Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 24, 2013

Jerebu

Salam....

Achuuuuuu....... wahhh gitu... effect on jerebu yang semakin kuat. Memula risau sangat dengan Singapore dan Johor. Sbb relative semua kat sana. And anak2 sedara semua jatuh sakit.

Index IPU terkini....



Bangun pagi je nak pergi opis, aku dah terbau terbakar... alamak... kuat baunya...mesti jerebu teruk. So mmg pun... feeling kat genting tapi panas nak Mammmmm.... Semalam pagi je dah nampak kelainan sekitar kawasan rumah. Status2 kat FB pun dah melambak cakap tak nampak jalan la, sesak napas semua. Ini sudah tidak baik.

Pagi ni tengok IPU kat PD dah teruk... 



Alaaa... jumaat ni dah nak gi PD. Tapi Zamani cakap by wed tak ok than we have to cancel plan holiday. Semalam Amani pun dah terbatuk2... kejamnya dunia!

Anak aku dah feeling duduk kat pelampung tiap malam hokeh! simpan je, dia ambik balik. Asal simpan je dia ambik. Buat sofa kat hall... haha tetiba creative. Dah tu nak bangun tersekat. Mula menjerit minta tolong.


Korang tengok...ni belum dia suruh mak bapak dia yang join sama... stress!!! hahah kalau tak jadi gi PD minggu ni... alamat kita ke umah mak ngah je la amani iman... tumpang pool dia.

Ok semalam aku hantar my cozen sista yang dari singapore ke KL... dia dtg sbb nak larikan diri dari Jerebu kat sana.TIme dia datang tu pun IPU sana dah 400 lebih. Dia ni yang bawak jerebu kat Malaysia ni... hahaha... Dah teruk sini nak balik sana balik... terbaek.

Gambar sempat la aku snap. Ni pukul 2 petang. Panas bahang bukan main... tapi matahari tak nampak...


Kawasan Empire Subang Jaya
  
 Sunway....


Menghala ke KL...

Sila cari pucuk rebung dalam gambar ni... ho ho...


Amani iman dah strat batuk... and baru je cakap dada dia tak berbunyik, sejak minum Enfagrowkan, ni dah start batuk, dan dan tetiba macam berkahak.  Once batuk dada berbunyi jugak la... nampak gayanya tak jadi la nak berholiday. Mana yang penting? opcoz anakkan. Aku tak kose bila anak sakit ni nak mengadap. Kesian sangat. Semalam pun keluar pun risau jugak. Mmg tak kemana. Lepas hantar terus balik.

Ok... doa la semoga 2-3 hari lagi hujan. Tadi aku dengar berita, kemungkinan isnin depan hujan. Kita nak buat hujan tiruan, tapi tak dapat sbb awan tak dapat bentuk sbb asap tebal sangat. So nak buat lagu manakan? dah masuk 2 minggu la tak hujan ni...

Salute juga pada kerajaan Malaysia yang perihatin. Kerajaan di luar negara dah teruk pun masik lagi menyembunyikan kebenaran, hanya tak nak kerugian bila istihar darurat. At least Malaysia tak la bohong tentang IPU dan kita boleh jugak istihar cuti umum. Not for company but at least sekolah. Sbb kita risau budak2 ni... diorg mmg suke la main kat luar tanpa tahu kesan. Dan agak susah jugak mak bapak nak jagakan kalau diorg sakit.

oklah... nak pergi makan... lapa pulak dah tengahari ni...

Eh cuti nak cancel ke??? ermmmm....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, June 21, 2013

Two in one

Salam........

Morning ppl... *menguap*

Sebelum kita memulakan hari yang bz ni, kita update blog dulu yer. Wahh banyak seh masa ko... Semalam!!! got this for Amani Iman Zulaitaaaaa.... Mickey set... pikir banyak kali nak beli ke dak, sbb tinggal satu je ni. Aku tak suke nak beli barang yang tinggal2 satu ni... kih kih kih... sbb kalau apa-apa tak leh nak tukar. And betul pun firasat seorg perempuan macam aku ni... poyo!!! ada sumbing sikit kat sudu. Tapi kat pemegang la... macam sedih je... tapi tak pa RM 12.90 je pun.


Amani nampak suke la... siap belakon lagi...





Puting tak lepas... anywaykan! ko tengok keek aku... sob sob... video nak KEEK je mesti blur2... why!!!! kata abang Zamani bukan salah phone but application yang masih blm suit dengan anroid... tah macam tu la bunyinya lebih kurang...

Than  i got this for amani to drink!



Nak ambik Mickey tapi tah macam tak elok je botol dia. Dengan keganasan anak aku tu, mmg idok la...dia ni suke kartun, nak ambik upin ipin pulak tak ada jenis yang sedut. Tapi frust sbb dia buat tak tahu je botol air ni... erm #sentapatimak

And dan yang ini tuk budak opis yang nak resign. Sorang hari ni, sorang minggu depan. Di sebabkan yang sorang tu org langkawi... bila dia balik Langkawi je buah tangan dia coklat, so aku buget mesti dia bosan makan coklatkan. So belikan dia cookies. Dah tu akak ko yang bengap ni tak pikir pulak. Takkan nak simpan sampai minggu depan?!!! Tak logik!

Kot lemau ke apa ke? Bikin malu anak negeri org cakap bagi tak iklas... so ibu saya kata, bagi je la... kang semut ke apa kita tak tahu. At least dia dah dapat, ikut dia la nak buat apa. Aku pun tak tahu kenapa aku beli sekali gus... nak tak nak kena bagi ari ni la...

With love... hahahah

Still aku dengan budak opis tak serapat macam bebudak opis lama... tapi tak pa, as long tak kena kepulauan sudah

Esok ai cuti... hoyeahhhhh... Amani iman senyum bila aku cakap aku on leave esok... faham ke tak budak tu? ok sambung kerja ok...

XOXO!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, June 20, 2013

Barang2 yang saya nak...........

Salam...

Next week, me and my famalia nak ke PD bercuti... menumpang cuti my auntie and uncle kat singapore nak bawak anak2 dia bercuti kat PD. Sibuk jekan... nak pergi Singapore tu jauh uols. So diorg dah dekat ok la, boleh join lepaskan rindu.

So this is our second family trip. Memula kat Melakakan... ni kat PD. Mmg nak bawak amani jalan. Sian anak idu... hahah... so banyak benda yang aku pikir nak bawak tuk amani iman. Yang mak bapak dia tak kisah lakan... sbb time pergi kat Melaka, banyak sangat benda yang weols terpaksa beli. Tensi mak...

We all mmg dah decide bila amani dah pandai jalan than baru berani nak jalan. Kalau tak... idok la... Tak berani nak bawak anak yang kecik2 ni berjalan. Lagi dengan cuaca dan keadaan. Bila anak sakit adoiii jiwa ni jadi tak tenteram. Tengok je apa jadi kat Melaka. Bole pulak dia sakit time tu... gelabah cari klinik bagai. Dah la Zamani memilih...kalau klinik kanak2 tak jumpa that day... mmg la!!! balik terus...

So aku dah pikir few thing la nak bawak... Susu pun aku rasa beli yang satu kotak and put aside dalam balang ke apa. Aku mmg tak suke nak bawak barang yang pakai kat rumah. Hahah gedikkan? Sengaji beli susu RM 44 henget tuk bawak jalan. Motip?? Tapi tah... mmg aku tak  bole. Sbb yang tin besar tuk kat umah. Katalah tertinggal ke apa... mau aku meraung. Susu anak bukan murah cik kak oiii.... kalau balang tertinggal tak pa la... kan kan kan... bole terima alasan  ku??

Than ari tu punya bagus tak bawak liquid pembasuh botol susu... poyo je dulu semua sedia... tah mana je pergi semua tu. Time kat melaka dah beli dah, so mmg bawak barang2 ni je la... 

Pencuci botol Pigeon.
Ada yang kecik mmg sesuai masuk beg tuk travel. Harga RM 15 macam tu la...pedulik la... aku pakai shower form... dah bau apa je... menyalahkan diri, asal bodo sangat tak bawak pencuci botol ni... why!!!!! dah tu gigih masukkan jari2 halus menyental dalam botol. Stress...

Than aku beli berus botol jenis ni... senang... belakang dia bersihkan puting susu.

TAPI!!! aku rasa benda ni sangat besar.... time amani lahir, mak aku beli yang kecik. Adalah besar tapak tangan aku ni... mana tah perginya... terpaksa ambik yang ni sbb dia ada penutup. So kalau basah2 boleh simpan dalam beg dalam keadaan yang selamat, di mana tak la basah dalam beg kang.

Bila amani iman dah besar, aku ingat dia boleh gune pinggan, cawan macam org besar. Akak stress kalau baju basah2 ni. Org g holiday nak savekan baju yang banyak, ni terpaksa tukar2. Tapi time tu dia sakitkan... heheh so mmg semua tak selera. Nak makan tapi tak sedap tekak kata org. And i really need this

I need this for travell

Senang, aku pun tak susah hati. Ko tahu sudu yang pakai buang tu? amani gigit kunyah ok!!!! punya aku tak perasan... adoi urut dada sat... memula biarkan dia main2 je... tapi dengar bunyik krup krap... bila kita korek mulut dia, nah! kena gigit la... aku takut luka je mulut diakan... tapi that day aku belikan dia set sudu macam ni... mmg aku letak dalam handbeg


Beli kat Daiso RM 5
Senang... dia mmg suke main sudu... kalau kita pergi mana2 pun boleh gune. Sbb Zamani suke beli jagung rebus untuk amani, sudu mmg selamat. Mesti nak patah. Kalau pakai sudu ni try la gigit! tak gigi ko yang patah nanti...


Need wipes tuk bersihkan apa-apa, ni mmg ada dalam handbeg aku sentiasa. Ada anak ni ko kena ada. Kadang2, bukan anak, bapak dia pun pakai. Jangan ko tak tahu abang zamani kalau makan pun, lebih kurang anak je... ahak! Memula bawak tuala kecik, tapi tak berkesan.... dan aku dah tak gune lagi dah wipes ni... sbb mmg hantar amani basuh pungkuq terus. Tak ada nak lap2, KECUALI dia tido. Kesian kadang2 sampai nangis2. Maaplah nak... ibu mu was was tak bersih je rasa... itu pun dia tido aku spray... hahaha... melampau mak ko amani...

Amani rashers teruk... so pampers dia tak bole lebih 4 jam. Sian dia nangis berepisod.

Than aku kena sediakan segala ubatan. Demam, selsema dan batuk. Tu penting. Segala vicks, minyak yoyee dalam list jugak. Dan penting ke dua ubat ni!

Amani sbb dia ada tonsil. So agak menakutkan kalau dia ada tonsil, sure akan demam. Dan ubat ni kena ada, supaya mengurangkan sakit. Satu ubat titik, satu lagi ubat spray. Mulut dia kalau dah berbau, makna dah nanah la... Amani ni susah nak tahu dia sakit, tahu2 dia dah flat. PAdahal dia ada bagi hint. Kalau dia diam, atau start tak nak minum, something wrong dengan tekak dia.

Dan kalau nafas dia berbau!!! means dah nanah la tekak dia. Tak susah nak bau...hahaha... nangis tu ko bole bau la...



Ubat ni RM 60! Kesan sangat. Padan la mahal. 7 drop ambik sebelum dia makan atau minum. Dah titik, tunggu 15 minit baru makan or minum. Dalam sehari dah ok dah... ubat ni bertindak menghalang makanan dan minum dari terkena luka... tak bahaya sbb dia consist water sahaja...tapi rasa dia.... erk tak yah la rasa... hahah....

 Ini tuk mouth ulser. Boleh gune tuk tonsil dia jugak... antara dua la... yang spray ni normal used je la... spray mulut dan biarkan. Murah2 pun dalam RM 40 kalau tak silap. Kalau silap, ko marah pantai sbb charge me that price. Yang atas tu we all tahu mahal sbb kita beli kat Farmasi.

Bonjela tak membantu... ko nak letak kat tempat dia sakit...melalak la... lagi2 nak bukak mulut anak ko? idok la... kena yang ini... sbb spray pun sbb ada muncung panjang, masuk than spray berapa kali...

So mommies boleh beli yer spray ni tuk anak2...

Ini adalah barang2 main yang dalam otak kakak... ada lagi ke? boleh kongsi...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Teruja

Salah satu application phone yg aku teruja bila ko boleh buat panggilan terus sewaktu ko sms seseorg. Means dari mode sms letak je phone kat telinga, panggilan auto connect. Hahah tahu sbb apa aku teruja dgn apps ni? Aku dgn zamanikan suke perang sms. Rasa2 tangan penat menaip kang tertaip benda lain, call je terus. So semalam try la. Suke sbb zamani buat muke. Malas nak layan bini yg dok eksen 'bee ur phone bole wat mcm ni x?' Kah kah kah

Maapkan akak yang keperakkan. Baru pakai teknologi advancekan. Dulu hati tetap dgn phone yang ada qwerty keyboard ni. So maju la ko mcm mana pun hatiku tetap pada bb. Now bb ko yang meninggalkan aku. Chit! Sayang betul rosak. Aku x kisah kalau rosak sbb jatuh ke, masuk air ke. Tapi software crack dah tu x leh betulkan. #sentapatimak

Apa pun lepas call gigih org tu anta msg. Kih kih. Jangan sakit ati yer kanda....

Wednesday, June 19, 2013

Terapi minda

Terapi minda. Banyak free gift. Bayar lebih ckit. And that to jurujual yg nama Anas ni. Manis mulut ko yer dik. Apa pun pembelian yang berbaloi. Discount power bank harga 399 dpt discount up to 150++. Haruslah aku senyum. Bole gune tuk iphone, ipad and any anroid.

New friend

Salam awak awak...

Mau kongsi or mau bagi tahu... keterujaan lebih ni... tapi untuk pengetahuan korang, ia mengambil masa yang lama untuk buat keputusan. Knowing me yang tak berapa nak berwang ni,kan. Memula bos lama bagi phone note 2 tu, berlagak bagi kat abang zamani, hahaha tapi ai tak minat la phone besau2 ni. Terasa macam letak buku text kat telinga je...

Tapi ini satu keperluan... sbb opis mmg bagi aku line. Phone tak bagi... mencik! hahaha... so niat mmg nak gune BB aku tuk phone opis ni. Tapi mana tahu!!! rosak! hantar gi kedai, tah cina tu check ke tak, main cakap tak boleh nak betulkan... i was like to kill him je... punya 3 minggu aku hantar, ko kata tak leh betul. Ke ko yang tak betul. Nak hantar kedai lain macam tak la... sakit hati. Nanti2 la...

Pakai phone yang cikai... ala nak jawab phone and sms kot.

Both my bos pakai phone cangih. Sorang S3 dan sorang note 2... hantar kat phone cikai macam aku ni... op coz tak leh nak baca. Kalau dah aksa ko tu lebih 105 patah perkataan. Setiap kali diorg forward message kat aku yang panjang berjela, aku akan dapat msg tertulis

'Message can not read' pls change or buang phone anda kat toilet. Hahahaha...mengadu kat abang zamani, dia tak layan. Melampau la asik nak beli phone jekan... ahak... siap suruh aku cakap kat bos, sila gune email. Ha dah tu bill aku melambung ko jugak bising!Habis cam ner??? Jiwa kacau tau...

Everytime bos aku sms je aku suruh dia sent kat personal number aku... What the heck! nak balas message dia tu 80 kali aku tulis dan padam balik... berani la kau nak sent kat bos ko... bos i tak boleh nak baca sms you, dah la nak menaip tu payah... the last practice hantar sms pakai jenis phone yang number tu adalah 4 tahun lepas. Ha 4 tahun lepas ke??? yer la aku pakai E7 aku  end of 2009, than BB tahun 2011, in between tu semua dah pakai touchsreen macam qwety keyboardkan? terkial2 la nak balas kalau type number...

Stress....

Eh ini bukan cerita nak menagih simpati... ni nak cerita macam mana payahnya zaman sekarang nak pakai phone yang keypad ala2 3310 tu... than sekarang ni ko tulis panjang pun ko bole baca screenkan... ni ko kena scroll dah tu font besar gajah.

Than... pikir punya pikir, aku nak kena beli jugak... iphone akan ku gune tuk opis. Bangla, nepal pun pakai phone canggih... hantar kat aku tak leh baca... hahah sangat lawak la kalau pikir. Konon nak tak tahu, kena jugak ambik tahu... so semalam tanpa pengetahuan suami, terus je beli phone... lantak la... tak ada survey2...

Tapi dah alang2kan... kita kejar teknologi... ahak! bak kata mak aku, bole je beli phone yang biasa yang harga lebih murah... dah alang2 ibu... nak juga merasa. Kerja keras tiap2 bulan, terasa nak rewardkan diri sendiri barang yang kita nampak, belai, pegang... kan?? at least aku tak la gila beli beg beribu2kan... dan aku bukan jenis yang bertukar barang... kalau tak kerana Bold 4 aku tu rosak, aku rasa aku masih setia dengan dia. Itukan hadiah besday lagi la aku sayang.

Ni cakap dengan abang zamani, nak betulkan bold 4 tu jugak, dia dah bingit... berapa banyak phone nak pakai ni???

Eeh marah bang???? hehehe... 

Kawan baru saya....
Semalam amani iman terus je ambik iphone dari beg aku... eh budak ni... tak kata pun anda bole ambik balik. Lepas beli tu terus minta kedai potong simcard opis, masuk dalam iphone. Dan best abang Zamani telah sponser memori card tuk saya... ahak! i lebiue la kanda... tengah2 bulankan... sbb dia tanya aku kena ada memori card external. Wa tak ada duit dah... tanya berapa selalu... dia cakap RM 60-70.... dengar RM 60-70 terus cakap hujung bulan la...atau bila memori betul2 full...

Tahu2 dia singgah beli... ahhh kanda you always like that la...suke saya...

Amani lagi tamak dari mak dia, sbb kiri ipad, kanan iphone... sajer nak buget hebat dari mak dia... ahak!aku ambik iphone punya bising padahal ipad depan mata. Haizzz... dia masih tak berani nak sentuh phone mak dia, Sbb??? dia benda yang tak familiar dia takkan pegang, tunggu la bila dia selalu nampak...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Tuesday, June 18, 2013

Resepi Macaroni Sup


Assalamualaikum....

*Lap peluh buget hot!*

Tengok title mesti korang tak percaya... hebat nau la nak bagi resepi tukan... tapi ni ada org rekues nak resepi and share kat blog... 80 kali aku kelip mata baca reques tu... wahhhhh ni peluang nak jadi PoYo! Hahaha....

Aku adalah salah seorg yang ada penyakit nak snap semua benda masuk FB... kenapa yer? Ermmm... tunjuk la aku isteri yang baik, mak yang baik... konon... tak pa la... what ever la pandangan korang. Aku pun tak tahu. Tapi jadi macam habitat pulak. Phone cangih2 ini la nak tunjuk hasil... *tetiba*

Masih lagi tak percaya nak kongsi resepi yer... *Gelak syaitonnnn*

Sebenarnya, aku mmg suke sangat makan macaroni sup... even my mom pun suke... pencinta macaroni sup. Selalu we all buat macaroni sup, masak sup macam biasa, than rebus macaroni dan makan. First trial time duduk kat rumah sewa time belajar kat MMU. Hahah my housemate makan, tah yer la makan minah tu, tah2 sedekah kat org... hehehe...

Than dah kawin, Zamani mmg suke macaroni sup. Mak mmg juara masak, macaroni sampai nak jilat mangkuk tu kalau makan! terbaek.... so ada peluang belajar la...

Bukti ! nampak tak????!!!!
Ok panjang sangat cerita... kita kongsi resepi tok mama yer... anak sulung dia kalau demam, sakit, deman tak makan bubur. Macaroni terus. And yang tak tahan, amani iman ikut jejak... perh mata tak kelip buget hot mama juara masterchef di hati anak... padahal ni je pro!!!!

Bahan-bahan untuk 2-3 org makan

1. Bawang besar sebijik
2. Bawang puteh 3 bijik
3. Halia - 2inci (hahah buget, 2 inci pun aku taktahu... lalalala)

Tiga bahan di atas ni sila kisar kasi halus....

1. Ayam potong kecik... may be 4-5 ketul. 
2. Rempah sup Adabi
3. 1 Kuib ayam knor (option... will be terasa ayam more kalau letak la...)
4. Kentang
5. Macaroni
6. Garam and pak aji
7. Daun Sup
8. Empat sekawan rempah... (bunga lawang, cengkir, kayu manis dengan biji pelaga) 

Gambar pertolongan en.google yer...
 

Cara nak buat

Rebus ayam dengan air. Letak air sampai ayam tu tengelam (heheh ni ayat adik ipar aku time dia ajar nak masak sup time mak nak gi haji)

Masukkan kuib ayam knor tu sekali dengan bahan yang di kisar... so biarkan selama 10-15 minit. 

Masukkan rempah sup adabi. May be satu sudu makan yang besar tu. 

Masukkan kentang, kalau nak masuk carrot pun ok. 

Than biarkan... 

Ambik kuali atau periuk lain pulak... sila hiris halus

  • Minyak masak, 3 sudu makan 
  • bawang merah ( Bawang separuh atau sebijik)
  • bawang puteh  ( 2 ulas)
  • halia (1 inci)
  • 4 rempah sekawan tadi
Kesemua bahan di atas ni, tumis sampai naik bau... than terus masuk dalam sup yang mengelegak tu...daun sup letak akhir sekali... erk garam dengan ajinomoto bukan barang hiasan yer...wakak lupa nak suruh masuk. Itu ikut suke la korang nak masuk bila...

Than untuk macaroni tu opition, ada yang suke makan kenyal2 so rebus dulu, nak makan tuang je sup. Macam Zamani, dia lebih suke masuk dengan sup sekali, KATANYA rasa sup tu menyerap... hahah belasah je... aku lak jenis suke rebus asing, sbb lama sangat macaroni tu pecah2. So ikut la mana yang sesuai...

Amani pun suke... rasa malas nak masak, aku masak sup je... sbb sangat2 senang... rebus je semua, tengok TV setengah jam, tumis, biar seketika... than siap... 



Kalau dulu, aku suke masukkan isi tulang ayam... sedap gigit2... now ada anak, cari isi la... senang jer... selamat mencube... 

Adios...

Luv XOXO

Org tak gheti masak explain cara masak, mmg berterabur. So carilah isi2 penting. Bebelan tak penting gi buang belakang... ai suke bebel... lalalalala


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


CidaZam bercerita lagi

Monday, June 17, 2013

Hari Bapa

Assalamualaikum...

Semalam hari bapa... aku tak wish pun ayah aku... sbb dia tak ada FB dan kalau ko wish pun dia tak ambik port.

Anyway tak ada la sambut sangat. Tapi semalam meriahnya wish fathers day... and looking at AmaniIman, aku yakin dia mesti nak wish abak dia more dari dia nak wish omak diakan? #sentapatimak

Tapi nak marah abendanya...dah itu bapak dia...kang baik dengan org lain cammana??? siapa nak jawab? Maka semalam kami anak beranak pun bole tahan bangun lambat. Aku bangun kul 11, bila bangun tu, terpk nak buat apa yer? Sekali mak cik kecik ni bangun... terus aku siap dan bawak dia turun mandi dan siap.

Anak abak ni manjakan? mulut dia!!! Abak abak! Sbb dia nampak abak dia kat katil tido! Tu yang dia tak tentu arah dan tak percaya mak dia nak bawak dia berjalan tanpa abak. So lepas siap, masuk dalam kereta, duduk kat car seat belakang. She so behave tau... dia dengan akukan dia seram sikit. Hahah dengan abak dia je dia mengada. Nak kedepan nak ke belakang. Dengan aku satu bunyi ke, harus la kenakan. So dia hanya tanya abak, sekali je. Aku cakap kita nak beli barang tuk abak. Dia senyap... bagus... senang kerja mak ko.

Anak Abak... macam akan pergi jauh je dari abak sampai mencium tag kerja abak! ko ikut abak ko gi mana2 ada ko cium gamba ibu nak????
 Ok gambar di atas gambar lama.Ingat tak last year aku ke Empire hanya berdua dengan dia? Heheh still have this dalam phone

Tapi pakai harness la... mencabar sbb dia dah pandai minta barang. So benda yang dia suke je dia ambik ambik. Aku lagi nak cepat, bole dia baring tengah jalan sbb nakkan belon! haiz. Tak ada apa pun menarik fathers ni... balik2 mug mug mug... dah beli kang, aku jugak yang pakai. So ke Famos Amos la kita beli cookies. Zamani suke cookies Famos Amos tu...

Aku suruh amani iman pilih. Ingat bagi coklat je la... tapi budak gedik ni ambik yang ada bear. Aku letak balik dia melalak... eshhhh pelik la ko ni. Hahah maknya pun, tadi suruh anak pilih. Than marah pulak yer... kah kah kah... gasak ko la.

pilihan amani tuk abak.


 Anak aku ni mmg minah bear. Dia suke bear tu kot.... nasib baik bear2 besar kedai tu letak atas. Letak bawah??? gaduh la korang anak beranak kat situ... kih kih kih

Key chin bear ni bole la abak sankut kunci kereta macam pak teh awie... ada beran abak??? ha ha ha!


From me... with love...

Mak dia pun tak nak kalah... hahaha... sibuk nak bagi hadiah tuk abak... motip???

He been nice man into our life... Me, and the girls. I still cant forget his tear when Aryssa is taken away from us. He being with me all the time. Every minute. Dan aku tahu dia lebih 'sakit' compare me sbb dia yang memeluk dan mencium Aryssa... melepaskan 'dia' di tempat yang sepatutnya....sob sob...


Amani Iman Zulaikha.... i know she love her father and grateful to have a father yang sentiasa memerhatikan dan berkorban apa sahaja tuk dia. Yah macam bapak org lain tak buat eh?? maksud aku, Zamani bole bangun buat susu amani, sebelum tido, tukar lampin amani, mandikan amani, kerja2 yang mak mak buat ni. Siapkan amani, penuhi kehendak si kecik tu. So she more close to her father compare mak dia. ho ho...

Bila jauh... ubatnya video call - gambar hiasan -


 Suke gambar ni... abaikan rambut amani yang tak terurus tu... puas dah sikat, macam tu jugak jadinya... redha dah pasra la amani iman. Sok dah besar kita gi saloon sama2 ok... kita buat rebonding sama2... Pandai pulak bila aku cakap bagi kat abak, lembut je bagi abak, tapi tangan tak lepas. Hahaha bear tu saya punya abak!!!! bagi tak iklas namanya. Jeng jeng jeng....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, June 16, 2013

Amani Iman

Salam

Sejak dah makin besar ni, dia mmg panjang akal... ada je dia buat tuk buat aku senyum kat opis ni. Makin rindu... selalu call rumah tuk tahu dia macammana...

Sekarang di suke sangat menyanyi... kadang2 tak tahu lagu apa pun. Kadang2 nak tido, aku suke suruh dia nanyikan untuk aku. Dia nanyi... tetiba kang

'ten ten ten...' apa tu? ben10 ke? ten ten bak ke... hahah sukati kau nak ibu tekakan?

Jap lagi! tonasi tak ada... tetiba 'Twidle Twidle TA'

Dei tanggachi lagu apa tu??? Tengok gaya dengan tangan kelip kat atas, twinkle twinkle la tu...sometime layu YUNA Terukir di bintang... Oh Tuhan... dalam dia tak tahu cakap terus nak nanyi... tak la lagu tu dia nanyi bulat2... dia siap emmm emmm je la kalau dengar lagu tu.

Ekceli lagu tu Zamani buat video gambar Amani. Org teruja ada anakkan memula2 tu... rajin la buat. I guess korang pun pernah tengok kot... so bila Amani dah pandai tengok TV, Cartoon, kita bagi dia tengok video yang abak dedicate kat dia. Tersengeh2... sampai sekarang kalau dengar lagu tu dia ter emmm emmm ikut rentak lagu tu...

Seyes aku rindu amani iman each time kalau ada kat opis ni...

Pandai berlakon... Ya Allah... kadang2 buat aku tergelak. Mmg terhibur kalau balik kerja...penat pun hilang. And i like bila nak tido. Mmg abak bawak dia naik, letak atas katil. Tutup lampu and just me and her. Dia tak pandai cakap tapi dia faham apa ko cakap.

Amani noti tak? Dia geleng kepala dia....

Amani makan apa ari ni? tunjuk botol susu dia kadang2... kadang2 dia geleng kepala... kadang2 tunjuk tangan  tanda tak ada...

Amani sayang abak ke ibu? dia jawab abak! tu confirm!

Amani sayang ibu ke abak? dia jawab abak lagi... mak dia pasrah...

Dido Dido... dia lelap mata malas nak layan aku... kadang2 bila aku merajuk, dia panjat badan aku, tarik tangan aku, hala ke belakang dia suruh aku garu dia sampai dia tido... sukati ko je nak... mak ko yang bengis ni pun ikut je... janji ko tido...

Bestkan rasa tu... sbb aku selalu rasa dia rapat dengan Zamani... sekarang dah pandai mengadu... mencik! malam semalam... aku tengah update status kat FB pasal dia la... tetiba dia yang tengah mamai tido, bangun. Lampu dah tutup agaknya cahaya phone ganggu dia... aku lari2kan phone dari dia...

Tetiba dia naik angin. 'Abakkkkkkkkkkkkkk' Panggil few time...

Aik macam pernah nampak gaya tu... hahaha... aku bengang kalau dia kacau aku gune iphone atau ipad, aku akan panggil Zamani

'Abak! bagi phone you jap. I baru nak surf internet'

Kang dah pandai cakap dia mesti suruh abak bagi pinjam phone abak... jangan la nakkkk, suruh abak belikan ibu yang baru... wakakaka... adoi la anak... 

Makan pun lawak. Payah nak makan. Tetiba aku cakap Bismilla.... terus bukak mulut makan... hahah pelik tetiba soleha anak ibu, Alhamdulillah... dah setiap kali suap kenala sebut Bismillakan... nampak pelik kat mak dia la... org lain tak tahu... pencinta sup, spegeti macam kak long Aisyah. Ohhh sangat suke sup.... belum makan

Uh Sedapnya.... ha tu ayat yang clear. Tak ada DAP DAP dah... cume dia kalau makan suap, kena dia yang datang kat ko. Bukan ko kejar dia. Tapi nak tunggu dia datang tu mau la 10-20 minit. Kadang2 sup pun kering. Mee jangan cakap la... layan video ni. Mee nenek dah letak cili. Nangis2 nak... ambik la... risau gak kalau sakit perut. Tapi bagi mee je, kuah tak bagi... suke sangat... mama abang yayan jangan jeles ye...

Ok nak balik dah... layak keek amani makan mee sup eh






Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Saturday, June 15, 2013

Suntikan Pneumococcal

Hye... Assalamualaikum kengkawan....

Syukur... rasa lega bila Amani Iman dah dapat suntikan Pneumococcal. Ahad lepas pagi2 lagi aku dah bangun. Buat sarapan sementara Raja dan Puteri kecik sedang beradu.

Pagi tu buat kuehtiaw goreng je untuk Zamani dan family. Tuk amani iman goreng sosej dan jugak kentang. Amani minah kentang!!!! punya banyak dia makan. Sebenarnya sekarang ni dah jarang sangat masak... jarang jugak buat kerja rumah. Sejak kerja Shah Alam, padahal co-pilot je, tapi badan letih. Uh kerja kat tempat baru cabarannya satu je, otak keep generate figure, tarikh dan selesaikan masalah. So lepas 530 tu mmg penat sangat. So nak masak mmg tak ada masa. Asik beli... sumpah kembang tekak tapi apa pilihan yang ada.

Mak aku nak masak tapi sampai dia malas nak masak sbb anak menantu dan cucu tak nak makan. So selalu je membazir. So pagi tu aku tahu, kalau pergi awal pagi, balik mesti kelaparan. Jadi lepas buat sarapan, masak tuk tengahari sekali. At least balik je terus makan.

Sarapan kami pagi Ahad.
 Malas gila nak mesin cili... hahah beli yang segera. Minta halal la... memula mmg tak tahu nak gune yang segera ni, sbb masamkan? Si bodo ni lak kalau masak, cili dah masam pi bubuh lagi air asam... ha! sendiri pikir jadi apa yer. Masak  kuehtiaw goreng mmg aku letak cuke. Ni resepi MIL la... dia letak tatak letak la... kata ikut resepikan?

Kalau dah letak asam, tak yah la letak asam... letak la air... choiiiii! 4 tahun kawin baru dapat equation tu???

Yer saya bukan master chef kengkawan. Cik gu tak ajar. So selalu gigih rendam cili kering and bland... samdol!

Sambal Tumis Udang
Udang kat Tesco murah... sekilo RM 19... baru plak tu! ambik je la... nampak segar la... compare the nite before aku nak beli ya Ampunnnnn macam udang hancur dan berbau... walaupun aku tak tahu nak pilih barang basah, tak la sebodo tu nak ambikkan?  Jadi bila kebetulan ada, terus je beli. Teringin nak makan sambal tumis udang.

Sup untuk Amani iman


Ingat nak goreng sayur tapi kesian pulak dengan anak saya yang tak makan apa-apa tu... kicap mmg dia tak suke... nak suppppppppp je.... apa jenis sup pun tak pa. Yang dia suke makaroni sup. Macam abak dia jugak...

Eh tajuk suntikan Pneumococal... hahah selalu pencong tajukkan aku. Ok aku syukur la bila dah dapat buat suntikan ni. Mana taknya mak yang suke pikir bukan2 macam aku ni mmg tak tenang nak tido. Lepas masak terus je ke UMRA sbb kat situ je murah. Hahaha jahatkan aku. Of coz aku pergi Pead bukan doktor biasa.

Doktor bagi amani iman vaksin PCV13, kalau ko google vasin ni mmg sesuai tuk kanak2 yang berumur 5 tahun ke bawah. Doktor adalah tanya mana aku tahu pasal penyakit ni, aku cakap suggested by friend. Doktor tu tanya lagi siapa yang jaga amani, aku cakap mak bapak aku, dia senyum...

'Kalau duduk rumah, tak pa... tak ambik pun tak pa puan, yang takut kalau duduk nursery je.' Eh eh doktor ni...  anak aku bukan duduk rumah 24 hours. Tak baca risalah ke? Tuk budak yang antibodi sangat lemah pun di sarankan tuk ambik... senang pulak dia cakap tak yah ambik?

So dia terangkan. Bagi baby yang usia 6 bulan ke bawah. 4 dose di perlukan. Means 4 kali injection. Kalau budak dah 6 bulan ke atas, maknaya kena ambik 3 dose. Dan amani sebab dah tua! Baby tua tu, kena ambik 2 dose. So dose ke dua kena ambik dua bulan lepas dose pertama iaitu Ogos nanti.

Senang ati! Sbb aku dengan Zamani plan nak gi bercuti kat PD gedik ikut mak cik dan pak cik aku bercuti kat PD 28 ni... so sbb cuti ni aku dok risau. Yerlah nak gi mandikan... cuaca sekarang pun panas!!!! bila terik panas, budak senang dapat penyakit. Tak pa biar kita pikir yang buruk dulu. Jangan suke2 last2 macam2 timbul masalah. So tu nanti la... kalau cuaca elok, mengizinkan boleh la lepaskan anak mandi... kalau tak, kita duduk dalam bilik otel je... ho ho ho. Lagi pun Amani tak penah pun bawak bercuti. Abak dia cakap kalau anak dah jalan nak bawak sana sini, anak dah jalan senyapppp je...

Omak dia jugak kena buat plan semua. haiz....

Than raya nak balik utara... kita org tua ok la... budak2? Dia penat pun kita tak tahu. Syok la bawak kendong anak, dia sakit ke apa. Bukan la minta tapi buat tindakkan pencegahan awal. Kalau dah kena mmg tak bole buat apa la,kan. Tapi sekurang2nya kita tak la sesal kalau apa jadi. Macam aku, aku tahu amani iman macammana. Tahap kesihatan dia macam mak dia jugak. Cepat letih, cepat la sakit. Hahah manjakan?

Erm... bila dah inject tu betul2 lega... ok layan keek amani la... aku tak ambik gambar pun. Korang tahu je la, amani kalau jumpa doktor dah macam kena pukul. Meraung kuat2. Doktor pegang pun tak. Tapi dia memula nak jumpa doktor bukan main happy jalan sana sini. Dah nama kena panggil, terus je buat drama! Samapi nak dengar penerangan doktor pun payah.





Berjalan sana sini, sampai minta org sebelah tu biskut... adoi anak siapa ni? abak dia bole biarkan. Tarik ler tangan anak tu. Biasa sampai tua esok kecek barang org.




Bukan main lagi baca magazine... aku takut dia koyakkan majalah tu. Tapi so far amani tak tahu nak koyakkan buku. Terkoyak sbb selak kuat tu adalah. Tapi tu pun dia takut lepas tu... hahah mak diakan garang.... uhuhu....

Oh korang nak tahu harge tak?

Injection RM 180 dan consultation RM 35 so terbang RM 215 hari tu... tapi tak pa, anak punya pasal. Niat ati nak beli handbeg bulan ni cancel!!!!! ho ho... pakai beg plastik je la... beg gak kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails