Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, February 28, 2011

14 Feb 2011

Tak sambut.... tak sambut....

Ingat tak time ni aku tak sihat? Selsema?? Than balik kerja aku tengok Zamani sedap tido. Tak pa la. Buat kerja apa yang patut. Lepas solat isya badan tak tahan terus masuk tido.

Sekang ku polok Zamani. Dia tanya aku...

Zamani :- Pukul berapa yang?

Aku :- Kul 10.30

Zamani :- 10.30?? You dah makan

Aku :- Dah... kenapa you nak makan ke?

Maklumlah dr balik kerja sampai kul 10.30 malam... ha! tak serba salah ko??

Zamani :- Ambik baju i kat almari...

Aku pun bangun la. Bukak lampu balik. Nak bukak laci (tempat t-shirt)

Zamani :- Eh kat almari baju yang gantung tu...

Aku pun ikutlah... dalam hati terdetik jugak... apa masalahnya dia letak baju dia dalam almari baju aku ni???sesuatu... tetiba nampak......



Akak pun apa lagi melompat la suke!!! Sweet ku rasa. Zamani dah gelak2 tengok bini dia macam beruk dapat bunga. Hahaha *ok tak yah bayangkan sbb buruk nak mati*

Harus la saya bergumbirakan? Dapat hadiah. So aku tanya dia...

"Hadiah Valentine ka?" Rasa bersalahkan. Hahaha. Tapi dia hanya senyum.

"Special offer..." Hahaha.. ok jawapan yang boleh di terima.

Incik Cida Wan Kembang Semangkuk bersama hadiah2nya. Aku sangat terharu. Before tu aku sajer je hint2 kat Zamani, tak harap pun. Ternyata facebook dan blog adalah penyampai maklumat yang berkesan... hahah tak mo ar tutup Facebook... kahakaha.... *wink wink *


Happy ko!

Thanks hubby... i love you....
*Gayak Sabariah cakap i love you kat Dr Asmadi. Penuh ghairah... hahahah*

Terima kasih sayang... heheh ni yang buat nak sayang lebih lebih lagi ni... kui kui kui.

Semenangnya saya pengemar coklat Ferrero Rocher. Makan sorg oooo. Zamani ambik bau je. Hahah... kedekut nak mati. Simpan dalam almari je ok.

Pink roses tuk kali ini. Cantik saya suke.

Warna pink2 nak ke purple sikit. Susah nak dapatkan? Bagi aku susahla sbb sepanjang Zamani bagi bunga tak ada warna ni lagi. Eh incik suami ingat ok warna2 bunga yang dia bagi kat aku. Aku iyokan aje. Nak check it out balik bunga dah bertukar satu kaler. So idak la ku tahu warna pa... kijam tak???? Itu tak penting, janji aku simpan.Kan kan kan

Bagi ku dan suami, tiap2 hari adalah hari special. Tak yah tunggu valentine. Yang tunggu valentine ni sbb barang2 tuk pasangan kekasih ni selalunya hebat2 belaka. Susah nak dpt. Limited edition selalu. So menjelang valentine time tu la nak beli. Aku??? tak pernah bagi laki aku hadiah... Tapi lepas tu aku bagi hadiah. Kata happy dapat hadiah, kena la balaskan?

Apa dia??

Belanja makan kat kedai mamak... hahahah...

Sunday, February 27, 2011

Ibu Birthday

Tahun ni tak sambut pun. Ibu pun tak ingat. Itu pun dalam keadaan yang tak berapa nak sihat ari tu, aku paksa Zamani cari kek. Hehehe

Ibu mmg tak kisah. Tapi fav dia adalah American Coklat. Jenis kek ni mana2 kedai kek pun ada jual. Mmg coklat dia berat sikit la. So kek lain mmg dia lambat nak kayuh. Tapi kek ni mmg laju. Kui kui kui

So detik kul 12 malam,aku dera ibu. (Kata nak buat suprise)

Kebetulan dia masuk dapur buat air. Sementara nak suruh Zamani pasang lilin, aku pun masuk dapaur berbual dengan dia. Lambat plak laki aku ni tau. Sampai aku secara spontan cakap

"Ibu buatkan Zamani kopi."

Tp ibu tak membantah. Dia pun buat la kopi tuk menantu hantu dia tu... hehehe. Bukan apa, time dia dah sudah buat air dia, dia nak ke hall tengok tv. So aku nak lengahkan masa.

Berbual dengan dia, tepat kul 12, aku tutup lampu dapur... menjeritla dia ingatkan elektrik nan ado. So aku dengan Zamani buat konsert.

Tergelak2 dia tersuprise dengan suprise kami suami isteri... ehehehe.


Small kek from us.

Happy Bithday ibu.

So the next day Fida plak buat suprise. Dengan menghantar coklat kat ibu. Time tu ibu plak dah kuar ambik aku dr kerja. Nasib Zamani ada kat umah. Ibu dok tertanya, barang apa yang Fidah suruh courier service hantar. Fida kata barang dia. Nak bagi ibu suprisekan? Tapi mak aku tertanya2... asal eh angah tak anta barang kat opis dia? Kenapa umah klang??

Hahah aku plak secara spontan terus cakap...

"Eh kan dia nak datang klang esok?"

So ibu tak cakap apa-apa. Hanya angguk setuju la. Mungkin sbb dia nak datang klang so dia hantar barang kat umah klang.

Sampai umah, plan nak terkujatkan ibu tak jadi sbb ada kucing mati depan umah jiran. Mentang2 la ibu dengan ayah suke kucing, kucing mati kena langgar diorg datang umah jumpa kami suruh tanam. Bule tak???

Ibu lak tengok kucing tu bukan kucing yang dia bagi makan, dia tak nangis la... tapi bising kat ayah suruh tanam. Mula la dosa pahala kuar nak suruh ayah tanam. Itu yang aku geram dengan kawasan perumahan aku ni. Padahal kucing tu mati depan umah ko. Bole buat dek je??? Kami ni boleh je buat dekkan? Depan umah ko pun. Tapi sbb perikemanusiaan. Kami buat jugak. Baik tak?? hahaha

Aku dengan didi naik darah... maka tengah2 berbual dengan mak cik sebelah tu, didi hulur je hadiah si Fida. hahaha... terkujat ibu. Sila percaya dia tanam kucing kepit hadiah pida kat ketiak... wkaakaka.. lawak la ibu. Excited punya pasal. Ke nak tunjuk kat mak cik sebelah tu ibu? Ngeh ngeh ngeh

Aksi ulang tayang sekali lagi... hahaha... coklat Ferro gubahan bunga. Special delivery dari Fidah

Muke happy

12 bijik ke semuanya.

Happy birthday ibu... kami sayang ibu. Thanks for everything.........

Friday, February 25, 2011

Goshhhh

Semalam duduk2 tengok tv... bangun je terlihat diri sendiri kat cermin...

BURUKNYA AKU!!!!!

Yer la aku ni tak la cantik mana. Korang bayangkan rasa tak terurus. Malas yang amattttt nak jaga muke. Rambut lagi la... hantu kak limah pun elok tau. Sob sob... laki aku pun.............................. diam je??? Dia gelakkan aku bila aku tercengang depan cermin.

My hair is bad. Tak terurus.... i cant remember when is the last i shampoo my hair (hahah ok tipu, harapan extra money to manjakan diri di saloon)

Muke ku kering. Pemalas ubi nak pakai pelembab.

Bibir kering. Adoii la... sendiri tengok pun tak bernafsu ok. Terkopek sana sini.

Muke aku pucat.

Yang best ikat rambut pakai getah ni je ok!


Jenis malas ubi, main capai je buat ikat rambut. Ekceli aku hagak pantang kalau ikat rambut gune getah ni. sakit oooo kalau tersangkut. Nangis. Tapi sejak dua menjak mendapat titile pemalas ubi, ini pun aku rembat. Tak kecoh suruh Zamani gi kedai beli getah rambut proper. Dasar pemalas....



Kalau pakai getah ni oklah jugakkan kaler ful... hahahah.... sob sob... pagi tadi aku tengok diri aku kat cermin. Adakah ini perubahan yang kekal? Aku tak leh ikutkan sangat malas ubi ni!

Bole ku tanya Zamani, dia tak jawabbbb ok! Dia senyum. Nampak sangat dia perasan tapi sbb nak jaga hati bini tak pa la... tutup mata. Jangan incik abang. Kang awak lari saya gigit jari tau. Sekarang ni tido pun lepas solat tido... tak ada makna nak telek muke bagai. Hahahah sian muke aku. Tapi Alhamdulilla masih belum nampak kehadiran incik jerawat dan sekutunya. Makan tomato pun tak... aisemen....

I need hair cut. Aku mmg tak leh nak rambut panjang. Kalau panjang je tak terurus. Tapi tak nak jugak pendek sangat. Maklum la rambut mcm i ni, pendek sangat kang terkejut plak... hahaha....

Thursday, February 24, 2011

Rayyan Turn to 2

Gigih buat entry during peak hour (salary)! Mmg tak bergaji mak long ok!

Ekceli aku ada buat special video pasal Rayyan for his birthday TA
PI!!! keadaan aku yang tak mengizinkan. Project tergendala. Ampunnnn... Tapi ku paksa dan gagah tuk buat entry tuk budak kecik ini.

Mesti mak dia terharu lebih2... hahaha


Rayyan dah 2 tahun... cepat sangat masa berlalu. Dari kecik sampai sekarang dia buat aku musuh dia. Anak org lain semua suke aku, dia sorang je. Biasa budak demuk tu. Dulu hanya pandangan mata dan jelingan dia sahaja. Sekarang mulut petah nak bercakap.

24 Feb 2009... a boy how lived... Rayyan Khenaizi lahir di hospital pantai bangsar. Berat 3.2 kot kalau tak silap.


Budak yang lahir lepas kami menyambut hari jadi Kung Kung (my dad on 23 Feb). Mesti cucu atuk ni... ayah sayang rayyan sbb dia copy cat muke atuk dia ok. Bangga lakan???


Rayyan Khenaizi. Nama Rayyan omaknya telah curik dari mak long yang inginkan nama Rayyan tuk bakal anak lelakinya nanti. Tapi di rembat oleh si Fidah. Hahaha. Kekal sampai sekarang. Jam 8 malam Rayyan di bawa masuk ke bilik tuk jumpa semua family. And bila panggil nama dia, dia start bukak mata. See tengok gambar... cubaan dia buka mata time ni.


Rayyan seem dont like my voice. Dengar je terus nangis. Ha3... mungkin dia cakap. Oh this is my auntie yang gila dok marah dia dalam perut lagi. Heheh. Time fidah mengandung, aku suke jerit nama dia. Sbb seronok bila aku panggil nama dia dengan kasar, cepat dia tendang mak dia. So bila dia lahir suara ni dia cam habis. Nangis dalam perut tak dengar, nangis sekuat yang bole.

Aku kerap warning Pidah bila time aku nak tunang dulu. Sbb time aku tunang tu fidah dah 8 bulan lebih. So warning rayyan siap2 jangan kuar during my engagement day. Hahah. Budak tu pun menyampah dengar suara aku. But bila dengan Zamani, mmg dia diam. Time ni siap bukak mata tenung Zamani... opss sori hes not you father ok Rayyan.

Rayyan second day....


Muke ganas!


Ciri-ciri fotogedik... mesti nak tengok camera.


Rayyan one week...


Rayyan the giant. Besar gilakan? I like this pic. Tapi tah mana tah copy dia.



Rayyan at my wedding


Rayyan 6 month old.

Rayyan one year!


Rayyan one year 10 month



To Rayyan.... mak long harap Tayen jadi anak yang Soleh. Yang mendengar kata mama, papa, kung kung, nenek dan semua yang tua dari Rayyan. Banyak plak list nak menyebutnya. Semoga Rayyan menjadi hamba Allah yang taat pada perintah dan suruhan Allah dan rasulnya. Rayyan menjadi bintang bagi setiap org, gelak Rayyan, senyum Rayyan, bicara Rayyan membuatkan semua org terhibur. And my dear Rayyan... i love you so much.



Happy Birthday Rayyan...

Sila saksikan video konsert Rayyan Khenaizi tapi maaf suara yang kuat suara Da da (didi) plak... hahah... dia selalu nak tumpang glamor


Wednesday, February 23, 2011

Baik-baik sayang

Aku jadi sensitip dengar lagu ni...

Terasa kalau ada anak, pasti aku dodoi lagu ni tuk anak ku...

Sbb ni la lagu Yayan Tanaji... 'aik aik tayan...' nanti aku upload video dia nyanyi lagu ni. Macam buat konsert plak. Tapi liriknya buat aku sedih... as a mother pasti maukan anak2 baik-baik sahaja. Tak kisah di mana pun. Sama ada anak tu besar ke kecik ke, baby ke ataupun dalam kandungan.

***Veranggan lagi****

Harap semua ini akan menjadi kenyataan.




Tersentuh dengan lirik

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang

Yup every mom wants the best for their child... tak ada yang terkecuali. Dan air mata aku tak gugur2... hahah apa hal??? kata sedih??? acamak! tak feel la macam ni... tak faham aku. Uhuhk! Salahkan Zamani la ni... tetiba hati kering. Eh laki aku bukan senang kuar air mata ka??? hahahah... tetiba...

I miss my mom...

I miss mak jugak...

Both of them banyak berkorban tuk aku saat2 ni... dan aku sangat terharu. Sob sob...

Anyway its my dad burfday... dan my fav uncle birthday. No special entry. Kerja menimbun, sementara nak tunggu chq beta update sikit... ulang kali dengar lagu ni.

Happy birthday ayah and pak cu...semoga panjang umur and murah rezeki selalu....

Tuesday, February 22, 2011

4 boys one gurl

Semalam lepak ANW... tak ada kerja nak buat dengan Zamani. Aku dudk sebelah family ni. Mak dia mude la... maybe age pun middle 30 macam tu. Anak dia 4 lelaki...
Terus teringat the AnaS....

Yang sulung tu mmg besar tinggi la. I guess umur dia 13-15 la mcam tu. Yang nomot dua tu nampak macam 11-12 tahunla. Yang ke tiga nampak age 9-10 tahun yang kecik lelaki tu umur dalam 5-8 tahun la. Tapi bukan budak2 kecik. Rasa semua dah sekolah. Berbual dengan si ibu. While ayah ambik pesanan. Sekali bapak dia datang, perh sepesen rambut dengan anak2. Muke je lain2. Yang sulung tu nampak muke ayah dia. Second pun sama. Yang ke tiga tu mmg lain habis. But kulit ikut ayah dia puteh. Dan yang anak lelaki bongsu terus gelap. Mak ayah tak la gelap mana.

Sekali datang budak perempuan yang umur 9-10 jugak duduk... so 4 lelaki dan sorang perempuan. Best tengok diorg. Mak diorg berbual dengan anak2 dia more to friends. Pastu mesti terlintas, mesti mak abak macam ni memuda dulukan? Ku tanya Zamani dia gelak je. Cume bezanya anak perempuan dia mesti nombor 3 kot. Bukan bongsu. Dan bebudak tu mmg rapat. Makan pun kongsi2. Ko rasa aku punya, aku rasa ko punya. Gitu la. And mak dia nampak very supportive. Aku pasang telinga la jugak. Si anak cerita pasal buger depan umah naik harge. Haha... tanya mak dia cheese mahal ke sekarang, sbb abang buger terus charge from RM 2.20 to RM 2.80

I wish i had few kids with me one day.

Hang out... listen to their story....

watching hubby manage the kids... seyes comei. Suami dia yang banyak bukakkan plastik buger tuk anak2. Letak sos to each buger tuk anak2. While mumy lak potong waffle tuk tiap2 anak. Macam berkerjasama gitu. Tak pulak aku tengok anak ni merengek ke, yang ni merungut ke. Semua tertib. ahhhhh suke tau!


May be bebudak tu dah besar. So tahu jaga diri. Kalau kecik2 bawah 10 tahun, mau aku rasa gegar tempat tu,kan?

Sok macammana aku didik anak aku eh??? ***verangan lagi****

Saturday, February 19, 2011

We need each other.... 4 ever...

ts not our anniversary.... tapi CIDAZAM selalu poyo berangan lebih2. Kalau dengar lagu yang rasa2 feeling tahap dewa ke tahap gaban, selalu je nak veranggan.

Tah mana Zamani dapat lagu ni. Download maka di dengar dalam kereta. Terus feeling sorang jadi Seether dan Amy lee... amy lee??? aku??? hahaha. Veranggan jadi cik gu shida miming suara amy lee je la yer. Kui kui kui. Bila aku jadi cik gu? Sejak jadi menantu cik gu yati la. Dush dush! Sila google siapa Cik gu Shida yer. Anda akan tahu siapa.

Mmg layan habis lagu ni. Ku suke bila dengar Zamani nanyi lagu ni... awwww suara you buat i tertawan la. Org lain i tak tahu la. Tapi i love your voice baby. *kembang kuncup idung incik suami*

So hari ni meng-googlekan diri dengan memcari maksud lirik... sangat menyengat.


I wanted you to know I love the way you laugh
I wanna hold you high and steal your pain away
I keep your photograph; I know it serves me well
I wanna hold you high and steal your pain

Cause I'm broken when I'm lonesome
And I don't feel right when you're gone away

You've gone away, you don't feel me anymore

The worst is over now and we can breathe again
I wanna hold you high, you steal my pain away
There's so much left to learn, and no one left to fight
I wanna hold you high and steal your pain

Cause I'm broken when I'm open
And I don't feel like I am strong enough
Cause I'm broken when I'm lonesome
And I don't feel right when you're gone away

Cause I'm broken when I'm open
And I don't feel like I am strong enough
Cause I'm broken when I'm lonesome
And I don't feel right when you're gone away

Cause I'm broken when I'm lonesome
And I don't feel right when you're gone

You've gone away, you don't feel me anymore


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar gedik baru2 kawin... Hahah bila nak gedik macam ni lagi??? jeng jeng jeng.

Friday, February 18, 2011

Hapdate

Kemalasan berbloging tahap cipan......................

Balik kerja bergurau senda dengan suami di atas katil sahaja.... tettttttttttt! Korang jangan pikir bukan2....

Zamani layan PSP... aku layan mimpi....

Bangun magrib.... kalau ada mud makan, nan ado slumber badak sambung baringgggg. Tapi biasalah aikan isteri yang tak leh tengok suami kurus dr ai??? Lepas magrib than sama2 turun makan. Wahhh macam org besar turun je semua dah sedia oleh ibu. Kesian anak perempuannya kalau sakit mmg teruk. Sob sob... lepas makan lepak bilik lagi...

Apa ke hei aku dengan Zamani dok lepak bilik ni??? Cuaca panas lately... air cond bilik sesejuk london ko! sedap tuk tido. Sampaiiiiiii esok...

Itulah rutin aku seminggu dua ni... bosankan???

Tak tahu la kenapa. Kenapa eh??? korang tahu??? dah dah tak yah buat spekulasi. Bikin hati bengkak... doa je (buat mereka yang banyak sangat MUNGKIN di kepala)... keh keh keh. Sampai aku nak tulis status kat FB/twitter seram sekali ok! Kita pk lain org pk lain. Apa pun ku anggap kata2 itu satu doa. Maka doalah kita beramai2.

Apa hal nak marah2 lak... gilo apa??? Idok la. Asal ku tulis je ada je yang pikir itu ini. Gegurl jadi serba salah la... jangan gitu tak mo tak mo... hehehe.

Tetiba nak makan ayam gorengggggg.... hahah... adios!!!!sori menghampakan kalian sekalian alam........................................

selamat ari jadi buat ibu

HARI INI HARI JADI MAK SAYA.... SAYA SAYANG MAK SAYA...
HAPPY BIRTHDAY ISTIMEWA BUAT IBU KU YG KE 53 TAHUN... MUDAKAN?? NAK BUAT ENTRY MMG TAK LARAT LA. KESIHATAN TAK MENGIZINKAN. SAKIT2 PUN GIGIH CARI KEK TUK CERIAKAN ATI IBU DI HARI JADI DIA. DIA PUN TAK SIHAT TAPI JAGA AKU. LAYAN JUGAK AKU NI... SOB SOB. SO APA LA SANGAT KEK KECIK NI DR ME AND ZAMANI. TQ HUBBY! SANGGUP TUNGGU KUL 12 MLM NAK SAMBUT BIRTHDAY IBU... OKLAH KU DOA SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR IBU DAN MURAHKAN REZEKI IBU. ALONG SAYANG IBU... SORI EH UPDATE FROM FON JE... BUKAN TAK BERSUNGGUH TAPI MMG KEADAAN TAK MENGIZINKAN. JANJI AKU INGAT,KAN KAN KAN? I BET IBU TAK HARAPKAN APAT2 KECUALI INGATAN ANAK2. THANKS IBU FOR BEING THERE FOR ME....

Wednesday, February 16, 2011

Lihat apa yang aku jumpa???


First Video yang aku rakam time first date. Lihat abang Jamani korang berani 'jual' suara kat akak ko pestime jumpa ni.

Di sebabkan our friend request nak pergi karaoke, kami layankan sebagai tanda terima kasih pada teman tu sbb kenalkan kami la,kan.

You can see my friend tengah berbual dengan me but aku sempat or boleh di katakan gedikkan nak ambik vidoe ni. Heheh abang Zamani pun nanyi tu tuju kat aku melalui lirikan mata! I like!

Mesti suami ku itu malu dak??? Hahah aku pun tak sangka aku simpan this video tau.Mahal ni berharga buat ku....

Berapa seringgit??? Sejuta pun tak mau der. Value video ni amat bermakna. hahaha....dah la kurus melenkung muke laki aku ni kan? Nampak betapa tirusnya wajahnya??? tah bila nak dapat wajah sebegitu?? hhehehe...


Tuesday, February 15, 2011

Salam Malidur Rasul

Salam Malidur Rasul buat semua... mari kita sama2 berselawat ke atasnya.




Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika

Telah terbit bulan purnama
Cahayanya menyinari kami
( Telah terbit bulan purnama )
( Cahayanya menyinari kami )
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati
( Kau contoh akhlak terpuji )
( Wajahmu penyejuk hati )

( Repeat Chorus )

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
( Kau agaikan matahari )
( Cahaya menerangi bumi )
Engkaulah permata hati
Bertakhta di sanubari
( Engkaulah permata hati )
( Bertakhta di sanubari )

( Repeat Chorus )

Ya habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
( Ya habibi Ya Muhammad )
( Penyeri timur dan barat )
Kau yang gagah, yang mulia
Engkaulah imam kami
( Kau yang gagah, yang mulia )
( Engkaulah imam kami )

Monday, February 14, 2011

Nyanyian Mereka

Mereka dua budak yang kuat menyanyi walaupun aku tak faham apa diorg cakap. Rayyan and Aliya.

Me and Zamani kalau duduk2 tersenyum sendiri. Budak2 sekarang ni, cepat betul berlajar lagu cinta. Aisyah sbb dia dah cakap clear so no problem with that. Aisyah tukar lirik je...

Lagu Shahir part lirik

"Embun ku takkan mampu.... " sesedap rasa dia tukar "Embun pun takkan Mampus!" Hahaha mengucap panjang aku dengar.

"Ibu ibu engkau la ratu hati ku" Dah bertukar "Ibu ibu engkau la racun hati ku..." Nangis 40 hari che ta dengar ko! hahahah

Yang lain aku tak berapa nak ingat. But Aisyah tak ada masalah. Cume yang selalu buat kita teka lirik ni budak berdua ni la...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nama :- Nur Aliya Farhana

Umur :- 2 tahun lebih

Hobbie :- menyanyi

So mari kita sama2 teka lagu2 berikut :-

"Ya Allah... Ya Allah.... wayyyyyy" ----> Mahir Zain (Insya Allah)

" Baby oooo baby oooo baby oooo' -----> Justin Biber (Baby ooooo) ku rasalah tajuk lagu tu kot.

" ku angis...." Sambil letak tangan kat dahi -----> Rossa (Hati yang telah kau sakiti) Hagak je la takkan tajuk lagu ku menangis plak?

"I love you, you love you" Versi minah hati keras. Kartun Barney


Mostly yang aku dengar banyak yang mahir zain Isya Allah tu je la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nama :- Rayyan Khenhaizi

Umur :- Setahun 11 bulan.

Hobby :- Nanyi dan posing depan camera!

Lagu2 dia lagi tak leh bla...

"Syak Allah Syak Allah...Wayyyyy" Insya Allah Mahir Zain

"Cheh cheh cheh BarkAllah " BarakAllah Mahir Zain ambik tang "said said BarkAllah" Ada kot... dahtu je dia dok ulang

"Badi badi you...badi badi you " Paling mencabar nak faham NO body wondergirl

" Enek Shudah uaaaaa... gigi uwaaaa...." Burung kakak tua part (nenek sudah tua, giginya tinggal dua)! Ibu tersentap bila Fida tanya nenek mana, rayyan terus dia nanyi part tu. Sentap la org tua tu. hahahah

"Dai ari Eshok.... " Andai hari esok Adira

"Aik aik tayang..." Baik baik sayang waliband

"I love you, you love I" Barney... version mamat jiwang kalau nak beza dengan aliya.

Hahah bila dengar balik bebudak ni mmg kelakar la.

Give more and xpect less

Lama tak dengar word ni...

"You give more xpect less...." Tuan motivasi Ana NorZamani. Bila baca blog seseorg ni, aku boleh faham apa yang dia rasa. Dont be sad.... ku dah rasa benda ni di awal perhubugan dengan laki ku 2 tahun lepas.

And benda ni di anggap serius oleh Zamani, since loteh nak memujuk aku yang suke sangat tersentap. I remember di awal 3 hari declare. Sebelum tu, perkenalan 2 minggu tu mmg payah la semua report. Sampai nak naik tangga rumah pun report ok... ingat encik Zamani??? Lepas declare Zamani mula berubah. Sangat cepatkan?? Tak sampai sebulan. Just 3 days!!! imagine tak?

Bukan la berubah apa, aku rasa dia tak report mcm biasa. Time nak pikat mmg sentiasa sms bagai. Mungkin time tu dia bz nak uruskan pemindahan diri ke Shah Alam. Time tu incik Zamani ada dua phone. Tengah berbual dengan aku tetiba ada call masuk. Aku dengar semua la perbualan tu. So tetiba dia cakap

"Yang, i nak jumpa my second brother kat Tokai."

"Tokai tu kat mana?" aku tanya... kul 8 malam kot time tu.

"Kedah."

Terkejut beruk. Aku tak pernah sampai Kedah. So nak membayangkan jarak tu mmg tak dapet.

"Buat apa?"

"Ada hal. I nak gi sekarang. Nanti i call you ok sayang?"

Malas nak cakap/tahan. So oklahkan....

Kul 10 tak call... tunggu kul 11 pun tak call. So aku decide to call. Masuk voice mail. Oh hati panas, not even one msg. Dia ni biar betikkan??!! jumpa adik ke jumpa 'mat thahir?'

Sms jangan cakap la... banyak oooo... satu pun tak delivered. Than kul 1 pagi dia call tak silap

"Sayang sorry, kampung my brother susah nak dapat coverage" Yah yah tipu la saya!!!!

So soal siasat pun bermula. And i tell you Zamani 'unlike' terus jadi panas hati. Wakakak....

"I jumpa my brother. Bini dia bersalin so dia bosan tu yang i pergi tu.Jumpa dia minum2."

Baik sangat la ko dengan adik ko! Hahah now tahu la dia mmg baik pun dengan adik2 dia. Kui kui kui.

"Lah i tak kisah, you tahu tak i risau... bla bla bla bla...."

"Dah dah... i tengah drive ni. Sampai Penang i call u balik!"

Ha... sadis ko! Ni nak buat tarik diri ni. Kui kui kui. Encik Ajies and Puan Azita, betui ka along ada mai Tokai time pantang Aliya??? Ni statement cari pasai namanya. Nak ungkit cerita yang nak 3 tahun.

Banyak lagi la kes dan cerita2 lain. Mmg kita akan jadi risau. But guys! Mmg depa macam tu kot. Diorg tak bermaksud nak sembunyikan dari kita. Kalau sms/call selalu pun org sekeliling dia (Family dia) akan menyampah plak. End up kita akan dapat nama buruk dengan family dia. Trust me!

Esh perempuan ni! rimas la mak/ ayah tengok. Dia kalau tak kacau kamu tak boleh ke?

Ha! not gud bila itu jadikan??

We talk about it! Zamani mmg rimas nak update me always. Cume dia tak perasan dia yang ajar benda tu time nak pancing akukan? Bila dapat dia akan mula tunjuk true colour. So kita tak leh nak ubah dia as long dia tak abaikan kita. Dah inform sampai umah dah cukup baik dah compare esok lusa baru dia nak ceritakan?

Zamani selalu nasihatkan aku tuk "Beri lebih tapi jangan mengharapkan apa-apa" Coz bila kita mengharapkan sesuatu in return, you will make yourself hurt. Trust me. Perempuan ni selalu je nak bagi lebih2. Pastu nak harap balasan. Termasuk aku. And lelaki lak diorg tak suke. Diaorg suke kita take care pasal diorg. Mana2 lelaki pun la. Diaorg nak balaian macam budak2. TAPI!!!! diorg tak suke kita ungkit.

Trust me! Aku bukan perempuan idaman lelaki. Hahaha perangai aku mmg teruk, sentap dah la selalu, merajuk pun selalu, marah lagi la dah jadi sebati dengan darah daging. But if you really love the relationship its time you question yourself. Kita bagi lebih kasih sayang tak pa. Kalau diorg tak tahu menghargai kita tak leh nak paksa org tu tuk sayang kita, betul tak? Cube bayangkan hidup ni kalau ko jaga aku, dan aku nak ko jaga aku macam aku jaga ko... ha! hidup ko tak bermakna ko tahu. Bosan gila.

Mcm Zamani ku jaga segala keperluan dia. Even kalau makan dia boleh ambik sendiri, aku akan pastikan setidak2nya aku sediakan dia air. Walaupun hanya air kosong. Dalam hati ni selalu je nak dia sediakan tuk aku. Kadang2 dah masak dah hidang dia tido tak bangun, buat aku rasa sangat sakit hati. Kita penat2 balik masak, hidang takut dia lapar, dia plak tido. Tak ada initiatif nak bangun ke, set dalam otak... oh bini aku dah masak...kena bangun. So macam terpikir cube ko dalam tempat aku... ko masak aku buat bodo. But alhamdulilla. I never xpect when im sick dia boleh jaga aku dengan baik. Sangat sangat baik.

Sampai makan pun dia suap (Which i never did that to him. Aku letak makanan dan biarkan dia makan). Time makan ubat dia jaga. Dan yang sadis bila dia ambik cuti jaga aku.

See.... cara itu yang aku belajar. Bila kita tak harapkan balasan, bila dia buat sesuatu di luar jangkaan kita. Itu akan jadi indah. Dont you think?

Ok apa aku cerita ni hal org yang kawin. So perbuatan tu clear cut dah halal bole la. Eh time aku bercinta pun Zamani banyak buat benda di luar jangkaan aku. Cume kita ni perlu la bersyukur dengan pasangan kita.

Janji dia jujur dah ok. Bab kejujuran pun masing2 ada cara sendiri.

Janji dia baik dah ok.

Janji dia hormat kita sebagai pasangan dia pun dah ok.

Jangan kita mengharapkan sesuatu dari dia sbb kita sendiri akan jadi sakit hati nanti. So let it be. Tak perlu kita nak emo lebih2. Takat sehari udah. hahahah.

Hari ni valentine eh. Aku buat entry ni dengan harapan adalah BUNGA BUNGAAN... COKLAT COKLATAN... MAKAN MAKANAN. Wakakak.... tesembul bijik mata laki aku.

Bini aku ni!!!!! Kah kah kah.... lariks...

So you my dear. Chill! Pesanan Zamani buat aku selalu. Jangan besarkan benda yang kecik. Dia biasalah.......... semua benda dia rasa kecik uhuhuh... Tak sensitip tau! Mencik!

Ok bye...

Sunday, February 13, 2011

baby centre dot com

ok tetiba nak share. Dulu aku baru2 mengandung, aku xcited sampai aku buat andaian dan penerangan sendiri dalam blog yg tah apa2. Hehe mak mertua and my biras selalu betulkan. Sampai agaknya biras ku malu kot dpt biras yg begini lembab. Ha3 maka dia perkenalkan aku this page.

Jangan malukan diri anda... Seyes aku main belasah je, bila scan doktor terang lain aku faham lain, end up mak terpaksa terangkan ini apa itu apa.

Baby center sgt bagus. Ko register pregnancy ko di situ.... Every week they will update you baby ko berapa minggu., apa yang develop dan sila baca. You will know perkembangan baby secara detail

aku ingat lagi first dengar heart beat baby. Aku dok cerita baby da start moved. Ha3 lawak. Padahal doktor tunjuk baby ada jantung,rasanya organ pertama yang terbentuk jantung la kot eh?

Aku cerita kat sini pun sbb aku nak share. Aku tahu ramai yg mengandung latelykan? Tapi babycentre dot com ni bukan saja tuk pregnancy je. Dia bg tips sblm nak mengandung, and aku lama tak bukak email aku sbb sampai sekarang aku terima perkembangan arwah anak aku ( kalau dia masih ada.) so buat aku sedih. Elok la web ni. isu yg sangat penting ialah pada peringkat 1-2. Baby nak developkan? Seronok dia akan bg tahu contoh minggu ke 9, bentuk tangan dan kaki baby dah bentuk sikit, bila jari2 terbelah sbb usia kandungan dia hanya bentuk tangan je... Than ciri fizikal si ibu berubah. Tentang pertukaran hormon kita. dengan cara tu ko kenal anak ko dengan lebih rapat. You feel you baby each day and week. Dan yg best bila info yg bgtahu... 'kamu akan rasa baby kamu menendang pada minggu ni' ohhh mcm baca ramalan ok... Minggu tu ko sedia nak rasa gerakkan baby tu... Betul tak tipu...

Now aku dah bole baca balik web tu. Mcm aku cakap for those yg planning nak anak, baca la info2 mcmmana nak consive... Vitamin apa yg kena ambik. Now babycenter ada 3d plak... Nangis oooo tengok how baby develop.

Ok tak mo buat spekulasi apa2. Sharing is caring. Thanks to che ta for the info. Dulu xcited nak tahu pasal baby. Now hampir every month buat pengiraan kitaran subur kat baby centre. Haha tak pa usahakan. Lagi pun tak rugi kita tahu benda2 mcm ni. Doakan tuk aku ye...

Oh jangan risau babycentre dah ada translation bahasa. So lagi senang ko nak faham.... kalau kita bukan doktor tak yah la cerita lebih2. Elok baca tuk pengetahuan kita jugak. Ko cerita dengan orang yang xpert mmg kena gelak seumur idup la. Macam aku dulu...hehehe xcited lebih sampai sendiri bayang baby dah boleh menari, lompat bagai....mmg seronok tp org pun seronok gelakkan kita.

Saturday, February 12, 2011

Semalam yang dapat Cokelat

Ok semalam kesihatan terganggu. Selsema yang seminggu menyerang. On off. So semalam decide nak cuti je. Tak larat aku nak gi kerja. Padahal dah siap.

Kebetulan ayah pun ada. Nak hantar aku gi kerja. Tapi tu la tak sihatkan. So lepas makan nasik lemak makan ubat, mamai depan TV.

Sbb tu aku memekak kat twitter. Syok! Hahaha. Yang tak nak layan butakan mata kalian dengan msg di twitter. Aku rasa macam syok plak twitter ni. Zamani tak tahu bini dia sakit di rumah. Tapi balik kerja haruslah dia terjah bini dia yang ala ala separuh mati kat katil. Wakaka. Eksen kena lebih.

Tetiba gue dapat ini.....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Terima kasih pak cik google. Ini mesti kes beli kat petrol pump. Wakaka... beli 6 bijik cukalat fav.

So dan dan baik ko....

Me:- Alaaa nanti valentine tak dapat la??

Zamani :- Valentine?? Hahah insya Allah. But makan ni dulu. I know you tak selera nak makan apa-apa. Hope coklat ni you lalu makan.

Ok. Mmg tak lalu. Korang tahu je la kalau selsema ni. Mati urat saraf lidah ko nak rasa benda. The nite before makan tomyam. Pedas tu rasa la. Tapi 'rasa' tomyam macam ayaq kosong yang letak cili je. Bule?

Oh cerita pasal Valentine. Korang sambut ka?? Aku dengan Zamani mmg tak sambut. Sbb tahu tu hari kematian paderi tukan. Tapikan......... kami tak leh nak tahan diri sbb time valentine ni la banyak barang yang offer...kan kan kan??? hahah so bagi kami yang kedekut ni mmg tunggu hari2 ni je la nak dpt hadiah. Mmg la org kata hari lain boleh beli. Tapi will you get the same price macam during valentine ni?? Never. Kalau seminggu sebelum pun harga mmg consider mahal lagi. So bila beli, nak simpan tak boleh. Excited nak bagi jugak. Hahah. So jangan la buat spekulasi aku menyambut yer.

Mcm Zamani dia suke sangat belikan aku bunga. Do you know the cost of flower kalau bukan ada special occasion? Rasanya 3 kuntum bunga kadang2 mencecah RM 50 - RM 80. Bergantung pada hiasan. Acik ni bukan la minah bunga. Tapi kalau suami dah bagi, something yang korang rasa suke. Perempuan mana yang tak suke bunga??? Tak suke pun akan sukekan?

So kalau during Valentine ni yang RM 50 - RM 80 ko leh dapat banyak sikit bunga tu. Kadang2 6-12 kuntum kot. Heheh time anniversary tu, abang Zamani beli 12 kuntum bunga. Tah berapa dia kena bayar. Belasah laki aku tak tahu pilih barang tuk bini dia sbb bini dia cerewets... senang bagi bunga, coklat diam je. Kan??? (this is what he said la)

So tak yah la during valentine tu ko nak wish...."Happy Valentine day" hahah tu dah kira menyambut. So like me, erk so far ku kenal Zamani aku belikan dia hadiah DURING valentine pun Zippo. Tapi bukan bagi sbb its Valentine day.Time tu first time gaduh time berchinta... hahah Zippo tu RM 150 so dapat special price RM 80. Rembat..... walaupun niat bukan nak mengalakkan dia merokok. Nak pujuk.

And dia lak every time valentine bunga tak lepas (sbb aku tahu bunga melambak2 jual murah) trust me. So pembelian yang sangat sangat berbaloi. Than lepas kawin, coklat Ferro menjadi hadiah wajib...awwwww...

So nak dekat 2 tahun kawin ni, bini dia tak la kijam. Tapi still jugak teringin nak hadiah... dalam kepala dah pikir, kan best tetiba dapat ni????





Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Saiz ni pun akak terima dengan hati yang rela....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang ni ke?????

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Uhhh tido aku dengan coklat kalau ni aku dapat.... heheheh

Sajer je hint hunt kat abang Zamani... kot ada niatkan?? Hahahaha....

Thursday, February 10, 2011

kemalasan

Teruk betul... malas melampau2...

Korang ada yang tunggu aku update ke? Sian korang. Tah la mud nak bercerita nan ado. Abang Jamani korang la ni. Cube bawak akak ko ni jejalan ke, makan2 ke, shopping shopping ke kan? Ada la bahan nak buat cerita.

Asal ku clik 'new post' idea kering.

Opis jangan cakap kerja menimbun2. Tertimbun timbun. Banyak gila.

Kalau tengok umah aku lagi la! Ya ampunnn tongkang pecah pun elok lagi tau. Very the pemalas ubi la lately... sejak tak sihat selsema hari tu effect dia aku jadi lemau. Semalam Abang Jamani siap angkat barang2 yang berlonggok depan bilik. Wakakak mata dia pun rasa semak la tu. Ampunnnn

Ok ok ari ni sihat sikit. Nanti dinda kemas tikit2. Basuh baju semua. Ya Allah bagilah aku kekuatan dan sihatlah tubuh badan ku. Aminnnn

Wednesday, February 9, 2011

Ku tertarik dengan doa ini.....


“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

gedik tau rayyan

Mak long!!!! this is my new gurlfriend... Nama dia Farrah... opsss... Azura........ opsss mulut mak long nan ado insurance.

Tapi dari mana la bakat nak posing ala ala mamat romeo hagak2nya yer???

***Pandang apaknya***

***Jening maknya....*** (Nahhhhh mungkin! mak dia cinta mati hanya pada ayahnya sajork)

Comei je Rayyankan??? Oh dia dah dua tahun this month... cepat masa berlalu... bila mau tambah sorg lagi??? Dia dah sebut2 adik isssshhh adik isssshhh... dah ok la nak jadi abang tu. Kan kan kan?? Takkan nak tunggu busu Raudhah kot????? Hahahah kung kung hentak kepala kat dinding oooooo.... hehehe larikssss

Tuesday, February 8, 2011

Abang teh ilang?

Hujung minggu aku berkampung kat batu tiga umah mak mertua ku. Apa nak buat suami ku kerja. Nasib baik ada adik2 ipo yang sudi menemani kebosanan kak longkan?

Petang tu kami di arah oleh mak tuk beli roti kat Carefour. Ala roti yang keras tu. French bread eh? Yang gemuk2, lebar2, panjang2 tu....

Lepas beli barang, tetiba pak teh A.K.A awie ajak jalan2. Ambik peluang sbb abang Zamani ketiduran di rumah. Kami ke bukit raja. Tetiba aku teringat jaket kerja Zamani dah jahanam. Gila lama la dia pakai. Sbb aku jaket tu since bercinta dulu. Gigih la tiap hari dia pakai. Sampai la zip tercabut. So pagi2 gigil tak ada jaketkan?

Survey2 dengan Ijat dulu. Maklumlah sales. Rasa rugi kalau tak beli. Plus ada voucher RM 20 bule la gune. Dah save 20 hengetkan? So survey punya suvey tetiba aku dengan Ijat berkenan satu jaket. Yang ala2 kulit tapi bukan kulit pun. Heheheh tapi hati terdetik. Awie dengan Zamani citarasa sama. Boleh tengok gaya Zamani sikit lebih kurang gaya si awie.

Mcm Zamanikan suke pakai baju t-shirt yang kecik2 (dulu la... sekarang dia sedar diri. Hahah) Dia tak suke pakai baju besar2. So awie pun macam tu jugak. Than kalau kemeja dua beradik ni gemor la pakai baju kemeja belang2 yang panjang. Pastu siap lipat sampai paras lengan. ermmm dah sama la... i like.

Lagi pun Zamani pernah cakap di dengan awie citarasa sama. Maka gigih la mak cari awie. Bukan mak mertua aku... aku cari awie. Lagipun saiz pun sama. Yang beza perut tu dengan ketinggian. So far semua ok je.

Cari punya cari awie... kat sini dia rupanya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ermmm senang betul nak cari adik beradik Ana nikan? Kat mana ada otomen, kat situ ada dia. Hahaha. Gigih la tengok benda2 ni. aku dengan ijat terdiam sat. Nak letak kat kereta katanya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku cukup tak faham betui la...**Gaya leman** apa yang syok pasal otomen ni ye?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gigih la dia telek satu2.

Langsung ku heret dia kat bahagian baju, Baju yang kami pilih tu dia kata macam *))()&^^^%^.
Kata dia Zamani sure tak suke. So kita bagi dia buat pilihan.

Sampai umah... suprise Zamani tak komen apa-apa pasal jaket tu!!!! Sian senyum dan ucap terima kasih.Wahh ini cukup baik ni. Nanti awie teman kak long beli jersey liverpool tuk along yer... wakakaka...

P/S :- Mmg terbakar badan dia sarung jersey musuh di badan.... MU la katakan... adoi adoi nak muntahhhhh.... kahakahakah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails