Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, July 31, 2013

Berbuka dengan Budak opis

Salam...

Mmg tak la nak cerita pasal bulan pose... makan apa... masak apa...bila masak, kalau rajin snap gambar. Kalau malas buat tak tahu je. Hehehe...

Uols macammana? Pejam celik je dah nak rayakan? wahhh me nebes... tah apa nak nebes tah. Jadi mak ni mmg lain kan? Tak kisah dah pasal persiapan diri. Tapi more pada anak dan suami. Abang Zamani korang tak sporting. Asal bole je... tapi bila shopping dia lebih dari aku... ahak! i like!

Majlsi berbuka ari tu kat Bluewave Hotel.

Pestime masuk bluewave ni... besar jugak. Dah tu ramai nak mati! agak susah, agak tak privacy. Duduk la mana nak duduk...

We all booked 3 meja yang 10 org boleh duduk... Meja perempuan, meja lelaki dan meja bos2 besar. Hehehe... itu pun a few tak datang. Nak snap gambar makanan, macam aku cakap tak kose la. Ramai sangat orgkan. Tapi agak tak suke bila non muslim pun berlumba ambik makanan. Korang bole je ambik lepas org berbuka. Not all ppl la... tapi ada segelintir. Heheh tah2 mualaf kot. Dosa je akukan. Wakakak.

Ada pulak belum buke, tapi main makan je... terasa macam nak sound... baru la hargai mereka kat opis lama... diorg lepak dulu..lepas kita buke baru diorg ambik makanan. Bukankah itu sepatutnya?

Chewah... sesi luahan rasa di blog...



We all sampai dalam pukul 715 macam tu... semua bertolak dari opis. Malas nak balik. Kebetulan ada kerja. So habiskan...

Aku dah cakapkan, aku dengan bebudak opis tak berapa nak rapat. May be sbb aku yang tak pandai bergaul. Time2 macam ni baru la bergurau senda. 


Ok adik manis, Zue yang pakai kemeja belang ni... dia pun budak baru. Budak baru dengan baru, baru bole ngam ke? hahah tapi dia peramah... so akak join dia je la... hahaha...


 Dan Shuhada... heheh jugak budak baru... baya adik aku kot... manja... tapi ai ok je... heheheh... so kami berdua la together2 ambik makanan... akukan pemalu... choi!

Kelemahan kalau bufe bila ko tak boleh nak makan banyak... satu sbb malu, dua sbb ko malas. HAhaha... makanan okok je... tapi tu la... bila pikir balik, kenapa bodo tak makan? makan! makan! dah company belanja.

Satu kepala RM 87

While waiting for Azan...

Penuh mejakan? Ada makanan indian, makanan western, nasi ayam, ketupat, rendang. Macam2 ar

Saya pilih makanan pilihan ramai di pagi Syawal... tak sabar punya kes.
Budak opis yang menunggu sama.



Budak kecik tu anak boss aku... kawan aku tengah melayan dia... heheh. Sangat ramah. Dia pulak macam jadi host, berbual dengan semua org... boleh duduk tempat ayah dia ni esok... time tu kakak2 dan acik2 dah gigil tekan kalkulator...



Kalau amani iman macam ni kan best... hahah puas la ko nak ikut dia pulakkan. Sekarang dia ikut ko je... mana lagi bagus?



Ok ni Mem... isteri bos saya... hahah gila macam stalker akukan ambik gambar sembunyi2... aku suke sungguh tengok dia. Anak tiga tapi macam anak dara. Ko mampu??? Anak sulung dia 14 tahun dah kot. Yang bongsu tadika.  Kulit cantik... mesti pakai SKII eh...

Bebudak opis cakap dia mmg menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Sangat menitik beratkan. Wahhhh kagum!

Orgnya sangat ramah... jadi idola terus... hahaha... tetiba ko! sbb dia sangat simple. Gi opis pun pakai baju kurung biasa. Ni pun pakai kemeja and jeans je. Tak yah nak sibuk nak bagitahu org ko wife someone. Simple...simple... saya suke... padahal kat hotel tu ada yang dressing macam nak pergi function apa je... wakakak.... nasib baik aku from opis. Terpikir jugak ari tu nak pakai cantik2...kata buke kat otel. Last2 pilih jubah. Hahah cantik yang macammana tu?


Pilihan campuran saya .... kueh tiaw goreng yang sedappppp! rojak buah dan tempayaki. 

 

Laksa... korang nampak tak mee laksa tu keras? Mmg keras! tercekik!!! kena rendam sendiri. Tapi org ramai tak kose nak tunggu... maka angkat... nah! macam makan dawai tau...

Yer sila tahu aku pernah makan dawai... wakakak *Mata juling*

Bayangkan... sebanyak RM 87 saya hanya makan 3 di atas??? memyesal menyesal sekarang...

Nasi brayni
Nasi Ayam
Nasi Minyak
Nasi Nasi Nasi..........
Shusi
Kuih
Eskrimmmmmmmmm

Oh nafsu... kemana ko waktu org belanja kau... tapi tu la... setan dah kena tangkap... tengok siapa yang shetannnn

 Ini Syuhada punya... aku snap gambar je... dia ambik tuk sesiapa nak makan jugak... tapi sbbb dah kenyang terus je potong selera... waaaa gitukan...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, July 28, 2013

Update about my liltle iman

Hye....

Pagi minggu yang lemau. Setelah 3 hari bermalas2 di rumah. Pagi ni bangun awal pulak. Lepas tu tak tahu nak buat apa. Nak buat bf bulan puasa. Lepas ni plan nak shopping raya tuk amani iman. We need few dresses tuk dia hari raya ni. Terus terang aku lemas dan rimas kalau dia pakai baju kurung. Bukan la nak jadi melayu mudah lupa... Hahaha tapi kecik la. Leceh. Dia pulak pakai kain yang cover kaki mula la dia tak selesa. Pakai seluar panjang pun end up ternaik ke lutut... (Ini hanya terjadi bila dia pakai seluar yang ada getah kat pergelangan kaki je la) hip hop la sangat.

So baju kurung syarat pagi raya. After dat stick to gaun je la.

Itu yang best anak pompuan ni... Hehehe timke2 mcm ni mak dia mmg over nak make over anak. Ikut hati nak pakaikan macam2. Tapi kalau ikut abang zamani, dia tak suke anak dia jadi mak nenek. Baju raya pun banyak manik2. Amat merisaukan sbb dia suke nak cabut. Ada jugak tak sempat nak tunggu sampai raya ke dua, manik jahitan baju dah tercabut!

Lately amani iman macam suke je me and zamani ada rumah. Esok kerja. K bole tengok tangisan dia yang tak henti. Bangun pagi muke ada senyum. Siap cium muke ibu lagi... Alahai anak...

2 hari lepas mmg kerja dia ikut muntut mak dia je la. Ke dapur, even ke toilet pun sibuk nak ikut. Bila nampak abak dia pulak, kerja asik nak keluar. Siang2 suruh pakaikan kasut... Motip?? Abak dia pulak malam jadi musang. Sakit hati pun ada, tah apa tah buat lepas sahur baru tido. Almost every day. Kita bila puasa lepas buke je dah letih. Ini berjaga sampai ke subuh. Apa kes? Cuti ni pakat tido la. Pelik haku. Kot dia ikut bapak aku qiamulai kat masjid ke tak pa la... So bila cakap nak balik kedah raya ni, dia nak bertolak kul 12 tengah,alam ke atas... Memula tu macam tak redha la... Tengok macam ni kalau ko drive nak berhenti mengantuk harus kamu! Nak tido tepi highway tengah malam tak la kan...

Yes tahun ni raya kedah.

Pestim la amani iman jalan jauh. Nebes rasanya... Tiap hari aku pikir barang dia... Haha poyonnya!!!!!!!!!!!! Macam biasa je la punkan. Lagi pun dia dah besar. Makin besar makin la aku risau. Dia tak bole lelama sangat dalam kereta. Pilihan nak jalan malam tu aku rasa baik jugak, sbb dia tido je. Bila dia bosan dia mula la buat perangai. Bila dia buat perangai abang zamani korang tahap kesabaran dia bukan la tahap yang korang sangkakan... Sekali pujuk tak jalan.... Dua kali pujuk tak jalan... Tiga kali pujuk tak jalan... Aku takut empat kali pujuk terus dia berhenti kat tepi jalan. Hahahaha...

Amani iman suke jalan. Tapi kalau kat higway i bet dia bosan. Kalau jem lagi la dia buat perangai... Ini kebiasana bila dia kita bawak gi melaka, johor, singapore. Kalau jam mula la dia bising... So ipad penyelamat. Harus la aku dload apps banyak2. Than powerbank kena sedia ada... Kalau tak???? Akak pun jadi kuih makmur... ( hijau) tetiba teringin nak makan kuih makmur... Hahaha


Trust me...this little gal kalau nangis, berepisod... Berhenti than sambung balik. Dia bukan nangis pun. Bunyi je. Air mata pun tak kuar habis... Ko buat la apa pun... Kalau dia dah sentap mmg sentap la sepanjang zaman, aku malas kalau dia dah macam ni, dia dengar sore bapak dia, dia jadi lebih syadu sampai muntah2kang... Perangai soooo ibu... Hahah tapi nasib baik aku tak muntah bila kena marah dengan zamani. Hahah... Harus kena pijak ko.

Kami warga virgo hati ada lembut sikit.



Kasut raya... Belum raya day berkali2 bukak kotak minta kita pakaikan... Kasut dia pilih sendiri... Minnie mouse...last2 nenek sembunyikan. Kang tak sampai raya dah pakai.



Erm terasa nak beli



Senangkan? Letakje macam ni bagi dia layan. Kotahu je la perjalanan ke Kedah dah berapa jam. Jem lagi.... Silap2 take 8 hours. So ada benda ni oklah, bukan anak je, mak pun tumpang enjoy. Hahaha




Ni pun ok... Tapi kena duduk depan... Amatlah tidak sesuai untuk perjalanan jauh... Jap lagi ganggu abang zamani hang sama.



Ni macam ok tapikannnn kereta ai myv jerk... So macam ipad depan mata la kiranya...



Oh yang ini sangat smart... Sbb ko tahu la malaysiakannnnnnn.... Penyamun highway banyak... Tak pasal pulak tengah tengok macam di atas kena lak samun... Yerlah walaupun gajet ni tak seberapa. Tapi tuk mat2 pit ni bahaya sikit. Tapi ,acam aku cakap mungkin ruang myv tu kecik la... Ni ada jugak menganggu kaki akak yang agak comel ni... Hehehe... Or we ask amani je duduk depan tu. Kan... Let her enjoy her show.

Oklah... Amani dah bangun... Start mengadap apa aku update. Hahah nasib baik dah habis tau... Si kedek dah bangun... Dia cukup pantang tengok mak dia mengadap or pegang ipad dia.

Sighhhhh.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 26, 2013

Majlis berbuka Nakhoda

Salam...

Dah berapa Ramadhan... tak kuasanya nak tulis pasal puasa macam tahun2 lepas... haiz... dah masak makan. Tak ada nak snap gambar. Macam tu kat umah mak mertua atau kedai. Lepas azan je makan. Sementara nak tunggu makan tu adalah snap gambar letak kat IG dengan FB je...

Tapi ni nak cerita, ai dapat invitation dr ex office. Boss aku kata dia rindu aku. Wahhhh... jemput dtang... undangan khas la kiranya ni.Sila la jeles yer kawan yang dah berhenti dr Nakhoda. Memula bos tanya aku free atau nak join majlis berbuka ni... tapi akak takkan nak pergi sendiri. Tak syok la... dah ni 'bekas' kawan sepejabat... nanti apa pulak abang zamani korg cakap...

ho ho ho... abang ai tu, nampak je ok...

Aku tolak pada mulanya. Tapi bila dia cakap Zamani dan Amani di jemput... apa lagi??? jangan di lepaskan peluang!

Seronok dapat jumpa diorg... macam aku cakap la...kalau nak ikutkan opis lama kawan2 lagi best. Sbb lamakan? Gurau senda semua. Bila aku masuk je restaurant tu, bos aku dengan wife dia mmg layan aku baik... yang best diorg cakap aku KURUS! hahahah

Puasa mmg la kurus... kah kah kah... sebenarnya bila kita pakai baju hitam, mmg nampak la kecik sikitkan. Nan ado maknanya...


 
 Bodonya aku ambik gambar 'bekas'... gara2 ai malu... kata tetamukan... padahal nak ambik dekat2. Kemaluan sangat... Mmg diorg book tingkat atas tu tuk company. Lupa kitaorg makan kat Nyonya Kitchen, Bayu Perdana Klang.

Kuih, rojak buah dah buah2an....

Sampai sana mmg tak makan pun... banyak berbual. Banyak sangat benda nak di bualkan... cerita pasal progress semua. So far diorg ok tanpa aku...kih kih kih...

Ex boss aku berulang kali tanya 'You eh, tak nak kerja balik dengan saya ke?' Gelak je la... offer macam tu je ke boss? Heheheh...

Ala nak beralih angin jugak... lama2 bosan jugakkan.



 Ini maid bos aku... merangkap telephonist kat opis tu... budak Kemboja... mmg lawak, nampak aku macam nampak retis! hahah nasib baik tak minta otograp... dia suke sangat dengan amani iman. Amani dah jumpa cinta hati dia... kawan anak aku...


 Ni macam pasangan pengantin baru... heheh baru lepas bersalin. Datang berdua je... mmg payah anak kecik nak bawak. Kang meragam. Tak pa la bebila nanti bole jumpa dengan baby...

Ika dan Aisyah
 Si Aisyah ni aku interview dulu... blur habis... hahah tapi dia yang terbaek... wakaka...sekarang org kuat kat Nakhoda... tah bila nak belanja aku yer... wahhh tetiba... dia kerja bersungguh2, ko nak dapat nama. Apakah?


Aiyah dan Fazli

Di sebabkan Fazli ada awek... so aku paksa kawan aisyah masuk...kang fitnah... aku tak boleh tido malam di ganggu oleh Fazli... jangan salah anggap... bukan kacau apa... mengadu domba la... pasal aweks... sebelum aku pening maka ambik tindakan sewajarnya. Tak boleh berdua... kena bertiga...elakkan fitnah. Tak jadi tunang jugak si Fazli hujung tahun ni.


BFF kat Nakhoda... 
 
Nakhoda team.   
  

 Bos aku baya Zamani... mudakan? Bini dia baya adik aku Fidah... aku akui la diorg ni mmg baik sangat. Kalau tak, takkan boleh tahan sampai 7 tahunkan? hehehe... tapi ada sbb la... kalau tak aku tak akan gerak dari kotak selesa akukan?



Bersama Jenny... ketua deparment tuk Declaration... 

Vanessa, May Chua dan Winny.

Rahman (Warehouse supervisa), Jeffy dan Chin... diorg ni, kuat betul kerja! tengah makan pun boleh cerita pasal kerja... aiyaaa... tak berubah... bagus la... keep it up bro!

 Punya bz nak bercerita, ini je sempat aku snap gambar... hahahah teruk betulkan? Janji ado... itu pun sbb Susi gi solat magrib. Boring tak tahu buat apa... ambik la gambar. Ko nak suruh abang Zamani snap? Dia sejak terima anugerah bapa mithali, boleh jahanam dengan Singgah Sebentar... kalau tak bukan main arkan? Dia sekarang lebih minat ambik gambar anak manja dia  je.

 Ni cendol santan nama dia... Santan dia je bukan main banyak lagi... 

Amani Iman dah ada boiperennn... bukan main mengekor anak kawan aku ni... kalau tak dia segan, main sendiri je, sekarang walaupun tak tahu bercakap, bukan main ramah mulut. Budak tu pun gelak2 macam dia faham je apa amani iman tu cakap. 

Me and Susi...

 Dan gambar kenangan sebelum balik... siap tapau tau... hahaha... gigih pes time gi bufe bole tapau balik umah...

Apa pun ku enjoy...

Terima kasih atas tanda ingatan... insya Allah akan sedaya upaya membantu kalau ada kemuskilan... wahhh gitu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, July 25, 2013

Rezeki ibu ayah

Salam... aku dah ceritakan pasal adik aku belikan wallet Braun Buffel tu,kan? so sabtu tu dia ajak aku shopping barang raya tuk mak dan ayah aku...

Dia nak belikan kasut raya tuk ibu dan baju raya untuk bapak aku... so aku ni supir je la kiranya...  murah la rezeki ko ngah... satu rumah dia beli... macam menang loteri. Tapi my sister tak beli hanya sbb kalau dapat rezeki lebih. Dia ni mmg pemurah. Kalau adik dan kakak dalam kesusahan selagi boleh dia bantu... nikan pula mak dan ayahkan...

Bapak aku jenis cerewet sikit. Uhhhh kalau  tak kena dengan citarasa dia... erm.... duduk umah pun pakai kemeja tau... kih kih kih.... kitaorg selalu gelakkan dia. Jahanam punya anak2... dia dah biasa pakai smart. Bila kitaorg tegur dia, dia cakap sayang la sbb dia tak kerja dah. Kalau tak pakai siapa nak pakai???

Betul gakkan?

Ibu pulak selalu mengadu sakit kaki...erm sudahnya Fidah nak belikan dia kasut yang dia selesa... Scholl la jawabnyakan... bila temankan mak aku beli barang, teringat dulu dia bawak weols beli barang raya... sekarang kita pulak pilih untuk dia. Syukur la mak aku mmg jenis yang cool. Kalau ada, adalah...tak ada dia tak pernah merungut atau mintak. Baik dengan anak mahupun dengan suami. Mungkin aku ikut perangai dia sikit kot... heheh sbb tu aku kerja. Nak minta suami ni alahai... makan dalam je... kan bagus kat dahi keluar notis apa kita nak?

Tapi bila dah keluar bertiga termasuk adik bongsu aku, jadi lain macam sikit. Aku biasalah selalu nak seyeskan. Still suke mengarah. Yang adik aku Fidah, mmg suke buat lawak. Ada je... yang bongsu normal la... gedik kena lebih... hahaha... mak2 dan isteri org tak der nak heran sangat. Yang nom tiga ni terlebih ramah tetiba...

Apa je...kitaorg gelakkan dia... tapi biasalah ini peluang nak buli adik bongsu aku... kitaorg suruh dia jaga budak2... wakakak... gaya bibik2 tu adakan? hahaha...


Betul tak? ada gaya bibik tak? Wakakaka dengan seluar kaler blok ko... adoi la hai... mmg sepanjang keluar tu dia kena kutuk secara teruk dengan kakak2 dia... ngeh ngeh ngeh...

Budak2 ni, by the time nak gi shopping, time tu la nak tido. Stress... dah la stroller bawak satu. Untuk si amani pulak malas la nak bawakkan dia stroller yang besar. Bawakkan yang duduk ni. Sekali dia tido... kalau stroller yang besar tu boleh la dia baring. alahai kesian anak aku.

Penat kot main, masuk kereta kena aircond terus tertido. Sama jugak dengan Rayyan. Ok dua budak yang tengah tido... amani punya mengantuk tahap boleh tido tepi jalan.. hahah sbb aku letak je dia dalam seat stroller ni...


Lena dia tido korang tahu.... aku bawak yang ni sbb kecik dah ringan. Kalau ko nak naik escalator pun ko boleh lipat je. Ringan sangat2 la... tapi sesuai tuk duduk je la... abak dia pulak tak ikut. Sbb kerja. Jadi nak tak nak letak la dia kat sini, sbb si rayyan lagi berat kot nak pikul...

Jadi Raeesah mengalah dengan abang. wakakak... dia di dukung oleh 'bibik' seluar kuning baju leopard tu eh... hehehe

Uhhhh Raeesa semangat ooo... tak laray nak dukung lama2... tapi kita terpaksa akur sbb kalau nak pikul Rayyan, mahu keluar taik hijau kot... hahaha...


 
Lama tak bergambar macam ni tau... tudung tu fidah beli kat Humaira. Hodie... oklah smart sbb sarung je... tak yah brooch ke apa... tutup mata pakai je la walaupun org kata faktor usia tu tak kena nak pakai macam tu... waakaka...

Tapi bila amani iman dah bangun, terus je masukkan Raeesah dalam stroller tu... Raeesah baru 3 bulan, so duduk pun tak bole lagi... jadi gigih la kitaorg masuk dan tahan dia dengan bantal... hahaha

 

Wahhhh sedapnya bebulu ni kalau dapat masuk ke mulut. Cubaan nak tunduk menyembamkan muke ke bantal... sangat lawak si checah ni...duduk kejap tetiba je melorot... yang si Amani pulak dah ku 'tambat' dia pakai harness. Sangat aktive kalau dapat berjalan. Semua tengok aku macam mak yang kejam. Sbb aku buat tak tahu je. Si amani cuba nak lepaskan ikatan tu, dia main tarik2 tali dengan aku pulak... bila bengang dia baring tengah2 jalan... oh sangat mencabar!

Tetiba dia tak boleh nak di kawal. Kan aku cakap kalau dia keluar dengan aku tanpa abak dia, dia sangat behave... tapi mungkin sbb nenek dengan mak ngah ada kot.

 Ragam budak2... ni anak aku sorg je...kalau dua?? mak dia mau jadi mak badang... si Amani tengah tunjuk protes dia... geram betul. Nasib baik abang long tido...kalau tak, aku rasa mmg dua2 masuk troli je... senang kerja aku... baik je si checha... hahah belum lagi yer dak? Checah pun macam amani iman kecik2 dulu... diam je kalau jalan2...

 Ko tengok... muke budak yang keras ati... elok la... abak tuduh itu perangai ibu... hoi! hang pun gitu gak... keras ati... lalu je depan zon kid tu, dia dah tentu arah. Time tu si rayyan pun dah bangun... mak! stress... amani tengok rayyan nangis, dia pun nangis sama. Tergendala shopping kat zone kid ni...

Tengok si amani iman... rayyan ajar dia main bowling. Terus 'bertapa' kat situ... tak kasi chan... RM 5 aku tukar, semua habis kat sini...  haiz...

Darah siapa la kuat mengalirkat darah anak ai ni eh
 
 Duduk mengadap macam pro sangat...


 Tu dia.... Zamani junior beraksi....

Ok citer dah habis... hahaha... tak beli apa pun... lepas bawak diorg main game. Beli kasut raya tuk amani, macam biasalah fanatik Mickey mouse pilih kasut jenama mickey la...

Muntah daku... tapi what to do? dia sukekan? Pakai kasut tu asik tunduk je... suke sangat cop mickey tu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, July 22, 2013

The First Generation

Salam...

First nak cakap, aku terkejut... *Urut dada*

Tengok berkali2... wow! hansemnya? Tapi ada iras2 siapa eh??? Macam laki aku... ada???



This is Arwah Wan Nawawi... Wan Zamani. First generation, bukan girl generation eh... kot ko minat kpop pun hagak2 sikit... uhuhu



 Well... korg rasa??? sama tak? sama tu dak la... tapi kira halal la... kih kih kih... nasib baik Amani Iman tu perempuan... kalau lelaki? Ho ho...op cos mak dia sentap... da semua anak ikut muke dia... apa tak cantik ke aku... hua hua hua... elok la muke laki sendiri. kot ikut muke org lain dah sesuatu la pulak. Kan?



Gambar atas is second generation. Abak mmg confirm la muke Wan... and Zamani pulak turun muke abak. Since we all semua tak pernah pun jumpa Wan. Not even picture pun. Selama ni Mil cerita pun aku agak sipi2 la.. macam Rayyan muke bapak aku... wakakaka... still Rayyan ada muke chomel. Mana tahu nampak gambar ni, dalam otak aku...

'eh apa punya edit la....si zamani ni buat' Tapi tengok nama mak cu Zamani... takkan la... tengok caption Ah?

Hj Nawawi?  Apakah..... jeng jeng jeng...

Ok... at least daku dapat la tengok arwah wan yang selalu di sebut2... Al- Fatihah.... maaflah kalau aku ambik wan ni... puas la aku nak save gambar tapi tak bole! Apa ke heinya? Kalau Apple kacang je nak save gambar... last2 buat entry. Hope bole la save... gila panjang jalan aku nak save gambar...


 Tadaaaa..... version terkini... angel tepi lak... kalau depan mesti nampak sama. Tak pa nanti aku belek lg tengok eh...ku tak puas ati... there must be one picture yang mmg aku rasa sama sangat. Tapi time ni la pulak tak jumpa... 

Motip gambar tunang? 

Faham2 je la... dah tembs ni tak nampak sama... uhuhuhu....

I is banyak kerja... tapi terhenti sat... ok hati puas... entry siap... kah kah kah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails