Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, September 29, 2013

STICKY NOTE....





Peeweetttt.... macam ler anak ko retis yer... Siapa punya besday ni? Ekau ke anak ekau???

Hoit jangan lupa my besday pun jatuh september tau... **Gelak syaiton**

Ada jugak terlebih buget ni kang... hehehe... ada ke pun reader aku beribu2? keennn? Saje je nak merapatkan siratulrahim. Nak jumpa lepak2 dengan kawan2, idoklah... tapi ini la peluang nak jumpa kawan2. Kata semua org ada facebook kan? Tapi aku letak kat blog ni sambil niat nak menjemput, nak letak as memori jugak.

Bawaklah anak/adik/anak buah... amani iman suke berkawan sekarang ni. Tu yang aku nak buat untuk dia. Berkawan. Sian anak tunggal. Main dengan org2 tua.Hehehe. So bagi dia ceria hari ahad ni... Insya Allah....

So readers... jemput la datang yer kalau sudi. Tema Mickey mouse... diakan fanatik bombastik mickey mouse. Tapi tak la wajib... So red + Black = Mickey Mouse!

Yeahh!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, September 27, 2013

Saya Anak Putrajaya

Salam Jumaat...

Amani iman lahir kat Hosp Putrajaya...

Lepas dia lahir tak jejak pun kaki kat putrajaya. Ermmm sejak my parents dah balik Klang... so tak ada sbb nak gi putrajaya. Dia dah pandai nak jalan2... so we decided to bring her to tanah tumpah dia...

Tapi sayangnya sampai je tol Putrajaya dia terlelap...we all pergi Alamanda dulu. Sbb time tu magrib. Takkan nak lepaskan anak kat taman tu...


My giant baby.... baik je lalu kat kawasan nak masukk hospital tu dia tido... last two years ibu pegang adik macam ni jugak keluar hospital. Amani balik ke rumah 15 Sept 2011... and after 2 year we all bawak dia balik kat tempat dia dan aku selalu berulang alik...

Arryssa Dania pun kat sana... so Putrajaya mmg sangat memberi kenangan indah pada saya... uhuhuh

So anak ke tiga (insya Allah) nak jugak la continue kat Putrajaya.... **wink wink kelip mata kat acik Sepinat nak pinjam address umah** tak pa saya berangan dulu... jangan buat spekulasi... belum ada rezeki... tapi saya suke plan benda2 yang tak tahu bila jadi... hahah ke angan2 mat jenin??


Amani Iman suke lampukan?so bila turun2 je dari kereta dia jadi macam org gua... hahaha... 



Oh tempat lahir ku.... hahaha

#makpoyo adalah saya!

hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, September 26, 2013

M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E

Salam...

Budak yang obses Mickey Mouse...

Nenek buat baju tido untuk amani. Sungguh comel... memula tak nak pakai... dah pakai tayang kat org baju kiki dia... Kiki nick name MICKEY...pelatkan...ambik hujung2...

Panggil Mickey macam panggil kawan2




Belek la kak nam... dengan baju pun hang boleh nak berbual... haiz....

Terbaik baju ni nenek

Saya suke! saya suke!!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, September 24, 2013

Anakku Amani

Salam....

Nak share something...should credit to Zamani yang gigih buat video ni tuk hadiah anak kesayangan dia...

Amani iman faham...in fact dia suke hasil kerja abak dia yang rajin create video untuk dia. Zaman penuh teknology ni semua hujung jari. Ko tak perlu ada kelulusan tinggi pun nak buat benda2 ni...

Cume mak dia je over...

Dah tak ada da video gambar ku... hahaha... enjoy la ok...



Love from dady... now fav video amani iman... dia feeling artis. Hari tu keluar video clip lagu ni kat TV.... dia tunggu je depan TV dan frust asal gambar dia tak keluar! nak habis lagu baru dia gerak! malas nak tengok... tak besh! hehehe

Tak tido malam abak ko!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Saturday, September 21, 2013

Tahu kah anda

Salam....

Sekarang hangat di perkatakan hal anak meninggal di tangan pengasuh... kes dera di tangan pengasuh... bila baca hati terus tersentuh. Dan mula bayangkan anak sendiri.

Amani Iman menangis pun aku dah sama sedih... mcmmana budak2 menahan rasa di tinggalkan bersama dengan Syaitan yang bertopengkan manusia.

Nak cakap tak tahu... mak bapak mula rimas bila anak nangis... tak faham kenapa anak tu menagis.

Kalau bercakap pun belum tentu mak ayah nak percaya, mungkin tektik anak mengelak dari duduk umah pengasuh. And aku bayangkan everytime amani iman menangis bila nampak aku pergi kerja. Adakah dia rasa tak selamat duduk kat rumah. But i know my parents mmg sayangkan cucu... sampai kena buli. Cume bila mak su dah balik stay klang,  dia takut macam nampak hantu... sometime mak cu dia suke menyakat... kalau main benda yang tak sepatut, sebut nama pun dia boleh jadi behave.

As long tak ada kesan lebam kat badan dia atau apa2 perubahan pada dia should be ok... walaupun emosi kadang2 terganggu nampak mak cu... hehehe

Tapi korang tahu tak, cita2 aku dulu apa? Surirumah... sbb malas nak belajar dan malas nak kerja. Aku mmg tak pernah terpisah dengan mak aku... lepas form 5, aku masuk kolej UTM ambik Diploma... hari orintasi aku menangis dan bg tahu mak ayah aku yang aku tak nak belajar. Kalau diorg nak aku kerja, aku sanggup kerja kilang. Call (dulu pakai public phone) nangis2...

Tak tahu basuh baju

Masak apa lagi...

Aku pulak jenis tak suke kongsi barang dengan org... dapat roomate 2 org. That first time kongsi bilik dengan org luar. I miss my mom, my dad and my sisters. Tapi bapak aku mmg kalau bab belajar ni dia cekal sikit... lama2 ok... sampai la peringat degree...

Dah ambik degree pun aku rasa aku nak jadi surirumah. Jaga anak... jaga suami... org yang paling meluat dengar mak aku... hahaha.... tinggi2 aku hantar ko belajar! suri rumah pulak...

Ok apa surirumah... aku appreciate mak aku sangat2. Tak yah sehari la... sejam pun aku tak nampak dia kat rumah aku dah sasau... mak aku tak belajar tinggi tapi pendekatan dia dengan anak2 buat kami sayang dia. Hargai dia. Cara dia melindungi kami, jaga siang malam. Buat aku rasa puasti.... buat aku rasa selamat. Bukak mata dari tido aku nampak dia senyum. Sarapan dah tersedia. Paling kurang pun milo segelas dah ada atas meja... balik sekolah dia tunggu depan pintu rumah, sampai rumah dia peluk dan tanya apa yang aku belajar kat sekolah.

Hahah cakap pasal belajar dan sekolah... aku dari kecik tak suke ke sekolah. Aku anak manja mak... gi sekolah pun nangis. Hahahah....

Mak aku tak ada pun ijazah, takat sekolah sampai form 5 je. Mmg benar. Kerja surirumah sangat memenatkan sbb ko berkerja bukan 8 jam! tapi 24 jam. Aku tak pernah ada masalah tentang pakaian, sbb ibu aku excellent jaga pakaian kami sekeluarga. Dia cukup sensitip tengok anak2 comot, baju tak bergosok. Dan ayah pun sampai sekarang kalau baju tak gosok dia takkan pakai. Sbb apa? 34 years marrigekan dan jadi biasa.

Makan? Dia bukan juara masak. Tapi kami adik beradik suke masakan dia. Walaupun dia masak telur goreng je.

Tapi bila dah kawin, mmg nak jadi surirumah. I pray everyday supaya abang Zamani dapat kerja yang bagus. Gaji RM 10k sebulan. uhuhu.... mana taknya... kos belajar aku je berpa? Than sebelum kawin, hutang2 credit card, hutang kereta, takkan nak lepas kat suami... macam kesian. Aku tak boleh nak bebankan suami sbb aku di ajar dari kecik untuk tidak susahkan org lain. Mak aku tak kerja tapi apa aku nak dapat... hehehe... see tag team kami yang kuat... mangsa kena tipu encik rusli...hehe tipu sunat tak pakan?

Aku nak amani iman rasa apa yang aku rasa... being with beloved mother.... every day... yang jadi surirumah kamu mmg sungguh bertuah. Tapi mcm aku sendiri aku nak terbaik untuk anak. Aku nak dia rasa LEBIH sikit dari anak2 org lain. Bukan hendak memewah2kan dia tapi nak dia rasa sama apa yang org lain rasa. Aku tak nak jiwa dia memberontak. Sbb kesiankan mak ayah, dia buat 'kerja' di belakang kita. Mencuri, gaduh dengan kawan2. Sbb aku rasa kita bertanggungjawab atas dirinya.

Aku mungkin salah! Sbb mak aku pun bukan kerja. Tapi dia jaga anak org dulu sbb time tu ayah aku belajar kat USM ambik degree. Tak silap tak ada gaji pun time tu. Tuk surve dia jaga anak2 org. Duit tu dia bantu bayar apa yang patut. Dan yang seronok sekali aku dapat apa yang aku nak. Tapi syukur aku dengan adik aku di besarkan dengan bukan di ajar meminta2. Amani iman mungkin mewah. Sbb aku kerja. Tapi aku akui, someone kena la halang aku jugak. Kadang2 aku rasa sbb mewahkan dia jugak, dia dah pandai ugut nak barang kat pasaraya. Sbb dia tahu setiap kali dia menangis, setiap kali dia meronta di tengah jalan, she will get what she want. Tu aku kena ubah sikit. So far semakin dia nangis, semakin tu aku cube keraskan ati. Dah ok baru belikan.

Tapikan... dia minta pun belon... hahah anak aku minah belon tau! takkan belon pun ko nak berkira dengan anak sendirikan? hahahah.... barang mahal so far tak la pulak kecuali mickey mouse je la.

Mungkin jugak aku kena kerja sbg 'persediaan' di kemudian hari. Kalau sorang kita mungkin mampu bertahan. Tapi macamanan dengan anak2? So aku mmg salute la housewife. Bagi aku tak perlu la org tahu kenapa kita berhenti kerja. Janji kita tahu dan niat kita. Nak tengok anak membesar depan mata. Siapa cakap tugas mudah. Mak aku bukan seorg yang berjaya pun dalam didik anak. Dua boleh di katakan menjadila... sorg lagi tu lagi la... aku rasa dah terlebih jaga menjadikan dia memberontak sikit...

Apa pun yang bongsu tu perangai tak macam kakak2 dia yang gorjes.... hehehe... Apa yang mak aku implememt kat kami tak jadi pun kat yang sorg ni. Imagine kalau mak aku kerja.

Paw tiap2 kali keluar agaknya....

Okalah nak kongsi tu je... heheh tajuk je bikin panas...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, September 20, 2013

Sambutan Hari Jadi Amani Iman

Puhhhh...

Salam Jumaat Uols...

Cerita pasai apa lak ni? Hari jadi anakda yang ke dua tahun... cepatnya dah masuk 2 tahun anak aku... Alhamdulilla syukur. Macam pelik sikit bila aku ambik cuti or tulis status kat FB org macam perli2...

Ai tak bole la uols...

Macam ai je ada anak... ala uols... anak ai sorang je tu... Kalau Aryssa Dania ada, dan Amani Iman ada adik, aku rasa tak ada maknanya aku nak ambik cuti bagaikan... silap2 sambut pun akhir bulan tunggu dapat gaji... aku faham org ramai anak macammana... jangan cakap la... time aku berdua dengan zamani pun, apa yang ada? bila besday abang zamani je, bukan main lagi aku... sebulan lagi nak besday dia aku dah plan macam2... ni besday anak, ermmmm besday laki ai beli kek dan wish je... hahaha...

Tak caya tanya la dia... tengok blog aku, ada ke nak sambut hebat2....sama jugak dengan dia. Besday aku beli kek wish... besday amani siap ambik cuti bagai... wakakak lagi over bapak dari mak dia. Mak dia tak dapat nak cuti on 12 Sept sbb salary nepal masuk. As org penting kena ada di tempat kejadian. So nak tak nak on 13 sept... tu pun dengar banyak masalah tapi budak opis tolong settlekan...

Ingat tenteram ke duduk kat opis... oh miss my baby... wish to be on her besday all day... balik kerja terus Zamani bawak makan. Tempat biasalah mak dia yang pilih... since amani ni fanatik kartun Disney.... Les Copaque... Ogy hahah.... maka aku pikir nak bawak dia makan kat tempat yang dia happy... so aku pilih upin ipin... tapikan rupanya ada dua... geng conner (belakang opis aku je) dan upin ipin cafe kat sec 7...

Banyak org cakap tempat tu mahal la... tak best la... tak sedap....

Well ppl... aku nak amani terhibur je. Dia suke sangat upin ipin... so apa salahnya bawak diakan... sedap tak sedap belakang kira... tapi Zamani pilih Geng Koner... macam aku agak... naluri mak tu selalu tepat... hehehe dia punya la suke.

Aaaa apin beh bu...

Aaaa apin abak....

Masuk apa la lagi.... cume aku tak leh nak snap gambar sbb lepaskan dia aku rasa mau dia jalan ke dapur sat lagi.


My 2 years baby... dah jadi baby giant dah! tak leh panggil baby...ko panggil baby dia merangkak macam baby... heheh


Mak yang selalu nak feeling ialah aku... bila dukung dia that time teringat dia di bawa keluar dari hospital... keciknya anak aku... sampai risau kalau aku tak mampu jaga dia dengan betul. She only 2.5kg that time... kepala dia muat2 tapak tangan aku... kecikkan? premature baby.... 35 week je.


 Than before that banyak komplikasi yang aku hadap waktu mengandungkan dia... ingat lagi setiap kali jumpa doktor ada je tak kena... aku terus bercakap dengan dia... lepaskan minggu 35... you will be fine... sbb dah hujung 8 bulankan... mmg dengar cakap... 35 minggu dah nak keluar.... that my Amani Iman.... 


Hobi? Main pen... beli mainan mahal2 pun tak nak... masuk kereta cari pen abak. Uhhhhh stress.... 

Abang zamani tak request nak ambik gambar. hahah baru perasan tak ada gambar family... tu la jual mahal... muke masam2 tak leh ambik gambar. So mak and anak je la...

Sampai kedai makan tu dia teruja la.... terus je ambik menu yang penuh gambar upin and ipin



Eksen macam faham jekan?

Amani panggil Upin Ipin as Apin... hahah nama kucing diorg terus! Syabas bete!



 

 Menu yang comei.

Yer kawan-kawan... tepat sekali... mmg kureng la kesedapan. Tapi susun atur mmg ok. Untuk zamani, dia order chiken chop.


Abak punya....


Amani iman punya.... besday gurl makan ni... ala siannya... nak suggest kat Zamani beli cake slice, tapi tak pa la... dengan jemnya... nak gi cari kek plak... 


Bihun tomyam yang super pedas... aku suspek cili jatuh dari para... hahahah pedas gila la... nak gila makan. Ada gak esok tak kerja... ahak...mmg esoknya ai cuti!


My drink and Amani iman... Zamani??? Malas! kang dia sentap bini tak habis snap gambar... ahak! Dia order coke je... uhuhu

Lepas tu??? layan muke sendiri dengan anak... hehehe... baby ibu sayang sangat kamu!


Melayan kehendak ibu... bagusssss....


Kami lagi....


Dan lagi... 


So the next day... friday! Aku nak jugak raikan besday amani... macam tak komplete... so aku rasa kita sambut umah MIL. Korang tahu tak, aku mmg teringin sangat2 nak belajar masak sbb hal2 macam ni... save buget masak sendiri. HAhaha... lagi pun aku nak anak2 aku hargai masakan mak diorg ni. Sbb aku tahu bila diorg dah besar, diorg mesti ada keinginan nak ajak kengkawan makan rumah. Tak pun nak kita masak best2 untuk besday dia atau apa je. At least aku kena get ready. Aku nak anak aku puji aku instead puji org lain. Biar tak sedap tapi sedap kat tekak anak aku sendiri. 

Gitu! 

So bila ada keyakinan diri, maka aku masak dan bawak kat umah MIL... berdebar sbb MIL aku pandai masak. So adik2 zamani semua opkos la diorg ni pandai merasa. Sedap tak sedap. Jangan cakap diorg la... tengok la laki aku... mencik perkataan TAPI! 

Tapi sbb amani iman, tak pa la... kita torai...


Menu nasi tomato, ayam sambal dan jelatah....

Tetiba bangga sendiri... nasi tomato dah lepas 4 tahun kawin baru la aku puas hati...tak sama macam MIL... tapi ok la... first time aku masak nasi tomato adik aku si raudhah ingat nasi goreng... what the hack!!! Ni dah habis jampi dah ni... hehehe.... tapi bila suap amani iman, hati tersentuh bila dia tak sabar nak makan

'Beh buuuu nak ashik....' bila aku bukak periuk nasi panas2 tu... kembang hidung bila dia cakap

'Uhhh shedapppp.... nak ashik beh bu' Dia yang tak sabar... dan satu pinggan habis. Setiap kali masuk mulut dia cakap shedap...

Wahhhh i dont ambik pedulik la org lain nak cakap apa... amani cakap sedap dah cukup dah...


Hidangan tambahan, mee sup... tok masak tuk cucu yang tak makan pedas... mak long tak khatam nak buat gulai anak2... 

Special tuk anakda 


Blueberry cheese cake....

Apa je diorg buat? Nak bukak plastik kek tu pun nak kena buat bertiga... hahaha...


Tahu kenapa ni? Dia takut lilin... or dia takut api... adoi macammana majlis hujung bulan ni???? Puaslah dia paut kat bapak dia sbb takut. Apa dia takut tah... takut kena bakar agaknya... hehehe....

Happy besday Amani Iman Zulaikha....



Dapat hadiah dari Mak ngah Azita dan family... excited baca buku dengan abak... Umar biasa la,  jadi cikgu kelas tambahan. hehehe....




Ibu doakan anak ibu rajin la baca buku bila besar nanti yer... 


Bersungguh2 abang Umaq ajar amani yer... heheheh


Budak hansem... pak teh biasalah suke sangat jadikan Umaq model tak berbayar.... muke maintain ketat je... hahahah



 Maq nak gambaq dengan mak long!

Senget2 cermin mata yang besar dari muke tu yer... hehehe....






 Kak long eisah pun nak jugak... dia happy sangat2 dengan gigi dia yang dah tertanggal tu... hehehe... nak jugak bergambar. Dah macam betty lafia la shah... heheh

Dia tanya 'betty tu siapa mak long???'

Hahahah time tu hang lahir pun belum... 'betty tu macam ni la... tapi dah besaq dia cantik... semua lelaki suke kat dia...'

Buat muke...

' Tapikan mak long,eisah tak suke kawan dengan lelaki... nanti abak marah...' erkkk yer anak ku... teruskan... jangan jadi pak long mu... hahaha....tetiba libatkan pak longkan.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, September 19, 2013

Open2 House semasa raya

Salam....

Banyak bebenor cerita yang pending... gigih nak mengupdatenya! kita cerita satu2 yer...


RUMAH ZIELA TAHIR DAN RAMLI....

Bukan ler umah terbuka... ekceli kawan aden si susi ada hal area umah aku ni... aku plak duduk satu kawasan dengan si Ziela ni. So susi ni nama je kawan baik, cium molot dengan si Ziela... tapi umah kawan tu dia tak tahu... hahaha apa daaaa....  time kerja plak tu... lepas balik kerja terus ke pergi umah si Ziela...

Gigihkan?

Mak yong pun baru balik kerja...



Mak yong yang siapkan mee kari... sumpah sedap nak mam................ macam nak hirup satu periuk tu ko tahu... tapi control.... posing dengan mee kari katanya.... hahah biar la rahsia segala resepi tu yer



Camera terlalu canggih... aku pakai mod apa tah sampai jadi macam ni... hahah macam kepelikan je...


Mmg langkah kanan ler aku hari tu... balik kerjakan. Lapo sesangat.... gosip gosip macam biasa....

Tetiba macam nak belajar buat mee kari... yang best ada ketam uols... akak pantang tengok ketam... nak tercabut gigi dok KOKAK ketam2 tu....

Zamani tambah berkali2....


eshhhh terbayang sudah.... slurpppppp


Rayyan Khusyairi dengan Amani Iman Zulaikha.... Amani mmg serasi la dengan Rayyan... makan kongsi. Bagus betul. Elok main berdua. Rayyan sbb nak dapat adik kot sbb tu dia pandai main dengan kawan. Amanikan jenis suke main sengsorang. Aku cukup risau kalau dia main dengan budak yang agrasif. Asik kena belasah je... dia pulak tak reti nak lawan2. Pertama kalinya.... mak abak dapat makan together2 dengan amani... dia dengan Rayyan duduk makan mee kuning kat hall... baik je kongsi sesama.... 


Cahaya yang comel.... diam je... tunggu la tahun depan lari sama dengan Rayyan dengan Amani je nanti. 


Rayyan dengan acik Zamani... comel sungguh... like mata dia... bulu mata bukan main lebat!


Three of us... Susi... me and Ziela...

RUMAH NOR FADILLAH DAN MAHFUZ

Tah bila... ai pun tak hengat.... tapi dapat la jemputan Fadilla ni cakap dia buat makan2 kat umah dia... di puncak alam nunnnn... tanya Zamani, dia ok je nak pergi... tak cakap pun kat Fadilla yang nak gi umah dia... buat suprise sikit. Org jemputkan. Kita pergi je la...

Rumah dia kami dapat cari dengan bantuan GPS....bagus betul note 2 zamani... all the way ikut je arahan mak cik yang suruh turn left and rite... hehehe

Aku seram sejuk... tahu je la Zamani... hangin sikit...lagi2 kalau tak jumpa jalan. Dia stress sendiri2 tapi akak terasa bahangnya... hahaha... jadi patung jap aku kat belakang kalau dah sesat... tak berani nak panggil huruf 'B' pong... ahak!

Amani sampai sini tak leh duduk dendiam... makan macam umah sendiri... nahhhh muntah atas karpet org.... adoiiii 

Ini adalah antara sebab2 payah nak gi umah org. Tapi nasib baik la Dilla dan somi memahami... minta maaf lebih dari raya uols... dah macam nak menerima apa je hukuman. Rumah cantik2... ko muntahkan... tak sesuai la ko nak...

Makan coklat + lari lari + jerit jerit = MUNTAH....

Tu la amani iman yang suke sangat tinggal jejak kat umah org... 

Jangan komplain... hahah syukur la ko susahkan ibu dan abak... wink wink... 

 
Lama tak jumpa Dilla.... last jumpa 2003??? Lepas sekolah kalau balik cuti sem je jumpa. Lepas tu kita berhubung call... ada FB baru la active bukan main.  Sebab tu la ai bagi suprise... Rumah dia ni pun aku pergi time dia baru2 duduk... mau dekat 7 tahun lebih. Anak sulung dia pun time tu aku rasa belum setahun dan sekarang dah darjah tiga. Anak kedua or can i call it bongsu??? dah darjah satu... Suami dia mmg pendiam... hahah cerita pasal suami org. bukan main ko cida! 

Susah nak ambik gambar... lagi pun org bz melayan tetamu... time aku datang tu ada tetamu yang terpaksa ikut turn nak makan kat meja makan... hehehe... 

Tak sempat nak beramah mesra sbb dia pun bz... 

Aku tunggu sorg lagi kawan sekolah aku. Tapi tak ada rezeki nak jumpa... kena balik awal sbb amani iman dah buat perngai. Tak pa la ada rezeki kita jumpa lagi.
 

Kawin dengan org johor... maka masakan johor. Soto dan kambing erkkkk terlupa sudah. Tak sempat nak makan tau yang kambing tu... sob sob...


Sebelum balik wajib ambik gambar dulu ;)

 RUMAH TERBUKA OPIS... .A.K.A Pot luck

Yang ini paling ingat sekali... last Syawal... 6 Sept... ahak! Opis buat pot luck... So aku buat Spegheti... paling paling paling senang. Tak kose nak bangun pagi nak masak lebih2... hahah macam sedap pun ko masakkan? Spegeti senang sikit... tumis bawang puteh, masuk daging cincang, masuk sos dan cendawan. 

Siap!

Bangun kul 6 pagi je... satu jam awal... uhuhuhu

 Hasil tangan budak opis yang lain....

Director... uhuhu... 


Lunch hari tu di awalkan... jeng jeng jeng...ala... kat sini lunch bole keluar gak sesukati... tapi ai pekerja yang dedikasi. When appoiment letter tulis pukul 1, maka kul 1 la kita keluar yer yob


Semua bersedia nak serang bilik meeting... ahak! Time tu jumaat, so my bos dan bebudak lelaki nak berkejar solat Jumaat lepas makan... 

 Anak dara pingitan... hehehe

Ai yang sentiasa keseorgan.... hehehe... segan katanya...


Lepas makan, kita bercerita... hehehehe.... wife boss yang sungguh sporting... peramah dan lawak...kita ambik peluang je la malas nak kerja! hehehe... 


Puding ada, bihun ada, nasi impit ada, sambal ayam ada, roti jala, spegeti, kuih2 sikit... aku beli bahulu... heheh sebagai penyelamat kot spegeti tak jadi... hahah bole? gila paranoid tak yakin dengan kemampuan sendiri... heheheh helooo ada org minta tapau tau spegeti ai... wink wink....


First pic tak snap... ni dah second round dah....


Alhamdulilla.....

Our team mate pic... uhuhu tak leh bla caption aikan?

Kenapa aku kat hujung nunnnnn macam org takut? Gila ko tak takut... yang baju pink and bunga2 tu director company... mak cik hanya kerani capuk je.... uhuhuhhu..... lagi pun tak mesra alam lagi... salah pilih tempat sebb semua ke kanan... hahah aku je tercampak ke kiri...

Burukkan gambar aku...

Hahahahaha lantak la... janji ada benda nak cerita kat sini....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails