Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, November 15, 2015

Syurga ibu

Semalam (sabtu) aku ajak zamani melawat kubur Aryssa bersama dengan Amani dan Ammar. Since ada Ammar mmg tak pergi menjenguk kubur sbb yer la budakkan. Takut jugak sbb kata org tua kena tegur ke apa. Satu lagi kawasan kubur Aryssa terlalu banyak nyamuk ades. Sekejap kat situ habis muke ammar kena gigit.

Alhamdulilla aku dapat bawak Amani dan Ammar ke kubur kakak dia. Amani, ni kali ke 4 dia ke sini. Dan ammar first time.

Amani banyak sangat mulut. Sampai2 je dia ajak aku buat sand castle. Than tiba kat kubur kakak dia, dia bebel batu kat kubur kecik la tak ada flower la... yg ammar plak yer terlebih rajin sampai ke kubur sebelah dia nak kepoh.

Anyway aku snap gambar tuk kenangan aku sendiri. Alhamdulillah amani dan ammar dpt ke sini.



Amani yg sibuk bersihkan kubur...



Bising kubur kakak tak ada flower. Dia nak pacak daun.



Si ammar asik senyum je... seronok plak dia dengan batu2 atas kubur kakak dia tu





Dah siram kubur kakak nak siram kubur sebelah plak. Hehehe





Kak aryssa... saya Muhammad Ammar yusuf... adik akak yg nom 3... nanti lepas ibu bersalin dan adik baby dah besar sikit kami lawat akak lagi yer...

Bulan november adalah bulan pemergian arwah. Ni tahun ke 6... kalau dia ada usia dia dah 6 tahun.

Kalau............

AL FATIHAH

posted from Bloggeroid

Persediaan org baru

Salam...

Adoiyai! Anak nak masuk 3 dah tp bila time2 macam ni masih lagi tak tahu nak buat apa. Tak tahu barang yang perlu di sediakan.

Aku dah mula beli baju org baru sikit2. Memula niat sepasang dua. Dah nampak murah2 sedap plak main ambik je. Hahahaha. Baju2 lama ammar masih lagi dalam kotak. Tak kuarkan pun lagi. Now aku dah 29 minggu. Minggu depan 30 weeks already. Tinggal 8 minggu which is 2 month je lagi. Harap2 jangan la prem. Ikut hati mmg suke la. Cepat la bersalin awal tp pikir balik jangan mengarut sangat. Sian kat baby prem ni. Nanti diri sendiri susah. Janji baby sihatkan.

Dalam sibuk sediakan barang org baru, ekceli baju je aku beli. Tak siap apa pun sangat. Aku tak readykan beg aku. Time amani dulu dia 35 week. Tak ready apa2 pun. Sekali air ketuban liking ambik ko! Mengelabah main bagi list kat mak siapkan.

Time ammar mmg get ready sbb tahu date.

Yg ni relex lagi. Hari ni baru la nak get ready all thing. Abang zamani suruh beli almari baby macam kakak and abang. Bilik bawah ni mmg bilik baju anak2. Tambah almari lagi. Oh nooo. Tp betul kalau aku kuarkan barang2 baby ammar, mana nak sumbat. Tp nak mengemas tu. Adoi laaaa



List barang baby and mother.

Aku buat cermin mata. Now pakai lense all time. Jangan cakap sok nak bersalin and bersalin ko ada masa plak nak jolok2 mata. So siapkan awal2 spek.



Barut ammar masih lagi elok. Tp org tua cakap syarat tuk org baru kena ada. Beli jauh dr melaka.dulu time ammar aku tempah. Tp kali ni nak tempat sepasang dua macam x berbaloi. Than beli dr akak ni. Dia jual macam2 jenis barut. 6 helai RM 45. Barut bole campur2. Barut gabtung. Barut zap dan tali. Elok la ai campur2. Barut gantung tu mak aku cakap susah nak cari. Barut tu pakai budak 6 bulan ke atas. Hahaha aku anak2 sebulan dua je pajai masuk 3 bulan tak kose.



Tak tahu nak tunggu ekspo baby. Macam tak larat jer. Jusco mahal!!!

QQ baby shop mmg baju murah2. Rompas RM 5 satu. Ko rasa?



Hasil rembatan semalam. Bole la rompas tuk baby. Mengila. Rajin tak rajin ko nak cari and pilih je. Kaki tak berapa nak kuat. Nak cari saiz new born tu kena kuat semangat. Hahahah. Sbb letak banyak saiz kena pilih2. Bila ko dah hujung2 trimester kemalasan berganda. Kalau ada kerusi akak sanggup je duduk cari. Tp apakan daya.... haizzzz

Now nak cari baju sejuk.

Nak cari stokin

Nak cari seluar kecik yg baru... gila ngilu cser kot. Seluar yg kecik dalam tu kena besar2 supaya tak lekat kat luka. Bukan lekatla tak la ketat ganggu luka.

Bengkung modern aku tah mana. Confident sangat 2 or 3 year lagi menambah. Tak sangka sepantas ni. Maka kena gali tempat2 cari bengkung.

Nursing bra... ada lagi tapi hehehe peluang cari alasa beli lagi. Uhuhuhu

Kain batik erm macam x membantu sbb aku x tahu ikat. Macam nak cari skrit panjang. Tp kena beli la tu kan... hahahah... takut jugakkan getah kat pinggang. Sat lagi ganggu luka!!! Luka ku bukan luka mu.. hehehe...

Tp kalau pakai kain batik pun lawak gak. Bila bangun memanjang nak londeh. Hehehe... paling tak sesuai bila nak discharge. Walaupun duduk kat wheelchair nak masuk kete. Hahaha... aku pk kain terlucut je. Kalau terlucut ai wat wat pengsan ler. Hehehe.... pengajaran pakai seluar or jubah je.

Ok sendiri tulis sendiri noted yer.

Oklah nak start packing sikit2. Walaupun dua bulan lagi.

posted from Bloggeroid

Friday, November 13, 2015

Gov vs swasta

Gaduh!

Hihihi tak la... menarik satu yg aku nak kongsikan di blog. Aku tulis status pasal gundah hati nak bersalin kat hosp putrajaya. Hihihi masih lagi seriau pasal bersalinkan ammar. And kali ni pun cser. Kurang2 4 or 5 hari kat hosp. Asal buget lama sangat? Admited one day. Cser take 3 dayskan? Itu pun kalau ko ikut plan yg doktor bagi. Kalau ada kes kes emergency diorg akan delay plan cser ko.

Apa yg buat aku susah ati, anak2. Hosp putrajaya tak bole masuk budam bawak 12 tahun. Rindu kat amani Allah je tahu. Ni berpisah sementara dengan amani dan ammar lagi. Adoi cerita pasal anak2 sedih. Tak biasa berjauhan lama2, bila kenang tak jumpa diorg. Susah ati. Ok tak nak emo. Kang baby rasa dia memyusahkam ke dua org tuanya. Hati anak2 semua kena jaga.

Jadi ramai gak salah faham. Aku letak status tu takut jugak. Tp ramai tegur tak ada beza swasta dan kerajaan sakit sama.

Siapa cakap? Hahaha. Yer la ko bayar ribu2 haruslah. Sakit sama tp swasta layan ko setanding bayaran. Lepas cser rehat sampai la ko discharge. Anak tak cukup minum tak ada hal dengan susu formula. Malam anak nangis? Nurse ambik letak nursery. Tp bg yg tak pernah bersalin gov. Meh la aku kongsi.

Ada baik buruk bg aku. Bila sakit kita akan cakap tak patut bla bla bla. Tp bila ko dah baik sebenarnya pengalaman tu sangat berharga dan kau akan berterima kasih. Hosp gov lain tak tahu. Ada kawan cakap nurse perihatin dan banyak membantu. But ni pengalaman aku. Dr amani ke ammar. Time Amani, aku keluar dr bilik bedah je masuk ward terus nurse suruh brestfeed (bf) anak. I tak ambik epidural yer. Kuar ward je bius habis da. Lagi anak sulung. Susu tak kuar nurse picit2 puting bagi air keluar. Baju pun aku tak pakai lagi ok.

Ammar lagi dasyat. Kuar dr perut terus lap2 letak atas badan tuk menyusu. Perut ai tak seal lagi. Hahaha

Tp ko leka la layan anak. Aku rasa ammar rimas mulutvdia penuh air lagi tp di paksa minum. Sampai ke ward. Diorg ambik ammar tuk test dan injectiom sahaja.

8 jam lepas operate ibu temankan. Sian nenek tak tido. Aku time ammar pakai mofin so macam org lalok la. Anak2 aku mmg jenis nak peluk. Mungkin rasa lebih panas. Dlm keadaan kau lepas di bedah bukan mudah ye nak jaga anak. Aku plak jenis tak tahan sakit. Pernah aku tekan butang minta bantuan nurse ambikkan pampers dlm almari. Kau tahu nurse sound 'puan lepas ni buat sendiri yer. Kena gerak banyak supaya luka cepat sembuh' sentap tak??

Hello akak bayar gak tau. Bukan seringgit bukan dua ringgit tapi seribu lebih. Hihihi yer la murah la cser kerajaan dr swasta.

Lena ko tido. Sbb tu aku selalu perhatikan siapa bersalin lat swasta hari ke empat balik umah hari ke 7 dah bawak anak jalan2 play ground. Hahahah. Kawan den siap basuh bilik ayo.

Seriau der. Akak 2 minggu pun tak baik2. Punya nurse habaq jalan luka cepat sembuh. Yer saya setuju tp mungkin rehat kena cukup. Tang anak aku malam dua2 menyusu..baru nak lelap kot. Bangun duduk buat tempat luka tu sakit.

Tp apa pun macam aku cakap. Sebaik mana swasta aku rasa selamat dengan kerajaan lagi sbb diorg check betul2. Swata nak check betul2 tambah dan sediakan duit la kan. Kerajaan ko jangan banyak bunyi je la. Buka ko sorg je yg pakai service diorg kan?



Anyway td beli sikit barang org baru. Takut tapi teruja. Takut sbb macam aryssa dulu. Excited beli baju2 end up?

Harap2 kali ni semua urusan di permudahkan. Dan aki harap sangat ammar bole bawak diri. Tengok dia sekarang risau rasa. Dulu usia kakak 2 tahun lebih ni ammar baru setahun lebih. Mana dia nak faham. Aku masuk toilet pun dia nangis macam aku bole lari ikut lubang tandas je. Hahahah

posted from Bloggeroid

Ragam anak2


Kata orang la kan... mendidik anak biar bersederhana. Tp ramai yg berpendapat biar kita ajar anak erti kesusahan dari pada kita mewahkan diorg. Takut2 akan jadi anak ku sazali plak. Tapi kalau kita berkerja apa salahnya. Kita kerja pun untuk siapakan? Cume penuhi apa anak nak terlampau2 sangat pun menjadi kesalahan juga. Takut bila kita jatuh diorg tak dpt apa diorg nak jadi masalah pada kita.

Macam aku dan adik2 plak terus terang mmg tak di manjakan dengan barang. Sbb ayah je kerja sorg. Mmg ayah takkan layan permintaan2 mengarut. Nak barbie ke. Nak princess ke... mmg tak. Ibu tak kerja tp kalau anak2 nak sesuatu dia usahakan jugak. *lap air mata*

So aku dpt rasa sedikit kemewahan dr mak cik aku. Adik bongsu ibu. Tp bukan minta je dpt. Mak cu mmg time tu dah berkerja dan dia banyak penuhi keinginan anak2 buah. Tp kena tunjuk result. Hehehe so berlumba2 la time exam. Bila ada 'A' je dah cukup tunjuk tuk dpt habuan. That how i learn to get something i want.

Sampai sekarang. Kerja tuk dpt apa aku nak. Walaupun ada somi tp dia bukan mesin atm. Nak minta. Asal minta je dpt. Sbb aku mmg tak reti nak minta minta. Beza kalau duit sendiri.

Bulan lepas i get my salary as part time. So berapa la sangat. Full amount pun half of full salary. Org cakap sekadar lepas komitment bulanan dah cukup. Bila bawak amani jalan2. Dia tetiba masuk toy r us. Mmg selalunya kita elak2 masuk kedai tu. Menyesal plak time ada duit kita halang2. Time cukup2 ni baru la nak benarkan. Macam masuk dunia khayalan dia mencari barang baru. Dlm hati kalau takat ko beli barang bawah rm 50 dah alhamdulillah. Sekali pusing2 dia berkenan satu mainan. Yg aku rasa tak berbaloi la nak beli.

Tp amani menangis bila aku tarik dia ke tempat lain. Dia lari balik ke tempat tu. Sedih plak. Dengan muke tak bersalah dia tu. Tak beli takut plk dia sedih. U know la being rejected sedih macammana. Tengok balik mainan tu, sumpah aku mmg rasa bazir. Mainan yg ajar bebudak shopping je. Hahaha



Amani punya excited....

Aku tak nak amani rasa terasing. Anak2 seusia dia mmg banyak keinginan. Lagi2 sekolah. Tengok kawan ada dia pun mesti nak. Lagi pun apa yg amani nak ni bukan kartun ke apa. Aku pun pelik. Mana dia belajar?? Mesti dr sekolah.

Satu lagi apa yg aku belajar dr fidah. Dia tu berwang. Hahah so aku belajar sesuatu dr dia. Awalnya aku tak agree cara dia manjakan anak dia. Tell me apa yg rayyan tu tak ada? All he got. Kalau rayyan impress mak dia tu je, pujuk sikit je da dpt apa dia nak. Mmg aku tak sokong. Barang mainan dia hari2 kot dpt. Tp bila rayyan dah usia 6 tahun. Dia tak heran mainan. So g umah org pun tak la jakun. Tp below 6 yes! Nampak mainan macam apa je. And aku rasa rayyan dah lalui zaman kanak2 yg di mana he get what he want until dia pun rasa cukup. Now dia sendiri beralih pada benda2 education. He like arts. Books... you see?

Perkara yang menakutkan aku ialah bila anak aku g umah org main sampai mainan org rosak. Oh seram. Benda murah leh ganti. Mahal? Aku suruh zamani jual bulu kaki dia. Hahaha

Ada jugak budak yg pasif. Kesian sangat. Kawan2, sepupu main dia one side tengok. Di ajar tuk jangan pegang barang org tp dia sendiri tak dpt. Macammana tu? Kita ajar anak kita jangan pegang barang org. Tp bersyarat la kita kena sediakan dia mainan supaya dia tak kacau org punya.

I dont know its work or not. Tp pengalaman diri sendiri. Aku sering jeles dengan kawan2 yg ada macam2 kat sekolah. Tp aku di ajar juga untuk tak sentuh barang org. Tp aku syukur aku ada cozen yg sayang aku as sister sbb dia anak bongsu. So what ever mainan yg dia beli always get extra dan untungnya saya.

So bila org cakap aku manjakan anak. Aku tak kisah sbb aku dah laluinya. Sedih. Kita nak tp tak tahu macammana nak dptkan. Time aku ayah jr kerja dah tu mmg mainan2 ni dia tak layan. Ibu tak kerja. So aku bayangkan amani dan ammar. Ibu abak kerja. But apa aku nak tak dpt.

Ok mungkin cara kita membesar adalah berlainan. Setiap mak ayah ada point sendiri. Tp me and zamani syukur sbb kita membesar dlm situasi sama. Hahaha nak sesuatu tak dpt. Kah kah kah. So bila dah kawin ada anak we dont want our kids rasa apa kita rasa. So far amani tak la meminta2. Itu syukur la. Sbb dia ada minat obses barang yg dia suke je.





Kecik2 tu RM 29.90

Apa kebenda tu nak oii... nasib baik point toy r us ada 300 point. Rebate RM 10 hahahah so RM 19.90

Memula dia ambik mainan tu yg harge RM 60 ok. Kose mak.

Ada gak cakap nasib baik x ada anak perempuan. Yer la perempuankan banyak nak pakai duit shopping bagai. Hehehe... oii anak lelaki ko jangan duga. Mainan anak perempuan ko bole dpt bawah RM 50. Anak jantan mainan ratus oiii... kalau gila robot botak kepala kau!

Aku doa ammar jangan la gitu. Sblm tu baik mak simpan duiy banyak2. Beli setahun sekali je. Hahaha.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 10, 2015

selamat bertunang

Selamat bertunang buat adik ipar saya yg nom 3... ana norzawawi dengan pilihan ati Zulaikha...

Uhuhu sok jadi biras jangan cakap anak sulung ai dah la yer uols. Tetiba amani ada kakak beso... hahaha



Hari bahagia la lepas ni. Tp tunggu kak long bersalin. Kalau tak kak long yg nangis dalam pantang. Hahah terlepas makan nasi minyak selamanya meroyan. Hihi tetiba...

Saya sponser kek tunang dr kak Azlina. Akhirnya jumpa akak lina yg hasil kerja setanding kak pnut saya. Kalau tak sanggup ke putrajaya collect kek. Uhuhuhu. Since kak pnut dah resign so kita tender la kek kat kak lina... uhuhuhu.



Tadaaaaa.... heheh so gadis2 di luar sana, abang awie is taken. Hihihi....

posted from Bloggeroid

Thursday, October 15, 2015

Update

Salam... tahukah anda saya sekarang tidak berkerja? Hahaha habis gila kaya lakan... tak la gimik je. Consider aku berrehat dari kerja. Tp still kerja. Cume sebagai free lanse. Lepaskan bayar hutang bulanan cukup la. Belanja harian kena kenyit mata peluk cium abang zamani minta simpati. Hahaha.

Sabar yer kanda. Dinda janji lepas pantang dinda tolong kanda. Payahkan.... pk anak2. Nak bg diorg yg terbaek. Semua mak ayah nak bg yg terbaik tuk anak2. So buat masa ni anak2 apa yg ada makan la. Nak mewah mcm ibu kerja tak dpt. Adik baby pun. Tp persiapan harus ada. Menyambut kedatangan dia.

So dah 4 hari jadi suri umah... tell u. I prefer kerja. Sob sob. Letihnya baru la kesian gila gila kat my mom. Padan la ku balik kerja x masak. Kemas rumah bila budak2 tido. Anak2 aku baik baik rupanya. Lagi2 ammar. Mmg beza dengan kakak dia. Tiap anak mmg beza pun kan. Hehehe. First may be lelaki. Second dia tak dedah dengan gajet tp dia punya explore tu... haaa urut dada. Kejap2 dia belakang tv. Kejap2 dia naik tangga. Kejap2 tengok dia dah kuarkan badan separuh celah tangga. Kalau jatuh patah riuk jugak sbb cubaan lepas badan di tangga paling atas. Trill sikit. Baru hero. Mak ko nangis kat bawah.

Badan da berat. Macam bawak muatan lebih. Mmg lebih pun. Nak kejar ko lagi. Dah rasa naik batu cave pun ada. Ada pagar kat tangga pun dia bole lepas. So bayangkan sendiri la yer lasaknya.

Sbb tu la mak aku cakap dia sanggup x masak. Tak kemas uma. Dia ikut je mana ammar gi. Itu kisah ammar. Kisah amani nasib baik dia sekolah. Dia pun da kurang main ipad maka dia belajar dr adik dia.

Rutin aku seminggu ni kul 615 bangun...

Siapkan sarapan. Time kerja, tak kose. Bangun subuh terus membuta balik... hahaha kali ni insap. Kawan baik aku kat watsapp sekolahkan aku, wajib jaga makan pakai somi. Ni pakai pun mak urus, makan pun nak mak urus. Aku kerja apa?? Dulu blm ada anak bukan main ko... minum petang pun akak rajin. Setelah ada anak....erm mentang2 abang zamani tak kisah ko melebih2 plak.

Satu lagi sbb keinsapan tak kerja. Maka tak ada la mewah... bukan la cakap kerja mewah. Tak masak makan luar. Tak masak tapau... kali ni berjimat.

So far kul 615 bangun goreng nasi and bihun. Yer roh rajin tu... tunggu dua tiga minggu. Tuna dengan pnut butter ada tersedia kat exbox. Kot malas... sedia tu je. Bijak tak? Hahahah

Than kul 730 pagi sesi kejyt somi and amani sekolah. Bersilat dengan amani dlm toilet 15 minit. Minah tu banyak gak ragam.

Im cold la...
Im hot la...
Im wet la....

Dah nama pun mandi. Takkan ko nak ibu tayamum plak!! 8 pagi terus hantar dia sekolah. Layan plak ammar. Dia bangun ko kejut kakak dia. Nama adik beradikkan. Dulu adil beradik aku x plak kakak bangun adik bangun. Hahahah kakak selalu mengalah bg adij siap dulu. Heheheh. Ni si ammar kul 7 dah bangun. Lepas hantar kakak layan dia plak.

Than baring la kejap sambil2 layan dia. Kadang2 aku tido dr dia. Hahah tahu2 muke kebas kena baling botol or balang biskut. Biadap.... sok ada bini buat macam tu... bangun... buat sarapan... baling beras 5kg kat muke bini. Hahaha nasib baik abak ko penyayang.

But tak leh tido. Lelap pun macam tak berbaloi. Selagi si kecik ni tak tido. So normally aku kemas bilik. Ewah tu pun mak buat dulu. Balik bilik macam hotel 5 star. Tp aku taraf motel je la. Susah gak nak kemas katil jah.... janji tak semak udah.

Than aku akan panaskan lauk sup anak2. Bila amani balik sekolah bole la makan. Tp dia tu diet je. Tak payah nak tunjuk rajin. 2 hari aku gv up. Ammar yg pemakan sama je jadi kakak tak nak makan. Last2 beli buah. Makan la buah. Makan plak. Apple sebijik. Minah salleh bebenor kamu ni amani. Macammana ibu nak jadi contoh ibu terbaek ni. Haiz. Paling tak nasi dengan kicap dia minta. Mak aku cakap. Buat apa nak masak penat2 anak tak makan. So ok la... dr nak masak bazir2.

Kul 2 mcm tu baru la siang2 barang masak tuk petang. Lembab amatur tak bertauliah ni masak. Kalau kul 2 tu baru menyiang... maka kul 5 baru habis masak. Hahahah.... kalau barang ready. Baru la kul 5 akak setat masak. Tuk tengahari selalu makan balance sarapan. Hahaha ala nenek dengan aku je. Atuk biasalah minggu ni dia pose je. So selamat la.

Tp like i said. Being housewife sangat memenatkan. Tp seronok tang jaga anak2. Baru la aku dapat luang masa dengan anak2. Amani and ammar pun mengunakan peluang sebaik mungkin. Bila masak ammar baling2 bawang... dia pun bg set kuali dengan sudip kat bawah. Masak bawang merah putih halia yg raw. Gasak la...kakak ko pandai cari tv. Ko plak jadi master chef. Boring masak lama sangat dia buat acara sukan lak dalam dapur...

Campak cili dalam toilet...
Campak baju kotor dalam mangkuk tandas...
Buang botol susu dalam tong sampah.

Haaaa advanture tak?

Nasih baik la tong sampah uma tu nenek pastikan bersih. Pantang nenek kalau dah habis siang2 terus buang. Rupanya nenek dah predict cucu perangai gini. Salute la nenek!

Erm entry tanpa gambar bosan... oklah wa belanja apa wa masak 4 hari ni. Sarapan ke tengahari dan dinner. Kose nak masak banyak. Lunch dinner sekali.



















Antara menu... dan antara aksi anak....















Baik tu baik... dalam baik gaduh. Ko pukul ko. Tu pun nak kena pantau. Ammar expecially. Tau2 muke aku kena baling balang biskut. Ko akak baling apa mampus aku nak jawab dengan abak dia.

Ok amani nak g sekolah. Nak bersilat plak.... bye bye

posted from Bloggeroid

Sunday, October 4, 2015

Zulaikha dan Yusuf

Ku abadikan gambar mereka ber empat di blog aku ini. Meskipun Aryssa jauh meninggalkan kami. Tp dia pernah mengisi kekosongan dan membuat kami bahagia walaupun seketika...

Aku nak anak2 yg lain tahu mereka ada kakak yg menanti kami di Jannah. Insya Allah

Di kala hati sedang duka dengan kerja. Aku berharap sangat tak effect baby skrg. Hb semakin menurun. Doktor cakap aku pucat sangat. Tinggal beberapa bulan je lagi. Bertahan la wahai hati.



posted from Bloggeroid

Sunday, September 27, 2015

Tiada rahsia

Salam

Rasanya malas nak simpan as rahsia. Soal mengandung kali ke 4 anak ke 3...

Ye. Mengandung buat kali ke 4. Walaupun sewaktu tu ammar belum pun setahun. Waktu aku tahu aku lewat period tu aku tak suspect mengandung pun sbb menyusukan badan dan memang merancang. Merancang pun macam sblm2 ni. Tak ada la ambik ubat. Rancang ikut waktu subur je. Tp of coz lakan bila kita susu badan period kita lari. Seminggu dua minggu lari. Tp bila kali ni mcm pelik nak sebulan delay. Sekali mmg Allah nak bg rezeki.

Aku mula risau. Ammar still blm setahun. Maknanya luka cser aku blm lagi baik. Yer ke? Itu assume aku je. Mmg serabut sangat rasa. So u decide to ask opinion gyne. Sbb diorg lagi pakar. Mmg diorg cakap agak awal. Tp tak merbahaya walaupun kondisi aku kalau mengandung mmg membahayakan diri dan anak. So bila doktor cakap ok. So kita teruskan. Alhamdulillah... aku takut sangat la kalau di nasihat tuk cuci/ buang... Allah you know la how its feelkan.

So this will be my last pregnancy... tak sangka secepat ini... tp Allah dah pun tentukan. Last pregnancy sbb dah 3 scarkan. So kena ikat. Dah 5 bulan lebih dah. Syukur la mmg kali ni tak banyak sangat masalah. Sakit di tempat cser pun Alhamdulilla belum lagi rasa. Tak tahu la di hujung2. Tp tahap ketahanan tu mmg low. Baru 5 bulan tp dah rasa macam 9 bulan... tak larat tp paksa diri diri juga expecially time kerja. Mmg mencabar.

Mabuk di awal kandungan. Tp sbb tu bulan pose maka syukur gak pose penuh tahun ni.

Tak ada la alahan yang mengada2 ke apa. Mungkin baby faham ibu yg perlu berkerja dan jaga kakak dan abang. Tp masak ke kemas ke mmg tak la. Terbaring je kalau ada peluang. And abang zamani as usual dia yg amik alih pasal anak2. Jaga, mandi... kalau aku moody atay penat dia layan bawak anak2 keluar sekejap. He is really responsible father/ husband. Walaupun aku tahu sometime dia penat. Tp belum lagi mengeluh.

Dan sebab tu jugak la aku hantar amani sekolah. Walaupun rancangan awal is 2016. Jan 2016 aku bersalin. Kalau baru nak masukkan dia sekolah kesian plak zamani nanti. Mana nak handle aku dan baby mana nak uruskan amani sekolah. Kan si amani tu specialkan. Jap lagi nak kena tunggu kat sekolah seminggu ke apa. Masak.... so lepas2 raya terus masukkan dia sekolah. Get ready awal2. Jadi awal tahun senang la dia sekolah. Zamani bole la uruskan adik. Means pendaftaran and jaga anak2 sewaktu aku bersalin.

Anak dah masuk 3 tak harap la zamani teman kat hosp. Biar dia jaga anak2. As for me baby baru aku jaga la. Macam amani dulu sian dia lost seminggu. Nak cakap tak tahu. Bila jumpa aku kuar hosp dia nangis rindu. Sbb ibu tak ada dia melekat dengan abak dia. Ke mana semua dia ikut. Sampai abak nak g toilet pun dia duduk depan toilet.

Erm ok la... rasanya cukup la bercerita. Aku akan update nanti. Asalnya nak berdiam pasal kandungan ni tp tak pa la... apa nak di sorokkan. Doakan semuanya berjalan dengan baik yer. Bukan nak riak bukan nak menunjuk... kisah amani dan ammar pun aku banyak senyap sampai bersalin. Kali ni biar la... nanti baby merajuk plak. Heheh...

Kali ni mengandung i bit sensitip... kesian abang zamani. Hahaha but like i said dia pun dah immune... heheh another one yg geng dia sok ni.

Aku sudahi entry dengan gambar fatel dopper ni... time mengandung ammar aku beli. So still used it for this pregnancy.

Adik baik2 yer nak... 4 bulan je lagi... membesar la kamu dengan sihat. Usah risau tentang apa yg ibu rasa. Usah pedulik apa yg ibu fikirkan. We need u... and tak sabar kehadiran mu.


posted from Bloggeroid

Saturday, September 26, 2015

Brother and sister






Skrg bg dua2 dok belakang... hahaha... abak and ibu kat depan. Abak ko tu alasannya satu...

Si amani menghalang dia tengok side mirror. Asik nak gaduh je. Anak dara tu tak macam mak dia...

Dengar kata... hahahaha....

posted from Bloggeroid

Friday, September 25, 2015

MengidamS



Semalam tetiba nak sangat nak makan dunkin donat yg pure choc. Tah apa tah namanya...

Gigih la si zamani bawak aku g shah alam. Hahaha...

Sampai sana tak ada yg nak. Frust gila. Bole sentap lak aku. To sbb dah sampai takkan nak ignorekan? Ambik gak la...

Tengah ambik pilih donat tetiba nampak tersembunyi satu. Terselindung kat belakang tray besi. Satu je ok... happy gila.





Anak dara ai nak donat basketball... huhuh

Lagi la si amani ni. Semalam bapak mertua aku bawak balik kuih. Excited dia nak makan donat...

Amani : wan its donat. I want donat

Wan dia cakap itu kuih keria bukan donat. Dan dan terus tak excited. Ko da kenapa? Tetiba very the english kan...

Dan dan tu mak dia teringin nak donat. Hahahaha....

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails