Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 27, 2011

Soalan Che Aisyah dan Che Liya

Malam maharaja lawak, aku dengan Zamani tonton umah MIL je. Meriah sikit semua ada. Tapi kalau dah ada umah mak, Aisyah and Aliya biasalah suke duduk main2 dengan aku.

Sian diorg... Aliya suara dia makin lama makin kuat dan banyak tanya. Biasalah macam tengok wayang laaaa, bila Aliya bersuara, semua org marah dia

"Aliyaaaa senyap!!!"

"Aliya diam!"

"Aliya jangan jerit...."

Sampai aku tutup mulut Aliya dan bisik kat telinga dia cakap pelan2... kemudian dia bisik kat telinga aku...tak la bisik... kalau semua tak focus rajalawak tu semua dengar jugak

"Mak long, kenapa Hiya tak holeh hakap huat??"

"Sbb Aliya kacau diorg nak tengok TV"

"Tengok je la.Butan Hiya huduk hepan hibi tu...." (Tengok je la, bukan Liya duduk depan Tv tu)Buat muke tak bersalah... hehehe... mak long tak leh nak jawab soalan Liya

Aisyah plak... bila org umum Sepah juara malam tu, dia terkejut semua sorak... so dia tanya

Aisyah :- Siapa yang menang mak long?

Aku :- Sepah

Aisyah :- Sepah? Dia dapat nombor berapa?

Aku :- Dapat nombor satu

Aisyah pandang pelik kat aku

Aisyah :- dapat nombor satu??? ye la siapa?

Aku :- Sepah la... yang tu

Sambil tunjuk time Sepah ambik hadiah

Aisyah :- Aisyah tahu la.. tapi diorgkan 3 org... siapa yang dapat nombor satu???

Ha! gud question Aisyah Farhana! Mak long pun tak tahu mcm mana nak bahagikan hadiah tu.. yer dak???

Friday, June 24, 2011

Cloth Diaper (CD)

Ha! tertanya2 mcm aku??? meh dengar ni...










OOOOOO laki aku sure bangga la kalau dengan dapat jimat macam ni. Tertanya jugak tak penat ke? tak payah ke nak basuh bagai... rupanya tak juga. DIA kata... bukan aku kata senang di bersihkan.

Ehem ehem...ku berkongsi je kat sini. Sok ada anak tak decide pun nak gune. Tapi suami lebih pandailah kalau dapat jimat mmg conpommmmm pommm pommm pommm bagi arahan je.

"Pakaikan anak Cloth Diaper. Tak kose nak beli2. Duit tu beli rokok pun elok. Tension i pun kurang..." wakakak ayat tambahan sesedap rasa. A.K.A perli baekkk punya.

Kalau tak perlu tenyeh menenyeh akak sanggup. Kata mereka (Bukan Tatak yang kata) jirus air kesan ilang, najis tanggal. Bila bersih just masuk ke dalam mesin basuh... ok tu akak rasa tak penat sangat. Tapi back to 18 year dulu, lihat ibu menyental lampin2 adik aku si Didi...aku sian teringat dia....

Kenapa aku tetiba cerita pasal benda ala ni??? sbb aku berminat nak tahu. Comei2 je bentuknya. Tu yang nampak video kongsi kat sini. Nak tahu cara pakai mcm mana. Sbb bila aku tengok benda ala ni aku tertanya

  1. Eh... kalau budak besar? Rugi la tak leh pakai? Lagi la bazir
  2. Mcm mana nak buang najis?? Najis sendiri pun tak lalu nak tengok, apa lagi najis org. Kih kih kih
  3. Macammana nak basuh? Bentuk macam pampers je. Kalau basuh jahanam la.
Hahah sibuk je tertanyakan??? Apa kes? Nak risau2 plak org jual benda ala tu. Kui kui kui. Nak tanya org tak ada siapa yang ku kenal pakai benda ala tu... comei sangat aku tengok dalam majalas semua ni. Lagi la warna2 menarik. Tomei je. Tertanya jugak asal la ibu2 ni tak pakai. Kan comei budak pakai??

Oklah tu je nak share bukan apa pun. So aku pun dah tahu segala jawapannya. Oklah tak cari lagi dah Apa, kenapa, bagaimana semua.

So Zamani??? anda pun boleh torai sok sok ada anak... cume jangan plak main masuk mesin basuh ko cuci dengan baju2 kita...masak! dengan hang hang aku mesin sama nanti. Lalalala... walaupun dia kata cuci hilangkan najis dan boleh masuk mesin tapi aku was was... najis tuh! jangan jadi malas kot... tu extra rajin kena buat tu. Kan kan kan???

Eh aku tak jual tau... aku tak promote. May be pada mereka yang tertanya2 mcm aku sekarang leh tahu la macammana benda ala tu berfungsi naaaaa

Air mata ibu

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


Thursday, June 23, 2011

Cute kan????

Some one sent me this tru email...

Alaaaa macam nak je...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Eshhhh mana nak dapat ni??? comei sangat. Siapa nak pakai? esok, lusa, tulat, tahun depan, kita decide. Yang pasti kalau ada saya mau....

Zamani pun mesti suke???

Tetiba teringat cerita drama melayu semalam "ANNISSA" Mmg i sentap ok...

Haha tah apa-apa...

Wednesday, June 22, 2011

Tulun! Tulun!

Tulun! Parah dah ni!

Mak aku la... adoi la... siapa la mengajar dia tengok cerita korea??? dan yang best tak pernah2 dia tahu kewujudan channel Korea, dia dah tahu nih!

Ni gara2 si Amira Marini la ni... balik Melaka ari tu terus kena penyakit ni.Nasib baik tak ada beyond ok! Rasa beyond lagi banyak cerita korea kot?

Mak aku biasalah demam cerita Indonesia. Kalau dia dah duduk tengok, lalat lalu depan mata pun dia buat donooooooo jerk. Kalau dah tengok tu, ulangan pun wajib tonton! itu yang aku tak faham. Semua channel dia jelajah. Sampai ayah yang dah pencen pun terjebak sama. Kalau duduk2...

"Eh tak tengok cerita......." Oh sangat tention dan tertekan... Dua hari lepas Zamani masuk bilik tersengeh2

Zamani :- Ayang ibu tak tengok cerita Indon daaa

Aku pandang pelik...

Aku :- Mustahil... diakan tengok siaran ulangan cerita Indon petang2 punya. Habis tengok apa?

Zamani :- korea...

Terbeliak mata aku... ha siapa yang mengajornya!!!!

Zamani :- Ibu kata Mira yang ajar dia. Sedap lak cerita tu

Tepuk dahi! Korang ingat zaman kita budak2 dulu? cerita jepun sangat popular? Oshine la... Akatare la... apa yang bola tampar tu? Mero Attack? Habis bantal satu umah jadi bola tampar. Nak main bola, mmg kena baling dengan Incik Seli. So me and Pidah pakai la bantal. Ibu plak jenis tak kisah... main la kau... jangan ko main luar umah sudah...



Heheh dapat plak video Mero Attack ni... tengok la intro dia... mmg best! Gigih la aku dengan Fidah belakon...

Mmg dulu kena paksa tengok alih bahasa. Ermm mak aku sampai cerita cartun Jepun pun layan. Detektif Conan wajib tengok. Doremon, sinchan apa tah lagi...

Tu yang cucu dia besar kepala... Ultraman aku rasa dia boleh masuk golongan Zamani... Zamani tak leh lawan la... masterkan? Tapi takat ko bukak TV dia lalu tanya

"Oh Nebius? Taro? Tiga?" Dia boleh kenal...

Semalam aku masuk umah tengok dia layan cerita Korea. Sampai aku masuk pun tak perasan. Betapa dasyatnya focus diakan? Aku duduk bual dengan dia, aku rasa dah macam aku cakap dengan tembok dah... dia cume jawab satu

"Nanti la long... cerita ni tak ada ulangan. "

Ermmm bagus jugaklahkan? Kalau idok tak tahu la teman nak kata apa. Nasib baik la ada astro kat bilik. Boleh la jugak tengok. If not? aku gantung dekoder astro kat umah sebelah... hahaha... sukati ko je... idokkah ko tahu Incik Rusli pasang Astro hampir semua channel tuk isteri kesayangan dia tu???

Tak lama lagi ada Astro kat dapur plak... baru ko boleh tengok Cik Tipah masak ambik masa 3 hari 4 malam... kah kah kah...

Ala bukan komen... dia pun nak buat apa kat umah tukan? Melayan TV je la....aku faham. Sekarang anak2 dah besar. Cucu pun nan ado... so apa nak buat? Selain melayan cerita TV? Selalu gak aku call kat opis.. tanya buat apa semua. Tak tido, mesti tengok TV.

Sian mak saya... tak pa... nanti kita cari aktiviti yang berpaedah sesama eh ibu... wink wink

Hadiah dari Sabah

Lupa! Lupa ! Lupa ! nak update entry ni....

Alamak... macammana leh terlupa ni??? Ok lama kot bulan lepas aku rasa. Awiekan kerja kat Sabah. Bukan kerja sana la... dia kena kerja kat sana. Selalu berbulan2 tapi since dia dah malas nak kerja jauh2, sbb kekasih hati di semenanjung, dia nak buat kerja kat Semenanjung je, maka dia belikan buah tangan dari Sabah tuk akak-akak ipornya.

Dia belum kawin lagi, so kakak ipor tu merujuk kepada isteri abang2 dia la... wakakak. Mak call kata Awie beli buah tangan dari Sabah tuk semua akak ipornya. Wahhhh sukelahkan dapat2 hadiah ni. Abang penat susah payah tuk adik, bini dapat hadiah ni mmg la suke... wakaka... jangan mara aaaa... and jangan jeles yer Incik Zamani kita dapat hadiah... wekkkkk

Bule aku yang pilih dulu??? bukan sbb menantu sulung tapi ini namanya GELOJOH! Hahaha... awie beli sorg 2 broach. So ada 3 TATAK, maka sorg tatak ambik dua. Plus satu rantai tangan mutiara!

Semalam aku rasa aku snap gambar rantai tangan /gelang, tapi tak ada plak... adakah ini bererti kena tukar phone baru??? Haikkkk tuiiiii ! ha itu hadiah abang Zamani tuk isteri tercinta.

Ok bijak! sbb dia tahu akak ipo dia yang sorang ni suke sentap... kih kih kih maka dia beli rupa yang sama,cume kaler je lain. Jadi tak yah gaduh2 cakap ko cantik dr aku. Kaler pun nak jadi isu, meh babab! So aku pilih


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang ni laki aku yang campur tangan dia kata cantik... oklah lagi pun senang nak masuk semua kaler bajukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan satu lagi yang ini... tantik tak? Yang ni ku tak pakai lagi. Sekarang nak bersolek pun malas. Ok tunggu sok... akak peragakan.

Tapi gelang tangan/rantai tangan tu tak ambik lak gambar. Sob sob... cantik sbb batu mutiara. Sayang nak pakai sbb akukan ganas takut tercabut batu2 dia.

Apa pun to Zawawi, terima kasih daun keladi, esok esok tambahkan koleksi kak long lagi yer. Hehehe...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Terima kasih sekali lagi...

Berkumpul

Ahad lepas... dapat call dr si Rayyan. Sejak dah pandai cakap ni, tak ada hal nak call mak long

Rayyan :- Halo Along... ayen nak jumpa nenek...

Aku :- Wahhh nak jumpa nenek? Bila?

Rayyan :- Dah dah tutup ni... jom gi umah nenek.

Dia suruh mak dia matikan phone ajak gi umah nenek. Mmg excited si kecik ni kalau jumpa nenek dia. So Ahad tu kami berkumpul umah Dr Jay kat Hospital Serdang. Matik kena sumpah dengan housemate Jay yang semua doktor. Hahah umah bising yang amat. Tahu je la kerja doktor ni, on call semua. Kerja sehari 38 jam. Ha! ambik ko! Kira satu hari setengah. Jadi mereka perlukan rehat yang cukup. Tapi umah gamat dengan bebudak. Nasib baik doktor kat situ malas nak ambik port. Mungkin marah tapi nak buat macammanakan?

So Rayyan kalau jumpa semua org dia happy la. Plus anak abang sepupu aku pun lebih kurang baya dia. So bebudak ni kalau jumpa... ermmm macam kita jugaklahkan?

Tak lari satu umah bukan budak namanya

Tak menjerit pun bukan budak namanya

Tak menangis pun bukan budak namanya

Puas suruh diam, kejap je. 5 minit pun tak sampai. Sampai terpaksa takutkan diorg. Doktor injit bontot bebudak ni. Diam sekejap. Sekejap je. Doktor ilang dari mata, maka start la balik

Ekceli aku dah datang sabtu malam tu. Sbb ajak Fida semua, semua tak dapat datang malam tu. Alang2 dah free pergi la tengok pak cik aku (Bapak Jay) nak buat operation pasal urat kaki dia tu. Makin teruk. Kebetulan abang sepupu aku dengan isteri dan anak2 dia ada malam tu. Jumpa Zamani bebudak tu bukan main suke la. Diorg panggil Zamani 'uncle ultraman' elok la tukan?


Kita cerita pasal malam sabtu la yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Berbual dengan mak ngah... see Firas (di pangku aku) dulu time memula jumpa langsung tak nak. Kali ni tersengeh2 dah ok dengan mak long

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Firas dah pandai nak cakap. Dia cakap "mokkk" aku dah sentap... hahah ingat dia kata aku gemuk ke apa. Tapi mak dia cakap sekarang apa pun dia cakap mokkk... may be mak kot. Tak faham la mak long. Tapi pestime budak takut Zamani. Mencebik2 Firas nampak Zamani.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nazmi... mmg minat dengan Zamani... ikut je mana Zamani pergi. Dan yang penting suke ambik gambar!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Naufal yang malu2 memula... tapi tengok Nazmi kamceng dengan pak long baru berani join

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

3 Abdul eh?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Suke bergambar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Firas and mak long.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bz main... sama besar je abang dengan adik eh?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Diorg ni best betul. Main sesama diorg tak la gaduh2. Tapi biasalah gurau adik beradik ni mmg suara tinggi2. Tak la nangis ke apa. Tapi kalau gelak je dah cukup gegarkan umah

So esoknya... budak tayen pun join. Jay kerja half day on sunday. Macam bangla dah rupa kerja ari2. Tapi setengah ari je, kul 11 dah ada kat umah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Melayan anak buah... takutkan Nazmi yang suara kuat... Nak kena injit dengan budu din tak? Terus diam kejap... kejap je... pastu sambung balik

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni apa kes? Ha time ni Rayyan mengamuk sbb tukar pampers... Bising yang amat. Sampai tunjuk Jay pun dia tak takut. Gara2 dia tahu kalau tukar pampers maknanya dia kena balik. Naik hantu jugak la si Shaiful dengan Fida. Rayyan meronta macam kena rasuk je.

Lepas berjaya pakai pampers. Tak ada org nampak Rayyan menuju kat pintu. Nasib mak long nampak... tanya nak gi mana? dia jawab nak kuar!!!!!

Hahah lawak! nak lari umah la konon2. Ajak aku tah mana2... sudahnya ini yang berlaku.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sesi bawak diri... aku dengan Zamani yang menemani dia... siap kesat air mata.Konon tempat tu selamat tak ada org tahu... sekali nampak kelibat bapak dia....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Tak mo balik... jerit sehabis boleh! Siap cakap "ayen nak alik umah kung kung!"

aku tengok pun sedih. Maka mak long dengan pak long kena la buat tektik... terpaksa cakap nak bawak balik umah nenek dengan atuk. Tapi dari belakang dok halau2 mak bapak dia. Tapi aku sedih dia menangis sampai tak ada suara bila bapak dia terus je dukong dia sbb malas nak layan kerenah dia. Heheh cute. Itu la payah kalau bawak dia jumpa semua org... dia macam tak pernah jumpa org, tak nak balik... hehehe...

Tuesday, June 21, 2011

Rindu ooooo

Tetiba rindu dengan lagu ni...

Dan rindu seseorg... bukan abang seth, bukan abang Aaron... cerita dah habis so tutup buku... masa feeling2 dah nan ado... veranggan dengan laki sendiri je la... waaaalaupun dia tak layan... ngeh ngeh ngeh...




layan la lagu ni... best jugakkan???

Monday, June 20, 2011

SMS Zamani

Dapat Sms, tengok dari hubby

~ Rasa nak selsema

Adoi doi doi... baby tua ni kalau sakit payah tau. Dua hari dia sakit perut. Angin kot. Tak kentut, tak yak yak... hahaha... semalam mengada mengadu kat my MIL... sian My MIL buat air Eno Halia. Baru la sistem dia berfungsi sikit.

Balik plak jadi baby... ku yang kena sapu minyak yu yee kat perut dia. Manjakan? Nak sapu sendiri mmg tak ada sbb dia tak nak tangan dia berminyak... tapi bini yang baik tak leh merungut.

Terpikir jugak... sok ada anak, bapak dengan anak baring tunggu turn nak sapu minyak sbb kembung perut??? apa nak buat anak sayang , suami oun i sayang, buat je la yer. Adoiii buruk ke comel tak leh nak merungutkan? Kih kih kih

Petang ni dia mengadu nak selsema

Rasa tahu kenapa. Rumah aku tu berabuk gila2. Tengah buat pengubahsuaian umah. Maka uma penuh dengan habuk2 dan sampah sarap yang masih belum di betulkan lagi. Haissemeennn...

Mmg aku perasan, ari tu time pindahkan TV, astro semua tu Zamani dah lap2. Tak sampai 2 minggu habuk penuh satu bilik. Terdetik nak kemas tapi pikir lepas ubahsuai tu la sekali. Tapi tuan besar dah selsema means hidung dia tak kuat la tu. Kang semput plak... siapa susah? Akak jugakkan?

Erm balik ni kena lap2 semua barang yang patut... kena vakum bilik jugak.

Tapi saya kena balik kerja lambat plak ari ni... cam no??? malam ni gigih la aku bersihkan uma yer... nanti aku update... uhuhuhu

Selamat hari bapa

Eh hari bapa tahun ni macam meriah je... sana sini bukan main org wish wish...

glubbbb terasa serba salahkan. Well ayah jenis tak kisah. Birthday dia pun korang wish sama je expresi muke dia... wakakak so sbb tu anak2 selalu tak wish dia. Kijamkan???

Tahun ni abak la... selalu wish ni tak wish. No special entry punkan?

And to my husband... walaupun we 'officially' belum ada anak, so nak ucap tu macam serba salah. Nak ucap ke idok? nak ucap ke idok?

Hei! Ikut logic akal fikiran dia mmg seorg 'bapa' sbb dia ada berjaya menghasilkan zuriat dia ok. Cume tu ar... Allah menguji kami berdua. So to three special person in my life...

Happy Fathers Day!

To Ayah....

To Abak...

And to Hubby.... erkkk onbehalf anak2...

Happy fathers day... doa dan ingatan buat anak-anak cukup membuktikan dia layak menjadi seorg ayah yang baik. Insya Allah...

Tak pernah lupakan Dia di sana...

Tak pernah abaikan Dia di sini juga...

Tak pernah sekali lupa doa/melakukan kebajikan buat anaknya yang jauh di mata...

Tak pernah sekali abaikan tanggungjawab tuk anaknya yang di sini...

Sekira Allah mengizinkan 'kehadirannya' seperti yang kita rancang, kita tunggu, Insya Allah kita dapat membina keluarga yang bahagia... Akan ku ajar anak2 ku sentiasa berterima kasih dan sentiasa bersyukur memiliki seorg ayah sama seperti ibunya bersyukur dapat suami yang melengkapi idupnya...


Selamat Hari Abak, Abak!
(Ok panggilan ABAK tuk semua AnaS kot, no dady, no papa, no ayah, no baba, no apa, only Abak, sebb kata Zamani , uniq! Belasah je la... anak dia punkan??? Bukan ABAH eh?? Kasi putar sikit lidah ABAK)



Zamani 7th month... padan la suke SENTAP... tengok muke pun tahu. Gambar kecik2 dia semua jenis muke yang nak nangis... hahaha... muke nampak nak nangis je tak pa. Hati kena kental tau... Zamani nampak je muke lagend... tapi hati cute... wakakak...

Nak tuju lagu bole?? Tetiba...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails