Wednesday, September 21, 2011
Sedih bila dia nangis.
Banyak tu je. Dah tu amani iman pulak bersin since day one. Tp tak la kerap. Sehari tu wajib dia bersin.
Kata mak mertua aku takut amani iman tak sesuai minum susu formula. Aku mmg nak bg dia BF. Tp aku sendri rasa dia tak puas. Dia bukan jenis nangis sikit2 ni. Dia nangis kalau bole nak kuar suara dia. Hati mak mana yg sanggup?
Dia struggle nak isap. Tak tahu la breast aku ni besar ke apa sampai aku sendiri takut dia lemas. Pernah dia meronta2 sbb lemas. Sian tarik napas punya panjang. Eshhh aku mmg tak berani nak bg bila malam sbb aku takut tertido.
But everytime dia minum susu formula aku jadi sedih. Org kata mind la apa la. Demand supply from baby la. Aku bengang jugak bila kena sound dgn nurse and few ppl. 'Jgn ikutkan sangat, bila kt tak nak bg tu la air susu kurang.'
Amboi sedap ckp! kalau anak aku meraung sampai nak kuar anak tekak, nak aku terus tenyeh ke dlm mulut dia? Korg ingat aku suka2 nak sumbat susu formula dlm mulut dia? Sedangkan dia perlukan susu lebih dr apa yg aku bole bg dia? And she just 36 week now. Kalau nak compare baby yg cukup bulan.
Entah la. Tapi air halba yg mak suruh minum aljamdulilla setiap kali minum bole rasa bengkak. Time tu amani iman sedap la minum tp mcm aku ckp dia nak membesar so she need more. Tambah la sbb dia kena kuning that day. Dr ckp dia cepat haus and lapar sbb lampu tu kuat. So klu korg kat tempat aku mcm mana?
Next week urut, see how. MIL banyak bantu. Kalau MIL tak ada aku tak tahu la stress jugak la. Sampai merah2 breast aku, petua juga ada suruh sikat atas payudara ke bawah tuk lancar pengaliran susu. Kuar but not much.
I really want to BF amani iman. Ibu mana yang tak nak?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Aku percaya
Mcm Amani iman kalau dia tengahy gerak2 dlm tummy, she will stop bila aku suruh zamani pegang atau tengok. Tention kadang2! Kang zamani ingat aku mengada2.
tapi bila lahir, amani iman mmg cam suara zamani. Semalam zamani start kerja. Selalu dia ada umah je kan? Now bangun pagi tengok abak tak ada. Kul 5 petang dah mula meragam.
Hek sana! Hek sini! Tak tahu dia nak apa. Cek perut tak kembung. Bagi susu badan kejap nangis. Sampai minum susu fomula ingat dia tak cukup minum ke apa.
Dengar bunyi pintu bukak, zamani bagi salam, dan2 mata besar. Bunyi pun tak ada. OOOO rindu abak dia rupanya. Dah tu nak suruh tido dah tak leh la. Samapi aku suruh zamani jgn berckp dlm umah. Haha keji. Dah anak dia dgr suara dia je cubaan bukak mata dan mulut.
Padahal bapak aku ckp sikit punya kuat tak ada makna dia nak jaga. Sampai zamani tukar lampin dia pun dia senyap. Cube aku! Tak pun nenek dia! Nangis memanjang.
Tp bagus jugak. Kalau mcm ni selalu, senang ler kerja ibunda, wahai anakanda!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, September 20, 2011
Like father like that la the doter
Gigih we all cari gambar2 lama. And jumpa. Sama eh? Like that la father, like that la doternya. Hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Yg sama dgn ku
Amani iman hidung mcm abak... Fine!
Amani iman ada mulut mcm abak... Ok fine!
Tapi amani iman ikut satu sama ibu. Tangan cepat lebam. Kalau kena cucuk mmg kesan tinggal seminggu dua. Dah la anak dara acik ni halus orgnya. Mak anak kuar hosp mcm kena dera.
Pity her! Kena cucuk ingat tak sakit ka?? Meh ku cucuk ekau! Tu baru tangan. Lengan, peha, sama dengan je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, September 19, 2011
Kena bayar deposit ni
Rayyan lak tunjuk kasih abang. Mcm dah besar je sibuk nak dukung amani. Oh sgt bahaya. Tak bole lepas sesukati je ni.
Hehe rasa2 ibu amani iman leh minta deposit tak? Haha. Dush!! Sunatkan amani iman dulu baru pk cari menantu! Wakaka
Erm dlm tempoh terdekat ni nak hantar amani iman sunat. But of cos tgk dia kena cucuk pun tak sanggup apa tah lagi sunat ni? Better do it now time dia tido memanjangkan dr dia dah pandai main, kan? Minta my MIL temankan dan tengok la nanti
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
New dady
Kami bukan merunggut. Walaupun amani iman berjaga selepas pukul 12 malam, aku tetap bersyukur. Walaupun lepas ni masa tido, dan masa lain akan berubah, aku tak kisah. And I'm sure zamani pun rasa benda yang sama. Mengantuk mcm mana pun kami gagah bangun tuk melihat si kecik.
Solute to those yang ada anak kecik 2-3 org ni. Lagi mencabar kot rasanya yer?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, September 18, 2011
Zamani
Sorry baby! Promise you everything will get back to normal. Jaga makan pakai you and our iman as well.
Hari ni aku minta dia belikan barang tapi tengok berjam2 baru nak balik. Tersentuh hati seorg isteri bila dia bawak balik beberapa helai baju.
Korang tahukan amani iman lahir tak cukup 9 bulan. So dia sangat comei sampai baju tak muat. Pernah one nite after balik dr hosp, aku dengan dia tukarkan baju anak. Well aku tak nak susahkan mak aku, konon nak belajar sendiri. Tp kesan operate ni membuatkan semua terbatas. Zamani take over tukar lampin. Both of us tak ada pengalaman tukar lampin baby, lampin budak mcm rayyan and aliya ada la.
Nah!!! Zamani pakaikan seluar time angkat amani iman, seluar melorot terus! Panic la!! Amani iman mmg sensitip sikit. Sejuk kot. Melalak sampai aku terasa nak nangis sama.
Pestime zamani bebel. Cari2 baju yang amani iman leh pakai. Nan ado.
Last2 tadi tersentuh hati tengok dia shopping barang anak. Allaaaaa sweetnya. Aku sendiri tak dpt nak pilih baju2 mcm tu.
Semua saiz amani iman. akhirnya ada gak baju tuk anak ku tu. Bukan tu je, banyak jugak keperluan lain dia beli. Aku tak pernah terpk zamani that kind of mankan? Kalau beli brg tuk anak buah pun suruh aku pilih. Pastu belasah, bg idea pun tak nak. Alhamdulilla dia bukan jenis yg lepas tangan.
Amani iman dah ada mykid. Dia cuti terus buat permohonan kat putrajaya sbb nak dptkan mykid tu hari yg sama sbb kalau buat kat branch jpn lain ambik masa sebulan. Dah la permohonan tu tak ckp nak ic akukan? Dia sanggup patah balik klang ambik ic aku yg tertinggal.
Dan yg paling mengejutkan.... Aku selalu ckp dia tido mmg bom jatuh pun tak sedar. Amani iman bunyi 'hekkk' je dia dah terjaga tepuk, sweet. Dia suruh aku tido bila amani iman bangun kul 5-6 pagi. Ermm mungkin tanggungjawab tu bermula dgn adanya amani iman zulaikha.
Ok since update tru BB maka adalah sangat bengong bila gambar semua di atas!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, September 17, 2011
Nite without Iman
Ok tak perlu salahkan sesiapa. Putrajaya hosp dan doktor2nya pun menjalankan tugas dgn baik. Cume kena ingat 'kerajaan milik rakyat' kan? Bkn aku sorg je. Kui kui kui
Mmg aku ambik single room tuk jaga iman. Sekali nak masuk bawah lampu tu dia buat perangai plak. Pes ambik masa 2 jam! Nak bg dia tido bawah lampu. Hati mana yg sanggup tengok anak nangis sampai tak ada suara? Dah la nak dptkan dia punya la susah! Mmg mencabar.
Last2 sbb penat sgt nangis, iman redha terpaksa tido. Lama gak ambik masa 4 jam mcm tu. Bangun, than sekali lagi puaslah nak msk dia balik. Akhirnya berjaya but dia tido dlm 2 hours.
Pastu malam, tak nak! Lena baik kat pangku aku. Tapi masuk je dalam tempat tu dia menjerit! Sudahnya abak dia bengang la. Zamani hilang sabar. Iman dah kena mara dgn abak, muke seposen si iman tunjuk degil! Pastu sentap cebek. Mmg menguji. But dia baby la apa dia tahu pun. May be mmg tak selesa dlm tukan? *tetiba mak jadi angel*
Iman yg minum susu berulang jadi kerap malam td. Kenyang pun dia sebat apa yg masuk mulut dia sbb tak nak duduk situ. Sampai stok susu habis, sampai minta kat nurse, nurse suggest diorg yg jaga. Sbb diorg pun faham mak2 ni mcm mana. Tak sampai ati. Kalau dgn diorg mmg paksa je.
Zamani terus agree! Aku nak kata apa? At least iman dah bole balik hari ni atau esok. Tak la tahan berhari2. Aku malam td without her mcm tahhh susah nak ckp.
Bole je nak tengok iman tp aku takut tak sampai ati nak dgr mulut dia ternganga2. Tangan kaki kesejukan tak berbaju.
Nurse tu ckp by morning diorg akan hantar kat bilik. Zamani pun ckp aku kena byk rehat. Berapa ari tak tido. Since iman Mmg berjaga malam.
Now terdengar2 suara baby nangis kat luar. Anak siapa la nangis yer? Tah2 iman? Si kecik tu payah nak diam, mcmmana diorg kasi dia diam eh?
Ok I need one or two hour sleep. Kul 7 aku suruh diorg hantar iman kat bilik. Miss my lil tea pot
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, September 16, 2011
Cerita September itu bermula Part 3
Frust bila hari ke 6 tu peyed. Ohhhh sangat beremosi time tu. Aku rasa begitu down. Down sbb gatalkan cube nak berubat. Sampai peyed mmg tepat jadi lewat. Bila test negative aku masih lagi pujuk ati, mungkin tanda tu lambat lagi.
Bila tengok peyed datang. Jadi tergamam jap... nangis kat toilet sendiri. Mula la termenung dan apa yang berlaku ada khimahnya.
Mungkin dulu aku terlalu riak. Aku lupa akan kawan2 yang senasib dengan aku. Aku jadi riak bila mengandung. Sekarang aku dapat rasa apa yang kawan2 lain rasa. Betapa rasa diri rendah, kecewa semua campur. Teringat semula kata2 di blog lama time memula mengandung dulu
"Syukur Allah tidak menutup pintu rezeki buat aku...kawin je terus mengandung..."
Ayat itu buat seseorg terasa hati. Tapi aku tetap dengan ego ku... bagiku itu blog aku, suka ati aku lak nak tulis apa. Org lain pun tak ada anak, tapi tak ada la nak sentap mcm tu.
Ini la karma dari Allah. Dia nak bagi sekelip mata dia boleh bagi. Dia nak tarik? sekelip mata dia akan tarik. Emosi aku time tu sangat2 terganggu. Sampai gaduh laki bini. Tapi sesungguhnya mmg Allah nak duga. Zamani dah sampai tahap tak leh tahan sebenarnya. Tapi tah, aku mula rasa serba salah. Sbb aku tahu dia mengharapkan juga cume dia tak nak aku sedih. Now aku mula belajar muhasabah diri. Mungkin Allah nak mengigatkan aku bahawa jangan sesekali riak.
Mula la aku kenangkan kawan2 yang senasib dengan aku. Yang bertahun2 kawin tak ada anak. Lagi teruk mereka rasa. Tapi sedap sakitkan hati mereka. Mula terasa sangat menyesal menyelubungi.
Nangis tak yah cakap la... sampai tak tahu nak mengadu kat siapa. Hanya seorg teman lama. Yang senasib dengan aku. Dan di sebabkan hal ini jugak kami menjadi rapat. Kongsi segala pengalaman dan rasa. Dia kata aku beruntung sbb sekurang2nya aku dapat rasa perasaan menjadi seorg ibu. Pendapat aku pulak berbeza. Lagi untung Allah duga tanpa berikan kita apa-apa, dari di rentap sekelip mata. Rasa gembira itu hilang begitu, rasa fobia kekal selamanya. Kemudian timbul pulak rasa lain. Sedih, hilang keyakinan diri, sentiasa menyalahkan diri sendiri. Sekurang2nya yang tak ada anak ni hanya mengharap dan berdoa.
Ini la yang aku sering luahkan kat BFF aku tu. Tapi kami sedar ini dugaan Allah. Ada sbb kenapa di turunkan ujian yang berbeza buat aku dan dia. Dari situ aku belajar memahami perasaan mereka...
Ya Allah... aku telah menyakiti hati2 mereka secara tidak langsung. Berdosanya aku. Aku tunjukkan kegembiraan tu sampai ada hati yang tersinggung. Dan aku perlahan2 merasakannya. Perasaan yang dulu aku katakan mereka ni 'mengada2' , mereka ni cemburu dengan rezeki org...mcm2 bila ada pihak cube menegur kesilapan aku dulu.
Dengan BFF aku ni, aku dapat kongsi segala dengan dia. Sampaikan satu hari dia tegur aku kat YM. Dia cerita dia buat treament kat doktor pakar sakit puan
Hamid Arshad... siapa kenal??? Tengok gambar tahu la doktor pakar ni. Rasanya time aku mude kot dah popular dengan doktor ni.
Tapi aku refuse. Sbb takut hormon terganggu sebb peyed akukan selalu tepat. Kang buat treament lain plak. Lambat lagi. Lambat tak kisahlah, nak pikir macam2 ni tak sanggup. Aku dengar dan iakan je maklumat yang kawan aku ni bagi. Sbb sebelum ni aku dengan Zamani pergi jugak tanya doktor pakar kat UMRA. Dia cakap kalau dah mengandung ni tak ada problemnya. So mungkin rezeki Allah tu tak ada.
Lama jugak aku mengiakan apa yang BFF aku cakap. So far yang dia kenal semua dah mengandung. Cume rezeki kawan aku masih belum ada lagi. Tapi aku tetap tak nak mencuba. Sbb aku takut aku punca tak dapat anak. Aku takut kehilangan Zamani, if punca tu dari aku.
Tapi BFF aku tetap nasihatkan aku, dan mengingatkan aku yang aku pernah mengandung. Kenapa pulak zamani nak salahkan aku pulak. Tah...aku takut tuk menerima hakikat tu. Anyway aku buat rawatan kat HPJ jugak. Sbb time mengandung Aryssa, aku di katakan ada jangkitan kuman kat virgina pluss ada fibroidkan? Mungkin itu jugak alasan.
Dan biasa aku jadi malu. Nak cube. So aku try bincang dengan Zamani. Yang bagus tentang Zamani, what ever keputusan aku, dia tak pernah bangkang! Sometime perasaan tu berbelah bagi nak call, nak jumpa doktor ni sbb macam aku cakap aku takut nak dengar kemungkinan dan ramalan doktor ni.
Tapi ada benar jugak kata Zamani, aku sibuk merungut tak ada anak. Mungkin ini adalah jalan yang Allah ingin tunjukkan. Mungkin ini jawapan Allah atas segala doa aku? Siapa tahu?
Dalam otak aku hanya pikir pasal Zamani. Kalau dia rasa anak tu penting bagi dia, kalau dia nak anak jugak, tak pa la... aku bagi dia kawin lain je (Ayat org putus harapan). Hati aku sakit bila dia dukung anak org lain, ati aku sedih bila dia memuji anak org lain. Well korang tahu la ini semua emo dan bukan kehendak kita sebenarnya. Tah susah aku nak terangkan. Tapi aku tahu dan pasti segelintir dari korang faham apa yang aku cube sampaikan.
So aku try... call buat appoiment dengan Hamid arshad. Korang tahu punya payah sebulan lebih baru dapat appoiment. Aku jugak tebalkan muke... bincang dengan MIL aku... mana tahu dia tahu jalan dan cara. Bila dengar cakap Hamid Arshat, MIL cakap dia pernah berubat dengan doktor ni. So terasa la lega sikit. So me, Zamani and MIL jumpa doktor Hamid on 14 jan 2011.
Kalau korang dengar penerangan Dr Hamid ni... tah... macam main doktor2 zaman kanak2.
Dia buat scan. Than dia cakap ada cyst kat sebelah kiri aku. Ok dengar cyst je aku rasa nak pitam! Pestime ok doktor mengesahkan aku ada cyst.
So dia tanya lagi...peyed sakit tak? Of coz... macam nak pengsan.
Dia tanya lagi... hari datang tu tepat tak? Mmg tepat 28 hari lepas peyed will be my second peyed.
Doktor hamid hanya mengangguk... tanya Zamani pulak... is he havy smoker? Of cozkan?? So dia cume cakap reduce if you plan to get baby. Padan muke! hahaha. Nasib baik MIL ada. Aku bukan pandai sangat. Siap dia draw mcm2 kat paper nak tunjuk apa yang jadi.
So keputusannya???
Doktor hamid cakap, kalau peyed ok maksudnya tepat tak ada any delay, plus pernah mengandung, means cyst tu tak menganggu. Hanya nak menganggu time nak kuar tu mmg senggugut yang teruk. Bagi dia aku tak ada masalah. Cume dia cakap aku
STRESS! Tak ada masalah lain kecuali STRESS dan itu menganggu waktu subur.
Aku dengar macam tak logic. What?? Stress?? Dan aku kena kawal makan. No fast food. No minuman bergas. Makan banyak buah dan sayur. Bla bla bla... ambik ubat kat kaunter. Dia cakap, we see in 3 mth time. Kalau tak mengandung kita iktiar cara lain
Me??? That time? Rasa macam tah. Patah dan ilang semangat

Asid folic
( hahah tetiba google image ubat terkuar blog kawan sendiri... sorry mimmy. )
Tapi kalau tak ada masalah than kenapa susah sangat? Is it sbb salah tempoh subur? sbb aku mmg buget doktor bagi aku ubat hormon kesuburan mcm tu la. Tapi vitamin2 nih... ermmm
Ok sambung part 3 nanti ok... sadis! tention lebih sekarang
Thursday, September 15, 2011
Amani Iman Zulaikha
Korang tahukan macammana aku benar2 maukan cahaya mata? Mcm mana aku stress bila memikirkan soal anak? Mcm mana aku sedih melihat kebagiaan org lain?
Sejak aku di sahkan mengandung, aku tak henti bersyukur. Terus meminta panjangkan dan izinkan janin di dalam rahim ku terus bernafas sihat.
Korang pernah dengar lagu 'iman mutiara'? Lagu tu sangat bermakna bg aku. Lirik dia mmg menangkap setiap kali aku dgr lagu tu. Insaf sangat.
'Iman tak dapat di warisi dari seorg ayah yg bertakwa, ia tak dapat di jual beli, ia tiada di hentian pantai, walauapa pun caranya jua, engkau mendaki gunung yg tinggi, engkau meredah lautan api, namun kau takkan memiliki jika tidak kembali pada Allah'
Bukan mudah tuk aku memiliki 'iman' itu. So aku nekad lelaki atau perempuan aku tetap nak letak nama iman.
Zulaikha sbb 'cantik' so biar la iman itu adalah iman yg cantik. Nama depan aku serah pd zamani. And aku berkeras tuk letak nama iman sbb di awal lagi aku dah mula panggil amani dgn panggilan iman, dan dia respond baikkkk punya!
Amani pulak ketenangan... Semoga amani iman memberi ketenangan pada ibu dgn abak dia. How to handle the lil one dengan penuh kesabaran. Insya Allah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone