Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 13, 2012

Puteri2 dr kayangan

Ok aku install application princess dalam ipad aku. Saje je install. Amani iman mmg belum pandai pun nak main. Tapi aikan ada anak buah yang bijak dan cantik. Cume application tuk budak lelaki ni aku kurang sikit. Nak harapkan zamani dia mmg jarang la pegang ipad aku ni.

Jadi every week bubudak ni akak ku beri diorg main ipad dengan application yang aku download tuk mereka.

Expecially princess. Coloring ler, story la... And latest aku install adalah royal ball. Jadinya bole la nK bagi budak2 ni feeling princess sekejap.


Princess snow white... Aisyah mmg suke nak jadi snow white. So bagi dia explore and belajar nak jadi apa. Ikut la... Ini hasilnya, end up snap gambar dan suaikan dengan baju dan aksesori yang di pilih,


Princess aloyahhhh.... Heheh aliya dah... Tak ketinggalan nak try jadi snow white sama. Abaikan budak di belakang tu yer. Dia suke main sendiri.


Aisyah in sleeping beauty dress. Senyum mcm terpaksa je tuan puteri? Ahak!


Ini pilihan aliya. Oh mak long tak tahu baju siapa ni yer?

Dah siap pilih baju, kenalah siap naik kereta kuda. Maka sebelum ke majlis rasmi raja, kena la ambik gambar...


Tuan puteri ni malu2 la....


Tuan puteri ni pulak macam bersantai jer?


Dan tuan puteri ni? Hahaha tuan puteri serabai. Make up la macam mana pun gitu je ka mukenya... Hahaha... Macammana nak kawin anak raja ni?

Birthday aliya farhana

30 oct tukan birthday Aliya farhana, so menjadi tradisi family kami walaupun kecik kita sambut supaya tuan punya birthday gembira. Kali ni kita buat kat rumah my bro in law di Damansara damai. Ari tu aku tak kerja sbb tak sihat, so tunggu zamani balik kerja than kita ke damansara damai.

Jam ooooo. Tention mak! Dan dan sakit kepala tau.


Budak2 Jaman sekarang.... Semua ada tab. Birthday gurl haruslah di layan baik ari tu oleh kak long dia. Amani pun sibuk jugak nak main sama.




Birthday kek tuk cek mek yang menyambut besday yang ke 4 tahun.


Semua dah tak sabar...


Happy birthday sweetheart...


Birthday gurl yang di suap oleh tok.... Tq tok sbb sakit2 pun tok dapat datang sambut birthday Aliya.


Bukan besday gurl/ boy pun nak tumpang manja dengan tok! Sweet...


Birthday gift for bithday gurl from Amani iman, mak long and pak long...


Aksi comel. Mak long suke bila dia happy terima hadiah dari mak long sekeluarga:)

Saturday, November 10, 2012

Something about amani iman

Budak amani ni banyak perangai dia. Dah besar ni seronok melayan. Mulut dia sangat la ringan bercakap. Ada word yang dah boleh faham sekarang ni...

Abak...

Nenenek...

Dia panggil aku MA... Kalau terdesak je terdengar sebutan ibu. Mostly maaaa....

Kalau tanya amani Nak makan ke, nak barang ke, kalau dia nak, dia ambik, tapi kalau dia tak nak dia geleng kepala dan isyarat tangan tak nak. Berlakon! Oh tak tahu la dia mewarisi siapa... [pandang adik sendiri]

Kalau rayyan pandai berlakon, aku syak gen mak ngah terlampau kuat. Hahaha. Genetik pun ada. Pengaruh drama pun ada.

Pantang dengar org puji cantik. Nama pun perempuan. Ya Allah sangat la gedik. Senang je kalau nak pakaikan dia baju ke apa2 aksesori kena puji melangit, kalau boleh puji sampai tembus langit ke 7.

Sometime dia macam burung kakak tua pun ada. kalau kita cakap sometime macam dengar Dia ulang ayat kita. But sekali je la. Aku suke berbual dengan dia. Banyak tanya soalan sbb nak dia jawab, walaupun kita tak faham. Sometime macam silly, tapi dia faham apa kita cakap. Dia juga faham apa yang kita sampaikan. Cume dia tak faham nak bercakap sbb lidah tu keras.

And aku mmg elakkan bercakap dengan dia dengan bahasa pelat. Macam bomm, chuchu, nenen ke, bobok ke, titon ke... Apa je la. Cakap bahasa biasa yang kita gune. Org lain i dont mind. Tapi kadang2 aku terlepas jugak. Hahaha.

Aku selalu tanya...

'Amani iman nak makan?' Selagi dia tak respond mmg aku tanya. Hahaha. Kadang2 dia jadi abak dia. Malas nak layan. Hahaha... Terasa biadap macam tukan. Jadi aku akan ulang banyak kali sampai dia respond. Tak kisah la apa pun jenis respond. Nangis ke, angguk ke, geleng ke. Kadang dia keluar bahasa jerman dia. Lantak... Buat2 faham layan.

Than satu lagi aku perasan dia suke bual sorg2. Pastu kang gelak sengsorang. Time tu aku masuk layan lakonan dia sama. Dia dah pandai main. Kalau ko bg mainan masak2 yg ada pinggan mangkuk tu, dia pandai gune alatan tuk minum dan makan. Its started bila dia dpt hadiah besday dia dr pak ngah nizam sekeluarga.


Bakul picnic tu. kalau dia dapat cawan, dia buat2 minum. Dan ada la kek, biskut dlm bakul tu, suprise tau dia buat2 makan, siap pura2 kunyah lagi. Hahaha. Aku terkejut jugak dia hulurkan kek mainan tu kat aku. So aku ambik satu, dia pegang satu. Tengok2 dia buat2 masuk mulut dan eksen kunyah dan ambik cawan pura2 minum air.

Hebat ko berlakon nakkkk... Nama pun perempuankan?

Than ari tu aku mc. Dia macam biasa main2. Tetibakan....

Pulak... Dalam main2 tetiba dua tiga kali tunduk macam merajuk. Hahaha...pasai apa? kalau kita tengok dia malu2. Terus gelak and peluk kita kuat2

Aku bagitahu MIL pasal ni. MIL aku suruh layan dia dan jangan biar dia main sendiri sbb takut satu masa dia create 'kawan' dan bila dia dah mula cipta kawan khayalan dia susah nanti. Dia akan cakap benda mengarut plak.

Glub... Scarykan? Ekceli tuk pengetahuan korang, my MIL bukan sahaja bekas guru tapi dia ambik jurusan sikologi kanak2. So sikit sebanyak bila dia cakap kesan2 ni, aku mmg ambik seyes sIkit. So aku bagitahu mak aku juga, sbb diakan jaga amani iman, kalau dia cakap sorang2, try main sama dengan dia, so taklah dia boring... Erk ke dah kena bagi dia adik ni? Wakakak tetiba!

Ko bagi je la dia apa2... Ha pandai la dia gune ikut citarasa dia.


Bagi dia moto/ basikal, dia bukan takat duduk je... Dia siap goyang handle kiri kanan konon bawak motor ar...


Ha seyes tak? Siap gune tangan tah tekan apa tah. Kalau aku bagi kunci, mau dia buat2 kunci motor.

Than sajer je bagi dia cermin mata dia. Tetiba jadi peah gosip...

Cubaan pakai spek sendiri.



















Risau gak tercucuk mata diakan... Tapi dah ko puji dia cantik, maka tahap confident dia mmg tinggi. Hahaha...












Amani...amani... Sampai mengigil2 tangan ibu snap gambar awak yang comei ni... Adoi laaaa














Than ko kasi dia handbeg, tq mak ngah azita, handbeg tu dia telah masukkan segala barang dia. Nak gelak pun ada. Pandai pulak tu galas beg macam handbeg.


Cubaan masukkan jam dalam beg


Dah perempuan tu perempuan jugak... Sok barang make up ibu habis jahanam. Nasib baik la ibu bukan kaki make up. Kalau tak? Habis semua ko nak trykan? So kalau aku bersiap ke mana2 mmg amani iman aku bagi abak dia or nenek suruh jaga. So dia tak berkesempatan tengok aku kalau bermake up ke apa. Tapi aku tahu one day dia akan belajar jugak.

Friday, November 9, 2012

Salam Jumaat

Salam Jumaat...

Sekejap je dah hari jumaat. Ermmm banyak yang menganggu aku lately. Penat jangan cakap la. Kat office bertalu2 jugak kena. Sampai berjurai2 ayaq mata menahan sakit telinga dah hati.

Mata sampai sembab2 menimbulkan tanda tanya budak2 opis. Ada aku kisah? Janji aku lega lepas luahkan semua. Tak kacau korang dah kira baik dahkan?

Masalah mmg tak lepas dari kita semua. Tapi kadang2 org kata masalah tu kita sendiri cari. Mmg la cari penyakit namanya.

Berat mata yang menadang, berat lagi bahu yang memikul. Kan bagus kalau duit dalam bank berkepuk... ermmm semua harapkan duit bank or simpanan berkepuk. Siapa yang tak nakkan? Tak pa la... rezeki Allah tu ada.

Amani iman tak sedap badan pulak. Semalam kami laki bini tak tido malam sbb amani iman muntah2. Pukul 230 tetiba dengar dia luakkan sesuatu... habis katil penuh dengan muntah. Aku siap tedah tangan lagi, sayangnya kena jugak cadar yang baru je aku tukar sbb dia kencing. Zamani yang bijak tak pakai tikar getah, anak melepas je la...

Tido kat bawah semua....

Sekali lagi dia muntah jam 4 pagi, tp sbb aku tak bagi dia susu, aku bagi dia air je. Pukul 6 muntah lagi. 830 nak pergi kerja pun muntah. Tapi tak demam. Tapi sian la dia. Kecut je mukenya. Sob sob... budak2 ni kalau sakit dia selesa dengan ibu dia. Berat hati nak pergi kerja tadi bila dia peluk aku dengan muke tak bermaya. Mau masam tetap aku cium dan sayang.

Pukul 10 macam tu mak aku call tanya mana aku letak ubat demam. Ermmm badan dia dah panas sikit. Yang best semalam dia meracau tutup mata, bebel apa tah. Bapak dia pun sama daaa.... mata dua2 tutup yang Amani cakap Jerman, yang Zamani confirm faham...

"Dah dah dah... sikit je tu... tak mo nangis2 yer..." Senyap...

Dan aku terkebil2... tak lena tido semalam sbb risaukan amani iman... nak besar pandai cakap kot?




Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, November 5, 2012

Day off

Sebagai ibu yang berkerja, pastinya aku hanya dapat luangkan masa dengan amani iman ahad. Hari biasa kalau aku balik pukul 6 ptg oklah. Kalau lambat selalunya dapat mainn dengan dia hanya sejam dua sbb dia tido awal.

Dan bila dia dah besar ni dia dah faham. Bosan duduk rumah. Ke mmg dia itu genetik abak dia yang tak bole duduk rumah? Panas je pungung tu kalau duduk umah.

Balik balik kalau dia bosan bawak dia gi umah tok mama... Balik balik kalau tengah bulan nak tunggu gaji, bosan2 bawak gi umah tok mama... Hahah kita org jalan jauh sikit bagi dia puas hati perjalanan jauh.

Sbb dia takkan boleh tido, resah gelisah je kalau tak jejak kat kereta. Imagine tak? Ko balik kerja penat, tak sampai hati tengok anak ko ketuk pintu minta pintu di bukak dan dia boleh keluar.

So hari ni kita jalan2...

Ready to jalan2. Bangun pukul 9 pagi. Than siap terus gi sarapan dulu.


Nasi lemak seri sarawak adalah nasi lemak terbAekkk...


Well some time dia mmg serabai sikit... Hahaha. Bukan sikit tp mmg selalu.


Dah cantik2 si gadis ayu tetiba nak 'berlemuih' chewahhh betul ker ejaan tu? Yg tak tahu makna sila bukak kamus org utara... Haha mesti laki aku vangga!

Lepas sarapan kita ke gm. Niat hati nak cari barang tuk aku. Tapi hati hancur bila tahu GM klang tak ada Atm machine???? Dah tu debit card pun tak boleh gune, dalam wallet ada 30 jer... Apa ko nak beli? Bodo betul. Macammana buat perancangan. Kena la tahu yang itu penting zaman ni...bila dapat tahu GM tak ada mesin Atm, terus tertutup pintu hati nak membeli. Ada diorg suruh aku gi withdraw duit kat jusco? Ingat jusco kuar pintu GM terus jusco ke? Jalan kaki satu hal jauh, naik kereta buang minyak je. Jauh jugak.

Terus ajak abang zamani gi jusco...

Tak ada sebab. So abang zamani terus ajak kidz fun zone, kan dia happy time besday dia dulu? Punya la ramai org... Murah pun murah... Setengah jam RM 6 je.


Tengok cara dia duduk... Tak sopan langsung. Baju gaun macam puteri, tapi duduk kat stroller dah macam jantan. Puting kat mulut tu yang tak tahan. Ni tunggu zamani gi toilet. Kang masuk dulu, zamani tak leh nak masuk dah. Kang org ingat dia tebiat plak nak main.


Banyak lagi game, tapi dia belum pandai jalan lagi. So aku pun malas, punya banyak bebudak kat situ, seyes macam sakai bebudak ni main. Kalau kecik aku tak kisah tau, ni umur 10-12 tahun... Ko tahu la sekali masuk bukan tahu ada org ke tak, main lompat je. Aku dengan zamni yang emo. Macammana pihak pengurusan boleh lepaskan diorg masuk sedangkan ada had ketinggian je yang boleh main.

Ko bayangkan amani iman masuk je dah tengelam, so budak2 yang bersaiz anak gajah ni main lompat. Yang lompat macam sakai satu, yang ada baling2 bola. Sakittt oooo...ko pasal apa meroyan masuk sini?

Aku jegil mata kalau diorg main hampir terkena Amani iman. Again mmg la bagi dia kawan, nama pun budak, tapi kalau 10-12 tahun dah ada otak dah... Ada tiga org budak tadi yang mmg aku dengan zamani bengang. Sekor mmg saiz badan besar, dia duduk belakang amani, time tu amani nak turun slide. Amani turun dia terbaring kat hujung slide tu, budak ni dah ready nak turun... Menjerit aku...

'Wait!' Terus je suara cikgu besar. Aku tarik amani bawa ke tepi. Dia terjun ok! Terjun. Berderau tengok cara dia main. Jangan kata hempap amani la... Hempap aku mau aku masuk hospital sebulan.

Ada budak perempuan ni dah besar gak la, maybe 10 tahun, feeling swimming pool kuak lentang dalam bola2 tu sambil tutup badan dia...budak lelaki cina ni terjun. Imagine kalau terjun atas badan dia. Aku tak kisah la sbb tu mungkin sedara ke adik budak lelaki tu,

Datang sorg budak lagi main campak2 bola... Gila! Dia campak kat amani... Eh, ko pasai apa. Aku tenung dia, dia baling makin kuat ha! Abang zamani buat suara king kong sambil tunjuk isyarat tangan. Amani mcm blur kejap. Ari tukan dia main tak ada org sbb weekday.

Than ada budak india perempuan ni, umur dia 5 tahun kot... Nak kawan dengan amani, dia pun baling bola kat amani, so aku ajar amani baling bola kat dia pulak... Wakaka... Tak la main la sama, sbb umur lebih kurang consider kecik? Balingan dia pun tak la sakit mana. Amani gelak2. Tapi! Lebih pulak tendang bola2 tu sampai tertimbus anak aku... Aku tegur terus sentap keluar dari situ. Hahaha


Happy banyak bola...


Amani dengan dunia dia sendiri... Ajak keluar lepas tu tak nak... Hahaha... Sudah sudah... Makin lama makin risau aku tengok. Ganas betul budak2 ni.


Ha sempat try motor... Merengek2 nak naik...


Amani ni imaginasi dia selalu tinggi tau... Siap masukkan jari nak start moto...sbb kunci tak ada. Hahah

Lepas je dah puas main, happy gi makan. Makan nasi ayam. Aku ambik nasi extra tuk amani iman, habis separuh. Itu yang abang zamani cakap nak kongsi dengan amani iman? Hahaha... Lapar sungguh dia.

Ekcelikan dia ni dah pandai minta barang. Kami malas nak layan dia. Opcos tak faham apa nak sbb dia belum pandai cakapkan, tapi tunjuk benda mengarut. Hahaha casing phone la, pasu bunga la, bunga la... Mana kamu berhenti, dia pun mula tunjuk barang and nangis2...

Aku segan jugak,tapi aku kena marah dengan zamani. Buat tak tahu, dia penat kang dia berhenti. Tak yah tanya aPa dia nak. Sbb esok dia gune tektik tu nak barang dari kita... Glup... Ah bapak ko ni amani... Tapi apa pun aku kena setuju... Nak kaya tak???? Hahah so jangan layan perangai anak yang pelik2...

Sekian terima kasih

Syukur

Syukur... Itu je yang dapat aku ucapkan bila tengok amani iman cepat belajar. Selalu aku solat, aku mmg solat dalam bilik. Amani iman ada di beri pada nenek atau atuk dia kalau aku solat. So dia mungkin jarang tengok aku solat depan mata dia.

Mungkin dia belajar dengan nenek. Tapi syukur la.

Kebetulan ari tu zamani balik kerja lambat, amani iman pulak nak tido. Layan dia sebelum dia tido. Abak dia lepas mandi solat magrib dulu.


Dari mula zamani solat dia pandang sampai la abak dia beri salam dia terus tegur.


Baru aku lepaskan dia merangkak...


Sila abaikan baldi di situ... Hahaha. Aku patutnya angkat dia, tapi dia merangkak ke arah zamani dan duduk berdoa ikut abak doa.

Syukur Alhamdulillah. Budak2 ibarat kain puteh. Menjadi ibu dan bapa mmg mudah tapi yang susah bila mendidik anak2. Aku selalu risau pasal didikan ni, yerlah kita pun tak sempurna manakan? Tpikir jugak macammana nak ajar dia solat, macammana nak ajar dia jadi anak yang dengar cakap. Macammana nak ajar dia itu ini... Rupanya mereka belajar dari melihat apa yang kita buat.


Semoga amani iman menjadi anak yang soleha... Sejuk je hati tengok anak belajarbenda yang baik kan???

Cup train...

Ermmm rasanya budak minum botol susu sampai bila yer? Aku tanya jugak zamani, nak bagi amani iman isap botol sampai bila? 7 - 8 tahun ke? Peringkat umur berapa yang patut amani berhenti minum pakai botol susu?

Haha abang zamani cakap mana dia tahu? Anak dia pun baru je sorg... Hahaha bengong. So we decided to train amani iman guna cawan. Cawan isap dia fail! Sbb aku beli cawan isap yang kena isap baru air keluar. Amani iman bukan isap tapi mengasah gigi. Tah apa2 je mek tukan? Nasib baik harge cawan tu 6 henget je. So tak la terasa.

Since dia dah tahu isap straw, aku beli cawan yang ada straw. Dah la straw lembut, maka dia buat kunyah pulak... Akak kan ibu yang tak sabar, terus je simpan kalau dia dah mengarut main2 macam tu. So jumaat lepas, bagi dia air gune cawan ni... Erm mau la 20 minit tunggu dia nak isap. Nampak air liur dia je masuk dalam cawan tu. hahaha

Tetiba basah je baju... Dia dapat isap tapi mungkin sbb dia dah kenyang air, maka dia sedut dan luahkan... Kira macam mulut bocor la macam tu.

Aku diamkan je.., tak pa air kosong. Isap la. Sbb ibu nak latih kamu gune cawan.


Gigit dulu...


Baru sedut... Lepas tu baju basah macam mandi ... Syok sangat dia belajar benda yang baru... Uhuhu

Sunday, November 4, 2012

November di Ingatan Part 3

Tahun 2008 memberi sejuta makna buat aku. Setelah berkahwin dengan zamani, aku jalani kehidupan sebagai isteri zamani [yerlah takkan jadi isteri org lain fulak] Rezeki kami hadir sebulan lepas nikah. Tentu sahaja perasaan gembira tu bukan sahaja untuk kami tapi untuk seluruh ahli keluarga yang lain.

Awal kehamilan je dah menunjukkan problem. Tapi aku berjaya menahan kandungan sehingga ke tempoh 26 minggu.

November juga... Aku kehilangan permata hati yang kami nantikan. Hati ibu mana yang tak hancur. Kau rasa dia membesar, kau rasa dia bergerak dan yang best kau dapat melihat dia seminggu sebelum dia pergi. Aku buat detail scan pada minggu ke 24 minggu. Doktor pastikan semua berjalan dengan baik. Progress bayi kami sihat dan berkembang normal seperti kandungan biasa. Doktor tu tunjukkan secara terperinci perkembangan baby ketika itu.

Tapi doktor bukan tuhan. Pada minggu ke 25, aku mmg kurang rasa gerakkan baby. Tapi aku dapat rassakan macam bola yang melantun dalam perut tak seperti yang aku rasa 3/4 minggu sebelum tu. sebab itu kandungan pertama, aku assume baby bergerak. Rupanya bila jasad tak bernyawa dia bergerak mengikut gerakan aku. Aku tak pernah tahu.

Its sad when doktor confirm dia tiada lagi... Tak tahu apa yang aku rasa ketika itu... Susah nak gambarkan. Dan itu bukan saat yang terindah buat ku. Menulis tentangnya ketika ini pun buat aku rasa sebak...

Kami namakan dia aryssa zulaikha... Kekuatan yang cantik sifatnya. Tapi end up we decided to name her Aryssa Dania Zulaikha... Kekuatan yang hampir cantik... Ia tidak sempurna sepenuhnya.

Dan 19 november tu aku tak tahu nak panggil apa.... Tarikh kematian? Tarikh lahir? Aku sendiri tak pasti nak sebut apa. Tapi apa pun, 19 November tu memberi kesan buat aku dan zamani. Dah hampir 3 tahun dia pergi tapi kesannya masih sama. Tiada beza... Hakikatnya kami telah kehilangan puteri kami...


Hanya ini sahaja yang ada.... Kenangan buat puteri ku Aryssa Dania Zulaikha...











By the way i miss my old blog... Rasa nak sambung menulis di sana, tapi dLam masa yang sama aku suke menulis di sini. Aku tahu zamani pun kadang2 jengah blog lama aku, jadi ia sangat bermakna bukan buat aku, tapi buat kami... Dia dan aku.

Tersentuh bila dia balas wats app aku bila aku mula berbicara tentang blog lama....


Yer ada kebenarannya.... Blog lama kenangan aku, dia dan aryssa...

Singgah sebentar blog aku, dia dan amani... Maaflah kalau korang rasa blog ni membosankan. Aku tak mengharapan pembaca yang ramai sebenarnya. Blog ini sekadar menulis coretan kisah akudan sekeliling ku...

Ranya cukup tiga partkan? Hahah setiap tahun aku akan ulang cerita yang sama. Hehehe... Bila november je aku bukak cerita memori daun pisang ni lagi. Harap tahun depan adalah entry pasal november lagi... Hehehe...








November di ingatan PART 2

Apa jadi dengan kisah aku???

PART TWO

That nite... Dua pagi... Aku buat keputusan tuk sms zamani...lupa ar tapi ayat aku simple

Salam zam... Just wanna tell you that its over between me and him. Anyway sorry kalau kacau you, salam.

Tunggu... Reply laaaa

Reply laaaa...

Dapat reply der...bunga raya hati ahkak! Dia cakap dia tak boleh tido. He expecting my sms... And kitaorg bersms pulak sampai la pagi...masih tak call ok. Itu pun dah pagi terus gi kerja dengan semangat sbb nak berchatting pulak. Gila tak gila... Kentang tak kentang kitaorg. Hahaha... Penangan org bercinta mandi tak basah tido tak lena.

Yang paling best org kata kubur my ex masih merah aku dah gedik tak sampai satu hari bercinta dengan org lain. Hahaha... Pergi mammm...aku akan menyesal seumur hidup kalau buat dek dengan zamani.

So aku terus tertanya pasal relationship aku dengan zamani. Dah bersayang, berdarling dah ni. Bila declare pun tak tahu. Hahaha. So aku kuatkan hati tanya dia. Serius ke hubungan dia dengan aku? Well kita tak kenal, berchatting, email, bersms, call pun belum lagi ok time tu! Dah tu????

Kebetulan dia dah letak resign letter kat opis dia. Oh lupa nak habaq, zamani kerja kat penang time tu. so he back for good! So dia cakap,

'Bagi i masa... Once i balik selangor i promise meet your parents. And i will talk to my parents pasal you.'

'So berapa lama agaknya tu?'

Time tu raya haji awal bulan december. Zamani resign 28 december 2008. Tapi awal bulan december mmg dia balik shah alam. So dia cakap that time dia balik boleh la dia settle apa yang patut. Well aku tak heran sangat that time. Sbb aku pun tak yakin semua cepat sangatkan? Ko tanya aku nama adik2 dia pun idok ku tahu time tu. Jangan cakap salah silah keluarga dia, apa dia suke pun aku tak tahu ok.

That moment, kami bermms gambar je...

First pic yang dia hantar... I told him... Eh muke you macam my uncle. Tapi aku ingat aku je la perasan. That nite bila aku bukak email ni, mak aku lalu sebelah aku. Dia stop...

'Pak cu anta gambar?' Bila masa pulakkkkk...

Ingat org ada affair dengan pak cik sendiri ke? Hahaha




Ha terus je jatuh chintaaaa... Gambar yang ku tatap tiap malam.


























Lepas puas bersms, zamani call aku FIRST TIME on 28 november... Yeszza...something wrong dengan line malam tu... Tengok ada voice mail. Number dia... Ha kejung.. Jeng jeng jeng

Dengar suara dia yang macho... Tak ada lorat utara ok...

' hye sayang... Just wanna wish you good nite. I love you...' Hakak sempat la jadi sabariah dalam cerita ibu mertuaku. Wakaka part dia guling2 feeling dengar suara kasim selamat kat radio tu...

Terus ada keberanian call ok!

'Salam... Hye... Sorry line phone ni teruk sikit. Tahu2 masuk. Voice mail'

Terus berbual tak hengat. Time tu zamani pakai top up, aku pakai bill. Ha ambik. Berbual sampai pukul berapa pun tak tahu. Ikat perut la aku bulan tu. chinta punya pasai.

Suara cik abang kita mmggggg macho. Hahaha. Ekceli dia lelaki utara yang pertama aku kenal. Aku mmg tak ada kawan lelaki yang berasal dari utara. Tak pernah terpikir dia org utara pun sbb dia cakap macam biasa je.

Jadi aku selesa kawan dengan dia. Blog aku yang selalu sangat mengundang rasa sedih, marah, tak puas hati kini berbunga2 cinta. Tapi tu la, akukan selalu tak ada keyakinan diri. Zamani mmg confident suke kat aku ni, aku tanya dia, kalau apa yang dia baca dalam blog tu bukan aku macammana? Dia cakap dia redha... Redha la kan... Sbb ko baca blog aku yang tah berapa tahun usianya ketika itu. Wakaka. Ke aku yang risau? Heheh

Esoknya kami bermms, bersms. Nak vedio call belum boleh lagi time tu. jadi dia bagi gambar2 yang manis buat aku... Antaranya?

Msg bergambar.... 'Morning sweetheart... Bla bla bla... I dah bangun, bersiap nak pergi wedding my friend....'


Report......

Aku pun dapat je gambar tersengeh la macam kerang busuk.

















Kang 30 minit hantar lagi mms


'Miss you sayang...kan best kalau u ada. Boleh temankan i' ok ayat reka... Cam tu la report selalunyakan? Nak kata la dia gi sorang. But ekceli mmg gambar ni dia gi wedding kawan dia kat penang time tu. sblm nak keluar tu sampai la ke sudah report memanjang.

Aku? Knowing zamani macam lain dari lelaki lain. Sbb? I keep report to my exS (banyak ex boiperen tau) tapi diorg haram la nak report. Tapi after kawin, harapan la nak repot. Tipu dan dusta semua lepas tok kadi akad dan dia menerima akad.


*mud keciwa*



So 7 december zamani balik tuk bercuti kat shah alam dengan keluarga. Yang best main objectivenya adalah nak kenal dengan aku... Kira first date.

Dia kerja ari sabtu tu... Aku pun kerja jugak that time. Lepas je kerja dia bertolak ke shah alam. Oh sangat tak sabar, jantung degup kencang.

Dating pukul 8 malam... Tapi pukul 5 dah keluar rumah. Oh tak sabarnya. Di sebabkan zamani jarang masuk klang, dia sesat. Dia sampai rumah dia pun pukul 4 macam tu, so kasi dia relex mandi semua, lepas magrib jumpa kat jusco bukit tinggi....

Waiting for my hero....

Nice pickan? Alahai kurusnya akak... Macammana la nak kurus macam ni? Haiz.









Yer kami memalu kucing... Ekceli aku la yang malu. Almaklu laaaa org kata kalau ada karen dalam hati jadi gitu la...







First date kat green box. Ha mmg idok la. Au dah la ketaq lutut. First date kat bilik karaoke? Kalau suara ko sedap oklah... Kalau salah langkah, mau kena reject ko. So zamani dan kawan aku sorg tu je yang nanyi. Me? Nanyi dalam hati dah la yer. Hua hua hua.
Dating bawak kawan.... Cube kalau berdua? Tengok kami dating sampai kedai semua dah tutup ok.... Hebat tak hebat?








Kawan kami bagi peluang, so kami lak macam serba salah nak tinggalkan dia sorg2 kat belakang.









Aku yang asik toleh ke belakang. Hahah nebes. Baikkan? Kami tak pegang tangan pung... Hahaha time ni agak risau kot kena reject.









Alhamdulilah. Nov 2013 genap 4 tahun perkenalan. Semua berlaku dengan pantas. And harap hubungan ini kekal sehingga keakhirnya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails