Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, May 10, 2015

6 tahun sudah


Bismillah.....

Selamat ulangtahun yang ke 6......


Di saat dia menerima akad nikah itu

'dia telah menerima dan bersetuju mengambil alih tanggungjawab dari ibu bapaku. Dia bersetuju memikul dan bertanggungjawab  di atas dosa yang telah aku lakukan. Dari solatku, dari auratku, dari kata-kataku, dan dari perbuatanku. Dia telah berjanji untuk melindungiku sepanjang aku bergelar isterinya.  Melindungi dari aku di sakiti, dan melindungi aku dari menyakiti, sekiranya dia gagal, dia seorg yang fasik, dayus dan rela di masukkan ke dalam neraka dan menerima hukuman Allah di atas perbuatanku' 

Sungguh besar penerimaan akad itu :)

Its our anniversary...

Ya Allah

Limpahkan aku kesabaran untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakan aku kekuatan mu untuk aku perbetulkan

Saya sayang kamu Ana Norzamani :)

Sayang sayang lebih dari sayang Amani Iman pada kamu (hahahahahahaha tak boleh bla nak gaduh dengan anak sendiri)

Hihihi


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 CidaZam bercerita lagi

Saturday, May 9, 2015

Young Living EO

Salam...

Zamani : u beli minyak apa tu?

Me : minyak senyoyong... nak tenyeh anak dara dengan si bujang tu....agar diorg dengar cakap i.

Zamani : banyak la you....

Hihihi... lately amani punya old behavior dtg balik. Dia bukan marah tapi memberontak lebih2. Expecially nak bangun tido. Aku rasa semua bdk macam tukan? Tp tell you ni jenis mengamuk yg ko rasa nak makan dia.

Mencederakan diri. Tah balik balik perangai dia tu. Meronta2 jangan cakap la. Macam batu giling pun ado.

So aku try Eo ni. First beli RC. Ingat tak time ammar masuk sepital. Rc tu serasi dengan amani and ammar. Dr batuk terus lega tido lena bebudak ni. Syukur jugak sejak kuar dr hosp letak je RC terus ok pernafasan bebudak ni. Fungsi mcm vick. Tp tak lekit or berminyak. Resap kat kulit. Aku sendiri pakai tido lena...

Ni peace and calm. Budak tengah mengamuk bagi dia cool sikit. Tak cube lagi tapi advice by teacher watie. Macam amani ada masalah behavior patut ada set minyak yg kena sapu for 14 days. Tp 14 hari ni ko kena dilute without fail. Masalah di situ adalah amani yg pantang org pegang badan dia apa lagi nak urut. Minyak eo ni tak la berminyak tp bau dia kot payah si amani ni nak tahan. Sapu vick pun mengelupur. Ni ada few minyak ko kena sapu mmg tak la kan. Tp testi mak2 yg gune ni ternyata anak diorg behave. Satu lagi masalah aku takut aku lupa. Hahah balik kalau susukan ammar aku kemana anak ke mana. Fail satu hari jahanam usaha.

Tp itu bukan satu alasan. Ko nak anak elok dan buat terbaik tuk anakkan?

Ok kita try PNC dulu... tengok macammana. Kalau berkesan at least aku tak mengadap amani meronta hanya nak susu aku rasa ia berkesan.

Ammar pun bole tahan mak mengamuk. Try kat dia sekejap and oklah dia bole duduk dengan abak dia. If not?? Abak pun tak nak.

But my objective pada si amani. Doakan yer mummy2 semua

Friday, May 8, 2015

Happy Birthday to Bonda Hajah Norhayati

Salam....

Its 8 May 2015. Its my MIL's birthday.

Happy Birthday Mak.

Kami doakan semoga mak panjang umur dan di murahkan rezeki selalu. Semoga mak dia berikan kesihatan yang baik selalu.

Ya Allah...

Sihatkan ibu kami, tenangkanlah hatinya sebagaimana dia menenangkan hati kami ketika kami dalam kegelisahan, dalam kegelapan dan dalam kesusahan. Permudahkan segala urusannya. Terimalah ibadahnya. Kurangkan dan buangkan segala kesengsaraan yang di tanggung selama ni.

Amin




Terima kasih mak di atas segalanya....

Love

Xoxo


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, May 6, 2015

Parenting Issue - Car Seat

Salam....

Rata- rata aku rasa ini menjadi isu pada ibu bapa di luar sana. And sama macam org lain, aku hanya seorg ibu dan asas 'parenting' tu mmg kena belajar sbb aku bukan pakar dalam mengendalikan anak-anak ni. So I guess since sejak adanya kes kes kemalangan yang melibatkan bayi yang terkeluar/ tercampak dari kenderaan, maka isu ini sangat sangat sangat panas.

Aku bukan nak kupas, aku bukan nak mengajar, dan aku jugak bukan nak tunjuk pandai. Sebab aku tahu ini sangat2 sensitip.

Last year, lepas aku habis pantang Ammar, aku keluar dengan Zamani dan Amani. Nasib baik kita tinggalkan Ammar kat rumah that time. Keluar pergi bank that time. Bank dekat dengan umah dalam 5km. Amani as usual sedang berdiri kat seat depan. Tiba2 abang Zamani break mengejut. Dalam kereta nak berhenti, dia cuba sambut amani tapi amani dah termasuk bawah dash board. Aku panic. Zamani tetiba tarik amani dan peluk amani. Aku blur that time sbb aku tak nampak apa2 pun di hadapan kereta kami, no car, no motor and not even org pun! and what make Zamani break emergency?

Than aku pun dengan nada marah aku tanya la apasal dia break mengejut?Kitaorg kat tengah jalan besar ok. Nasib baik kami je ada kat situ, tak banyak sangat kereta. Berhenti kat tepi urut kepala amani sbb dia terantuk kat dashboard, dan kami pun coolkan diri masing2. Bila tengok laki aku nangis, aku diam je la. Tapi kesian tengok amani. And check2 kereta kemek sikit. And baru aku tahu Zamani break sbb anjing melintas. Tapi bila kami berhenti tepi, tak ada pulak nampak anjing. Tetiba tengok cermin retak


Urut dada sekejap. Nasib baik aku tak bawak Ammar. Mmg tergerak nak gi kuar duit dan tinggalkan Ammar dengan nenek. Imagine aku duduk belakang pun kehadapan, nasib baik ada kerusi yang halang.

We learned our lesson that time. Nasib baik Amani tak cedera. Agak kuat hentakkan tu, kalau tak takkan cermin kereta retak??

Org cakap dah kena baru nak beringat. Sblm tu pun dah dengar pasal budak2 yang tercampak keluar dari kenderaan. Tapi macammana? Anak2 kami tak nak duduk pakai car seat. Anak satu hal la tak nak duduk, mak ayah pun dok set kat kepala benda-benda ni menyusahkan! Sbb apa menyusahkan?

Sbb car seat bukan kecik yer kawan2. Kalau letak tu makan space. Dari muat 3 or 4 org belakang tu, silap2 sorg dua je bole masuk. Kereta Myv lagi la. Yang bawa Viva lagi la yer dak?

Ia jugak berat! Nak angkat kuar masuk tukar kereta payah. Mahal jangan cakap la. Mampu ko nak beli car seat dua nak letak asing2 dalam kereta? Mampu bagus, tak mampu diam.

Than malas nak angkat masuk anak sbb nak pasang tali pinggang bukan senang. Malaysia bukan negara yang sejuk. Buat tengahari ko nak berjalan, belakang ko perit semata nak tunggu and placed anak tu dalam car seat. Betul tak? Tak campur lagi anak jenis tak dok diam. Bukan takat bole tukar warna, dari manusia bole tukar iguana terus!

So aku faham kenapa berat bagi ibu bapa ni nak pakaikan anak seat dalam kereta.

Aku bukan la parent yang betul2 ikut peraturan. Sbb suami aku jenis yang malas gak. Dia malas nak buat benda2 menyusahkan. Percaya atau tak first 2 or 3 years kawin, naik kereta aku akan ingatkan,

Pakai seat belt sayang!

Pakai seat belt B!

Pakai seat belt bole?

Tonasi berubah2. hihihi

Zamani, dia mmg jenis naik kereta jalan! Hoiiii tak bule tak bule! So now automatik dia masuk kereta terus pakai seat belt. Korg tahu tak akak pergi kedai pun akak pakai seat belt, jangan kata gi kedai, kadang2 nak rasa aircoin dalam kete je pun, masuk2 je tarik tali pinggang. Hahah ko mampu buat macam akak? Mesti la ingat sbb punca utama fail exam memandu sbb tak pakai tali pinggang dulu. Siol je! Bawak confident, ingat abang JPJ nak cakap lulus, tetiba dia hulurkan kertas tu dia cakap

'Jumpa lagi... kesalahan paling besar adalah tak pakai tali pinggang!'

Akak siap cek tali pinggang seluar. Hahah sengal. Tepuk dahi that time. So now, lepas 18 tahun ada lesen, naik kereta tarik tali pinggang. Mmg badi terus!

Bila ada Amani, dia jadi spoil. Lagilah dia ada behaviour issue. Kitaorg lagi malas nak bagi dia marah2 mengamuk2. Bukan tak marah. Kalau ibu and abak dah start marah, maka mmg akan jadi tak best. Mood semua tak ada.


Dia suke berdiri macam ni kalau abak dia drive. While dengan aku dia boleh buat macam ni ketika kereta berhenti. Hahaha... kereta gerak aku suruh dia duduk. Bila dia terima arahan duduk mula la dia buat dengan tak iklas. Sampai ke bawah dashbord dia duduk. Punya nak melawan ckp ibu diakan?

Dia dah tentu tak kenal apa itu serik. Ibu and abak dia pun kadang2 lupa. Bila terjadinya kemalangan mula la concern. kalau nak cepat bagai, keselamatan anak di lupakan. Ye, aku mengaku dalam 'sembang macam bagus' kadang2 kita lupa. Kereta Myv tu berapa kali la keluar masuk car seat. Sampai zamani fed up. Aku malas nak gaduh. Dia cakap aku suke pikir bukan2. Dan semua tu satu doa.

So apa yang terjadi pada mereka2 ni adalah doa dari mak ayah diorg? Ermmmm. Bukan kita sepatutnya kena ambik pengajaran?

Aku faham ada parents yang cakap anak menangis. Jerit! Diorg sanggup pegang anak tu dari nak biarkan diorg nangis. Bila nangis mak tak leh nak bagi tumpuan. Which is true. Amani kita place dia dalam car seat, dia akan sedaya upaya kuarkan diri dari situ. Dan time dia baby pun dia akan nangis macam apa je. Tapi aku tak berani lagi nak letak dia macam tu je. First time bawak balik kereta dari batu tiga umah MIL dulu ke Klang, Zamani naik kereta dia, aku bawak Wira dan amani. Beberapa kali berhenti. Sbb? Amani buat perangai. Zamani plak dah ke hadapan mmg tak perasan bini kat belakang berhenti pun.

Amani dan Ammar tak di latih sangat pun dari kecik. Kecik di sini maksudnya baby ye. Amani bila dah terhantuk tu, kitaorg pakaikan car seat dia, sangat lawak sbb mungkin car seat dia ni antara 0- 2 kot, dia dah macam budak 5 tahunkan, letak kat area penumpang, kaki dia tak muat tersepit antara seat belakang dan depan. Letak depan, Zamani naik hantu bila dia tak nampak side mirror. Sbb amani tak boleh duduk diam.

Booster pun sbb teacher amani dan mak-mak di GBOB yang kenalkan. Daif tak tahu kan ada booster seat ni! This what we need. Macam car seat baby, ada price2 yang mahal dan murah. Janji memenuhi objektif kita beli je.

Booster ni RM 69 je, Kalau ko nak kata mahal jugak tak tahu la. Ambik la batu ke apa suruh anak ko duduk atas tu.



Pakai ni pun dia tak nak. Menangis nangis pada mulanya. Tapi pekakkan telinga sbb ini semua untuk kebaikkannya. And Ammar kamu yang kena duduk kat car seat.



Ni pun sama pesen dengan kakak dia. Tak suke. Tapi sekali lagi pekakkan telinga. Car seat ni ko bayangkan amani yang duduk. Mmg tinggi. Dia pun tak selesa.

Ramai yang bersuara,  apa jaminan keselamatan anak2 ni pakai car seat? Betul boleh avoidkan kemalangan? Kalau bole avoid than i guess semua kereta letak satu seat baby ni dalam kereta. Kalau dia tanya soal keselamatan di jamin atau tak, kita kena tanya pemandu. Dia bole pandu kereta dengan cermat atau tak dan jangan lupa tanya pemandu2 yang lain yang mengunakan jalan raya.  Ia di reka untuk keselamatan anak2. Risiko kuranglah. Car seat baby ni ko kena ikat dengan seat belt kat belakang, kalau ko letak je, kereta belok kiri kanan budak sama gerak better tak payah. Sbb itu yang aku buat dulu. Hahah bodo sengalkan. Letak je, habis letak anak. Budak goyang2 jatuh. Dah tu sendiri stress ia tak mencapai objectif keselamatan.

Mungkin itu yang buat Amani lagi seriau! Hahaha



Ada jugak yang kesiankan anak tido duduk... well to me esok dah besar pun tido duduk la dalam kereta. Nak tido baring, tido kat rumah. Heheh.

Ammar lagi la nak susu badan kalau nak tido. Takkan nak ikut sangat peraturan,kan? Heheh nak susu angkat la kalau dia dah tertido kat pangkuan kita tak pa, tak jadi kesalahan pun. Biarkan dia tido kat pangku kita. Jangan buatkan atau jadikan benda2 ni sebagai satu yang berat atau menyusahkan. Bila dia bangun letak balik kat seat dia.

Anak kawan aku sampai umur 7 tahun dia  pakaikan. Hihihi aku plak tengok macam kesiannya budak tu. Sakit kot badan dia. Ko dah la tak jaga keselamatan anak ko, org lain jaga keselamatan anak dia, ko plak yang sibuk2 kesiankan budak tu. Budak tu relex je. 7 tahun dah reti cakap. Mesti dia cakap dia tak selesakan kalau dia rasa tak selesa?

Booster pulak tuk ketinggian budak 135 cm or 7 tahun. Cara pakai macam kat bawah. Tapi minah ni dia tak suke benda bersilang kat dada dia. Sakit katanya.

Poyo sungguh ai kamu!


Ini tujuan pakai tali pinggang. Jadi kalau break ke apa dia tak ke depan. Sepatutnya macam ni tapi end up malas nak layan kerenah anak terus jadi macam ni




Hihihi model GBOB anak aku ni. Hahaha... dah hari ahad je masa tuk keluar berdua. Kalau tak abak mesti ada menghantar kami ke mana2. Ni kalau break ni, harapan ke depan tu tinggi jugak. Tengok gambar ni baru la perasan.

Erm ok lah, aku hanya berkongsi je la. Sbb bila kerajaan nak kuatkuasa car seat ni mak bapak banyak yang tention. Aku pun tention jugak. Sbb kereta aku je ada benda2 ni. Kereta suami aku mana ada? Until now amani masih berdiri lagi, itu pun kalau aku ada dia takut2 sikit nak berdiri. Dengan bapak dia? Bapak dia tu kalau anak dara minta apa pun semua kasi. Semua bole. Semua tak ada hal. Pernah sekali masuk kereta Zamani hint amani

'duduk duduk, ibu marah' Eh... anak ko diri selama ni ko diam ke? Aku bising tu tak la, tapi sentap aku tu semua tak tahan kot. Hahaha...Ammar masih lagi berdiri kat belakang gaya org naik bas plak. Lagi la seriau ibu nak. Ibu plak jadi seat belt dia. Suruh duduk kat pangku aku pun dia tak nak. Bila masuk MYV je anak2 aku jadi kanak2 riang. Semua diri. Syok sangat berdiri agaknya.

Masuk Wira, semua kecut perut. Pandai bebudak ni. Amani pandai duduk elok, tunggu aku or zamani pakaikan seat belt. Ammar pun macam redha duduk kat tempat dia. Tak ada alasan sbb sblm masuk kereta aku, siap2 bagi minum susu. So tak ada sbb dia nak kuar dr tempat dia.

Apa pun bagi aku, kalau anak2 mengamuk, kita sendiri tahu anak kita macammana. Kita sendiri yang tahu macammana dan keperluan yang anak kita perlukan. Sama jugak cara pakai carrier. Ammar enjoy carrier than stroller. Letak kat stroller je memekak. Sbb dia tak nampak mak dia yang gojes ni. Macam zamani dia lebih suke letak anak kat stoller, senang nak tolak, senang anak tido katanya. Bang, baby 9 bulan duduk macam tu kat perut mak dia. Mana ada baby tido terlentang. Hahah. Melainkan amani, 9 bulan dalam perut tido duduk, lahir tido baring, dah 4 tahun ko nak suruh dia tido duduk mmg tak la kan. So ammar still new. So dia suke jalan2 lekap dengan mak dia. Bagi aku stroller agak payah. Nak tolak nak beli barang pun kena letak luar. Abang zamani selesa sbb dia biasa jaga barang. hahahaha mmg tak rasa apa la.

Ok panjang dah membebel...

Adios amigos!

XoXo


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, May 5, 2015

Bebelan malam hari...

Kisah kemalangan yg betul2 terkesan di hati... sbbnya kita ada anak. Tak bole bayangkan anak seusia itu menangung nasib di atas kecuaian org lain. Mmg dah tertulis begitu suratannya...

Macammana kalau aku dan zamani tak ada. Mcmmana nasib amani dan ammar? Mereka perlu belajar tuk berdikari di usia muda. Bagaimana mereka nak luahkan rasa rindu pada kami? Di saat mereka sedih siapa yg akan membelai memujuk dan memeluk mereka nanti?

Di saat mereka dalam kesusahan pada siapa mereka nak mengadu? Tak tergambar...

Pernah terbaca di facebook ucapan / nasihat dr seorg... yg  nasihat mereka perlu berlatih tuk tidak bergantung pada org. Di saat mereka mengantuk belajar tuk melelapkan mata. Di saat mereka sedih luahkan pada nenek or mak sedara yang ada. Mereka kena jaga mulut dan tingkah laku sbb tak mahu mendatangkan kebencian penjaga. Mereka kena belajar merawat sedih rindu dengan mengisi masa mewarna, menulis dan membaca buku.

Sedih tp itulah yg mereka akan mula lalui. Tiada ibu atau ayah yg bangun di saat mereka bangun di tengah malam.

Ya Allah... panjangkan usia aku dan suami agar dpt melihat anak2 kami membesar sama dengan kanak2 lain. Lindungi la anak2 ku.

Aku berbual dengan zamani hal ni...

Me : kesian kes kat duke tu... walaupun ajal mereka dah sampai tp sedih its end dengan perangai org yg x bertanggungjawab...

Well zamani ada pendapat yg beza.

Zamani : salah tu... habis kalau org jahat dtg tembak, nak kata ooo dah sampai seru? Than apa hukuman tuk org yg tembak tu? Kes pegawai bank yg kena tembak. Itu dah ajal dia ke. So kita tak leh jatuhkan hukuman sbb ajal org tu?

Its sadkan?

Apa la hebat club2 kete ni? Cukup la club, isi masa yg kosong dan kongsi interest yy sama. tak yah tunjuk hebat. Oii fast and furious tu pun berlakon la... ko ingat diorg semua power bawak kete?? Diorg pun pakai stun man yg org bayar juta2 sbb  x sangup or  tak berani  ambik risiko mati atau cederakan org lain. Kalau ada pun org yg macam tu yg korg nak jadikan idola diorg hanya hero yg berani kat track lumba.... pemandu F1 pun tunjuk hero kat track. Bukan atas jalan. Yg ko langgar tu bukan anak kucing. Langgar kucing pun dah rasa dosa.

Jiwa anak muda ni paham sangat la... dpt lesen nak tunjuk raja jalan. Semoga mereka2 ni dapat pengajaran yg setimpal. Nyawa bukan main2...

Monday, April 27, 2015

BB Cream Seqy Beuty

Review....

Amboi! Lately jaga muke bagai. Apa hal? 10 May ni anniversary ke 6. Motip?  Hahahah

Saje gedik sbb sblm bergelar isteri, saya seorg yang amat mementingkan kecantikkan. Cantik ke ko? Sebenarnya aku bukan kaki make up. Rasa lagi buruk kalau make up. Compare make up aku lebih selesa dan sanggup habis duit tuk alat kecantikan muke macam cream semua tu.

So terpengaruh dengan BB cream. Maaflah, org tak make up. Bila dengar BB cream ingat cream muke! Choiiii rupanya foundation. Ketingalan sudah.

Aku adalah pakai foundation, org perempuan make up harus ada yang basic. Walaupun hanya simpan kat umah. Hahaha... Lipstik pun berkurun sangat kat hanbeg. Nak beli tak jenama malu. Hihihi

'Awak pakai listip jenama apa?' tapi colek kat bibir ni bole bilang dengan jari. Sbb tu anak dara aku tak gheti nak tenyeh kat muke. Kecuali dia tengok mak su dia yang tak yakin dengan muke ciptaan Allah, still nak solek. (Mampus kena lempang dengan mereka yang make up). No! No! Aku tak ada masalah org make up, lumrahkan perempuan dan makeup tak leh pisahkan. Cume adik aku ni, Maaf gi kedai pun nak sapu bedak pakai eye liner bagai. Kedai kot.... aku tak rasa korg gi kedai nak make up betul tak? Hihihihi... kalau gi pasar malam amboi mengalah gi KLCC.  Tu yang kitaorg perli dia, hang ni gi kedai depan je kot, siapa nak tengok muke ko tu? Kalau amani tahu apa tu make up, dia belajar from mak su dia bukan mak dia. Sbb brush aku dia buat sapu meja.

Nangis tau!!!

Ok back to my review on this product. Dok terpengaruh la org cakap bagus bagai. Beli la... RM 55 ok! Sekali sampai kat tangan, asal macam foundation? Huaaaa mmg tak pakai la. Foundation akak yang RM 280 tu tak pakai sampai kejung dalam botol tu. Pakai sekali je pun. Tah mana tah. Ni nak pakai plak.

Dah terbelikan, nak sedap hati sendiri kan? pakai la. sbb beli kaler yang natural.

Erm semua cakap bagus, muke cantik, bla bla bla

Sama je muke pun. Hihihi tak ada effect pung!

Tapi!!! Tell you this BB cream adalah sangat sangat ringan. I mean yang pakai fondation biasa tu, tahu la foundation tu macammana, aku rasa leceh, berat dan kalau ko berpeluh nasib la kalau ko lap peluh pakai lengan baju. Kih kih kih ada yang buat perangai gitu ke? Habis bercapuk muke ko. Tapi seyes, tak lawa mana pun, tak flawless mana pun muke AKU! Muke Aku! Bukan muke org.  Sbb aku jeles tengok komen org bagi testi.... ke bila korang aply bb cream tu korang still kena touch up bedak compact powder tu yang korang lawa! Sbb aku? Malas... hahah lepas pakai pelembab, apply BB cream jalan gi kerja. Tak kose nak tepek2 bedak. Tu yang huduh sikit, up la jugak dr tak pakai bedakkan?

Tetiba nak ambik wuduk pun aku rasa senang. Basuh je muke, eh akak tak was was. Kalau ambik wuduk dengan foundation, adeh leceh. Tapi ni macam ko apply cream muke la. Sbb ambik wuduk ko basuh ko boleh rasa macam muke ko bersih dengan mencuci muke. Tak payah pakai make up remover. KOT? Ni aku rasa la... So org yang bukan kaki make up macam saya, sometime rasa kena juga ada 'seri' sikit bole la gune. Tak la nampak panda eye kat bawah mata, macam aku masalah malam anak berjaga tido tak cukup. Kot ada yang nak snap gambar secara tiba2 ni tak payah la nak risau muke tak siap. hihihi


Oklah bole beli la nanti sbb aku rasa benda ni tak susah. Cume tak wangi macam bedak. Siapa plak nak cium ko kan. Hihihi

Yang penting ada SPF 30.

Jaga kulit time panas2 ni.

Erm anak dah 3 baru nak jaga2 eh. Dah masuk 3 series ni macam2 rasa. Maklumlah pak encik dah nak masuk 40. Life begin at 40 lelaki ni. Tak leh amalkan sikap lebih kurang. Yer la kita iktiar je la, nak cantik macam anak dara tu tak dapat lakan! Tapi aku pelik ada je kawan2 aku sama gitu je maintain... anak diorg kuar dari mana?

Uhuhuhu... sentap bila anak sendiri tersasul panggil aku "NENEK" huaaa nenek dengan ibu amani dah tak leh nak beza ke? Kat umah dah stress, makin stress dia panggil kat shopping mall tau "NENEK" amboiiiiii

Mude belia nenek ko....

Somi senyum je. Berani la nak kata apa2!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, April 26, 2015

Product review kawaii

Dah 3 minggu mengunakan kolegen kawaii...

Time nak review this product. Aku ni jenis yg hot hot chiken shit je kalau pakai satu barang tu. Mmg akan rajin seminggu je, lepas tu ke laut la semuanya. So bila nak beli kawaii ni terpikir pikir...

Mahal wei...

Tp di sbbkan tahu akan kekurangan diri, maka ku paksa jugak. Mak aku cakap aku dah macam org tua. Badan x leh turun can not help la. Tp muke dah kusam. Mcm umur 35 tahun. Wakakakakakak.... mak u buat lawak. Chewah... aku je discount umur tu 10 tahun. Omak den kata aden mcm umur 40 an.

Baca review katanya kesan seawal 3 hari... cukup membongak la kau. Aku 3 hari tu dah kemalasan. Tp mahal punya pasal gagah malam2 minum. Perubahan?? Sampai skrg tak la akak nampak. Tp akak perasan satu je. Benda ni bagi ko tenaga... seyes betul kata duta dr halina. Sbb tu aku bole la nak yakin dengan product duta doktor dari retis ni. Takkan doktor nak membongak?

Kalau baca blog doktor halina, dia mmg mention bagi tenaga. Doktor on call tak cukup tidokan? Akak plak ada 30 hari pose nak ganti. Larat ko dah tido lambat nak bangun sahur makan? Tak la kan? Kalau ammar bangun menyusu kul 4 tu bole la teguk ayo. Kalau x mmg melalu je. Sblm tido aku minum. Alhamdulillah pose 5 hari berturut aku tak rasa aku penat. Ook may be dok goyang kaki kat opis. Jari je tekan kalkulator, so apa la sangat nak rasa penat pose. Tp ai gi solat kat surau yg 2km letaknya... jalan kaki ok... syukur penat la jugak tp tak la sampai tahap yg mengigil.

Than aku jugak ada masalah kulit kaki. Tapak kaki dah macam dawai. Jalan atas karpet ngilu oooo... kalau gesel dengan kaki abang zamani di jamin terkait la dengan bulu kaki dia. Wakaka betul uols. Selalu dia elak. Sakit agaknya. Gesel kat tilam pun bole terkait2 apa jenis tah. Puas la gosok letak lotion tak jalan. Tangan pun sensitip. Mengelupas dah macam sisip ikan dah. Tp mcm magis!!!! Semua tu ilang...i tak bohong...

Berat badan?? Hahah akak berserah la dik oii... ko dah kurang kat situ ko lebihkan la kat tempat lain. Akak yakin dengan baki pose yg 25 hari lagi tu bonus la kalau dapat turun berat badan. Hehehe...

Now aku nak cari serum kawaii. Ari tu beli dapat free sabun. Elok jugak pakai. Tak tegang bila cuci. I dont know. Aku masalah warna kulit tak ada sbb tu org tanya kulit puteh awat nak puteh lagi. Had tu tak ada jawapan. Yes dia cakap skin white tp bukan puteh je. Kalau kulit kering ilang. Gesel kaki kat somi pun dia tak melompat terkejut alrite la tu. Kan kan kan?  Than ammar pun malam tak meragam, tak yah susu fomula sebagai tambahan. Hihihi sbb now aku dah malas. Lepas dia 6 mth dia dah patut makan makanan lain sebagai support extra nutrisi.

Sekarang hobi korek sel mati kat kaki dah tak ada. Heheh betapa trruk aku rasa bila amani duduk2 minum susu dia kopek sama kulit kaki. Hahaha. Dasyat x dasyat?

Aku bukan jual kawaii... tp barang baik share apa salahnya. Cume bengang satu. Period pain kata bole hilang. Gatal sangatkan? Period pain aku mmg teruk. Tak ada beza sblm bersalin dan lepas bersalin. Baca bole ilang sengugut. Minum la...

Mmg sengugut ilang...

Period pun stop. Aisemen! Tu tak nak la. Terus tak keruan. Maka akak tak serasi tabg peyed tu. Org pompuan faham la. Ikut mana nak buang benda kotor tu. Stress jadinya.

Ok ku sudahi muke ai yg tak seberapa... hahaha... ada muke 35 tahun ke? Lalalalala

Eh aku baru 25tahun tau....

Monday, April 6, 2015

Happy Birthday My love

Selamat hari jadi...

Hari jadi yg ke 39.

Sambutan hari jadi yg ke 7 dengan bini.  Hahah... abe ingat lagi be first besday kita sambut beh? Time tu kitaorg br tunang. Kan kitaorg melekat jekan. 6 april 2009 sbb nak suprise punya hal akak telah membuat alasan pada 5th april sepanjang hari. Kah kah kah. Member bengang dr pagi call ajak kuar tak leh. Ate kata nak buat suprise tuk bakal somikan? Sampai bengang. Nak kat 12 malam abang zamani ilang sabar...

Ayat tak leh bla dia... nangis akak time tu tau. Penat ambik kek otomen pakai baju liverpool dr sepnut kat putrajaya. Tengok kek je dah nak nangis sbb cun gila!!!! Mesti abang zamani berjanji akan sehidup semati. Kah kah kah padahal ko tempah je pun kek tu. Sebut je otomen dan liverpool tp design bukan main! Macam nak letak muzium.

Oh ayat dia over the phone yg masih aku ingat sumpah x akan delete dr kotak memori sbb gegendang telinga menagkap sampai ke ati... eceh ceh

'You dah kenapa! Asal mengelak2 ni? You kalau ada jantan lain, you tengah kuar dengan jantan lain cakap! Jangan main2 macam ni?apa yg payah nak jumpa ni!!!!!'

Haaaaa nampak? Nampak tak?? Nangis ai tau. Forget dah the plan. Sbb nak bawak kek umah dia tp terus kena balik umah. Dah tu sbb ayat tu dah plak kena bg bukti kang cakap ai ada jantan lain. Kita jumpa kat BP Petrol pump yg nak menghala kat klang. Abang zamani jaga pintu masuk klang. Hahaha

Dengan aku2 tersuprise dow!

Kenangan... and all suprise sepanjang tahun cume tahun lepas dengan tahun ni suprise dah ilang. Asal muncul bila dua anak buat hal dah lupa. Hahah

Abang zamani wish list this year not to buy anything for him. Simpan duit tuk anak2 katanya. Alaaa sweet la abang sodo saya...

Mmg tak tahu nak beli apa. Erm doa je bole tak? Hihihi

Sayang, selamat hari jadi yg ke 39. Tahun depan dah 40 tahun. Omputeh kata life begin at 40kan? Semoga hala tuju mu hanya buat Allah dan memimpin kami ke jalan yg di redhai. Jangan plak tahun depan heboh nak masuk kilauan emas. Hihihi....

Sunday, April 5, 2015

Kawaii

Salam...

Terjebak dan terhasut dengan kawaii collagen. Well aku lebih percaya duta doktor dari duta retis. Sbb etika seorg doktor tu lagi tinggikan? Betul tak? Sbb aku mengikuti jugak la blog Dr Halina yg jadi duta kawaii. Set jihan musa adalah yg terbaru tp tak tahu la aku tetap prefer apa yg Dr Halina tu makan. Kalau dia promote yg set jihan akak mesti sanggup beli. Hahah nasib baik set Dr Halina ni murah.

Lepas bersalinkan Ammar, makin menjadi2 berat naik. Demmm! First suami manjakan. Asal juar offer nak makan apa. Gilakan now every morning nasi lemak wajib! Makan tengahari pun nasi! Malam pun nasi. Lagi parah kalau ibu masak. Try la tak makan. Dia ugut tak mo masak lagi sbb penat la apa la masak tak ada org makan.

Lepas tu ammar breastfeeding. Not fully but kalau sabtu and ahadkan mmg dia melekap dengan akukan. So haus dan lapar. Bila badan dah naik, mula la risau. Mesti zamani segan dengan bini gems. Tu yg tangan skrg mengadap game. Kalau luar pun jalan jauh2 gitu. Hahahahahahah

Perasaan sendiri? Mungkin la. Baik buat2 perasan dr tak perasan kang lain jadi. Dok kata ai tak kisah yang... bla bla bla... kang sangkut satu habis semua kuar.

Dulu u cantik....
Dulu i bangga kuar dengan u...

Kang kuar cerita dulu2 acam ner?

Alah benda ni bukan aku tak perasan. Ambik mudah sangat. Susah nak kurus. So akhirnya akan terkubu la niat nak cantik. Bila baca dan terpengaruh dengan kawaii... kolegen yg selamat tuk breastfeeding. So ammar x effect. Kalau effect pun dia akan bertambah puteh. Hahah. Aku nak ambik supplement pun kena tengok gak selamat tak tuk hero aku tu. Ko nak cantik anak merana.

Katanya 3 hari dah nampak berubahan. Tp dah tiga hari mcm tak ada nampak lak kesan. Kulit still mcm jalan tar depan umah. Gesel dengan kaki abang zamani korg terperanjat dia. Hahah dulu mcm kulit baby now kulit kerbau. Kih kih kih

Aku assume akan membuang tp so far tak pulak. Buang air kecik je. Tu effect ke? Kemasalan nak g toilet memalam. Mengantuk!! Banyakkan susu tak nampak lagi. Gst buat susu mahal. Maka kena cari alternative lain. So kawaii SEPATUT membanyakkan lagi susu.

Time nak beli zamani tanya 'ayang nak kurus ke?" Agaknya dia syukur sangat bini dia sedar diri. Uhuhu... ai kaber line...konon tak nak la obios bebenorkan...

'Tak la nak banyakkan susu... sian ammar.'

Haaaa dengar bini membantu dr segi ekonomi mungkin dia akan sejuk ati.

Satu botol kawaii RM 170. tp banyak jualan on line lebih murah. Postage pun tak sampai rm170. Lagi set dr halina yg ijo tu. Rm 130 pun leh dpt. Bukan satu jar tp 2 jar ok. Lepas beli Rm 170 baru la tahu member jual RM 130. Nangis.

Tp now ada fake kawaii..ada sekali mcm tak caya. Offer RM 80..

Erm muyskil. Tp beli mahal2 pun org nak tipu kena tipu gakkan?

Uols bg ai try dulu. Kalau ada perubahan ok la bole teruskan... janji aku berdisplin. Jap minum jap stop. Tu yg payah nak continue. Plus aku perlu extra vitamin. Dah berumur agak semput sikit. Lagi kerja putraheight nun.... perh penat gila rasa.

Friday, April 3, 2015

Sediakan payung sebelum hujan


Salam...

Berapa abad dah tak menulis. Kebzan yang teramat sangat. Apa kabar orang kampung? Chewah. Tah ada reader tah tidak. Tapi tak mematahkan semangat menulis. Nampak? Nampak tak ke pocoyo ku di situ.

Sblm CNY ari tu anak bujang sakit. Pada sesiapa yang tengok FB aku, tahu la mcmmana. Pertama kali ammar jadi macam tu. Napas dia bergelombang. As mak kita akan sentiasa peranoid kalau anak tu sakit. Macam amani iman jenis memekak. So ko tahu la dia sakit, tak selesa. Makan ubat pun susah. Macam Ammar Yusuf, dia lain sikit. Dia sakit pun mampu tersenyum. Hansem bangat anak ibu. Tak merengek sangat cume nak melekap kat kita. Melekap tu sbb diakan menyusu badan. Mmg sakit2 badan, tapi dia tak merengek. Raut muke dia cukup buat aku risau.

Makan tak nak, badan panas berulang ulang.

First kita bawak ke klinik pakar, tapi doctor cakap kalau sehari punya deman ni tak la merbahaya sangat. Kena tunggu 3 hari. walaweh mampu ka ko nak bertahan 3 hari. Aku risaukan pernafasan je sbb amani pun dah ada bronkitiskan? Doktor mati2 cakap ok, lung clear.

Ok! kamu doktor.

Malam tu tetap demam. Aku tak bole nak lelap. Pantang terlepas pelukan dia terjaga dan tarik baju aku. Menyusu pun touching tau. Pegang jari! Tapi malam tu batuk dia lain macam. Berkahak. Nak tunggu 3 hari?? Ke pantai la kita.

So ke ward emergency. Doktor check pun tak, terus cakap kena tahan. Lucky Ammar dah beli insurance perlindungan.

Kawan-kawan.....

Ni nak bagitahu. Penting insurance zaman ni! Pening sangat sangat. Sbb mahal! Biar pun kita ada hosp kerajaan, tapi tolong la, anak kecik tak tahu nak bercakap. Merengek pun dah cukup buat kita geram sbb tak faham apa dia nak! betul tak? Kalau korang mampu beli beg jenama, kasut berjenama, apa la salahnya simpan tuk insurance.

Well aku tahu ada yang bengang sbb bayar tak gune, duit tu macammana? Aku faham apa yang korang rasa, sbb insurance aku dah 4 tahun, guna tak lagi. Bayar je RM 200 sebulan buat apa kan? Tapi siapa tahu, malang tak berbau. Walaupun ada masa aku rasa menyesal. Bayar, tapi apa aku dapat? Baik beli ini itu. Jangan! penting bila macam ni siapa yang senang kalau bukan kita.

Aku tak anti atau pro kerajaan. Tapi hospital kerajaan kena adil. Dahulukan yang mana teruk. Ko tengok anak ko dah teruk, ada lagi yang suffer yang diorg kena dahulukan. Than service ko jangan la minta bagus. Hosp kerajaan ko buat aduan, mau doktor injek mulut ko bagi sebal. Terus terang tuk amani dan ammar mmg sebulan berhabis RM 300 tuk insurance diorg. Sakit jugak, tapi lgi sakit if i do nothing for them.

Lagi la amani dapat offer dr Prudential tuk 100% medical paid by prudential. Sbb sblm ni 90% je. So ko kena kuar minimum RM 300 to RM 1000 tuk medical yang lain prudential bayar. Tapi kali ni 100% insurance tanggung. Tapi sbb ko tak ada share saham dengan prudential maka premium tu tambah RM 50. Tak kisah la. RM 50 sekarang mana ada nilai sangatkan? For ammar pun sama, ada 100% + pruclinic. Tu pun aku rembat. Tapi pru clinik dah tak ada sekarang. Aku bernasib baik sempat berdaftar sblm aug 2014 ari tu. Dapat la insurance tanggung 2 tahun. Bebudakkan selalu sakit. Bawah 2 tahun ni lagi la. Kadang2 sesak. Bukan kadang2, selalu je nak sesak aku ni. So ada insurnce dah tak payah pikir pasal duit.

Zamani mmg tak menentang kalau apa2 pasal ni, cume akak ada sifat gopoh. Org kata tak elok mintak benda-benda buruk terjadi. Bukan meminta, tapi menyediakan payung sblm hujan. Kita menyimpan tapi mesti terpakai.

Aku bukan jual insurance, tapi kebaikan.

Time amani kos perubatan 5 hari jugak berkampung kat hosp yang sama RM 3 ribu. Bila tengok bill Ammar, rasa nak pengsan!!!



Double uols!!! RM 6 ribu.... Ammar usia 8 bulan je this time. Kalau aku bayar sebulan RM 150 ko rasa cover ke bill hosp yang RM 6k tu? Opis tak bantu yer. Saya ni bukan la kerja kat syarkat hebat2. Standart kedai runcit je. Ramai yang ambik insurance lepas anak 6 bulan. Tak tahu kenapa. Tapi aku mmg tanya habis2, syarat nak ambik insurance ni paling awal tuk baby berapa bulan? Kalau korang nak tahu ada polisi yang lindung dari dlm perut lagi, tapi aku tak layak sbb ada kes. So menurut agent insurance aku, seawal 2 minggu bagi baby...

Lepas ammar 14 hari terus je beli! Dan polisi plak hanya bermula 4 bulan. Kalau aku beli time ammar 6 bulan, mmg tak cover la jawabnya.

Kat sini, aku berkampung. Aku risau pasal amani iman kalau dia berjauhan lagi dengan aku. Siankan, mmg dia rapat dengan bapak dia. Tapi ikut mana pun dia tetap nak mak. Betulkan? Aku mintak single room. Kalau tak leh tido pun, as long ada bilik yang privacy sudah. Sbb hosp swasta, visitor bole je masuk sampai malamkan? So tak la menganggu. Yang paling syok bila bilik ada sofa dan katil extra. So berkampung la kami beramai2.



Abak chest is the best place tau! Hahah anak2 lena je tido. Sama dengan omaknya jugak satu ketika dulu. Satu ketika dulu ok!!!! Sbb sekarang berebut dengan anak2. Demmmm....

Ok mengalah.



Senang sangat ammar ni masuk drip. Nangis kejap je. Lepas tu dia pelik kenapa tangan dia gitu. Hihihih... doktor chong adalah doktor yang paling sopan. Sangat terkejut cara dia layan Ammar... macam layan kita yang dewasa. Aku confuse, dia cakap dengan ammar tu nak ammar jawab ke apa? Tapi doktorkan? Alhamdulillah Ammar tak nangis pun. Yang nangis poyo poyo kakak dia!!! Siap dia tanya

'Are you a doctor???' Banyak sangat tengok gogo the advanture. Doktor suntik mulut ko bagi sebal baru ado akal!



Aku nak share jugak pasal Young Living ni... sangat berkesan. Anak2 aku batuk and in fact aku pun kena serangan 'athma' time ni. Tido tak bole. Ko tak bole sakit sbb anak ko perlukan ko. Dah rasa aku yang sakit. Aku order kat guru besar amani. Diakan dah sekolah. Mmg membantu. Amani batuk teruk jugak. Aku risau je dua2 kena tahan ward. Baru rasa supermom, dua2 kena jaga. Tambah diri sendiri tak sihat. tetiba ai bangga atas diri aikan.

Sapu kat dada dan tapak kaki. Terus tido lena. Benda ni membantu jugak la kalau tak ammar di tahan lebih lama... sobsob

5 hari kat ward, ko rasa macammana? Amani 2 minggu miss GBOB. Konon bapak dia nak la penuh masa lapang dia. Gila bosan kot dalam sepital. Aku mmg tak kuar. Even malas nak kuar ke kaunter jumpa nurse. Aku tekan je butang panggil nurse masuk. Nak beli apa2 sms laki aku je. Namun nak tinggalkan anak tak la.Syukur jugak amani iman dah cerdik. Suruh jaga adik, pandai plak dia duduk in between adik dan bantal. Hahahah... bole la aku mandi or ke tandas. Tapi itu pun bila ammar tido. So ko bole bayangkan bosannyakan?

Tapi ko nak kisah bosan ko ke kisah anak? Since Zamani is there, dia bawak amani kuar jugak. Makan, balik basuh baju pun dia bawak amani. Fuhhh legalah kalau dia bawak amani sama. That gurl mmg nak perhatian. Dia mana la tahukan. Dia pun confuse, ibu sakit ke adik sakit? Sama je dua2 atas katil.

Zamani bawak balik art ni... well tak sesuai lagi dengan amani walaupun tulis 3 tahun. Tapi budak umur 38 tahun ni yang bersungguh buat.

Tak bole bla marah anak bila budak tu sentuh. Dah kenapa kau??





 Nampak tak ketekunannya di situ???

hihihi... belasah je la abak oiii... ku tahu kamu yang bosan. 



 Ok tak tahu nak tulis apa. Dah tersasar sangat jauhnya ni... chq di atas dr prudential. Setelah bayar bil perubatan, dapat jugak allowance bilik tuk Ammar.

Makin sayang aku pada prudential

Terpikir kalau aku masuk hosp, adui kesian anak2. Lagi2 ammar. Amani time bersalinkan ammar dia jadi fobia plak. Kali ni ammar masuk hosp, dia melekat. Kesian plak. Nak tinggalkan dengan nenek, 5 hari ooooo mmg tak la...

Beli la insurance. Walaupun cover tak besar, janji ada. Nak nak bila semua dah naik ni... ermmmm sendiri pikir la yer.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails