Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, February 3, 2016

Sharing.

Salam

Susah sebenarnya nak ajar anak untuk sharing. Lagi2 amani. Lama sangat manjakan? Kalau dia main ipad, ammar jeling tengok pun dia tak kasi. Aku geram sebenarnya. Tp dua2 pun anak. Baru aku tahu apa mak aku rasa. Hahaha.

Bukan ipad la. Apa pun mainan amani jangan harap la dia nak kongsi. Kalau beli benda sama dengan ammar, dua2 jadi barang dia. Beli asing sat lagi berkenan dengan mainan adik, melalak2 minta tukar.

Benci kalau itu jadi. Puas ajar. Beli tab tuk ammar pun sbb tak sanggup ammar nangis tiap kali usha ipad amani. Mmg tak nak kenalkan ammar dengan gajet. Tp kita decide when ammar dah mula faham. Kang lain plak. Dr nak didik tak nak main gajet timbul isu ibu and abak pilih kasih plak.

Tp bebudak ni, itu yg kakak nak itu yg adik berkenan. Apa adik berkenan itu kakak berkenan. Normal la tu.

So hari ni aku tengok amani kecik je. Hahaha cari pasal dengan anak sendiri. Dr petang tadi dia tak kasi ammar tengok apa dia main. Sian budak tu jalan belakang je kot dah kena. Geram plak aku. Ammar plak manja. Adoi nangis je la kerjanya.

Bila bateri habis sian ammar ambik ipad kakak suruh bukak. Sambung nangis bila cakap bateri tak ada dia beria ia suruh bukak jugak.

So bg dia tap dia. Tetiba kakak pandai plak dtg. Pandai minta adik share ok!!!



Ammar relex tp aku yg over. Hahaha....

Ha buat apa tengok??? Gi la sana! Its ammar's tab ok! Remember that!

Amani faham la. Kedekut sangat. Adik tu tak tahu nak control pun game ke apa. Dia tak reti apa pun. So redha la kakak tu control



Mak yg emosi. Macammana la anak nak belajar kongsi and mengalah??

Aku geram. Sbb cakap tu dengar tak dengar je. Tak leh la barang ko barang aku. Barang aku barang akukan?

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 2, 2016

My girl....

Pagi ni dapat video dr teacher sekolah amani. Bukan mak dia je risau tp teacher kat sekolah dia pun looking forward to see any of her improvement.

Buat kerja sekolah tak nak....nangis macam kena rejam je.

Amani akan sebut 'tak nak takut... takut' she will keep saying that without any reason. Takut apa tak tahu. Mak dia, dia tak takut plak. Geram lak jadinya.

But zamani selalu ingatkan aku that amani is special. Kena banyak bersabar dengan amani sbb dia bukan macam budak2 biasa. Her level confident it not like normal kids. We know it lama dah. Tp as ibu, aku bukan ibu yg perfect. Kadang2 tahap kesabaran aku di uji dengan perangai amani. Like ammar dia lain. Nakal tapi bila kita marah or cakap baik2 dengan dia, dia bole faham. Cume lately ammar dah mula ikut perangai amani. Maybe dia rasa bila amani mengamuk2 kita turutkan so he become like that. Payah betul.



Video yg teacher sekolah dia ambil. Dia bole bangun dan baca alif, ba, ta....

Ingat tak aktiviti yg kat gbob? Introduce myself? Haram sampai dah tahun 2 pun segan2. Berani gi depan tapi bila nak cakap tak kuar suara. Hahaha

Anyway baby... ibu bangga dengan kamu. Kipidap nak

posted from Bloggeroid

Saturday, January 30, 2016

Dugaan

salam...

since last week satu rumah di landa penyakit. Mula dengan Zamani... than ayah... lepas tu ammar... than amani dan nenek. Bila si kecik dua org sakit tentu je aku jadi risau. zamani dah tiga minggu attendance kerja tak cantik. time aku maternity dia cuti seminggu. than start kerja the second week MC plak. elok dia baik ambik cuti lagi jaga anak.

Dan apa yg merisaukan ialah Aiman. Ammar suke sangat cium adik. Tp sbb sakit aku kena halang. Bawak aiman lari sana sini.

hari khamis amani ammar serentak demam. selalu makan ubat terus ok tp sampaikan dah masuk ubat kat muntut pun 4 jam panas tahap 39 deg. maka laki bini berjaga. Span badan anak2 dengan air sejuk. sian Aiman. Nasib baik dia jenis tak kisah. Hahaha sesuai la nama tu kan? Aiman jaga malam. kalau pagi tu senang la nak jaga dua org ni. Tp malam tu budak2 lena tido kul 3 pagi. masuk bilik butang mata si Aiman. Time dia berjaga. bole pitam aku tak tido. tp anak2kan?

Zamani suruh aku bawak anak2 g klinik the next day. dia mmg tak leh nak cuti dah. so tunggu ayah tp tak balik2. entah gi mana dia pun. Kul 3 ptg amani menggigil dan nangis. Dia cume cakap 'ibu my body hot.... hotttt!!!!! and its pain!!!' dia jerit macam someting burn badan dia. terkejut la aku. nak minta tolong siapa???

last2 capai kunci kereta. mak aku halang svb dlm pantang. not even 30 days kan? tp ko sanggup tengok anak ko meraung? ammar x demam tp batuk macam nak putus nyawa. masih lagi ko nak tunggu suami balik? bukan ambik kesempatan nak drive. nak jalan2. aku sendiri takut kena sumpahan ke apa sbb pantang larang ni bahaya tak ikut.

pakai sweater tebal2... stokin dan tawakal. Gi klinik depan rumah pakar kanak2 tutup plak. kul 630 ptg baru bukak. terus gi pantai klang. drive slow slow. dlm hati nak nangis. tp sblm pergi hantar msg kat zamani. minta izin. dia berat gak nak bg tp tengok keadaan anak mmg tak tergamak. sbb ko dah bg dia makan ubat tp tak kebah malah makin teruk.

sampai pantai doktor kat ward plak check pesakit.



sementara tunggu doktor. Ammar kalau x demam dia active. so selfie tuk bagi dia senyap tak merayap. ikutkan kalau pakai filem negetive camera lama bole habis la filem negetive tu sbb nak bagi diam punya pasal. nampak tak amani yg tak larat tu?

Doktor check amani and sangat mengejutkan panas dia hampir 40 deg. doktor cakap nasib baik aku cepat kalau panas bole menyebabkan dia sawan. mmg doktor nak admit dia tp dia still bole lawan doktor. menangis dan menolak doktor lagi. so doktor suruh pantau kat rumah dulu. incase malam dia flat terus masuk emergency. masuk hosp.

Ammar plak nampak je sihat. Tp bila doktor check salur penafasan dia sangat sempit.

Dugaan betul... gigil rasa. kalau la aku lambat. apa jadi kat diorg. ammar pun patut masuk hosp tp doktor suruh pantau rumah. kalau makan ubat tak elok than kena bawak malam tu jugak.

Tapi ammar doktor pelik ada ruam kat badan. suspek dengi. tp kalau dengi tak akan ada batuk atau selsema. tp since dok kawasan dengi maka kena check.



muke anak bujang relex je ambik darah. akubsuruh adik aku pegang. masih seriau luka terbukak. hahahah paranoid kau cida



masih relex. yg nangis nak rak si amani. adoi la. sampai ammar yg cool tengok amani nangis dia turut nangis.



ubat anak2... alhamdulilla darah ammar clear tak ada dengi atau kepialu.

bill?? RM 460. telan air liur. korg deman je nak. itu pun doktor cakap ubat amani and ammar kongsi. habis beli farmasi biasa sbb pantai mahal. doktor sendiri cakap ok. cume antibiotik and antiviral tuk kahak je lain2 . buget doktor nak selamatkan aku la tu... mesti bill tinggi pun rm 200

hambik! 2 anak rm 460.

tp puas ati. lepas makan sekali je ubat dua2 baik. Alhamdulillah.

oh lupa nak mention. Ammar pergi klinik biasa. tp tak ada perubahan. sbb tu la aku mmg cari pead tuk bebudak ni. klinik biasa asik nak berulang je pergi.

tp anak2 payah makan ubat. kalau la korg tahu ubat2 korg ni beratus2? kan bagus.... ibu yg takut makan ubat ni pun kalau tahu ubat mahal, telan gak la.... hahaha

apa pun Tppa tak laksana lagi. kalau laksana aku x tahu la berapa riban la kena bayar tuk demam biasa.

tq Malaysia.

hahah tetiba masuk TPPA.

posted from Bloggeroid

Monday, January 25, 2016

Hosp charge



Bg yg tanya berapa charge hosp gov di Putrajaya. Kalau nak tahu satu2nya hosp gov ( kot la) yg kena charge. Ada kawan2 yg bersalin kat hosp gov tp bayar RM 1 or RM 2... itu pun charge katil dengarnya. Cser pun dalam RM 200 or RM 300... tp putrajaya special.

Sblm masuk hosp pun dah kena letak deposit..normal rasanya deposit RM 400 rasanya. Sila tahu harga bilik lain yer. Kena tambah.

Tak menahan subsidi kerajaan. Perlu ke nak mention??

Sadis dengan kerajaan yg patut sediakan perkhimatan percuma pada umum. I cant imagine golongan yg tak mampu. Macammana la kan? Tp putrajaya kawasab gov... kawasan elite... cume akukan tak kerja. Agak beban jugak la... terasa 'mahal'nya.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 24, 2016

Double celebration

Semalam sambutan kecil besday untuk adik dan anak buah.

My sis besday 13 jan and raeesah sebenarnya 26 jan. Which blm lagi. Hahah sambut advance.



Didi 24 tahun. And raeesah 3 tahun. Tahun depan sambut dengan Aiman je. Aku cakap dengan didi , tahun depan dan seterusnya sambut dengan Aiman. Dia jadi mescot. Hahah tak payah susah nak pk. Gah gah gah....



Aiman join first celebration. Bukan main terbukak mata.



Anak dara ai ni payah nak makan. Tetiba nak plak makan kek...



Ibu rasa kakak amani comel la... heheh...



Ammar enjoy the kfc...

While me???? Ambik gambar je la... hambo hanya santap



Tosei... jadi la....kata pantang...kan?

posted from Bloggeroid

Saturday, January 23, 2016

Ict

Kisah 2 minggu sblm bersalin. Jangan kecam akak dlm pantang berjalan2 plak. Hehehe...

Kami 3 beradik susah nak kuar sama2. So kalau ye pun tunggu my sis balik klang. Itu pun jumpa kat uma. Mmg payah nak kuar bertiga. So since aku dok pos pasal zawara cari churos tu maka kami pun menerai. Abang sodo aku drivernya la kan. So pikul sama askar2. Hapy bebudak ni berjalan2. Kecoh dlm kereta.



Lepaskan hajat org tu. Ari tu cari churos kat zawara tak ada. Kali ni we all order deep with choc. Tp mengecewakan sbb sedap lagi kedai yg kitaorg mkn that day. Terbaik yg tu. Ammar siap makan berulang kali. Tp yg zawara ni tak berapa best. Tp minuman terbaik la kan.



Roti bakar adik aku cakap sedap tp tah mungkin that day aku dah kekeyangan. So tak la makan sangat. Churos tu pun sbb dah dpt tak la hadap sangat.

Lepas tu balik klang. On the way balik anak2 happy tebgok ict tepi highway. Minta pak long bawak diorg g sana. Sian umah nenek je kat klang tapi tak pernag pun dtg ict. Hahaha... so kami singgah. Dlm keadaab mak long sarat, tak tergamak nak kata no kat bebudak. Anak sendiri pun ilang kawalan sbb teruja!



Anak dara aku dengan fida tak mau naik apa2 ride. Tah asal tah. Amani asik takut2. Raeesah plak naik satu game dengan abang gayat terus tak nak main. Terjerit2 buatkan si rayyan malu! Hahah anak teruna aku nak naik tak lepas plak. Maka dengan keadaab pasrah tengok abang rayyan main. Satu pun ammar tak leh masuk sbb tinggi x cukup.



Abang rayyan naik sorang2. Hahaha...hero sangat abam sorg ni.

Than we found one game yang ammar bole naik. Hahha. Itu pun paksa raeesah dengan amani diorg tak nak naik. So minta rayyan yg temankan ammar. Lawak sbb memula rayyan happy nak temankan. Sekali dia tengok dia je abang besar lain baya ammar, dia malu2. Hahaha siap jerit 'lamanya nak stop ni!'



Siap lembek2kan badan kebosanan. Yer la kaki dia bole touch ground kot... si ammar naik syok dah berhenti nak lagi. Adoi la anak.... siap meronta2 tak nak turun.

Nasib baik abak sado ada. Pikul terus anak teruna.

Hihihi
posted from Bloggeroid

Thursday, January 21, 2016

Me and my darling



With my first born....



With my second born...



With my third born....

Sepatutnya amani is my second born...
Ammar yusuf is my third born...
Aiman yusuf is my forth born....

Sepatutnya la....

Aryssa... day by day i wish i could turn back time and wish to protect you. But takdir kita adalah begitu... bila tengok 3 beradik terdetik di hati i should have four and semua berpasangan.

Ada hikmah di sebalik kejadiaan.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 20, 2016

Ujian saringan pendengaran

Salam...

Seminggu dah berpantang. Aiman kuning lagi. Esok baru pergi lagi. Harap2 turun. Semua aktiviti kesihatan badan di tunda. Sbb takut kuning meningkat.

Hari ni plak ada appoiment untuk ujian saringan pendengaran. Memusing cari pusat bersalin risiko rendah.



Sampai je kena register. Baru ku tahu kat Malaysia ada hosp under goverment yg di buka macam konsep lahir kat rumah. Puas mencari rupanya pusat tu mmg kawasan appartment. Tp rumah2 mcm ward. Dah macam rumah kebajikan pun ada. Yer la beza in mind keadaan hosp. Selesa jugak la kan

Rupanya situ mmg tuk mak2 yg tak ada masalah. Kira tak ada ubat tahan sakit di perlukan dan harga RM 15 je. Pastu lepas bersalin ko bole balik. Wahhhh... kalau abang zamani tahu pasti dia gembira. Hahah tetiba.

Sampai nak dekat 12 tengahari. Sbb memusing cari tempat.



Depan register counter tu ada play ground. Amani dengan ammar nampak dah tentu tak nak ikut. So aku dan mak aku terus ke tingkat 2 tempat ujian di jalankan.





Kat sini kawalan ketat. Mak cik guard ni tak peramah langsung. Cara dia layan kitaorg macam kitaorg buat salah plak.



Naik je satu 'rumah' yg agak kecik. Ramai plak org. Semua mak mak yg baru lepas bersalin. Macam aku jugak la. Tunggu turn masing2. Suspen je macammana ujian nak di jalankan. Aku risau sbb aiman kalau tido bising macammana pun dia wat dekkk je. Tak effect apa2 pun. Abang nangis nak gegar gegendang telinga pun dia ok je tido.



Bilik procedure di jalankan. Dulu time ammar, sblm discharge dah siap2 buat kat hosp. Kali ni menyusahkan org kena wat plak tempat lain. Sian mak mak yg lepas bersalin expecially lepas cser. Kira aku hari ke 8 ok la. Ada yg semalam discharge hosp dan datang bawak anak check telinga. Yer la kot yer nak bagi mak tu jalan banyak..aku tadi dah mengigil mabuk dah tau. Mana dengan askar2 lasak.



Nenek posing dengan aiman. Sian nenek bukan kuat sangat. Berganti2 kitaorg bawak aiman. Diakan semangat. Senak perut aku. Mak aku plak tangan tak kuat. Rasa kebas cepat2 tukar tangan.

Ujian tu Alhamdulillah lulus. Teruja mak tp malu nak snap gambar. Ingat diorg nak hentak pukul gendang bagi baby bangun. Hahah rupanya diorg scan dr luar kat tepi telinga. Lebih kurang macam gambar di bawah



Yes... macam tu. Lepas tu kat komputer akan tunjuk geraf tuk mencapai tahap lulus. Agak susah sbb si aiman tak duduk diam. Kena menyusu. Bila menyusu kuat sangat pun susah nak detect. Tp diakan tido kalau menyusu badan. So senang la sikit. Tp bila telinga kanan di periksa, aku jadi risau sbb geraf menurun. Alamak..... tapi lepas tu naik ke paras lulus. So Alhamdulilla pendengaran aiman baik.

Turun je tengok anak2 nak pengsan. Kepenatan diorg main. Dengan amani seliper ilang. Ammar plak nak susu.



Ko tengok... hahah anak aku ke ni? Dtg kat aku cakap seliper ilang. Puas cari seluruh taman tak jumpa. Hahaha. Keras tempat ni. Kah kah kah



Aiman selamat tido. Ammar kepenatan.



Terus tertido... sementara tunggu atuk gi solat zohor. Mencabar betul ari ni. Baik2 aku rasa nak sihat terus rasa lemah dan sakit. Sampai umah benda yg aku cari ialah ubat tahan sakit ku!!!

posted from Bloggeroid

Monday, January 18, 2016

Yellow lilttle man



Anak2 aden mmg tak lepas sakit kuning. Adoi susah ati tul.

Kalau dulu kerja mampu lagi la nak check swasta. Tak banyak sangat kerenahnya compare gov. Bukan berkira tp nak ulang hari2 sampai kuning turun pada paras normal. Kita dah la x sihat. Ekceli baru nak sihat dah kena gi sana sini.



And first time bawak askar2.... mencabar. Bawak 3 escot ni! ( nenek, atuk, mak su) tp depa still nak mak yg uruskan. Sesak napas. Aku tahan geram je.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 17, 2016

Sebelum berjuang

Salam....

Org pantang banyak masa lapangnya... hihihi

Nak cerita 11 jan sblm lapor diri kat hosp. Aku kena register masuk kul 8 pagi. So based experience dengan kelahiran ammar register pagi tak tentu ko dpt bilik terus. Kena tunggu.

So lepas hantar amani ke sekolah terus gerak ke hpj. Amani macam tahu aku nak serah diri kat hosp. Dia agak sedih dan tak happy pagi tu sbb sepanjang dia sekolah ibu atau abak akan hantar. Tak pernah hantar bersama kecuali first days sekolah.

Ammar pun sama. Pagi tu dia bangun awal plak. Ingat nak g sblm dia bangun tido tp hampas. Dia dah bangun terus nak berkepit. Kena tipu sbb dlm bilik air dengan aku dia tengah leka cepat2 nenek take over.

Aku sampai hosp dlm kul 10 gak sbb sarapan dengan zamani. Sedih la konon2. Laki aku tu anak dah 3 dia masih nebes. Or can i said dia excited?? Hahaha. Aku plak tak ada selera. Kerisauan yg teramat.

Pihak hops hanya minta nama and phone number. Macam aku agak la. Dia cakap sama ada ptg or malam. 10 waiting list nak tunggu turn. I was like???

Oitt esok nak cser ni. Apa kejadah malam baru admit?? Abang zamani drop aku depan hosp je sebenarnya. Dia baru nak jalan kaki kena patah balik ambik kete. Korg jangan cakap nak berkampung plak kan? Nak balik klang mmg tak la. So buang2 masa.

Terus abang zamani ajak g tengok wayang. Tengok show kat Alamanda ada la kul 1045. Bergegas ke sana. Sekali 1045 malam! Jahanammmm... bukan janam yer.

Apa nak buat? Show paling awal cerita diwale yg kita nak tgk is 3 pm. Kang hosp panggil cam no?

Terus tengok ioi putrajaya. Oklah show 1145. Terus gi dengan hati yg berat. Hindustan 3 jam kot.... sampai2 tiket wayang 1215 rupanya. Kul 1145 tak ada.

Bole la.... lepas beli tiket kami lepak minum dulu.



Pekena cendol sblm pantang...



Dan rojak buah. Macam ni je rm 8! Sedap lagi rojak buah kat lorong opis lama kat port klang. RM 4 ada sotong lagi uols.



Seriuskan en somi. Dia punya tak tentu arah. Kalah aku.

Time tengok diwale tak ada ambik gambar. Hahah dalam wayang ofcoz la tak tenang. Kot call tak dpt. Tp sblm masuk wayang doktor dah call 2 kali tanya aku jadi cser ke tak esoknya. Hahaha. Yer la kot dah bersalin mana2kan? Dia nak jumpa sbb nak suruh sign beberapa borang and nak jumpa zamani jugak tuk sain beberapa document.

Habis wayang pun tak lagi call. Sempat lunch. Hahah tengah lunch tu abang zamani bising. Suruh call hosp la suruh call doktor la. Alaaa macam nak beranak hari tu pun. Dalam dia bebel hosp call. Yg bangun ke kaunter bayaran terus abang zamani. Sampai phone tinggal atas meja. Nasib baik bini dia lambat sbb dah rupa kenderaaan berat. Dan nampak la phone tinggal.

Masuk kena bayar deposit rm 800...that is putrajaya hosp. Nama je hosp kerajaan.

Dapat bilik 4 org. Tp satu bilik tu ada 6 katil. Yg terisi org sorg je. Masuk aku 2 org. Hahaha nampak sangat fully house the day beforekan?

Tp aku request bilik 2 org. Bilik sorg ada 2 unit je and mmg diorg cakap que org nak masuk so forget it! Kalau dpt somi bole masuk temankan.

Diorg suruh dok dulu bilik 4 org. Tp lepas zamani balik diorg pindahkan bilik lain yg 4 org sbb bilik aku duduk tu nak letak barang pun x bole.



Masuk2 je nurse check jantung baby.

Dah masuk bilik baru tu satu hal la plak tepi pintu. Doktor nurse main selak je langsir. Apa je. Dah tu buat tak tahu. Dah la panas berpeluh2 aku. Pakai tudung sampai ke malam. Doi....

Doktor cucuk ambik darah kul 12. Doktor lelaki plak tu. Dah bukak tudung da time tu. Terus sent msg kat abang zamani...

I nak bukak tudung la! Panas!

Wakakak... gila kong ajo tak? Watsapp laki macam tu. Dia jawab

'Nak tido baru bukak la tudung tu'

Ok... mmg nak tido punkan... sekali kul 12 malam doktor dtg pasang drip dan ambik darah. Maka bermula la kesakitan...



Pandangan dr katil. Asal aku tutup bila nurse mai check bp ke apa tak tutup langsir. Haiz...



Tp malam anak2 wat vediocall terus je memeleh laju air mata.... itu lagi sakit dr badan di cucuk...rindu




posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails