Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, November 22, 2013

Riadah

Cerita dah lama lupa pulak nak kongsikan kat sini...

Riada bersama keluarga kecil saya. Kami ni jarang sangat la nak keluar. Selalu hujung minggu habiskan masa di rumah. Kalau Amani bising je bawak keluar ke taman kat belakang rumah.

So tengok pada mood Zamani jugak... dia komplain kerja dia from monday to friday dah la drive je... so weekend dia nak rehat, penat katanya..sbb tu la dia duduk rumah... erm iyolah...dinda faham...tapi cuti tu (awal Muharram) dia ajak keluar. Me at first nak jalan kat Klang je... paling tak bandar bukit tinggi klang. Tapi Zamani cakap nak bawak amani iman gi KLCC....

Woit ajak dating pun tak pernah...kawasan hitam bagi dia...

Nak jalan2 je Jem...

Nak shopping tempat telampau mahal...

Nak parking, harg aparking sehari kat KLCC bole bayo parking kat opis ni seminggu... so mmg idok la kalau nak pergi. Tapi aku pun tumpang sekaki je la kan...

Zamani teringin nak ajak aku makan kedai nasi ayam TAM ni kat Shah Alam... ikutkan....

Bila datang mmg time lunch... aku dah patah semangat.. tahu je la, kalau kedai melayu ni. Peak hour mmg jahanam la... tapi mmg service tip top... sampai je tak ada tempat. Tapi not to worried sbb diaorg akan bukak meja tuk ko... ahak.

Nasi ayam will always be Amani's fav...mak tak sempat nak snap gambar, sampai je nasi dia mengelupur nak makan....hahaha... tak jadi blogger tegar la macam ni amani iman.

 Anak nangis nak makan, mak kejam zoom nak kasi nampak cantik. Nasib baik la abaknya mood baik... kalau tak, sentap mak ko amani... hahah

 

Zamani punya nasi ayam percik... and mine nasi ayam bakar... wahhhh.... nasi Amani makan, ayam je mak dia ratah... diet la konon! 

Ayam percik.... abang Zamani punya... kena snap cepat2... tuan badan dh lapar jugak...kui kui kui

Sotong bakar RM 10

Susah nak tengok pak cik ni mood baik... yer sangat susah... dulu time berchinta panjat gunung pun sanggup tak penat... la ni ikut mood dia... pandai kau berpura dengan chinta mu kanda... hahahaha....


Check in four square/ facebook...


Makan tetap makan.... benda tu bagi dia senyap sikit. Amani tak nak dah duduk baby chair. Dia tak suke... ingat dia dah besar. Kalau duduk diam tak pa la jugak... duduk dengan nenek dah biasa panjat meja, so nak memanjat je kerjanya... nenek tak pernah cakap no... sanggup mengadap cucu tengok cucu naik meja, panjat kusi... mak amani can not arrrr....

My puteri pucuk kelompang yang selalu je rasa nak lempang... ahak! Serius macam beh bu ke abak acik2 semua??? 


Dah kenyangkan? so kita ke KLCC... me yang teruja... perasaan tu kalah org kampung masuk bandar. Hahaha... kawin dengan bukan kaki jalan, maka berjalan la ko tempat macam ni setahun sekali... itu pun kalau setahun sekali la... aku rasa kerap lagi aku gi zoo kot dari KLCC... heheh ok tipu je... zoo pun sekali... hahahah

Memula bawak amani gi taman.... lalu kat kolam yang terbuka tu, dia dah tak tentu arah dah... tapi tak leh buat apa sbb duduk dalam stroler. Mak amani bijak... abak dia nak anak dia jalan. Larat ke ko nak kejar??? jap lagi hilang segala mood... 

Kita tolak ke taman....


 Berjalan tempat2 yang mak bapak dia tak leh nak jalan... gasak la...jangan jatuh sudah.... knee pad tu dah pakaikan, tapi dia jadi robot tak leh gerak... since permukaan taman tu span, so bukak... harap tak cedera

 Amani kalau sentap bagi kat dia je....

 You all tahu tak dia tak ada mood nak main sebenarnya... dia berlari seluruh taman... tapi pelik sbb tak tahu dia nak main apa. Keep running keliling taman. Bapak dia kejar dengan penuh sabar.

Rupanya!!!! dia cari jalan nak ke pool.... bijak tak anak saya... dia jumpa jalan ke pool, terus nak terjah masuk air...

Aku bab kejar anak ni malas... hahah kalau bapak dia ada kejar la... tahu 2 zamani dah menuju ke kolam... eh kan dah cakap jangan bawak dia kat sana... zamani cakap dia yang pergi... puas dia pusing... tanya nak main apa pun tak jawab. Esh... minum susu banyak DHA agaknya otak tu pikir macammana nak pergi ke pool agaknya...

Kasut dah la bertumit... tak kose la aku nak pakai nak kerja anak... hahah alasan yang sangat bagus kan???


Kalau korang tengok gambar atas, dia pakai jeans... tak menyempat nak tukar dia dah tak sabar nak masuk kolam... bukak pampers. kang semua budak kat sini dapat penyakit plak... tukarkan seluar dan dia terus seret bapak dia nak masuk air... adoi la anak...

Jenis suka main air... mmg dr kecik mmg suke sangat berendam... nak masukkan dia kelas swimming kalau tak ada apa2 halangan insya Allah...


Zamani sempat hantar gambar watsapps kat bonda.... anak mu sangat gumbira...muke nak kena penampar... hahah degil bukan main mcm bapak ko.


Happynya anak ibu ni....


Cubaan menyelam... ia ia je tau tun tejah ni... mana tah dia belajar...  Mak dia pulak duduk jaga stroller dan kasut... itu la kerja makkan? Nasib ada mobile internet....layan facebook la jugak... tak bosan

 

 Orang jakun selalu gini...hhahaha sok kita gi aquaria plak la... amani suke ikan...


 Rintih nak kasut sport jugak...


Tapi mana boleh biarkan diorg je bergambar... kita pun nak jugak... pastu lari jaga barang balik....

Sejam tuk amani iman mmg tak puas... saksikan video budak tak puas mandi eh





Muke sentap semua boleh tengok... hehehe... mak dia bila tengok bapak dia naik hantu...takut jugak... heheh.


Dah habis mandi, bila dah kena marah siap je terus duduk kan kat stroller... jangan ko uji kemampuan anak ko kalau dia nak sesuatu yer... sila la tahu... ahak!

Dah mandi, dalam kereta tido... abang zamani cari misi mencari nasi royal kat ampang... jumpa tersenyum lebar. Makan sorg2... anak tido dalam kereta siapa nak jaga? nak kejutkan? tak sanggup nak mengadap perangai dia oooo....



Agak mahal la... sepinggan RM 10... katanya rasa sama dengan nasi royal kat Kedah nun... lepas la hajat org tu... biasalah laki ai...mengidams yang pelik2... heheh

Ok selesai cerita ok

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, November 20, 2013

Al -fatihah


Salam....

Aku terpanggil untuk  updat eblog mengenai sesuatu yang pernah jadi padaku 4 tahun lepas...

Semalam mood ku terganggu...pagi-pagi bila bangun bukak mata, the first thing in my head... its 19 November.... semua maklum Aryssa Dania meninggal/ lahir/ di kebumikan ( i dont know the right word, still confuse) on this date. Dan hari yang sama aku di kejutkan dengan pemergian anak sahabat ku waktu di UTM dulu... Wan Suhana...

Anak dia Fatimah Izz Zara meninggal semalam...

Speechless... aku nangis pagi semalam kerana terlalu sedih... apa lagi Fatimah berusia 5 bulan...yang dah di lahirkan, di susukan dan di jaga elok oleh ibunya... mcm menikam diri sendiri aku faham apa yang dia rasa ketika ini. Mungkin lebih berat dari apa yang aku lalui....

4 tahun dulu, aku nak lari dari semua org... aku nak lari dari kenyataan dan anggap semua ni mimpi... lepas menerima berita sedih tu, aku ingat malam tu aku solat... doa... terus doa... bermula dengan solat isya... solat hajat, solat tahjud... terus menangis merintih kenapa aku di duga. Tak mampu nak lelap kan mata... jiwa kosong....

Sms...

Call....

Kalau boleh aku tak nak jawab... cukup! setiap kali mengulanginya setiap kali aku rasa sangat sangat sedih...

Menyalahkan diri dah semestinya... aku tak nak jumpa org... di hosp putrajaya pun tak bermaya... tengok org mengandung dah cukup buat aku siksa... apa lagi tengok  babykan?

Aku faham apa yang kawan aku rasa... aku hanya mampu katakan pada dia, 'nangis la.... luahkan segalanya melalui air mata... kesedihan, kekesalan, kemarahan. kebencian...sbb air mata itu yang akan membuang segala yang terbuku di dada'

Mungkin sampai sekarang ada yang tak faham, kenapa ada setengah kawan aku buang dari list aku... aku tahu diorg mengambil berat. Nak tahu macamana, kenapa semua ni boleh terjadi. But every word yang di tujukan menyakitkan hati dan mmbunuh jiwa...

Aku tak jawab satu panggilan pun... tak balas satu sms pun... di saat itu aku nak meluahkan bukan meminta pendapat apa yang harus aku buat... benda dah pun jadi, aku sedar mcm mana aku cube pun, benda yang jadi tak mungkin akan berubah. Sbb tu aku mencari jalan aku sendiri...

Membaca blog2 mereka yang senasib dengan ku...

Berkawan dan bertukar cerita tentang apa yang berlaku... dengan cara itu je aku dapat menerima segalanya....

Kadang2 kita boleh jadi ilang iman. Kita cepat sensitip dengan sekeliling kita... sometime bila kita kongsi atau bertanya pada org, jawapan org tu betul, tapi tak kena dengan diri kita, kita jadi cepat terasa... seolah2 org ni nak berlagak... yer la anak dia ramai... yer la dia tak ada masalah nak mengandung... ialah anak dia sihat... mcm2 la... sbb tu aku cakap kadang2 kita jadi ilang iman... lupa diri sekejap.

Setiap tahun 19 november, aku akan bersedekah atas nama Aryssa Dania... tapi ada segelintir cakap tak payah... tempatnya pasti di syurga, yang mak bapak ni dosa banyak lagi bla bla  bla... eh aku tak nafikan tapi thanks i dont need ur advice on that... aku bukan buat sbb nak tempatkan anak ku di syurga, tapi sbb rasa tanggungjawab. Nasihat yang cakap kami org2 yang beruntung di pilih Allah sbb anak2 ini akan bawak kami ke syurga, tah ayat2 ini buat aku patah semangat/hati... saat kita sedih, kau cakap mcm tu, its not helping... seolah kau akan rasa itu satu hukuman dari Allah. Apa dosa ku sampai anak aku yang menjadi mangsa untuk aku masuk ke Syurga??? (yes it sound macam org tak ada imankan? )  Tapi saat tu je... cara penyampaian tu kita absorb lain. (Baca betul2 part ni...kang kata aku tak tahu agama plak....)  BAGI AKU LA.... BAGI AKU EH.... Ayat tu kurang sesuai aku rasa...

Its not helping, ppl.... betul aku cakap... org2 yang macam ni, they need their own space... macam aku menulis. What else nak buat? Zamani lepas 4 tahun dia pun bosan dengar cerita bini dia... ahak! balik2 sedih, takut, benci... paling worst still crying macam baby sampai sekarang... hati tisu kanda... aku pun bila org respond macam bosan, mmg tak la nak ulang tayang cerita... lama2 aku sedar biar aku sendiri rasa... biar aku sendiri pendam. Kalau aku nak luahkan aku luahkan mana aku nak luahkan... jangan persoalkan. Yang faham, faham. Yang tak faham tak perlu bertukar jadi baik pegang tasbih sejadah di bahu, nak tazkirah org, sampai keluar segala hadis.

I need to see my baby and i miss her so much dan langkah terbaik bunuh diri.... (Astafirullah) saya masih ada iman, dan berpegang pada Qada dan Qadar. Cume jiwaku kosong bila rintihan ni tak dapat di luah kan. Aku tak minta sesiapa pun faham... cume biarkan aku dengan dunia aku... sampai bila jangan di tanya, sbb aku mengharapkan aku dapat lupakan perlahan2... tapi kuasa Allah... itula yang istimewanya... makin hari makin bertambah sayang dah rindu... makin ko tengok budak sebaya anak kau, makin kuat perasaan itu...

Semalam aku watApp abang Zamani korang...

Biasalah... sedih... jawapan dia....

 
Baikkan suami saya ni... ahak!

But i can tell you, dia mmg pendengar yang baik... yang dia rasa perlu, dia akan tegur dan cakap tapi kalau dia tak nak tahu tengok muke pun malas nak cerita...

Itu je aku nak luahkan... hati mereka ni sangat sangat hancur saat ini... kata2 kita mungkin akan membuatkan mereka membenci kita... listen when they need someone to talk to... let them cry... as long tak terkeluar dr syarak... jangan dia baling barang, cederakan diri dia ko biarkan... pujuk cara baik... mereka hanya nak luah kan rasa sedih yang tak mungkin sesiapa pun mereka rasa akan faham. Kadang2 sentuhan je dah cukup... tak perlu kata atau buat apa sahaja... i alway have my husband's arm, mom hug and sister ears to listen...

Zamani selalu biarkan aku nangis dalam dakapan dia....

Mak aku selalu peluk aku dan pegang tangan aku sampai aku rasa reda...

Fidah pulak selalu menjadi pendengar yang baik...  

Sob sob... tetiba sedih terkenang cerita 4 tahun lepas... uhuk... entry ni sebenarnya nak berkongsi. Aku tahu ada yang tak faham. mungkin dengan entry ni, kamu bole handle situasi kalau berlaku pada org yang terdekat. Siapa tahukan?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, November 19, 2013

4 years


Al - fatihah....

To my beloved little princess..... 






Ini satu2nya kenangan yang ibu ada, untuk tatapan ibu di kala rindu.... Dari Dia kamu datang, kepada Dia kamu pergi.... pemergian yang mencecah 4 tahun... kasih sayang tetap tidak berkurang, malah bertambah setiap hari...








Al - Fatihah... we miss you... every day....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, November 9, 2013

Safety first

Tora datang lagi!!!!!

Heheh tetiba je ko ni.... well korang jenis mak yang macammana? semua mak sayang anak, tak ada sorg pun mak dalam dunia ni tak sayang anak diorg. Dan semua mak dalam dunia ni adalah pelindung yang paling baik. Betul tak? Anak pun rasa selamat/selesa dalam jagaan mak kalau mereka terasa tak selamat.

Sila la tahu, laki aku yang nak masuk 38 tahun tu pun, kalau sakit, kalau susah, dia cari mak dia jugak.... such a baby abang long tu... muke je ganas... kalau sakit, ayooooo pening!

Ok aku tak kisah la macammana pun korang nak jaga anak... masing2 ada cara. Well aku pun ada cara aku juga. Ada setengah parents tak kisah anak tu jatuh. Bagi diorg selagi anak ni tak jatuh, dia tak belajar dr kesilapan yang diorg buat. TAPIIII beringat la kengkawan, kalau takat jatuh ok tak ada kecederaan tak pa. Kalau dah patah riuk? tak ke ko jugak yang susah jugak. Pengajaran budak tu dapat, dengan ko sekali dapat pengajaran...

Zamani selalu suruh aku bertenang... aku jenis mak yang

Eh ok ke???

Eh tak ada apa-apa ke??

Eh bole ke?

EH EH EH??? hahahah banyak eh kalau anak tu nak buat sesuatu. Dan effectnya amani iman pun takut2... dia tak takut dengan air je, kalau bole lompat dia lompat dalam air. Tu pun bila pk2 nak pakai pelampung or baju yang boleh buat dia terapung... hahahah teruk dah mak amani iman ni....

Time dia bersuka ria kat KLCC tu, bila abang zamani cakap dia risau takut amani iman jatuh sbb licin, otak aku dah generate patut pakaikan dia helmet. Hahaha.... pakaikan sepanjang jalan-jalan (habis la ko amani iman). Punya sampai ke situ terpikir. Imagine letak kat status FB pasal safety ni, ada yang suggest belikan amani iman basikat or roller blade! oh can not.... kalau nak jugak perlu pakai helmet full face....

Ahak! mmg aku jamin amani sure elakkan aktiviti tu...buat malu kat org dan kawan2 je....

Tapi itu la mak, kan? tengok anak jatuh, nangis, hati ko macam di koyak2... yang best anak jatuh nangis pun belum, ko dah gaduh laki bini, dia salahkan dia, asal tak jaga anak... pernah la gaduh dengan abang zamani korang bila amani iman jatuh... jatuh kat jalan bertar...dia kebetulan pakai gaun plak tu....  aku punya bingit dengan zamani macam dia tolak anak dia... hahaha tu namanya tindakkan reflek yer anak anak. Abang zamani korang plak macam tak faham plak bini dia,kan? Amani iman pun senyap tak jadi nangis tengok mak dia mengila... sampai kena tengking la dengan bapak dia....

'Ko ingat aku tolak dia ke!' wahhhhh kami gaduh mmg kau aku... sila jangan terkejut. Terus insap... hahaha

So hari tu tak lengah terus cari knee pad tuk amani iman... sekali tengok kasut sport. Looking at seliper/sandle dia, semua licin. So dia pun tak ada kasut sport shoe. Rasa sesuai la kalau ko nak berlari pun.

Cume berat sikit kasut tu buat amani iman tak selesa



Sok dah tahu naik basikal, kena belikan sarung tangan... (hahah over mak ko)



Cari kat Toy R us... RM 29.90... knee pad and elbow pad.


Yah its barbie!!!! ko mampu! aku tak suke Barbie tapi ni je yang ada... tak yah nak berkira sangat. Beli je...




Sebelum aku cerita.... erk mmg sekarang zaman kaler blokkan? Tengok gambar ni, baju purple, seluar hijau, kasut pink... nasib baik ko comel... kalau tak???

Biru ka merah ka....

Dia agak tak selesa... memula tak nak... tapi lama2 dia redha... pakai la... siap hentak2 lutut kat bucu meja tu... hahaha.... tak pa! hentak la... mmg itu tujuannya...

Kenapa aku belikan dia benda ala ni??? sbb amani iman kalau kita lepaskan dia kat taman ke mana2... dia buat taman sendiri. Keja dia berlari je... lari dan terus lari.... tak ada break. Mak dia pulak had muatan lebih, nak kejar kereta mini ni mmg payah la.... kang dengan mak jatuh...

Pink is the best kaler la... kena gak mengaku... sob sob sob.... ada warna lain tapi anak perempuan comel kalau pakai pink...

Amani agak kekok nak pakai kasut ni... berat dan tertutup, so agak rimas. Dia sampai belek kasut time pakai... agaknya dia tertanya! BESARNYA STOKIN!!! DAH TU BERAT!!! hhehehe



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, November 8, 2013

Aku Ada....

November.....

Kamu datang lagi.... aku mula la nak touching2....

November, bila kau datang, usia perkenalan aku dan en somi dah melangkah 'tua' setahun.... begitu juga permergian puteri sulung kami meningkat setahun... kau istimewa...

Tetiba je teringat saat perkenalan... masing2 nak luahkan rasa chinta tu melalui lagu... ate tak romentik nak buat ayat sendiri. So apa je lagu yang lirik menikam jantung, mula la tuju lagu... hahaha... salah satu yang tak mungkin lupa lagu Once Aku ada...

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu 
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu





Sekarang dengar pun tersenyum2... walaupun lagu ni kalau dengar sekarang tak ada maknanya pun... uhuhu... but aku bersyukur Zamani yang aku kenal dulu dan sekarang adalah org yang sama... romantik tetap ada walaupun perhatian tu ada sikit lari... heheh

Terima kasih tak terhingga sebab menjadi seorg suami yang memahami... sama ada dia malas nak gaduh dengan aku so ikut je apa aku suke, aku pasti dia menghormati my feeling and hargai hati kecil isteri... ahak! Zamani suami yang balance... Syukur dia tak mudah terikut2 dengan perangai org ke apa... kalau dia tak suke, dia diam... so ko sendiri kena pandai figure kenapa dia jadi gitu. Tapi kalau dia suke, dia sokong kau habis2...

Yang buruk??? tipu la kalau aku cakap tak ada. Tapi kita patut menerima kekurangan pasangan kita... itu je... walaupun aku rasa nak cekik2 diri sendiri bila marah...

Mungkin juga sebelum kami berjumpa, kami dah berjumpa dan cube hidup dengan pasangan lain... so sbb itu jugak kami rasa ini yang terbaik... so tak baik pun kena terima juga...

NAK JUGAK!!!

NAK JUGAK!!!

WALAU TAK BESH!!! HAHAHA



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, November 7, 2013

Turn To Five

Selamat Hari Jadi to Aliya Farhana....

Lama betul nak bulan 10. Dan dia tak sabar. Awal bulan 10 dah request nak hadiah apa... sbb perwatakan dia yang 'kasar' bila dia minta hadiah tu, mak long macam confuse. Betul ke dia minta ni?

Tapi your wish is my command...

Di sebabkan mak long elegik dengan apa yang liya inginkan, so pemilihan hadiah mak long bagi pak long pilih... so kalau tak suke, sila salahkan citarasa pak long mu tu yer... hehehe....

Sambutan besday pada hari sabtu petang. Berkumpul rumah tok... tok masak special tuk besday gurl. Tak adalah sambutan yang besar, cukup sekadar yang datang semua ahli keluarga. Janji besday gurl suke...

 Adik beradik yang pakai tudung on the day... special sikit. Cepat betul budak2 ni membesar. Eloklah semua nak pakai tudung. Org ckp kalau nak didik, biar dari kecik. Diorg minat tak pa la... amani iman mmg pantang la benda atas kepala.

Termasuk budak ni.... sikit tak tarik tudung tukan... Amani iman koleksi tudung tu dah buat pameran je kat rumah. Jangan harap nak pakai.


Kek besday princess....


Birthday gurl and cake birthday princessnya...


Shy birthday gurl... tapi dia sangat excited sbb besday dia paling hujung... sepupu lain semua awal2... so dia menanti dengan penuh rasa berdebar... awal bulan 10 dia dah bercakap mengenai hadiah yang dia nak... kek apa yang dia impikan...


Tok mama buat bihun, laksa, kuih karipap, nuget tuk sambutan hari tu...

 First time mak long tengok aliya, aliya baru je 3 bulan (mummy lepas pantang) , now Aliya dah besar... keletah... bijak... manja... dan sweet...



See how tak sabar dia... menunggu saat menyambut hari jadi... im ready u uols!!! Nasib baik bukan amani...kalau amani mcm ni, mak long besar hati... apa je dia nak, apa je dia impikan insya Allah mak long akan tunaikan... hahah hulur list belanja je kat pak long... kan pak long...kan kan kan... hahaha... mmg mak long minta penampar je dr pak long kalau macam tu... uhuhuh....


Bacaan doa dr wan buat cucu... normal rutin setiap kali sambutan hari jadi... tak kira la siapa pun...


 Ya Allah...jadikan Nur Aliya Farhana sebagai anak yang soleha... yang mendengar nasihat kedua org tuanya... jadikan dia hamba yang sentiasa takut pada azabMu... jadikan dia kakak dan adik yang baik, yang sentiasa menolong adik-adik dan kakaknya serta MAK LONG... hehehe....


Aliya dengan hadiah harijadinya.... walaupun mak long tengok pun Aliya agak kekok main, tapi belasah je la... as long Aliya happy... so Aliya Farhana...

Happy birthday Darling



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, November 5, 2013

Kenangan....

Salam...


Nangis kalau tengok gambar di zaman dulu2kan.... Tapi hopefully tak menjadi la kesalahan nak upload kat facebook or blog ni, ken....

Pencetus motivasi? Nahhhh mungkin. Duduk la sebelah tong drum. Untung2 org tak nampak ko la dik. Hahaha... So sekarang nak sedapkan hati, tiap hari belek gambar lama... Sekurang2nya saya pernah kurus. Dan menjaga penampilan saya sebagai perempuan. Tunjuk kat amani esok, tak la dia sedih sama. Hahaha...tak la dia cakap atau mempersoalkan asal bapak dia boleh tangkap cinta dengan mak dia... Than betapa ruginya kau ikut muke abak.... Hahaha mesti kau tertanya2 nak, asal tak muke ibu. Kah kah kah...

Ayat nak sedapkan diri... Well gambar2 zaman jahiliah kita simpan je ler la yer...ni yang halal tuk di tunjukkan.

Ekceli aku nak tunjuk gambar back 2000 to 2001 kot... Time ni we all habis UTM buat diploma. Ini adalah kawan me yang terbaik... Tah... Dont know any list friend yang 'baik' tapi mereka yang terbaik. Sampai la sekarang. Alhamdulilla...

Let me re call this picture... Time ni daku kesedihan. Sedih pasal apa? Cinta je le... Bodo sungguh... Tapi tak tahu boipren mana satu. Hahaha banyak bebenor. Pakai tudung ni pun tak tahu kenapa. Sbb aku belum berhijab pun this time... Sbb me and linda sepesen... Kembar... Org cakap kami kembar. Dia tak pakai tudung this time. Tapi asal aku pakai eh? Tak ingat la...






Me and linda, everything nak sama... Kawan yang until sekarang aku rasa yang terbaik... Kawan yg menegakkakn keadilan kawan2... Sekarang ni ada lagi ke? Aku putus cinta, dia pun nangis sama... Motip? Husband dia cinta dia dari kami kat UTM sampai la sekarang... Hubby dia yang berambut panjang, nenek dengan sedara mara aku kat melaka tu tak berkenan panggil dia kutu rayau yang tak layak la kot kalau nak buat suami... Tapi Alhamdulillahkan... Hahah mati kena pijak dengan si Salleh der! Bila jumpa re call, mesti gelak... Tapi linda dan Salleh kawan yang paling baik... Hahah diorg tolong aku pun so diorg bole dating... Kah kah kah....

Aikan banyak masalah dalamam... Tanpa diorg tah la....





Linda, me and ely... Three of us... Bergambar. Time ni tak decide lagi nak sambung Degree kat melaka. Kan dah habis buat diploma... Yah... Now i ingat... We all keluar sbb pikir, aku akan balik klang for good. Time ni mar pun baru beli kereta... Kancil dulukan fofular... Hehehe so meronda2 la kami...





Linda, mar dan ely pulak.... Heheh zaman ni phone pun yang baling anjing....camera pun tak ada. So gambar manual... Sorg kena ambikkan... Jadi bertukar-tukar la kami...






Mar, elly and me.... Nangis tengok potongN badan yang kalah semut... Hahaha... Berapa saiz pinggang aku? 27... Yer tu paling kecik... Nampak je halus tapi seluar aku paling kecik 27 time ni. Rangka besar... Sekecik2 aku, seluar si fidah pun aku tak muat... Gila sampai 24... Heheh doluuuuuu....













Rindu saat dulu.... We all cube buat outing bulan 5 hari tu... Mereka tetap mcm dulu... Sama... We still in touch sbb kami tahu kami terbaik. Hahahaha...

Linda... Dia masih kawan yang suke bergurau senda. Kadang2 gurau dia sangat2 kasar... Tapi dia seorg yang terbuka... Tak suke dia cakap tak suke. Salah ko tetap salah...

Ely.... Seorg kawan yang suke menolong kawan dan bagi pendapat yang panjang lebar... Hahaha... Org gune short cut tpi dia still gune jalan lama... Adoi yaiiii.... Teringat dia terangkan pasal nak beli rumah... Sampai ke kementerian dia check itu ini... Dia seorg yang berjaga2... Berkira.... Tapi bukan berkira yang kedekut tu... Dia ni kira betul accountant... Kalau buat apa, semua faktor dia akan ambil kira... We all suke dia yang pikirkan masalah tuk kita.... Hahaha...tahuh2 ada penyelesaian...

Marr... Kawan yang ko boleh berkongsi segala rahsia. Dan dia sendiri seorg yang berahsia. Bayangkan for 3 years kot kawan, dia selalu ulang alik hujung minggu ke Port Dickson...padahal dia org rembau... Apa je dia ke PD. Rupanya boyfriend org sana... Cis.... Sampai ke sudah we all tak tahu. Dan penampilan dia yang biasa2... Siapa tahu bapak datang bawak kereta mercs dengan pemandu sekali. Tunggu depan kolej... Kawan baik pun tak tahu kan... Tetiba sentap seminggu.... Kenapa nak sorok semua...she low profile. Pantang kawan susah, mesti nak tolong....

Itu la kawan2 saya.....

- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails