Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, August 3, 2015

Ammar 1st Birthday Party and Open House For Aidilfitri 2015


Salam....

Kisah birthday party ammar dan open house raya tahun ni. Tema ialah Spiderman. Kalau bab tema birthday anak ni, bukan la idea aku. Mostly abak yang pilih. Percaya tak? Nampak aku yang overkan? Aku over buat je. Org bagi idea kalau aku rasa senang nak buat maka buat la. Bukan payah pun kan? Sekarang google je. Pakai PC copy paste. Kalau nak upah org makan RM 300 to RM 400 tau. Sayang duitkan. Yang ni ambik masa ko je la. Rajin tak rajin. And anak-anak pulak macam-macam perangai. Diorg pun suke. Suke kacau. Since amani dia dah terdedah dengan kelas art GBOB so bab gam gam ni bagi kat dia. So its become aktiviti anak beranak.

Tapi dia gam satu je lebihnya banyak nak jahanamkan. Hihihi

Aku rasa puas hati dapat buat besday anak-anak walaupun diorg ni bukan tahu sangat. Manjakan sangatkan sok asik minta je. Dulu aku kecik-kecik i always dream to have birthday party. Tapi sbb ibu tak kerja ayah je mencari malas la. So bila ada anak, seronok meraikan dengan budak2 sebaya diorg. Walaupun diorg tak ada kawan lagi. Anak2 kawan mak pun jadi la!



Ni spiderman garang... gigih la kitaorg edit gambar. Just for fun. Ammar pun pandai bila tunjuk gambar ni dia tersenyum senyum dan cakap 'Mar mar' (Dia panggil diri dia mar mar...)

Asalnya mmg malas nak buat... cukup la potong kek. Tapi tah la aku tak boleh. Time amani bersungguh2 buatkan? 3 tahun macam2 kitaorg buat. Takkan ammar tak buat. Mula la rasa berat sebelah. Anak dua tiga kerat je. Kuar dari perut/rahim yang sama. Kalau tak pernah buat tuk kakak tak pa la. Nampak sok gambar, dia tanya kita kenapa? Nak jawab apa kan? Nak ulang masa dah tentu tak boleh. So buat je la. Selagi tak membazir. Asal buat besday si amani pun sbb all this year sejak adanya Rayyan, aku dah buat tuk dia. Tolong Fidah. So anak sendiri tak bole buat? Anak org bersungguh-sungguh buat kan....




Back drop yang abang zamani buat. Last minit. Bini dia nak perfect! Hahah perfect ke? Bukan la. Dinding tu kosong sangat. Macam tak best. Sajer je goggle pic dan minta dia buat. Sbb Zamani ni creative gak. Cume bakat terpendam. Macam aku, aku tak creative. Tapi suke benda-benda macam ni. Nak suruh deko pakai lukisan ke apa mmg tak. Takat potong-potong gambar lekat tu bole la.


Ruangan kek


Bahagian Snak/ makanan ringan tuk bebudak. Tak seberapa tapi oklahkan?


Ruangan potong kek


Kek besday... ok tu gambar ammar. Bukan gambar anak mat salleh tapi anak Mat Zamani. Hahaha... Bole plak ada org tanya ini gambar ammar ke? 


Ini bahagian goodies bebudak. Self service. Sbb tak ada org yang nak bagi bagi satu-satu. Tapi telah di sabotaj anak sendiri dan cozen2. Bukak semata nak coklat. Acamak! Kakak Amani ni.

Kali ni decide buat macam ni. Senang. Leceh dlm plastik. Bekas mak pak leh gune. Letak syiling. Letak Brooch semuakan? Pandai tak kak ton?



Ni plak party accessory... pun letak je. Siapa nak ambik main, silakan tuk ambil sendiri :)


Menu hari tu, nasi ayam, mee/bihun/kuahteaw sup... nasi impit, rendang, kuah kacang, roti jala, roti puding dan pulut kuning

Aku masak rendang, mee sup, pulut kuning dan nasi impit. Nasi ayam aku tempah kat org sbb tak pandai nak buget nasi. Kang org makan bubur tak pun beras. Hahaha.

Aku minat plak. Alhamdulilla dapat la jamu 50 - 60 orangkan. Terima kasih pada MIL. Dia banyak bagi tunjuk ajar. Segan la kawan masak bukan la pro. Tp rasa buat sendiri lagi puas ati dari upah org. Cume penat la. Tapi tak pa akan cube sampai berjaya. Aku bercita-cita bila anak tu minta, mak boleh sediakan walaupun dengan pejam mata je. Hahaha. Tapi slow slow la kan?

Tengok bebudak bertambah-tambah mee sup tu, bangga. Hahahah Risau je tak lakukan.



 Dengan bakal menantu. aHahahaha... Anak BBF ai ni baya amani. Segan kalau nampak amani. Suke sangat dengan pulut kuning aku buat. Bangga la. Aku tanya sedap ke adam, dia cakap Sedap sangat!!!

Sedap sangat! Hahaha....

Budak tak tipu nakkkkk!



Yang ni org kuat jugak. terima kasih anak buah sayang kerana banyak membantu...

Yang lain mak dia yang over bergambar dengan kawan2 mak dia. Tah besday anak ke mak ni? Hahaha.... Terima kasih yang sudi datang. Walaupun hujan lebat dan org cakap nak masuk bandar kelang jam sangat. Semua org buat open house rasanya... Apa pun terima kasih



Bersama kawan opis lama






From us
 Thank you yang sudi hadir....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, July 31, 2015

Mý raya

Salam...

Raya this time agak hambar. Kita tak g mana2. Petang raya org bertungkus lumus di dapur aku baring2 dengan anak2.

Zamani last minit cari baju nak matching dengan kami. Sampai sudah tak jumpa. Hati sejuk dia bawak balik baju melayu jenama aaron aziz. Hahaha. Tahun depan kena tempah awal2. Kalau tak kalut macam ni.

Tetiba tak leh jadi. Aku nak makan rendang ayam and nasi impit. So pergi lari ke tesco beli barang. Bole la. Walaupun mak ayah balik raya still aku tak la terasa. Buat la rendang dan nasi impit.
Raya kami beraya dengan family in law. Tak ada la sedara mara yg dtg cume adik ipo bawak calon kenal2. Hahaha.

Raya ke dua abang zamani ajak balik melaka. Tahun ni pertama kali raya tanpa nenek. Mmg rindu. Time arwah ada tak plak kita hargai saat tu. Tp seminggu nak raya aku asik teringatkan arwah nenek. Rindu ketupat rendang dia. Walaupun dia dah lama sakit tp aku masih rasa dan rindu airtangan dia masak rendang kuah kacang dan sambal udang.

Nenek tak ada menunpang rasa dan kasih rumah mak ngah. Mk ngah dan family masih lagi buat ketupat dan rendang. Mmg dapat bayangkan petang raya tu dia sibuk merebus ketupat dan masak rendang.

Terlepas jugak la rindu dengan sepupu2 yg rapat. Yabg membesar sama. Kali ni lain bila masing2 ada isteri. Well semua lelaki sepupu aku. Sepupu perempuan jauh bebenor jarak umur so tak berapa rapat.

Macam lupa laki dan anak. Hahaha duduk sembang macam kedai kopi. Nasib baik zamani jenis faham. Dia dok layan anak2. Bini sembang tah berapa kali tambah ketupat dan rendang. Hahaha
Beraya di rumah baru sepupu aku. Org baru beli rumah sesuai la dtg beraya.

Tahun ni emerald green...


Erm layan gambar. Again ku update pakai phone je. Hehehe


Ketupat tak tahu anyam... kita makan la nasi impit. Zamani tak beraa gemar. Dia suke ketupat palas. Dia cakap nasi impit or ketupat daun ni macam nasi biasa. Ala dinda tak katam la kanda. Tapi dinda janji eh belajor. Sok tak la kanda rasa sunyi org lain raya makan ketupat daun palas, kanda makan nasi je. Keh keh keh. Mana tahu ada rezeki nak merantau negara org, tak la rindu sangat buat order on line bagai (veranggan)


Rendang ayam saya


With Husband


With my anak dara... yang kat tangan tu bukan la handbeg raya... bakul mainan je



Anak bujang yang berbaju melayu macam mualaf dah ibu tengok.


Our family pic on raya


Bersama mak dan bapa mertua... anak2 ni tak gheti nak pandang camera. Si amani buat perangai lak nak posing dengan bola. Motip?



 Dengan sepupu yang rapat...





 Suke gambar ni... ni bukan ammar... ammar second cozen. Budak ni jumpa sekali time aqiqah dia. Mak long cida nampak mude bertahun2 lakkan? So tepek kat blog. Hahahah perasan



Rumah cozen. Seharian mencekik ketupat. Last2 dtg umah order Pizza. Hehehe



Thursday, July 30, 2015

Sambutan hari raya kat sekolah anak @GBOB

Salam...

Cerita raya tunda lagi. Tp nak update sambutan hari raya kat sekolah amani. Kali ni adalah tahun ke dua. First year tu pun dah rasa hebat so looking forward on this year punya sambutan. Bukan aku je la. Mak mak kat gbob pun teruja.

So macam dah tahu konsep pot luck. Tahun lepas mommies kat gbob bg i peluang goreng nuget je sbb lepas pantang. Tahun ni dah set nak buat kuah kacang and nasi impit. Gigih tanya mak mertua cara2 nak buat.

Bila sambutan raya ni, anak2 dan mak bapak kena pakai baju raya la. Bukan main vogue ko. Tudung bukan main instant lilit2. Hahaha. Thorbaek!

Cerita ringkas la yer sbb update gune phone nu. So gambar at the end of entry. Mcm tak biasa. Huhuhu

Aktiviti macam biasa cume bila pakai baju raya mood anak2 ke laut. Tp amani dapat tempat ke empat dalam pertandingan 'mengait' hahaha.... bayangkan anyam ketupat. Alaaaa nak asah moto skill. Teacher bg plate yg berlubang dan kena masukkan tali dalam lubang2 tu. 20 lubang yg pertama di isi dalam masa terpantas menang. Mcm tak ada harapan sbb amani giveup. Dia mana leh. Dah la tangan mak kena duduk belakang. Tp ai tak kisah. Minah ni kena ajar dia buat baru gerak. So tak sangka dpt no 4!

Aku dapat hadiah dlm race between parents. Berkumpulan.....heheheh walaupun tolong sikit2 janji menang. Hahah. Ala ko lukis aku teka. Win lose or draw eh?? Esok goggle game tv 1980's tu rasanya... hahaj salah maaf eh. Tu dlm otak aku. Lupa nama game.

Than family aki dpt hadiah family sporting. Itu paling lawak. Sporting tang mana? Zamani malu kuda... amani dtg mood ke laut tah apa2 dia buat. Jangan la ko pakss. Dengan aku terjerit2. Anak payah nak dengar arahan. Hahaha...

Lepas tu kebetulan juga kami menyambut besday dua org pelajar. Dalili dengan Azeem. So mmg makan beso la kami that day. Hihihi.

Dr pukul 1030 pagi sampai la 4 ptg aku kat sana. Seronok. Anak2 pun tak meragam tp confirm masuk kete diorg bantai tido.

Ok layan gambar....

Friday, July 24, 2015

Progress amani lepas Play Terapi

Cerita raya nanti-nanti la ye. Kalau sempat ada lah dalam blog ni. Tapi aku nak kongsikan perubahan amani lepas masuk play terapi ni.

Kenapa aku masukkan amani play terapi ni?

Banyak sebab sebenarnya. Tapi antara salah satu sbb, ada lah sebab aku rasa amani level confident dia sangat sangat rendah. Dia ikut mak dia sebenarnya. Hahaha... bila tengok amani, dia mengikut perangai aku. Dia banyak menyendiri. Kalau ada kawan sebaya dia pun, dia usha dari jauh je. Nak dekat mmg jauh sekali. Than aku tak tahu apa dia rasa. Aku nak sangat tahu kalau dia takut dia cakap ibu amani takut sebab XXXXXXX... amani tak nak sbb XXXXXX

Aku nak dia cakap, express apa dia rasa. Tapi amani mulut dia asik cakap tak nak.

Tak nak sbb apa?

Takut....

Amani takut apa? Diam. Selalu conversation kami terbatas sampai kat situ. Aku tak tahu dia sering cakap takut. Takut sbb apa? Sampai aku sendiri buat conclusion tau, aku plak pikir macam-macam. Mak su dera dia ke? Nenek pukul dia ke? Atuk buli dia ke? Apa yang di takut sangat, Tapi bila aku dengan zamani kat rumah dia ok. Buli plak nenek dengan atuk. So tak mungkin la kan? Ke sbb dia ada conflik dengan emotional dia. As mak yang baru, and anak sulung, aku bukan seorg yang penyabar. Bila dia nangis untuk expresi diri dia, aku jadi cepat marah. Dan aku rasa itu satu sbb amani MUNGKIN tak nak cakap. Mak terlalu garang, Tak sabar. So untuk apa aku cakap apa aku rasa.

Amani is going to 4. Tapi tell you aku tetap dan sangat risau tentang perkembangan dia. So i decide nak masukkan dia ke play terapi. At first macam biasa, dia nangis takut kena tinggal. So ni dah minggu ke 3. She happy and rasanya looking forward nak pergi kelas terapi. And alhamdulillah, lepas 3 sesi terapi, aku nampak perubahan amani.

Kalau dulu dia tak berani berkawan, tapi sekarang dia berani berkawan. Now dia bole berkawan bertegur dengan budak seusia dia. Main-main, gelak-gelak.

Kalau dulu dia pasif, takut dan tak berani melawan or defence diri dia, sekarang dia dah bole melawan. Walaupun ati aku ada sikit kerisauan, yerla takut dia buli org plakkan? Tapi aku rasa oklah. Cume aku akan pantau. Macam dulu dia redha org main mainan dia. Tapi now mainan org pun dia nak main. Hahaha so aku akan cakap dengan dia. Dia kena minta dengan cara baik dengan orang. Walaupun dia sikit degil dan keras ati, tapi for startkan.

Nak susu, nak makan, dia akan tetiba nangis. Nangis nak apa pun tak tahu. So ko sebut satu-satu tuk dia. Masak la... kalau nangis kat dapur aku tunjuk nak susu? nak air? nak apa???? Mula la mak ko hijau! Now dia dah tahu minta.

'Ibu amani nak nashi dengan black kicap!' Ko mampu cakap gitu? Bila plak kicap ada warna puteh? Ho ho ho.

Amani mmg tak bole dengan strangers. Even cik gu play school dia pun mmg lambat dia nak rapat. Anak org lain bukan main nak duduk dan nak main dengan teacher Anne. Amani dah tahun ke dua, baru2 ni la baru nak warm up dengan cik gu. Husb teacher Anne lagi la. Dia tegur amani pun dah jerit macam kena lempang. Bikin malu mak la. Anak siapa ni???



Ni kat kelas GBOB... aku agak terkejut amani ok je bila teacher uncle pegang dia. Anak austik macam amani mmg susah la ko nak pegang dia. Meronta macam apa je. Dia hanya akan ok dengan org yang dia rasa selamat. Aku dengan abak dia boleh peluk sampai dia bosan. No problem. Dia mmg suke kena peluk dengan abak dia. Tapi tengok dia ok mcm ni, tak buat perangai dah cukup baik.



Dia dengar instruction dengan baik... ko tengok gambar kat atas ni dia over. Now kat GBOB she looking forward semua jenis activiti. Kalau tak, teacher baru cakap

 'Ok children next ACTIVITY'

Dia dah lentok nangis dah....

Tak nak takut takut. Hang takut apa ni??? Maka berepisod la mana mak stress nak dengar instruction teacher. Dah anak tak dengar mak takkan buat tak tahukan? Mana stress dia ganggu tumpuan pelajar lain. How la nak???

Sama macam mak lain, aku hanya nak amani belajar mendengar arahan. Tak susahkan org dengan perangai yang kurang menyenangkan org sekeliling.

Well aku sblm ada anak, aku cepat meluat tau perangai bebudak yang macam amani. Rasa macam nak sound, mak diorg ni tak tahu ke didik anak. Allahkan adil...

Tahu ke ko didik anak than??

Kalau kita biarkan dan mengharapkan mereka belajar, i dont know. Aku mungkin akan hilang amani. Apa yang amani alami bole menyebabkan kecacatan kekal... Ya Allah minta jauh sangat. Ye la kalau kita biarkan dia sendiri, tak tunjuk ajar dia, dia sampai bebila tak belajar. Cume skrg aku tak ada masa nak latih dia toilet training.... kerja! Nenek tak sihat plak. So insya Allah amani akan masuk sekolah. Dan kat sekolah tu di ajar. Terpaksa la. Want the best for anakkan?


Yang ni plakkan... baru la dia focus nak buat kerja. Kalau kalering ke apa. Dia buat sungguh2... kalau tak nak pakai apron hijau tu pun boleh bergaduh anak-beranak ko!

Sebab tu la, selalu la bersyukur kalau anak tu boleh buat itu dan ini. Org kata membesar ikut perkembangan umur. Amani ni badan dia besar sikit. Org ingat dia 6 or 7 tahun. Pakai pampers dan tak plancar sangat cakap. Cakap english mmg ko rasa dia dari sana... hahaha

Ayat baru nak beli barang... Cakap je la 'Can i buy/ can you buy'

Ayat budak2 zaman IT

"Ibu can u subscribe apple/chocolate for amani?' 

Banyak sangat masa terluang dengan gajet. Ayat pun dah macam robot sekali sekal dengar. 

As for ammar yusuf, erm... bukan nak bezakan anak. Setiap anak uniq dan dan sama walaupun kembar ada juga beza. Ammar cepat belajar dan cepat tangkap. Amani banyaknya ikut adik. Kalau berserak kan rumah, ko jerit la macam org gila suruh amani kemas. When she said NO jangan ko paksa dia. Dia bole melekatkan diri dia kat sofa atau mana-mana. 

Ammar plak lain. Bila ko suruh dia kemas, dan tunjuk satu cara je masukkan mainan dalam kotak dia akan ikut. Ammar lambat sikit nak merangkak. Even setahun pun umur dia, dia mengesot je. Sampaila teacher amani cakap buat wheelbarrow.... buat sekali je terus si ammar merangkak. Hahah lembab betul mak ammar ni, kalau aku buat awal2, lama dah dia merangkak.

This is latihan wheelbarrow

Aku buat kat ammar dua kali lepas tu dia dah bole merangkak. Cume kelakarnya lutut sakit. Hahah bila tak selelsa kembali mengensot. Uhuhuhu....

Aku takutla ammar kecik lagi. Otot tak kuat. Tapi bila teacher anne ajar, ammar terus laju je. Ini latihan yang amat baik tuk anak pegang barang tau. 

Now ammar belajar bukak baju dan seluar. Sangat comel bersungguh2 dia cube bukak baju dia. Kalau baju berbutang, juling2 mata nak focus bukak butang. Kalau baju sarung, pandai dia tarik tangan masu kedalam dan kuarkan baju dari kepala. Teruja sat. Dulu marah amani kalau dia bukak baju. Sampai sekarang anak dara aku kalau bukak baju, mandi ke apa, tunggu org bukak kan.

Skrg tengok org puji adik, dia pun struggle nak mencube. Mana leh org puji adik saya lebih2kan?

Tapi now apa jugak ammar buat we never said NO directly. Gune pendekatan sign language yang GBOB ajar... Amani kalau marah adik over sangat. 

'No ammar! X (cross jari telunjuk kat adik) mean NO!' 

Ammar memula langar je. NO ke Yes ke, kalau aku nak, nak la! Tapi bila lama. Dia tahu. Bila sign tu je dia pikir nak buat ke tak. Hahahah.... 

Letih but its fun. Being part of your children membesar. I always remind myself and Zamani. Amani is amani, ammar is ammar. So ada yang ke empat, semua ke tiga mereka adalah berbeza. We thankfull Allah sbb bagi anak seperti amani tuk kami belajar sama macammana nak didik dia. Money wise jangan cakap la, lebih berbaloi dengan apa yang amani tunjukkan sekarang. As for ammar we all bersyukur sbb dia involve indirectly when we train and learn how to guide amani. Dalam kandungankan? So bila ibu berpikir dan buat activiti dengan kakak, so secara tak langsung baby dalam kandungan akan belajar sama. So mmg betul la kalau org cakap pendidikan awal tu dr dalam rahim ibu. Ammar very adventures type. Mata dia sharp. Kalau dia merangkak kat dapur,ko panggil dia, dia patah balik. Hahahah buat muke bengang

'Asal panggil!' heheheh

Erm anak2... 

Oklah... sampai di sini dulu...

XoXo



Smile face on the 3rd class play therapy.... walaupun bila nampak auntie anne bukak pintu, dia sempat cakap

'amani takut la ibu'

Nebes agaknya!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, July 15, 2015

Selamat Hari Raya

Hai Uols....



Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...

Bagi yang balik kampung tu sila memandu dengan berhati-hati yer. Tahun ni kami beraya kat Klang je. Lepas tu tak plan lagi. Janji dapat beraya dengan suami dan anak-anak. Aku rasa itu yang pentingkan?

Esok baru cuti, cuti pun jaga anak-anak. Bagi nenek and atuk rehat cuti beraya dengan noyang dan tok yang kat Singapore. Isnin dah setat kerja. Kejam kan? Hihihi.

So u guys... selamat bercuti dan aku ingin mengambil kesempatan di sini memohon maaf sekiranya ada kesilapan sama ada secara lisan, percakapan atau perbuatan yang tak di sengajakan. Dan kalau ada termakan dan terminum sila la halalkan.

Ok.... selamat bercuti semua....

XoXo





Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Friday, July 10, 2015

Menjawab persoalanku


Salam...

Bukan cerita raya. Tapi menarik perhatian untuk di kongsi bersama. Aku pasti bukan aku sahaja, malah ramai wanita di luar sana rasakan sama. Wanita yang mengandungkan anak luar nikah, senangnya dia bersalin. Tak sakit ke? Tak sayang ke anak tu setelah 9 bulan dalam kandungan? Senangnya mereka ni bersalin dalam tandas, sedangkan kita putus nyawa bertarung melahirkan anak.

Ini jawapannya....


Teringat setahun yang lalu sewaktu nak bersalinkan Ammar, sementara menunggu bilik persorangan/berdua, dihadapan katil aku ada seorg budak yang sangat muda! Sangat sangat! Macam umur belasan tahun. Tapi dia masuk sbb lepas bersalin so aku ingat dia mungkin kawin muda. Lepas bersalin dalam sehari dia dah berkemban! Aku ulang yer berkemban dengan kain pink hosp tu  lepas mandi. I was like.... ko tak sejuk ke or tak sakit? Mula tertanya, dia ni masuk ward ni sbb apa? Nak kata lepas bersalin, relex je. Tak nampak langsung fizikal macam ibu yang lepas melahirkan. Nak kata tak mengandung, kenapa dia masuk ke ward bersalin. Berat nak tanya walaupun nak jugak tahu. Than nurse datang bawak baby. Oh mmg hebat perempuan ni. Dari perbualan dia dan nurse tu macam lepas bersalin. Huaaa akak kembang urat bila ingat dia kuar dari toilet dengan keadaan yang basah (mandi) berkemban dengan kain pink hospital dan tuala tutup atas. Bukan meremang bulu roma, terus rasa macam tercabut. Sbb aku masih menunggu hari esok nak cser. Itu pun berselimut, berbaju sejuk.

Than malam pulak dia tido mati aku rasa. Anak dia nangis dia tak terjaga. Aku yang kesian. Nak bangun, ko siapa nak kacau anak org. Sampai nurse datang kejut suruh susukan anak. Anak dia pulak alahai nangis suara macam segan2.Sedangkan anak org lain satu ward dah dengar. Jangan cakap anak org lain, ammar yusuf kuar je nak tido berpeluk. Suara dia lagi la kuat!Tapi baby tu mmg slow je suara dia. Sayup-sayup...

Esoknya, bila doktor buat pemeriksaan i get to know (curi dengar perbualan) that she only 14 years old. Dia cakap dia di paksa. Lelaki tu dah menghilang. Cerita dia pun mcm budak yang naif. Dia ceritakan satu2 pada doktor. Terus aku tak leh duduk diam. Teringat kan nasib dia. Dan nasib bayi tu. Baru aku tahu kenapa baby dia tak meragam malam tu macam katil sebelah yang lain. Sbb mungkin dia tak nak menyusahkan mak dia. Mungkin dia tahu kalau dia banyak perangai mengundang marah dan benci ibu dia.

Mak aku plak kan ramah. Berbual dengan mak dia. Well time tu aku tak bagitahu sesiapa pun apa yang aku dengar. Tak elok la. Kita kalau tahu benda buruk, mula kita pandang serong pada dia. Tapi mak akukan ramah. Bertegur sapa dengan mak budak tu. Mak budak tu tak la cerita banyak. Sbb mak aku tengok mak dia pun kekok pegang anak tu. So diorg berbual. Mak budak tu bagi tahu anak dia sepatut cser, tapi bila doktor bg arahan tuk masuk dewan bedah  budak tu takut terus mencangkung dan meneran. Bab cangkung tu tak tahu la, tapi tu yang dia katakan oleh mak budak tu. May be dia push baby tuk keluar terus.

Mak aku macam blur tak dapat imagine cara mak dia cerita. Kuasa Allah.

Sampai hari ni sebenarnya aku masih terbayang wajah budak tu. Harap dia jaga amanah Allah walaupun anak itu bukan la anak yang halal. Kes2 buang bayi, bunuh, kerat bayi sangat sangat menyedihkan! Tak cukup dosa yang dah terlanjur, masih tiada kesedaran. Hebat betul mereka ni. Allah juga adil, sepandai sebijak mana kau cube hapuskan bukti, pasti kebenaran muncul. Kerat, tanam, bakar la, hukum dunia tak lepas, ada je petunjuk. Apa lg hukum di akhirat.

Dan nasib2 bayi ni....

Syurga la nak tempat kamu. Walaupun jijik di mata ibu, ayah dan keluarga mu, namum ko tetap suci di sisi Allah.

Oh akak stress dengar berita kisah buang2 bayi. Kalau dengar bunuh lagi la. Asal la ko tak mampus sama ketika melahirkan anak tu? Dalam lemah bersalin, ada juga kekuatan kau nak buang hapus bukti.

Dunia semakin dekat dengan kiamat. Manusia bersifat lebih dari binatang.  

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails