Monday, October 11, 2010
Tapi aku juga manusia biasa... bukan wali tentu sahaja mudah terluka kalau ada benda yang sakitkan hati. Terus terang kalau pikir balik, aku pernah bangga satu ketika dahulu yang aku sempurna boleh mengandung... tanpa aku pikir semua tu adalah kerja Allah. Bila2 Dia rasa Dia perlu tarik sesuatu, Dia akan rentap sekelip mata, walaupun ketika itu kita leka menikmati anugerah dariNya. Biar la org nak nangis... biar la org tu nak meraung... biar la org tu merayu macammana pun, kalau Dia mengkehendaki sesuatu pekara itu terjadi, ia akan terjadi.
Ada org mengambil semua mudah... tak kena batang idung sendiri, maka main cakap je. Ada pulak yang sentiasa berhati2 mungkin di sebabkan benda dah berlaku pada dirinya. Baru dia tahu nak menghargai. Sebab itu semua manusia tak sama.
Tapi aku tak leh la... anak will be isu yang paling sensitip sekali.
Kelahiran aku sedih...
Kematian berganda2 sedih...
Tengok baby / budak-budak pun aku sedih...
Tak tengok baby / budak2 lagi la sedih... dok pikir dan rindu anak org... rindu je. Tak bermakna ingin merampas hak ibu atau keistimewaan ibu.
Lagi sedih bila lately... aku ada dengar conversation ini...
"Yerlah diorg tak ada anak... tu yang suke budak2. Kalau anak diorg tak meninggal, sama besar dengan sipolan sipolin ni... " Which is true... itu fact. Semua org akan bercakap mengenainya.
Aku tak tahu nak marah ke? Nak nangis ke? Nak tersentap ke? Sbb aku tahu mereka simpati... aku tahu mereka turut bersedih atas apa yang berlaku pada kami... Lagi sedih kalau ia berkait dengan suami kita...
"Kesian si Zamani... anak tak ada... tu menumpang kasih kat anak org..." Korang sedih tak? And yet aku tak leh nak ignore cakap2 org... sbb aku juga manusia... aku ada naluri sedih... aku ada perasan tu terasa.
Jiwa aku tak kental? Maka duduk di tempat aku... bila kamu ada keinginan tuk jadi seorg ibu... yang mahukan sebuah keluarga...korang leh nilaikan di situ. Entah... org kata aku masih tak redha dengan pemergian anak aku... anak... darah dading kita... org kata bukti cinta... binatang pun sayangkan anak. Apa lagi manusia.
Dan pada mereka yang ada anak banyak... Alhamdulilla syukur la pada Allah sbb kamu di beri peluang. Jadi rasanya adalah lebih kalau kamu doakan tuk aku dan mereka yang di sekelilng mu yang SUSAH SANGAT2 nak dapat anak... dari mengeluarkan kata2 dan soalan2 yang berbisa...
Asal jumpa mesti nak tanya
Dah berisi ke??? Penting ke soalan tu? Macam dia yang nak kena tanggung medical bagai...
Esh... kenapa ko susah nak dpt anak eh? Aku ni Alhamdulilla senang. Pantang leka confirm melekat...
Ye bersyukur la... sblm terlambat... sebelum Allah menarik nikmat2 itu... tapi Alhamdulilla aku bersyukur sbb ramai sangat yang concern pasal aku. NAsihat dan tak kurang juga kongsi pendapat. Alhamdulilla dan terima kasih sangat2. Aku hargai semuanya.Sampai ada setengah tu sebelum nak start isi kandungan tu berlapik2 ayatnya... aku tahu korang cube menyusun ayat supaya aku tak terasa dengan persoalan dan pertanyaan maupun pendapat korang.
Tapi apa pun usaha tu penting. Selebihnya kita berserah pada Allah. Sbb soalan korang tu aku tak dpt nak jawab. Semua ni kerja Allah. Dia maha mengetahui... yang mana baik dan yang mana buruk tuk hambanya...
Walaupun org tu ramai anak, itu tak menjaminkan anak2 dia membawa dia ke syurga mau pun tidak menjaminkan kebajikan dia terjaga di dunia dan akhirat. Kes anak2 buang mak bapak pun ramai dah sekarang ni. Aku bukan la nak hina ke apa. Tapi jangan sesekali kita sakitkan hati org sbb kita tak pernah tahu balasan yang kita terima...
Apa ciri2 lelaki idaman korang?
Tak la tetibakan aku terpikir sesuatu. Bila aku tengok budak2 yang gila Shahir la, Akim la, Ariel, Bob mesra, aku teringat bila aku kecik2 dulu. Nak kongsi tak? Tak nak baca sudah!
Kelmarin ada caller berbual dengan Akim AF kat radio. Budak umur 12-13 tahun macam tu. Mmg suara teruja habis budak tu bila dapat cakap dengan Akim. Aku rasa mau dia heboh satu dunia yang dia dapat cakap dengan Akim AF lepas letak fon tu... plus lagi mengila dia bila Akim Af cakap I love you kat dia. Wakakak harus anak buah aku si Mirah kalau dengar, mmg budak perempuan tu kena bunuh. Lalalal begitu fanatiknya mereka.
Macam budak ni, dia mengadu dengan Akim, dia bengang dengan cikgu2 dia sbb koyakkan gambar Akim yang dia tampal kat meja sekolah. Meja dia nak di jadikan dewan periksa PMR katanya Akim jadi sumber inspirasi dia tuk belajar. Sbb tu gambar Akim dia tampal kat meja. Dulu aku sekolah, aku jadikan poster pembalut buku test aku. Dah la buku tu aku beli bukan buku pinjaman buku sekolah ok! Tu pun pengawas sekolah sibuk suruh bukak! Tention nak mampus!
Tapi betul tau... time aku form 1-3, time buruk, gemuk dulu, remaja baru nak naik org kata, nak dapat boiperen, aku sekolah perempuan, tang mana nak ngurat jantan plakkan? Maka me and my geng beranggan jadikan artis sebagai boiperen. Artis yang menjadi kegilaan dulu, biasalah 4U2C dengan Niko... KRU macam boring sikit. Sbb diorg adik beradik. Hahah its like aku tak suke nak jadi biras pada kawan2 aku... Keji tak? Macam KRU hengen sangat dengan muke ingusan kitorg ni. Antara yang menjadi pujaan ati si AC mizal... OMG korang nak pengsan tak? Ingat balik kalau la ada kawan yang re-call benda alah tu, malu ko! 17 keturunan aku malu... ngeh ngeh ngeh.
Siap nak beremo2 bagai bila tahu artis tu ada scandle dengan org ni... kaset jangan la cakap. Org pertama beli di kalangan kawan2. Tak leh lambat! Sampai sangup belajar sungguh2 sbb ibu janji kalau lulus dapatlah walkman (time tu ar). Semata2 senang nak dengar lagu2 4u2C. Bole feeling2 sebelum tido.
Poster jangan cakap. Aku rasa dari dinding atas sampai ke bawah mmg poster diorg. Ha nasihat tuk ibu bapa jangan la beli katil doube dacker tuk anak2 seusia 12 tahun - 15 tahun, sbb mereka mampu menampal apa sahaja sampai ke syiling bilik...wakakak. Gigih ko!
Time tu dah ada bilik sendiri. So bila bilik sendiri itu dah kawasan mutlak, boleh buat apa sahaja dengan bilik sendiri. Yang kelakar time tu kumpulan NICO naik. Tak silap aku yang comei2 tu nama dia DINOkan? Ha! punya tak nak org tahu aku perasan angkat bakul sendiri, siap kawan2 tanya siapa nama boifen aku aku cakap Shah Rosli (tak silap aku la nama Dino tu) Duduk jauh... time tu pun dah pandai pasal nak create signiture ni. Create la tandatangan ShidaShah cume tulisan tu sambung2kan je la. Hahah tak ada siapa tahu siapa itu Shah Rosli. Muahaha... yelah tention, kengkawan aku umur 15 tahun dah mula belajar couple. Kuar dengan lelaki semua. Teman di kawal ketat oleh ayah ibu time tu. Telifon umah asal ada lelaki call kena tukar number. Kijam tak kijam la pemerintahan en rusli dengan puan latipah dulu. Sampai si fidah tention umur 21 tahun tak ada boifen ugut nak tutup ati tuk semua lelaki. Itu yang dapat si Shaiful cinta mati... lalalala...
Tapi seyes you all lawak la. Sampai aku bual dengan ibu, ibu pernah tanya macammana ciri lelaki idaman anak ibu ni? Jawapan aku, aku suke lelaki yang.....................
Lelaki yang berambut panjang. Konon rockers la...tapi dia kena ikat rambut kemas2. Baju plak ala-ala hiphop, cakap kena ada sytlo...
Ha... pengsan mak aku dengar. Tak pernah di impikan org. Isu tu menjadi sangat berat bila mak aku mengadu dengan nenek singapore aku yang garang tu. Kena basuh la... umur 15 tahun yang masih sekolah suruh tukar ciri2 dan impian lelaki. Tu salah... org2 gitu tak layak jadi suami... mak!!! gue frust oooo time tu. Ate punah la nak kawin dengan lelaki yang rambut panjang macam A.J dari kumpulan backstreet boys tu... muahah tetiba lak Backsteet boy interprem dalam cerita aku ni eh.
Apa yang bebudak sekarang lalu adalah satu proses sebenarnya. Sbb hanya budak tak normal je yang belagak aku baik kecik2. Laki aku pun sama, terbayangkan Maria Carey gurlperen dia satu ketika dulu...wakakak betul ni bukan fitnah. Kantoi terjumpa dalam album lama dia... tetiba ada caption "MY beloved Maria Carey" ha nasib baik maria carey... nama pompuan lain mau aku tersentap,kan?
Tapi semakin dewasa semakin kenal diri. Dah tentu lelaki ini menjadi pujaan ati...
Raya Glam di Umah Blogger Im Yours
Pemilik blog Im your cik NeenaNuar telah buat open house tuk kengkawan. Sbb siang arinya dia buat tuk family. Minah ni pun aku salute sbb nampak je modern! Tapi mmg pandai masak.
Aku suke baca blog2 jenis macam ni. Idok la aku kata blog lain tak bagus. Tapi ini la kehidupan realiti sebenar. Dan kita kena banyak belajar dari keadaan sekeliling. Jangan masuk blog org sekadar bzbodi. Org beli itu ini kita dok rasa jeles, tak mampu pun kasi mampu. That is not my concept kalau baca blog org. Kita kena belajar memperbaiki kehidupan kita tuk menjadi yang lebih baik.
Last year punya open house aku tak dapat pergi sbb last year MIL buat open house sama date dengan neena buat. So tak dpt la meng-join kan diri. Tapi alhamdulilla tahun ni dapat la merasa mee hun sup dia yang berapi tu... perhhh! Sodap....
Tahun ni neena buat konsep raya GLAM... AKA Glamor... bila dia kata macam tu, fening jugak nak pikir baju apa nak pakai. Tapi bagus jugak, kalau idok tak pakai la baju nikah acik tu.Last pakai pun time raya tahun lepas. So ku ambik peluang la nak bergaya dengan baju nikah aku tu. Dengan Zamani kena paksa pakai.
Malam tu punyalah jam kat KL... semua org pakat nak buat open house. Mmg jam teruk. Bayang la dari umah kuar kul 7 malam, sampai Ampang kul 9 malam. Korang kiro la sendiri. Lama tak lama. Baik balik Melaka pun tak se- lambat itu. Zamani dah puas maki hamum pemandu2 kereta kat Kl malam tu...
Sekali datang, alamak aku terasa aku yang terover. Yang lain glamor ala-ala raya, tapi aku glamor ala ala nikah... heheh biasalah dah pakai baju nikah, mesti la terover sikit. Nasib tak sewa baju sanding malam tu. Baju nikah yang penuh batu2 tinggal renda2 dan manik2 jurai je tak ada. Hahah.
Ini la kami, dah berkumpul mula la bercerita2. Tapi percaya tak pestime jumpa tapi kami bercerita macam dah kenal bertahun-tahun. This is blog all about. Bila kita baca blog org tu kita macam kenal org tu lama. So tak payahlah nak introduction bagai. Senang...
Macam aku gi umah neena. Rasa tak payah dia nak kenalkan anak buah dia. Aku rasa macam dah jumpa budak2 tu everyday plak. Bual dengan mak diorg pasal anak diorg macam laju je... hahahah kantoi ko neena. Sorilah... ringan je mulut aku tanya mak nabila "Bila balik Saudi" hahah gila tak? Blur kejap muke mak si nabila tu. Sure dia tertanya aku ni siapa.
Dengan mak Qaseh pun sama juga. Siap aku lak pandai2 takutkan Qaseh...sbb si Qaseh takut Uncle Nuar dia, tu yang aku memandai jaja nama si Nuar. Alah Qaseh takat uncle Nuar, Qaseh cekak pingang macam Untie Nin buat sure Uncle Nuar takut...larikssss... Wakak harus mak Qaseh kata siapa minah ni nak takutkan anak aku ni??? Tapi best adik neena pun sporting habis lepak dengan kitaorg.
Semua tru blog...
Macam Iena cik Kaki suke berjalan, ni baru pestime jumpa, mimmy dah dua kali jumpa tapi kali ni baru rapat2. Sama jugak. Tak ada malu2 kaber nak berbual. Dia pun tak yah nak intro dia nak kawin bagai. Hahah aku siap tanya dia bila mau bagi kad kawin...hahah sugguh muke tak malukan?
Seronok bila dah jumpa ramai2 ni. Mmg blogger2 semua sporting and very peramah2.
Yang best para suami/tunang/ boiperen sangat supportive ok. Bini2 kaki blog, laki2 kaki sokong. Bukan takat sokong bola tapi sokong aktiviti bini. As long apa yang kami buat tak mengaibkan sesiapa. Rite gurl?
Kami yang mendengar cerita dari Iena... hahah dia sangat lawak dan bersahaja. Macammana dia menulis, macam tu la gaya dia bercerita. Deqna lak dah jadi mak, so tangan dia tak lepas mendukung si Marissa yang comel lagi gebu tu. Deqna punya story lagi la lama aku follow. Antara blog yang pertama aku ikuti. Dari dia baru2 kawin sampai la dapat anak. Tapi aku sangat tak puas ati macammana Nabila boleh pilih panggil si 'iena' dengan panggilan kakak sementara aku dengan Deqna dah dapat title auntie?? oh tidak!!!! Ni kena ajar Marissa panggil aku "akak cida" atau "Cida" pun alrite... muah muah muah
Oooo ko bagi apa kat Nabila ha??? wakaka lariksss... ko sogok dia apa sampai title kami beza dengan title ko iena? Yang lain turun jadi 'mak cik' dia sorg je nabila panggil 'kakak' wakaka. Seronok betul layan Nabila ni... mmg betul la dia mmg keletah. Kitaorg siap suruh dia ajar cakap cina lagi since dia sekolah cina. Hahah tu pun mesti mak dia pelik, mana auntie2 ni semua tahu dia sekolah cina. Tapi Nabila mmg best. Tak malu, tak segan. Kitaorg suruh dia nanyi relex je dia nanyi. Tak ada kaber2 ok!
Tapi since Zamani that nite demam... kami lepak sampai kul 11 lebih. Punya la tak menyedor diri wei! Sampai laki aku dah tak tahan ,ajak balik. Tapi haruslah kami bergambar dulu sebagai kenangan.
Kami blogger2... mmg happening umah si neena malam tu... ko tengok muke Marissa... hahah comei sungguh.
Gaya bebas... selamat ari raya!!!! Airisy (baby berbaju oren) pun sampai ternganga sama
Than nak balik tu, pemenang di umumkan... hahah HARUS la aku kena menang. Wakakak dah aku sorang berlabuci bagai... wakakak... tak pa, aku ikut peraturan pertandingan. Bukan salah aku gedik2 nak pakai baju berbatu bagai. Ngeh ngeh ngeh
Wah muke terkejut... hahaha... malu oooo blushing blusing. Tuk kategori perempuan aku pemenang. Wakakak...
Tq!!!! Aku dapat duit raya. Yeahhh dapat jugak kaber cost hantar baju ni dry cleaning. Tq so much. Kategori lelaki pemenangnya mamat baju biru belakang tu. Suami si Iena. Tu la abang Jamani korang, akak nak letak renda kat songkok dia, dia tak nak... kalau tak boleh kita menang sesama...wakakak lariksss...Para suami/ tunang/ boiperen sangat la sporting berbaju melayu, bersampin bagai, cume yang pemenangnya ada extra aksesori kat bahagian songkok tu... uhuhu...
Apa pun tuk tuan umah... terima kasih la sangat2... menjemput dan maaflah kalau kami bikin rumah anda bergegar...wakaka... Oh rendang limited edition neena sangat superb! Aku jeles!!! see dia tahu buat rendang and jamu kengkawan. Sangat kagum! Tak pa tak pa. Aikan darah tun teja... tahun depan makan rendang umah aku plak... tok mama... resepi pls... wakakak...
Sunday, October 10, 2010
wedding 101010
101010 NICE NUMBER EH? RAMAI YANG AMBIK TARIKH NI TUK TUNANG AND KAWIN. AKU BARU BALIK DR MAJLIS PERKAWINAN KAWAN ZAMANI DI AMPANG. NICE WEDDING TAU... I TERASA MCM NAK SANDING LAGI... UHUHUHU... SBB TU LA ORG KATA PERKAHWINAN NI SEKALI DLM SEUMUR IDUPKAN. DAH TAK LEH NAK ULANG2... KALAU ULANG JADI PENGANTIN 'RE-HEAT' ... TAK SEDAP TUNGGU BASI... HEHEH... ANYWAY NANTI AKU CERITA DETAIL EH.... NAK GI MAJLIS KAWIN ANGKASAWAN NEGARA TAPI RAMAI SANGAT ORG (HAHA KATA JE LA TAK DI JEMPUTKAN?) SO KITA HADIR MAJLIS YANG DI JEMPUT. TO PENGANTIN... SELAMAT PENGANTIN BARU... SEMOGA HUBUNGAN KEKAL SELAMANYA... AND SELAMAT JUGA MENEMPUH ALAM YANG PENUH KOMITMEN...
Friday, October 8, 2010
BerCinta
Yesterday aku masak sambal ketam. Buat pertama kali ooo masak ketam. Tak pernah lagi masak ketam kecuali makan ketam. Tak pa gigil gigil pun ok lah kalau nak lapik peyut yang gendut.
Than celur2 sayur semua hidangkan dengan kuah kacang yang MIL buat during open house last week. Elok lagi dalam peti ais tu.
Tapi tah selera suami ku kureng. Hahaha... bila ku tanya dia kata kenyang. Erm tak pa takkan nak paksa. Tersentap je je... wakakak. Tak la. Pelik sungguh perangai kalau di umah mak bertambah berkali kali dan kali. Kat umah ciput je tau. Sob sob sob. Janji makan. Janji aku jalankan kewajipan akukan. Memula masak takkan nak lawan cik gu yati! Harus ko! Kalau lawan pun apa salahnya... larikssss.... stage ijat pun aku tak lepas ok! Untung bakal laki dia wei. Tak pa semangat jangan sesekali jatuh. Anak melaka darah Tun Tejah..Muke Hang Li poh *Muntah muntah* takkan menyerah kalah tapi semangat membakar! Merdeka! Merdeka!
Opsss gila sudah.
Semalamkan aku update sikit pasal kat kopitiam. Abang Jamani kata dia sudah kenyang tapi supper malam roti dan telur setengah masak. Oh ini mencabar kewibawaan akak sebagai seorg isteri! Take note! Hujung minggu kita buat breakfast lagu ni. Tak la payah mana aku tengok tapi kenapa mengapa kita ambik tak endah je apa yang somi kita suke makan?
Toast / burn bread with half boiled egg or telur gegar2... hahaha. Aku tak makan benda lembek2 ni. Pastu suruh aku makan. Hehe sori la yang. Tak mo ar nanti gemuk.
Tak senang ke menu ni? Tu pun payah nak buatkan kan kan???
Zamani bukan la payah sangat kalau bab makan ni. Simple je semua fav makanan dia. Kan? Pastu buat kopi or beli je whitecoffice bancuh. 10 malam minum pun berapa je.
Saya suke tengok dia makan....
Kalau org nak kata dia bulat atau gemuk saya suke sbb idok la kata saya bini pemalas... tapikan sebenarnya dia gemuk ni pun bukan sbb aku masak... nak tahu kenapa??? hahah sbb umah mak mertua dekat jer...wakakak... tu yang kami RAJIN gi sana. Lalalalala. Cube esok2 duduk Australia, London ke apa. Mau kurus dua-dua... motip nak duduk luar negeri? Hahah saje ler nampak kelas sikit...kah kah kah...
Dan aku??? Tiramitsu with coffie jel... sodap sehingga menjilat gelas. Oh tajuk di atas tak ada kena mengena dengan isi karangan...
What TELAH happen blogspot???
Saya tak tipu tapi ini terjadi
Ok kebetulan gambo anak beranak ni yang kuar kat dashboard aku time nak baca blog kengkawan. Dah boleh buat ferem gambo da... bukan la tak suke tapi payah la scroll panjang2. Aku dah la following banyak blog. So hagak payah nak cari satu persatukan?
Haiz... refesh banyak kali pun sama. Tak kisah la nak ubah setting ke apa. Tapi bagi ku terlampau besar sangat satu pic kat dashboard. Kalau aje jenis malas nak clik view blog org, aku baca segala keretapi sekali imbas je. Balik atau ada masa terluang baru baca. Kalau gambar je dah cukup satu tu konker. Payah la ni!
Korang suke???
Confirm bukan pc aku atau network aku yang masalah tapi mmg sah sah setting blogspot sbb org2 lain pun alami benda yang sama.
Jam istimewa buat Hari Lahir
Mau teka lagi?? Hahah pemenang boleh dapat kotak jam ni...wakakak harus aku kena lempang dengan Cik Azy kita lelaju...hehehe...Apa ada dalam kotak ni??
Sayang adik aku. Ingat besday akak... kakak je lupa besday dia. Bagi alasan macam2. Muahah. Haruslah adik ku faham, akaknya gaji idoklah sebesar mana.Kais pagi makan pagi kata org. Lalalala...
Ku ingat kotak je voguekan. Isi kot la jam biasa-biasa... teruja ko!
Tadaaaaa... ini jam bukan black market or jam PS eh. Guarantee semua ada sekali. Oh terima kasih. Anyway kalau benda ni ciplak pun ku terima dengan hati yang gembira sbb yang penting ingatan. Plus dah cukup baik dia ingatkan. See angah, next year ko bagi aku jam dinding. Harus aku happy juga.
Love it!
Ok muke teruja...hahah thanks fidah for the burfday gift. Buat aku sayang ko lebih.
Jawapan tuk KOnTest Teka Gambar
Yer... jawapannya adalah Jam...
Wahhh sangat senang soalan eh? Syabas beteh... tak ada org guess tudung and baju raya?? hahah... Ok di sebabkan 5 org teka jam dengan tepat. Tapi pemenangnya kita ambik based pasal siapa paling awal. So di sebabkan blog ni tak ada open komen box. Maka bersepah2 jawapan yang ku terima...
Nak tahu pemenangnya???
Yer Cik Azy kita... clap clap clap...sila PM akak tuk dapat hadiah kecil.
Tersenyum2 aku sengsorang bila tengok jawapan. Tak sampai 20 minit post entry dia PM aku kat FB... hahah betul lak tu. Anyway korang mesti tanya.
"Eh mana nak tahu dia ni awal. Kot kita anta dulu jawapan, dia yang baca lambat atau tak perasan main pilih je. "
Ok semuanya akan link dengan my email. Kira notification on FB semua akan ada kat email. So kat twitter pun akan tulis masa jugakkan? So senang la siapa yang terawal la menang. Anywa tak ramai pun cube. Hahahah... cancel nak buat pertandingan macam ni di masa depan. Ha ha ha. Cube aku cakap hadiahnya umah, kereta....................................................mainan. Hahah nak la kot. Heheheh...
So hadiahnya??? hahah tak beli lagi... kah kah kah... ok akan di usahakan pada hujung minggu ini.
Dan credit jugak buat Cik Miera kita... siap cakap jam Esprit lagi... Perhhh confirm view photo album Ana Noor'Izzati ni,kan? Hahahah. Sorry dear beza masa antara you and winner 10 minit sahaja. Tapi mention yang awal akan di kira.
Kak Sal! Your answer pun betul... hehehe chaiyok ar... nanti kita suruh ZY masak sedap2 and jamu u and family makan...wakakak harus kena tembak dengan senapang gajah. Dia dah la kerja bz memanjangkan?
Nak balik kerja, kawan aku ni mencube nasib. Tanya ada pemenang ke tak. Time tu pemilihan belum buat. Cume aku ambik 'masa' dia chat dengan aku tuk bandingkan jawapan2 yang lain. Hehehe...Apa pun nice try la beb...
Pagi tadi plak cik Bella kita lak tulis kat my wall... memula terhagak2 jugak dia nak bagi jawapan. Syaratnya kena sekali je teka. Lebih dua tiga kali sori yer. Ni pun aku rasa senang sangat korang nak menang. Bengkok abang Zamani korang...wakakak... bini buat kontest, laki kuar duit...uhuk! Tapi seyes la, hadiah tak pk lagi... heheh...
Anyway tahniah yer Azy... ayooo tak sangka ooooo Azy (kenalan lama) aku baca blog ni. Uhuhu. Kalau akak tak buat contest selagi tu la sonyap la ek korang???
Dan yang lain tu, jangan sedih eh. Aku akan buat contest lagi. Jangan serik tuk mencube. Anyway dah letak muke korang yang shantik manis di blog ni kira oklah kan? Hahahah *buget blog dia popular sangat* Hakkkk tui!!!! *Ok hanya aku je yang di benarkan ludah...yang lain jangan hover!*
Cik Azy, copat bagi alamat yo... kalau akak tak dapat hadiah tu jatuh pada Cik Mira kita... begitu la seterusnya...hehehe... Kijam tak??? Takkan?
Ada cerita di sebalik jam.... nanti aku cerita on next entry
Thursday, October 7, 2010
Cube teka
Kalau aku buat contest ada siapa nak join tak??? ermmm sbb blog ni one way communicationkan? Payah jugak. Tapi try la. Kalau sambutan hangat akan di teruskan.
Macammana korang nak bagi jawapan yer? Senang je. Korang boleh jawab kat Facebook and Twitter. Amacam? Rasa susah tak? Rasa visitor yang kuar masuk bukan main ramai lagi kan? Kat FB korang leh komen kat wall, PM aku, atau komen kat network blog... org yang bagi tekaan yang betul akan dapat hadiah dari CidaZam eh...
Korang tengok gambar di bawah ni... apa yang aku cube tunjukkan?
Ok? Figure it out ok... tarikh tutup sampai esok malam. Iaitu 7 oct 2010 sblm pukul 12 malam. Hadiah belum terpikir lagi nak bagi. Hahahah. Pembaca yang pertama yang betul sahaja layak menang. Setiap sorang hanya layak teka sekali sahaja. Banyak kali ko teka tak kira ye.
Poyo je aku macam ada yang nak teka. Tak pa la ni kira penghargan dari aku la yer. Heheh
LUPA! Additional info :- Dari mana pun korang, nak try, try je... kalau dari Melaka ke, Johor ke, Perak ke, Kelantan ke, Penang ke, sabah sarawak ke nak join boleh, pemenang akan di umumkan dan sila bagi address i post terus kat you all eh!
Kopitiam...
JeLES OOOO TGK ADA ORG UPDATE BLOG DR FON... NAK JUGAK... NOW ME MENEMANI EN SUAMI MINUM KAT KOPITIAN. ATE KAMI NAN ADO ANAK... APA LAGI KAMI NAK BUEK? DATING LA KAN? HAHA AYAT PENYEDAP ATI. BARU LEPAS DINNER. KU MASAK KETAM UOLS... PESTIME DLM IDUP MASAK SENDIRI. SELALU MAKAN JERK... ALHAMDULILLA TAK LA SEDAP MANA. TAPI KAMI BELASAH JER... LEPAS MAKAN MASINGT2 SOLAT... MALAM KHAMISKAN? HARUSLAH KAMI BERDUA BACA YASSIN BUAT ANAK KAMI... BOTH OF US MISS HER ALOT... TAPI KU YAKIN REZEKI TU ADA BUAT KAMI... TU YANG KUAR MINUM... NIAT MINUM JE... TERJEBAK MAKAN ROTI AND TELO SETENGAH MASAK... AKU??? AIS BLAND LER APA LAGI? WAAAAA AKU MEMBESAR DENGAN SIHATNYA...TAK PA ATI GUMBIRAKAN... AGAIN! AYAT PENYEDAP ATI... OK NAK BALIK... MALAM JUMAATKAN... HAHA... PIKIR BEBUKAN PLAK KORANG EH... BARU BELI DVD PIRANA.... MAU TONTON... DADAAAAA





































