Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, May 28, 2016

Little thing that touch my heart

Kadang-kadang bila aku di landa masalah atau sedih, aku bersyukur aku masih punya sahabat yang sentiasa hulurkan bantuan. Aku tak banyak sahabat. Sekadar kawan yg hai hai hua hua je. Bg aku kawan dan sahabat of coz en somi. That is num one la kan. Tp since aku tak kerja, few of my friend yg sanggup carikan kerja. Yg offer duit tuk bg pinjam pun ada. Kawan2 yg aku maksudkan ni kawan2 dr sekolah till university. Kadang2 terharu.

Aku update fb bukan nak minta simpati atau derma kilat. Illahitalla bukan maksud mcm tu. Sometime we share. Bila terima msg2 tepi tepi ni tersentuh.

Ada yang pm nak bg pinjam duit.
Ada yang pm nak tolong cari kerja.
Ada yang pm bagi nasihat.

Bg nasihat je pun akak dah cukup sebak. Dan best time nak interview, my bff siap offer buat blouse tuk interview. Bila2 dah kerja bayar la pelan2...

See?? Sampai macam tukan.

Yg best pernah update status...

'Bila nak gaji ni... nak g klinik'

Tetiba my ex house mate pm

'Kak... meh account num.. akak g klinik. Org bank in'

Hahah gelak besar aku. Ooo ok tak tahu plak status2 ai menarik simpati org.

~smile~

Since i update pasal amani hosp pun banyak yg pm. Sorry la masa dia masuk hosp ni kelam kabut. My helper balik sabah plak for one week. Dia balik je amani masuk hosp. And aku under percubaan. Mmg tak bole nak cuti. Mesti ramai cakap aku mak tak gune. Anak sakit masih kerja bla bla bla... terpulang. Aku yg pikul tanggungjawab so i know what the best. My husb know cukup. And aku g kerja pun dengan keizinan somi. Bdk opis2 keep tanya keadaan anak kat hosp but i still can go work. Tak pa dua2 tanggungjawab. As long amani ada org jaga cukup.

Bila pasal anak u will do anything. Org kata money doesnt count. Ooo zaman skrg itu x bole apply. Seyes.

Sbb tu sorry yer. Kalau tak berbalas msg.



Dpt msg ni. My friend yg intro pasal EO. Macam aku cakap aku dah mmg tahu pasal Eo ni. Dpt kerja terus nekad tuk dptkan product ni sbb anak2 penakut makan ubat. Termasuk aiman. Kalau sihat eksen bukan main nak makn ubat. Kalau sakit adeh... ni antara option la tuk reduce dr bergantung ubat. Pikir balik ubatkan ada kandungan dadah. So kita gune cara minyak ni. Tp peringatan tuk diri sendiri kita jangan obses. Kalau perlu, kena bergantung gak kat ubat. Bagi aku explore dulu eo ni macammana. Nanti share bole la siapa2 nak gune.



Same goes to my bff. Dia ni tahu aku macam mana kot. Kalau benda2 ni aku kalut lebih. Dan sebenarnyakan aku ni mudah jatuh sakit kalau benda2 yg terlebih ni. Tp may be Allah lebih mengetahui. Beri kekuatan tuk aku sbb anak2...

Terima kasih la sahabat. Tak ternilai dan terbalas. Aku hanya mampu doakan korg murah rezeki.

posted from Bloggeroid

Friday, May 27, 2016

Eo young living review

Aku tak pasti sama ada aku ada mention pasal product eo ni dalam entry lepas. Kalau nak tahu aku salah sorg peminat Eo yg usha dr jauh. Hahahah mahal kau! Tp dua jenis minyak eo yg aku gune mmg tak mengecewakan. Cume dulu nak beli tak mampu sangat.

Aku gune RC dulu. Time tu ammar admited last year. Pengetua amani kat play school yg kenalkan. Chewah otai cik gu wati. Aku agak sangsi la memula. Tp pernah dlm kelas gbob sorg student batuk agak kuat. Jenis yg kahak banyak ni. Teacher wati sapukan. Terus dlm masa 10 minit batuk budak tu reda. Bukan 8la ilang terus tp reda. Sbb dia strugglekan batuk nak kuar kahak. Tp lepas2 tu batuk tu slow.

Than gune RC terus je serasi.

Second is Peace and calming (pnc). Since amani ada behavior issuekan, bangun pagi nk nangis. Mandi nak nangis, pakai baju nak nangis. Diorg suggest aku pakai PNC. Alhamdulillah nampak la kesan. Tetiba mood amani baik je.

Now dah start kerja, aku start balik nak gune setiap botol tuk kegunaan anak. Yer la payah nak makan ubatkan?

Ekcelikan semalam amani admited kat hosp due to athma. Pasal tu nanti la aku cerita. Tp dah nama title pun review eokan? Aku tak sabar nak kongsi.

Aku beli RC ni dah botol ke 4. Mmg kena ada. Sbb aku pun athma. Pakai gak la. Baru tahu betapa leganya kalau sapu time2 rasa dada ni sesak! Budak lagi la kan? Mmg tido la kalau kena.

Semalam amani bukan sahaja kena serangan athma tp dia kekurangan oksigen. Bacaan adalah below 90.



Dan amani di tempatkan di unit HDU tuk pemantauan. Mmg flat betul dia. Kebetulan aku beli RC dan oregano. Beli tuk anak bujang sorg tu. Sebenarnya tak ada duit nak jab ammar and aiman pnemococal ( sori spelling confirm salah... hahaha) suntikan cocal tu la. Suntikan jangkitan paru2 yg di takuti. Yg bole meragut nyawa kanak2. Amani dulu ambik dose yg ke tiga. Itu pun harganya RM 200 lebih nak ke RM 300. Lepas inject tu nampak la dia kurang sangat sakit demam, selsema. Sbb sblm ambik jab amani kerap sakit. Lepas2 tu je alhamdulillah.

Tuk ammar dengan aiman bukan la berkira. Tp tahu la akak tak kerja that time. Mmg aku concern pasal penyakit tu. Kalau bebudak ni batuk berkahak je mula la pikir akan kuman tu. So bila baca review pasal oregano, aku rasa aku nak cube.



So di pendekkan cerita, aku tak rasa amani akan pulih dengan cepat. Sbb macam aku cakap la, semalam dalam masa 1 jam 4 kali neb secara berterusan. Sampai kena ambik oksigen sbb oksigen tak cukup. Aku sapukan rc dan lepas sapu tu dia akan terlelap at least setengah jam. Than lepas tu nangis.

Keadaan dia semalam sangat2 lemah. So pagi tadi pun sama je. Tak ada beza. Sampai doktor cakap by 12 noon tak ada perubahan, diorg nak pasang drip lain pada sebelah tangan tuk masuk ubat. Imagine la ko sebagai mak, doktor cakap mcm tu mesti ko susah ati. Apa susah sangat nak baik?

Doktor dah minta nurse tuk get ready letak cream bius. Tuk kebaskan tangan kiri amani. Sblm gi kerja ( yer saya kerja jugak ari ni) sapukan oregano di tapak kaki. Kul 2 tanya zamani, doktor cakap progress amani baik so tak perlu cucuk, sambung ventolin je.

Good news kan? The power of oregano??? Kuasa Allah itu sudah pasti. Tp kita usaha dan tawakal.

Balik kerja jumpa amani, dia dah mula active. Dah turun katil. Dah start makan. Which aku rasa awal perubahan dia. Kalau tak otak berfikir berapa lama la lagi dia nak stay sini.



Kakak kawasan dah sihat, bukan main gaya ambik neb. Hihihihi



Malam ni dah ada selera nak makan.



Dan malam ni bacaan oksigen dah atas 90 to 100. Mmg 100 tu max. So dah capai.

Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan semuanya. Cepat sembuh yer amani....

posted from Bloggeroid

Thursday, May 26, 2016

New

Salam...

Aku ada bagitahukan yang amani sukar menerima perubahan. Anak macam dia mmg kalau benda baru, dia akan reject. Last sunday, tengah2 jalan tetiba dia stop tengok kasut. Ingatkan dia main2. Tapi lepas tu dia minta beli. Since kasut tu ada dua warna, dia minta beli dua. Satu tuk raeesah katanya.



Tp ibu tak tahu saiz raeesah berapa. Kalau area klang bole la gak. Ni kita jalan jauh nak. Nak tukar bukan senang.

Bila anak ko 3 org, jangan harap la bole beli tuk sorg je. Walaupun 2 lagi kecik tp iols takut yg dua lagi terasa. Maka beli la jugak.

The next day tanya amani, kasut mana nak pakai. Dia tunjuk kasut baru.

Akhirnya! Dia bole menerima perubahan baru



Alhamdulillah

posted from Bloggeroid

Thursday, May 19, 2016

Role model



Cantik sangat...

Dia duta kawaii..... i follow gak
Dia banyak pakai tudung bokkita... i sekodeng website bokita. Takut nak beli. Hahaha.
Dia pakai baju bukan la jenama mewah. Down to earth. Baju2 dia macam my tailor confirm bole jahit je.

Kulit dia pun cantikkan? Tak perlu make up. Natural beauty. Impian semua perempuankan. Malas nak tepek tepek walaupun bedak.

Ni lately nampak dia kurus ni. Tercabar. Hahahaha....

Anyway sorg lagi hot mama yg menjadi pujaan aku. Diyana halik. So lawakan?

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 17, 2016

4th month big aiman



Aiman 4th month.

Tengah menguruskan badan dengan membuang. Cirit plak dia. Tak ada tanda nak pusing2. Macam kakak dan abang, menolak gune kaki naik, gerak kanan dan kiri.

Sangat rapat dengan ibu. Hahahah bagus bagi excuse ibu jangan kerja. Hahaha

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 11, 2016

Kelas mengaji

Alhamdulillah... berjaya dah daftarkan amani kelas mengaji. Aku mmg niat kalau kerja nak masukkan anak2 kelas bg mereka rasa seronok sikit. Tp baru2 kerjakan so tak leh la serentak nak bg.

Kerja sabtu, so terhad sikit. Ingat nak masukkan amani kumon. Tp dengar berat sangat. Ada area bukit tinggi, kelas arithmatic. Tp hari sabtu plak.

Ingat nak masukkan al bagdadi. Tp dengar macam mahal. Tak sure la. Tak tanya. Tp pidah masukkan rayyan kat al bagdadi kat Damansara kata RM 100 tiap hari sabtu. Maknanya sekali je. Lebih prefer personal ustazah macam aku dulu2 mengaji. Tp kawan aku cakap sekolah agama depan umah aku ada buat kelas mengaji. Aku google gak tp tuk org tua. Sekali mmg ada tuk kanak2. Rm 40 sebulan. Tiap2 hari kecuali sabtu and ahad. Kalau public holiday pun cuti sbb ikut waktu sekolah. Kelas setengah jam je 3 to 3.30 ptg. Senang tuk atuk tak terkejar2 nak hantar and ambik cucu expecially nak masuk waktu asar. Atuk kena g masjid.



Hari pertama..... mak cu yg hantar. Punyalah seram mak cu cerita. Amani biasalah, new enviromentkan dia susah nak terima. Nak pakai baju pun dia cakap tak nak pakai baju ibu. Tak nak pakai tudung ibu!

Ustazah sampai ambik dia dr kete. Budak2 dlm kelas menjenguk anak siapa nangis histeria tu. Atuk amani takut cucu kena pukul dia pun masuk kelas. Hahaha lawak sangat.

Hari kedua abak dia ambik time off. Manjakan anak lebih2 abak dia ni. Kalau dengar anak buat perangai, sanggup time off. Tp biasalah amani, kalau aku atau zamani hantar dia takut nak nangis lebih2. Kalau atuk nenek dia tahu sangat kelemahan nenek atuk dia.



Tudung aku siap beli kat kawan aku. Nasib baik ada stok. Pakai la kau nak.

Hari kedua satu uma teman. Nenek, abak, maid dan adik2. Hehe. Amani ni tak leh lama sangat buat kerja. Dia cepat ilang focus.



Nampak?? Hahaha



Tp aku tahu dia cepat belajar. Ustazah cakap dia kenal semua huruf. Cume masalah baca je. Aku tak salahkan dia. Bukan big problem pun. Macam kita jugak la kecik2. Kenal huruf tp tak semesti kenal huruf senang baca. Takkan? So take rite.

posted from Bloggeroid

My 7th years anniversary.



Tengok coke + fries ni dah tahu la 'keindahan' sambutan malam anniversary hakak dan abang yg ke 7...

7 tahun dek non.... baru je. Usia perkahwinan yg belum lama sangat.



Tahun ni sempat wat entry malam semalam. Tu pun menaip tersenguk2. Aku bukan bole. Tidokan anak, dengan aku tertido sekali. Dasar ko kan??

Sajer je wat dek. Abang zamani ni lupa ke buat2 lupa. Tp tak pa la. Malas nak sambut2 beria2 sangat. Macam aku cakap la. Hope aku nampak la entry ni tahun depan. Kot nak sentap, baca balik entry sendiri yg dah set kat otak ni konon...i ok jerk.

Hantar msg plak macam nak minta kena telan. Dah la separuh lupakan, buat salah pada hari yg salah. Mau aku tutup pintu rumah. Hahaha. Ko jangan mengada sangat nak wat hal di hari anibeseri. Kot dpt msg 'maaf sbb menduakan you' mmg tiada maaf bagi mu la jawabnya.

Nak berhias pun tak. Dengan baju kerja akak g makan. Piliham tempat nandos. Oklah. Last year lagi kejam. Sambut mcdonal. Pakai kupon free lagi beli kek. Hahahaha...

Tp malam ni. Mood ilang anak2 buat hal. Diorg hari2 pun nak wat hal. So apa bezanya. Cume ibu abak sentap je. Lagi teruk dr hari biasa. Tak bercakap kita org. Tahan marah dengan anak2 punya pasal.



Akak belanja gambar malam ni. Malam 10 may 2016

Sambutan ber5. Sok anak2 dah besar, ibu and abak lupa korg sambutkan la. Acheche waaaaaa.... wat suprise yer. Hadiah percutian ke PD pun ibu dan abak dah bahagia dah. Uhuhuhuh

Me and zamani masing2 dalam tempoh probation. Nak bercuti agak payah. Kena la tunjuk baik tempoh ni...kan?Dapat kerja time besday zamani, 6 bulan tempoh percubaan insya Allah jatuh pada hari lahir sendiri. Ahak! Harap2 la kan. Lepas tu gune cuti tuk holiday! Yahoooooooo.... 6 bulan ni struggle la. Banyak plan beso opis tu. As wakil negara, akak kena la berkerja keras. Hahahaha. Next week sampai la hujung bulan 5 ni, akak kena plak turun ke westport tuk pantau workstation baru sana. Org2 hq nak turun end of month to handover job.

Korg doalah semoga aku bole pikul tabggungjawab ni. So far zamani pendengar yg baik. Kalau bos aku tahu idea 'management' dr org lain. Conpommm! Akak kena dik. Hihihi.

Anyway to be frank, my management skill nak manage org memang zero. Tak suke sebenarnya. Iols lebih suke kerja belakang tabir ni. Uhuk.

Eh cerita pasal anibesari ke kerja?

Perut ada kupu2. Esok ada presentation plak nak buat. Benda yg aku menyampah satu je. Bila org belanja besar2an tuk productiviti comp, tp bila loss ke apa kenapa accountant rasa cemas nak jawab eh? Hihihi ke aku je rasa mcm tu?

When my country manager tanya 'eh why sampai macam tu??' Erkkkk dalam hati jawab

'Belanja la... belanja besar besar lagi' hahahaha

Ok until here eh....

XoXo
posted from Bloggeroid

Tuesday, May 10, 2016

7th years anniversary....



Selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 7...

Sekejap kan? Tak sempat nak buat apa2. Ni pun gigih tahan mata buat entry. Hahaha. Last year sambut anniversary kat mcdonal. Order sepotong kek je tau. Dah tu pakai kupon plak tu. Hahaha gila tak romentik ko.



Tiap2 tahun pun bg ucapan yg sama. Tahun ni wat kelainan sikit. Ucapan padat dan ringkas.

I love you darl. Sorry la this year tak tahu nak buat suprise apa. Anak2 terlalui mencemburui kita. Hihihi. Oh blm masuk ucapan lagi. Pls pls pls kamu jangan nakal.... hihihihi

Terima kasih sbb sudi ada di saat susah dan senang. Terima kasih ya Allah. Kau temukan kami. Kau satukan kami. Jangan la kau pisahkan kami. Jadikan aku bidadari tuknya. Dan jadikan dia iman ku selamanya....

Amacam ayat? Menusuk tak?

Kbay... mata aiols dah tutup habis dah ni

XoXo

posted from Bloggeroid

Sunday, May 8, 2016

Happy birthday tok



Happy birthday tok mama... thank you so much being with us all the time. Kami doakan tok panjang umur dan di beri kesihatan yg baik. Semoga rezeki tok murah sentiasa.

Mak....

Happy birthday. Maaf sekiranya cida bukan menantu yang sempurna, tp i always pray for your health and your happinest mak. Banyak sangat mak berkorban untuk anak menantu dan cucu. Selamat hari jadi dan selamat hari ibu

posted from Bloggeroid

Monday, May 2, 2016

Wajah syurga saya







Tengok gambar2 ni... nampak macam biasakan? Sebenarnya merenung kembali wajah amani ni, aku rasa hati ku remuk. Rasa serba salah.

Muke amani lepas kena piat telinga, kena marah, kena pukul kat bahu, kena cubit kat lengan. Muke dia tak nampak menyimpan dendamkan? Bila melihat gambar ni rasa serba salah sbb hilang kewarasan marah anak.

She still mampu senyum walaupun muke aku masam mencuka. Agaknya kalau anak2 yg lain pasti sentap.

Amani biasalah kalau keluar mesti nak mcdonal. Dia tak bole tengok mcdonal. Aku mmg serba salah sbb dia bukan jenis pemakan. Jadi apa salahnya kalau belikan dia mcdonal yg tak seberapa. Tp ada sebab2nya. Satu terlalu kerap fast food dan ke dua sbb cara dia minta sangat sangat biadap. Menjerit, bila tak dapat or bila cakap 'kejap' dia baring or duduk lantai. So nak biarkan?? Cakap tak jalan, maka tangan mak dia cepat la jalan.

Kalau amani baca entry ibu satu hari nanti, ibu nak minta maaf menyakiti amani. Percayalah, hati ibu sakit setiap kali bertindak kasar dengan amani. Tp ibu tak bole nak ikutkan sbb amani 'istimewa'. Kalau ibu turutkan u become someone yg lagi teruk. Membuat kebencian org lagi menyakitkan hati ibu. Mendengar org gelarkan amani 'budak degil' membuat ati ibu sedih. So biar ibu yg marah amani dr org lain.

Kalau bab makan aku but sensitip. Org lain bole la masuk telinga kiri keluar ikut idung. Tp aiols tak leh la. Masuk dalam ati terus. Set kat cpu otak dan 'heart drive' hahahaha. Biar pun bapak dia sendiri marah anak, expecially kalau kat kedai makan. Perh macam kena tikam hati ni.

Amani will ask trillion time. Bit anoying la sikit. Dia zikir plus merengek kalau nak barang. Sbb tu aku kalau g kedai makan yg service lembab ubi ni aku stress. Sbb dia akan tanya nak noodle berkali2 sampai depan mata. Walaupun aku cakap 'sabar amani, abang tu tengah buatkan' dia akan zikir nak noodle macam kita tak orderkan dia.

Macam ari tu. Sesi time out dengan amani. Bila sesi time out kalau dia melampau kami buat tak tahu dengan dia. Dia minta 'abak nak egg'

Dalam abak dia nak order, dia ulang sampai kena tengking. Huaaaaa abak dia tu lately baran je. Dulu sabar now hilang sabar. Akak plak yg kecut perut nak bawak anak2 kuar. Sampai kita lapat pun kenyang sbb nak kawal perangai anak. Now zamani tak kira dah. Nak marah dia marah je anak dia. Tak pasal ko masuk fb org viral. Hahahaa.... jangan main2.

Entah la. Allah menguji kami. Kat rumah amani behave. Ammar plak terlebih active. Kat luar kalau keluar makan or jalan, amani selalu sangat buat perangai. Ammar plak pandai bawak diri.



Ammar dok tengok kakak dia lari 500 m dr hujung kedai ke hujung kedai. Amani wat acara sukan kat kedai makan selalu. Lumba lari sorang2... acara lompat kijang, acara lompat arnab. Kalau dia rajin dia lompat katak. Hahaha. Ammar relex tengok.



Amani... amani... semoga ibu dan abak dapat mendidik kamu sebaiknya...

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails