Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, April 30, 2016

Wajah anak kecil



Lama tak berblogkan? Ya ampun bz macam org apa je. Kerja sangat banyak. Mmg masa tak ada. Pagi keluar balik petang. Walaupun masa kerja sampai pukul 5 je. Extend sampai kul 6 or 7. Zamani lagi la. Malam je nampak batang idung. Kerja tak menentu masa.

Ok nanti cerita la. Tp this time nak kongsi wajah kecil ni. Tah la aku suke tengok gelagat budak ni. Mungkin dia seusia ammar atau lebih kecil dr ammar. Usia ibu dan ayah dia sangat sangat mude. Nenek dia aku rasa baya aku kot.

Seyes. Tak la baya aku. Tp beza mungkin 5 or 6 tahun dari aku. Sbb aku ingat itu kakak budak tu. Tengok2 dia bahasakan diri dia mama. Seusia dia ( si ibu) telah menolong nenek and atuk. Sambil jaga anak. Anak dia dok diam je. Tp tempat dia berniaga bahaya. Trailer mmg lalu laju2 semua. Selalu aku doa jangan la mak ayay budak ni terlepas pandang anak dia. Sedih. Terdetik ati aku tuk letak dalam opis aku je. Keadaan gerai makan yg terbukak senang betul dia keluar dan mungkin ada yg tak perasan.

Time ni aku sajer bergambar dengan dia. Sbb nak alihkan perhatian dia. Sbb dia ikut je mana ibu dia pergi. Mak dia pun buat kerja mmg sesekali pandang si anak ada dengan dia. Tp ari tu dia hampir kuar dr gerai dan ada pelanggan menjerit takut dia lari ke jalan.

Huaaa cerita pun dah seram. Ya Allah pelihara la anak ni. Jangan la dia cedera atau luka.

Time lunch bos aku malas nak kuar. Bukan jauh pun. Kuar pintu pagar opis je pun. Dia call. Si ibu datang hantar, letak anak kat luar. Adoiii sayang. Yg masuk depot bukan kereta kancil sayang.... trailer sayang oii. Kita yg besar pun tak perasan. Walaupun luar opis aku ada org. Bawak je masuk. Anak sekecil tu tahu apa?

Tetiba teringat anak2 di rumah. Nasib org tak sama. Kalau ammar ni. Adoi... kat rumah ni start ammar bukak mata je, mulut org2 umah dah start terjerit2. Ammar mmg aku risau kalau dia sorg2. Sbb dia jenis yg suke explore. Dah la tu, tak takut org plak tu. Ko marah la..... dia buat jugak. Janji dia lepas hajat apa dia nak buat! Pastu marah la... dah buat! Sbb bila dia dengan amani bersama, kalau kena marah, amani dah lari jauh tp ammar settlekan kerja dulu. Pastu pukul la. Janji apa dia nak buat dah buat.

Bila setiap kali beli lunch kat sini, aku seronok tengok budak ni. Duduk diam kena umpan makanan. Kat luar bahaya, dia dok dlm tu pun aku risau. Barang2 dapurkan? Api, pisau. Adoi la. Mak dia bz kira makanan dia duduk je makan. Kalau mak dia hantar makanan kat meja, dia ikut.

Tp kalau aku dah pakaikan harness da. Biarlah org nak cakap macam anak anjing ke apa. Janji anak kita selamat. Biarlah anak nangis. Jangan la kita nangis.

Sbb tu jugak aku korban. Org mungkin ingat aku dah kerja senang.... tp duit yg aku dpt mmg tuk anak2. 6 bulan x kerja susahnya ati.

Ok tak nak cerita lagi. Asik ulang tayang jekan? Tp budak ni comel. Ammar ko pakaikan harness, dia jadi raja. Tak ikut cara dia, dia duduk tak bangun. Uhuhu

Ok anak2 aku lain sikit perangainya. Apa pun aku harap Allah melindungi anak kecik ni. Insya Allah....

posted from Bloggeroid

Monday, April 18, 2016

Keras hati



Kejadian hari ni.

Selalu nak update pasal anak2 mmg tak ada masa. Kerja penat. Apa lagi ada anak kecik. Tu pun dah ada pembantu. Kalau tak ada kesian la jugak bebudak ni.

Ada sesuatu yg lain pada amani. Sikapnya agak berlainan dr dia yg dulu. Tak baikkan seorg ibu cakap anak tu d.e.g.i.l ( hahaha gigih tulis macam gitu)

Tak tahu sejak bila. Tp aku perhatikan amani jadi keras hati. Ke keras kepala? Kata zamani kalau keras kepala kalau kena gaya tunduk gak. Tp kalau keras ati mmg itam kata kau itam la. Yer ke??

Amani pandai melawan. Kalau dulu dia tunjuk amukan dia tp kali ni dia lawan dengan gaya or body language. Oooo i ols panas ati. Budak memberontak muke ni rasa nak lempang. Tp bila tengok dia, dah macam dalam cermin. Hahaha. Sila la lempang diri sendiri.

Hari ni first time nampak zamani hilang sabar. Kena jugak la kat peha. Tp dia tak nangis. Muke tahan la nangis tp setitik air mata pun tak keluar. Air mata aku plak yg menitik. Marah kesian. Tak marah melampau. Ekceli dah berapa malam la bole di katakan kalau kita keluar dia buat perangai. Macam dia pencetus pergaduhan la. Macam ammar jenis org tak kacau dia, dia relex. Tp kau kacau dia mmg teruk la ko kena. Paling tak tahan dia gigit la. So amani akan buat ammar marah. Bila mamat tu dah marah mmg haru biru. Jerit and tangisan dia, bole 2 hari dua malam. Aku kalau bole tak nak marah dia sbb benda2 macam ni. Sbb aku tahu dia nak tarik perhatian kami. So bila pujuk ammar pandangan dia tu buat aku geram plak.

Kalau kat luar lagi la ko sakit ati. Memula dia tak reti. Dia nak mengamuk dia mengamukkan? Org nampak la dia mengamuk. Tp aku yg diam. Malas nak layan. Tp kali ni dia lagi bijak. Dia tak mengamuk tp dia akan duduk or diri kt benda yg dia nak. Dia siko ko lagi! Panggil la seret la dia tak berganjak dr tempat dia nak. Walaupun aku cakap letak! Count to 100 sekali pun dia buat attitute yg muke minta penampar. Diri la situ pegang macam 'buy or WE sit here.' Bila dia buat aksi tu mula la aku nak menjerit. Tp aku rasa dia tahu aku takkan jerit tempat umum. Stress jadinya.

Kadang2 nak buat macam tak tahu, dah tak ada masa dah. Anak dua org. Yg ammar kalau nampak kakak buat perangai mcm tu dia follow. Mana nak cepat, mana nak layan ko. Tag team plak bertiga. Sampai aku pujuk cara halus 'listen to ibu if not ibu tak beli' contohnya.

Dia jawab 'no... we buy this. I want this'

'Fine you stay and pay urself' dia akan duduk situ or bila dia nampak ko ilang dr pandangan dia, dia bawak benda tu sekali. Huaaaaa....

Kadang2 malas nak bawak dia keluar. Attitute mcm ni kan.

Dulu tak bercakap, protes... mengamuk2
Now pandai menjawab. Mengamuk2 tak ada tp dia nak ikut apa dia nak.

Ermmm mati akal. Seyes now aku rasa sanggat2 mencabar.

posted from Bloggeroid

Thursday, April 14, 2016

2 in 1

Salam...

Lama sangat tak update blog. Mmg masa agak terhad skrg. Nak kongsikan cerita pun tertangguh2. Malam tidokan anak dengan diri sendiri tertido.

Nak cerita pasal 6 april.

2 dalam 1 punya insiden. Dr awal april ari tu Alhamdulilla banyak panggilan interview. Yg panggil pun bukan calang2 company. Terasa diri kerdil. Maklumlah aku manager capuk kat company kecil. Bila comp besar ni macam tak layak plak rasa nak sandang jawatan beso. Hahaha. Tp try market diri sendiri. Pengalaman more than 10 years takkan nak selamanya di takut executivekan? Tp comp besar2 ni dah dpt title senior exec pun dah bersyukur.

Anyway apa yg 2 dalam 1? First its abang zamani birthday yg ke 40 tahun.

Satu tahun yg aku rasa agak special bg zamani. Bagi aku la. Nampak dia biasa2. Dia mmg tak pernah pun harap apa2 setiap besday dia. Cuma aku yg selalu over. Bg aku besday kena ada kek, ucapan dan sambutan. Of coz cara islam berdoa la kan?

Aku agak terkilan sbb tak bole sambut secara grand. Kalau aku berkerja dah set dlm minda tuk sambut extra besday dia. At least masak dan panggil ahli keluarga ramai, suprise party or holiday. Tp keadaan kewangan yg tak mengizinkan. Even selama 6 tahun perkahwinan plus perkenalan setahun before kawin tu, tepat kul 12 malam 6 april bukan main sedia wish. Sblm 6 april bukan main vedio bagai. Kali ni?

Malam tu tido awal. Hahaha. Bangun subuh teringat besday somi cepat2 wish kat FB. Bagi satu dunia tahu la. Akukan isteri yg perihatin. Hahah tetiba. Julingkan mata! Kali ni biasa2 je 'happy 40th besday'

Minta dia pilih tempat. Tp dia pun tahu keadaan kami. Tak minta apa2 macam biasa. Sambut kat kedai mamak pun dah ok. Permintaaannya...

But we all sambut kat secret resepi je. 5 beranak...



Life begin at 40 kata org.



Janji ada kek. Amani now suke makan kek plak.





Family pic on his 40th birthday.

Than another berita to share adalah??? drum role

Aku dapat kerja! On his day. So aku cakap my offer letter la hadiah besday dia yg ke 40. Hahaha. Tetiba. Apa relevennya punkan? 6 month menganggur. Kais pagi makan pagi kata org.



Short notice. Anyway aku wat part time je. Gaji hari. Bersungguh la aku kerja. Nasib baik ex bos tak berkira sangat. Aku bole g interview dan balik opis dan terima gaji full. Mmg terasa bila tak kerja. Dah rasa duit tu mmg penting. Seminggu dapat la gaji. Gambar kat atas adalah team finance. Since opis baru nak aku start next day.

Comp aku base singapore. So sangar short notice sbb manager yg aku kena report kena balik singapore malam 7 april. So hanya 5 jam menurunkan segala pada aku.



My new rezeki... harapan sangat kekal di sini. One of logistics comp jugak. Tp kat malaysia diorg bukak depo. So keadaan kerja bukan la idaman macam opis2 gah. Tiap2 hari rasa diri penuh gegaran. Hihihihi.



Alhamdulillah ni semua rezeki anak2.

Rezeki amani iman zulaikha
Rezeki muhammad ammar yusuf
Rezeki muhammad aiman yusuf

Dan terima kasih pada parents aku yg sangat sangat memahami. Doa ibu ayah selama ni. Doa suami jugakkan? Diorg la pendorong. Terima dan membantu sama.

My sister fidah expecially. Tak minta tp dia banyak la bantu financially. Aku bersyukur la di kelilingi family yg tak putus2 doa dan bg semangat tuk aku yg hampir give up. Mau tak give up. Interview hari2. Effect kot pay day aku sehari.

And sekarang bole tarik napas lega. At least tak bebankan somi. Oh i hate nak bebankan org. Biar pun somi sendiri.



And now i back to work!

Tq uols yg mendoakan yer

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails