Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, December 8, 2015

Toran Coffee...

Mak buyung teringin tengok gambar2 ni kat fb... macam haven gitukan??



Ajak abang zamani pergi. Ecehwah konon sambut aniversary ke 7 tahun? Hahahah alasan je tu. Kebetulan.

Review kat sini... bila baca blog and komen. Semua puji makanan sini dan yg tak best service slow. Alaaa jangan la wat mak yung tertunggu. Dengan anak yg alahai super duper lasak. Anak2 aku g makan, diaorg tahu masuk kedai makan ada makanan. Meja kosong depa tak tahu nak wat apa. Tp ada makanan pun mereka tak behave pun. Hahahah...

Tengok menu harga mak aiii sangat murah. Tak la murah sangat. Compare price dengan makanan western macam chilies, vitoria station, TGI mmg separuh la. Teringin nak makan lamb chop. Dengab keadaan darurat tak kerja ni... hahahah idok la akak sanggup habis sepinggan lamp chop harga rm 50 ke rm 80... tengok masih belas ringgit.

Tp org banyak cakap service lambat. So may be that is the price u have to pay la kan.

Sekali... ko masuk kedai ni... dr pintu masuk sampai ke tempat duduk ko di layan. Ok akak suke la. Tp meja kecik sikit. Tak pa la. Kedai tu pun bukan kedai besar.

Than order. Aisyah cabonara with smoke beaf. Amani and ammar spegeti bolognise. Me and en somi lamb chop. Wahh dua pinggan baru rm 38... berbaloi.



Aisyah punya. Sedap gak. Tp aisyah cakap cream dia pekat sangat. Tp oklah not bad. Aku tak minat sangat kalau cabonara ni.



Amani punya. Abang zamani bukan pengemar spegeti tp tengok dia layan amani makan sambil2 tu masuk mulut dia gak. Hahahah... sedap la tu. Ke dia lapar sbb baru balik kerja tak makan. Huhuhuh



Our lamb chop... tell you sangat puas hati!!!! Lembut sangat ok... senang Tokak! Hahahah... isi tak melekat dengan tulang. Ai like! Bau kambing pun tak ada. Mmg layan la. Cume lebih menarik kalau hidang dengan sayur mcm brokoli rebus or coslow. Kentang dia kasar2 buat salad. Kalau mash potato layan gak... but its good. Sedap.

Tengah makan staff dia dtg tanya. Service ok ke tak. Makanan sedap ke tak? Oh service yg aku baca lambat tu nampaknya cepat. Kita dok sana order 3 minit air sampai. Within 10 to 15 min dah dpt semua makanan. Yg bestnya diorg jugak supplier tony roma's. Tp dia cakap dia tak la jual harga tu. So pada yg viral cakap tony romas tu x halal tak yah takut sbb pemilik toran coffee ni ada la melayu. Wahhh tetiba teringat eye rib kat tony romas tukan. Lembut gila.... dah! Jangan macam2. Ajar anak dlm perut tu makan makanan murah. Wahhh tak baik ko!



Layan....



Anak2 choc ais... zamani biasa teh o ais je la. Dan akak plak harap ada la sampah2 atas air macam di tunjuk tetiba ais bland biasa???

Frustnya!!! Sbb tak ada gambar dlm menu. Bila order dpt ni. Cocoa conscious...conscious sangat! Tp mak aku bilang dont judge a look ok... dah rasa ais starbuck... yg choc chip frep ke benda tu.... maaf la bukan kaki starbuck. Uhuhuhu. Tp bukan kaki starbuck pernah la ai rasa.



Total bil yg kena bayar. Kalau lain mau la ratus ratus kan?

Apa2 pun try la. Bg aku yg tak berwang ni berbaloi. My expectation on the food tak la tinggi but memenuhi la...

Bole dtg lagi. Try air yg sampah2 atas tu. Hahaha.... tp kali ni berdua. Anak2 dok umah. Uhuhuhu

posted from Bloggeroid

7 years ago...

Tak habis lagi la kenangan 7 tahun lepas yer. Fb la punya pasal ni. Asik remind apa yg jadi 7 tahun lepas. Ate? Akak teruja la kan. Gambar lama tu tah mana2 je. Bila fb mengingatkan balik... maka gedik la ai...

7 december tarikh we decide to meet bertentang mata... kira first date. Cinta kasih sayang dah ikat dulu. Memula chatting... than tukar berbual kat phone. Lepas seminggu baru geletis nak jumpa. Hehehe...

So ari ni kononnya la nak semarakkan ingatan dating dulu. Dulunya berdua! Makan pun bole bertentang mata. But no after 7 years!!!!

Asik suruh anak diam! Alahai tak senang nak makan.



Zamani marah amani... sbb?  ya Allah lately dia dah tak leh nak cakap dengan elok. Dia suke menjerit! Berlawan2 dengan si abang ammar. Ammar plak baran. Tangan kecik dia kalau mengegarkan meja makan, gegar gak la. Org lain nak makan pun x senang. Tempat dah hebat! cukup romentik! Tengok anak2??? urut dada.

Gambar tu, aku alihkan perhatian ammar.Ammar aku paksa minum sbb mulut dia tak reti diam. Dpt air diam jap. Senang nak bergambar. Huhuhu.

So this is us after 7 years. Hahahah... meriah hidup ko. Alhamdulillah....jgn kompelin.

Amani makan sesuap dua je. Lepas tu jumping tah berapa kali la... ammar plak??



Dah tak kose nak marah. Siatkan roti tu halus2... tarik roti tu, histeria bukan main! Sian plak kak long aisyah kena cubit kena tolak dengan Ammar sbb bengang...



sepatutnya aku ada 2 anak perempuan... bila tengok aisyah. Aku teringat aryssa... kalau dia hidup pasti amani lebih happy. Do everything together. Play together. Ammar is still small. Sian ammar kena pinggir. Sbb satu dia kecik lagi dan kedua dia boy. Selalu kena halau dengan kakak2. Hihihihi.

U know girls.... bercerita. Create permainan ikut imiginasi... main mak mak. Main make up make up. Amani susah nak sikat rambut. Tp bila kak long ada, kak long suke make over amani. Pastu amani akan tanya

Do i look like princess??

Ibu chantik tak amani??

You know that kind of imiginasi. So as mak nak gelak pun ada. But sedapkan ati anak2... lawanya anak ibu...

Tp tumpang rindu dan angan2 itu dengan kak long aisyah je...



Wajah2 kesayangan hamba....



Our candalite dinner yg tak berapa nak romentik. Sedang nak selfie laki bini tetiba ammar tepis phone aku... adoi slumber plak tepuk tangan. Sakit plak ati kita. Yg amani dan aisyah gelakkan aku sbb terlepas phone dr tangan. Lucu sangat la kejadian tu. Ammar bila tengok lawak dia menjadi, sbb kakak2 gelak, dia nak ulang tayang balik la apa dia buat tu.

Sudahnya dia mengamuk bila aku simpan phone dalam beg. So faham la aku dengan zamani kurang bergambar berdua yer. Anak2 selalu envy dengan ibu...



This is us... after our 7year first date dulu...

Sila la katakan sweet. Sbb bukan mudah nak bergambar. Di belakang tabir anak2 ya Allah.... pitam! tak leh duduk diam sorg2...



Anak dara aku ni susah makan. Tp senang sangat kalau bab air batu. Macam kacang dia makan.

Sebijik perangai mak dia. Hahaha



Kak long pun terjebak...

Malam yg memenatkan. Kalau 7 tahun lepas balik rumah tersenyum2. Teringat perbuatan2 romentik en somi. Belai rambut ( first date rambut sehelai dua tertutup mata tolong selakkan) baru jumpakan... kang terkejut plak apahal sentuh2 ni. Tangan pun gesel je tak berani sentuh. Geselan tangan tu la buat ko angau... alaaaaa awat dia tak pegang ( u know what i mean, angau)... first time gak la pintu kereta di bukak. Layanan macam princess la.... tip top. Mau balik tak tersengeh2. Tido pun tak lena. Silap2 nak jumpa lagi. Anyway time tu dah jumpa pun ,nak balik, kereta belum hilang pandangan dah call. Wakakaka...

I dah rindu you... bla bla bla.. siap teman berbual dlm phone bukan sampai rumah yer. Sampai dia tarik selimut kat umah dia. Punya dasyat....

Sayang... i nak tido... good nite...

Good nite tu dah sampai ke good morning!!!

Adoi menaip sambil tersenyum.

Lepas 7 tahun? First today amani first time minta tido umah tok dia. So aku tak leh tido sbb first time anak tak ada. So sbb tu wat entry. Hihihi. Second kalau amani ada sekali pun aku rasa sampai2 umah je dah cari katil. Jangan pikir aku nak pasang candle aroma terapi bagai nak menghangatkan malam. Tp nak tido terus. Hahahah

Sejam kat kedai makan control anak macam control apa je. Keadaan aku yg 33 mingu ni tak larat der nak layan kerenah anak. Kerenah bapak sabor2. Hahahahaha. Itu kita cerita belakang. Lucky ammar masuk kete tido... sampai umah terus bawak naik bilik, terus baring.

Adoi la... dalam tempoh 7 tahun... macam2 kan... cepat je masa berlalukan uols?
posted from Bloggeroid

Thursday, December 3, 2015

Tutup kilang

Semalam check up dan dapatkan tarikh tuk cser. Alhamdulillah dan insya Allah kalau tak ada apa2 12 Jan 2016 bersalin. Dpt 11 jan cantik sikit tarikh tukan? 111116... tp 121116

Isnin putrajaya tak buat cser rasanya. Ada pun emergency cases. Macam amani dulu monday since sunday masuk sbb emergency.



So semalam bole plak abang zamani korg tertido kat tempat menunggu. Suruh dia temankan sbb tahu sangat nak cser ni nak kebenaran suami. Tp pura2 cakap suami tak pergi.

Baby elok je kedudukan ari tu kepala di bawah tetiba semalam melintang. Gasak la nak. Janji ko selesa dlm tu. Pening eh kepala kat bawah. Hihihi.

Than semalam juga doktor tanya sama ada aku setuju nak ikat iaitu tutup kilang. Tak bole megandung lagi lepas ni. Erm ada pilihan lain ke? Sbb kalau mengandung akan memudaratkan bahaya pada diri sendiri dan baby. Rahim tak kuat. So aku tanya doktor masih ada peluang ke mengandung?berapa peratus la yg bole mengandung? Dia cakap bole! Ha?? Habis tu kenapa nak kena ikat bagai kalau bole mengandung

Peraturan adalah 0.01% katanya. Itu adalah ketentuan Allah. Tp puan tak perlu gune apa2 pun alat perancang.

Confuse di situ... tak bole mengandung... ikat adalah cara yg tak akan mengandung tp ada 0.01 percent peluang. Dan tak perlu apa2 alat perancang.

Ko faham?

Heheheh blur blur pun aku angguk faham jr la. Dulu diorg ikat. Ada posibblities ikatan kat tiup tu terbukak katanya. Tp now diorg potong terus tempat persenyawaan.

Jujurnya aku rasa sedih. As perempuan tentu aje la aku nak anak lagi. (Amboi tak sedar diri) 2 ni pun lintang pukang. And by age 35 saya tak bole nak mengandubg lagi. Bersyukur la kan, ada yg tak di beri kesempatan walaupun mencuba bertahun2. Mesti la kita rasa sedih lagi2 kalau suami yg nak anak. Lelaki ni kang wat alasan macam2 plak. Time anak dah beso2 tetiba dia nak anak kecik. Cam no? By now zamani cakap ok dia faham. Dia ok... dia tak kisah. Esok esok plak?

Ppl change... erm....

posted from Bloggeroid

Monday, November 30, 2015

Biggest fan!



7 tahun... ini la stalker yg paling lama. Zamani ni tak tunjuk cemburunya. Macam aku cakap la.

My life plak sibuk dengan sosial network. Bukan seorg yg sangat suke sosial tp aku gila network. Tak leh aku tanpa blog, fb ni... tp since 29 november 2008, i tell uols... kalau abang zamani tahu je apa sahaja sosial network yg aku bukak. Dia sure bukak account..tetiba jadi follower.

Hahahaha...............

Ai is tak kisah... i lagi suke. Tak payah nak paksa2. Dia sure bukak account tu walaupun tak la active mana.

Hehehe.... sbb tu aku cakap dia biggest stalker aku. Senang, aku pun tak ada sorok2. Bukan la puji diri sendiri. Tp mmg suke share my life. Tak kisah la org suke or org cop aku menjaja kisah diri sendiri. Sblm kawin i share my single life. My life and my family...

Than kawin most of time my story pasal zamani. Agree awal tu mmg ramai tak suke. Poyo macam aku je ada laki. But aku nak abadikan cerita tu sendiri. Tuk tatapan diri sendiri.

Sbb tu aku tak perlu nak report apa2 kat somi. Dia tak suke dia bole je tegur. Anyway now most pasal anak2...

Cume mmg lepas kawin ni penulisan banyak di tapis. Dulu aku tulis ikut apa aku nak tulis. Hahaha

Lama2 kita matangkan?

Kalau aku tak ada satu hari nanti, harap2 anak2 bole baca kisah mak dia tuk lepaska rindu...

Siapa tahukan?? 😟😰😩
posted from Bloggeroid

Saturday, November 28, 2015

November 2008 to remember

Amboi ber ber kaukan... hahaha... tak pernah rasanya teruja on how we meet. Cume tahun ni akak gedik sikit. Diam diam dah 7 tahun we know each other. Org kata jodo tu rahsia Allah. Mana tau kalau dah tertulis jodo kaukan, lambat laun bila tiba masanya kau kawin jua. Hihihi

Bila pikir balik cara pertemuan kami kelako pun ada. Tp Allah permudahkan all the way sampai kawin. Punya banyak pilihan yg mendatang to be with zamani la paling senang. Tell you kita tak pernah gaduh ( mungkin perkenalan kita singkatkan so tak ada masa nak gaduh hahah). We respect each other. And aku senang dengan dia. Sbb dia bukan type cemburu buta. Dia tak pernah kongkong. Ko tak leh wat ni. Kau tak leh wat tu. And he always there when ever i need him. Senang... tak ada nak sembunyi2. Kalau nak minta teman g mana2 dia on. Haha tak yah minta kebenaran mak or takut mak nampak bagai. Kih kih kih

Tp seyes. Zamani yg aku kenal bukan jenis cemburu. Mungkin tak ada benda yg dia nak cemburukan kot? Mcm komen kawan aku on status aku kat fb, tak pernah rasa suami cemburu.



Aku dah bosan dengan relationship yg control kot. Rimas! Ini salah itu salah... kuar pun ada kod etika baju... uhhh mak den pun tak inspek mcm tu teruk.

Ekceli perkenalan kami mmg rancangan org tengah. But its only happen few month after rancangan perkenalan tu gagal. Kawan yg kenalkan kata zamani lonely. Dia kena org lain to forget awek dia time tu. Eh ingat ai ni apa?? Dah la nama Ana Norzamani. Hahaha mati2 aku ingat gabungan nama dia dengan ex dia. Kat chating Anazamani ( tak silap la)

What the hack! Rasa tak tanya pun time tu. Buget lelaki cinta mati ni payah. Tak sesuai ok.

Than perkenalan tu mmg tak jadi. Few month mmg senyap. And selalunya my account ym di control oleh my ex. Mamat tu cemburu tahap dewa. Asal nampak nick name mencurigakan delete! Ahak.

Asal x delete nama zamani? Sbb ada nama Ana la. Hahaha nampak tak kejodohan di situ?? But aku pun tak kisah sangat. Until one day dia tegur kat ym. Selalu tak layan. Tp kebetulan tengah di landa badai cinta lama. Abang zamani jadi advisor. Org matang ni nasihat dia lain. Baru ku tahu nama dia AnaNorzamani. Bila tahu itu nama IC i pun apa lagi bole la layan.

Bila kita layan... maka hati kita berbelah bagi. Aku plak bercinta dengan anak ikan. Hahaha umuq 5 tahun beza. Plus kononnya dia ada keturunan yg dia kena kawin sama taraf. Umur akak that time nak senja dik... imagine 3 year desak kawin. Hahah age aku 27 time tu budak tu 22. Ko rasa? Macam2 la cerita. I know its impossible la tp sajer mendesak. Hihihi korg tak tahi betapa stressnya tak kawin bila umur meningkat.

So zamani datang tepat masanya. We chat every day. Yg sweet dia akan email me every morning. So mcm dah berlaku kecurangan di situ. Hahaha. Me personally da tangkap cinta ni. Tp sebagai perempuan yg setia laaaaa konon. Nak bla macam tu je rasa bersalah.

Zamani gv his number. Tp dia tak minta number aku. Ekceli that time la. Aku mmg reject lelaki yg force nak phone num dan paksa2 ni. Dia bg number dia dan cakap 'kalau u need someone to talk to, im there for you'

Tp sbb prinsip jilaka tukan. Kang call nampak gedik. Tahan la. He continue sent me email yg buat akak berbunga. Hoi first time selingkuh ok. Tak pernah2 akh wat hal. Hahaha so i maafkan boiperen2 yg curang dengan ai. Sbb when you meet someone better gi jahanam la dengan yg lama. Hahaha

Tp my ex that time tak nak lepaskan aku. Ewah. Dia cakap dia akan bgtahu mak dia so kira jadi la mak dia merisik. Wah bagaikan peluang tu tertutup tuk zamani. Punya aku kemaruk nak kawin. Mana nak pilih? Org yg ko baru kenal or dengan someone you know for 3 year. Tp hati dah tak ada.

Siapa tgk istanbul aku dtg? I feeling lisa surihani la time nak pilih antara bento dan tomok tu. Wakakak... faham x situasi tu macammana? When you love someone u just kenal sbb u know he is the right for you. Kalau ada pun sayang pada ex tu just because korg da lama.

Zamani promise me one thing....

That dia akan masuk meminang terus. Haaa time tu kita jumpa pun x pernah. Phone tak ada vedio call pun. Kita exchange gambo je. And decide on raya haji time tu december. Dia balik shah alam dan kita jumpa.

Org lain jumpa dulu baru decide. Penah aku tanya kalau la aku tak sama dan bukan mcm gambar2 yg aku bg?? Kononnya dia bole terima. Hahah mmg la bole ko folo belog aku. Cer ai jahat. Hahah

Nothing to lose pun kan?

Alhamdulillah our first date mmg berjalan dengan baik. Penerimaan dengan hati terbuka. Tak ada penyesalan....



Dia suke sent mms (time tu la kan) gambar2 dia... ni buget hansem. Hahahah report kononnya nak keluar kenduri kawan opis nikah. Eceh ceh.... ai temankan dia dlm phone. Dr uma sampai la destinasinya. Gila melambak bill aku time tu. Kih kih kih



Gambar ambik angin kononnya... rehat jap merokok lepas stress kerja....



Paling tak leh bla... ayang... b boring... jom keluar. Hahahaha muke habis manja la konon.

Adoi la hai. Sweetkan masa bercinta?? Few yg aku ingat la.

Diam tak diamkan? 7 years... 4 kids.

Alhamdulillah. Dia terima kekurangan aku dan aku menerima kekurangan dia. Dan dugaan demi dugaan juga kita tempuh. Harap ianya berkekalan selamanya.



Ok bukan la apa sangatkan cerita ni... tp sajer je nak ingat kembali. At least masih ingat lagi la kan?



Us... after 7 years...

Dah tuo dah aiii....

#november2008toremember

Hashtag tak leh bla! History la sangat!

posted from Bloggeroid

Thursday, November 19, 2015

Genap terpisah 6 tahun



19 November 2009....

Kami terpisah buat selamanya... Al-fatihah
Tapi memori itu tetap di hati.

Bidadari ibu tentu saja kamu gembira bersama sang penciptamu... jika kamu bersama ibu belum tentu ibu bole mendidik dan membawa kamu ke syurga. Belum tentu ibu bole mendidik kamu dengan sempurna. Belum tentu kamu ibu tempatkan di syurga di sisi Allah sbb ibu sendiri masih kurang dalam didikan islam.

Tp rancangan Allah itu indah...

Al-fatihah....

posted from Bloggeroid

Sunday, November 15, 2015

Syurga ibu

Semalam (sabtu) aku ajak zamani melawat kubur Aryssa bersama dengan Amani dan Ammar. Since ada Ammar mmg tak pergi menjenguk kubur sbb yer la budakkan. Takut jugak sbb kata org tua kena tegur ke apa. Satu lagi kawasan kubur Aryssa terlalu banyak nyamuk ades. Sekejap kat situ habis muke ammar kena gigit.

Alhamdulilla aku dapat bawak Amani dan Ammar ke kubur kakak dia. Amani, ni kali ke 4 dia ke sini. Dan ammar first time.

Amani banyak sangat mulut. Sampai2 je dia ajak aku buat sand castle. Than tiba kat kubur kakak dia, dia bebel batu kat kubur kecik la tak ada flower la... yg ammar plak yer terlebih rajin sampai ke kubur sebelah dia nak kepoh.

Anyway aku snap gambar tuk kenangan aku sendiri. Alhamdulillah amani dan ammar dpt ke sini.



Amani yg sibuk bersihkan kubur...



Bising kubur kakak tak ada flower. Dia nak pacak daun.



Si ammar asik senyum je... seronok plak dia dengan batu2 atas kubur kakak dia tu





Dah siram kubur kakak nak siram kubur sebelah plak. Hehehe





Kak aryssa... saya Muhammad Ammar yusuf... adik akak yg nom 3... nanti lepas ibu bersalin dan adik baby dah besar sikit kami lawat akak lagi yer...

Bulan november adalah bulan pemergian arwah. Ni tahun ke 6... kalau dia ada usia dia dah 6 tahun.

Kalau............

AL FATIHAH

posted from Bloggeroid

Persediaan org baru

Salam...

Adoiyai! Anak nak masuk 3 dah tp bila time2 macam ni masih lagi tak tahu nak buat apa. Tak tahu barang yang perlu di sediakan.

Aku dah mula beli baju org baru sikit2. Memula niat sepasang dua. Dah nampak murah2 sedap plak main ambik je. Hahahaha. Baju2 lama ammar masih lagi dalam kotak. Tak kuarkan pun lagi. Now aku dah 29 minggu. Minggu depan 30 weeks already. Tinggal 8 minggu which is 2 month je lagi. Harap2 jangan la prem. Ikut hati mmg suke la. Cepat la bersalin awal tp pikir balik jangan mengarut sangat. Sian kat baby prem ni. Nanti diri sendiri susah. Janji baby sihatkan.

Dalam sibuk sediakan barang org baru, ekceli baju je aku beli. Tak siap apa pun sangat. Aku tak readykan beg aku. Time amani dulu dia 35 week. Tak ready apa2 pun. Sekali air ketuban liking ambik ko! Mengelabah main bagi list kat mak siapkan.

Time ammar mmg get ready sbb tahu date.

Yg ni relex lagi. Hari ni baru la nak get ready all thing. Abang zamani suruh beli almari baby macam kakak and abang. Bilik bawah ni mmg bilik baju anak2. Tambah almari lagi. Oh nooo. Tp betul kalau aku kuarkan barang2 baby ammar, mana nak sumbat. Tp nak mengemas tu. Adoi laaaa



List barang baby and mother.

Aku buat cermin mata. Now pakai lense all time. Jangan cakap sok nak bersalin and bersalin ko ada masa plak nak jolok2 mata. So siapkan awal2 spek.



Barut ammar masih lagi elok. Tp org tua cakap syarat tuk org baru kena ada. Beli jauh dr melaka.dulu time ammar aku tempah. Tp kali ni nak tempat sepasang dua macam x berbaloi. Than beli dr akak ni. Dia jual macam2 jenis barut. 6 helai RM 45. Barut bole campur2. Barut gabtung. Barut zap dan tali. Elok la ai campur2. Barut gantung tu mak aku cakap susah nak cari. Barut tu pakai budak 6 bulan ke atas. Hahaha aku anak2 sebulan dua je pajai masuk 3 bulan tak kose.



Tak tahu nak tunggu ekspo baby. Macam tak larat jer. Jusco mahal!!!

QQ baby shop mmg baju murah2. Rompas RM 5 satu. Ko rasa?



Hasil rembatan semalam. Bole la rompas tuk baby. Mengila. Rajin tak rajin ko nak cari and pilih je. Kaki tak berapa nak kuat. Nak cari saiz new born tu kena kuat semangat. Hahahah. Sbb letak banyak saiz kena pilih2. Bila ko dah hujung2 trimester kemalasan berganda. Kalau ada kerusi akak sanggup je duduk cari. Tp apakan daya.... haizzzz

Now nak cari baju sejuk.

Nak cari stokin

Nak cari seluar kecik yg baru... gila ngilu cser kot. Seluar yg kecik dalam tu kena besar2 supaya tak lekat kat luka. Bukan lekatla tak la ketat ganggu luka.

Bengkung modern aku tah mana. Confident sangat 2 or 3 year lagi menambah. Tak sangka sepantas ni. Maka kena gali tempat2 cari bengkung.

Nursing bra... ada lagi tapi hehehe peluang cari alasa beli lagi. Uhuhuhu

Kain batik erm macam x membantu sbb aku x tahu ikat. Macam nak cari skrit panjang. Tp kena beli la tu kan... hahahah... takut jugakkan getah kat pinggang. Sat lagi ganggu luka!!! Luka ku bukan luka mu.. hehehe...

Tp kalau pakai kain batik pun lawak gak. Bila bangun memanjang nak londeh. Hehehe... paling tak sesuai bila nak discharge. Walaupun duduk kat wheelchair nak masuk kete. Hahaha... aku pk kain terlucut je. Kalau terlucut ai wat wat pengsan ler. Hehehe.... pengajaran pakai seluar or jubah je.

Ok sendiri tulis sendiri noted yer.

Oklah nak start packing sikit2. Walaupun dua bulan lagi.

posted from Bloggeroid

Friday, November 13, 2015

Gov vs swasta

Gaduh!

Hihihi tak la... menarik satu yg aku nak kongsikan di blog. Aku tulis status pasal gundah hati nak bersalin kat hosp putrajaya. Hihihi masih lagi seriau pasal bersalinkan ammar. And kali ni pun cser. Kurang2 4 or 5 hari kat hosp. Asal buget lama sangat? Admited one day. Cser take 3 dayskan? Itu pun kalau ko ikut plan yg doktor bagi. Kalau ada kes kes emergency diorg akan delay plan cser ko.

Apa yg buat aku susah ati, anak2. Hosp putrajaya tak bole masuk budam bawak 12 tahun. Rindu kat amani Allah je tahu. Ni berpisah sementara dengan amani dan ammar lagi. Adoi cerita pasal anak2 sedih. Tak biasa berjauhan lama2, bila kenang tak jumpa diorg. Susah ati. Ok tak nak emo. Kang baby rasa dia memyusahkam ke dua org tuanya. Hati anak2 semua kena jaga.

Jadi ramai gak salah faham. Aku letak status tu takut jugak. Tp ramai tegur tak ada beza swasta dan kerajaan sakit sama.

Siapa cakap? Hahaha. Yer la ko bayar ribu2 haruslah. Sakit sama tp swasta layan ko setanding bayaran. Lepas cser rehat sampai la ko discharge. Anak tak cukup minum tak ada hal dengan susu formula. Malam anak nangis? Nurse ambik letak nursery. Tp bg yg tak pernah bersalin gov. Meh la aku kongsi.

Ada baik buruk bg aku. Bila sakit kita akan cakap tak patut bla bla bla. Tp bila ko dah baik sebenarnya pengalaman tu sangat berharga dan kau akan berterima kasih. Hosp gov lain tak tahu. Ada kawan cakap nurse perihatin dan banyak membantu. But ni pengalaman aku. Dr amani ke ammar. Time Amani, aku keluar dr bilik bedah je masuk ward terus nurse suruh brestfeed (bf) anak. I tak ambik epidural yer. Kuar ward je bius habis da. Lagi anak sulung. Susu tak kuar nurse picit2 puting bagi air keluar. Baju pun aku tak pakai lagi ok.

Ammar lagi dasyat. Kuar dr perut terus lap2 letak atas badan tuk menyusu. Perut ai tak seal lagi. Hahaha

Tp ko leka la layan anak. Aku rasa ammar rimas mulutvdia penuh air lagi tp di paksa minum. Sampai ke ward. Diorg ambik ammar tuk test dan injectiom sahaja.

8 jam lepas operate ibu temankan. Sian nenek tak tido. Aku time ammar pakai mofin so macam org lalok la. Anak2 aku mmg jenis nak peluk. Mungkin rasa lebih panas. Dlm keadaan kau lepas di bedah bukan mudah ye nak jaga anak. Aku plak jenis tak tahan sakit. Pernah aku tekan butang minta bantuan nurse ambikkan pampers dlm almari. Kau tahu nurse sound 'puan lepas ni buat sendiri yer. Kena gerak banyak supaya luka cepat sembuh' sentap tak??

Hello akak bayar gak tau. Bukan seringgit bukan dua ringgit tapi seribu lebih. Hihihi yer la murah la cser kerajaan dr swasta.

Lena ko tido. Sbb tu aku selalu perhatikan siapa bersalin lat swasta hari ke empat balik umah hari ke 7 dah bawak anak jalan2 play ground. Hahahah. Kawan den siap basuh bilik ayo.

Seriau der. Akak 2 minggu pun tak baik2. Punya nurse habaq jalan luka cepat sembuh. Yer saya setuju tp mungkin rehat kena cukup. Tang anak aku malam dua2 menyusu..baru nak lelap kot. Bangun duduk buat tempat luka tu sakit.

Tp apa pun macam aku cakap. Sebaik mana swasta aku rasa selamat dengan kerajaan lagi sbb diorg check betul2. Swata nak check betul2 tambah dan sediakan duit la kan. Kerajaan ko jangan banyak bunyi je la. Buka ko sorg je yg pakai service diorg kan?



Anyway td beli sikit barang org baru. Takut tapi teruja. Takut sbb macam aryssa dulu. Excited beli baju2 end up?

Harap2 kali ni semua urusan di permudahkan. Dan aki harap sangat ammar bole bawak diri. Tengok dia sekarang risau rasa. Dulu usia kakak 2 tahun lebih ni ammar baru setahun lebih. Mana dia nak faham. Aku masuk toilet pun dia nangis macam aku bole lari ikut lubang tandas je. Hahahah

posted from Bloggeroid

Ragam anak2


Kata orang la kan... mendidik anak biar bersederhana. Tp ramai yg berpendapat biar kita ajar anak erti kesusahan dari pada kita mewahkan diorg. Takut2 akan jadi anak ku sazali plak. Tapi kalau kita berkerja apa salahnya. Kita kerja pun untuk siapakan? Cume penuhi apa anak nak terlampau2 sangat pun menjadi kesalahan juga. Takut bila kita jatuh diorg tak dpt apa diorg nak jadi masalah pada kita.

Macam aku dan adik2 plak terus terang mmg tak di manjakan dengan barang. Sbb ayah je kerja sorg. Mmg ayah takkan layan permintaan2 mengarut. Nak barbie ke. Nak princess ke... mmg tak. Ibu tak kerja tp kalau anak2 nak sesuatu dia usahakan jugak. *lap air mata*

So aku dpt rasa sedikit kemewahan dr mak cik aku. Adik bongsu ibu. Tp bukan minta je dpt. Mak cu mmg time tu dah berkerja dan dia banyak penuhi keinginan anak2 buah. Tp kena tunjuk result. Hehehe so berlumba2 la time exam. Bila ada 'A' je dah cukup tunjuk tuk dpt habuan. That how i learn to get something i want.

Sampai sekarang. Kerja tuk dpt apa aku nak. Walaupun ada somi tp dia bukan mesin atm. Nak minta. Asal minta je dpt. Sbb aku mmg tak reti nak minta minta. Beza kalau duit sendiri.

Bulan lepas i get my salary as part time. So berapa la sangat. Full amount pun half of full salary. Org cakap sekadar lepas komitment bulanan dah cukup. Bila bawak amani jalan2. Dia tetiba masuk toy r us. Mmg selalunya kita elak2 masuk kedai tu. Menyesal plak time ada duit kita halang2. Time cukup2 ni baru la nak benarkan. Macam masuk dunia khayalan dia mencari barang baru. Dlm hati kalau takat ko beli barang bawah rm 50 dah alhamdulillah. Sekali pusing2 dia berkenan satu mainan. Yg aku rasa tak berbaloi la nak beli.

Tp amani menangis bila aku tarik dia ke tempat lain. Dia lari balik ke tempat tu. Sedih plak. Dengan muke tak bersalah dia tu. Tak beli takut plk dia sedih. U know la being rejected sedih macammana. Tengok balik mainan tu, sumpah aku mmg rasa bazir. Mainan yg ajar bebudak shopping je. Hahaha



Amani punya excited....

Aku tak nak amani rasa terasing. Anak2 seusia dia mmg banyak keinginan. Lagi2 sekolah. Tengok kawan ada dia pun mesti nak. Lagi pun apa yg amani nak ni bukan kartun ke apa. Aku pun pelik. Mana dia belajar?? Mesti dr sekolah.

Satu lagi apa yg aku belajar dr fidah. Dia tu berwang. Hahah so aku belajar sesuatu dr dia. Awalnya aku tak agree cara dia manjakan anak dia. Tell me apa yg rayyan tu tak ada? All he got. Kalau rayyan impress mak dia tu je, pujuk sikit je da dpt apa dia nak. Mmg aku tak sokong. Barang mainan dia hari2 kot dpt. Tp bila rayyan dah usia 6 tahun. Dia tak heran mainan. So g umah org pun tak la jakun. Tp below 6 yes! Nampak mainan macam apa je. And aku rasa rayyan dah lalui zaman kanak2 yg di mana he get what he want until dia pun rasa cukup. Now dia sendiri beralih pada benda2 education. He like arts. Books... you see?

Perkara yang menakutkan aku ialah bila anak aku g umah org main sampai mainan org rosak. Oh seram. Benda murah leh ganti. Mahal? Aku suruh zamani jual bulu kaki dia. Hahaha

Ada jugak budak yg pasif. Kesian sangat. Kawan2, sepupu main dia one side tengok. Di ajar tuk jangan pegang barang org tp dia sendiri tak dpt. Macammana tu? Kita ajar anak kita jangan pegang barang org. Tp bersyarat la kita kena sediakan dia mainan supaya dia tak kacau org punya.

I dont know its work or not. Tp pengalaman diri sendiri. Aku sering jeles dengan kawan2 yg ada macam2 kat sekolah. Tp aku di ajar juga untuk tak sentuh barang org. Tp aku syukur aku ada cozen yg sayang aku as sister sbb dia anak bongsu. So what ever mainan yg dia beli always get extra dan untungnya saya.

So bila org cakap aku manjakan anak. Aku tak kisah sbb aku dah laluinya. Sedih. Kita nak tp tak tahu macammana nak dptkan. Time aku ayah jr kerja dah tu mmg mainan2 ni dia tak layan. Ibu tak kerja. So aku bayangkan amani dan ammar. Ibu abak kerja. But apa aku nak tak dpt.

Ok mungkin cara kita membesar adalah berlainan. Setiap mak ayah ada point sendiri. Tp me and zamani syukur sbb kita membesar dlm situasi sama. Hahaha nak sesuatu tak dpt. Kah kah kah. So bila dah kawin ada anak we dont want our kids rasa apa kita rasa. So far amani tak la meminta2. Itu syukur la. Sbb dia ada minat obses barang yg dia suke je.





Kecik2 tu RM 29.90

Apa kebenda tu nak oii... nasib baik point toy r us ada 300 point. Rebate RM 10 hahahah so RM 19.90

Memula dia ambik mainan tu yg harge RM 60 ok. Kose mak.

Ada gak cakap nasib baik x ada anak perempuan. Yer la perempuankan banyak nak pakai duit shopping bagai. Hehehe... oii anak lelaki ko jangan duga. Mainan anak perempuan ko bole dpt bawah RM 50. Anak jantan mainan ratus oiii... kalau gila robot botak kepala kau!

Aku doa ammar jangan la gitu. Sblm tu baik mak simpan duiy banyak2. Beli setahun sekali je. Hahaha.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails