Dia sayang aku jugak. Tp aku malas nak pakai tudung... Orat terbukak... Itu x penting. Janji anak suke dan hargai penat aku...

Ok anak2 dan somi... Terima hakikat... Besday kek korg sampai bila2 mcm gini... Uhuhu....

Nanti ada masa aku cerita sambutan or hadiah from me to amani eh....

-Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 19, 2014

7 Sept.....

Assalamualaikum....

Ermmmm.......

First word to type! Gila la lama tak menulis di sini... alahai.... tak tahu kenapa. Makin teknologi canggih lagi malas pulak rasanya...

Apa dah jadi dengan kehidupan kau cida??? Tiap hari nak berkongsi cerita tapi masa tak ada. Macam aku cakap kalau kat umah mmg tak la nak update. Kakak amani kedekut tahi idung masin. Ipad dia jangan ko pegang!

Siankan cerita Ammar Yusuf belum lagi masuk blog ibu.... **geleng kepala frust**

Layout blog pun kena tukar la... sian gambar anak teruna nan ado pun. Kang sentap... (wah confident blog bertahan sampai depa besaq noooo)

Ok tak yah la cerita panjang sangat. Semua entry aku rasa aku terang benda yang sama. Ni bulan sembilan... bulan keramat... bulan rahmat mega! kui kui kui... bila september je jadi gila... happy bermacam2... bukan semacam je yer.

Tahun ni special sikit sbb sambut berempat... ekceli berlima... ok akak tak pregnant lagi... Aryssa tetap di sana... dan aku sentiasa bayangkan kami sentiasa berlima (Lap hingus pakai lengan baju)

Dah tua2 ni sambutan tu dah macam tak penting... Amani iman siap nanyikan lagi happy birthday tuk aku, tapi tukar bukan 'happy birthday to ibu' tpi dia dengan muke slumber 'happy birthday to you, amani'

ha ha ha... gelak terharu... bole la amani....

My sister Fidah nak belanja... siap balik klang semata2 nak sambut besday kakak dia, tapi kul 12 malam handpone aku senyap je... tak ada org wish pun! Sebenarnya aku kisah

So org nak belanja... so i pilih kenny rogers je. Lunch bersama keluarga. Ayah tak ada sbb ada majlis kat surau, adik bongsu? Dia tak ada, dating... kurang ajar besday kakak tak berapa nak penting. Besday ko aku bawak semua jalan, biar ko sorg2.... hahah kijam!



Its me on my 34 besday.... kasi chan la mak cik posing sorg... tua ke? tak kan?




Dengan boiperen den... Incik Muhammad Ammar Yusuf... besday mak saya tapi saya yang dapat cium banyak dari org.


With anak dara ai.... so sweet amani iman sekarang...kalau mak nak berselfie dia pun gagah buat muke comel


Ni dia... ingat tak ada kek... posing dengan mufin je. Buat muke kesian... tapi telah di suprisekan ada kek rupanya... iols terharu uols


My 34th birthday cake... 


Bersama wanita yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan aku sampai begini besar. Sepatutnya meraikan dia sbb melahirkan, kan? Muke kami samakan? Yup saya anak mak... anak yang paling mak sayang... hahaha....


ouh! jeleng2 cik abang sbb apa? hehehe.... with my beloved roommate... tahun ni dinner2 tak ada la... payah bebudak ni. Ganggu org lain nak bercinta... heheh ganggu mak pak sama tau... abak ko tu banyak nak bermadah, bila anak main jangut dia lemah layan anak. :P


Checha mengantukan tempat mak su dah dah dia.... 


Raeesah yang suke baby... kalau nampak ammar mmg dia yang cop nak duduk seblah Ammar, yang best tak sedar diri nak suruh Ammar duduk atas peha dia. Heheh mak long tengok Ammar sama besar dengan kamu je checha!


Rayyan... dah besarkan??? Always be my boy... kawan dengan Ammar yer... Haruslah mak ko belanja mak long sepangang idup... if not nama Ammar, Rayyan... uhuhuhu.... berkenan nama Rayyan tuk anak sendiri. Tapi ada org pun sibuk nak jugak.... 


I likoe this pic... Che cha bosan mak gila bergambar... hheheh


My small family... Ammar sedang lena di ulit mimpi.Cukup marah dia! Besday ibu la Ammar.

Ingat kesudahannya hanya la makan besday. Tapi adik ku offer nak hadiah apa. Setiap tahun dia bagi aku handbeg. Macam2 jenis. Tapi kali ni belanja pun dah cukup baik. Tapi sbb dia pernah nampak akak dia meraih simpati dengan somi asik nak beli oven tak beli2... maka dia make offer nak belikan oven tuk aku....

Wahhhhh

Gembiranya....

Dengan syarat.... jangan esok2 kain baju dalam oven. Heheh tak pakai2....akak teruja... terus cakap dengan abang zamani....

'simpan duit...simpan'


Yang mana kakak yang mana adik? hehehe... hei yang Ergo Carrier pun adik ai beli... touching tau... banyak sunggu dia habis duit tuk kakak dan anak2 kakaknyakan...

open for adik angkat.... hahahah.... 

Murah rezeki mu... aku tak la kaya. Kais pagi makan pagi... Tapi katanya dia hadiahkan oven ni bukan suke2, ada sbb. Maka sblm balik klang dia order menu... cis... nan ado alasan untuk katakan tidak!


Beli yang sedang2 saja... nak beli besa buat apa... lepas ni mmg rajin la membako... hihihi... selalu nak masak je terbantut bila tang tengok resepi suruh panaskan oven...

sadiskan... sekrang tidak lagi.... wah macam iklan gitukan....tq adik ku... atas semuanya. Tak terbalas... *nangis*

Tahun depan raya, ai buat kuih raya la... dengan rumah dia ai buat... ada resepi apa2 tag2 la... 

Ni nak belajar buat cookies... amani iman dan abaknya suke... 

Suke sangat *tangan kat bahu*


Me and my birthday gift... tq....

Tq Hubby for your time... satu hari dia layan anak2 sbb tak mahu anak2 kacau mak dia... hihihi... hatiku di jaga baik... panggil pun senyum dan jawab yer sayang........

Hei its enuff for me... sanggup tak ambik hadiah every year kalau dia buat mcm tu sepanjang September...wakakak....  *kepala ilang*

Buat ibu terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan...menyayanyi along sampai dah beranak pinak. You are my best friend and true friend... kongsi segala bersama... susah bersama...nangis bersama....

Adik ku Pidah... kau segalanya... terima kasih la atas semua.... tak terbalas segala jasa...setakat kederat kakak mu dapat berikan...

touching plak...

Alhamdulillah.... semoga org2 yang aku sayang di murahkan rezeki dan di lindungi selalu

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails