Thursday, October 31, 2013
Terima kasih
Salam...
Perh.... aku ingat aku dah publish entry ni! Tapi ada dalam draft... adoi la hai... apa la nak jadi dengan aku ni. Nanyuk...
Maap la yer
Buat yang mengigati Amani Iman on her besday, saya ucapkan berbanyak terima kasih.... sebenarnya aku jemput korang ke majlis harijadi dia bukan la nak hadiah semata2.... sajer nak bagi amani iman gembira on her day. Tapi terima kasih sangat la pada yang tak hadir tapi sudi ingat Amani Iman...
Aku dah blog agak lama... so ada juga reader yang lama yang ikuti perkembangan aku dari belum kawin sampai la sekarang... sangat terharu... tq...
Lepas besday amani iman, adik angkat aku yang aku kenal dia dr blog ni hantar hadiah tuk amani iman... suke la mak cik tu dapat bear...
Hadiah tuk Amani Iman.... posman dah ronyokkan... cantik paper beg...
Nama pun anak perempuankan? Suke benda yang cantik2 macam mak dia... ahahaha... so bukak2 ada purple bear....
New friend.... Amani Iman with Purple bear....
Terus jatuh cintakan... nak ambik gambar pun lari2... stress mak cik... takut sangat org nak ambik bear dia...
Di facebook aku ada mention, amani iman kalau pergi shopping, kalau dia nampak Mickey dia akan lari cubaan tuk selamatkan mickey... ha ni pun sama... larikan diri takut mak pak dia ambik bear tu dari dia... oh anak!
Kau mampu suruh bear tengok video??? hahahah... sayang sangat sampai tengok kena sama2.... aku pulak suke kacau dia... last2...
Cube ar ibu ambik! ini saya punya... milik saya.... kedekut anak aden ni... ikut siapa tah.... *jeling Zamani*
Apa pun to Anna dan Hafiz terima kasih banyak2 yer..... susah2 je post dari Kelantan....
Satu lagi cerita, Amani iman dah rasmikan separuh hadiah dia dapat... anratanya barang yang pak ngah nizam dan mak ngah nadia bagi tuk besday dia... bekas mickey... bukan main melangit puji...
Usshhhh shedap asik Mickey ( sedap nasi mickey)
Bekas ari mickey pulak dari mak long Marina dan Pak long Amir....
Bersunguh dia makan... walaupun merobek hati mak dia nak kemas lepas tu... tak pa la nak... janji kau makan eh!
CidaZam bercerita lagi
Drama Mode S4
Suke mode Drama S4... tapi tu la, saya seorg yang tak sabar. Nak ambik gambar pakai mode ni kena penuh kesabaran. Tapi tuk the Farhana, depa tak kisah sangat. Lari laaaa 80 kali pun... hahah bila tak jadi buat balik, lari hujung ke hujung. So jangan di soalkan kenapa depa kuruih noooo...
Ku bagi arahan, jalannnnnn jangan berhenti.... hahaha...
This one nicekan? Lari laju sangat pun tak dapat nak capture...
Aliya pun bersedia.... suke sangat turun naik bukit yer anak2???
Gambar ni specialkan... Aisyah dengan Aliya gerak sama... and of coz, aisyah gerak paling laju so capture gambar dua. Atas dan bawah... Aliya pulak step by step... hahah siap bengang dengan kak long... dia jalan dulu tapi hasil tangkapan gambar, kak long dah ke bawah....
Hahah yang ni Aliya nak tukar tempat, still kak long menang, siap capture gambar kak long yang nak tengok hasil gambar ke arah juru gambar yang tak bertauliah... hahaha
Tuk Adyra pulak, patut jangan di tegur.... ni pun tak leh nampak camera... tengah jalan berhenti posing, hasilnya??? twin....
Dan yang paling best bila cik debab kita naik bukit...
Usaha naik bukit.... that's my baby!!!! dont stop yer nak... teruskan jalan tanpa menoleh ke belakang... kamu pasti akan berjaya...
Amani kalau suruh lari, dia mmg juara....
CidaZam bercerita lagi
Tuesday, October 29, 2013
kenduri kawin
Sabtu lepas, kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan budak opis aku... Dia org rawang tapi kawin dengan org klang. So we all decided to attend majlis kat Klang. Dokat dengan rumah.
Apa ke heinya bahasa aku sangat skema??? Hahaha... Nak ke Rawang perhhh jauhnya... Tahu je la abang Zamani... Ikut mood dia. Nak kata TAK pada bininya mmg taklah... Bila ikut tak suke pendam dalam hati... Hahaha... Takut bini ke sayang bini? Or tak sanggup tengok muncung bini yang sedepa nanti? Hahaha
Korang tahukan aku kerja hari sabtu alternate. So kebetulan tak kerja last saturday... Budak2 opis plak yang kerja terus dr opis. Tapi mmg sajer pergi pukul 1. Bukan apa... Senang la ada kawan. Taklah kebosanan... Budak2 opis aku semua sporting... Tak la buat haluan masing2. Kalau kata nak gi, gi sesama...
Yang kawin ni opis mate kami... shakirool...
Sejak amani iman lasak ni, kerja paparazi kurang... Payah... Ko sanggup ambik gambar? Sedangkan anak ko tak bole duduk diam... Abang zamani yang dulu kerja sukarelawan telah letak jawatan. Kerja sepenuh masa kejar anak... Perh stamina amani iman mmg susah nak di duga... Ikut genetik mak dia, mak diakan lembab macam siput... Tapi ini budak... Ayo tak reti penat.
So ikhsan dari budak opis...sila watsapp gambar2....
Time sampai je, mmg time bersanding. Bagus.... Simple je diorg ni...
Tengah masuk dewan pun bole berbual2... Kau mampu?? Hahaha....sempoi tul si shak ni...
Ni je yang aku mampu snap dr phone aku... Lepas tu mengejar si amani iman yang buas buat dewan tu, dewan lumba lari...
Clear pic... Terbaek....
Bila ada geng lagi seronok... Laluan pengantin, jadi track lumba lari antara amani iman dengan si Akiera (anak opis mate)
Anak siapa la.... Dah besar sok jadi olaraga yer amani iman...
Tak boleh duduk diam... Lagi ada kawan, lagi panjang langkah. Time ni Zamani mmg take over tengok dia...
Yang tak tahan depa minat pokok hiasan tepi tu....
Hahah siap mendongak cari apa agaknya,kan? Hahaha
Tak banyak nak ambik gambar... Ada anak mmg susah sikit nak menjalankan tugas sebagai blogger. Tapi tak apa... Amani tak menyusahkan punnnnnn....
Gambar budak2 opis...
Aku suke gambar shakirool kat frame tu... Hahah menarikkan? Bila ambik gambar mcm ni macam ambik gambar dengan'orang'. Pengantinkan selalu bz... Heheh.
Girlssssss...... Me? Hahah balik sudah... Anak dah tak tentu arah nak berlari...
Anak ku Amani Iman.....
Budak yang sibuk nak tahu apa dalam kotak berkat kenduri kawin....
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia
Thursday, October 24, 2013
Pemeriksaan Susulan
Hamboi tajuk kau! hahaha...
Semalam aku pergi ke appoiment Dr Hamid Arsad. Ini adalah kali kedua aku berjumpa dengan dia... seram! sbb first time aku jumpa dia, lepas tu mengandungkan... so tak pergi. Tujuan aku pergi sebenarnya nak tahu apa nak buat dengan cyst dan fibroid aku ni. Kalau perlu remove maka remove la... mmmg tak menangung sakit bulan2...
Tapi buat kali ke dua hati ku kecewa.... anyway diakan doktor. He know la the best...
Hamid Arshad ni kalau la dia tahu dia merawat dua generasi, mesti dia banggakan? Mil aku pun berubat dengan dia dulu time mengandungkan Zamani... dulukan dia doktor pakar yang hebat! My Mil pulak nak yang terbaik so belanja lebih sikit tuk anak buat check up kat Dr Hamid. Now aku pulak...
Masuk2 dia tanya apa yang jadi dengan aku, sbb jumpa sekali je...
BUat muke kerang busuk tersenyum... lepas jumpa doktor, alhamdulilla ada rezeki...
Suke la diakan... siap ingatkan me and zamani tuk bersyukur sbb ada pasangan lama dan ada yang belum di kurniakan anak pun. So bila scan....
Erm... cyst membesar 4.5cm dari 3 cm dua tahun lepas. Dan bukan fibroid tapi Endometrio
( Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.)
Kata doktor, kalau fibroid dia takkan sakit kalau datang period. Yang mengganggu adalah jenis yang ni... nangis aku.... hahahah badi kau tau... sebut period je dah buat aku meremang bulu roma tau... sakit wei!!!
Sekarang dah bagus... dulu kalau buat scan vigina, Dr Hamid yang buat... tapi jangan risau tak ada la dia nak teropong bagai... tapi kali ni, dia jadi pemerhati. Another assistant buat semua. Dia tengok je kat screen tu... diorg punya tengok macam nampak allien je dalam perut aku... sampai assistant Dr Hamid pun berkerut2 muke....
'Mesti period sakitkan? Besar jugak ni'
Yes!!! hanya Tuhan je tahu...
Than solution???
Bagi ubat berhenti period. Hahah terdetik gak... eh! doktor ni tahu la period aku sakit tapi takkan stop??
3 bulan... stop period. Tak bole miss ubat... sbb selagi darah mengalir, selagi tu sakit. So bila stop, maka period pain pun stop lakan? lepas 3 bulan, dia nak tengok sama ada mengecil atau makin membesar, Lepas tu baru la langkah seterusnya MENGANDUNG....
Kira2 balik... kalau la di izinkan Allah... maka! Adik amani pun lahir bulan-bulan September la gamatnya... hahahah *veranggan* ke *pengsan*..jangan buat spekulasi... tak confirm... berangan je ni... kasi baik penyakit kot yer punkan?
Than sentap bila dia cakap aku kena diet....
Apakah? Gemuk ke aku ni pun... rupanya jaga pemakanan... no fast food, junk food... daging 2 bulan sekali (nangis!), ayam pun kalau boleh jangan ambik kerap...
Yang aku kena makan Ikan....
Banyakkan sayur....
Air buat jus banyak2... lebih elok jus nenes (sbb blm mengandung) dan papaya...tapi lebih elok carrot + Apple + Sederi... minum pagi dan malam....
Ubat tahan period bekalan tuk 3 minggu. Kalau habis beli kat klinik atau farmasi.... abang zamani korg dua hari ni dah jadi remainder...
KAN BEST KALAU SUAMI TU MENYEDIAKAN JUS TUK ISTERI ....PASTI AKU SAYANG DIA EXTRA HUJUNG2 TAHUN NI... AHAK!
Ala nak suruh dia buat tu idoklahkan... mmg mimpi yang tak pasti namanya... tapi kalau dia belikan buah2... potong2... buatkan jus (blander mak aku dah siap kuarkan dah...) kan bagus... mental aku pun sihat. Tak yah stress2 kan? hahahah ni siko namanya...
So hari ni cube lah menyahur seruan doktor tentang makanan sihat...
Mahal uols... RM 9! Apple mahal eh??
CidaZam bercerita lagi
Wednesday, October 16, 2013
My everything
Its not our anniversary...
its not our special day....
But to this guy... thank you for everything.... kadang2 aku lupa kebaikannya hanya kerana hati di tutupi rasa marah.... bad me...
Pelukan dia sentiasa buat daku selamat.... sentiasa buat aku selesa... semoga pelukan itu tak beralih arah... tapi aku akui kena share dengan anak sendiri... now dah berlumba2 nak suruh abak peluk... anak nak tido cari peluk abak... omak nak tido pun bole sentap kalau zamani tertido bila peluk amani hahahah....
I remember his promise seblum kawin dulu... akakkan paranoid dan susah nak percaya pada kebolehan diri sendiri...
'I wont leave you... i only leave you when you don't need me....' Wahhhh syahdu...
So now bila tido malam, sending a telepathic message to Zamani....
'i need you... i need you...'
Hahaha... merapukan entry ni...i dont care... anyway lama sangat tak buat entry just for him...
I love him.... i wont and cant imagine my life without him... walaupun tiap hari dengar lagu putus cinta kot esok gaduh ke apa bole la jadi kuat.... but i dont think so... gaduh sehari pun aku rasa dah down gila...
Opsss kantoi sudah...pasti lepas ni dia buat bodokan....ahak!
CidaZam bercerita lagi
Sunday, October 13, 2013
Something about marriage
Marriage is a school where you get the certificate before you start.
A school where you will never graduate.
A school without a break or a free period.
A school where no one is allowed to drop out.
A school which you will have to attend every day of your life.
A school where there is no sick leave or holidays.
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love,
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance,
4. The windows made of understanding.
5. The furniture made of blessings.
6. The roof made of faith.
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal. Even at times of a storm, don't be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be. Never go to sleep before completing your assignments for the day. Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue. Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear.
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all.
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: "This class doesn't involve a person who is not permitted into it"! If you invite your mother or father or your friends to this class, or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. It is you who should attend and it is you who will pass. Its your choice today:" build it or break it".
May the Almighty bless us all. Aameen..
Saturday, October 12, 2013
Brain Expo
Jom kita ramai2 ke Brain Expo....
Bila tengok video ni...macam menarik...ini bukan anak je excited... omak pun excited sama ni.... uhuhuuh
CidaZam bercerita lagi
Friday, October 11, 2013
Kesayangan???
Biasanya kalau org beli handbeg beriban2... akak tengok telan air liur je... harga beg boleh buat bayar installment kete 2 bulan....
Baiknya isteri Zamani...
Ada jugak dia ofer aku... tapi knowing me yang interested to gajet je... beg? minat tapi tah... list paling last. Mmg la teringin tapi tak teringin pakai duit sendiri... hahaha... selalu yang sponser my lovely sister fidah. Dia mmg beg mahal2... beli LV sampai RM 2000++ perhhh akak geleng kepala... kalau beg tu zamani beli kat aku, belum tentu aku peluk dia... mau aku bebel sebulan... ahak...
Kalau beg tu bole bertelur emas than ok...
Jangan la terasa... lain org lain pendapat. Macam pencinta beg, kalau beli beribu2 pun kalau dah minat bukanlah pembaziran. Sama jugak yang suke kumpul minyak wangi dan jam... baju atau apa je...
Tapi aku rasa Allah tu Maha Penyayang... well macam aku cakap, Teringin tu ada... TAPI! ha gitu.... maka last month, bos aku balik dari USA... ermm datang2 masuk bilik... tanya chq yang dia nak sain. Aku tak buget la dia masuk opis pagi tu sbb mmg dengar dia balik pagi tu, rupanya dia sampai kul 2 pagi... pagi2 dah masuk opis...
Ghindu akak ler tu....
Aku cakap tak ada chq... dia kata ok... dan keluarkan sesuatu dr beg laptop dia...
'PNC yah...' Terus keluar bilik aku.... aku tengok je bungkusan depan aku... PNC? (private and confidential)
Bagi bungkusan macam ni.... PNC.... abenda ni? dia bagi aku ke bagi opis ke? bom ke apa ni? Lama jugak aku termenung. Nak bukak tapi macam takut untuk aku ke apa? Tapi dia tak cakap bagi sesiapa pun. Aku punya ke apa ni? Kot bagi pun bagila tahu ini hadiah... so bukak2...
Mata terbeliak...
Wristlet coach! Wahhhhh.... tetiba teruja... tadi bukan main ko kata benda yang last dalam list... bla bla bla
Benda free bai... hahahah gila nak tolak?
Bos aku masuk bilik aku sekali lagi... so aku ucapkan terima kasih... dia mohon maaf sbb dapat beli ni je, nak beli handbeg tapi takut exceed berat barang... opcos la... dia gi bawak bini and anak... dah tentu barang anak dengan bini dia je berapa. Kalau staff dapat ni, apa lagi bini... aku rasa lagilahkan... hahah
Opss tapi aku je kot dapat... lalalalala... kalau tak naper PNC??? Kan?
Upload lelaju kat FB... maklumlah kak cida teruja dapat beg mahal tanpa keluarkan duit... org kata koman koman beg ni je mau RM 250 paling murah... dia beli kat US not sure lakan...
Habis la tak ada increment tahun ni...sob sob...
Tuk opis.... mini coklat.....
Thanks bos!
CidaZam bercerita lagi
Thursday, October 10, 2013
Fibroid, Cycst dan Endometriosis
Erm... aku tak tahu... tapi aku google... dapat kat blog ni... senang sikit nak faham. Kalau tak aku baca ulang kali tak faham. Maklumla ai mmg tak ambik kelas sains. Sains biasa pun aku beri tumpuan pada persenyawaan... hahaha lebih dari itu tak penting. Aku kira je duit keluar masuk...
itu yang penting.... hahaha
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.
Ini la perempuankan???? Tapi lelaki tetap jugak tak hargai perempuan... uhuk! Motip??? Beranak sakit, datang bulan sakit. Kalau tak sakit pun mentality sakit. Nak moody je.
2011 aku ada jumpa pakar atas nasihat kawan aku. Sbb lepas kematian Aryssa, nak conceive tu mengambil masa 2 tahun. Macam2 buat. Aku yakin aku tak ada masalah sbb bila mengandung Aryssa pun lepas sebulan nikah dah lekat. Cume yang salah pun sbb masalah tubuh je la, tak dapat nak salurkan darah pada anak dengan baik... mungkin itu punca masalah? Siapa tahukan?
Doktor Hamid Arshad. Doktor yang mak aku kagum... memula tak kenal pun. Bila kawan aku cakap pun aku tak kenal. Tapi google dulu gambar! Ermmm mak aku suke sangat tengok dia dulu... selalu muncul kat Nona la. Wanita hari ini la... Kalau bab sakit puan, mesti doktor ni. So dia agak popular. Aku buat appoiment dengan dia, dan hasil dari rawatan dia, dia dapat kesan ada endometriosis.... apa pulak tu?? memula dia cakap kat aku Cyst. Now what??? endo????? confuse jap gurl gurl. Sbb time mengandung Aryssa, i get to know ada Fibroid. Ni 3 benda yang berbeza.
Aku rasa aku ada cerita dulu... tapi malas nak cari entry lama... secara ringkas dia cakap aku normal.... kalau aku boleh mengandung, period cycle aku 28 hari tepat...tak ada apa yang perlu di risaukan. Its just ko kena tahan sakit bila datang bulan... which is betul. Dia terus bagi aku vitamin, obemin, asid folic dan jugak hasbatulsauda... pastu dia nasihatkan aku jaga makanan. No fast food dan junk food
No ubat subur....
Hahah aku expecting ubat subur la. Bayaran semua RM 300 lebih... macam tak releven... tapi lepas tu terus melekat....
Lepas amani iman lahir, period ok je sbb makan ubat Kencana. Macam jamu. Tapi aku stop sbb dia membuang melampau lampau. Sampai pernah sekali on the way balik kerja sakit perut sbb nak yak yak... hahaha... rasa nak terbangkan kereta je. Melawaskan la... period sakit pun kurang... dan ubat tu pulak menaikkan keinginan atau nafsu... WTF... jadi gila sat makan ubat tu... hahaha... mcm tak normal je aku rasa! keji sungguhkan. Kang abang Zamani ingat bini dia apa lak... tapi itu yang aku rasa la... so stop makan sbb sendiri rasa tak selesa dengan perubahan diri...
Tapi 3 bulan ni (yang aku ingat la) period aku melampau lampau sakit... macam sakit nak beranak... bole ko bayangkan tak? Memula sehari je... tapi sakit dia 4 or 3 hari seblum dtg bulan ko dah rasa sakit. Hari period jangan cakap la... mmg kalau kena hujung minggu aku mmg syukur. Tapi kalau hari kerja dah macam mayat hidup. Apa pun tak leh buat. Lepas period habis, than rasa senak... tak sakit sangat tapi senak mcm ko nak tunggu luka baikkan, ko tekan2 sakit...
Perut buncit... walaupun banyak kali aku elakkan ais... mcm sama je. So better makan. Hahaha. Aku rasa sesuatu tak kena... jadi aku ajak abang Zamani gi hospital Umra. Ada rekod kat sanakan...so senang sikit. Jadinya aku pergi. Tengah2 sakit tu, sedapnya doktor tu tekan tuk scan... dr mata kasar doktor tu (ini scan biasa) dia nampak fibroid... ok fine! tak terkejut sbb mmg dah tahu. Tapi bila dia cakap dua fibroid... tu aku terkejut.... and cyst ada juga.
Dia tak berani nak confirmkan. Dia minta aku jumpa pada pakar. Sbb dia hanya doktor biasa. Dia pun cakap tak yah buang sbb kemungkinan tumbuh balik tu ada. Tapi ko nak mengadap period tiap2 bulan ko sanggup ke? Bila aku cakap aku try nak dpt anak, dia mcm terdiam. Kalau dah itu jadinya, dia cakap terpulang dan suruh aku jumpa pakar tuk buat step yang sepatutnya....
Zamani tak ada masalah... tah... bila tanya pendapat dia, dia cakap ok je... why la man in this world suke gune perkataan 'Ai ok jer'.... risau ke apa tak punnnnn.... tapikan at least dia ok dan agree je kalau nak gi jumpa pakar ni. Kalau aku cakap got appointment dengan doktor dengan kadar segera dia minta cuti or datang hantar... erm i guess that all i need kan... support from en suami.
So 23 ni saya dah buat appointment dengan Dr Hamid... just get his advice. Kalau buang, than buang je la... tak tahan nak tanggung sakit. Ramai yang bagi pendapat , jangan la, jaga makan but that thing mmg dah ada so kalau jaga makan sama effectnya. sama juga yang suruh ambik ubat itu ini, seumur hidup nak bergantung, kalau tak makan makin teruk. Yang menanggung sakit aku. Mak aku lagi sempoi
Buang je la... ibu tengok pun along sengsara sangat dr anak dara sampai dah beranak dua dah. Sampai demam2 bagai... buang lepas tu senang hidup. Hal anak tu mmg kerja Allah... tapi sekurangnya sakit tu kurang... silap2 tak adakan. macam setengah org dtg peyed, mak ai best je aku tengok...
Dan kesian jugak dengan suami dan anak... kalau datang je bulan, kena bawak diri. Zamani akan main dengan Amani iman, siapkan dia, dan tak bagi amani kacau aku... kesiankan? so hope the best... harap zamani tak menyesal kawin dengan aku yang banyak sangat problem. And hope jugak dia tak terdetik merungut, iye laaaa kawan2 dia or org baya dia anak 3-4 org... tapi ok per... aku bagi dia 2 jugak... uhuhu... *nak sedapkan ati sendiri*
Wel beh bu yang nak kawan... sbb amani iman tak nak kawan dia dahhhh.... sob sob...
CidaZam bercerita lagi
Wednesday, October 9, 2013
Besday amani iman lagi
Hambo nak cerita lagi ni.... ekcelikan nak buat kecil2an je... macam last year. Tapi dulu my opis mate la la ramai... lah ni, ko jemput yang ini, berkait2 ko kena jemput yang lain. Macam tak sedapkan. So buget my opis mate pun ada lebih dari 20 ppl... tapi tak semua la datang... tak datang pun bagi hadiah... adoi la... susah2 je...
Second pulak, kebetulan nenek dan atuk singapore aku nak datang. So alang2 kan suruh diorg dtg dan bole la buat makan2. Jadi last minit semua pasang kemah. Nasib baik pasang. Kalau tak?? penuh kot umah.
Aku tak banyak ambik gambar. Yang mana sempat je... Adik Zamani yang dok kuantan pun balik... lor... tahu diorg sampai hari sabtu, tapi tak dan nak menjenguk sbb sangat la bz nak menerima menantu... hahaha... 'hantaran' semua nak kena siapkan. hehehe....
Ini semua POYO!
Banyak bebudak... that one i like! Than mak dia punya kawan ramai... hehehe siapa punya majlis acik pun tak tahu.
Yang tak sedap, tetamu yang tak datang... alaaa tak datang tapi sempat hulur duit dan hantar/bagi hadiah... serba salah mak! Sampai dia dtg mcm terkejut plak... hehehe... bz sangat omak
Tetamu yang paling lama tak jumpa... rasa lepas kolej dulu... that the last aku jumpa dia... so dah 12 tahun kot sbb last jumpa 2001 lepas grad Diploma.
Wan suhana... Ya Allah.... gembira betul dapat jumpa dia... tak sangka ingatkan msg yang di hantar tu sekadar rancangan je. Mana tahu dia dapat jugak datang, Dalam kesibukan bila dia nak balik, aku tahan ambik gambar... Dia tetap macam dulu... cume bertudung. Ada fb tapi dia tak upload any gambar dia pun. Jadi tanda tanyakan? So happy to see her. Siap bawak hadiah tuk amani. Dapat jugak jumpa Firdaus (anak dia) yang sangat behave... suke sangat tengok.
My ex-school mate... tengah2 tu Azean... kalau korang nak tahu. Dia kawan yang pertama aku jumpa di zaman sekolah year 1987... darjah satu... kami kawan sampai la sekarang. Tak la lepak macam org belum kawin, tapi still keep in touch. Kawan yang sangat saya sayang... tak pernah kami bergaduh. Kalau gaduh je masing2 bagitahu ketidakpuas hati... hahaha... habis situ je... to be frank, i love jenis kawan yang macam ni...tak simpan2 hati bagai... senangkan? Tepi tu Roziah... sian dia, susah nak dapat umah aku. Last aku jumpa Roziah form 5... which is 1997.
Susi dengan Cahaya.... wajib lakan.... bukan main mami jarum si cahaya dengan gelang tangan dia kan? Acik tunggu cahaya setahun, nescaya mummy macam auntie gak... hehehe
My ex school friend... Dilla dengan Tini... Ingatkan diorg tak datang... tapi last bila majlis habis baru sampai. Ni baru syok sikit sbb tetamu dah banyak balik. So mmg panjang gosip... cerita cerita back 1997-2013... so best!
Ok gambar saya kembangkan... sob sob... bukan mengandung! tapi mengandungkan lemak! mencik tau.... see perut ku yang mcm org mengandung! ermmm will tell you all pasal ni later ok!
Fadilla dan anak dia... welllllll.... diorg dtg lambat. Tetamu yang betul2 ikut tema parti... gigih my friend beli baju Mickey mouse jugak... dan anak dilla... kalau dtg awal boleh jadi meskot umah acik tau...
Dilla dan Tini... eh gambar aku dengan Tini nan ado??? yer la camera diorg... camera aku baru nak snap sudah kehabisan bateri... mencik!
Tini ni kalau korang nak tahu 'perampas' boyperen kitaorg... wahhh ayat perampas yang best....dia rampas boiperen aku...dia rampas boiperen Dilla... wakaka... nak gelak lagi... mmg itu la topic kami! rampas merampas time tu sekolah menengah pun belum... heheh lawak sangat. Tapi kitaorg sentap dengan Tini ni sampai la menengah. Motip??? Tu cerita balik... kot sekarang rampas mmg kena penampor la... time budak sekolah nak sentap sampai sekarang harus kena bakar hdup2... heheh...
Time tu Tini mmg hot zaman kanak2... kui kui kui.... kami berdua comot...
Imagine lakan...kot time tu silap2 update you tube 'kau rampas boiperen ku....'
Our childhood....
And baru jumpa new family in house... Humayraa Amna.... yang tak muke gurl... heheh... amani suke Amna sbb Amna pakai baju baby Minnie... Amani cakap 'Antikkkkkk'
Amna yang sangat behave.... senang tul jagakan?
So cerita habis bila gambar habis... ku sudahi dengan gambar mescot on the day....
CidaZam bercerita lagi