Saturday, March 31, 2012
Kenangan Lama
Tengok video Awal lamar scha Al-Yahya... something yang aku rasa cute!
Tapi bukan nak cerita pasal diorg tu... kalau tak live mau diorg dah polokkan? Tengok Awal usap2 kepala Scha! Teringat dulu bercinta... Yezzaaaa.... idok la kami berpelok2... Zamani suke usap kepala aku mcm tu... syok... terasa macam kucing ok!
Setiap kali dia usap macam tu, ku rasa di lindung. Tapi now jarang... sekarang dah kawin, kalau di landa masalah polok aje... but still its a bonus feel kalau peluk sambil usap kepala...
Perempuankan??? suke la di manja2. Betul tak???
CidaZam bercerita lagi
Sakit
Friday, March 30, 2012
Like mother like doter
Gambar ni la gambo cari makan nak cari jodoh. Hahah. Ini gambo pertama make up ok. Selain dr tunang,nikah and sanding. Kira paling terbaik abad tu la.
Sama tak??? Ok gedik tu ada la. But amani eyes mcm aku, kan kan kan!
Ada gak muke ibu. Kembang lubang idung bole masuk ibu jari kaki. Hua hua hua
Abak! Jangan jeles ye. Kang pakai baju bulu2 photoshot!
Sedut hingus
Amani iman goin to 7 mth. Ni pestime dia kena selsema. Well so far risau gak hingus mengalir. Tp bila dia dpt sintom batuk dan selsema, kami x berlengah ke hops dptkan ubat. Itu pun dah nak seminggu selsema dah ok cume batuk.
Panjang plak cerita. Td p jusco, nampak alat ni. Sedut hingus baby. Tak ler direct sgt. Anak aku bijih timah dia banyak gak. Hahah kang ada lak 'serdak2' masuk ke tekak.
So sila dptkan di farmasi or brg baby ye. Klu nak jimat sedut je pakai straw. Muah muah muah.
Oh kami beli puting pigeon yg "Y" bukan bentuk dia "Y" yer, tp cari la ada tulis "Y". Those yg pakai botol susu atau minum susu fomula mcm aku, beli puting ni. Sbb??? Dia hanya kuarkan susu bila baby sedut sahaja. So kalau baby tertido maka pengeluaran susu terhenti. Ini penting so baby tak tersedak. Murah je, 2 puting harga RM 13 jerk! Pang sat lagi kata mahal. At least sesuai tuk baby tido. Sometime aku tertido sama. Ya allah! Aku benci tul kalau tertido. Urut dada bila tersedar. Kadang2 puting susu dah kat pipi.
Puting tu acik dah torai. Idok le acik yg isap! Tak korjanya! Letak air dlm puting, setitik pun tak kuar. Ingat x ada lubang. Bila tekan baru kuar. Ok! Amani iman kena strugel sikit ler mengisap. Malas2 ko lapar nak!
Tuesday, March 27, 2012
Minggu sakit
Sentap tau mak dgn zamani. Tanya makan ubat pun mcm kesalahan. Yer org sakit tak leh ckp! tak larat. Tp bila buat tak tahu pandai plak minta perhatian. Ni amani iman plak follow. Lambat sikit marah. Salah sikit marah. Tp ok la x meragamkan.
And now me and amani iman berdua. Patut time makan ubat dia tp dia tido plak. Abang sayang saya kerja malam plak. Sangat x best. Ala dia ada pun bukan buat apa punkan? Dia bz mengadap game dia. Bila amani iman nak beso jadi mcm abang rayyan?!!! Apa juga brg mama dgn papa dia pegang, dia nak jugak! Eh amani iman ambik brg abak jer. Brg ibu jangan yer.
Tadi magrib dia mengantuk. Mengamuk bila masuk buai. Aku kureng suke dia tido buai sbb dia tak meniarap2 lagi. Eh ada related ke tido buai dengan meniarap?! Hahah.... Tp according to my friend its normal kalau budak tido buai lambat nak tiarap. Amani iman bole je tp dia malas. Ibu ckp dia perangai aku. Malas! Ahhh yg buruk semua aku! Tak aci betul.
Ibu ckp aku meniarap pun lambat dulu. Sbb kalau nak meniarap ibu kena tolong. Ada plakkkk! Ikut mud dia la kalau dia nak pusing. Tp mulut ya Allah terlebih peramah! Ada je nak ckp (baby's talk)
Tp dia ni takut org. Org dia x kenal dia susah sikit nak dekat. Confirm nangis. Bagus mcm tu aku suke! Tahu je la kes org ambik2 budak ni. Bila baca paper. Depan mata pun bole jadi. Aku selalu pesan kat ibu dgn ayah aku kalau bawak amani iman kuar org nak dukung jangan sesekali bagi. Walaupun dpn mata. Zaman sekrg ni mcm2 teknik. Ari tu bibik kedai makan tu bengang dgn aku. Dia tegur amani iman, si kecik ni org tegur dia sengeh je... Bole tak bibik tu nak dukung amani iman sambil ckp 'meh kat bibik, kasi ibu makan'
Sori la! Aku tepis tangan bibik tu. Bukan sombong tp tak nak ambik risiko. Walaipun aku makan kedai ko hari2, aku x berani.
"Tak pa... Dia tak nak org. Nanti dia start nangis susah nak henti" haha aku bg alasan tu je. Bagi zamani makan dulu. Bior aku lapar kejap. Pastu bergilir la dgn zamani.
Bibik tu pun bengang terus jalan. Biar la org nak kata sombong. Mcm ayah dgn ibu cerita time diorg g famasi bawak amani iman, ayah kata semua berebut nak dukung amani. Cuak aku. Terus ckp kat diorg jangan buat mcm tu. Walaupun dlm kedai, dan kedai tu tertutup. Sekali diorg bawak lari, Allahuakbar. Risau betul dgn kes2 yg ada sekrg nikan?
Sama2 la kita berhati2. Malang tu tak berbau. Some parents jaga punya jaga bole jugak di timpa musibah. Even ko kuar gi kedai, anak ko tinggal dlm kereta pun org bole bawak lari anak dgn kereta2 sekali. See??
Oklah nak mandi. Mata mengantuk tp tak check baju kerja abang zamani ado ke idok. Susu anak pun tak bawak naik. But lucky me zamani nak g kerja dia tukar lampin amani iman. So tido lena la anak ku. Once dia jaga bg makan ubat batuk and selsema. So far rasa tak bunyi apa2. Tp MIL pesan bagi makan. Ni gara2 ingat dia dah ok la aku stop malam td dia tak dpt tido idung dia tersumbat.
Lena anak ku tido. Harus buat kerja sblm dia bangun... Daaaa semua
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Bintang ati saya
Amani iman tak sihat sebenarnya. Batuk and selsema. Dah beransur pulih tapi batuk tu adalah saki baki sikit. Mood dia bole tahan jugak tapi tah, agaknya dia melayan keinginan mak dia kot. So dia beri kerjasama yang bagus sekali. Cume memula je... than macam aku cerita cina tu suruh ambik kali ke dua.
Dan percaya juga la, Ibu amani iman dah macam org gila... aku dah tak peduli org dah... akukan pendiam (pendiam la sangat). Nak bagi Amani Iman gelak terpaksa la panggil2 nama dia... siap agah2... WAHHHHH!!!! CAKKKKK!!!! POOOMMMM!!!!
Dah serupa pompuan gila! Tak pa hasil dia mmg syok... korang layan la gambar yer
Gambar yang aku pilih tuk pertandingan tu... muke terkejut... than tangan dia macam menunjukkan dia risau sesuatukan?
CidaZam bercerita lagi
Chomei ke?
Kalau ada deko yang murah RM 600. Gila mahal hasil kerja diorg. Tp cantik!!!
Amani iman bg kerjasama yg baik!!! Semasa photo shoot tu dia mmg mud baik. Tapi lepas 20 gambar dia dah rimas nak tido. Ingat nak masuk pertandingan je sekali gambar comei2. Rugi dow! Kalau x menang gambar tu tak dpt.
Usha2 diorg sekali terjebak!!! Memula dia kata ambik semua copy dgn gambar saiz A4 dgn nilai RM 88. Ok la agree tp cina tu mcmm kesian nak bg sbb mahal tapi gambar tak banyak. Dia suruh dtg ambik lagi.
Ptg lepas amani iman bangun tido adalah mood dia yg elok. Cepat2 gi tesco! Sambung photoshoot! Yessssza!!! Mcm org gila aku panggil anak aku buat dia gelak. Hasil dia alhamdulilla!!! Makin banyak gambar comei! (Bg mata aku la, amani iman tu bukan la comei mana, muke bapakkan? Kalau muke ibu dia lain la coritanya! Hahaha)
Last2 deal terus dgn cina tu. Yg x best cina yg ambik gambar amani iman yg pes tu deal dgn aku lain! Cina belah ptg ni ckp yg RM 88 tu hanya dia bagi 10 softcopy satu gambar print saiz A4. Mana aci!!! Aku nego lagi. Nak semua copy tu. Dia ckp ambik pakej album. Alaaaa kalau amani iman menang? Hahahh gila conpiden je anak ko menang! Alaa aku ada lubang online print gambo ni. Cost dia murah gila! Baik anto situ. Design sendiri lakan? Harga RM 198. Album gambar mini, 20 keping gambar dlm album. Semua gambar soft copy dia bg. Aku nego lagi. Aku nak semua softcopyy jeeee!
Last2 cino tu bg. RM 138 semua copy ambik. Satu gambar besar A4. 2 gambar kecik 4R! Deal! Kelip mata kat abang zamani. On!!!
Dah tu terjebak lagi. Gambar besar tu dia suruh aku ambik quality gambar yg elok. Kita kotor ke apa ke lap je. Dengan bingkai tambah RM 25. Sangat tak bagus la ko! Deal on! Discount lagi! Tak la banyak tp semua RM 160. Mampus le gambo anak je 160.
Ahhhh kalau abang zamani x agree tak pa! Aku byr duit sendiri. Jgn nak claim letak gambar comei tu kat facebook! Wakaka. Nanti hasil photoshoot tu aku upload kat blog next entry! Daaaaa.
Monday, March 26, 2012
Happy BesdayS
Now Amani Iman tengah tido. Than Zamani plak keluar dengan adik dia, so aku cube meluangkan masa menulis. BIla tengok phone, banyaknya gambar tuk cerita. Amani Iman dah 6 bulan dah... cerita dr 4 bulan kot.
Aci tak kalau aku tulis sekarang? Maklum la nak delete gambar2 dalam phone. Sebelum delete, baik abadikan kat sini. Bulan Feb dengan bulan march penuh betul besday org. Aku pun tak tahu nak cerita mcmmana... mana nak mula. So kita gabungkan la semua besday.... make it short and sweet.
Memula besday my mom... on 18 Feb
This year mcm 'kureng' sikit. Mungkin hari sabtu tapi akukan kerja???? Adik aku pidah dengan kent pun kerja minggu tu, so tak adalah sambutan yang hebat tapi kek adalah wajib. Nak potong kek dia request nak potong dengan Amani Iman.
Me and My mom...
Oh Ayah pun berkongsi besday dengan ibu... 23 Feb. So wajib sambut sesama.
Amani iman yang teruja dengan lilin besday.
Bebudak opis. Aku?? tak yah la... takat ambik gambar je la... kang korang terkujat tengok aku sekarang... hehehe
Dah besar anak buah aku. Baik Aisyah mahupun Rayyan. Pestime tengok Rayyan happy gila dan faham apa itu sambutan beday. Sebelum majlis potong kek, ada activiti tuk kanak2... syok tengok Rayyan ambik bahagian. Tak takut tapi enjoy dengan kawan2 sebaya dia.
Amani Iman pun tak ketinggalan sertai party tu. Walaupun dia sikit takut nak berkepit dengan abak dia je. Tapi nampak cheeky mascot bukan main suke! Mak dia yang takut. Hahaha... ayam tu besor sangat.
Tema kuning. GAmbar Amani Iman dengan abang sepupunya!
Time nie diorg suruh aku panggil Nor masuk pantry. Diorg kata aku garang. Kurang asam kamu semua!!! so purak2 cari gaduh panggil dia! konon dia tak basuh cawan. Member muke blur... cawan benda??? masuk2 yang lain bagi suprise,
Mak budak yang 25 tahun.... gila mude! kan?
Aisayah yang tengah 'agah' amani iman depan dia. Amani iman suke dengar org menyanyi, tengok org tepuk tangan menanyi mmg dia gedik sikit.
CidaZam bercerita lagi
Monday, March 19, 2012
lagu tuk puteri2 ku
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Adaaaaaa nanti ku buat entry... kerja banyak nih! Lagu si cengkodok tu banyak... dia suke org nanyi... so ada lagu tuk dia. Nama dia pun aku ambik sbb lagu tu... nanti share yer
CidaZam bercerita lagi
Sunday, March 18, 2012
Cinta pada mu
Butan NAMPAK la! Tp mmg betul! Tapi biasa ayat penyedap ati, tak pa.... Tak yah kalut sgt sbb ada sebulan ganti pose.
Bila nak start pun tak tahu la. Kalau isnin khamis, mmg makan tahun nak kurus!
Tp aku happy dpt suami yg tak kisah. Tak tau la nak jaga ati je ke apa. Tapi oklah idok la aku stress nak sentap.
Esh ayang ni gemuk la!
Esh ayang ni banyaknya makan!
Alhamdulilla itu yg aku puji zamani.
Someting aku tanya dia.
You tak jeles ke tgk bini org lain kurus? Ayat ringkas dan padat 'dakkk pun, janji I ada bini' waHhh terawang akak rasa badan ringan.
You tak malu ke bini gemuk? Jawapan dia
Nope! I sayang you.
Makin rasa kembang idung. Ada kala bila tgk or dgr suami org lain kutuk bini diorg gemuk, aku rasa tah.... Nasib baik tak dpt suami mulut lezer yg nak bini cantik, tapi tgk ko pun bukan la hansem sama level aaron aziz ka, atau remy ishak yg org gila2. Bg aku jangan banyak bunyi. Nak bini cantik kuar la duit (express sikit). Nak jaga makan siksa bdn dan mental bini wat apakan?
Ermmm tah itu laki org. Bini diorg tak stress asal aku nak stress? Yg best bila tayang baju kat zamani.
'B ayang nampak gemuk sgt ke?'
'Esh tak la! Ok la tu' hhahaha. Bagus! Br 2 tahun kawin mcm tahu je kalau dia agree dgn statement aku, aku sentap seminggu. Kih kih kih
Erm dia??? Kalau korg tgk zamani sekarang lebih comel dr dulu. But I don't care. He look better. Bukan nak ambik ati ke apa. Aku pun x kisah dia gemuk. As long dia sihat.
Aku masak dia makan, tak komplain. Alaaaa senag ckp kami happy. Happy sampai makan terlebih kenyang. Kenapa jadi mcm tu???
Amani pun x byk ragam. Hidup aku senang. Bila makan dia relex dgn org. Makin dia relex selagi tu mak dia tak sedar diri menambah nasi. Wua hua hua.
Apa pun......... Saya syg abang zamani.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, March 14, 2012
Amani 6 month.
Baru aku tahu, bila ada assistant bukan kerja lengang kangkung. Dulu sorg aku bole blog, aku bole twitter, aku bole ber fb. Dan skrg??? Bertuah hanya sbb dpt FB time opis. Itu pun kalau kerja x byk.
Tapi aku x nak citer pasal kerja! Cukup la 8 jam kat opis.
Amani iman dah 6 bulan, 12 sept lepas. Syukur ke hadrat illahi. Progress?? Masih tak meniarap. Tak pa la. Anak aku malas, ibu faham, pipi dia berat sangat. Padat dgn isi. Hua hua hua
Tapi dah 6 bulan ni, nampak dia kerap mengereng. Insya Allah 2-3 minggu bole la tu.
Banyak jugak ckp. Org kata dia peramah. Well dah bapak dia kerja jumpa client bagai. Mcm omaknya kerja belakang tabir. Heheh janji duit masuk. Wakaka
Now dia dah pandai main. kedekut anak aku ni. Kalau sepupu2 main harte dia, punya x senang duduk! Itu yg pasti. So far amani x banyak ragam. Now MIL fully jaga amani iman, termasuk tido malam. Segan rasa. My parents balik kampung singapore. Kalau dulu jaga nenek melaka, now they visiting nenek dengan atuk kat singapore. Diorg pun x sihat. Dah tua, kalau demam x kebah. So sambil tu aku bg ibu cuti rehat lama. So amani iman terpaksalah aku hantar kat MIL.
Dgr perkembangan dr mak je. Dia tido pun awal. Time tido dia pukul 9 malam. Sampai la esok paginya.
Betul la kata org tua. Kalau dalam pantang banyak ragam, lepas pandang jadi baik. So far alhamdulilla. Aku tak kata dia akan kekal. Apa pun kena juga berjaga dan bersedia, sbb aku yakin dia akan buat perangai. Itu la kanak2, mungkin dia nak menarik perhatian ibu dgn abak dia, siapa tahu dia beralih jadi noti sikit.
Bila tgk dia, aku teringat dlm pantang. Tido siang, malam jaga. Jaga diam ok lagi. Jenis jaga merengek. Adoiii kita da la anak sulung. Petang lak, time dia tido, kita tertido sama, rasa baru nak pejam, dah melalak. Org kata bukak mata, mulut pun bukak. Tapi skrg bukak mata, panggil nama senyum....
Sangat terhibur. Balik kerja penat pun tgk dia sejuk je.
Dah pandai agah org, dah pandai jeles, dah pandai panggil org tuk angkat. Yg best kalau nak suruh org angkat, batuk. Sbb akukan paranoid! Kalau dia batuk, aku cepat2 angkat tepuk dia. Skrg ugut mak dia mcm tu je. Layankan je.
2 minggu sblm masuk 6 bln, MIL bg dia biskut. Suke gila. Tapi bosan lepas tu. Seminggu nak masuk 6 bln, try celerac. Suke yang amat, sampai jilat2 sudu.
Bubur tak lagi. But coming. Kena belajar masak la mcm ni. Anak dah nak makan.
Apa lagi??
Oh dia dah tahu nama dia, kalau ko panggil amani pun pandang. Iman pun dia pandang, zulaikha pun dia pandang. Gabungan nama tu pun dia pandang.
Jangan ko x tahu. Dia suke org nanyi. Mata terbeliak, mulut ternganga. Bak kata abak amani
'Dia kagum suara org tu sedap atau pelik dia cakap apa ni? Tak sama dgn cara percakaapn biasa' tapi kalau abak dia nanyi, dia tengok mcm tu, abak dia buat statement
'Amani pandang I nanyi, mesti dia cakap oooooo suara abak aku mcm artis!' Perasan x sudah!!!
Lagu fav amani, twinkle twinkle dan yg tak tahan, terukir bintang, lagu acik yuna!!!